• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tajuk 3 - Pentaksiran dan Penilaian Kanak-kanak Disleksia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tajuk 3 - Pentaksiran dan Penilaian Kanak-kanak Disleksia"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

7. PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KANAK-KANAK DISLEKSIA

4 JAM

Sinopsis

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep pengurusan tingkah laku, faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku, kesan salah laku terhadap pembelajaran dan kepentingan pengurusan tingkah laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas.

Hasil Pembelajaran

1. Memahami definisi dan konsep berkaitan dengan pentaksiran dan penilaian kanak-kanak disleksia.

2. Menjelaskan kepentingan pentaksiran dan penilaian bagi mengenalpasti kanak-kanak yang mempunyai masalah disleksia

3. Mengenal pasti bentuk-benmtuk ujian pengenalpastian/saringan serta ujian diagnostik yang boleh dijalankan oleh guru-guru mata pelajaran atau guru-guru yang dilantik khas.

7.1 Pengenalan

Pentaksiran bermaksud memperoleh maklumat dengan cara yang objektif dan bersistem. Banyak perkara yang dijalankan dalam bilik darjah dapat dikategorikan sebagai pengujian. contohnya, ramai guru meminta murid-muridnya mengisi maklumat peribadi dalam suatu borang itu, antara perkara yang mungkin ditanya ialah hobi murid dan sebabnya mereka berminat dengan hobi itu. Persoalan seperti itu boleh dikategorikan sebagai pentaksairan.

Pentaksiran biasanya melibatkan pengukuran. Pengukuran tidak semestinya melibatkan maklumat yang diperolehi dalam bentuk nombor. Menurut Stevens (1951), pengukuran ialah pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut kriteria tertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Ringkasnya, pengukuran merupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperoleh dengan ringkas dan mudah.

(2)

7.2 Kepentingan Pentaksiran dan Penilaian

Menurut Pierangelo & Giuliani (2006), pentaksiran adalah merujuk kepada pembangunan kemahiran-kemahiran yang memasukkan satu pengetahuan kerja bagi komponen-komponen berikut bagi proses penilaian yang teratur bagi menentukan jenis kecatatan yang sesuai :

a. Koleksi (Collection)

Merupakan koleksi penyurihan dan pengumpulan maklumat daripada punca-punca yang memberi maklumat daripada seseorang pelajar seperti maklumat latar belakang pelajar, rekod sekolah, pemerhatian, penglibatan ibu bapa dan laporan guru.

b. Analisis (Annalysis)

Pemerosesan dan pemahaman mengenai bentuk pendidikan pelajar, sosial, perkembangan, persekitaran, perubatan dan sejarah emosi.

c. Penilaian (Evaluation)

Merujuk kepada penilaian pelajar, intelektual, psikologikal, emosi, persepsi, bahasa, kognitif dan sejarah perubatan bagi menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar.

d. Keazaman (Determination)

Untuk mengetahui ketidakupayaan dan kriteria pengetahuan setiap kategori. e. Syor/cadangan (Recommendation)

Mencadangkan penempatan dan program bagi keperluan pelajar dari segi sekolah, guru dan penglibatan ibu bapa

Tujuan pentaksiran merujuk kepada Pierangelo & Giuliani (2006), menyatakan bahawa pentaksiran dalam pendidikan mempunyai 5 tujuan iaitu :

a. Pemeriksaan dan Pengenalpastian (Screening and Identification) b. Kelayakan dan Diagnosis (Eligibility and Diagnosis)

c. Penempatan dan Perkembangan RPI (IEP Development and Placement) d. Perancangan Pengajaran (Instructional Planning)

e. Penilaian (Evaluation)

(3)

Murid-murid yang dikenal pasti mempunyai masalah pembelajaran khusus akan melalui proses pengenalpastian oleh guru-guru yang dilantik khas dalam bidang disleksia ataupun guru-guru mata pelajaran :

a. Murid-murid dikenalpasti oleh guru kelas atau guru subjek. Mereka terdiri daripada murid-murid yang gagal dalam PKSR 1 setelah mengikuti pendidikan di arus perdana selama enam bulan.

