• Tidak ada hasil yang ditemukan

DRAF BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "DRAF BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

DRAF

BUKU PANDUAN

LATIHAN INDUSTRI

FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN

FACULTY OF ENTREPRENEURSHIP AND BUSINESS

(2)

1.0 PENGENALAN

Latihan industri merupakan satu daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk setiap program yang ditawarkan pada peringkat prasiswazah. Setiap pelajar adalah diwajibkan menjalani latihan industri di organisasi yang bersesuaian yang ditentukan oleh pihak Fakulti atau pilihan pelajar itu sendiri selama satu semester atau 16 minggu dan dimestikan lulus untuk penganugerahan ijazah. Kursus ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi kemahiran pelajar, di samping mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi di bilik kuliah.

Melalui program ini para pelajar akan diberi pendedahan secara terus terhadap alam pekerjaan yang sebenar). Semasa menjalani Latihan Industri, pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan/ projek yang telah ditetapkam/ diarah oleh Penyelia Industri berdasarkan ketetapan yang telah dibuat oleh pihak Fakulti bagi mencapain matlamat Latihan Industri. Di samping sebagai penasihat atau mentor kepada pelajar, Penyelia Industri juga berperanan membantu, membina dan memperkembangkan sikap dan nilai tambah dalam kemahiran keusahawanan dan perniagaan dalam diri pelajar. Di sepanjang Latihan Industri pelajar dikehendaki mencatatkan tugasan/ projek yang dilakukan, pencapaian, permasalahan dan cara penyelesaian permasalahan tersebut setiap minggu dalam Log Kerja Mingguan.

Selepas menjalani Latihan Industri, pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan Latihan Industri dan membuat pembetangan pada masa yang ditetapkan oleh Fakulti. Penilaian untuk latihan ini akan dibuat berdasarkan laporan daripada penyelia di Fakulti (Penyelia Fakulti), penyelia di industri (Penyelia Industri), laporan bertulis dan sesi pembentangan hasil latihan.

2.0 VISI DAN MISI FAKULTI KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN Visi

Menjadi institusi peneraju dalam bidang pendidikan, penyelidikan, perundingan, penerbitan dan pembangunan keusahawanan

(3)

Misi

Menyemai semangat keusahawanan dalam kalangan masyarakat dalam dan luar kampus dengan matlamat untuk melahirkan masyarakat berorientasikan keusahawanan yang mampu menyumbang kepada perjalanan kesejahteraan negara.

3.0 PENGURUSAN KURSUS LATIHAN INDUSTRI

3.1 OBJEKTIF DAN HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (CLO)

a) Memberi pendedahan tentang amalan sebenar pengurusan dan pengoperasian dalam sesebuah organisasi sama ada kerajaan, swasta atau NGO.

b) Memberi kefahaman tentang peranan sesebuah organisasi dalam pengurusan dan pengoperasian.

c) Memberi pendedahan tentang pengaplikasian pengetahuan teori pengurusan dan pengoperasian dalam membuat keputusan dalam sesebuah organisasi.

d) Mempersiapkan diri pelajar dari segi kemahiran insaniah dalam menghadapi situasi pekerjaan sebenar.

3.2 Hasil Pembelajaran Kursus

a) Menerangkan tentang amalan pengurusan dan pengoperasian sebenar dalam sesebuah organisasi sama ada awam, swasta atau badan bukan kerajaan (NGO’s)

b) Menjelaskan peranan dan etika semua pihak yang terlibat dalam pengurusan dan pengoperasian sesebuah organisasi.

(4)

c) Mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman Latihan Industri untuk membuat keputusan secara kritis, kreatif dan berani meneroka kaedah penyelesaian terbaik.

d) Mengaitkan konsep atau teori yang dipelajari dalam kelas dengan situasi pekerjaan sebenar.

4.0 SYARAT DAN PERATURAN 4.1 SYARAT UMUM

a) Semua pelajar adalah DIWAJIBKAN menjalani latihan industri pada semester 8 dan bagi pelajar lepasan diploma pada semester 7. (Kecuali bagi Pelajar yang terpilih untuk menjalani Program Praktikum Keusahawanan).

b) Bagi kes khas (pelajar yang menangguh pengajian), pelajar hendaklah memohon kelulusan daripada pihak fakulti untuk menjalani latihan industri.

4.2 SYARAT PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI

a) Pelajar hendaklah memilih tempat latihan industri sendiri.

b) Pelajar adalah digalakkan untuk mendapatkan tempat latihan industri yang bersesuaian dengan program pengkhususan masing-masing.

c) Pelajar perlu mendapatkan surat pengesahan penempatan latihan industri daripada organisasi sebelum memulakan latihan industri dan menyerahkan surat tersebut kepada pihak fakulti. d) Pelajar yang gagal mendapatkan tempat latihan industri perlu memaklumkan kepada pihak

(5)

e) Pelajar hanya dibenarkan menukar tempat latihan industri atas sebab-sebab yang kritikal sahaja.

