• Tidak ada hasil yang ditemukan

Report Latihan Industri Diploma Kejuruteraan Awam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Report Latihan Industri Diploma Kejuruteraan Awam"

Copied!
59
0
0

Teks penuh

(1)

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

MAXBILL ALLIANCE SDN BHD (MASB)

DISEDIAKAN OLEH :

MUHAMMAD

ZUL IZWAN

BIN AB MUNIF

DIPLOMA

KEJURUTERA

AN AWAM

DISEMBER

2015

(2)

NAMA : MUHAMMAD ZUL IZWAN BIN AB MUNIF NO PENDAFTARAN : 08DKA14F1110

JABATAN : KEJURUTERAAN AWAM

TEMPOH LATIHAN : 30 NOVEMBER 2015 – 15 APRIL 2016

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI OLEH

MUHAMMAD ZUL IZWAN BIN AB MUNIF DI

MAXBILL ALLIANCE SDN BHD FIRST FLOOR, NO.6-1

JALAN D’ALPINIA 10 TAMAN D’ALPINIA 47120 PUCHONG SELANGOR.

BUKU LAPORAN INI DIKEMUKAKAN KEPADA JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARI SYARAT PENGANUGERAHAN

(3)

08DKA14F1110

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH DISEMBER 2015

i

DEDIKASI

Dedikasi ini saya tujukan teristimewa buat para pensyarah di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah terutama kepada para pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Awam khususnya dalam bidang Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan,rakan – rakan ,kakitangan Maxbill Alliance ,dan keluarga kerana telah banyak membantu dan menyokong saya untuk menjalani Latihan Industri sekaligus menyiapkan laporan industri ini.Tidak lupa juga kepada Maxbill Alliance Sdn Bhd yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan yang sepenuhnya kepada saya sepanjang menjalani latihan industri ini selama empat bulan setengah.

(4)

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya,saya telah berjaya menamatkan latihan industri selama 4 bulan setengah yang bermula daripada 30 November 2015 hingga tamatnya 15 April 2015.Saya telah ditempatkan di Maxbill Alliance Sdn Bhd.Saya telah menjalani latihan selama 4 bulan di syarikat ini sebagai syarat untuk saya layak dianugerahkan Diploma Kejuruteraan Awam ini. Sepanjang saya berada di Maxbill Alliance,saya telah didedahkan dengan pelbagai pengalaman yang banyak dan meluas.Segala yang dapat saya pelajari di sini ,tidak mungkin diperolehi sekiranya saya ditempatkan di syarikat lain.Maxbill Alliance memberi peluang kepada saya untuk turut serta didalam setiap mesyuarat dan memberi peluang untuk saya merasai suasana bekerja di tapak “ site” sebagai

“site supervisor”.

Saya yakin saya mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta lebih bersemangat untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai sektor Kejuruteraan Awam ini.Pendedahan yang telah diberikan adalah sangat bagus.Saya kini lebih memahami tugas dan peranan pihak Maxbill Alliance dan hubungan mereka dengan klien – klien dalam menjalankan urusniaga.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pengurus Maxbill Alliance Sdn Bhd iaitu Encik Muhammad Syauqi Bin Md Ali. Beliau merupakan seorang pemimpin dan ketua yang sangat berdedikasi.Tidak lupa juga kepada kakitangan yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi samaada di tapak kerja atau di pejabat.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pegawai Unit Latihan Industri , Penyelaras – Penyelaras dan Pensyarah yang datang membuat pemantauan kepada saya ketika menjalani sesi latihan industri. Pensyarah telah banyak memberikan saya panduan dan nasihat untuk membimbing saya sepanjang menjalani latihan.

(5)

Terima kasih juga diucapkan kepada rakan – rakan yang sama-sama menjalani latihan di Maxbill Alliance, tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan sekelas yang sudi memberikan kefahaman kepada saya di dalam usaha menyiapkan laporan latihan Industri ini.Semoga kita semua berjaya menamatkan pembelajaran di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ini dengan cemerlang.

Insyaallah.

v

SENARAI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Halaman Judul i

Perakuan ii

Surat Tamat Latihan iii

Dedikasi iv

Penghargaan v

Senarai Kandungan vi-vii Senarai Jadual viii

Senarai Rajah ix

Senarai Lampiran x

BAB 1 : PENGENALAN 1.1 Pengenalan 1

1.2 Objektif Latihan Industri 3

1.3 Objektif Laporan 5

1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar 7 BAB 2 : LATAR BELAKANG SYARIKAT

2.1 Pengenalan Firma 9-10 2.2 Misi, Visi Dan Moto Organisasi 11-12 2.3.1 Halatuju Firma 13-14

(6)

2.3.2 Carta Organisasi Firma 15 2.3.4 Projek Organisasi Yang Telah Berjaya 15

vi

BAB 3 : RINGKASAN MINGGUAN

3.1 Ringkasan Mingguan Semasa Latihan Industri 17-21 BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Definisi 23 4.2 Acuan Konkrit 24-26 4.3 Rasuk Dan Tiang 27-33 4.4 Ikatan Bata 34-39 BAB 5 : DAPATAN,KOMEN DAN CADANGAN

5.1 Dapatan 41 5.2 Komen 41 5.3 Cadangan 41-42 BAB 6 : KESIMPULAN 43-45

(7)

vii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKASURAT Tiada Tiada Tiada

(8)

viii

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK M/S

2.1.1.2 Pelan Lokasi Maxbill Alliance 10

2.2.2.3 Logo Syarikat 11

2.2.2.2 Carta Organisasi 15

4.3.1 Ikatan Besi 27

4.3.2 Pemasangan Acuan Rasuk 28

4.3.3 Pemasangan Acuan Tiang 29

4.3.4.1 Besi Tetulang 32

4.3.5.1 Alatan Untuk Pembengkokkan Besi Tetulang 33

4.3.5.2 Pemasangan Besi Tetulang Bengkok 34

4.4.1.1 Kedudukan Ikatan Bata 35

4.4.2.1 Ikatan Sisi Bata 36

4.4.3.1 Ikatan Kepala Bata 37

4.4.4.1 Ikatan Inggeris 38

(9)

ix

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT LAMPIRAN A PROJECT OF LIST 2014 L1 LAMPIRAN B PROJECT OF LIST 2013 L2

(10)

x

BAB 1

(11)

BAB 1 PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Program Latihan Industri ( LI ) merupakan satu model utama ataupun prasyarat penting dalam kurikulum pembelajaran di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).Pelajar – pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum meneruskan pengajian.Latihan industri juga merupakan aset penting dalam penganugerahan sijil atau diploma oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Latihan Industri boleh dijalankan di firma – firma kerajaan mahupun swasta mengikut keselesaan para pelajar bagi memastikan tempat latihan industri yang dijalankan bersesuaian dengan kursus yang diambil.