7.2.2 Penempatan

Penempatan murid-murid yang dikenal pasti bermasalah dalam pembelajaran disleksia dikenal pasti melalui :

a. Mereka di hantar ke kelas pemulihan khas selama empat bulan bagi mengikuti program tersebut dan melepasi ujian mode yang dijalankan. b. Sekiranya murid itu melepasi ujian mode yang diberikan oleh guru

pemulihan, dia akan dirujuk kepada guru program disleksia.

c. Guru program disleksia akan mengeluarkan satu salinan borang ISD (Instrumen Senarai Semak Disleksia) yang perlu diberikan kepada guru kelas untuk dibincang bersama guru subjek lain dan guru pemulihan. d. Borang ISD yang telah lengkap diisi akan dikembalikan kepada guru

program disleksia untuk dinilai mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

e. Borang ISD beserta rumusan yang lengkap akan diserahkan kepada Penyelaras Pendidikan Khas dan Guru Besar, untuk diserahkan kepada ibu bapa atau penjaga murid tersebut bagi mendapatkan pengesahan pengamal perubatan (iaitu dari Institut Pediatrik).

f. Sementara menunggu pengesahan doktor, murid tersebut akan diberi Ujian Diagnostik oleh guru program disleksia bagi mengenalpasti kelemahan dan kekuatannya dalam akademik. Selain dari itu dia mengikuti sesi pelajaran di kelas biasa.

g. Setelah murid itu disahkan sebagai disleksik ia akan terus mengikuti program disleksia. Jika bukan, ia akan dihantar ke kelas yang sepatutnya.

7.2.3 Pemilihan strategi pemulihan

(4)

7.3 Ujian-ujian Pengenalpastian / Saringan

Untuk memastikan murid-murid yang dikenal pasti mempunyai masalah disleksia maka satu bentuk ujian pengenalpastian/saringan telah dibentuk. Justeru itu, maka sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh Jabatan Pendidikan Khas, KPM telah ditubuhkan dan telah menghasilkan ISD. Penghasilan ISD ini dibina oleh pakar-pakar dari USM, UKM, UM, UPM, KKM, JKM, JPK, Persatuan, Guru & JPN.

Manakala British Psychological Society (1999) menyatakan bahawa murid mesti memenuhi dua pra-syarat sebelum ianya boleh disaring untuk menentukan sama ada ia mengalami disleksia atau tidak. Dua pra-syarat tersebut adalah:

a. murid telah mendapat pengajaran yang sesuai, relevan dan memuaskan b. murid telah diberikan langkah-langkah pemulihan yang dirasakan sesuai. Kerangka penghasilan item-item senarai semak yang dijadikan panduan dalam pembinaan instrumen telah diubah suai daripada `checklist` yang dihasilkan oleh Payne dan Turner (1999) dan merangkumi ciri-ciri disleksia yang dusenaraikan oleh pakar-pakar disleksia Antara Bangsa yang lain.

7.3.1 Ujian Pengamatan

Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Pengamatan ini berkait rapat dengan pemikiran kita. Selain itu, pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.

Pengamatan juga ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental. Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam buku Panduan Program Pemulihan Khas (1999) telah menjelaskaan bahawa pengamatan ditakrifkan sebagai kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui panca indera setelah perlakuan proses mental. Selain itu juga, pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia.

Manakala menurut Janet W Learner (1971) dalam bukunya “ Children With

(5)

untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau pun mekanisme yang mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek. Selain itu, Mohd Anuar Abdullah (2001), menjelaskan bahawa masalah pengamatan kanak-kanak disleksia dibahagikan kepada jenis iaitu disleksia visual, disleksia Auditori dan disleksia visual – Auditori atau tekstail dan koordinasi mata tangan.

