BAB 1
1.1 PENDAHULUAN
Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana di atas limpah kurniaNya dan keizinanNya, saya telah menyempurnakan latihan industri ini dengan jayanya. Saya berasa gembira kerana latihan ini bermula dengan baik dan berakhir dengan sempurna. Ia telah berjalan lancar sepertima yang telah diharapkan.
Latihan Industri ini merupakan perkara wajib ke atas setiap pelajar semester akhir Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics dan perlu lulus sebelum layak untuk begraduasi. Pelajar yang gagal perlu mengulangi semula latihan industri dan tidak layak untuk bergraduasi. Oleh itu pelajar perlu mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kolej dan juga syarikat di mana pelajar di tempatkan.
1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
1.2.1 Untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan sebenar.
1.2.2 Untuk menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik semasa pekerjaan.
1.2.3 Membolehkan pelajar melihat kaitan di antara teori yang dipelajari di kelas dengan kerja-kerja praktikal.
1.2.4 Untuk mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dalam industri. 1.2.5 Untuk meningkatkan amalan berhemah dan bertanggungjawab. 1.2.6 Untuk mengukuhkan keyakinan diri ke alam pekerjaan kelak.
1.3 OBJEKTIF LAPORAN
Pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari sepanjang menjalani latihan industri dengan lebih efisen dengan mendokumentasikan aktiviti-aktiviti dan gerak kerja semasa menjalankan latihan yang dilakukan dengan sistematik dan berkesan melalui laporan yang dibuat. Melalui penulisan laporan, pelajar boleh menggunakan teknik kerja yang dipelajari sebagai rujukan untuk melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.
1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR
Para pelajar akan dapat mempelajari serta mempraktikkan pengetahuan baru dari sebuah syarikat berpandukan pembelajaran yang diperolehi semasa menjalankan kuliah di kolej. Pengalaman ini serba sedikit dapat membantu mempertingkatkan lagi pengetahuan dan keyakinan diri pelajar ke alam pekerjaan kelak.
Pentingnya latihan industri juga adalah supaya para pelajar dapat mendisiplinkan diri dalam hal-hal berkaitan pekerjaan contohnya kedatangan dan ketepatan masa, ketekunan dan minat terhadap kerja yang dilakukan, menerima dan menjalankan arahan dengan baik, mempunyai personaliti yang sesuai dengan pekerjaan yang dijalankan, mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik, dapat menyesuaikan diri dengan tugas yang diberikan, meningkatkan kualiti kerja berpandukan pengalaman dan sebagainya.
BAB 2
2.1 PENGENALAN
Projek pembinaan semula pejabat-pejabat kerajaan Batu Pahat adalah cadangan bersama Kerajaan Persekutuan dan negeri di bawah Perancangan Malaysia Ketiga dan Keempat. Satu kawasan seluas lebih kurang 4.55 ekar telah di khaskan untuk pembinaan Kompleks Jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Kawasan tersebut terletak di Jalan Bukit Pasir, Bakau Chondong yang boleh dikatakan sesuai dan strategik. Selain memperbaiki keadaan bangunan dan pejabat-pejabat kerajaan dari segi lokasi dan fizikal, rancangan ini juga dapat memberi faedah dari segi penjimatan sewa pejabat serta memberi kemudahan kepada orang-orang awam dalam urusan mereka dengan jabatan-jabatan kerajaan.
Pada peringkat pertama, sebuah bangunan tiga tingkat dicadangkan untuk menempatkan Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah. Semua jabatan negeri peringkat daerah ditempatkan di bangunan menara yang dicadangkan dibina di bahagian belakang bangunan tersebut dan ini merupakan peringkat kedua pembinaan. Kerja-kerja menambak terpaksa dilakukan terlebih dahulu kerana tapak kawasan yang dipilih pada keseluruhannya sangat rendah dan mudah dinaiki air dengan paras empat hingga lima kaki di paras jalan raya.