Pelajar diberi peluang oleh Unit Perhubungan dan Latihan Industri untuk memilih sendiri firma yang bersesuaian pada pandangan pelajar dalam tempoh yang telah ditetapkan.Jika gagal,maka pelajar boleh memaklumkan kegagalan berbuat demikian kepada Unit Perhubungan dan Latihan Industri ( UPLI ) untuk proses pemilihan firma yang akan diuruskan sendiri oleh pihak Politeknik.

(12)

2

Seandainya pelajar membuat keputusan untuk memilih sendiri firma bagi proses latihan mereka, maka pelajar boleh menyerahkan terus borang permohonan kepada firma berkenaan.Tempoh latihan industri akan berlangsung selama 5 bulan ,bermula 30 November 2015 hingga 15 April 2016.Saya telah memilih Maxbill Alliance Sdn Bhd sebagai tempat untuk menjalankan proses latihan industri.

1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Dengan menjadikan latihan industri sebagai satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran,Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebenarnya mempunyai objektif yang tersendiri dalam melahirkan pelajar yang berpersonaliti menarik dan beretika semasa menjalankan kerja.Misi untuk melahirkan generasi yang berteknologi tinggi amat memerlukan program – program sebegini.Oleh itu,tindakan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menjadikan latihan industri sebagai prasyarat dalam penganugerahan sijil / diploma adalah sangat wajar.

Objektif latihan industri adalah seperti berikut :

i. Membina keyakinan pelajar dalam menghadapi alam pekerjaan yang penuh dengan cabaran.

ii. Mendedahkan pelajar dengan cara kerja berpasukan dan cara membina hubungan baik dengan pekerja yang lain.

iii. Memperkenalkan pelajar dengan suasana sebenar di alam pekerjaan. iv. Memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu dan meluaskan

pengetahuan teknikal dan kemahiran.

v. Membantu pelajar menilai kebolehan diri dalam bidang yang diceburi sebagai persediaan untuk menghadapi alam pekerjaan.

vi. Menanamkan sikap mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik dalam diri pelajar.

vii. Membantu pelajar untuk berkomunikasi dengan cara yang berkesan. viii. Melatih pelajar untuk menyediakan satu laporan rasmi dan tugasan lain

yang diarahkan oleh pihak politeknik.

(13)

Sepanjang menjalani latihan industri ,pelajar diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan dalam menjalankan tugas yang diberikan.Pelajar diberi kebenaran untuk melakukan kerja yang agak mencabar tetapi mestilah di bawah pengawasan para pekerja untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin.

Pelajar akan diperkenalkan dengan peralatan kerja dan diberi penerangan tentang fungsi dan cara-cara menggunakan peralatan tersebut.Selain itu,pelajar juga dibawa ke tapak kerja untuk memudahkan pelajar menyesuaikan diri dengan suasana alam pekerjaan yang sebenar.Dari segi kesanggupan kerja yang dilakukan,penyelesaian yang baik dan mengikut prosedur yang betul sangat penting bagi memastikan hasil kerja yang terbaik.

1.2.2 Membina Personaliti Individu

Sepanjang menjalani latihan industri,pelajar bukan sahaja didedahkan kepada alam pekerjaan tetapi turut dibimbing dalam membentuk peribadi yang cemerlang.Bekerja bersama-sama rakan setugas dan masyarakat luar bagi mewujudkan semangat kerja berpasukan.Semangat demikian memberi sumbangan yang besar dalam mewujudkan masyarakat yang saling menghormati dan bertimbang rasa.

Tugas yang telah diberikan kepada pelajar pula akan melatih pelajar untuk bersikap amanah dan bertanggungjawab terhadap kepercayaan yang telah diberikan.Dengan itu,pelajar akan lebih yakin dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.Sikap seperti ini perlu wujud dalam diri setiap individu untuk mewujudkan organisasi yang bermatlamat.

4

(14)

Dalam menjalanan setiap kerja yang diamanahkan,pelajar mungkin akan terdedah kepada bahaya.Oleh itu,adalah penting untuk menitikberatkan ciri-ciri keselamatan.Situasi ini secara tidak langsung akan melatih pelajar untuk mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.

1.2 Objektif Laporan

Laporan latihan Industri perlu disediakan oleh pelajar yang telah tamat menjalani latihan industri.Buku laporan ini akan menjadi bukti kepada latihan yang telah dilakukan oleh pelajar.Laporan yang lengkap dan sempurna akan dapat dijadikan sebagai bahan rujukan semasa pelajar melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

Di samping itu,buku laporan ini juga merupakan penyumbang terbesar untuk pelajar mendapatkan pointer yang lebih tinggi.Tambahan pula ,pensyarah dan juga penyelia firma akan dapat menilai prestasi pelajar melalui buku laporan rasmi dan laporan harian.

Objektif Laporan adalah seperti berikut :

i. Menerangkan kembali apa yang telah dipelajari dan dilakukan sepanjang menjalani latihan industri.

ii. Merangka dengan terperinci segala maklumat yang telah dipersembahkan. iii. Menyusun semula maklumat secara bersistematik.

(15)

Cara penyusunan yang baik dan bersistematik adalah sangat penting dalam menghasilkan sebuah laporan yang kemas dan teratur.Ia juga dapat melatih pelajar agar mematuhi setiap arahan yang diberikan kerana sebelum menjalani latihan industri,pelajar telah diberi penerangan serta garis panduan oleh pihak Politeknik.Penghasilan laporan latihan industri dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu :

i. Bahagian Hadapan

Bahagian ini merangkumi segala maklumat yang bukan teknikal seperti kulit laporan,pengakuan ,dedikasi,judul,penghargaan,jadual kandungan,senarai rajah dan senarai lampiran.

ii. Bahagian Laporan

Bahagian ini merupakan penerangan mengenai bahan yang berteknikal.Pada bahagian inilah segala kerja-kerja yang telah dijalankan oleh pelajar sepanjang menjalani latihan akan diterangkan.

iii. Bahagian Belakang

Bahagian ini merupakan bahagian tambahan untuk pelajar memberi penjelasan bagi bahagian teknikal yang biasanya terdiri daripada hasil kerja pelajar,dan lain-lain.

(16)

1.3 Kepentingan Latihan Industri kepada Pelajar

Program latihan industri ini adalah wajib bagi semua pelajar yang telah lulus semester tiga bagi kursus diploma di politeknik.

