• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS

Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN

ABSA1103 Prinsip Aqidah adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

 

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajian Islam (Pengurusan Islam) Dengan Kepujian. Modul ini bertujuan untuk memaklumkan prinsip-prinsip asas aqidah Islam yang terkandung di dalam rukun iman dan perkara yang berkaitan dengannya. Modul ini seharusnya membentuk dasar yang kukuh untuk kursus-kursus lain dalam bidang pengajian Islam berikutnya.

 

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

(2)

X PANDUAN KURSUS

x

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran  

ACTIVITI PEMBELAJARAN JAM PEMBELAJARAN Membaca kandungan kursus dan mengambil

bahagian dalam perbincangan awal 3

Membaca modul 60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10

Perbincangan atas talian 12

Ulang kaji 15

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

 

OBJEKTIF KURSUS

Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan prinsip-prinsip aqidah Islam yang terkandung dalam rukun iman;

2. Menjelaskan hubungan prinsip aqidah Islam dengan realiti kehidupan manusia;

3. Menilai isu-isu aqidah yang cuba diselewengkan oleh pihak musuh Islam menurut perspektif aqidah Islam; dan

4. Mengaplikasikan prinsip-prinsip aqidah dalam kehidupan manusia.

 

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut:

Topik 1 membincangkan pengertian Islam sama ada dari segi bahasa dan istilah. Ia turut membahaskan tentang perbezaan antara konsep Islam, iman dan ihsan.

(3)

Topik 2 membincangkan pengertian aqidah dari segi bahasa dan istilah, ciri-ciri aqidah Islam dan sumbernya serta kepentingan aqidah dalam kehidupan manusia.

Topik 3 membincangkan konsep beriman kepada Allah s.w.t yang merangkumi perbincangan tentang dalil-dalil kewujudan Allah s.w.t dan keesaanNya, pengisbatan sifat-sifatNya dan nama-namaNya menerusi dalil-dalil al-Quran dan akal.

Topik 4 membincangkan konsep beriman kepada malaikat yang merangkumi huraian tentang kewujudan malaikat dan kedudukan mereka sebagai makhluk Allah yang suci berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah, tugas-tugas malaikat yang ada hubungan dengan manusia dan alam dan juga kesan beriman kepada malaikat.

Topik 5 membincangkan konsep beriman kepada rasul yang merangkumi huraian tentang pengertian beriman kepada rasul, keperluan manusia kepada rasul, sifat-sifat wajib bagi rasul berdasarkan dalil-dalil syarak dan kesan beriman kepada rasul dalam kehidupan manusia.

Topik 6 membincangkan konsep beriman dengan hari akhirat yang merangkumi huraian tentang beberapa peristiwa penting yang akan berlaku pada hari akhirat seperti alam barzakh, tanda-tanda kiamat dan peristiwa yang akan berlaku di padang Mahsyar dan kesan beriman kepada hari akhirat dalam kehidupan manusia.

Topik 7 membincangkan konsep beriman kepada qadak dan qadar yang merangkumi huraian tentang pengertian qadak dan qadar, konsep beriman kepada qadak dan qadar, dalil-dalil kewajipan beriman dengan qadak dan qadar dan pengaruh keimanan kepada qadak dan qadar dalam kehidupan muslim. Topik 8 membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan hakikat iman, merangkumi perbincangan tentang kedudukan iman, sama ada ia bertambah atau berkurang, perkara-perkara yang membatalkan iman dan isu takfir Muslim menurut perspektif aqidah Islam.

Topik 9 membincangkan definisi mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, sejarah kemunculan dan dasar-dasar utama pegangan mazhab ini.

Topik 10 membincangkan beberapa isu berkaitan dengan aqidah menurut kajian orientalisme, iaitu isu tauhid, al-nubuwwah dan i`jaz al-Quran.

(4)

X PANDUAN KURSUS

xii

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS

Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik.

 

Semak Kendiri : Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti (Activity): Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Perkataan Penting: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

 

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan

(5)

dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS

Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan asas tertentu sebelum memulakan kursus ini.

KAEDAH PENILAIAN

Sila rujuk penilaian terkini dalam myINSPIRE.

RUJUKAN

Abd al-`Azim, Ibrahim Muhammad al-Mu`ti, Dr (1993). Awrubba fi Muwajahah

al-Islam: al-WasaÊil wa al-Ahdaf. Kaherah: Maktabah Wahbah.

