• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI LUAR NEGARA BAGI PELAJAR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PANDUAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI LUAR NEGARA BAGI PELAJAR"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

PANDUAN PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI LUAR NEGARA BAGI PELAJAR

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

1. PENDAHULUAN

Tujuan peraturan ini diwujudkan adalah untuk membolehkan pelajar UTHM diberikan peluang menjalani latihan industri di luar negara dan ia tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur yang telah ditetapkan oleh universiti.

2. DEFINISI LATIHAN INDUSTRI 2.1 Latihan Industri (LI)

LI merujuk kepada kursus Hadir Wajib (HW) Universiti yang menempatkan pelajar di sesebuah organisasi sama ada di dalam atau di luar negara untuk menjalani latihan praktikal sebelum mereka dianugerahkan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda

3. KELAYAKAN MEMOHON Kelayakan pemohon adalah:

3.1 Pelajar UTHM yang memperolehi CPA/PNGK 3.00 dan ke atas. 3.2 Memperolehi sekurang-kurangnya Band 3 dalam MUET atau

mana-mana yang setara dengannya.

3.3 Tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh universiti.

4. PENDAFTARAN PERMOHONAN

Pendaftaran permohonan untuk menjalani latihan industri di luar negara mengambil kira peraturan dan proses yang sama dengan LAMPIRAN B

(2)

latihan industri dalam negara. Walaupun begitu, terdapat perbezaan pendaftaran permohonan seperti dinyatakan di bawah:

4.1 Pejabat Hubungan Universiti dan Industri (PHI)

Penempatan melalui Organisasi Malaysia yang beroperasi di luar negara (Dengan kerjasama organisasi kerajaan dan swasta di luar negara).

5. PROSES PERMOHONAN

5.1 Permohonan menjalani latihan industri di luar negara perlu dibuat 6 hingga 12 bulan lebih awal sebelum tarikh latihan industri.

5.2 Pelajar boleh mendaftar dengan melengkapkan borang Permohonan Latihan Industri Luar Negara (Lampiran B1) dan PHI akan memaklumkan penerimaan borang tersebut.

5.3 Selepas melepasi proses saringan, pelajar perlu menghadiri sesi temuduga pertama yang dikendalikan oleh PHI dan ia bergantung kepada negara yang dipilih oleh pelajar.

5.4 Pelajar yang berkelayakan perlu mendapat kelulusan daripada Naib Canselor UTHM.

5.5 Pelajar terpilih perlu menghantar surat pengesahan penerimaan menjalani latihan industri di luar negara melalui PHI.

5.6 Surat makluman ke Wisma Putra akan dihantar oleh PHI dan satu salinan surat akan dihantar ke Pejabat Antarabangsa UTHM.

5.7 Pelajar diwajibkan menghadiri taklimat lengkap tentang Latihan Industri Luar Negara yang dikendalikan oleh PHI.

(3)

5.8 Pelajar dikehendaki memohon VISA/Permit Kerja/ pasport antarabangsa dengan kerjasama agensi, PHI dan Pejabat Antarabangsa.

5.9 PHI akan mengeluarkan surat penempatan latihan industri dan surat lepas tanggung kepada pelajar.

5.10 Pelajar dikehendaki mendaftarkan diri di agensi latihan industri.

5.11 Carta alir proses permohonan dan penempatan latihan industri di luar negara ditunjukkan di Lampiran B2.

6. TEMPOH LATIHAN INDUSTRI

6.1 Latihan industri perlu dijalankan mengikut spesifikasi program yang telah ditawarkan.

6.2 Tempoh minimum latihan industri luar negara adalah sama dengan tempoh minimum latihan industri dalam negara.

7. KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Sepanjang tempoh penempatan latihan industri, pelajar layak untuk menerima elaun, sekiranya diberi oleh pihak agensi luar Negara semasa menjalani latihan industri di luar negara.

