• Tidak ada hasil yang ditemukan

D.R. 2/2005 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n am a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pelaburan Kerajaan 1983.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "D.R. 2/2005 RANG UNDANG-UNDANG. b e r n am a. Suatu Akta untuk meminda Akta Pelaburan Kerajaan 1983."

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

b e r n am a

Suatu Akta untuk meminda Akta Pelaburan Kerajaan 1983.

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pelaburan Kerajaan (Pindaan) 2005.

Pindaan tajuk panjang

2. Akta Pelaburan Kerajaan 1983 [Akta 275], yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan tajuk panjang dengan tajuk panjang yang berikut:

"Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pemerdapatan dana oleh Kerajaan Malaysia mengikut prinsip Syariah dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.".

Pindaan seksyen 1

3. Seksyen 1 Akta ibu dipinda dalam tajuk ringkas dengan menggantikan perkataan "Pelaburan" dengan perkataan "Pendanaan".

(2)

Pindaan seksyen 2

4. Subseksyen 2(1) Akta ibu dipinda—

(a) dalam takrif "institusi kewangan", dengan memasukkan

selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:

"(aa) mana-mana institusi yang dilesenkan untuk

menjalankan perniagaan perbankan Islam di bawah Akta Bank Islam 1983 [Akta 276];”;

(b) dengan memasukkan selepas takrif "institusi pendeposit"

takrif yang berikut:

' "Majlis Penasihat Syariah" ertinya Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan di bawah subseksyen 16B(1)

Akta Bank Negara Malaysia 1958;';

(c) dengan menggantikan takrif "pelaburan" dengan takrif

yang berikut:

' "pelaburan" ertinya wang yang dibayar oleh mana-mana orang di bawah seksyen 3 dan 5;';

(d) dengan memasukkan selepas takrif "pelanggan pelaburan"

takrif yang berikut:

' "pemberitahuan" ertinya suatu notis yang mempelawa permohonan atau tawaran untuk melanggan atau membeli sesuatu surat cara;';

(e) dengan memotong takrif "penyata bulanan statutori"; (f) dengan memasukkan selepas takrif "pemberitahuan" takrif

yang berikut:

' "pulangan" termasuklah apa-apa bentuk penyewaan, keuntungan, dividen atau manfaat, termasuk apa-apa fi atau hadiah, yang kena dibayar atau diberikan berhubung dengan surat cara itu;';

(g) dengan memotong takrif "resit permakluman statutori";

(3)

berikut:

' "surat cara" ertinya mana-mana surat cara yang dibuat dan diterbitkan di bawah Akta ini mengikut prinsip Syariah.'.

Seksyen baru 2A

5. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 2 seksyen yang berikut:

"Surat cara yang diterbitkan hendaklah mengikut prinsip Syariah

2A.Mana-mana surat cara yang diterbitkan di bawah Akta ini

hendaklah mengikut prinsip Syariah sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah.".

Pindaan seksyen 3

6. Seksyen 3 Akta ibu dipinda—

(a) dalam subseksyen (1) —

(i) dengan memasukkan selepas perkataan "untuk menerima" perkataan "pelaburan dan untuk membuat dan menerbitkan surat cara yang membuktikan pelaburan itu"; dan

(ii) dengan memotong perkataan "pelaburan-pelaburan wang"; dan

(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen

yang berikut:

"(1A) Tertakluk kepada seksyen 2A, sesuatu surat

cara boleh dibuat dan diterbitkan dengan apa-apa kaedah atau dengan apa-apa perkiraan atau dengan membuat apa-apa urus niaga dengan mana-mana orang lain mengikut apa-apa cara atau bentuk sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.".

(4)

Pindaan seksyen 5

7. Seksyen 5 Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan "selama setahun penuh atau lebih".

Seksyen baru 5A

8. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 5 seksyen yang berikut:

"Terma dan syarat bagi penerbitan surat cara

5A. (1) Tertakluk kepada seksyen 3 dan 5, Bank hendaklah menyatakan terma dan syarat bagi mana-mana surat cara yang akan diterbitkan.

(2) Terma dan syarat bagi sesuatu surat cara hendaklah termasuk perkara yang berikut:

(a) amaun;

(b) tarikh terbitan; (c) tarikh matang; (d) pulangan;

(e) pembayaran balik pelaburan; dan

(f) apa-apa terma dan syarat lain sebagaimana yang

difikirkan patut oleh Bank.". Pindaan seksyen 6

9. Seksyen 6 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan "sebagai resit pelaburan tersebut" perkataan "yang hendaklah mengikut apa-apa bentuk atau cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank".