5.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Kaedah pelaksanaan kursus Latihan Industri adalah berdasarkan perkara yang dinyatakan di bawah.

5.1 PEMANTAUAN PELAKSANAAN KURSUS LATIHAN INDUSTRI

Pelaksanaan Program Latihan Industri adalah dipantau secara berterusan oleh Fakulti dan di industri di mana tempat latihan industri dijalankan. Bagi pihak Fakulti seorang Penyelaras Kursus Latihan Industri dan seorang Penyelia Fakulti dilantik untuk menjalankan kerja penyelarasan dan pemantauan program bagi setiap pelajar yang akan menjalani program latihan industri. Bagi pihak industri/organisasi tempat latihan industri, seorang Penyelia Industri akan dilantik oleh tempat tersebut bagi setiap pelajar yang menjalani latihan industri. Seorang pemeriksa yang berperanan sebagai penilai secara objektif prestasi pelajar dalam Program Latihan Industri juga akan dilantik. Perincian peranan Penyelaras, Penyelia Fakulti, Pemeriksa dan Penyelia Lapangan dijelaskan di bawah.

5.2 TUGAS PENYELARAS KURSUS LATIHAN INDUSTRI

Tugas dan tanggungjawab Penyelaras Kursus Latihan Industri adalah seperti berikut :

a) Menyediakan senarai pelajar yang akan mengikuti Kursus Latihan Industri bagi sesuatu semester.

b) Mendapatkan maklumat tempat latihan untuk pelajar yang akan menjalani latihan industri. c) Menghubungi tempat yang dipilih bagi mendapatkan bilangan tempat dan tugasan/ projek yang

boleh disediakan.

(6)

e) Menyediakan senarai tempat latihan industri bagi makluman pelajar setelah mendapat kelulusan Fakulti dan meminta pelajar memilih tempat latihan industri.

f) Mengadakan sesi kaunseling dan memberi khidmat nasihat kepada pelajar yang menjalani latihan industri.

g) Menyediakan senarai agihan tempat latihan industri dan pelajar.

h) Menghubungi tempat latihan industri yang telah dipilih dengan menyertakan maklumat pelajar. i) Menentukan Penyelia Fakulti bagi setiap pelajar serta memberi maklumat tentang program

latihan industri kepada Penyelia Fakulti.

j) Menyediakan jadual penyerahan Laporan Latihan Industri dan pembentangan seminar bagi makluman Fakulti, Penyelia Fakulti dan pelajar.

k) Memberi taklimat kepada pelajar tentang prosedur memohon tempat latihan industri dan perkara yang berkaitan dengan Program Latihan Industri.

l) Mengemaskini maklumat pelajar, tempat latihan industri, penyelia lapangan pelajar serta tugasan/projek latihan industri serta pelantikan pemeriksa.

m) Menyediakan senarai tugasan lawatan Penyelia Fakulti ke tempat latihan industri pelajar bagi membincangkan perkembangan pelajar dengan Penyelia Industri.

n) Menerima Laporan Latihan Industri dan mengagihkan kepada penyelia Fakulti dan pemeriksa yang telah dilantik.

o) Mengumpul dan menganalisis markah untuk diibentangkan ke mesyuarat pada peringkat fakulti dan Senat.

(7)

5.3 TUGAS PENYELIA FAKULTI

Seorang Penyelia Fakulti akan dilantik bagi setiap orang pelajar dalam program ini yang berperanan untuk:

a) Bertindak sebagai penasihat atau mentor kepada pelajar sepanjang pelaksanaan program. b) Bertindak sebagai penghubung antara pelajar dengan Penyelia Industri dan Fakulti.

c) Melakukan lawatan bagi berbincang dan menilai perkembangan pelajar di tempat latihan industri. d) Menerima dan mengambil tindakan ke atas aduan yang diterima.

e) Membimbing pelajar dalam penyediaan laporan.

f) Mengurus dan mengadakan taklimat dan bengkel atau latihan jangka pendek yang diperlukan dalam aspek pengurusan kewangan, pembangunan perusahaan, kaedah/cara penyediaan perancangan perniagaan dan mengenalpasti strategi pemasaran produk.

g) Membuat penilaian ke atas penulisan laporan dan sesi pembentangan.

h) Membantu, membina dan memperkembangkan sikap dan nilai tambah dalam kemahiran keusahawanan dan perniagaan dalam diri pelajar.

