• Tidak ada hasil yang ditemukan

Laporan Latihan Industri Kejuruteraan Awam - LMP GEOTECHNIC

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Laporan Latihan Industri Kejuruteraan Awam - LMP GEOTECHNIC"

Copied!
51
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pendahuluan

Latihan industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap para pelajar sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan sijil atau diploma. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri bagi melayakkan para pelajar untuk dianugerahkan diploma. Latihan industri adalah merupakan salah satu corak pembelajaran di mana para pelajar politeknik di semester empat dan semester enam akan menjalani latihan industri selama 20 minggu. Latihan industri ini adalah wajib untuk dijalani oleh pelajar politeknik semester enam untuk kursus Diploma Kejuruteraan Awam bagi Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak. Untuk menjalani latihan industri ini, pelajar-pelajar akan ditempatkan ke syarikat-syarikat yang terlibat dalam bidang-bidang kejuruteraan awam samada syarikat swasta mahupun kerajaan yang telah dipohon oleh pelajar-pelajar itu sendiri ataupun yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan politeknik. Dasar utama yang ada dalam program latihan industri ini adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar suapaya mereka dapat merasai sendiri bagaimana rasanya situasi alam pekerjaan yang sebenar.

(2)

Di samping itu, para pelajar juga akan mengetahui bagaimana keadaan di tempat kerja serta kerja-kerja yang akan dilakukan bagi mempraktikkan dan memahirkan lagi apa yang telah dipelajari selama tempoh berada di politeknik. Pengalaman ini adalah sangat penting bagi pelajar-pelajar apabila mereka sudah menamatkan pengajian di polieknik kelak.

Pendedahan yang selalu ditekankan sewaktu latihan industri ini ialah untuk meningkatkan lagi pengetahuan para pelajar di dalam bidang-bidang kemahiran dan juga teknikal yang berkaitan dengan bidang yang telah dipelajari sewaktu di politeknik. Di samping itu, latihan industri juga dapat menanamkan semangat bekerjasama dan menjalinkan hubungan yang baik sesama pekerja ataupun majikan. Latihan industri juga dapat memberikan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini. Secara keseluruhannya, latihan industri ini juga banyak membantu pihak politeknik dalam sistem pembelajaran. Hal ini kerana pihak politeknik sendiri tidak dapat menyediakan alatan yang lengkap bagi tujuan pembelajaran sepenuhnya memandangkan kos pembiayaan yang tinggi dan perubahan-perubahan teknologi sentiasa berkembang pesat dari masa ke semasa. Selain itu, para pelajar juga dapat melihat sendiri perkaitan di antara teori yang telah dipelajari di dalam kelas dengan praktikal yang dijalani sewaktu berada di makmal-makmal dan kelas. Ini juga dapat memberikan pendedahan kepada pelajar supaya menceburi bidang-bidang yang mencabar dan memerlukan ketabahan serta tanggungjawab yang tinggi bagi menjayakan sesebuah organisasi itu sendiri.

Dari sudut kerohanian, para pelajar yang menjalani latihan industri ini dapat melatih diri sebagai pekerja yang bertanggungjawab di dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan ataupun arahan. Sikap tersebut juga dapat membantu diri sendiri sebagai seorang pekerja yang berjaya dan berkaliber. Jika dipandang dari sudut lain, latihan industri ini merupakan satu objektif yang tepat bagi mencari penyelesaian bagi sesuatu perkara khususnya yang berkaitan dengan pekerjaan.

(3)

Justeru itu, latihan industri juga memberi peluang kepada para pelajar untuk menilai sendiri perbezaan antara teori dan latihan praktikal yang dijalankan sendiri oleh pelajar ketika berada di firma. Segala cabaran yang diterima semasa latihan industri akan mengukuhkan lagi keyakinan pelajar terhadap pekerjaan yang bakal dijawat selepas tamat tempoh pengajian disamping memberi rangsangan serta minat kepada pelajar untuk meneruskan pengajian kelak.

2.1 Objektif Latihan Industri

Latihan Industri adalah salah satu latihan yang wajib dijalani oleh semua pelajar atau mahasiswa di sesuatu organisasi atau institut pengajian tinggi dalam tempoh tertentu supaya para pelajar dapat mempelajari ilmu baru dan mendapat banyak pengalaman bekerja. Dengan cara ini, para pelajar dapat mempraktikkan pembelajaran yang dipelajari di institusi serta mempertingkatkan lagi kemahiran dan mempelajari banyak perkara. Selain itu, ia juga dapat mendedahkan kepada para pelajar mengenai suasana pekerjaan yang sebenar di sesuatu organisasi atau firma. Secara amnya, objektif latihan industri adalah seperti berikut :

i. Memberi pendedahan kepada pelajar di alam pekerjaan.

Semasa menjalani latihan industri, pelajar akan diberi pendedahan dengan perkara yang baru bagi pelajar iaitu dengan suasana sebenar di tempat kerja yang sama sekali berlainan jika dibandingkan dengan politeknik sebagai tempat mendalami ilmu pengetahuan. Banyak kemahiran baru yang diperolehi dapat menambahkan kemahiran pelajar semasa menjalani latihan industri.

(4)

ii. Membentuk disiplin pelajar melalui peraturan keselamatan.

Keselamatan dalam industri merupakan perkara yang paling penting dan dititikberatkan kepada semua pekerja. Mematuhi keselamatan tidak harus dipandang ringan serta mudah kerana kebanyakan peralatan yang digunakan di sektor industri adalah berbahaya dan boleh mendatangkan kecederaan yang teruk kepada seseorang malahan juga boleh menghilangkan nyawa pekerja tersebut. Dengan mematuhi peraturan keselamatan semasa menjalani latihan industri ini, para pelajar juga dapat meyakinkan diri dalam menghadapi cabaran yang akan ditempuhi semasa alam pekerjaan serta mengawal diri dalam pelbagai situasi mencabar sewaktu melakukan kerja.

Antara objektif latihan industri yang lain adalah seperti berikut;

a) Mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar alam pekerjaan.

b) Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari dengan aspek-aspek praktikal atau sebaliknya.

c) Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja industri.

d) Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri. e) Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di dalam industri.

f) Sebagai salah satu input untuk penambahbaikan kurikulum dalam sistem latihan Industri.

g) Menggunakan sepenuhnya ilmu pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dipelajari di Politeknik untuk dipraktikkan semasa latihan industri.

(5)

h) Membina personaliti individu secara berpasukan, amanah, berkeyakinan dan bertanggungjawab.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa latihan industri ini adalah amat penting kepada para pelajar kerana ia memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk dan mewujudkan pelajar-pelajar lulusan dari politeknik yang berpengetahuan luas, berdisiplin tinggi, mahir dalam segala bidang serta mempunyai akhlak yang mulia dan keyakinan diri yang tinggi. Dengan yang demikian, ia akan dapat menjamin serta meningkatkan lagi mutu pendidikan yang diterapkan dikalangan pelajar politeknik di seluruh Malaysia ini dan menjamin tenaga kerja yang mahir, berkualiti dan terbaik bagi pembangunan ekonomi negara kita.

1.3 Objektif laporan latihan industri

Objektif laporan latihan industri ini adalah bertujuan supaya menjadi satu bukti menunjukkan pelajar telah menjalani latihan industri mengikut prosedur, kesesuaian dengan bidang yang dipelajari oleh pelajar di kampus dan komitmen pelajar terhadap latihan industri. Laporan yang baik dan lengkap dapat dijadikan panduan semasa melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar serta boleh digunakan dalam temuduga kerjaya. Laporan ini akan mendokumentasikan aktiviti kerja pelajar-pelajar sepanjang tempoh latihan yang dijalankan. Pensyarah dan juga penyelia syarikat dapat menilai prestasi pelajar semasa mengikuti latihan ini melalui buku laporan harian dan juga laporan rasmi.

