• Tidak ada hasil yang ditemukan

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI PELAJAR FAKULTI KEJURUTERAAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI PELAJAR FAKULTI KEJURUTERAAN"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI

PELAJAR

FAKULTI KEJURUTERAAN

SESI 2009/2010

(Hanya untuk edaran pelajar Fakulti Kejuruteraan sahaja)

(2)

Definisi Latihan Industri

Latihan Industri merujuk kepada satu program yang bertujuan menyediakan latihan praktikal yang diselia dalam jangkamasa yang ditetapkan. Latihan ini boleh dijalankan di organisasi kerajaan atau swasta.

Matlamat

Matlamat utama program Latihan Industri adalah untuk melahirkan graduan yang bersedia untuk menempa alam pekerjaan. Program ini juga bertujuan melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang diperlukan oleh syarikat serta boleh menerapkan ilmu yang diperolehi di universiti ke dunia pekerjaan. Program Latihan Industri dapat berbuat demikian kerana pendedahan kepada alam pekerjaan semasa menjalani Latihan Industri akan menjadikan mereka lebih peka terhadap jangkaan dan harapan industri.

Program tersebut juga akan melengkapkan pelajar dengan pengalaman kerja yang sebenar.

Penempatan pelajar di industri juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan mereka kerana kemungkinan mereka akan ditawarkan kerja di tempat yang sama. Dengan itu, pengalaman latihan akan memantapkan aktiviti dan proses pembelajaran di kampus di samping membekalkan pelajar dengan pengalaman pekerjaan yang berkaitan.

Penempatan pelajar Universiti Malaya di industri juga adalah sebahagian daripada usaha untuk merapatkan jurang antara pihak akademik dan industri. Maklumbalas yang diterima dari pihak syarikat dapat digunakan untuk memperbaiki kurikulum pengajian yang sedia ada.

Objektif

Secara ringkasnya, terdapat enam (6) objektif utama bagi pelaksanaan program Latihan Industri iaitu seperti yang berikut :

ƒ Memberikan peluang kepada pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari kepada situasi pekerjaan yang sebenar.

ƒ Memberikan peluang untuk belajar secara praktikal dari pengamal dalam bidang yang dipelajari oleh pelajar.

ƒ Memberikan pelajar pengalaman bekerja sambil belajar dalam bidang pilihan mereka.

ƒ Mendedahkan pelajar kepada persekitaran kerja, amalan dan peluang pekerjaan, etika kerja di bidang yang berkaitan.

ƒ Mengasah kemahiran insaniah yang sesuai dengan keperluan kerja.

ƒ Memberi peluang kepada pelajar untuk ditawarkan pekerjaan di tempat mereka menjalankan Latihan Industri.

(3)

Hasil Pembelajaran

Apabila tamat Latihan Industri, pelajar dapat:

ƒ Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang pengajian mereka.

ƒ Menghubungkaitkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi di tempat kerja dengan apa yang dipelajari di universiti.

ƒ Berdaya-saing di pasaran pekerjaan kerana telah dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, sikap dan pengalaman praktikal yang sesuai.

Skop Latihan Industri

Bidang tugas spesifik harus dipersetujui oleh pihak PTj dan syarikat. Adalah disyorkan agar pelajar diberikan tugas yang berkaitan dengan bidang pengajian mereka dan yang dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk menggunakan dan mempelajari pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan serta memberi pendedahan kepada amalan kerja dalam bidang tersebut. Pelajar haruslah diselia oleh pihak syarikat supaya pelajar mendapat bimbingan yang sewajarnya dan maklumbalas yang membina mengenai kemajuan mereka sepanjang tempoh Latihan Industri. Keperluan Latihan Industri adalah wajib di mana pelajar mesti menyempurnakan Latihan Industri untuk tujuan pengijazahan. Jumlah jam kredit untuk Latihan Industri adalah 5 atau 6 jam kredit.

Tempoh Latihan Industri

Tempoh Latihan Industri bergantung kepada program pengajian iaitu dari dua hingga enam bulan dan pelajar mesti melaksanakan Latihan Industri mengikut tempoh yang ditentukan oleh pihak Jabatan. Jadual dalam Lampiran menunjukkan tempoh dan status program Latihan Industri di Universiti Malaya.

Syarat Mendaftar Latihan Industri

Secara umumnya, pelajar boleh menjalankan Latihan Industri seawal-awalnya pada tahun ketiga pengajiannya.