Menurut Janet W Learner pengamatan visual adalah kepayahan seseorang khususnya kanak-kanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad, perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar. Dalam kata lain masalah visual dilihat kepada beberapa aspek antaranya tentang perbezaan bentuk, saiz, mengecam bentuk huruf dan perkataan, serta tentang pembalikan sesuatu objek. Kanak-kanak disleksia kebiasaannya akan mempunyai gangguan dari aspek pengamatan visual ini yang menyebabkan mereka tidak dapat menguasai bahasa dengan baik.

Manakala pengamatan auditori ialah keupayaan mengesan atau mengenalpasti apa yang didengar menyumbang bahagian yang penting kepada pembelajaran. Kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang mempunyai masalah membaca yang teruk mempunyai masalah dari aspek auditori, lingustik dan masalah phonological (Ball & Blachman, 1991,; Lyon, 1998,; dan Stahl & Murray, 1994). Antara aspek masalah pengamatan auditori yang terdapat di dalam masalah pengamatan auditori ialah masalah untuk membezakan bunyi, bunyi phonological, mengingat apa yang didengar, Mengingat urutan dan membentuk perkataan dari gabungan abjad. Kanak-kanak disleksia kebiasaannya memang mempunyai masalah pengamatan ini yang juga menyebabkan mereka tidak dapat menguasai bahasa dengan baik.

Kedua-dua sistem ini merupakan dua sistem yang sangat penting untuk menerima maklumat. Pengamatan takhtil (tactile) merupakan keupayaan seseorang melakukan sesuatu dengan menggunakan jari dan deria rasa melalui kulit (sentuh). Keupayaan seseorang mengenal objek dengan deria sentuhan iaitu membezakan rasa keras dan lembut, mengenalpasti jari yang digunakan untuk menyentuh merupakan contoh pengamatan tactile.

Pengamatan Koordinasi mata tangan merupakan gerak kerja dengan menggunakan pergerakan badan dan otot. Keupayaan posisi yang diperolehi daripada bahagian badan yang berbeza dan keupayaan otot, tension dan kerehatan merupakan contoh kepada pengamatan koordinasi.

Sesetengah kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam menggunakan koordinasi mata tangan di mana apa yang dilihat tidak dapat diaplikasikan kepada tulisan atau gerak kerja yang melibatkan penulisan. Antara kesan sampingan yang dihadapi oleh murid yang mengalami ciri-ciri disleksia ialah:

a. Pengurusan

b. Penumpuan atau konsentrasi c. Bahasa

d. Ingatan

(6)

Objektif Ujian Pengamatan

Antara lain, ujian pengamatan ini akan membantu guru untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam :

a. Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan. Selain itu, guru juga dapat mengenal pasti masalah murid dalam

b. Menentukan sesuatu saiz, jarak, kri ke kanan serta hubungan antara satu objek objek yang lain.

c. Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat.

d. Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan, atau ke bawah dan dari bawah ke atas.

e. Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing.

f. Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

g. Menyediakan program yang bersesuaian dengan masalah pengamatan kanak-kanak khas.

h. Menyediakan penempatan yang bersesuaian. i. Mengenal pasti pasukan pelbagai disiplin.

Komponen Ujian Pengamatan

Antara lain, ujian pengamatan yang boleh dijalankan merujuk kepada : a. Diskriminasi yang sama (Discrmination sameness)

Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.

b. Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama (Discrination of differences)

Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.

c. Diskriminasi saiz (Discrimination of size)

Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.

(7)

Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.

e. Koordinasi Motor-mata-tangan

Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya.

f. Pertalian jarak (Spatial Relationship)

Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz, jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain. g. Mazing

Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah. h. Turutan (Sequencing)

Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri.

i. Rajah latar belakang / Benda tersembunyi (Figure – Ground)

Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah abstrak.

j. Menyalin (Visual Copying)

Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.

7.3.2 Senarai Semak Disleksia

Senarai semak disleksia digunakan untuk mengenalpasti kanak-kanak yang dikenalpasti bermasalah secara khusus. Senarai semak disleksia telah merujuk kepada tiga elemen iaitu :

a. Elemen 1 : Tahap penguasaaan mengeja, membaca dan menulis b. Elemen 2 : Kekuatan pada murid yang dikenalpasti

c. Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

Berikut adalah satu senarai semak yang boleh digunapakai untuk mengenalpasti kanak-kanak bermasalah khusus bagi tujuan pentaksiran awal. Sila rujuk lampiran mengenai Instrumen Senarai Semak disleksia.