8. PENYELIAAN

8.1 Penyeliaan pelajar bagi latihan industri luar negara akan mengambil kira keadaan dan lokasi penempatan pelajar.

8.2 Lawatan penyeliaan menggunakan prosedur penyeliaan seperti yang terkandung di dalam Buku Panduan Latihan Industri.

(4)

8.3 Jika lawatan dan penyeliaan fizikal tidak dapat dibuat, kaedah penyeliaan secara atas talian (online), teleconferencing dan penyeliaan oleh pihak agensi akan dibuat.

9. PERATURAN

9.1 Pelajar yang akan menjalani latihan industri luar negara adalah tertakluk kepada Peraturan Akademik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan kaedah-kaedah serta panduan pelaksanaan yang dilaksanakan di bawah peraturan berkenaan.

9.2 Negara yang terlibat dengan peperangan dan tiada hubungan diplomatik termasuk Israel adalah tidak dibenarkan menjadi tempat untuk latihan industri.

10. INSURAN PERUBATAN / PERLINDUNGAN DIRI

10.1 Pelajar yang terpilih digalakkan memiliki insuran perubatan/perlindungan diri tambahan untuk melindungi mereka daripada sebarang kecelakaan atau kemalangan semasa di luar negara.

11. PERBELANJAAN KEWANGAN

11.1 Perbelanjaan bagi menjalani latihan industri di luar negara adalah ditanggung oleh pelajar. Pihak universiti hanya mengurus dan meluluskan permohonan penempatan dan dokumentasi sahaja.

(5)

Pejabat Hubungan Universiti dan Industri

Carta Alir Permohonan dan Penempatan LI Pelajar UTHM ke Luar Negara

                                                    LAMPIRAN B2 PHI Mula

Menyemak pendaftaran pelajar dan kenal pasti bidang serta tarikh LI

Persetujuan industri ? Ya Tindakan PLIF PLIF PLIF PHI PHI Mendapatkan maklumat tempat latihan

Taklimat pertama LI kepada pelajar

Mempamerkan senarai industri untuk pemilihan pelajar

Memohon penempatan LI

Mendapatkan maklumat jumlah kredit dapat pelajar

Menyalurkan maklumat jumlah kredit dapat pelajar

PLIF PPA Proses saringan kelayakan dan temuduga Saringan temuduga Tidak Ya Tidak Ya

Penerimaan permohonan PHI

FAKULTI

PHI/ FAKULTI/PAB

A

B

(6)

                                                        PHI A B Pengesahan tempat LI Ya Tidak Kelulusan Naib Canselor PHI Saringan kelayakan Selesai PHI PHI

PHI/ AGENSI/ PAB

PHI

PELAJAR

PELAJAR Tidak

Ya

Surat makluman kepada Kementerian Pengajian Tinggi, Wisma Putradan Pejabat

Antarabangsa UTHM

Taklimat kepada pelajar

Permohonan Visa/Pasport Antarabangsa/Permit Kerja

Surat penempatan LI dan surat lepas tanggung

Perjalanan ke Negara yang dipohon

Melapor diri di agensi yang telah ditetapkan untuk LI

Surat Makluman Penolakan

*PAB - Pejabat Antarabangsa *PHI - Pejabat Hubungan Industri

*PLIF – Penyelaras Latihan Industri Fakulti

Jawatankuasa LI

Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat) – Pengerusi Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) – Ahli

(7)

 

PROSES SARINGAN KELAYAKAN DAN TEMUDUGA

DI PERINGKAT FAKULTI

Perkara terlibat untuk semakan/saringan di peringkat Fakulti:

1) Kelayakan Pelajar Memohon

a) CGPA Pelajar (3.00 dan ke atas)

b) Keputusan MUET Pelajar/Peperiksaan Bahasa Inggeris (Minimum Band 3)

c) Tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh universiti

2) Hubungan Organisasi Latihan Industri - UTHM

Semakan maklumat hubungan kerjasama UTHM dengan pihak luar boleh dilakukan melalui Total Campus Integrated System (TCIS) di bawah sub maklumat umum. Setelah itu, boleh merujuk kepada Pegawai Pemantau Sistem Kerjasama Universiti (SKU) di Fakulti/PHUI bagi memperolehi maklumat Pegawai Penyelaras MoU/MoA yang telah dilantik oleh universiti. Senarai Pegawai Pemantau Fakulti/PTJ adalah seperti berikut :