Bayaran-bayaran ganti rugi juga dibuat kepada tuan kedai dan rumah kediaman yang terpaksa dipindahkan untuk memulakan kerja-kerja menambak oleh pihak Kerja Raya. Kerja-kerja tersebut dan kerja-kerja infrastuktur yang lain seperti pembekalan api, air dan sebagainya diselaraskan supaya pembinaan di kawasan kompleks itu dibuat dalam secara terkawal oleh Jawatankuasa Kerja Raya.
Dalam fasa pertama pembinaan Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah Batu Pahat, kos menambak kawasan telah menelan belanja sebanyak RM 199,000 bersamaan 49,232.64 padu tanah yang telah dikendalikan oleh pemborong Saujaya Sdn.Bhd. Kerja-kerja menambak bermula pada 11 April 1982 dan telah selesai pada 19 Februari 1983. Di fasa kedua, kerja-kerja pembinaan bangunan telah diselenggara oleh Kumpulan Yeoni Construction yang mana pengambilannya ialah pada 14 September 1983.
Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Batu Pahat seluas 3,811 meter persegi ini telah siap pembinaannya pada 13 Mac 1985 dan telah diserahkan untuk kegunaan pada 21 September 1985 dan menjalankan operasi sepenuhnya pada 1 Oktober 1985 yang dirasmikan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ibrahim Ibni Sultan Iskandar. Beberapa buah jabatan di bawah kelolaan Pejabat Daerah iaitu Pejabat Perpaduan Daerah, Pejabat RELA Daerah, Pejabat Majlis Sukan Daerah dan Kemajuan Kampung Baru turut dipindahkan ke tingkat dua bangunan ini.
Pintu Masuk Pejabat Daerah Batu Pahat
Kemudahan-kemudahan asas serta peralatan yang serba lengkap dapat dinikmati secara menyeluruh oleh kakitangan pejabat dan orang awam yang berurusan dengan pejabat ini. Keadaan ruang pejabat yang luas disediakan untuk pembahagian ruang-ruang tertentu di masa hadapan. Bilik bilik berasingan untuk Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai daerah juga diperuntukkan untuk memudahkan bagi mengawasi agar kegiatan pentadbiran berjalan dengan lancar.
2.2 PENGENALAN JABATAN
Pejabat Daerah Batu Pahat (PDBP) merupakan satu institusi pentadbiran daerah yang amat penting dalam jentera pentadbiran negara kerana di peringkat ini bermulanya imej kerajaan dibentuk serta keberkesanan sesuatu perancangan kerajaan diuji oleh rakyat. Sebagai satu organisasi utama pentadbiran peringkat akar umbi, Pejabat Daerah menjadi penghubung di antara organisasi peringkat daerah dengan organisasi peringkat negeri seterusnya peringkat persekutuan.
Peranan utama PDBP adalah menyelaraskan dan melaksanakan program-program projek pembangunan daerah di bawah Dasar Pembangunan Nasional yang bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup serta pendapatan penduduk. Selain bertindak sebagai perancang utama, PDBP juga mendasari pembangunan sebagai penyelaras pembangunan, agen kepada perubahan, mendokong sistem pentadbiran ke arah kecermelangan selain mempelopori budaya kerja yang positif.
PDBP terletak di Bangunan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail, Jalan Bakau Chondong, 83000 Batu Pahat Johor. Daerah Batu Pahat terbahagi kepada 14 buah Mukim, lihat (Rajah 2.2.1). Semua mukim dan kampung ditadbir oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dan Majlis Daerah Yong Peng (MDYP). Sebelum itu ia di kenali sebagai Majlis Daerah Batu Pahat dan Majilis Daerah Batu Pahat Timur.