Selain itu, laporan latihan industri bertujuan melatih pelajar menguasai kemahiran dalam menghasilkan satu bentuk laporan yang berkaitan dengan kerja-kerja praktikal yang dilakukan oleh pelajar dalam menepati format laporan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. Laporan ini juga dijadikan sebagai satu kaedah penilaian ke atas pelajar sepanjang latihan industri dijalankan. Antara objektif lain penyediaan laporan industri ialah :

(6)

ii. Boleh dijadikan sumber rujukan di masa akan datang.

iii. Merupakan salah satu syarat wajib untuk lulus latihan industri.

iv. Untuk melatih pelajar dalam menghasilkan sebuah laporan yang lengkap berlandaskan format yang sebenar kerja berkenaan dengan latihan yang dijalankan.

1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Secara amnya, terdapat pelbagai kepentingan yang dapat dipelajari oleh semua pelajar sepanjang menjalani latihan industri yang dianjurkan oleh Politeknik selama tempoh tertentu. Hal ini bergantung kepada kesungguhan pelajar itu sendiri untuk memanfaatkan peluang yang telah sedia ada ini. Para pelajar juga turut dapat mendalami dengan lebih mendalam tentang teori yang telah dipelajari semasa proses pembelajaran dan seterusnya mempraktikkan segala teori yang ada dengan segala situasi samada secara langsung ataupun tidak langsung semasa mengendalikan sesuatu proses atau mengendalikan sesuatu kerja di firma yang memerlukan kemahiran yang tertentu untuk melaksanakannya. Dengan pengalaman dan tunjuk ajar daripada pekerja yang mahir dan berpengalaman, dapatlah memudahkan pelajar itu untuk menceburi diri dalam bidang pekerjaan yang akan ditempuhi kelak.

Latihan industri juga adalah penting kepada para pelajar untuk mengikutinya kerana ia akan memberi pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang tidak dapat diperolehi semasa di Politeknik. Selain itu, ianya juga merupakan syarat wajib yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk layak mendapat penganugerahan diploma.

Latihan industri juga memberi sedikit sebanyak pengalaman selama satu semester. Para pelajar akan dapat mempelajari erti kehidupan serta tanggungjawab dalam pekerjaan dalam bidang masing-masing.

(7)

1.5 Falsafah Latihan Industri

Konsep mengadakan latihan industri telah diasaskan kepada tiga perkara yang secara langsung merangkumi falsafah pendidikan politeknik. Kesimpulan falsafah ini ialah :

i. Setiap pelajar mempunyai keupayaan semulajadi untuk belajar.

ii. Pendidikan dan latihan industri boleh memainkan peranan yang penting dalam mengubah status sosio ekonomi.

iii. Sesuatu kejayaan hanya akan dapat dicapai ke tahap yang paling optimum melalui penimbaan pengalaman yang secukupnya.

1.6 Matlamat Latihan Industri

Berdasarkan falsafah di atas, matlamat latihan industri telah diwujudkan untuk :

i. Mengeluarkan lulusan yang serba boleh dari segi mental, fizikal dan kerohanian dalam teknologi,mekanikal dan pengurusan yang selaras dengan matlamat wawasan 2020.

ii. Membentuk dan memupuk sifat yang amanah, dedikasi, toleransi dan kesetiaan di kalangan pelajar melalui penamaan nilai-nilai kepimpinan dan disiplin supaya mereka dapat menjadi pemimpin yang cekap, berdisiplin dan produktif sambil menyedari hakikat perlunya mengimbangkan pembangunan dengan meninggikan taraf hidup masyarakat.

(8)

iii. Menanam sikap keberanian dan keyakinan untuk menjadi lulusan yang boleh berdikari.

1.7 Strategi Latihan Industri

Matlamat-matlamat di atas akan dilaksanakan melalui strategi-strategi berikut :

i. Mendedahkan para pelajar kepada pengalaman bekerja melalui latihan industri untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan yang sebenar dengan lebih cepat.

ii. Menggalakkan para pelajar untuk menimba sebanyak pengalaman melalui lawatan ke tapak binaan dan menyertai mesyuarat tentang projek yang dijalankan oleh organisasi latihan.

(9)

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Pengenalan organisasi

LMP Geotechnic Sdn. Bhd. merupakan syarikat kontraktor yang mempunyai kepakaran yang khusus terutamanya dalam bidang kejuruteraan geoteknik, struktur dan asas cerucuk. Syarikat ini telah ditubuhkan pada bulan Mei tahun 2011. Syarikat ini juga diketuai oleh kumpulan-kumpulan yang mempunyai kepakaran sepenuhnya dalam bidang geoteknik, struktur dan asas.

Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Syarikat ini juga sedang menjalankan ‘Projek Membina dan Menyiapkan Kerja-kerja Penyambungan LRT Laluan Ampang’(LRT Ampang Line Extension Project) dari Sri Petaling ke Putra Heights. Projek ini merupakan sebuah projek di bawah Syarikat Prasarana Negara Berhad. 2.2 Carta Organisasi A PROJECT DIRECTOR KK YEOH

ASST. PROJECT DIRECTOR

KATHERINE CHOO STORE MANAGER LAW KAM FOO TECHNICAL MANAGER

LEE TECK HOW

CONSTRUCTION MANAGER ROBERT CHONG & KK CHEN PROJECT MANAGER EDMOND LOW ADMIN MANAGER CATHERINE ANAK GOH

(10)

2.3 Misi syarikat

i. Untuk menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian yang berkaitan dengan bidang kejuruteraan geoteknik yang inovatif serta efektif dari segi kos.

ii. Sentiasa bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang dalam bidang geoteknikal dan specialised structures.

iii. Untuk menubuhkan hubungan jangka panjang yang lebih progresif dengan semua stakeholders. SITE SAFETY SUPERVISOR MUHAMMAD ARSYAD SUPERINTENDENT OFFICER RAMAMURTHI PLANNING & TRACKING ENGINEER NUR HAFIZAH BAKAR QA/QC ENGINEER RUSLINA AZIZ ACCOUNT EXECUTIVE SHIMA PROJECT ENGINEER WAN MOHD NAZERI PROJECT ENGINEER MUZLIAMIRUL RAMELI

SENIOR SITE SUPERVISOR

(11)

2.4 Skop kerja syarikat

Jadual 2.1 : Senarai skop kerja yang dilakukan oleh syarikat

Geoteknikal dan Asas Struktur khas

Cerucuk terjara (bored pile) Basement construction Contiguous bored pile Guideway pier construction Micropiling Struktur keluli sementara Soil nailing Wharf construction Jet grouting Highrise building Hand-dug caisson

Tube a-manchette grouting

2.5 Senarai projek

Jadual 2.2 : Senarai projek yang telah siap dan masih berjalan

No Description Project Employer Contract Value ( RM) Date Complete 1 Projek Pembinaan Bangunan 92

Anggota Tentera Cawangan Khas (ATCK), Kem Genting , Klang, Kuala Lumpur – Bore Piling Works.

Kementerian Pertahanan Malaysia

3,351,475,.69 Oct-2009

2 Proposed Eastern Dispersal Link (EDL) Johor Bahru – Foundation Works.

MRCB Engineering Sdn. Bhd.

53,166,200.00 Aug-2010

3 Pilot Scheme For Development Of 2000 Houses Within 24

Brunei Economic

(12)

Months For The National Housing Scheme Of Brunei Darussalam – Water Supply Facilities.

Development Board

5 Construction And Completion Of Earthworks, Piling Works, Pilecaps, Basement Slab & Basement Retaining Wall For The Proposed Commercial

Development on T.L 01755187 at Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu, Sabah.

Sunsea Development Sdn. Bhd.

12,981,073.50 Aug’2010

6 Proposed Development Of New KLIA 2 & Associated Works at KLIA Sepang, Selangor Temporary Shoring System.

Malaysia Airport Holding Bhd.