Bil Nama Pegawai Pemantau Fakulti

1 Prof. Madya Dr. Ahmad Jais bin Alimin FKMP

2 En. Rodziman bin Saad FKEE

3 Prof. Madya Dr. Ismail bin Abdul Rahman FKAAS

4 Dr. Nureize Arbaiy FSKTM

5 Prof. Madya Dr. Tay Kim Gaik FSTPi

(8)

a) MoU dengan UTHM

• PLIF mendapatkan nama Pegawai Tanggungjawab/Penyelaras MoU daripada Pemantau di Fakulti/PHUI.

• PLIF berbincang dengan Pegawai Penyelaras untuk berhubung dengan Penyelia institusi/organisasi LI luar negara terlibat.

• Perbincangan tentang permohonan penempatan latihan industri, kaedah penyeliaan, kemudahan pelajar yang diterima sepanjang dari segi tempat tinggal dan sebagainya

b) Tiada MoU dengan UTHM

• PLIF perlu mendapatkan pengesahan bahawa organisasi latihan industri luar negara yang dicadangkan pelajar itu adalah sah dan sesuai dengan program yang dijalani pelajar.

• Perbincangan tentang permohonan penempatan latihan industri, kaedah penyeliaan, kemudahan pelajar yang diterima sepanjang dari segi tempat tinggal dan sebagainya

• Pengesahan penempatan boleh dibuat secara email, surat, atau faks oleh organisasi terlibat

• Surat pengesahan penempatan ini perlu disertakan bersama borang permohonan menjalani latihan industri di luar negara yang akan diperakukan oleh Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat) dan diluluskan oleh Naib Canselor UTHM.

3) Maklumat Penyeliaan Latihan Industri

a) PLIF perlu memastikan bahawa proses penyeliaan latihan industri pelajar boleh dilaksanakan. Kaedah penyeliaan termasuklah:

• Lawatan penyeliaan oleh Staf UTHM yang sedang cuti belajar atau terlibat dengan program sangkutan pengajian di

(9)

institusi/organisasi terlibat. (Maklumat boleh diperolehi daripada Unit Cuti Belajar)

• Teleconferencing (Skype, Yahoo Chat dan yang setaraf)

b) Pengesahan kaedah penyeliaan oleh Penyelia boleh dibuat secara email, surat atau faks

c) Surat tawaran penempatan perlu disertakan bersama borang permohonan menjalani latiahn industri luar negara yang akan diperakukan oleh Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat) dan diluluskan oleh Naib Canselor UTHM

     

Referensi

Dokumen terkait

(C) OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN : PEJABAT NAIB CANSELOR, PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI), PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (JARINGAN INDUSTRI

Hasil dari penelitian tersebut menunjukkan bahwa jodipan sebagai salah satu tujuan desa wisata memiliki elemen: warga dan pejabat desa berpartisipasi dalam

Melalui tabel 1 juga dapat dilihat bahwa Thailand memiliki kemampuan dalam memaksimalkan integrasi ekonomi ASEAN yang akan terjadi di tahun 2015, sehingga besar

Skin Care Body Care Fragrance Hair Styling Deodorant Hair Care Skin Care Body Care Fragrance Hair Styling Deodorant Hair Care SPALDING Splash Cologne GATSBY Eau de Toilette GATSBY

Wilayah daratan pesisir pantai Kota Selatpanjang sebagian besar terdiri dari rawa gambut dan sebagian lainnya lahan kering dengan ketinggian antara 0-25 m dpl.. 4.2.2

Kombinasi perkuatan embankment yang menggunakan geosintetik sebagai perkuatan dasar embankment dengan drainase vertikal tipe Prefabricated Vertical Drain (PVD) secara

Hasil analisis stabilitas lereng aktual section C1 dan section C2 tersebut didapat nilai faktor keamanan yang tidak aman atau faktor kemanan ≤ 1,25, sehingga

Dalam fase ini, secara emosional orang yang kreatif tidak akan menyibukkan diri dengan berbagai permasalahan, dan proses berpikir sedang dalam kondisi tidak aktif, serta