(8)

ISD adalah merupakan ujian saringan bagi mengenalpasti kebarangkalian seseorang murid itu mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia. Penyaringan murid-murid yang kebarangkalian mengalami masalah disleksia adalah bukan suatu perkara yang mudah (Jabatan Pendidikan Khas, 2003). Kebanyakan murid-murid disleksia dikenalpasti dengan menggunakan khidmat kepakaran psikologi klinikal melalui penggunaan instrumen yang dihasilkan oleh negara barat.

Pembinaan ISD oleh JPK berasaskan kepada teori yang beranggapan bahawa murid yang menghadapi masalah pembelajaran spesifik disleksia adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai antara lain ciri-ciri :

a. Kecerdasan mental yang normal

b. Memperolehi pencapaian prestasi akademik yang rendah

c. Mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis.

d. Mempunyai ciri-ciri disleksia yang boleh diterima oleh umum

e. Ketinggalan 2 tahun secara umum di belakang rakan sebayanya dalam penguasaan kemahiran membaca dan menulis serta rendah dalam pencapaian akademik.

Antara lain ISD yang digunapakai untuk menilai pelajar yang dikenalpasti adalah merujuk kepada :

a. Kriteria murid yang dinilai b. Kriteria Penilai

c. Prosedur Penilaian

Pengoperasian ISD yang dijalankan mestilah :

a. Setahun mengikuti P&P KIA2M/Program Pemulihan Khas b. Gagal lepasi IPP2M

Personel yang menjalankan ISD terdiri daripada :

a. Guru Bahasa Melayu yang pernah mengajar murid berkenaan atau b. Guru Mata Pelajaran Lain yang pernah mengajar murid berkenaan. c. Rumusan dibuat oleh Guru Disleksia.

d. Pengesahan dibuat oleh Pengamal Perubatan.

Sila rujuk kepada Instrumen Saringan Disleksia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Berikut adalah langkah-langkah dalam melaksana pentaksiran ISD.

(9)

TMMD KMMD Tidak sah Sah Petunjuk :

KMMD : Kebarangkalian mengalami masalah disleksia

TMMD : Tiada mengalami masalah disleksia

7.4 Ujian Diagnostik

Ujian Diagnostik yang ditadbir dapat mengenal pasti dengan lebih terperinci daerah-daerah kelemahan dalam membaca, mengeja, menulis, dan masalah-masalah yang berkaitan dengan disleksia untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.

Pencalonan

Pengoperasian ISD P&P Kelas Biasa

Pelaporan

Pengesahan Pengamal Perubatan Perumusan

(10)

Secara umumnya, ujian diagnostik digunakan untuk mengesan punca kelemahan murid tentang penguasaan kemahiran-kemahiran tertentu samada Bahasa Melayu ataupun Matematik. berdasarkan kepada keputusan ujian diagnostik ini, maka guru dapat merancang aktiviti pengajaran pemlihan Disleksia dengan lebih berkesan.

7.4.1 Ujian-ujian Binaan Guru

Ujian ini dibina oleh guru berdasarkan kemahiran yang telah dipelajari oleh murid. Binaan ujian oleh guru adalah untuk memastikan setiap kemahiran yang telah dipelajari akan diuji bagi menentukan keberkesanan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari.

7.4.2 Ujian-ujian lain yang sesuai

Selain itu, guru juga boleh menggunakan analisis ralat sebagai salah satu cara untuk membuat pentaksiran terhadap kemahiran yang telah dipelajari oleh murid.

Latihan 3 : Untuk menguji kefahaman mengenai konsep penting dalam melaksanakan pentaksiran dengan membuat ulasan.