Terdapat 525 buah kampung telah digazetkan. Pada tahun 2008 kerajaan masih belum ada sebarang perancangan untuk menaik taraf Batu Pahat kepada sebuah Bandaraya walaupun pembangunan dan kemajuan di Batu Pahat sudah jauh meninggalkan Alor Star dan Kuala Terengganu yang mana kedua-dua sudah diiktiraf bandaraya. Penduduknya seramai 417,458 orang terutama Melayu, Cina dan India. Lelaki seramai 210,132 dan perempuan 207,326 orang, ketika itu pada tahaun (2008).
PARLIMEN DUN
P.147 PARIT SULONG N.17 SEMERAH N.18 SRI MEDAN
P.148 AYER HITAM N.19 YONG PENG N.20 SEMARANG
P.149 SRI GADING N.21 PARIT YAANI N.22 PARIT RAJA
P.150 BATU PAHAT
N.23 PENGGARAM N.24 SENGGARANG N.25 RENGIT
Rajah 2.2.2 : Parlimen dan Dun
HOSPITAL KERAJAAN
HOSPITAL PAKAR
1. Putra Specialist Hospital 2. Hospital Pantai
BANGUNAN KERAJAAN
1. Bangunan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail 2. Bangunan Gunasama Persekutuan
3. Bangunan IPD Polis Batu Pahat 4. Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ )
Rajah 2.2.3 : Hospital dan Bangunan Kerajaan
IPTA
1. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ( UTHM ) 2. Institut Perguruan Tun Hussein Onn ( IPTHO )
IPTS
KOLEJ
1. Pusat Latihan Teknologi Tinggi ( ADTEC ) 2. Kolej Polytech MARA
3. Kolej Kemahiran Tinggi MARA 4. Kolej Komuniti YPJ
5. Kolej Komuniti Batu Pahat
2.3 LATAR BELAKANG PENUBUHAN JABATAN
Pentadbiran di pejabat daerah ini telah diperkenalkan pada tahun 1874 apabila Inggeris mula mengambil bahagian dalam politik dan pentadbiran negeri-negeri Tanah Melayu. Ketika itu, Kerajaan Negeri-Negeri Tanah Melayu telah mengambil pegawai-pegawai British yang di gelar Residen. Sepanjang tempoh pentadbiran Residen, muncullah nama jawatan Pegawai Daerah serta pentadbiran daerah. Peranan Pegawai Daerah pada masa itu lebih tertumpu kepada pengawas keamanan, ketenteraman awam, penjaga kebajikan dan pembangunan ekonomi daerah.
Pejabat Daerah Batu Pahat telah wujud pada akhir kurun ke-19 iaitu pada tahun 1894 seiring dengan pembukaan Kampung Batu Pahat pada ketika itu oleh Datuk Muhammad Salleh bin Perang yang bergelar Dato’ Bentara Luar. Ketika itu, Pejabat Daerah di ketuai seorang pegawai berjawatan Pesuruhjaya Kerajaan yang bertanggungjawab mentadbir serta mengutip cukai di daerah Batu Pahat.
Asal usul nama Batu Pahat di susur kembali melalui legenda abad ke-15 apabila tentera Siam menyerang tempat batu yang dipahat di Kampung Minyak Beku bagi mendapatkan bekalan air bersih semasa pengunduran mereka. Ketika itu, mereka sedang dikejar oleh tentera Melaka pimpinan Tun Perak, bendahara dari kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Pada tahun 1456, tentera Siam yang dipimpin oleh Laksamana Awi Di Chu telah menduduki Batu Pahat dahulu sebelum menyerang Melaka.
Menurut kisah lain, selepas Portugis menduduki Melaka, di percayai bahawa batu-batu granit yang digunakan untuk membina Kota A Famosa di peroleh daripada muara Sungai Batu Pahat. Maka bandar Batu Pahat mendapat namanya daripada “batu yang dipahat” di muara itu. Terkenal kerana ikan masin pada suatu ketika dahulu, Batu Pahat sebelum ini di kenali sebagai “Bandar Penggaram” yang bermaksud “bandar pembuat garam”.