Program yang berlangsung selama 4 bulan setengah atau satu semester ini memberi peluang kepada pelajar untuk menyesuaikan diri dengan suasana pekerjaan yang sebenar bagi melahirkan pelajar yang bermutu dalam usaha menambahkan tenaga kerja yang berketerampilan serta berkreativiti tinggi untuk sama-sama memajukan negara.

Selain itu,ia juga dapat meningkatkan kemampuan dan semangat pelajar dalam menghadapi situasi yang lebih mencabar disamping membantu mendisiplinkan pelajar agar mematuhi peraturan-peraturan yang telahdisediakan oleh pihak Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) dan juga firma.

Sepanjang menjalani latihan industri,pelajar juga akan daat mengenali kelebihan diri mereka.Tidak kira dari segi kemampuan,kebolehan mahupun kesanggupan mereka dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan.Dari situ pelajar akan dapat mengkaji kelemahan yang ada pada diri mereka dan mengubahnya demi masa depan yang lebih cemerlang.Pelajar juga akan lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi tanpa mengira peringkat umur mahupun jawatan setelah diberi peluang untuk bergaul dan bekerjasama dengan masyarakat.

(17)

BAB 2

LATAR BELAKANG

SYARIKAT

BAB 2

(18)

2.1 LATAR BELAKANG FIRMA

Maxbill Alliance Sdn Bhd merupakan syarikat yang mereka bentuk dalaman dan membina bangunan yang profesional. Syarikat ini secara rasminya ditubuhkan oleh warga bumiputera dan beroperasi pada 15 Januari 2008. Syarikat ini juga telah menceburi kerja reka bentuk dalaman dan luaran dan pembangunan pembinaan awam bersama-sama dengan eletrikal dan mekanikal.

Pihak pengurusan telah menetapkan syarikat ini untuk menawarkan rangkaian luas pengalaman profesional seperti dalam kerja-kerja awam dan struktur. Penguasaan termasuk reka bentuk dalaman , membina kerja-kerja pengubahsuaian , awam dan struktur, struktur mekanikal dan eletrik , operasi dan penyelenggaraan, pengurusan logistik dan sokongan dan peralatan perdagangan. Maxbill Alliance Sdn Bhd (MASB) telah membina satu reputasi yang sangat kukuh untuk menyampaikan nilai pelaburan jangka panjang, kaedah-kaedah bekerja dan peniagaan yang mementingkan kualiti. Syarikat ini juga turut mahir dan berpengalaman dalam semua aspek kerja-kerja ID dan pembinaan yang meluas serta berperanan utama dalam industri ini.

9

Syarikat ini juga turut memberikan komitmen yang tinggi dalam menyediakan perkhidmatan yang berkelas tinggi , dipercayai dan diterima oleh ramai klien kepada kualiti perkhidmatan yang tinggi. Syarikat ini sangat berdedikasi dalam menjana peluang perniagaan yang sentiasa dan mempromosikan idea bekerja dengan klien-klien untuk memastikan keperluan atau kepercayaan dapat dicapai. Asas syarikat ini untuk masa depan adalah kejayaan berterusan dalam keberkesanan mencapai kecekapan dan memastikan kerja-kerja atau projek yang dilaksanakan terkenal dimata dunia.

(19)

2.1.1 Lokasi Maxbill Alliance Sdn Bhd

Rajah 2.1.1.2 Pelan Lokasi Maxbill Alliance Sdn Bhd

10

2.2 MISI , VISI DAN MOTO MAXBILL ALLIANCE SDN BHD Moto utama syarikat ini yang terus memacu ke arah kejayaan ialah pengimejan semula idea mewah.

Misi syarikat Maxbill Alliance ini ditubuhkan bertujuan untuk menjadi syarikat pembinaan utama yang mencapai kejayaan secara konsisten dan sebagai satu pendorong kepada kualiti ID dan kerja-kerja pembinaan.

Visi syarikat ini adalah menjadi yang pelbagai, kreatif dan inovatif dalam industri pembinaan serta terus mengekalkan tahap tertinggi dari segi , adil , integriti dan profesional dalam pengurusan dan pelanggan. Selain itu, menyumbang dan memenuhi inspirasi pelanggan untuk berkhidmat dalam pekhidmatan kelas pertama

(20)

kepada semua pelanggan. Seterusnya, melaksanakan pendekatan baru dan lebih baik kepada menyiapkan projek-projek pelanggan.

2.2.1 Lambang / Logo Syarikat

Rajah 2.2.2.3 Logo Syarikat

11 2.2.2 Alamat Untuk dihubungi

MAXBILL ALLIANCE SDN BHD FIRST FLOOR, NO 6-11, JALAN D’ALPINIA 10, TAMAN D’ALPINIA, 47120 PUCHONG SELANGOR. Tel : 03-8940 4774 / 5775 Faks : 03-8940 7227 E-mel : maxbillalliance@yahoo.com

(21)

12 2.3.2 Halatuju Firma

Di Maxbill Alliance Sdn Bhd

Perhatian utama diberi untuk memaksimumkan kualiti kerja kami terhadap pelanggan.Sebagai sebuah warga korporat yang bertanggungjawab, kami akan terus memainkan peranan untuk memastikan pelanggan kami berpuas hati terhadap kerja-kerja yang dilakukan.Semuanya ini bertujuan untuk mencapai pertumbuhan mampan serta memberi tahap pulangan yang dijangkakan.

Mencapai Pertumbuhan Simbiotik

Kualiti yang menjadikan Maxbill Alliance peneraju dalam industri pengubahsuaian dalaman dan pembinaan begitu ketara melalui kewujudan harmoni antara operasi kami dengan alam sekitar yang tidak terjejas.Malah,pengekalan keseimbangan ini telah menjadi salah salah satu antara berbagai kaedah untuk menilai prestasi serta pertumbuhan kami sebagai kontraktor yang cekap.

Setelah berjaya mengembangkan perniagaannya dengan pesat dan cekap,kini Maxbill Alliance Sdn Bhd berada dalam kedudukan yang mantap untuk terus mengeksploitasi dan mengembangkan pengaruhnya dalam bidang sivil di mana ia mempunyai kepakaran utama, selaras dengan matlamat Syarikat untuk menjadi

(22)

sebuah syarikat kontraktor pengubahsuaian dalaman dan pembinaan yang paling cekap diurus dan sebuah peneraju yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam perniagaan tersebut.

13 Suasana Masa Depan

Memandangkan perniagaan kumpulan berorientasikan domestik,kami tidak tergugat berikutan kemelesetan ekonomi global yang semakin buruk lanjutan daripada peristiwa tragis 11 September 2001 dan selepasnya.Pakej ransangan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia berjumlah RM4.3 bilion dan Belanjawan 2001 diharap akan dapat memberi intensif kepada aktiviti ekonomi yang lebih bermakna dan membantu mempertibgkatkan perbelanjaan pengguna.