Anda dikehendaki menjalankan satu ujian saringan merujuk kepada Instrumen Saringan Disleksia (ISD) untuk mengenal pasti murid-murid di aliran perdana yang dikenal pasti kategori masalahnya.

Anda telah mengikuti tajuk tiga dengan tekun dan sabar. Selepas ini anda akan diperkenalkan dengan tajuk empat dan seterusnya.

(11)

INSTRUMEN SENARAI SEMAK DISLEKSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Bahagian A

BIODATA MURID

Arahan : Tandakan √ atau tulis pada petak yang disediakan.

1. Nama Murid

2. Jantina 3. Mengikuti Program

Pemulihan Khas

Sedang Tidak

4. Tahun Persekolahan 5. Keturunan

6. Kedatangan ke sekolah 7. Pencapaian Akademik Lelaki Perempuan Melayu Cina India Bumiputra Sabah Bumiputra Sarawak Bumiputra Orang Asli Lain-lain Tahun Nama Kelas 1 2 3 4 5 6 Baik Memuaskan Sederhana Lemah A B C D E Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Matematik Sains Kajian Tempatan Kemahiran Hidup Pend.Islam/Moral P.Jasmani &Kes Muzik

(12)

8. Nama Sekolah

9. Lokasi Sekolah 10. Negeri

11. Daerah

12. Nama Penilai

13. Tarikh 14. Tandatangan Penilai Bandar Luar Bandar Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Selangor W.P.Kuala Lumpur Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu Kelantan Sarawak Sabah W.P.Labuan

(13)

Bahagian B

SENARAI SEMAK Arahan : Tandakan √ pada petak yang sesuai.

Elemen 1 : Tahap penguasaan mengeja, membaca dan menulis. A. Mengeja

Ya Tidak

1. Murid sukar mengeja perkataan mudah. 1 1 2. Murid sering mengeja perkataan yang tiada langsung

kaitan makna dengan perkataan asal. 2

3. Murid kerap melakukan kesalahan ;

i. menyusun abjad dalam perkataan 3

ii. menggabung suku kata terbalik 4

4. Murid keliru membezakan bunyi abjad yang

hampir sama dalam suku kata. 5

B. Membaca

5. Murid ketinggalan dalam kebolehan membaca

berbanding rakan

sebaya 6

6. Kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid Semasa membaca ialah ;

(14)

ii. Menggugurkan perkataan; 8 iii.Menambah perkataan pada bacaannya; 9

iv. Melangkau baris; 10

v. Menggantikan perkataan. 11

Ya Tidak

7. Murid mengalami kesukaran dalam membaca 12 Perkataan yang mempunyai vokal berganding,

diftong.

8. Murid sukar membaca ayat panjang. 13 C. Menulis

9. Hasil kerja murid tidak kemas. 14 10. Murid sukar menyalin maklumat ;

iii. dari papan tulis 15 iv. yang diperdengarkan 16

11. Tulisan murid sukar dibaca 17

12. Murid menulis lambat berbanding dengan rakan

sebaya 18

13. Murid menulis secara terbalik ;

vi. abjad-abjad tertentu ; 19

vii. perkataan 20

Elemen 2 : Kekuatan pada murid

(15)

15. Murid boleh menjawab soalan secara Lisan dengan baik. 22

16. Murid boleh menghasilkan cerita berpandukan gambar ;

i. Tunggal ; 23

ii. Bersiri 24

Ya Tidak 17. Murid berminat terhadap perkara baru. 25

18. Murid mempunyai kebolehan lisan setanding 26 dengan rakan sebaya.

19. Murid mempunyai kecenderungan dalam

bidang-bidang tertentu. 27 20. Murid kelihatan berpotensi untuk berjaya tetapi

pencapaian akademiknya rendah. 28 21. Murid mempunyai banyak idea (full of ideas) 29 22. Murid mempunyai idea yang baik tetapi gagal

untuk memindahkannya dalam bentuk tulisan. 30 23. Isi kandungan penulisan murid baik tetapi

mengandungi banyak kesalahan bahasa. 31 24. Murid mempunyai pencapaian yang baik

dalam subjek-subjek kemahiran berbanding

dengan subjek-subjek akademik. 32 25. Murid boleh menjawab secara lisan soalan

kefahaman daripada bahan yang diperdengarkan. 33 26. Murid boleh menceritakan semula petikan yang

diperdengarkan. 34

27. Murid yang kreatif. 35

28. Murid boleh menyesuaikan diri dalam pergaulan. 36 29. Murid boleh bertindak mengikut situasi. 37

(16)