2.4 AHLI LEMBAGA PENGARAH
2.4.2 VISI, MISI & OBJEKTIF SYARIKAT
VISI
Kearah Pentadbiran Cemerlang
MISI
Merancang Dan Melaksanakan Pembangunan Daerah Secara Efektif Sejajar Dengan Dasar-Dasar Kerajaan Dan Keperluan Masyarakat
MOTTO
Keikhlasan Melaksanakan Amanah
SLOGAN
OBJEKTIF
Melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan bagi menggerak, menyelaras dan melaksanakan program-program dan projek-projek dalam semua aspek pembangunan daerah dan perkhidmatanyang berkaitan bagi mencapai pembangunan yang seimbang untuk penduduk dan masyarakat, sesuai dan selaras dengan dasar-dasar kerajaan khususnya, dasar pembangunan nasional dan wawasan 2020.
Melaksanakan semua urusan berkaitan denganpentadbiran jabatan dan perkhidmatan yang adil dan saksama yang diberikan kepada pelanggan dalaman atau luaran dengan cekap, cepat dan sempurna.
Meningkatkan taraf hidup dan pendapatan penduduk tempatan melalui aktiviti-aktiviti pembangunan.
2.4.3 FUNGSI JABATAN
JABATAN FUNGSI
BAHAGIAN PEMBANGUNAN
Merancang dan menyelaras perlaksanaan rancangan pembangunan fizikal dan masyarakat.
Mengurus dan menyelaras aktiviti mukim-mukim meliputi aspek sosio-ekonomi, keagamaan, pendidikan dan kebudayaan.
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
Menguruskan hal ehwal pentadbiran, kewangan, teknologi maklumat, pelesenan dan penguatkuasaan, majlis keraiaan dan keselamatan.
SEKSYEN PENTADBIRAN AM
Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran am yang berkaitan dengan hal ehwal perkhidmatan/perjawatan kakitangan dan memproses permohonan pelan bangunan di luar kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
TEKNOLOGI ditetapkan melalui enakmen, peraturan dan garis panduan Kerajaan Negeri Johor yang berkuatkuasa.
Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan di bawah Enakmen hiburan dan tempat-tempat hiburan 1998 serta Enakmen Panggung Wayang dan Permainan Raya 1958 ( Enakmen No. 6 Tahun 1958 ).
UNIT MAJLIS DAN KERAIAN
Mengurus dan memberi khidmat nasihat istiadat, aturcara rasmi bagi program-program peringkat kebangsaan, negeri dan daerah yang diadakan di daerah. Mengurus dan menyelaras majlis-majlis rasmi yang melibatkan pihak istana dan Pejabat Menteri Besar Johor.
UNIT KESELAMATAN
Mengurus hal-hal berkaitan dengan keselamatan, pengurusan krisis dan bencana, serta lain-lain perkara dalam daerah yang mempunyai kaitan dengan keselamatan dan ketenteraman awam mengikut mekanisme Majlis Keselamatan Negara.
Pejabat Daerah Batu Pahat (PDBP) telah mendapat beberapa penganugerahan dan pencapaian yang cemerlang seperti Johan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri Johor (Rajah 2.4.4.1) dan juga Johan bersama Anugerah Desa Cemerlang peringkat Kebangsaan (Rajah 2.4.4.2). PDBP juga mempunyai Galeri (Rajah 2.4.4.3) iaitu tempat pameran seperti piala, plak dan sebagainya terhadap kejayaan PDBP dalam menganjurkan atau pun mengikuti program-program yang melibatkan kerajaan Negeri Johor. Antaranya Kembara Mahkota Johor (KMJ), penganjur atau tuan rumah bagi program-program bersama, merasmikan majlis-majlis amal serta sekolah-sekolah di kawasan Daerah Batu Pahat dan sebagainya. PDBP juga telah mencapai polisi sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal (5S) pada 15 Mac 2014 (Rajah 2.4.4.4) dalam mewujudkan persekitaran yang berkualiti, bersih dan selamat bermatlamatkan budaya kerja yang unggul.