5,000,000.00 Dec’2011

7 Construction & Completion Of The Proposed 13-Storey Plaza Merdeka Commercial Complex/Hotel, Kuching , Package 3- Basement Package 4- Superstructures Raktyat Elite Sdn. Bhd. 48,364,361.71 93,365,569.48 Nov’2011 Jun’2012 8 Proposed Extension Of LRT

System From Kuala Lumpur Facilities Works (Package A) For The Ampang Line Project – Foundation & Substructures Works Syarikat Prasarana Negara Sdn. Bhd. 140,236,112.11 Feb’2013

(13)

Facilities Works Including Fabrication & Delivery of Segmental Box Girders (Package B) for the Ampang Line Extension Project – Foundation &

Substructures Works

Prasarana Negara Sdn. Bhd

PROGRESS

10 Cadangan Pembangunan 1 Blok Kondominium 20 Tingkat Yg Terdiri Daripada138 Unit Kondomium Degan Ruang Kemudahan Termasuk 3 Tingkat Tempat Letak Kereta, Kedai, Pejabat Pengurus, Pencawang Elektrik, Bilik M&E, Surau, taman Permainan, Kolam Renang, Pondok Pengawal & Pusat

Pembuangan Sampah Di Atas PT 79673, Batu 14, Puchong, Daerah Petaling, Mukim Petaling,

Selangor DE (Puri Tower) – Temporary Shoring System

Bina Puri Construction Sdn. Bhd.

193,000.00 June’2012

11 Cadangan Pembinaan Kompleks Perikanan LKIM Di Kg. Tanjung Bako, Kuching, Sarawak, Secara Rekabentuk Dan Bina Melalui Kaedah ‘Private Finance Initiative’ Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 208,734,445.17 IN PROGRESS

12 Cadangan Pembangunan 2 Blok Pejabat 23 Tingkat Di Atas Lot PTD 187624 ( Plot B9) Mukim Pulai, Daerah Johor Bahru, Johor Darul Takzim ( Medini B9)-Piling, CBP & Temporary Ground Anchor Medini Development Sdn. Bhd. 17,460,000.00 IN PROGRESS

(14)

Lot 38568 Off Jalan 1/155B, Bukit Jalil, Kuala Lumpur – Construction And Completion Of Infrastructure Works Inclusive Of Main Access Road, Underpass, Vehicular Box Culvert, CBP Wall, Surface Carparks, etc.-

Contiguous Bored Pile & Foundation Pile Works

Corridor Sdn. Bhd.

2.5 Senarai jentera

Jadual 2.3 : Senarai jentera yang dimiliki oleh syarikat

No

. Type Of Plant/Machineries Model Unit/Set

1 Bored Pile Boring Rig Bauer BG15 1

2 Bored Pile Boring Rig Bauer BG25 4

3 Bored Pile Boring Rig Sany SR 150 C 4 4 Bored Pile Boring Rig Ossaint FAR 160 D 1

5 Drilling Rig Klemm KR 804 1

6 Vibrohammer c/w Power Pack FAV 30 - 400 3 7 Desander & Bentonite Colloidal Mixer FAD 200 3

8 Water Silo 10

9 Vibohammer Mounted To Excavator 1

10 Crawler Crane Zoomlion ZCC550 4

11 Crawler Crane Zoomlion QUY55 2

12 Excavator Liu Gong 5

(15)

14 1000T Hydraulic Jack 2 15 Hydraulic Pump for Hydraulic Jack 1

16 Concrete Pump Putzmeister 1

17 Dump Truck Sinotruck 2

18 Lorry Crane 1

19 Tank Truck 2

BAB 3

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan

Latihan industri boleh dijalankan di jabatan kerajaan ataupun firma swasta supaya pelajar dapat membezakan suasana kerja yang sebenar dengan suasana di politeknik. Pelajar juga didedahkan dengan cabaran dan masalah yang akan dilalui setelah bekerja kelak. Setiap pelajar yang menjalani latihan industri mestilah merekodkan setiap kerja yang terlibat di tempat latihan di dalam buku laporan harian. Ringkasan mingguan adalah ringkasan bagi kegiatan atau kerja yang dilakukan semasa menjalani latihan industri.

(16)

Sepanjang menjalani latihan industry di LMP GEOTECHNIC SDN. BHD, saya telah ditempatkan dibawah ‘Operation Department’. Tugas utama saya adalah untuk memastikan kerja-kerja yang terlibat di tapak bina berjalan dengan lancar dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

Aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh latihan industri selama satu semester adalah diringkaskan seperti berikut :

Waktu kerja biasa : 8.00 a.m – 5.00 p.m Hari bekerja : Isnin – Sabtu

3.2.1 Ringkasan aktiviti mingguan

Jadual 3.1 : Ringkasan aktiviti mingguan

Bilangan MINGGU PERTAMA i.

a) Lapor diri dengan penyelia di organisasi latihan.

ii. Mendengar taklimat ringkas mengenai projek yang sedang berjalan iaitu projek LRT ‘Ampang Line Extension Project’. iii. Memahami kandungan-kandungan yang terdapat pada pelan

lukisan.

iv. Diberi penerangan tentang kerja-kerja yang terlibat dalam pembinaan ‘bored pile’, ‘pile cap’, ‘pier’ dan ‘portal frame’. v. Mempelajari dan memahami setiap kandungan yang terdapat

dalam ‘method of statement’ yang berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan asas cerucuk pengorekan (bored pile).

(17)

Bilanga n

MINGGU KEDUA

i. Melihat kerja-kerja pengorekan tanah untuk ‘strip footing’.

ii. Memantau kerja-kerja yang terlibat dalam pembinaan ‘ground bearing slab’ termasuk kerja-kerja membuat lapisan keras dan lapisan ‘lean concrete’.

iii. Mempelajari cara-cara pemasangan besi tetulang pada ‘strip footing’ dan ‘ground bearing slab’.

iv. Melihat kerja-kerja konkrit pada ‘strip footing’ dan ‘ground bearing slab’ .

Bilanga n

MINGGU KETIGA

i. Memantau kerja-kerja yang terlibat dalam pembinaan ‘ground bearing slab’ termasuk kerja-kerja membuat lapisan ‘lean concrete’, pemasangan besi tetulang dan kerja-kerja konkrit.

Bilangan MINGGU KEEMPAT

i. Memantau kerja-kerja yang terlibat dalam pembinaan asas cerucuk pengorekan (bored pile).

Lokasi : BP 2, BP 1 dan BP 3 (Abutment A) dan BP 2 (Abutment B).

ii. Mengenalpasti jentera-jentera dan peralatan yang digunakan dalam pembinaan cerucuk pengorekan.

Bilangan MINGGU KELIMA

i. Melihat kerja-kerja yang terlibat dalam pembinaan cerucuk pengorekan (bored pile) pada BP 4 dan BP 5 (Abutment A).

ii. Melihat proses kerja yang terlibat semasa ujian PDA (High Strain Dynamic Pile Test) dijalankan.

iii. Melihat dan mempelajari cara-cara ujian PIT (Low Strain Dynamic Pile Test) dijalankan.

(18)

Bilangan MINGGU KEENAM

i. Melihat dan mempelajari proses kerja yang terlibat dalam pembinaan tembok landas, ‘ballast wall’ dan ‘wing wall’.

ii. Melihat kerja-kerja pemasangan besi tetulang, pemasangan kotak bentuk dan kerja-kerja konkrit pada tembok landas (abutment), ‘ballast wall’ dan ‘wing wall’.

iii. Mempelajari cara-cara membuat lapisan pengalas (bearing).

Bilangan MINGGU KETUJUH

i. Melihat kerja-kerja pelancaran rasuk (u-beam launching).

ii. Melihat cara-cara pemasangan besi tetulang pada diafragma (diaphragm).

iii. Melihat kerja-kerja konkrit pada diafragma.

iv. Melihat kerja-kerja penyediaan lapisan asas dan ‘lean concrete’ pada papak tuju (approach slab).

Bilangan MINGGU KELAPAN

i. Melihat kerja-kerja yang terlibat dalam pembinaan papak tuju termasuk kerja pemasangan tetulang dan kerja konkrit.

ii. Melihat kerja-kerja yang terlibat dalam pembinaan tembok tepi (parapet wall) dan papak geladak (deck slab).

Bilangan MINGGU KESEMBILAN

i. Melihat kerja-kerja yang terlibat dalam pembinaan ‘ground bearing slab’dan memantau kerja-kerja seperti berikut :

 Penyediaan lapisan keras.

Penyediaan lapisan ‘lean concrete’.  Pemasangan besi tetulang.

 Kerja-kerja konkrit.