Bagi Maxbill Alliance, kami akan berusaha gigih untuk mempertingkatkan nilai pelaburan para pemegang saham dan mencapai wawasan Kumpulan untuk menjadi 'Penyedia Servis Dalam Bidang Sivil' dengan membangun dan menggunakan bakat tempatan, berkongsi pengetahuan dan menggalakkan inovasi dalam semua aspek perniagaan.Kami juga berusaha untuk mengukuhkan kelebihan daya saing di samping meninjau kemungkinan untuk memperluaskan pengaruh kami merentas industri dan sempadan negara.

(23)

14 2.3.3 Carta Organisasi Firma

2.3.4 Projek Organisasi Yang Telah Berjaya

(24)

15

BAB 3

RINGKASAN

MINGGUAN

(25)

BAB 3

RINGKASAN MINGGUAN

BAB 3: RINGKASAN AKTIVITI SEMASA LATIHAN INDUSTRI

3.1 Definisi

Ringkasan kerja merupakan ringkasan daripada kerja-kerja yang telah dilakukan oleh pelatih yang mengikuti Latihan Industri sepanjang satu semester bermula dari 30 November 2015 sehingga 15 April 2016.Selama empat bulan setengah pelatih berada di dalam organisasi ini,pelatih dapat meluaskan pengetahuan dan membina pengalaman.Secara keseluruhannya,pelatih dapat mempelajari dan memahami alam pekerjaan yang sebenar walaupun jangka masa adalah terhad seperti yang telah ditetapkan oleh Pihak Pengurusan Politeknik Malaysia,namun begitu banyak yang telah dipelajari oleh seseorang pelatih yang mengikuti latihan industri ini.

(26)

17

RINGKASAN MINGGUAN

MINGGU 1

( 30 NOVEMBER 2015 ~ 4 DISEMBER 2015 )

Melaporkan diri ke syarikat dan secara keseluruhannya minggu pertama adalah minggu bersuaikenal dengan pihak tempat latihan dan menyesuaikan diri dengan kerja-kerja.

Pemantauan tapak dan pengurusan tender sahaja yang dilakukan.

MINGGU 3

( 7 DISEMBER 2015 ~ 20 DISEMBER 2015 )

Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti dilantik sebagai “Site

Supervisor” tapak Tabung Haji Daerah Besut dan Kuala Berang,Terengganu.

Diberikan tugas untuk memastikan setiap kerja pembinaan dan pengubahsuaian dijalankan mengikut pelan lukisan projek.

MINGGU 6

( 21 DISEMBER 2015 ~ 3 JANUARI 2016 )

Tumpuan kepada kerja-kerja di tapak binaan Tabung Haji Besut adalah seperti pemasangan rangka “ metal stud partion wall ” dan juga pemasangan rangka “ plaster ceiling “.

Kemudian kerja-kerja mengikat bata berjalan dan juga kerja pemasangan

berkenaan dengan elektrikal. Setelah kerja mengikat bata dan melepa dinding telah siap,kerja-kerja pemasangan mozek dinding bagi kawasan yang terlibat dijalankan. 18

(27)

Akhir sekali pembinaan “ slab concrete “ untuk meletakkan tangki air dijalankan dengan permulaannya adalah membina “ formwork “ berserta dengan pemasangan besi Y12.

MINGGU 8

( 4 JANUARI 2016 ~ 17 JANUARI 2016 )

Pemantauan tapak iaitu Tabung Haji Besut dan Tabung Haji Kuala Berang. Kerja-kerja yang mengikut kontrak dijalankan seperti pemasangan “ Distributor

Board “ pemasangan “ conduit “ dan menyiapkan “ formwork slab “ untuk tempat

perletakan tangki air.

Kemudian, lawatan ke tapak projek untuk permulaan kerja-kerja mengubahsuai tandas daripada tingkat 1 sehingga tingkat 4 bagi 3 jenis tandas iaitu tandas lelaki,tandas perempuan dan tandas Orang Kurang Upaya (OKU) di PNB Darby Park,Kuala Lumpur.

MINGGU 10

( 18 JANUARI 2016 ~ 3 FEBUARI 2016 )

Kebanyakan aktiviti yang telah dilakukan seperti kerja-kerja memecah mozek,peralatan tandas-tandas sedia ada dicabut dan dibuang,segala perpaipan sedia ada ditanggalkan,cermin-cermin sedia ada turut dicabut dan kemudian pemecahan dinding dan “ slab “ untuk kedudukan paip yang baharu mengikut kontrak.

Seterusnya pemasangan “ Site protection “ adalah kerana kawasan kerja-kerja ubahsuai tandas PNB Darby Park kawasan yang dikelilingi oleh orang awam dan pekerja-pekerja PNB Darby Park.Selain itu,pemasangan “ Site protection “ berfungsi untuk melindungi kawasan sedia ada tersebut di PNB Darby Park daripada berlaku kerosakan disebabkan oleh kerja-kerja ubahsuai tersebut.

(28)

MINGGU 12

( 4 FEBUARI 2016 ~ 18 FEBUARI 2016 )

Aktiviti yang dilakukan adalah seperti berikut; dilantik sebagai “ Site Supervisor “ bagi kerja-kerja pengubahsuaian yang bertajuk “ Renovation Works for Upgrading Toilet from 1st floor till 4th at PNB Darby Park “. Antara kerja-kerja yang diselia adalah kerja-kerja memecah mozek dinding dan lantai berserta dengan “ Vanity Top “ sedia ada dan peralatan yang terdapat di dalam tapak tersebut.

Kemudian kerja-kerja pemasangan “ Conduit “ elektrikal dijalankan untuk “ Fitting “ lampu dan segala peralatan elektrikal termasuk “ Exhasut Fan “,” Switch Socket Outlet “ dan “ Hand Dryer “. Seterusnya,kerja-kerja pemasangan rangka siling jenis “ Tee “.

MINGGU 14

( 19 FEBUARI 2016 ~ 4 MAC 2016 )

Aktiviti yang dilakukan pada mingguan ini adalah lawatan tapak ke PNB Darby Park,Kuala Lumpur untuk pemerhatian kerja-kerja membina “ Slab “ untuk stor baharu. Kemudian kerja-kerja pemasangan paip baharu iaitu paip UPVC dan POB “ Polyolefine Blend “.

Kemudian kerja-kerja menjalankan render pada lantai yang pecah untuk mendapatkan lantai yang rata supaya mudah untuk melakukan kerja-kerja pemasangan mozek.