30. Murid berkebolehan dalam membuat

jangkaan 38

31. Murid mempunyai pengetahuan am yang baik 39 32. Murid mempunyai sifat-sifat ingin tahu yang

tinggi. 40

Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

Ya Tidak 33. Murid mempunyai masalah rendah diri. 41

34. Murid kerap memberi alas an untuk mengelak daripada membuat kerja sekolah yang melibatkan

bacaan dan penulisan. 42

35. Murid mengalami masalah tingkahlaku. 43

36. Murid mempunyai daya tumpuan yang singkat. 44

37. Murid keliru dengan konsep arah. 45

38. Murid menghadapi kesukaran dengan konsep urutan.46

39. Murid menghadapi masalah dengan pengurusan

masa 47

40. Murid tidak dapat mengingati arahan yang panjang. 48

41. Murid sering gopoh semasa bertindak. 49

(17)

PEMARKAHAN

BAHAGIAN A

(diisi oleh penilai)

Jumlah Jumlah Ya Tidak Elemen 1 : Tahap penguasaan mengeja,

membaca dan menulis. Elemen 2 : Kekuatan pada murid

Elemen 3 : Kelemahan yang ditunjukkan

BAHAGIAN B

(diisi oleh guru pendidikan khas disleksia)

Kod Elemen 1 : Tahap penguasaan mengeja,

membaca dan menulis. Elemen 2 : Kekuatan pada murid

(18)

BAHAGIAN C

(diisi oleh guru pendidikan khas disleksia) Rumusan

Murid berkemungkinan mengalami kebarangkalian Disleksia Murid berkemungkinan tidak mengalami kebarangkalian Disleksia

Tandatangan : ___________________________________ Nama : ___________________________________ Disahkan T/T Guru Besar : ___________________________________ Cop Sekolah : Nama : ___________________________________ Pengarah Pelajaran

Jabatan Pelajaran Negeri (U.P Unit Pendidikan Khas)

Referensi

Dokumen terkait

Kegiatan ini bertujuan untuk membantu kedua mitra PKM dalam memecahkan permasalahan yang dihadapi ketika pelaksanaan ujian nasional berbasis komputer yang

Secara komulatif Indeks Nilai Penting makrozoobenthos yang tertinggi di perairan Sungai Tallo adalah Nereis sp, ini menggambarkan bahwa jenis Neris sp mampu bertahan

Sedangkan pembelajaran daring ialah pembelajaran yang dilakukan secara online menggunakan aplikasi pembelajaran maupun jejaring social, sehingga teknologi informasi dan

Proses-proses metabolisme dari halofita biasanya dapat toleran terhadap garam. Kemampuan mengatur konsentrasi garam dalam sitoplasma melalui transpor membran dan

a) Jika gagal untuk membuat bayaran ansuran bagi kemudahan mulai tarikh pengeluaran pertama sehingga tarikh matang kemudahan tersebut, kadar ta’widh (ganti rugi) yang

Hasil penelitian menunjukkan bahwa Peri- laku Hidup Bersih dan Sehat pada penelitian ini mayoritas berada pada kategori sehat purnama dengan persentase 40%, dengan

Berbagai ekses negatif yang timbul dari Pilkada langsung tidak serta merta kalangan tokoh ormas Islam menyetujui agar Pilkada langsung itu dikembalikan kepada DPRD, mereka

teknologi thick-film ini adalah memungkinkan elemen heater, elektroda dan bahan sensitif dapat dilapiskan di atas substrat alumina yang berukuran kecil sehingga konsumsi