Sebelum Latihan Industri

ƒ Mendapatkan penempatan Latihan Industri dengan merujuk kepada senarai organisasi dan iklan di PTj atau CITRA atau dengan cara lain, seperti melalui Jobmarket.com dan laman web organisasi.

ƒ Mendaftar untuk program Latihan Industri.

ƒ Menghadiri taklimat Latihan Industri dan sekurang-kurangnya dua bengkel/seminar anjuran CITRA dan Jabatan.

ƒ Memaklumkan penempatan Latihan Industri kepada Jabatan.

ƒ Memasukkan maklumat organisasi yang menempatkan pelajar ke dalam http://eindustrial.um.edu.my

ƒ Mengambil surat pengesahan dan lampiran berkaitan dari pejabat CITRA.

(4)

ƒ Mendapatkan kelulusan bertulis daripada Penyelaras Kursus sekiranya ingin keluar dari program Latihan Industri atau menukar tempat Latihan Industri.

ƒ Pelajar ditegah sama sekali untuk menukar syarikat setelah membuat pengesahan syarikat

Semasa Latihan Industri

ƒ Menghantar borang pengesahan Latihan Industri kepada CITRA dan Jabatan selewat-lewatnya dua minggu selepas Latihan Industri bermula.

ƒ Mengisi Buku Log/Kehadiran.

ƒ Melaksanakan Latihan Industri dengan sebaik-baiknya dan berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengajian, aspek kerja dan kemahiran insaniah.

ƒ Menjaga nama baik Universiti Malaya.

ƒ Memaklumkan kepada penyelia Jabatan/ CITRA sekiranya terdapat sebarang masalah/isu berkaitan dengan pengalaman Latihan Industri.

Selepas Latihan Industri

ƒ Menghantar borang penilaian kendiri ke CITRA dalam masa dua minggu selepas tamat Latihan Industri.

ƒ Menghantar Laporan Latihan Industri dan buku log ke Jabatan dalam masa yang ditetapkan.

ƒ Memastikan semua penilaian yang diperlukan oleh pihak PTj dilaksanakan.

Peranan Organisasi

ƒ Melantik penyelia untuk pelajar.

ƒ Menempatkan pelajar di unit/jabatan yang sesuai dengan bidang pengajian pelajar.

ƒ Memastikan bidang tugas pelajar adalah selaras dengan bidang pengajian pelajar dan menepati skop Latihan Industri.

ƒ Memberi peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang pengajian mereka.

ƒ Memberi peluang kepada pelajar untuk mengalami persekitaran dan keadaan kerja yang sebenar.

ƒ Memantau kemajuan pelajar dan memberi tunjuk ajar dan maklumbalas yang membina kepada pelajar.

ƒ Membuat penilaian pelajar dan mengemukakannya kepada Jabatan pada masa yang ditetapkan.

(5)

ƒ Memberi maklumbalas kepada Penyelia.

ƒ Mengemukakan borang soal-selidik kepada CITRA.

ƒ Menyediakan elaun yang berpatutan kepada pelajar (sekiranya ada).

Penilaian

Penilaian Latihan Industri bertujuan menilai prestasi kerja pelajar dan perkembangan kemahiran insaniah mereka. Jabatan memilih kaedah penilaian serta wajaran bersesuaian dengan bidang pengajian dan objektif yang hendak dicapai. Lazimnya, pelajar dinilai oleh penyelia organisasi dan juga oleh penyelia Jabatan. Antara kaedah penilaian yang digunakan adalah:

ƒ Laporan penilaian penyelia organisasi

ƒ Laporan penilaian penyelia Jabatan

ƒ Laporan Latihan Industri

ƒ Buku log/kehadiran

ƒ Pemerhatian di tempat kerja

ƒ Pembentangan pelajar

Pelajar harus menyempurnakan semua aspek penilaian yang ditetapkan oleh Jabatan.

Pelajar akan diberikan gred Lulus/Gagal. Syarat utama untuk lulus Latihan Industri adalah pelajar mesti menyempurnakan tempoh Latihan Industri yang ditetapkan oleh Jabatan berkenaan dan menyiapkan laporan dan lain-lain keperluan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan sebagai syarat lulus Latihan Industri. Pengagihan markah bergantung kepada komponen yang dinilai.

Tatatertib Semasa Menjalani Latihan Industri

Pelajar-pelajar Universiti Malaya yang menjalani Latihan Industri dikehendaki mematuhi peraturan yang berikut:

Disiplin - Dalam tempoh latihan, pelajar akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada organisasi di mana pelajar telah ditempatkan. Ini bermakna bahawa pelajar mestilah mematuhi masa berkerja dan segala peraturan di organisasi sama seperti kakitangan yang lain sepanjang masa menjalani Latihan Industri.