Bilangan MINGGU KESEPULUH

(19)

yang berkaitan dengan permasalahan yang berlaku di tapak bina yang menyebabkan kerja-kerja di tapak bina dihentikan atau tertangguh (notice of delay).

Bilangan MINGGU KESEBELAS

a) Cuti Tahun Baru Cina (Chinese New Year Break) - 6 February 2016 to 13 February 2016

Bilangan MINGGU KEDUA BELAS

a) Mencetak kesemua notice of delay untuk dimasukkan ke dalam fail.

b) Mengemaskini site daily record.

Bilanga n

MINGGU KETIGA BELAS - MINGGU KEDUA PULUH a) Mengimbas kesemua lukisan kerja bagi Package A.

(20)

BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL – ASAS CERUCUK

4.1 Pengenalan

Asas merupakan suatu bahagian yang penting dalam sesuatu struktur kerana segala beban yang dikenakan oleh struktur tersebut akan dipindahkan oleh asas ke atas tanah di bawah struktur itu. Asas dapat dikategorikan kepada asas cetek dan asas dalam yang lebih dikenali sebagai asas cerucuk. Asas cetek terdiri daripada asas tunggal, asas jalur dan asas rakit manakala asas cerucuk dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu cerucuk anjakan besar, cerucuk anjakan kecil dan cerucuk tiada anjakan.

Penggunaan asas cerucuk adalah lebih ekonomi dan selamat sekiranya beban yang besar perlu ditanggung oleh tapak tanah yang mempunyai tegasan galas izin yang rendah ataupun apabila lapisan tanah yang keras dan padat berada lebih 3 meter di bawah permukaan tanah. Maka, kekukuhan dan kekuatan sesuatu struktur banyak bergantung kepada rekabentuk asas cerucuk ini.

Asas cerucuk memainkan peranan yang penting sebagai komponen yang utama dalam memindahkan beban asas melalui strata tanah yang mempunyai keupayaan galas yang rendah kepada strata tanah atau batu-batuan yang mempunyai keupayaan galas yang tinggi. Dalam keadaan tanah yang normal, asas cerucuk digunakan untuk menahan

(21)

daya angkat naik seperti struktur pelantar luar pantai, asas di bawah paras air bumi atau menara penghantaran asas.

Asas cerucuk juga digunakan di dalam tanah lembut untuk menahan beban ufuk seperti daya angin dan daya gempa bumi secara lenturan. Tanah yang senang mengembang dan mengecut iaitu tanah yang sensitif kepada perubahan peratus kelembapan tanah juga memerlukan asas cerucuk. Selain itu, bagi kerja pembinaan di atas air seperti jeti dan jambatan juga memerlukan asas cerucuk. Terdapat pelbagai jenis, bentuk, saiz dan bahan yang digunakan untuk asas cerucuk dan pemilihan untuk menggunakannya adalah bergantung kepada situasi yang spesifik.

4.2 Faktor-Faktor Penggunaan Asas Cerucuk

Penggunaan cerucuk sebagai salah satu elemen yang penting dalam pembinaan sesebuah struktur telah lama bermula dalam sejarah kejuruteraan awam di dunia ini. Cerucuk digunakan sebagai penyokong dan alat untuk memindahkan beban daripada struktur ke tanah. Penggunaan asas cerucuk adalah disebabkan oleh :

i. Kewujudan lapisan galas yang sesuai tidak diperolehi. Tanah di bawah struktur tidak berfungsi dengan baik atau tidak berupaya untuk menanggung beban yang disebabkan oleh struktur tersebut apabila asas cetek digunakan.

ii. Kebolehmampatan tanah yang boleh menyebabkan enapan yang besar apabila asas cetek digunakan.

iii. Taburan tanah di bawah permukaan tanah yang tidak seragam.

iv. Untuk tujuan menghalang tindakan daya tujah dari bawah permukaan seperti tindakan hidrostatik.

(22)

v. Untuk mendapatkan suatu strata yang kuat dalam kerja-kerja pengorekan.

4.3 Jenis Jenis Cerucuk

Terdapat pelbagai jenis cerucuk yang digunakan mengikut keadaan tanah dan situasi yang berbeza. Antara jenis cerucuk yang digunakan adalah seperti cerucuk anjakan besar dan cerucuk tiada anjakan. Asas cerucuk boleh dibahagikan kepada beberapa klasifikasi yang bergantung kepada beberapa keadaan. Klasifikasi asas cerucuk boleh dibahagikan mengikut kaedah pemasangan, keupayaan galas, bahan yang digunakan, fungsi dan juga bentuk.

4.3.1 Cerucuk Anjakan Besar

Cerucuk jenis ini adalah cerucuk yang padu. Penggunaannya boleh menyebabkan anjakan pada tanah apabila cerucuk dimasukkan ke dalam tanah. Contoh cerucuk yang berada di bawah klasifikasi ini adalah seperti :

i. Cerucuk terpacu dan tuang disitu ii. Cerucuk pra-tuang / pra tegasan iii. Cerucuk kayu

4.3.1.1 Cerucuk Terpacu Dan Tuang Disitu

Cerucuk jenis ini amat sesuai digunakan dan panjangnya boleh disesuaikan mengikut permintaan dan kehendak pengguna dan kesesuaian penggunaannya. Ia juga boleh dipacu dengan hujung tiub yang tertutup ke dalam tanah dan diisi dengan konkrit

(23)

mengikut set yang telah ditentukan dimana tiub tersebut boleh dibiarkan atau dikeluarkan. Ia juga tidak dipengaruhi oleh kesan air.

Keburukan cerucuk jenis ini akan menghasilkan kenaikan lambung tanah dimana ia akan memberi kesan serta gangguan kepada struktur bangunan yang bersebelahan dengannya. Sekiranya ruang kepalanya terhad, maka ia tidak dapat dipacu.

4.3.1.2 Cerucuk Pra-Tuang/Pra-Tegasan

Cerucuk jenis ini amat sesuai pada keadaan tanah liat yang lembut, tanah kelodak dan tanah gambut dan ianya boleh dipacu mengikut set yang ditentukan. Panjangnya boleh menjangkau 27 meter dan boleh menahan beban sehingga 1000 Kn. Ia tidak dipengaruhi oleh air dan penggunaan bahan untuk membina cerucuk ini boleh ditentukan dan diperiksa.

Keburukan cerucuk jenis ini ialah ia mudah rosak dan patah akibat pacuan yang kuat. Saiz cerucuk ini juga tidak mudah untuk diubah dan juga menimbulkan masalah-masalah seperti penghasilan bunyi yang bising,getaran yang kuat dan anjakan serta tidak sesuai untuk kerja-kerja pembinaan yang melibatkan diameter yang besar.

4.3.1.3 Cerucuk Kayu

Cerucuk jenis ini boleh disambungkan pada titik pacuan yang disediakan. Kebiasaannya panjang cerucuk jenis ini ialah sepanjang 20 meter dan mampu menahan beban shingga 600 kN. Tanapile, Bakau dan General Lumber adalah jenis kayu yang boleh digunakan

(24)

sebagai cerucuk. Kelebihan cerucuk ini ialah kosnya yang murah disamping ringan dan mempunyai kebolehkerjaan yang tinggi.

Keburukan cerucuk jenis ini ialah ia mudah mengalami pereputan akibat serangan organisma perosak dan mestilah bebas daipada segala jenis penyakit yang biasa terdapat pada semua kayu. Bagi cerucuk bakau, segala cabang-cabang kayu mestilah dibuang tanpa merosakkan kulit kayu tersebut. Ia juga mestilah diawet supaya tahan terhadap faktor persekitarannya dan sentiasa berada dalam keadaan lembap apabila berada di tapak bina sebelum ianya ditanam.

4.3.2 Cerucuk Tiada Anjakan

Cerucuk jenis ini terhasil daripada penjaraan atau pengorekan tanah. Tanah akan dikeluarkan terlebih dahulu semasa menggerudi lubang sebelum konkrit dituang kedalamnya. Proses ini mengambil masa yang singkat untuk mengelakkan fenomena perlembutan tanah di sekelilingnya. Cerucuk yang biasa digunakan dapat menampung beban kerja sehingga 10000kN dan panjangnya lebih kurang 45 meter.