MINGGU 16

( 5 MAC 2016 ~ 20 MAC 2016 )

Lawatan tapak bina di PNB Darby Park untuk pemerhatian kerja-kerja memecah di tandas tingkat 4.Seterusnya kerja-kerja pemasangan lampu jenis “ Top Mirror “ di PNB HQ,Jalan Tun Razak.

(29)

Pengurusan mengira nilai sebut harga bagi kerja-kerja bahagian eletrikal dan mekanikal bagi tender terbaru syarikat. Seterusnya,pemasangan “ Stopcock “ bagi setiap laluan paip POB “ Polyolefine Blend “ ke “ Wash Basin “ di PNB Darby Park dan juga menjalankan kerja-kerja plaster simen pada dinding bata stor baharu. Kemudian kerja-kerja konkrit pada “ Vanity Top “ dijalankan menggunakan konkrit in-situ.

MINGGU 18

( 22 MAC 2016 ~ 2 APRIL 2016 )

Lawatan tapak bina PNB Darby Park untuk kerja-kerja pemasangan mozek jenama “ MML “ pada dinding dan lantai bagi tandas tingkat 4. Kemudian, bersama Encik Azizul dan sub-kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja mengukur “ Water Closets “ bertujuan untuk menentukan kedudukan laluan paip di tapak.

Mesyuarat bersama dengan kontraktor utama Maxbill Alliance dan pihak PNB Darby Park untuk perbincangan kemajuan kerja yang dijalankan. Seterusnya,lawatan tapak bina Tabung Haji Kuala Berang dan Besut,Terengganu untuk pemerhatian kemajuan kerja-kerja yang dijalankan.

MINGGU 20

( 3 APRIL 2016 ~ 15 APRIL 2016 )

Lawatan tapak Tabung Haji Kuala Berang dan Besut untuk pemerhatian kerja-kerja mengecat, pemasangan siling aluminium, kerja-kerja pecah, plaster simen pada dinding-dinding yang pecah, pemasangan “ Tempered Glass Wall and Door “ dan kerja-kerja pemasangan perabut kayu.

Lawatan ke tapak bina di PNB Darby Park untuk kerja-kerja pemasangan jubin “ Granite “ pada “ Vanity Top “ yang telah mencapai kematangan konkritnya.

.

(30)

BAB 4

LAPORAN

TEKNIKAL

(31)

BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL SEMASA LATIHAN INDUSTRI

4.1 Definisi

Laporan teknikal merupakan laporan yang dibuat bagi sistem yang terdapat di Maxbill Alliance Sdn Bhd.Laporan ini dilakukan bagi memastikan pelatih mendapat kefahaman mengenai sistem – sistem yang dipelajari seterusnya menjadi bukti kefahaman pelatih tersebut.Laporan teknikal ini juga dapat dijadikan sebagai bahan rujukan semasa pelatih melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

(32)

4.2 Acuan Konkrit

4.2.1 Fungsi Bahagian-Bahagian Acuan

Bentuk binaan konkrit boleh dibuat mengikut sebarang rekaan yang dicipta melalui kegunaan acuan. Dalam pembinaan konkrit, terdapat dua kumpulan acuan yang lazim digunakan iaitu acuan untuk konkrit tuang dahulu dan acuan untuk konkrit tuang disitu. Acuan untuk konkrit tuang dahulu dibuat dengan cara senang dibuka, mudah dialih dan boleh digunakan berulang kali. Acuan untuk konkrit tuang di situ selain daripada senang dibuka, tumpuan kepada kekukuhan dan ketepatan kedudukannya hendaklah diperhatikan.

Acuan biasanya dibuat untuk pembinaan tapak, ambang, rasuk, tiang, tembok, lantai, tangga dan jisim konkrit yang lain. Acuan ini hendaklah dibuat supaya dapat membentuk dan menyangga bancuhan konkrit sehingga konkrit itu menjadi keras dan berupaya menyokong sendiri. Acuan adalah binaan sementara dan mesti ditanggalkan selepas konkrit yang dibentuk itu cukup kuat.

4.2.2 Bahan-bahan Yang digunakan Untuk Acuan

Acuan boleh dibuat daripada beberapa jenis bahan. Bahan yang biasa digunakan ialah :

1. Papan dan papan lapis

2. Logam - keluli, besi bergalvani, aluminium dan sebagainya 3. Kaca gentian dan plastik gentian

4.2.3 Papan Dan Papan Lapis

Bahan ini sangat luas digunakan dalam pembinaan acuan baik untuk konkrit tuang dahulu mahupun konkrit tuang di situ. Bahan-bahan ini mudah didapati dan

(33)

senang dikerjakan. Kayu lembut separuh kering adalah bahan yang baik untuk membuat acuan. Kayu yang terlampau kering akan menyerap air dari konkrit, manakala kayu yang basah akan mengecut menjadikan perubahan saiz dan bentuk konkrit. Kayu keras pula adalah berat dan sukar dipaku.

24 4.2.4 Logam

Kegunaan logam dalam pembinaan acuan adalah terhad pada pembinaan yang tertentu dan juga memerlukan kemahiran yang tersendiri. Penghasilan konkrit tuang dahulu biasanya memerlukan acuan logam kerana ia tahan lasak dan sesuai digunakan berulang kali. Kepingan logam biasanya digunakan dalam pembinaan lantai atas dan bumbung dalam bangunan yang bertingkat-tingkat.

4.2.5 Kaca Gentian dan Plastik Gentian

Kaca gentian dan plastik gentian digunakan khas untuk membina struktur yang mempunyai rekabentuk tersendiri.

4.2.6 Pembinaan Acuan

Acuan yang baik hendaklah mempunyai ciri-ciri yang berikut :

Kualiti

Darisegi kekukuhan, kekuatan, kedudukan dan dimensi menentukan kualiti acuan. Acuan mestilah dibuat kukuh dan kuat supaya berupaya menahan beban yang akan ditanggung seperti beban bancuhan konkrit, tetulang, pekerja, alatan yang digunakan dan juga getaran yang dilakukan untuk memadatkan konkrit. Kedudukannya mestilah tepat dan stabil. Dimensinya hendaklah mengikut rekabentuk yang ditetapkan. Selain daripada itu, rekabentuk acuan hendaklah mengandungi kemudahan untuk

(34)

menanggalkannya supaya tidak mengganggu kedudukan konkrit apabila membuka acuan.

Keselamatan

Keselamatan mestilah dititikberatkan kepada pekerja, struktur dan alatan yang digunakan. Ia hendaklah dimulakan dari peringkat perancangan dan pengurusan. Rekaannya mestilah mematuhi pada undang-undang, pembinaannya dikawal dengan rapi dan penyeliaan dijalankan dari masa ke semasa.