5.4 TUGAS PENYELIA INDUSTRI

(8)

industri dijalankan dalam program ini yang berperanan untuk:

a) Bertindak sebagai penasihat atau mentor kepada pelajar sepanjang pelaksanaan program. b) Membantu pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat latihan industri.

c) Memaklumkan kepada pelajar perkara serta etika tempat latihan industri.

d) Menyediakan dan menyelia tugasan/projek yang bersesuaian dengan bidang pengkhususan pelajar.

e) Memastikan pelajar mendapat sokongan yang secukupnya sepanjang menjalani latihan, seperti perkakasan, ruang dan bahan penyelidikan/latihan.

f) Bertindak sebagai penghubung antara pelajar dengan Penyelia Fakulti.

g) Menerima lawatan oleh Penyelia Fakulti bagi berbincang dan menilai perkembangan pelajar di tempat latihan industri yang telah disediakan oleh fakulti.

h) Menilai perkembangan pelajar serta tugasan/projek yang diberi menggunakan buku Log Kerja Mingguan dan juga Borang Penilaian Latihan Industri.

i) Menerima dan melaporkan masalah pelajar semasa menjalani latihan termasuk masalah disiplin kepada fakulti dan membuat cadangan untuk menamatkan latihan, sekiranya perlu.

j) Membantu, membina dan memperkembangkan sikap dan nilai tambah dalam kemahiran keusahawanan dan perniagaan dalam diri pelajar.

5.5 TUGAS PEMERIKSA

(9)

penilaian ke atas Laporan Latihan Industri dan sesi pembentangan yang akan dilakukan oleh pelajar. Tujuan pelantikan pemeriksa adalah untuk membuat penilaian secara objektif terhadap prestasi pelajar. Peranan pemeriksa adalah:

a) Menilai laporan latihan industri dan sesi pembentangan pelajar.

b) Memberi pandangan kepada Penyelia Fakulti jika terdapat percanggahan penilaian yang lampau. Jika berlaku percanggahan penilaian yang keterlaluan (yang melebihi 10%) di antara Penyelia Fakulti dengan pemeriksa yang tidak dapat diputuskan oleh kedua – dua pihak, pemeriksa kedua hendaklah dilantik bagi membuat penilaian. Jika masih terdapat perbezaan yang nyata, keputusan muktamad akan diserahkan kepada pertimbangan Jawatan Kuasa Peperiksaan Fakulti.

5.6 TUGAS PELAJAR

Pelajar juga perlu melaksanakan perkara berikut sebelum memulakan latihan dan sepanjang menjalani latihan.

5.6.1 Sebelum Menjalani Latihan Industri;

a) Pelajar dikehendaki mengisi borang pendaftaran Latihan Industri (Borang A) dan menghantarnya ke Unit Latihan Industri di Fakulti sebelum pulang bagi cuti semester ketujuh.

b) Pelajar perlu membuat pra-pendaftaran kursus Latihan Industri sama seperti kursus lain dalam program dan pengesahan pendaftaran apabila semester bermula.

c) Pelajar dikehendaki datang ke kampus untuk membuat pengesahan dan berbincang dengan Penyelia Fakulti tentang latihan industri yang akan dijalani.

(10)

d) Pelajar perlu memastikan yang pihak industri telah bersedia menerima untuk menjalani Latihan Industri.

5.6.2 Semasa Menjalani Latihan Industri;

a) Pelajar dikehendaki melaksanakan tugas dengan baik seperti yang telah ditetapkan oleh tempat latihan industri dan yang diarah oleh Penyelia Industri berdasarkan ketetapan yang telah dibuat oleh pihak Fakulti bagi mencapai matlamat latihan industri.

b) Memaklumkan kepada pihak Fakulti tentang maklumat tempat latihan industri dan Penyelia Industridalam masa 1 minggu setelah melapor diri di tempat latihan industri dengan menggunakan

Borang B.

c) Pelajar dikehendaki mengisi Buku Log Kerja yang disediakan serta mendapatkan pengesahan daripada Penyelia Industri untuk setiap tugasan yang dilakukan. Format Buku Log Kerja adalah seperti di Lampiran 1.

d) Pelajar yang berhasrat tidak mahu meneruskan latihan hendaklah menulis secara rasmi kepada Dekan dengan menyatakan sebab yang bersesuaian.

e) Pelajar yang ingin menukar Penyelia Industri atau tempat latihan industri atau kedua-duanya sekali hendaklah memohon dan mendapat persetujuan dari Penyelia Industri dan tempat latihan industri dan juga mendapat kelulusan pihak Fakulti melalui Penyelia Fakulti.

5.6.3 Selepas Menjalani Latihan Industri;

a) Pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan latihan industri untuk diserahkan kepada pejabat Dekan yang akan dinilai oleh Penyelia Fakulti dan pemeriksa yang dilantik.

(11)

b) Pelajar dikehendaki membentangkan laporan latihan industri yang akan dinilai oleh Penyelia Fakulti dan pemeriksa pada masa yang ditetapkan oleh fakulti.