Cuti - Pelajar juga tidak dibenarkan mengambil cuti sewaktu menjalani latihan kecuali dengan kelulusan organisasi.

Lain-Lain Peraturan - (a) Pelajar ditegah dari membocorkan rahsia atau memberi sebarang maklumat atau sebarang perkara berkaitan urusniaga pihak tersebut atau pelanggan- pelanggannya atau maklumat lain yang diperoleh semasa menjalani latihan tersebut ataupun sesudahnya.

(6)

(b) Pelajar tidak boleh merosakkan atau menyalahgunakan sebarang harta benda kepunyaan organisasi.

(c) Jika seseorang pelajar didapati melanggar peraturan ini ataupun mengabaikan tugasnya atau melakukan kesalahan tatatertib, tindakan yang sewajarnya boleh diambil terhadap beliau.

Garis Panduan Pembiayaan Latihan Industri Luar Negara Pelajar Ijazah Dasar Universiti Malaya

Tujuan

Garis Panduan ini adalah untuk diterimapakai oleh semua Jabatan dalam urusan pembiayaan latihan industri luar negara pelajar ijazah dasar Universiti Malaya.

Definisi

Latihan Industri adalah penempatan pelajar sekurang-kurangnya 10 minggu sehingga enam (6) bulan sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jabatan masing-masing di organisasi luar dengan tujuan menyediakan latihan praktikal yang diselia sebelum mereka dianugerahkan ijazah sarjana muda.

Syarat-syarat Pembiayaan

ƒ Pemohon adalah terdiri daripada pelajar ijazah dasar Universiti Malaya yang disyaratkan untuk mengikuti program latihan industri sebagai kursus wajib dan menjadi pra-syarat pengijazahan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Senat Universiti.

ƒ Permohonan pembiayaan oleh pemohon di bawah tajaan biasiswa sesebuah organisasi yang diwajibkan menjalani latihan industri di organisasi tersebut tidak layak untuk dipertimbangkan.

Prosedur Permohonan

Pemohon adalah dikehendaki untuk mengemukakan permohonan pembiayaan secara bertulis kepada Pengarah CITRA melalui Dekan/Pengarah Fakulti dengan dinyatakan perkara-perkara berikut:

ƒ Surat Tawaran latihan industri daripada organisasi yang mana berkenaan;

ƒ Surat Sokongan daripada penyelaras/penyelia kursus latihan industri;

ƒ Salinan muka hadapan passport dan dokumen perjalanan (yang masih dalam tempoh sah bagi tujuan perjalanan yang dipohon);

ƒ Butiran mengenai perkara-perkara yang dipohon untuk dibiayai oleh pihak Universiti.

(7)

Perkara Pertimbangan

Perkara-perkara yang boleh dipertimbangkan pembiayaan oleh pihak Universiti adalah meliputi:

ƒ Elaun Sara Hidup Termasuk kos penginapan, makan/minum serta pengangkutan semasa menjalani latihan industri yang diberikan sebagai pembiayaan tambahan kepada jumlah pembiayaan oleh pihak organisasi yang berkenaan, berdasarkan kategori negara sebagaimana di dalam Jadual 1.

ƒ Tiket Penerbangan (pergi/balik) Sekiranya tidak dibiayai sepenuhnya oleh pihak syarikat berkenaan, pihak Universiti akan mempertimbangkan pembayaran sehingga RM4,000.00 (Ringgit Malaysia Empat Ribu Sahaja) bagi setiap seorang pemohon atau kos sebenar perjalanan, yang mana lebih rendah mengikut kadar tiket penerbangan APEX (luar Negara) dan ekonomi (dalam negara).

Lain-lain kos yang terlibat tidak akan dibiayai oleh pihak Universiti, di antaranya adalah:

ƒ Pasport dan dokumen perjalanan

ƒ Insuran tambahan

ƒ Pakaian panas

ƒ Yuran penyertaan seminar/bengkel semasa menjalani latihan industri

(8)

Jadual I: Kadar Elaun Sara Hidup Sebulan Untuk Latihan Industri Luar Negara Pelajar Ijazah Dasar Universiti Malaya

Kategori Elaun Sebulan (RM)

I 500.00 II 750.00 III 1,000.00 IV 1,250.00 V 1,500.00

Kategori I

Afghanistan Chile Kirlbati Nepal Portugal Tuvalu Bangladesh Colombia Laos North Korea Samoa Vietnam Bolivia Ecuador Maldives Pakistan Sri Lanka Bulgaria Fiji Mauritius Peru Tanzania Cambodia India Myanmar Philipines Tonga