25 Ekonomi

Kos mestilah rendah tetapi mematuhi kualiti dan keselamatan pembinaan acuan. Bahan-bahan yang digunakan hendaklah mudah didapati dan seboleh-bolehnya dapat digunakan berulangkali. Begitu juga pertimbangan harus diberi kepada cara pembinaan, jenis acuan dan kemahiran pekerja sedia ada.

Jangkamasa Minimun Untuk Menanggalkan Acuan : Bil Bahagian Acuan Jangkamasa

1.Tepi rasuk, tiang dan tembok =(2-6 hari)

2.Bawah rasuk dan papak (yang tidak dibebankan)=(7-14 hari) 3.Papan tepi (yang dibebankan)=(Tidak kurang 7 hari)

(35)
(36)

4.3 Rasuk Dan Tiang

Rasuk dan tiang merupakan komponen utama dalam struktur bangunan. Proses pembinaan rasuk bermula dengan kerja-kerja ikat besi. Besi diikat dengan menggunakan dawai. Jenis dan saiz besi yang digunakan adalah sepenuhnya berdasarkan lukisan struktur rasuk tanah. Besi yang digunakan mestilah bebas dari sebarang karat dan kotoran supaya tidak mengganggu kekuatan cengkaman besi terhadap konkrit.

(37)

RAJAH 4.3.1 menunjukkan ikatan besi yang dibuat semasa pembinaan rasuk.

Setelah kerja ikat besi selesai, maka kerja-kerja memasang kayu acuan atau ‘formwork’ bermula. Kayu ini dibina menggunakan dua jenis kayu iaitu kayu papan dan kayu dua kali tiga inci. Saiz kayu acuan yang dibuat berdasarkan kepada saiz rasuk dan tiang yang ingin dibina. Kebiasaanya kayu acuan ini akan diguna pakai sebanyak beberapa kali sebelum dibuang bagi mengelakkan pembaziran. RAJAH 4.3.2 menunjukkan pemasangan kayu acuan untuk rasuk manakala RAJAH 4.3.3 menunjukkan kayu acuan bagi pembinaan tiang.

(38)

RAJAH 4.3.2

(39)

RAJAH 4.3.3

Cara menuang konkrit juga merupakan satu faktor yang penting untuk mengawal mutu konkrit. Jika bancuhan konkrit ditempatkan pada acuannya dengan dituang secara tergopoh gapah, pemisahan batu baur daripada bahan pengikat mungkin berlaku. Oleh sebab itu, bancuhan konkrit haruslah ditempatkan dengan mematuhi peraturan tertentu. Bancuhan konkrit hendaklah dituang kedalam acuannya dengan perlahan-lahan. Apabila dituang kedalam acuan tinggi, tinggi turunnya tidak boleh melebihi 1.2 m untuk mengelak pemisahan bahan-bahan dalam bancuhan.

Segala kekotoran habuk kayu dan sebagainya mestilah dibuang sebelum bancuhan konkrit dituang. Acuan konkrit perlu dibasahkan supaya kandungan air dalam bancuhan konkrit tidak diserap oleh bahan acuan. Permukaan acuan boleh juga disapukan dengan menggunakan minyak, air sabun ataupun dicatkan dengan cat kapur supaya konkrit tidak melekat padanya. Lapisan minyak mestilah disapu sebelum pemasanagn besi tetulang.

(40)

RAJAH 4.3.4

Penggunaan kren untuk mangangkut bancuhan konkrit dan dituangkan ke dalam acuan adalah disebabkan keadaan bangunan yang melibatkan bangunan satu tingkat dan keatas. Cara ini menjimatkan masa kerana jumlah bancuhan konkrit yang diangkut dan dituang lebih banyak. RAJAH 4.3.4 menunjukkan contoh kaedah menuang konkrit dengan menggunakan kren bergerak.

Setelah bancuhan konkrit dituang, ia harus dimampatkan. Pemampatan ini boleh dilakukan dengan cara cucukan atau getaran. Kerja-kerja pemadatan konkrit ini juga boleh dilakukan serentak dengan kerja-kerja penuangan konkrit.

Antara tujuan untuk memadatkan konkrit adalah bagi mengelakkan berlakunya pengasingan, memastikan konkrit mencapai had ketumpatan dan kekuatan yang maksimun, menghapuskan ruang udara yang terperangkap dalam

(41)

bancuhan, mengelakkan terjadinya sarang labah-labah dalam konkrit dan memastikan ikatan yang kuat antara konkrit dengan besi tetulang.

4.3.1 MEMBANCUH KONKRIT

Konkrit boleh dibancuh dengan tiga cara iaitu membancuh dengan menggunakan penyeduk (Manual), membancuh menggunakan mesin penggaul

(In-Situ Concrete) dan bekalan daripada kilang bancuh siap (Ready Mix Concrete).

Biasanya membancuh konkrit dengan menggunakan penyedok atau ‘Concrete

Mixer’ adalah bagi kuantiti kecil sahaja. Sukatan simen perlu ditambah kira-kira 10%

lagi untuk memudahkan kerja-kerja membancuh.Semasa membancuh konkrit dengan cara ini, bahan campuran akan digaul kering dahulu. Kemudian air akan dicampurkan sedikit demi sedikit sehingga sukatan airnya menuckupi.kerja menggaul dilakuakan sehingga campuran bahan itu sekata.

Untuk projek –projek besar, jumlah konkrit yang diperlukan adalah banyak. Bancuhan konkrit itu biasanya adalah daripada kilang bancuhan siap. Pembancuhan konkrit ini baik di kilang ataupun di tapak bina perlualah mematuhi nisbah bancuhan yang ditentukan untuk menghasilkan konkrit yang berkualiti. Klasifikasi konkrit adalam merujuk carta alir L4.

4.3.2 KERJA-KERJA BAR TETULANG

Dalam kerja binaan konkrit tetulang, bar tetulang ialah sejenis besi yang berbentuk bulat dan panjang yang digunakan sebagai tetulang. Konkrit biasanya tidak berupaya menaggung beban tegasan dan tekanan dengan sangat berkesan. Struktur-struktur seperti tiang , lantai, rasuk, dan lain- lain bahagian sering mengalami tegasan tegangan. Oleh itu, konkrit biasa adalah tidak sesuai digunakan maka ia diatasi dengan menggunakan konkrit bertetulang (Reinforcement Concrete) iaitu mencantum bes tetulang dengan konkrit.