Rajah 2.4.4.2 : Johan bersama Anugerah Desa Cemerlang peringkat Kebangsaan
2.4.5 LAGU PERKHIDMATAN AWAM DAN NEGERI JOHOR
Lagu Perkhidmatan Awam dan Lagu Negeri Johor dinyanyikan oleh warga pekerja di Bangunan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail dalam Perhimpunan Jabatan pada minggu pertama setiap bulan.
LAGU PERKHIDMATAN AWAM LAGU BANGSA JOHOR
BAB 3
3.1 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
MINGGU AKTIVITI
MINGGU 1 Melapor diri di Pejabat Daerah Batu Pahat.
Mengikuti Mesyuarat Jawatankuasa Wabak Denggi
Penyelia menerangkan tentang tugas-tugas kakitangan Pejabat Daerah Batu Pahat. Spesifikasi tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi).
Fungsi-fungsi unit pejabat. Turut serta dalam Majlis Perhimpunan Pagi bulanan bagi bulan Jun 2015.
MINGGU 3 Merekod surat keluar masuk di dalam kertas minit. Belajar mengendalikan mesin faks dan juga membuat ‘tag’ untuk tandatangan pegawai.
Merekod profil ketua kampung bagi borong SPR 2015 serta terlibat dalam Majlis Tahlil arwah bersama warga Pejabat Daerah Batu Pahat.
Membuat surat permohonan cuti rehat.
Membuat tuntutan elaun lebih masa bagi bulan Mei 2015. MINGGU 5 Di tempatkan ke bahagian Pembangunan Fizikal.
Ditugaskan untuk memasukkan data-data waran peruntukan Pejabat Menteri Besar Johor Tahun 2015 iaitu senarai Kerja-kerja Kecil Kawasan Daerah Batu Pahat.
Memasukkan sebut harga, inden atau arahan kerja untuk kontraktor.
Memasukkan bekalan yang dibekalkan oleh kontraktor untuk projek-projek kawasan daerah Batu Pahat.
MINGGU 6 Majlis perhimpunan pagi bersama semua warga kakitangan Bangunan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail bagi bulan Julai 2015.
Menghadiri mesyuarat yang berlangsung di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat bagi mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana prosedur mesyuarat berlangsung dan aturcara majlis yang akan berlaku pada majlis atau program yang akan datang.
Majlis tadarus dan Khatam Al-Quran bersama semua warga Pejabat Daerah Batu Pahat.
MINGGU 7 Penyelia menerangkan tentang pembentukan borang Penilaian Prestasi dan prosedur menguruskan penilaian prestasi bagi setiap kakitangan di dalam jabatan dari peringkat bawahan hingga ke peringkat atasan
Penyelia memberi pencerahan tentang bagaimana prestasi kakitangan PDBP dinilai.
MINGGU 8
Dipertanggungjawabkan untuk menghantar surat dengan menggunakan mesin faks iaitu surat penajaan atau “sponsor” kepada syarikat-syarikat swasta dan badan-badan kerajaan bagi menaja hamper dan minuman sempena Program Kembara Mahkota Johor pada 09 Ogos 2015.
Menghantar surat menggunakan mesin faks iaitu surat penajaan sempena keberangkatan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan bagi Negeri dan Jajahan Tahluk Johor pada 31 Ogos 2015.
MINGGU 9 Mengasingkan borang sebut harga mengikut jenis kerja yang akan dilakukan oleh kontraktor seperti di dalam tender sebut harga.
Diamanahkan membuat jadual tugasan mingguan untuk pelajar praktikal yang baru melaporkan diri.
Belajar mengendalikan mesin Photostat.
Menyusun fail di dalam rak dokumen dengan teratur mengikut polisi 5S.