Pindaan seksyen 8

10. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 8 dengan seksyen yang berikut:

"Pulangan

8. Pulangan yang kena dibayar atau kena diberikan atas apa-apa pelaburan yang diterima hendaklah mengikut terma dan syarat surat cara itu.".

(5)

11. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 9 dengan seksyen yang berikut:

"Bayaran

9. Pada tarikh matang sesuatu pelaburan, atau pada mana-mana tarikh sebagaimana-mana yang selainnya diperuntukkan dalam terma dan syarat surat cara itu, apa-apa jumlah wang yang ada bagi pembayaran atas pelaburan itu hendaklah dibayar mengikut terma dan syarat itu.".

Pindaan seksyen 9A

12. Seksyen 9A Akta ibu dipinda dengan menggantikan

subseksyen (5) dengan subseksyen yang berikut:

"(5) Bank hendaklah membayar pulangan kepada institusi pelaburan peserta itu atas setiap pelaburannya yang terdapat dalam akaunnya di bawah subseksyen (4) pada tarikh pulangan itu menjadi kena dibayar di bawah seksyen 8, dan hendaklah membayar kepada institusi itu setiap pelaburan yang terdapat dalam akaunnya di bawah subseksyen (4) sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 9.".

Pindaan seksyen 9B

13. Seksyen 9B Akta ibu dipinda—

(a) dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen

yang berikut:

"(4) Bank hendaklah membayar pulangan kepada sesuatu institusi pendeposit atas setiap pelaburan yang terdapat dalam akaun institusi pendeposit di bawah subseksyen (3) pada tarikh pulangan itu menjadi kena dibayar di bawah seksyen 8, dan hendaklah membayar kepada institusi itu pelaburan yang terdapat dalam akaunnya di bawah subseksyen (3) pada tarikh matang pelaburan masing-masing di bawah seksyen 9, dengan apa-apa jalan dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.";

(6)

(b) dengan menggantikan subseksyen (6) dengan subseksyen

yang berikut:

"(6) Jika pemindahan sesuatu pelaburan dibuat oleh mana-mana orang di bawah subseksyen (2), Bank boleh menghendaki mana-mana institusi pendeposit supaya mengeluarkan suatu resit pemakluman mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank."; dan

(c) dalam subseksyen (7), dengan menggantikan perkataan

"Sesuatu resit permakluman statutori" dengan perkataan "Sesuatu resit pemakluman yang dikeluarkan di bawah subseksyen (6)".

Pindaan seksyen 9c

14. Seksyen 9c Akta ibu dipinda—

(a) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen

yang berikut:

"(2) Sesuatu institusi pendeposit hendaklah mengeluarkan kepada setiap pelanggan pelaburannya suatu penyata bulanan mengikut apa-apa bentuk dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.";

(b) dalam subseksyen (3), dengan memotong perkataan

"statutori"; dan

(c) dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen

yang berikut:

"(4) Suatu institusi pendeposit hendaklah membayar kepada pelanggan pelaburan—

(a) pulangan atas setiap pelaburan yang terdapat

dalam akaun pelanggan pelaburan itu, dan pembayaran itu hendaklah dibuat sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 8; dan

(b) apa-apa jumlah yang kena dibayar atas setiap

pelaburan yang terdapat dalam akaun pelanggan pelaburan itu, dan pembayaran itu hendaklah dibuat sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 9.".

(7)

15. Seksyen 10 Akta ibu dipinda—

(a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan "dividen"

dengan perkataan "pulangan"; dan

(b) dengan menggantikan perkataan "dividen-dividennya"

dengan perkataan "pulangannya". Pindaan seksyen 16

16. Perenggan 16(2)(a) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan "dividen" dengan perkataan "pulangan".

Pindaan seksyen 17

17. Subseksyen 17(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan "dividen" dengan perkataan "pulangan".

Pemotongan seksyen 18

18. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 18. Pemotongan Jadual A dan B

19. Akta ibu dipinda dengan memotong Jadual A dan B. Perubahan dalam sebutan mengenai tajuk ringkas Akta 20. Semua sebutan mengenai Akta Pelaburan Kerajaan 1983 dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Akta Pendanaan Kerajaan 1983.