(42)

31 4.3.3 JENIS BAR TETULANG

Bar tetulang biasanya terdiri daripada keluli lembut (Hot Rolled Mild Steel), bar bebunga (Deformed Bar), tetulang anyaman (BRC Steel Fabric) dan dawai keluli tegangan tinggi (High Tensil Wire). Ada dua jenis keratin tiang yang menggunakan tetulang iaitu Tiang 600mm (minimum tetulang untuk tiang bulat adalah 6 bilangan) dan tiang segi empat (minimum tetulang untuk tiang segi empat adalah 4 bilangan)

4.3.4 PENYIMPANAN BESI TETULANG

Bagi kegunaan tapak , besi tetulang dihantar ke tapak. Apabila ia sampai ke tapak ia perlu diikatdan diasingkan mengikut saiz dan jenis.Apabila besi tetulang telah sampai ke tapak bina , periksa keadaan bar tetulang itu dan perhatikan kadar karatnya dan bengkokannya. Jika sekiranya kadar karatnya merosakkan struktur bangunan. Bar-bar tetulang hendaklah diletakkan diatas lapik mengikut pembahagian supaya ia tidak berkarat dan mudah diambil untuk penggunaan. Tetulang hendaklah sentiasa bersih dan sentiasa jauh dari kotoran minyak, tanah, karat dan lain-lain.

(43)

Rajah 4.3.4.1 Besi tetulang yang baru sampai di tapak dan telah diikat. 32

4.3.5 Pembengkokan Besi Tetulang

Lukisan kejuruteraan yang disertakan untuk sesuatu pembinaan memainkan peranan pada bahagian ini. Kerja pembengkokan bar tetulang dilakuakn mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Alat pembengkok dapat dilihat dalam gambar. Pembengkokan ‘hooker’ atau ‘bender’ berguna dalam membengkok bar tetulang yang saiznya kurang daripada 25mm. bagi bar tetulang yang lebih daripada 28 mm ia boleh dibengkokkan dengan memanaskan bar tetulang tersebut.

Bar tetulang utama hendaklah dibentukkan cangkuk atau tambatan pada hujung. Selepas ia dibengkokkan ia dihantar ke tapak dan dipasang ke dalam acuan. Bagi kerja pemasangan ia diikat dengan menggunakan dawai halus yang berdiameter 1.63mm.

(44)

Rajah 4.3.5.1 Alat untuk pembengkokkan besi tetulang.

33

(45)

4.4 Ikatan Bata

Tujuan ikatan bata adalah untuk mendapatkan ikatan bata yang kuat, susunan bata yang cantik dan menarik dan sesuai dengan kerja ikatan. Terdapat pelbagai jenis ikatan dalam kerja menyusun bata. Antara ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia seperti ikatan sisi bata, ikatan kepala bata ,ikatan flemish dan ikatan inggeris.

4.4.1 Prinsip Ikatan Bata

Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata adalah mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak yang terus-menerus baik dipermukaan mahupun di dalam tembok. Kemudian, ikatan bata mesti mengikut ketetapan rekabentuk didalam pelan. Tembok mestilah kuat dan stabil agar kesenian reka bentuk pada permukaan dapat dikekalkan.Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu sambungan tegaknya berterusan (tidak berlekap), kekuatan dan kestabilannya adalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang berterusan itu seboleh-bolehnya hendaklah dielakkan dalam segala kerja bata.Perbandingan di antara tembok yang terikat dengan tembok yang tidak terikat adalah ditunjukkan dalam rajah di bawah. Beban yang dapat ditanggung oleh tapak AB adalah lebih berat jika dibandingkan dengan beban yang ditanggung oleh CD.

(46)

Rajah 4.4.1.1 Kedudukan ikatan bata dan titik A,B,C dan D.

Tebal tembok biasanya disebut mengikut saiz bata, misalnya tembok bata yang tebalnya sama dengan lebar bata dikenali sebagai tembok setengah bata, manakala tembok yang tebalnya sama dengan panjang bata dikenali tembok satu bata. Apabila dua tembok bertemu, bata pengikat mestilah digunakan supaya ia mematuhi kepada prinsip pengikatan. Bata pengikat dan bata penutup setengah dalam lapisan bata digunakan untuk mencegah sambungan yang terus menerus pada tembok bersudut tegak dan tembok persimpangan. Jenis ikatan bata di L6.

35 4.4.2 IKATAN SISI BATA

Ikatan ini khas digunakan pada tembok yang tebalnya setengah bata atau 112.5mm. Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata pada kepalanya. Lekapnya ialah ½ bata. Pembinaannya bermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan

(47)

yang kedua pula dimulakan dengan satu batasetengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya. Contoh ikatan ini ditunjukkan dalam rajah 4.4.2.1 Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi. Oleh sebab itu, ia digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembok sekatan, tembok landasan, semperong dan tembok-tembok dalam struktur berangka di mana tiada beban berat yang disokong.

Rajah 4.4.2.1 Susunan ikatan sisi bata yang digunakan

4.4.3 Ikatan Kepala Bata

Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina dengan jenis ikatan ini mengandungi kepala bata sahaja. Rajah 4.4.3.1 menunjukkan pandangan hadapan dan pelan bagi sebahagian tembok lengkung yang dibina dengan ikatan kepala bata. Sambungan mortarnya merupakan bentuk huruf V. Jenis ikatan ini sesuai digunakan pada bahan asas atau pada tembok yang berbentuk bulat atau melengkung.

(48)

Rajah 4.4.3.1 Contoh penggunaan ikatan kepala bata dalam struktur rumah.

4.4.4 Ikatan Inggeris

Ikatan ini adalah yang paling meluas digunakan. Ikatan ini disusun dengan satu lapisan kepala bata diikuti lapisan sisi bata berselang seli. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku bata.

Pada tembok yang tebal, semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang. Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi sebarang sambungan tegak yang berterusan. Rajah 4.4.4.1 menunjukkan pelan tegak hadapan sebuah tembok yang dibina dengan ikatan Inggeris.

(49)

Rajah 4.4.4.1 Susunan Ikatan Inggeris yang biasa digunakan

4.4.5 Ikatan Flemish

Ikatan ini adalah mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang seli dalam satu lapisan yang sama. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada sudutnya mewujudkan lekap yang seragam iaitu ¼ bata. Sambungan tegak yang berterusan berlaku di dalam tembok tetapi tidak kelihatan pada permukaan tembok. Apabila kedua-dua belah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish, ia dinamakan ‘Flemish Kembar’.