MINGGU 10 Menghadiri Pertandingan Pidato 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan (Akhir) Tahun 2015 pada 02 Ogos 2015 bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) bersama-sama Pegawai Daerah Batu Pahat, pegawai-pegawai atasan, Tuan Haji Ibrahim Bin Ahmad dan warga kakitangan PDBP bagi memeriahkan dan menjayakan program yang berlangsung. Di samping menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman tentang proses pengurusan program yang besar ini dilaksanakan.
Pada 09 Ogos 2015 semua jabatan-jabatan kerajaan dan swasta yang terlibat perlu hadir ke Dewan Hj Hashim Parit Tengah Batu Pahat untuk mengadakan ‘Reasal’ penuh bagi menyambut kedatangan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sultan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor dalam KMJ.
Saya dipertanggungjawabkan untuk menyediakan serta memastikan segala kelengkapan dan persiapan seperti dulang, tuala muka, tuala tangan, air evian, gelas berakali, air batu dan ‘cool box’ sentiasa tersedia untuk DYMM Sultan.
MINGGU 12
MINGGU 14 MINGGU 15 MINGGU 16
3.2 PROGRAM SEPANJANG LATIHAN INDUSTRI
PROGRAM BENCANA LUARAN DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2015
Program Drill Bencana Luaran Daerah Batu Pahat Tahun 2015 ini telah diadakan pada 03 Jun 2015 bertempat di Stadium Batu Pahat dan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI). Program ini adalah program anjuran bersama Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Sultanah Nora Ismail dan Pejabat Daerah Batu Pahat. Antara agensi-agensi lain yang terlibat ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat, Majlis Perbandaran Batu Pahat, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, St John Ambulans Batu Pahat, Persatuan Bulan Sabit Malaysia, dan Persatuan Pengakap Malaysia. Objektif umum program ini bertujuan menyediakan landasan secara praktikal untuk menguji keberkesanan kerjasama antara agensi dalam situasi bencana di daerah Batu Pahat. Manakala onjektih khusus HSNI adalah menguji kesiapsiagaan setiap anggota HSNI dalam menghadapi bencana luaran, menyediakan landasan untuk menguji Pelan Tindakan Bencana Luaran HSNI serta menambah baik sebarang kelemahan dalam melaksanakan Pelan Tindakan Bencana Luaran HSNI.
PERINGKAT JABATAN KERAJAAN
BAGI PEJABAT DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2015
Program Katam Al-Quran ini diadakan pada 09 Julai 2015 bersamaan 22 Ramadan 1436 Hijrah. Program ini berlansung pada jam 0800 pagi bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat. Semua pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah Batu Pahat turut membaca Al-Quran mengikut Juzu’ yang telah ditentukan. Manakala, bagi Program Khatam Al-Quran bacaannya akan dibaca secara beramai-ramai.
Segala mesyuarat berkenaan kawasan Daerah Batu Pahat akan diadakan di dalam bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat yang di pengerusikan oleh YB Pegawai Daerah Tuan Haji Mohd Halim bin Hasbullah.
Pertandingan Pidato 1 Malaysia telah berlangsung pada 02 Ogos 2015 bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Batu Pahat. Pertandingan ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Jailani Johari selaku Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia. Majlis ini bermula pada pukul 09.30 pagi sehingga 01.30 petang. Pertandingan Pidato 1 Malaysia adalah sebagai salah satu medium atau kaedah bagi menyampaikan dan menyebarkan maklumat dasar-dasar kerajaan khasnya berkaitan isu semasa kepada orang ramai. Ia juga bertujuan untuk mencapai matlamat kea rah Negara maju. Manakala Tema Pertandingan Pidato 1 Malaysia tahun 2015 adalah “Malaysia #sehatisejiwa”.