4.3.2.1 Cerucuk Terjara Tuang Di-Situ

Cerucuk terjara ini dibentuk daripada penjaraan dan tanah akan dikeluarkan sebelum diisi dengan konkrit. Saiz cerucuk terjara yang biasa digunakan adalah berjulat di antara 400 – 1500 mm dalam ukuran diameter dengan keupayaan menampung beban sehingga

(25)

60 – 100 tan. Cerucuk terjara yang mempunyai diameter melebihi 600 mm dikenali sebagai cerucuk terjara bergaris pusat besar.

Kelebihan cerucuk jenis ini adalah panjangnya boleh diubah dengan mudah atas kehendak dan permintaan pelanggan dan kesesuaian penggunaannya. Keadaan dan jenis tanah dapat diperiksa dengan laporan daripada penyiasatan tapak. Ia juga tidak menghasilkan sebarang bunyi dan gegaran serta tidak mengganggu struktur bangunan yang berhampiran. Kekurangan cerucuk jenis ini ialah operasi pembinaan akan terjejas oleh faktor cuaca yang buruk dan aktiviti menjara mungkin boleh melonggarkan tanah-tanah berpasir atau kelikir. Pengawasan dan penyelian yang ketat diperlukan semasa aktiviti mengkonkrit. Aliran masuk air boleh merosakkan konkrit dan menimbulkan gangguan terhadap tanah di sekelilingnya serta merendahkan keupayaan cerucuk tersebut.

4.3.2.2 Cerucuk Mikro

Cerucuk mikro merupakan jenis cerucuk yang berbentuk bulat dan mempunyai diameter kurang daripada 300 mm iaitu sekitar 100 – 250 mm. Panjang maksimum cerucuk ini ialah sehingga 60 meter dan ia juga berkeupayaan untuk menanggung beban kerja dalam julat 200 – 2000 kN. Selain itu, panjangnya juga berpandukan keadaan sub-permukaan tanah, kekerasan batu dan kapasiti beban yang akan ditanggung oleh cerucuk.

Kelebihan cerucuk ini ialah ia boleh direkabentuk untuk menanggung daya mampatan atau tegangan sebagai asas bangunan. Di samping itu, cerucuk mikro juga boleh digunakan untuk kerja-kerja tupang bawahan dan kecil memandangkan saiznya yang kecil.

(26)

Cerucuk terjara ini dibentuk daripada penjaraan dan tanah akan dikeluarkan sebelum diisi dengan konkrit. Saiz cerucuk terjara yang biasa digunakan adalah berjulat di antara 400 – 1500 mm dalam ukuran diameter dengan keupayaan menampung beban sehinga 60 – 100 tan. Cerucuk terjara yang mempunyai diameter melebihi 600 mm dikenali sebagai cerucuk terjara bergaris pusat besar. Terdapat dua jenis cerucuk terjara berdasarkan kepada kaedah ataupun teknik pengorekan tanah dalam penempatan konkrit bertetulang iaitu samada pengorekan lubang terjara dengan menggunakan tangan ataupun alat mekanik.

Cerucuk terjara sesuai digunakan di kawasan yang bertanah keras apabila beban yang tinggi dikenakan ke atasnya. Cerucuk jenis ini juga tidak menghasilkan sebarang bunyi yang bising dan gegaran serta tidak mengganggu struktur bangunan yang berhampiran. Walaupun cerucuk ini menjimatkan kos tetapi kos mobilization adalah tinggi untuk penghantaran mesin-mesin dan jentera yang besar dan mahal.

Untuk tanah yang berpasir dan bersrata terlalu lembut, sokongan ‘bentonite’ boleh digunakan untuk menstabilkan lubang terjara. Bagi lubang kering, kadar kandungan simen adalah sebanyak 300 kg /m3 manakala 400 kg /m3 untuk lubang

yang basah. Kebolehkerjaan yang tinggi diperlukan bagi memastikan konkrit boleh mengalir melalui dinding lubang jara tanpa perlu dipadatkan dan mengelakkan pengasingan, honeycombing, penjujuhan dan lain-lain. Konkrit juga tidak boleh dituang melebihi 2m dan walaupun lubang terjara adalah dalam keadaan kering, paip tremie perlu digunakan juga.

4.4.1 Kaedah Pembinaan Cerucuk Terjara (Bored Pile)

Kaedah pembinaan cerucuk adalah seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut :

(27)

Bil. Penerangan Gambarajah i. Jurukur tanah mengenalpasti kedudukan

dan posisi cerucuk pada tapak pembinaan. Untuk memudahkan kedudukan tersebut dicari dan dikenalpasti, satu bar besi akan ditusuk ke dalam tanah.

ii. Kerja menjara dilakukan dengan menggunakan mesin penggerek (boring rig).

iii. Satu selongsong besi (steel casing) ditanam kebawah apabila lubang cerucuk mencapai kedalaman 4 – 5 meter.

iv. Selongsong besi (steel casing) digetarkan sehingga berhenti pada lapisan bawah tanah yang keras dan ia hendaklah diperiksa ketegakannya.

(28)

v. Kerja menjara diteruskan dengan menggunakan gerimit atau ‘boring bucket’ bergantung kepada keadaan tanah.

vi. Kedalaman lubang cerucuk akan sentiasa diukur supaya kedalaman muktamad diperolehi.

vii. Setelah mencapai kedalaman yang dikehendaki, lubang cerucuk akan dibersihkan dengan menggunakan ‘cleaning bucket’. Kemudian, tetulang yang sudah siap diikat akan diturunkan ke dalam lubang cerucuk dengan menggunakan kren.

viii. Selepas penurunan besi tetulang (rebar cage), konkrit akan dituang ke dalam lubang cerucuk melalui paip tremie. Satu corong tuang dipasang dengan jaring besi pada atas paip tremie dengan tujuan untuk menghalang ketulan batu baur yang besar memasuki lubang cerucuk. Untuk mengetahui samada cerucuk mengalami pengleheran atau lengkokan, kenaikan konkrit pada lubang cerucuk

(29)

hendaklah diukur dan dicatat setiap kali lori konkrit habis menurunkan konkrit.

ix. Dengan menggunakan tukul getar, selongsong besi (steel casing) akan dicabut keluar dengan menggunakan kren.

4.4.2 Ujian Analisis Dinamik Cerucuk

Ujian PDA ini adalah jenis ujian beban dinamik dimana teknologi komputer digunakan untuk mengambil dan merekodkan data. Kaedah ujian ini adalah melibatkan penghentaman penukul ke atas tukup cerucuk untuk mendapatkan data ukuran dinamik atau tenaga yang terhasil. Dua pasang tolok tekanan dan accelerometer akan dipasangkan di sisi bertentangan pada cerucuk yang yang hendak diuji. Kemudian, tolok tersebut akan disambungkan pula kepada alat analisis pemacuan cerucuk (pile driving analyzer) untuk merekodkan pergerakan dinamik cerucuk dan menilai kualiti data, rintangan dan kelakukan cerucuk. Setelah itu, kerja-kerja penyedian drop hammer dan perletakan guide frame dijalankan.

(30)

Rajah 4.1 : Strain transducer dan accelerometer yang dipasang pada tukup cerucuk

Semasa ujikaji, segala maklumat cerucuk dan penukul akan direkodkan oleh PDA. Semakan akan dibuat untuk memastikan sama ada strain transducer dan accelerometer berfungsi dengan baik atau tidak. Pengukuran dinamik cerucuk akan dimulakan dengan jatuhan penukul pada ketinggian tertentu.

(31)

Rajah 4.2 : Penukul yang sedia untuk dihentam ke atas tukup cerucuk

Selepas tukup cerucuk dihentam dengan penukul, data hentaman akan dipamerkan dalam alat PDA. Data yang telah direkodkan pula akan terus dianalisis dengan menggunakan perisian CAPWAP. Kelebihan ujian ini adalah ia dapat dijalankan dengan lebih cepat dan mudah. Manakala kelemahan ujian PDA ini adalah ia melibatkan kos yang tinggi.