HURAIAN

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Pelaburan Kerajaan 1983 ("Akta 275").

(8)

3. Fasal 2 bertujuan untuk meminda tajuk panjang Akta 275 untuk mencerminkan maksud Akta yang dicadangkan untuk memberi kuasa kepada Kerajaan untuk menerbitkan surat cara Islam di bawah pelbagai prinsip Syariah dan bagi tempoh yang berlainan.

4. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 1 Akta 275 untuk meminda tajuk ringkas Akta 275. Akta itu akan dikenali selepas pindaan ini sebagai "Akta Pendanaan Kerajaan 1983".

5. Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 275 untuk memotong takrif "resit permakluman statutori" dan "penyata bulanan statutori" dan untuk memasukkan takrif baru "surat cara", "pemberitahuan", "Majlis Penasihat Syariah" dan "pulangan".

6. Fasal 5 bertujuan untuk memasukkan seksyen 2A supaya mana-mana surat cara yang diterbitkan di bawah Akta ini hendaklah diterbitkan mengikut prinsip Syariah sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah. 7. Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 3 untuk membolehkan Menteri bagi pihak Kerajaan menerima pelaburan di Malaysia dan untuk membuat dan menerbitkan surat cara yang membuktikan pelaburan itu melalui apa-apa perkiraan dan dengan membuat apa-apa urus niaga dengan mana-mana orang sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.

8. Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 5 untuk membolehkan penerbitan surat cara jangka pendek, pertengahan atau panjang di bawah Akta yang dicadangkan.

9. Fasal 8 bertujuan untuk memasukkan seksyen 5A untuk mengadakan peruntukan bagi Bank Negara menentukan terma dan syarat surat cara atau bayaran bagi tiap-tiap surat cara yang diterbitkan di bawah Akta yang dicadangkan. 10. Fasal 9, 13, 14, 18 dan 19 bertujuan untuk meminda Akta 275 untuk mencerminkan amalan semasa perdagangan dan pemindahan surat cara Islam yang diterbitkan oleh Kerajaan di bawah sistem tanpa skrip.

11. Fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 8 untuk mencerminkan pembayaran pulangan bagi surat cara Islam yang diterbitkan oleh Kerajaan di bawah apa-apa konsep yang dibenarkan oleh Syariah.

12. Fasal 11 dan 12 bertujuan untuk meminda masing-masing seksyen 9 dan 9A untuk mengadakan peruntukan bagi pembayaran semula surat cara yang diterbitkan di bawah Akta 275 yang hendaklah dibuat mengikut terma dan syarat surat cara itu.

13. Fasal 20 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bahawa apa-apa sebutan mengenai Akta Pelaburan Kerajaan 1983 dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dokumen hendaklah, selepas Akta yang dicadangkan itu berkuat kuasa, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai "Akta Pendanaan Kerajaan 1983".

(9)

merupakan pindaan kecil atau berbangkit.

IMPLIKASJ KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.

(10)

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil penelitian didapatkan bahwa, gambaran tingkat kepatuhan pasien tuberkulosis di Rumah Sakit Umum Provinsi NTB sebagian besar pasien dengan

Studi ini dilakukan dengan merencanakan layout dan meng- hitung kembali rencana anggaran biaya pembangunan perumahan, menganalisis kelayakan proyek dan mene- tapkan

219 yang dibuat dihadapan Notaris Bambang Suwondo, S.H., Notaris di Tangerang, Banten tanggal 16 September 2009, PT Jaya Gardenpolis, perusahaan anak, memperoleh fasilitas

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 187B Kanun Tanah Negara, notis adalah dengan ini diberi bahawa adalah dicadangkan untuk menggantikan dokumen hakmilik

Fasal 9 bertujuan untuk meminda subseksyen 9(1) Akta 447 untuk membolehkan terma dan syarat lesen ditetapkan dan untuk memasukkan subseksyen baru (2 b ), (2 c )

(1) Jika apa-apa bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain telah disita di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang

Walau bagaimanapun, subseksyen itu mengekalkan sekatan dalam subseksyen 15(5) Akta 30 sedia ada yang menetapkan pelajar dan persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar

(2) Walau apapun perenggan 15(2)(b), tiap-tiap buku daftar strata berkomputer di bawah Jadual ini hendaklah tidak termasuk mana-mana pernyataan dalam Borang 3e