Dewan Orang Ramai Parit Ya’ani
Pekan Parit Sulong
Seterusnya, rombongan KMJ bergerak ke Pekan Parit Sulong Batu Pahat. Di sini KMJ disajikan pula dengan pelbagai jenis makanan oleh peniaga-peniaga antaranya ‘Sup Gear Box’, pisang goreng, bubur dan sebaginya. Turut hadir bersama adalah ahli parlimen Parit Sulong iaitu YB Dato Noraini Ahmad bagi menyambut ketibaan KMJ. Pada keesokannya, KMJ bergerak ke Kangkar Baru dan pekan ini adalah pekan yang terakhir dilalui oleh KMJ di kawasan Daerah Batu Pahat sebelum rombongan bergerak ke daerah-daerah lain di seluruh Negeri Johor.
BAB 4
4.1 PENGENALAN
Laporan teknikal merupakan kepakaran dan kepandaian seseorang dalam penggunaan dan pengendalian alatan-alatan elektronik, dokumen-dokumen dan sebagainya dengan mengikut prosedur penggunaan yang betul. Antara kegiatan teknikal yang dapat dikongsi sepanjang Latihan Industri di PDBP adalah seperti penggunaan yang betul dalam mengendalikan mesin Photostat, penggunaan mesin faks, penyusunan dokumen-dokumen mengikut prosedur 5S dan banyak lagi.
Di sini saya
4.2 PANDUAN PENGGUNAAN MESIN FOTOSTAT
Mula-mula sekali hidupkan suis mesin fotostat. ‘Switch on button’ yang bewarna merah seperti di bawah. Kemudian, tunggu sehingga skrin hidup dan mesin akan mengeluarkan bunyi titt! titt! titt!
Sekiranya sudah menekan suis itu tetapi mesin fotostat tidak menyala atau berfungsi lagi, ia menunjukkan ada tiga sebab. Pertama, kerana suis utama tidak dihidupkan, kedua kerana mesin fotostat rosak dan yang ketiga adalah kerana butang dalam gambar di bawah ini tidak dihidupkan.
LANGKAH 2
LANGKAH 3
Pilih ‘track’ yang ada simpanan kertas.
LANGKAH 4
LANGKAH 5
Pilih bilangan yang hendak disalin dan tekan butang warna hijau. Jika salinan tersalah, perlu segera menekan butang berwarna merah yang kecil seperti di bawah. Butang merah kecil itu berfungsi untuk membatalkan nombor salinan atau membatalkan salinan.
LANGKAH 6
4.3 PANDUAN PENGGUNAAN MESIN FAKS
Mengirim data melalui faks adalah cara yang efisien dan cepat untuk mengirim dokumen jika anda tidak mempunyai banyak masa untuk mengirim email dan tiada mesin scanner. Kaedah ini masih dipakai untuk pengiriman dokumen yang memerlukan tanda tangan. Penggunaan mesin faks mungkin membingungkan pada awalnya, tapi disini akan dijelaskan bagaimana cara menggunakan mesin faks.
LANGKAH 1
Membuat surat pengantar untuk memastikan kepada siapa dan kemana dokumen itu akan dikirimkan dan adakah nombor yang dituju benar atau salah. Masukkan surat pengantar terlebih dahulu sebelum dokumen anda ke dalam mesin faks yang menghadap ke arah mesin.
Masukkan nombor yang hendak difaks ke dalam mesin. Terdapat kekunci angka seperti telefon pada mesin faks. Hati-hati menekan nombor supaya anda tidak membuat kesalahan, kerana surat-surat mungkin sulit untuk diketahui bila anda telah menghubungi nombor faks yang salah.
LANGKAH 3
Tekan kekunci kirim jika anda telah benar memasukkan semua angka ke dalam mesin. Ini akan memulai pengiriman dokumen. Kekunci kirim biasanya lebih besar dari yang kekunci yang lain dan mudah untuk dicari. Biasanya, kekunci ini ditempatkan di samping atau di bawah papan kekunci.