(Nota: Pelajar dikehendaki menyatakan tugasan yang dilakukan setiap minggu dalam Log Kerja Mingguan dan mendapat pengesahan daripada Penyelia Industri. Log Kerja Mingguan ini adalah sebahagian daripada kaedah penilaian latihan industri yang akan dilakukan oleh Penyelia Fakulti. Segala maklumat tugasan/projek, pencapaian, permasalahan dan cara penyelesaian permasalahan tersebut hendaklah dinyatakan. Semua Log Kerja Mingguan yang telah disahkan hendaklah dilampirkan bersama Laporan Latihan Industri.)

6.0 PEMILIHAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI

Pemilihan tempat latihan adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk mencari tempat sendiri ataupun menggunakan senarai tempat latihan industri yang disediakan oleh pihak Fakulti. Tempat latihan industri yang dipilih dikehendaki menyediakan sumber yang mencukupi dan projek/tugasan yang bersesuaian dengan bidang pengkhususan pelajar dan tidak berbentuk tugas pekeranian atau pentadbiran/pengurusan pejabat semata-mata. Pelajar boleh mendapatkan nasihat Fakulti semasa membuat pencarian tempat ini. Pelajar juga disarankan supaya memilih tempat yang berdekatan dengan kediaman/tempat tinggal masing-masing bagi mengelakkan keperluan kos sara hidup yang tinggi.

7.0 TANGGUNGJAWAB PIHAK INDUSTRI

a) Penyelia Industri hendaklah memastikan tugasan atau projek bagi latihan industri bersesuaian dengan bidang pengkhususan pelajar yang dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. b) Sumber yang mencukupi untuk pelajar menyiapkan tugasan/projek yang diberikan haruslah

disediakan oleh Penyelia Industri. Keadaan yang tidak memuaskan yang boleh melengahkan pelajar daripada menyiapkan tugas yang ditentukan hendaklah dimaklumkan kepada Penyelia Fakulti untuk mencari jalan penyelesaian.

(12)

c) Sebarang isu melibatkan pencapaian dan disiplin pelajar mestilah dibawa kepada perhatian pihak Fakulti.

d) Pihak industri juga dinasihatkan sedaya mungkin menyerap pelajar dalam semua aspek operasi industri untuk membolehkan pelajar mempelajari dan mendapat kemahiran sebanyak mungkin. e) Isu keselamatan pelajar ditempat latihan adalah menjadi tanggungjawab pihak industri.

8.0 LAWATAN KE TEMPAT LATIHAN INDUSTRI

Sepanjang latihan industri satu lawatan akan dilakukan di tempat pelajar menjalani latihan industri oleh Penyelia Fakulti setelah mendapat persetujuan daripada Penyelia Industri. Semasa lawatan tersebut, perbincangan di antara Penyelia Fakulti dengan Penyelia Industri akan diadakan untuk membincangkan prestasi pelajar semasa menjalani latihan industri dan penambahbaikan yang perlu dilakukan, jika ada. Penilaian terhadap pencapaian pelajar di dalam melakukan tugasan/projek yang diberi akan dilakukan ketika lawatan ini. Lawatan ini hendaklah dilakukan antara minggu ke 5 hingga minggu ke 10 sepanjang tempoh latihan industri pelajar tersebut. Satu laporan hasil lawatan mesti disediakan oleh penyelia fakulti.

(13)

LAMPIRAN A

Referensi

Dokumen terkait

Latihan Industri ini harus dilalui oleh para pelajar selama 6 bulan untuk melengkapkan kursus yang diikuti di Politeknik. Para pelajar akan memperolehi pengalaman baru

i) Menyemak senarai pelajar yang mendaftar kursus LI dan mengenal pasti bidang mereka. ii) Mengemas kini dan mendapatkan maklumat tempat latihan. iii) Mengemas kini

Penyelia Industri Pegawai yang dilantik oleh organisasi latihan bagi memberi bimbingan kepada pelajar sepanjang pelajar menjalani LI, dan juga terlibat dengan

Buku panduan ini disediakan dengan harapan ia dapat diguna dan dimanfaatkan oleh para pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik (FTKKI), Universiti

Latihan Industri adalah penempatan pelajar sekurang-kurangnya 10 minggu sehingga enam (6) bulan sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jabatan masing-masing di organisasi luar

Latihan Industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi bagi menjalani latihan amali yang diselia dalam industri terpilih dalam jangka masa yang

Latihan industri juga mendedahkan kepada pelajar mengenai alam pekerjaan yang sebenarnya dan dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa melakukan sebarang pekerjaan yang

Penyelia Industri akan dikenalpasti dan dilantik oleh majikan yang mempunyai pengalaman industri dalam bidang berkaitan. Penyelia latihan industri merujuk kepada