Kategori II

Angola Hungary Morrocco Paraguay SolomonIsland Vanuatu Argentina Indonesia Mozambique Poland Swazilan Zimbabwe Botswana Lesotho Namibia Republik Czech Taiwan Ethiopia Madagascar Nauru Republik Slovak Thailand Ghana Malawi New Zealand Senegal Tunisia Greece Mali Papua New Seychelles Uganda Guinea Malta Guinea South Africa Uruguay

Kategori III

Albania Balarus Georgia Kenya Mongolia Sudan Algeria Brunei Gibraltar Kuwait Netherland Tajlklstan Armenia Darussalam Iraq Kyrgyzstan Norway Turkmenistan Australia China Ireland Lebanon Qatar Ukraine Austria Cuba Jamaica Libya Romania Uzbekistán Azerbaijan Cyprus Jordan Luxembourg Russia Bahrain Egypt Kazakstan Moldova Spain

Kategori IV

Belgium Canada France Niger Singapore Venezuela Bosnia- Croatia Gambia Nigeria Surinam Yemen Herzegovina Dahomey Germany Saudi Arabia Switzerland Zambia Brazil Denmark Guyana Serbia & Syria Montenegro

Kategori V

Barbados Hong Kong Japan Oman Sweden UnitedArab Dubai Iran Macau South Korea Trinidad & Emirates Finland Italy Mexico St. Lucia Tobago United Kingdom Turkey USA

(9)

Carta Aliran Penyediaan & Penempatan Latihan Industri Fakulti Kejuruteraan

MULA SEBELUM

CITRA

Mempelawa syarikat untuk penempatan LI (sepanjang tahun)

Menerima jawapan dari syarikat untuk penempatan pelajar

Masukkan maklumat dalam laman web

Pelajar

Daftar untuk LI melalui Sistem eindustrial training (dalam 2 minggu pada permulaan Semester 2/3)

Hantar resume, keputusan peperiksaan &

maklumat lain yang berkaitan kepada Penyelaras

Jabatan

Terima salinan resume, keputusan peperiksaan &

maklumat lain yang berkaitan daripada pelajar/

Agihkan penempatan berdasarkan keperluan pelajar & syarikat (6 bulan sebelum LI)

Pelajar

1. Hadir bengkel/seminar anjuran CITRA/fakulti 2. Memilih syarikat melalui laman web/iklan/job market 3. Memohon dengan surat sokongan dari Ketua Jabatan, dilampirkan resume, transkript peperiksaan

Tidak

Diterima oleh syarikat

Ya

Pelajar

Memaklumkan pemerolehan penempatan LI kepada Penyelaras

Masukkan maklumat terperinci syarikat dalam http://eindustrial.um.edu.my melalui Sistem eindustrial training

(10)

Jabatan

Isi butiran pelajar dalam Borang UM-PT01-PK01-BR064 dan hantar ke Fakulti

(2-3 bulan sebelum LI)

Fakulti

Hantar Borang UM-PT01-PK01-BR064 ke CITRA (2 bulan sebelum LI)

CITRA

Menyediakan Surat Pengesahan berdasarkan Borang UM-PT01-PK01-BR064 &

sertakan dengan Penyata Insuran, Borang Pengesahan Penempatan LI,

Borang Penilaian Kendiri (1-2 bulan sebelum LI)

Pelajar

Mengambil surat Pengesahan dan lampiran dari CITRA

Mengambil Buku Log dari Penyelaras Jabatan

Menjalani Latihan Industri selama 10 minggu/6 bulan

SEMASA

Kembalikan Slip Pengesahan kepada CITRA (1-2 minggu selepas mulanya LI)

Mengisi Buku Log

Jabatan

Uruskan lawatan penyeliaan bagi pelajar LI

CITRA

Terima Borang Pengesahan Penempatan LI daripada pelajar (1-2 minggu selepas penempatan)

Hantar soalselidik kepada syarikat

(11)

SELEPAS

Pelajar

Menghantar Borang Penilaian Kendiri ke CITRA (dalam 2 minggu selepas tamat LI)

Menghantar Laporan LI dan Buku Log ke Jabatan

Jabatan

Terima Laporan/Buku Log untuk urusan pemarkahan (mengikut tempoh masa yang ditetapkan)

TAMAT

(12)