(32)

PEMBINAAN JAMBATAN

5.1 Pengenalan

Jambatan merupakan satu binaan yang dibuat dengan tujuan untuk menghubungkan dua tempat yang dipisahkan oleh struktur atau halangan yang terdapat pada sekitar kawasan tersebut seperti sungai, lebuhraya, landasan kereta api dan sebagainya tanpa menyebabkan sebarang gangguan. Sesebuah jambatan yang dibina kebiasaannya memiliki beberapa elemen atau komponen yang penting seperti tembok landas, tiang sambut (pier), tembok sayap (wing wall), tembok tepi (parapet wall), rasuk, papak geladak, papak tuju, diafragma dan sebagainya.

Jambatan yang dibina mempunyai konsep tegangan dan juga mampatan. Kedua-dua ciri ini merupakan elemen terpenting bagi membolehkan jambatan itu memanjang. Semasa menanggung beban, jambatan akan melentur dan terdapat juga struktur yang akan menegang dan sebahagian lagi akan mengalami mampatan. Pemahaman dalam ciri-ciri mampatan dan tegangan sesuatu bahan dan cara untuk mengawal daya yang bertindak akan memudahkan para jurutera menentukan jenis jambatan dan panjang jambatan yang dikehendaki.

Bagi projek LRT ini, jambatan yang dibina memerlukan asas cerucuk yang berfungsi untuk menghantar segala bebanan struktur ke bawah lapisan tanah bahagian bawah yang lebih kukuh dan stabil. Sistem pencerucukan yang digunakan dalam projek pembinaan jambatan ini adalah cerucuk terjara tuang di-situ (bored pile). Sebelum pembinaan struktur jambatan dimulakan, aktiviti setting out akan dijalankan terlebih dahulu. Setting out dibuat berdasarkan kepada pelan tapak dan lukisan-lukisan berkaitan

(33)

untuk menentukan arah jambatan, kedudukan jambatan, dimensi jambatan dan juga aras jambatan tersebut.

5.2 Kerja-kerja tanah

Setiap jambatan yang dibina mempunyai limit of contract yang tersendiri yang merangkumi rentang keseluruhan jambatan dan juga kedua-dua approach embankment. Bagi memastikan kuantiti kerja tanah yang tepat, catatan akan dibuat terhadap aras profil tanah dan keratan melintang di bahagian approach embankment sebelum dimulakan kerja mengorek atau menambun. Kedudukan dan dimensi untuk asas tembok landas hendaklah ditentukan dengan tepat. Saiz kawasan yang dikorek adalah berdasrkan kepada panjang dan lebar tembok landas. Kawasan asas yang dikorek juga hendaklah bebas dari sumber air. Hal ini bertujuan untuk memastikan kestabilan cerun dan juga daya tanggung tanah.

Bagi kerja menambun tanah dibelakang tembok landas dan tembok sayap, ia hendaklah dibuat dengan berhati-hati supaya aktiviti tersebut tidak menjejaskan kestabilan struktur. Kadangkala kerja menambun tanah tidak dibenarkan sehingga rasuk jambatan telah ditempatkan ataupun setelah tembok landas disokong atau ditampan terlebih dahulu.

5.3 Komponen-komponen jambatan

Sesebuah jambatan yang dibina kebiasaannya memiliki beberapa elemen atau komponen yang penting seperti tembok landas, tiang sambut (pier), tembok sayap

(34)

(wing wall), tembok tepi (parapet wall), rasuk, papak geladak, papak tuju, diafragma dan sebagainya.

5.3.1 Tembok landas

Tujuan utama pembinaan tembok landas adalah untuk menghantar segala tindak balas bebanan dari superstruktur ke bahagian asas jambatan. Di samping itu, tembok landas juga adalah bertujuan untuk menahan tanah yang ditambun dibelakangnya. Kepala cerucuk akan dipotong pada paras pemotongan (cut off level) dengan meninggalkan tetulang besi utama sepanjang 0.8 meter untuk ditambatkan ke dalam tembok landas. Permukaan bawah tembok landas akan ditempatkan dengan lapisan konkrit jisim bagi menyediakan permukaan yang bersih.

Rajah 5.1 : Besi tetulang pada tembok landas yang telah siap dipasang

5.3.2 Rasuk

Bahagian superstruktur jambatan yang terdiri dari rasuk rentang biasa (simply supported beam) yang direka bentuk khas dari jenis konkrit prategasan. Pilihannya adalah

(35)

bergantung kepada keadaan dan kedudukan tapak binaan. Rasuk prategasan tegas dahulu biasanya dibuat dikilang sebelum dihantar ke tapak. Panjang rasuk yang digunakan pula adalah 17.7 meter bagi projek LRT ini.

Rajah 5.2 : Rasuk prategasan bentuk ‘U’ (U-beam)

Kerja-kerja pelancaran rasuk kebiasaannya dilakukan dengan menggunakan kren. Ketika menjalankan kerja-kerja pelancaran rasuk, penyelia tapak akan bertanggungjawab untuk mengambil perhatian ke atas perkara-perkara berikut :

i. Rasuk hendaklah diangkat melalui penggantungannya dengan cara perlahan-lahan tanpa sebarang kejutan.

ii. Kerja-kerja pelancaran rasuk mestilah tidak mengganggu kedudukan alas tanggung dan dowel bar. Kedudukan rasuk juga perlu dipastikan berada pada tempat yang betul.

(36)

Rajah 5.3 : Kerja-kerja pelancaran rasuk

5.3.3 Pengalas (bearing)

Fungsi-fungsi pengalas bagi sesebuah jambatan adalah merangkumi perkara-perkara yang berikut :

i. Untuk memindahkan bebanan dari superstruktur ke substruktur. ii. Untuk memberikan kemudahan pergerakan kepada struktur.

iii. Untuk memberikan kemudahan lenturan kepada geladak ketika menerima bebanan.

iv. Untuk mengurangkan gegaran ke atas struktur jambatan disebabkan oleh beban mengejut yang dikenakan ke atasnya.

Pengalas yang biasa digunakan di Malaysia adalah dari jenis elastomeric yang diperbuat daripada getah asli ataupun getah tiruan yang dipanggil neoprene sebagai bahan utama. Pengalas elastomeric yang digunakan bagi pembinaan jambatan ini adalah

(37)

dari jenis laminated yang mempunyai beberapa lapisan elastomer yang dicantumkan kepada plat keluli yang terdapat di dalamnya.

Rajah 5.4 : Pengalas elastomeric yang digunakan untuk menyerap gegaran

Pengalas elastomeric akan diletakkan di atas lapisan epoxy mortar untuk menghindarkannya dari rosak disebabkan oleh permukaan konkrit yang kasar. Sebelum menempatkan lapisan epoxy mortar, permukaaan konkrit di bawahnya hendaklah kering dan bersih daripada segala kekotoran.

Rajah 5.5 : Lapisan epoxy mortar yang telah dibuat 5.3.4 Papak geladak

(38)

Setelah rasuk prategasan telah sempurna dilancarkan, kerja-kerja pemasangan penampan dan acuan untuk pembinaan papak geladak pula dijalankan. Pembinaan papak geladak dan diafragma adalah dilakukan serentak. Kebiasaannya keseluruhan kerja acuan untuk rasuk prategasan ‘U’ adalah menggunakan kepingan papan lapis yang berfungsi sebagai acuan tetap di bahagian bawah papak geladak. Penyambungan besi tetulang biasanya dibuat secara berselang-selang (staggered).

Rajah 5.6 : Pemasangan besi tetulang pada papak geladak

Rajah 5.7 : Papak geladak yang telah siap dikonkrit 5.4 Kerja-kerja konkrit

(39)

Dalam kerja-kerja konkrit di tapak bina, beberapa aturcara perlaksanaan kerja konkrit telah dipraktikkan bagi memperoleh kualiti pengkonkritan yang menepati spesifikasi kerja bagi menjaga mutunya. Bagi projek pembinaan jambatan ini, bancuhan konkrit yang digunakan adalah konkrit siap campur (ready mix). Memandangkan industri konkrit siap campur sedang membangun, secara tidak langsung menjadikan ia sebagai pilihan utama dalam kalangan kontraktor untuk menggunakan kaedah ini. Kebaikan cara ini adalah bekalan konkrit akan dibekalkan berterusan mengikut masa yang ditetapkan dan mutunya lebih terjamin. Gred konkrit yang digunakan dalam pembinaan jambatan ini adalah Gred 40 yang juga merupakan campuran konkrit yang direka bentuk. Secara umumnya, konkrit merupakan sejenis bahan yang dihasilkan daripada gabungan simen, batu baur halus, batu baur kasar, dan air mengikut nisbah tertentu.