`Abd al-Shukor Husin, (2003). Al-Nubuwwah bayn al-Mutakallimin wa

al-Falasifah. Kuala Lumpur: KUIM.

Anwar al-Jundi (1984). Sumum al-Istisyraq wa al-Mustasyriqin fi al-`Ulum

al-Islamiyyah. Kaherah: Maktabah al-Turath al-Islami.

Asy`ari, al, (t.t.). al-Ibanah `an Usul al-Diyanah. Kaherah: Dar al-Kitab

al-`Arabi.

Bahi, al, Muhammad (1981). al-Fikr al-Islami al-Hadith wa Silatuhu al-al-Isti`mar

al-Gharbi. Kaherah: Maktabah Wahbah.

Buti, al, Sa`id Ramadan, Dr (2007). Fiqh al-Sirah ma`a Mujaz li Tarikh al-Khilafah

al-Rasyidah. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu`asir & Damsyik: Dar al-Fikr

Daylami, al, `Abd al-Wahhab Lutf (2007). Manhaj al-`Aqidah fi al-Kitab wam

al-Sunnah. San`a: Maktabah Khalid bin al-Walid & `Alam al-Kutub al-Yamaniyyah.

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (2007). „Definisi ahl al-Sunnah wa al-Jamaah:

(6)

X PANDUAN KURSUS

xiv

Ghazzali, al, Abu Hamid (1990). al-Iqtisad fi al-I`tiqad. Tahqiq Muhammad Rasyad `Abd al-`Aziz, Kaherah: Maktabah al-Kulliyat al-Azhariyyah.

Hasan Madmaran (2001). Pondok dan madrasah di Patani. Bangi: Penerbit UKM. Indriaty Ismail (1998). „Orientalisme: Pengenalan ringkas‰ dalam Islam dalam

persepsi orientalisme. Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

JazaÊiri, al, Abu Bakr Jabir (t.t.). `Aqidah al-MuÊmin. Kaherah: Dar al-Fikr al-`Arabi.

Johari Mat, Dr. (1997). „Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah: Satu pengenalan‰. Jurnal Usuluddin, bil. 6: Julai 1997.

KH. Imam Zarkasyi (1994). Usuluddin (`AqaÊid). Cet. 8, Gontor: Trimurti Press. M. Dawam Rahardjo, Dr. (2002). Islam dan transformasi budaya. Yogyakarta:

PT. Dana Bhakti Prima Yasa dengan kerjasama The International Institute of Islamic Thought Indonesia dan Lembaga Studi Agama Dan Filsafat.

Ma`had al-Tarbiyyah al-Islamiyyah al-Hadithah (1422). al-Tawhid. Ponorogo: Darussalam Press.

Mohammad Khalifa (1983). The sublime quran and orientalisme. London & New York: Longman Inc.

Mohamed Asin Dollah (1998). „Persepsi orientalis terhadap quran: Rujukan khusus kepada pandangan George Sale (1697-1736)‰ dalam Islam dalam persepsi orientalisme. Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Muhammad Rabi` Muhammad Jauhari (2005). `Aqidatuna. Kaherah: Kulliyah Usul al-Din, Jami`ah al-Azhar.

Nuh `Ali Salman, Dr. (2004). Al-Mukhtasar al-Mufid fi Jawharah al-Tawhid. Kuala Lumpur: MuÊasasah al-Bayan.

Razali Musa, et. al. (2008). ‰Permasalahan takfir dan cabaran ke arah pembentukan ummah cemerlang‰, Prosiding Seminar al-Quran & Pembentukan Ummah Cemerlang, UDM Kampus KUSZA, 19-20 Ogos 2008.

(7)

Sayid Sabiq (2003). Aqidah Islam, terj. H. Moh. Abdai Rathomy, Kuala Lumpur: Pustaka Jiwa Sdn. Bhd.

Sa`di, al, `Abd al-Malik `Abd al-Rahman (1999). Syarh al-Nasafiyyah. Baghdad: Dar al-Anbar.

Sa`id Hawwa (1989). al-Asas fi al-Sunnah wa Fiqhuha, jil. 1, bahagian 2 (al `AqaÊid al-Islamiyyah), Kaherah: Dar al-Salam.