Lampiran Program Latihan Industri Mengikut Jabatan di Fakulti Kejuruteraan

Jabatan Program Status LI Kod Jam

Kredit

Tempoh LI Bulan Jenis Penilaian Gred

Kejuruteraan Kimia

Ijazah Sarjana Muda

Kejuruteraan (Kimia)

Wajib KKEK3191 6 6 bulan Dis-Julai Penilaian oleh Penyelia Jabatan/

Pembentangan (20%) Laporan L I (40%) Buku Log (40%)

L/G

Ijazah Sarjana Muda

Kejuruteraan (Bahan

Wajib KMEM3191 6 6 bulan Dis-Julai Penilaian oleh Penyelia Jabatan/

Pembentangan (20%) Laporan L I (40%) Buku Log (40%)

L/G Kejuruteraan

Mekanikal

Ijazah Sarjana Muda

Kejuruteraan (Mekanik)

Wajib KMEB3191 6 6 bulan Dis-Julai Penilaian oleh Penyelia Jabatan/

Pembentangan (20%) Laporan L I (40%) Buku Log (40%)

L/G

Kejuruteraan Bioperubatan

Ijazah Sarjana Muda

Kejuruteraan (Bioperubatan)

Wajib KUEU3191 6 6 bulan Dis-Julai Penilaian oleh Penyelia Jabatan/

Pembentangan (20%) Laporan L I (40%) Buku Log (40%)

L/G

(13)

Jabatan Program Status LI Kod Jam Kredit

Tempoh LI Bulan Jenis Penilaian Gred

Ijazah Sarjana Muda

Kejuruteraan (Awam)

Wajib KAEA3191 5 10 minggu Mei-Julai Penilaian oleh Penyelia Jabatan (20%)

Laporan L I (40%) Buku Log (40%)

L/G Kejuruteraan

Awam

Sarjana Muda Kejuruteraan (Alam Sekitar)

Wajib KAES3191 5 10 minggu Mei-Julai Penilaian oleh Penyelia Jabatan (20%) Laporan L I (40%) Buku Log (40%)

L/G

Ijazah Sarjana Muda

Kejuruteraan (Elektrik)

Wajib KEEE3191 5 10 minggu Mei-Julai Penilaian oleh Penyelia Jabatan (20%) Laporan L I (40%) Buku Log (40%)

L/G Kejuruteraan

Elektrik

Ijazah Sarjana Muda

Kejuruteraan (Telekomunikasi)

Wajib KEET3190 5 10 minggu Mei-Julai Penilaian oleh Penyelia Jabatan (20%) Laporan L I (40%) Buku Log (40%)

L/G

Ijazah Sarjana Muda

Kejuruteraan (CAD/CAM)

Wajib KCEC3191 5 10 minggu Mei-Julai Penilaian oleh Penyelia Jabatan (20%)

Laporan L I (40%) Buku Log (40%)

L/G Kejuruteraan

Reka Bentuk

& Pembuatan

Ijazah Sarjana Muda

Kejuruteraan (Pembuatan)

Wajib KCEP3191 5 10 minggu Mei-Julai Penilaian oleh Penyelia Jabatan (20%) Laporan L I (40%) Buku Log (40%)

L/G

Referensi

Dokumen terkait

Hasil yang diperolehi dari kajian ini mendapati pelajar kurang bersedia untuk menjalani latihan industri kerana kurang mendapat pendedahan dari segi teori dan amali berkaitan

Pelajar hanya dibenarkan menjalani latihan industri di organisasi/agensi latihan yang telah diperakukan oleh jabatan iaitu JUPEM, Syarikat Jurukur Tanah Berlesen yang

Latihan industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap para pelajar sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan sijil atau diploma. Setiap pelajar

i) Menyemak senarai pelajar yang mendaftar kursus LI dan mengenal pasti bidang mereka. ii) Mengemas kini dan mendapatkan maklumat tempat latihan. iii) Mengemas kini

1.4.8 Penyelia Industri bermaksud pegawai yang dilantik oleh organisasi latihan bagi memberi bimbingan kepada pelajar sepanjang pelajar menjalani LI, dan juga terlibat

Maka, sistem pelaporan latihan industri (SPLI) akan dibangunkan supaya dapat memudahkan proses penyelia untuk menyemak dan mengetahui keadaan pelajar semasa menjalankan

a) Bertindak sebagai penasihat atau mentor kepada pelajar sepanjang pelaksanaan program. b) Membantu pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat latihan industri. c)

Penyelia Industri akan dikenalpasti dan dilantik oleh majikan yang mempunyai pengalaman industri dalam bidang berkaitan. Penyelia latihan industri merujuk kepada