5.4.1 Ujian keatas bancuhan konkrit

Tujuan utama ujian dijalankan keatas konkrit adalah untuk mengetahui kekuatan sesuatu campuran konkrit tersebut. Melalui ujian yang dijalankan, ia akan dapat menentukan sama ada bancuhan konkrit tersebut sesuai untuk kegunaan berkenaan dan juga untuk mencapai kehendak kekuatan mampatan yang dikehendaki dalam kerja-kerja pembinaan. Salah satu ujian yang dijalankan adalah ujian penurunan(slump test). Tujuan utama ujian penurunan dijalankan adalah untuk menentukan tahap kebolehkerjaan bancuhan konkrit tersebut sebelum kerja penuangan konkrit pada struktur jambatan dijalankan. Terdapat tiga jenis penurunan yang mungkin terhasil daripada ujian ini iaitu penurunan sebenar, penurunan ricih dan penurunan runtuh.

(40)

i. Ferastrem yang berbentuk kon yang berketinggian 300mm ii. Rod pemadat yang diperbuat daripada keluli

iii. Pita pengukur iv. Plat tapak

Langkah-langkah menjalankan ujian penurunan adalah seperti berikut :

i. Plat tapak akan diletakkan di atas permukaan yang rata. Setelah itu, kon ferastrem di atas plat tapak.

ii. Konkrit akan dimasukkan ke dalam kon secara berperingkat-peringkat sebanyak tiga lapisan.

iii. Stiap lapisan konkrit akan dipadatkan dengan menggunakan rod keluli sebanyak 25 kali.

iv. Selepas lapisan ketiga dibuat, permukaan konkrit akan diratakan dan seterusnya mengangkat kon dengan berhati-hati secara pugak.

v. Kejatuhan konkrit diukur dengan menggunakan pita pengukur.

vi. Jika tinggi konkrit yang runtuh tidak melebihi design slump, maka ujian tersebut adalah lulus dan konkrit akan dibenarkan untuk dituang pada struktur jambatan.

(41)

Rajah 5.8 : Lapisan konkrit dipadatkan dengan menggunakan rod keluli

(42)

5.4.2 Kerja-kerja penuangan konkrit

Terdapat beberapa kaedah untuk menuang konkrit seperti menggunakan langkau, pam dan sebagainya. Bagi pembinaan jambatan ini, kaedah yang digunakan adalah dengan menggunakan kren dan langkau. Kaedah ini merupakan kaedah yang biasa digunakan dalam pembinaan bagi struktur yang tinggi ataupun lain-lain keadaan yang memerlukan kaedah ini perlu digunakan. Langkau digunakan untuk mengangkut konkrit ke tempat yang hendak dituang dengan konkrit. Kebiasaannya langkau akan diangkat dengan menggunakan bantuan kren.

(43)

Penggunaan bahan tambah dalam bancuhan konkrit adalah penting supaya kandungan air dapat dikurangkan. Campuran konkrit yang diadun dengan bahan tambah dapat membentuk satu campuran yang mempunyai nilai turun yang tinggi dan juga kebolehkerjaan yang baik. Konkrit yang telah siap dibancuh akan dituang secepat yang boleh dengan tujuan untuk mengelakkan berlakunya pengasingan bahan-bahan. Cara-cara pengendalian dan pengangkutan konkrit yang sesuai adalah mustahak untuk mengelakkan berlakunya pengasingan dalam bancuhan dan bagi memudahkan kerja-kerja penuangan konkrit berjalan lancar.

Ketika mengangkat konkrit, semua laluan mestilah bebas daripada sebarang halangan yang boleh menyebabkan konkrit sampai lewat ke tapak bina. Persediaan yang sesuai adalah penting untuk mengelakkan konkrit berlaku pengasingan dan kehilangan bahan-bahan. Semasa menuang konkrit pula, konkrit yang telah siap dan tiba di tapak bina mestilah dituang dalam tempoh 45 minit selepas dibancuh. Cara penuangan mestilah betul untuk mengelakkan berlaku pengasingan bahan-bahan. Ketinggian jatuh mestilah tidak melebihi 1.5 meter.

Selain itu, pemadatan konkrit adalah satu proses penyusunan semula dan penghimpitan partikel-partikel daripada simen, batu baur halus dan batu baur kasar dengan cara mengeluarkan udara yang terperangkap di dalamnya. Pemadatan dilakukan dengan sempurna selepas konkrit dituang ke dalam acuan. Jika pemadatan tidak dilakukan dengan betul, ia akan menyebabkan ruang berongga wujud dan ini akan memudahkan air meresap masuk ke dalam tetulang yang boleh menyebabkan berlaku pengaratan pada tetulang tersebut. Konkrit yang sedemikian bukan sahaja mempunyai kekuatan mampat yang rendah malahan juga ketahanlasakan konkrit juga akan turut terjejas. Konkrit kebiasaannya akan dipadatkan dengan menggunakan alat penggetar. Pemilihan saiz penggetar adalah bergantung pada ukuran acuan dan susunan tetulang di dalam acuan.

(44)

Sekiranya kedudukan tetulang terlalu rapat, maka penggetar yang lebih kecil akan digunakan. Jika penggetar tidak dapat dimasukkan ke dalam acuan yang kecil, maka pemadatan dari bahagian luar adalah dibenarkan. Ini dilakukan dengan menggetar bahagian luar dinding acuan supaya konkrit dapat bergerak dan memenuhi ruang acuan. Tujuan untuk mengeluarkan udara yang terperangkap di dalam acuan adalah untuk mendapatkan ketumpatan konkrit yang maksimum.

Ketika penggetar dimasukkan, pastikan ia turun secepat mungkin kerana ia membolehkan udara yang terperangkap pada bahagian acuan lapisan konkrit terkeluar ke permukaan terlebih dahulu. Sewaktu pemadatan, elakkan dari terkena tetulang kerana ini boleh menjejaskan ikatan tetulang dalam acuan.

(45)

5.4.3 Pengawetan konkrit(curing)

Pengawetan adalah proses penyenggaraan terhadap konkrit yang baru dituang supaya ia sentiasa dalam keadaan yang lembap untuk jangka masa tertentu. Air adalah sangat diperlukan bagi konkrit yang baru dituang untuk memudahkan tindak balas kimia antara komponen simen dan air dan seterusnya proses ini akan dilakukan shingga konkrit benar-benar keras. Konkrit yang diawet dengan sempurna akan menjadi lebih kuat, kukuh dan lebih tahan lama jika dibandingkan dengan konkrit yang tidak diawet.

Tujuan sebenar pengawetan adalah untuk mengelakkan air dipermukaan konkrit yang kering terlalu cepat akibat proses penyejatan. Sekiranya perkara ini berlaku, permukaan konkrit akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan retakan apabila berlaku pengecutan.

(46)

BAB 6

KESIMPULAN

Latihan Industri merupakan salah satu syarat wajib untuk penganugerahan Diploma Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Semasa menjalani latihan industri, pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang masing-masing malah pelajar juga didedahkan dengan teknik penyediaan dan penulisan laporan. Melalui pengalaman ini, diharapkan dapat meningkatkan potensi diri untuk menonjol dalam pasaran kerja dalam bidang yang berkaitan setelah tamat pengajian.

Selain itu, saya turut berpeluang mempraktikkan sebahagian perkara yang dipelajari samada secara teori atau praktikal sewaktu pengajian di Politeknik sebelum ini. Namun demikian, di kawasan kerja sebenar, kepantasan, kecekapan, kemahiran dan kebolehan melaksanakan sesuatu projek dengan efisien adalah aspek yang dilihat dalam seseorang pekerja. Kualiti kerja pula dinilai pada keberkesanannya iaitu adalah ia memenuhi fungsinya secara optimum. Aspek kecantikan kerja bukanlah menjadi keutamaan.