LANGKAH 4
Tunggu sehinggai dokumen anda melalui mesin dan kumpulkan jika sudah selesai. Apa pun yang anda kirimkan ia akan melalui serangkaian rol dan dirakam secara digital.
LANGKAH 5
BAB 5
5.1 DAPATAN
Hasil dapatan saya melalui kerja yang dilakukan sepanjang saya menjalani latihan industri ini, saya banyak mempelajari tentang:
5.1.1 Dapat merasai persekitaran bekerja di alam pekerjaan yang sebenar. 5.1.2 Dapat mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari sepanjang saya
belajar di Cybernetics.
5.1.3 Dapat meningkatkan lagi daya keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang awam dan tahu cara berinteraksi dengan betul.
5.1.4 Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di pejabat bersama seluruh warga Pejabat Daerah Batu Pahat dengan baik.
5.1.5 Dapat menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan dengan baik dan jayanya.
5.2 KOMEN DAN CADANGAN
Latihan Industri yang telah saya jalani di sini amatlah di hargai. Daripada latihan ini saya ingin memberi cadangan serta saranan iaitu:
5.2.1 Pelajar harus didedahkan dengan dunia luar atau kerja di luar pejabat, tidak hanya di dalam pejabat untuk lebih menambahkan ilmu pengalaman.
5.2.2 Pihak jabatan perlu melantik seorang pegawai atau kakitangan untuk memantau segala urusan kerja yang melibatkan pembelajaran kepada pelajar.
5.2.3 Pihak kakitangan Pejabat Daerah perlulah menunjukkan sikap bekerja yang baik untuk dijadikan sebagai contoh kepada pelajar industri. 5.2.4 PDBP perlu mewujudkan suasana kerja yang lebih cergas seperti
BAB 6
KESIMPULAN
Setelah selesai menjalani Latihan Industri selama tiga bulan setengah, banyak perkara yang saya pelajari dari segala aspek berkaitan dengan bidang kerjaya terutamanya ketepatan waktu, disiplin diri, dan cara berkomunikasi dengan pihak atasan dan pihak-pihak yang berkaitan. Dengan bertugas di Pejabat Daerah Batu Pahat, saya telah mempelajari cara-cara bagaimana pengurusan pejabat dijalankan, pengurusan pekerja, pengurusan dokumen sebut harga, pembelian tender dan terutamanya dalam bidang yang saya pelajari iaitu Pengurusan Sumber Manusia.
ilmiah pengalaman sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang sebenar. Ini dapat dijelaskan bahawa apabila seseorang penuntut menjalani latihan industri, mereka akan dapat melihat gambaran serta merasai suasana sebenar dunia pekerjaan di samping menjalankan segala amanah-amanah yang diberikan. Praktikal ini jelas dengan konsep ilmu dan amal, di mana ilmu yang dipelajari tanpa mengamalkannya akan hilang dan tidak akan memberi apa-apa kesan.Oleh itu, latihan industri banyak mendatangkan kebaikan kepada pelajar sebelum memperluaskan dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari di IPTA atau IPTS untuk kegunaan sewaktu di alam pekerjaan.
Kesimpulan setelah berjaya menjalani latihan industri ini, pelatih dapat melihat sendiri suasana sebenar dunia pekerjaan serta berdepan dengan pahit manis semasa latihan industri. Juga dapat menimba pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang berguna sama ada secara langsung atau pun secara tidak langsung. Di sini saya memohon maaf kepada pihak Pejabat Daerah Batu Pahat serta Unit Latihan Industri Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetis atas kesilapan yang terkandung dalam laporan ini serta ikhlas dan sedia menerima sebarang teguran yang membina. Dengan menjalani latihan ini, diharap segala pengalaman dan ilmu dapat digunakan apabila saya menceburi bidang kerjaya nanti.
1. www.wikipedia.org
2. www.johor.gov.my
3. www.pdbp.gov.my