Suyuti, al, Jalal al-Din (1990). al-Habaik fi Akhbar al-MalaÊik. Terj. Muhammad al-Mighwar. Bandung: Pustaka Hidayah.

Sheikh Abdullah Basmeih (1980). Tafsir pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian al-QurÊan. Kuala Lumpur: Darulfikir.

Van Bruinessen, Martin (1995). Kitab kuning pesantren dan tarekat. Bandung: Penerbit Mizan.

Yusri Abu (2004). Kefahaman aqidah di kalangan saudara baru: Suatu kajian di Kuala Lumpur. Disertasi Sarjana, Jabatan Aqidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.

Zakaria Stapa & Mohamed Asin Dollah (2001). Islam: Aqidah dan kerohanian. Bangi: Penerbit UKM.

Zaydan, Abd al-Karim (1987). Usul al-Da`wah. cet. 3. Kaherah: MuÊassasah al-Risalah.

Zaqzuq, Mahmud Hamdi (1997). al-Istiyraq al-Khalfiyyah di Fikriyyah li al-Sira` al-Hadari. Kaherah: Dar al-Ma`arif.

(8)

X PANDUAN KURSUS

xvi

X PANDUAN KURSUS

xvi

Referensi

Dokumen terkait

Memahami peristiwa alam dan pengaruh matahari dalam kehidupan sehari-hari.. Mampu menulis, mengungkapk an pikiran,

Melalui tanda yang terjadi pada alam, masyarakat Jawa mentafsir pelbagai peristiwa yang bakal berlaku dan uniknya gerhana berkenaan dikaitkan dengan 12 bulan Islam.. Setiap

Dengan berdiskusi bersama orang tua, siswa dapat menampilkan huruf yang hilang pada kosa kata terkait kegiatan pagi hari sebagai bagian dari peristiwa alam dengan

L PENDAHULUAN a. Latar Belakang Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan seluruh alam. Shalawat serta salam semoga selalu tercurahkan kepada Rasulullah SAW, sahabat, serta seluruh pengikutnya yang selalu istiqamah hingga akhir jaman. Isra dan Mi'raj adalah dua bagian dari perjalanan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dalam waktu satu malam saja. Kejadian ini merupakan salah satu peristiwa penting bagi umat Islam, karena pada peristiwa ini Nabi Muhammad SAW mendapat perintah untuk menunaikan shalat lima waktu sehari semalam dari yang semulanya lima puluh waktu sehari semalam. Subhanallah. "Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS. Al-Isra: 17) Peringatan Isra' Mi'raj Nabi Muhammad SAW bagi kaum muslim merupakan wujud cinta kasih kepada junjungan kita Rasulullah SAW yang telah menunjukkan jalan yang menuju keridhoan Allah SWT yakni berupa agama Islam yang dituntun dengan ajaran yang bersumber pada hukum Islam yakni Al-Qur'an dan Al-Hadist. Banyak sekali faidah-faidah yang terkandung dalam Peringatan Isra' Mi'raj Nabi Muhammad SAW sehingga melatarbelakangi kami dari PHBI SMAN 1 GUNTUR untuk memperingati salah satu hari bersejarah tersebut. Ukhuwah islamiyah harus terus dibangun dan dipelihara di muka bumi ini sebagai penjabaran dari aplikasi aktif seluruh umat muslim dalam menjaga kemaslahatan di dunia dan di akhirat. Melalui peringatan hari bersejarah Islam yang rutin setiap tahun dilaksanakan diharapkan dapat meningkatkan ukhuwah Islamiyah dan tali silaturahmi, serta perilaku yang sesuai dengan syariat Islam diawali dari lingkungan terkecil yaitu lingkungan keluarga, sekolah, masyarakat, dan yang lebih luas lagi. Peringatan Isra' Mi'raj Nabi Muhammad SAW 1445 H merupakan salah satu pengapresiasian dari kita selaku Umat Islam untuk menjunjung tinggi Nabi kita semua. sebagai suri tauladan di muka bumi ini. Hal ini baik sekali terutama sebagai pembelajaran kepada generasi penerus kita berikutnya. Sebagai bentuk apresiasi yang bermanfaat dan patut dilestarikan kepada siswa-siswi SMAN 1 GUNTUR yang