(47)

Sepanjang tempoh 20 minggu saya menjalani latihan industri di LMP Geotechnic Sdn. Bhd, saya telah ditugaskan untuk mengendalikan pelbagai operasi kerja yang berlainan sama ada secara berseorangan atau bersama-sama rakan setugas. Sebagai seorang pelatih, saya dikehendaki memahami dan mengenali setiap bahagian dan tugas-tugas utama setiap bahagian.

Walaupun saya merupakan seorang pelatih, mereka amat mudah menerima saya di sana dan menganggap saya sebagai pekerja biasa. Perkara ini dapat memudahkan saya untuk berinteraksi dengan semua golongan pekerja dan membolehkan saya menyesuaikan diri dengan pelbagai ragam suasana pekerjaan yang timbul. Keadaan sedemikian telah banyak membantu kearah pembinaan satu personaliti yang positif dalam diri saya.

Aspek disiplin dan keyakinan diri turut bertambah kerana saya percaya bahawa saya berupaya melakukan kerja yang diarahkan sambal mematuhi segala peraturan yang ditetapkan. Bagi ciri-ciri ini, saya dapat rasakan ianya amat perlu dalam diri setiap pekerja dan tidak dapat dinafikan latihan industri ini amat membantu dalam menyediakan diri saya bagi menempuhi alam pekerjaan setelah tamatnya pengajian nanti. Saya telah belajar cara berkomunikasi dengan pelbagai lapisan di syarikat ini. Ini adalah amat penting untuk menghasilkan kerja yang baik dan berjalan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah.

Selain itu, sikap disiplin diri telah dibentuk iaitu mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh organisasi. Nilai-nilai murni tentang kerjasama, kerajinan, kebijaksanaan dan hormat-menghormati telah ditanam menerusi latihan industri ini.

(48)

Walaupun latihan industri merupakan perkara yang diwajibkan untuk semua pelajar, namun ia merupakan pulangan yang terbaik pada diri pelajar. Mereka dapat menimba pengalaman dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan gerak kerja seharian. Dengan itu, pelajar akan bergiat mempelajari sesuatu yang baru serta meningkatkan lagi kemahiran pada perkara tersebut.

Akhir kata, saya inin melahirkan rasa bangga dan kesyukuran yang tidak terhingga keran dapat menamatkan latihan industri di LMP Geotechnic Sdn. Bhd. dengan jayanya dan sekaligus dapat menjaga nama baik pihak politeknik. Adalah menjadi harapan saya agar pihak politeknik dapat meneruskan program latihan industri ini supaya dapat membantu negara melahirkan lebih ramai tenaga pekerja professional yang berkemahiran dalam pelbagai bidang kerja.

(49)

BAB 7

KOMEN DAN CADANGAN

Sepanjang saya menjalani latihan industri, saya telah mempelajari pelbagai pengalaman yang baru mengenai kejuruteraan awam di LMP Geotechnic Sdn. Bhd. Semasa berada di syarikat tersebut, saya dapat mempraktikkan segala yang telah saya pelajari semasa di politeknik iaitu dengan mengikuti kerja-kerja yang berkaitan di tapak bina dan di pejabat. Selain itu, saya juga dapat melihat perkembangan semasa dalam hal-hal kerja yang berkaitan dengan pembinaan.

Hasil dapatan saya melaui kerja yang dilakukan sepanjang 20 minggu saya menjalani latihan industri ini, saya banyak mempelajari tentang persekitaran bekerja di alam pekerjaan yang sebenar. Saya juga dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajri sepanjang saya belajar di politeknik. Apabila berada di industri, saya dapat mengukuhkan lagi pemahaman tentang kerja-kerja yang berjalan di tapak bina khususnya yang berkaitan dengan bidang geoteknikal.

(50)

Di samping itu, saya juga dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di organisasi bersama dengan staf-staf dengan baik. Selain itu, saya juga diberi peluang untuk

menyelesaikan sesuatu kerja atau tugasan yang diberi oleh pihak atasan dengan sempurna dan jayanya. Oleh itu, adalah sangat baik latihan industri ini dijalankan supaya pelajar dapat memahami segala aspek yang terkandung dalam bidang yang diikuti iaitu kejuruteraan awam.

Saya selaku pelatih yang menjalani latihan industri ingin mencadangkan supaya pelajar-pelajar yang ingin menjalani latihan agar sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas yang bakal dilakukan dan sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab. Di samping itu, pelajar juga harus didedahkan dengan kerja-kerja di tapak bina untuk memahami antara teori dan amali supaya dapat lebih memahami dengan lebih jelas tujuan dan maksud kerja tersebut dilaksanakan.

Selain dari itu, pelatih-pelatih juga seharusnya dapat dibimbing dengan sebaik mungkin oleh penyelia yang bertanggungjawab sepanjang tempoh latihan industri berlangsung. Para pelatih seharusnya didedahkan dengan lebih banyak pengetahuan tentang kerja-kerja yang berkaitan di tapak bina.

Saya juga ingin memberikan saranan iaitu ketua dan pekerja bawahan perlulah mempunyai hubungan komunikasi yang baik seperti memberi penerangan yang

secukupnya tentang sesuatu projek supaya pekerja dapat melakukan kerja dengan sebaik mungkin.

Akhir sekali, saya mengharapkan agar pelatih tidak mensia-siakan peluang yang telah diberi semasa menjalani latihan industri supaya ilmu dan pengalaman yang

diperolehi sepanjang latihan dapat digunakan dan menjadi panduan untuk menempuh alam pekerjaan serta ia akan menjadi aset yang berguna kepada diri sendiri.

(51)

SENARAI RUJUKAN

Yusnita binti Ramli (2005), Laporan Latihan Industri – Jabatan Kerja Raya Hulu Selangor, 44000 Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan, Universiti Teknologi Malaysia.

Juan Rodriguez, (2016, March 6), Bored pile – technique and procedure, Retrieved April, 12, 2016 from Borhttps://www.google.com/url?

sa=t&source=web&rct=j&url=http://construction.about.com/od/Industrial Projects/a/Bored Pile

Advantages.htm&ved=0ahUKEwj816C9sJfMAhVh2qYKHb29AXcQFghPMA4&usg= AFQjCNG1UUhhaej5uQnC35JzyxANiYN2Zwed piles

Civil Digital, (2016), The Five Major Parts Of Bridges – Concrete Span Bridge, Retrieved April, 12, 2016 from

https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://civildigital.com/the-

five-major-parts-of-bridges-concrete-span-bridge/&ved=0ahUKEwjb2bmRs5fMAhVF6aYKHa16D2EQFghDMAo&usg=AFQjC NEnC3KXGCtyTAnbx_Aq3VMAgEDPkQ

Referensi

Dokumen terkait

Pelajar hanya dibenarkan menjalani latihan industri di organisasi/agensi latihan yang telah diperakukan oleh jabatan iaitu JUPEM, Syarikat Jurukur Tanah Berlesen yang

Latihan Industri ini harus dilalui oleh para pelajar selama 6 bulan untuk melengkapkan kursus yang diikuti di Politeknik. Para pelajar akan memperolehi pengalaman baru

Pentingnya latihan industri juga adalah supaya para pelajar dapat mendisiplinkan diri dalam hal-hal berkaitan pekerjaan contohnya kedatangan dan ketepatan masa,

Latihan Industri merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi bagi menjalani latihan amali yang diselia dalam industri terpilih dalam jangka masa yang

Latihan industri juga mendedahkan kepada pelajar mengenai alam pekerjaan yang sebenarnya dan dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa melakukan sebarang pekerjaan yang

Disamping Buku Log Latihan Industri, Pelajar seperti program di atas di kehendaki menyediakan Buku Log Latihan Industri (sepertimana yang ditetapkan oleh pihak

a) Bertindak sebagai penasihat atau mentor kepada pelajar sepanjang pelaksanaan program. b) Membantu pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat latihan industri. c)

• Pelajar juga wajib menyediakan laporan lengkap tentang projek industri yang dilakukan semasa menjalani Latihan