Jika sebelah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish dan sebelah yang lain pula menunjukkan susunan Inggeris maka ia dinamakan ‘Flemish Tunggal’. Ikatan ini dapat menghasilkan kedua-dua belah yang lebih rata dibandingkan dengan ikatan yang lain. Oleh sebab itu, ikatan ini sesuai digunakan untuk membina tembok yang tidak akan dilepa.

(50)

Rajah 4.4.5.1 Susunan ikatan flemish

(51)

BAB 5

DAPATAN,KOMEN

DAN

CADANGAN

BAB 5

(52)

5.1 Dapatan

Secara keseluruhannya,melalui Latihan Industri yang telah dijalankan ini,ia mampu melahirkan seorang pelajar yang berkemahiran serta berkebolehan dalam semua aspek,baik dari segi pengurusan mahupun kemahiran teknikal.Ia dapat memberi satu pengalaman yang sangat berharga kepada pelajar kerana walaupun masih di tahap seorang pelajar,mereka teah mempunyai pengalaman yang penting untuk berusaha menceburi bidang yang dipelajari.

5.2 Komen

1. Pihak pengurusan perlu lebih berkomunikasi dengan pelajar untuk mengetahui masalah yang mungkin dihadapi oleh pelajar.

2. Tiada satu bentuk kerja yang khusus buat pelatih bagi sekiranya pelatih tersebut berlainan kursus.

5.3 Cadangan

Syarikat :

1. Memperbanyakkan lagi aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pelajar praktikal dengan pekerja kerana ia akan memudahkan komunikasi sepanjang tempoh latihan.

41

2. Menetapkan satu tarikh tetap dalam setiap bulan untuk pembayaran elaun. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan pelatih menjelaskan bayaran sewa rumah kepada tuan rumah mengikut tarikh yang ditetapkan. Disamping itu, ia dapat memudahkan pelatih merancang kewangan dan perbelanjaan.

(53)

Politeknik :

1. Pihak Politeknik perlulah berhubung dengan pelajar tersebut atau pihak syarikat supaya pihak Politeknik dapat mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar ataupun masalah yang dihadapi oleh syarikat berhubung masalah disiplin yang telah ditimbulkan oleh pelajar tersebut terhadap syarikat.

2. Pihak Politeknik hendaklah memperluaskan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran teori kerana situasi di alam pekerjaan memerlukan pelajar menguasai bahasa ini.

42

BAB 6

(54)

BAB 6 KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dibuat daripada Latihan Industri yang telah dijalankan ini ialah ia dapat memberi gambaran yang lebih jelas tentang berbagai aspek dalam cara kerja yang dilakukan dalam bidang Kejuruteraan Awam. Melalui Latihan Industri yang telah dijalankan ini,saya telah didedahkan dengan alam pekerjaan sebenar di mana ia memberi suatu pengalaman yang cukup berharga kerana berpeluang mengenali lebih dekat bidang kerja dalam bidang ini di samping bekerja dengan tenaga kerja yang berpengalaman dalam bidang-bidang berkaitan dengan bidang yang saya ceburi di Maxbill Alliance Sdn Bhd.

Selain itu,secara tidak langsung saya dapat mengaitkan teori-teori yang telah saya pelajari semasa di Politeknik dengan aspek-aspek praktikal yang telah saya jalani di Maxbill Alliance Sdn Bhd selain menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja. Di samping itu,melalui latihan secara praktikal juga dapat menanam sifat amanah,bertanggungjawab dan berkeyakinan dalam menghadapi situasi kerja yang serba mencabar.

(55)

Latihan industri ini juga mengajar saya untuk lebih berusaha untuk memperolehi sesuatu.Ini kerana sepanjang menjalani latihan di Maxbill Alliance Sdn Bhd saya harus berusaha untuk memperolehi sesuatu maklumat yang berkaitan.Ini secara tidak langsung melatih diri saya lebih berusaha untuk memperolehi sesuatu kerana untuk memperolehi sesuatu terutamanya ilmu bukanlah perkara yang mudah.

44

Melalui pemerhatian saya,banyak manfaat yang boleh diperolehi daripada Latihan Industri ini.Selain memotivasikan diri,ia juga menjadikan diri kita lebih berdisiplin.Ini kerana apabila kita diberi sesuatu tugas,kita hendaklah berusaha menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.Dengan ini ia dapat memupuk sikap positif dalam diri kita untuk lebih berkeyakinan dalam menghadapi sebarang canaran yang mendatang.

Perkara yang paling penting yang telah kita pelajari sepanjang Latihan Industri ini ialah cara untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan semua pekerja tidak kira usia.Kita hendaklah menilai diri kita dan cuba memperbaiki diri sendiri.Ini bukan sahaja dapat membantu melicinkan sesuatu pekerjaan malahan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua pekerja.

Kesimpulannya,Latihan Industri ini adalah satu program yang sangat berguna dan berkesan sekiranya dilakukan dengan cara yang betul.Ini adalah kerana ia dapat melahirkan graduan lepasan Politeknik yang lebih berdaya saing untuk membantu negara kita dalam usaha menjadi salah sebuah negara yang dihormati.Semoga pengalaman yang diperolehi ini dapat dijadikan semangat untuk terus berusaha untuk mencapai cita-cita yang diimpikan.

(56)

45

(57)
(58)

L1 LAMPIRAN B

(59)

Referensi

Dokumen terkait

1) Menilai peranan KUiTTHO dalam menentukan kesesuaian latihan industri terhadap para pelajar. 2) Mengukur tahap kesediaan pelajar KUiTTHO dalam menjalani latihan industri.

Kuantiti dan peratusan pelajar yang melakukan operasi pengeluaran menggunakan mesin dan peralatan semasa latihan industri berdasarkan jantina. Kuantiti dan peratusan pelajar

Pelajar hanya dibenarkan menjalani latihan industri di organisasi/agensi latihan yang telah diperakukan oleh jabatan iaitu JUPEM, Syarikat Jurukur Tanah Berlesen yang

Penyelia Industri Pegawai yang dilantik oleh organisasi latihan bagi memberi bimbingan kepada pelajar sepanjang pelajar menjalani LI, dan juga terlibat dengan

Jabatan imigresen malaysia memerlukan bahan promosi bisnes mereka berbuat baik untuk latihan industri daripada pengalaman anda adalah singkatan dari seluruh pelusuk dunia sebagai

Pentingnya latihan industri juga adalah supaya para pelajar dapat mendisiplinkan diri dalam hal-hal berkaitan pekerjaan contohnya kedatangan dan ketepatan masa,

• Pelajar juga wajib menyediakan laporan lengkap tentang projek industri yang dilakukan semasa menjalani Latihan

Antara objektif program latihan industri yang lain adalah untuk: mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar, mendedahkan pelajar kepada teknologi terkini dan juga