• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEBUTHARGA UNTUK MENYEWA DAN MENGURUS KANTIN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA DOKUMEN SEBUTHARGA. TARIKH IKLAN 10 November 2017

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SEBUTHARGA UNTUK MENYEWA DAN MENGURUS KANTIN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA DOKUMEN SEBUTHARGA. TARIKH IKLAN 10 November 2017"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Tawaran sewaan kantin IIC Page 1 SEBUTHARGA UNTUK MENYEWA DAN MENGURUS KANTIN

KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA DOKUMEN SEBUTHARGA

NO. SEBUTHARGA IIC/KEDAI/2017

TARIKH IKLAN 10 November 2017

TARIKH LAWATAN TAPAK 15 & 16 November 2017 (Rabu &

Khamis)

MASA LAWATAN TAPAK Sesi Pertama – 11 pagi hingga 12

tengahari SAHAJA

Sesi Kedua – 3 petang hingga 4 petang SAHAJA

TARIKH TUTUP & MASA TUTUP 29 November 2017 (Rabu)

Sebelum atau Pada Jam 5 Petang

TEMPOH KONTRAK 2 TAHUN

Bermula 2 Januari 2018 hingga 1 Januari 2020

HARGA TAPAK (TIDAK TERMASUK GST 6%) Kategori A:

RM1,060.00 – 1 Tapak Sahaja Kategori B:

RM750.00 – 3 Tapak Sahaja Kategori C:

RM850.00 – 1 Tapak Sahaja

*Harga tapak tidak termasuk bayaran utiliti.

PILIHAN MENU 1. Pelbagai Jenis Mee dan

Makanan Panas / Noodles & A lar Carte

2. Makanan Melayu + Kuih Muih

3. Western Food + Continental Breakfast

4. Minuman + Pencuci Mulut +

Buah buahan + Salad

5. Makanan berkonsep set @ Meal

Box : Breakfast Box & Lunch Box

PERINGATAN:

1. Penyebutharga dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butir-butir di dalam Dokumen Sebutharga sebelum mengemukakan tawaran melalui Borang Sebutharga.

(2)

Tawaran sewaan kantin IIC Page 2 2. Penyebutharga diwajibkan untuk memastikan bahawa dokumen Sebutharga yang diberikan adalah lengkap kesemua mukasurat dan sekiranya terdapat maklumat lanjut yang diperlukan adalah menjadi tanggungjawab penyebutharga untuk mendapatkan penjelasan daripada Kolej Islam Antarabangsa.

3. Kolej Islam Antarabangsa tidak melantik mana-mana individu atau syarikat yang bertindak sebagai orang ketiga di dalam Sebutharga dan / atau perjanjian ini. Sekiranya Penyebutharga mempunyai sebarang permasalahan berkaitan Sebutharga dan / atau perjanjian ini hendaklah dirujuk terus kepada pihak kami.

(3)

Tawaran sewaan kantin IIC Page 3 KENYATAAN TAWARAN

SEBUTHARGA BAGI MENYEWA DAN MENGURUS KANTIN DI KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA, NO. 1, JALAN 31/10A, TAMAN BATU MUDA, 68100,KUALA LUMPUR

1. Tawaran ini adalah dipelawa daripada pengusaha yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia untuk MENYEWA DAN MENGURUSKAN KANTIN di Kolej Islam Antarabangsa, No. 1, Jalan 31/10A, Taman Batu Muda, 68100, Kuala Lumpur bagi tempoh 2 TAHUN BERMULA 2 JANUARI 2018 HINGGA 1 JANUARI 2020.

2. Sebutharga hendaklah menggunakan borang-borang yang telah dikhaskan oleh pihak Kolej Islam Antarabangsa.

3. Tawaran hendaklah dialamatkan kepada:- BAHAGIAN PEROLEHAN,

KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA, NO.1, JALAN 31/10A, TAMAN BATU MUDA, 68100, KUALA LUMPUR.

4. Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dan dimasukkan kedalam PETI TENDER di Lobi Utama, Kolej Islam Antarabangsa, sebelum/pada 29 NOVEMBER 2017, JAM 5 petang.

5. Sampul surat hendaklah bertanda (dipenjuru kiri bahagian atas) :- IIC/KEDAI/2017

6. Pengusaha hendaklah mengepilkan satu salinan sijil suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM) yang masih dalam tempoh sah laku dan surat pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia bersama-sama dengan borang tawaran.

7. Harga sewaan adalah ditetapkan oleh pihak Kolej Islam Antarabangsa.

8. Pengusaha juga hendaklah menyediakan satu kertas kerja lengkap tentang cara untuk mereka mengendalikan perkhidmatan dan kertas kerja ini hendaklah dikepilkan bersama-sama dengan borang tawaran.

9. Jika sekiranya pengusaha menarik diri / menolak setelah berjaya mendapat tawaran, pihak Kolej Islam Antarabangsa akan mengenakan denda sebanyak RM200 kepada pengusaha. 10. Pihak Kolej Islam Antarabangsa tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dan

berhak menolak mana-mana tawaran yang difikirkan tidak bersesuaian.

11. Keterangan lanjut berkenaan tawaran ini boleh didapati di Pejabat Pentadbiran, Aras Bawah, Kolej Islam Antarabangsa. Pejabat pentadbiran boleh dihubungi melalui 0361876900 samb 332/338/336.

(4)

Tawaran sewaan kantin IIC Page 4 NO. SEBUTHARGA: IIC/KEDAI/2017

LAMPIRAN 1

DOKUMEN TEKNIKAL

SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA MENYEWA DAN MENGURUS MAKANAN DI KANTIN KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA, NO. 1, JALAN 31/10A, TAMAN BATU MUDA, 68100,

KUALA LUMPUR

1. Sebutharga ini mempelawa pengusaha-pengusaha yang mahir dan berpengalaman untuk

Menyewa Dan Mengurus Makanan Di Kantin Kolej Islam Antarabangsa, bagi tempoh 2 TAHUN BERMULA 2 JANUARI 2018 HINGGA 1 JANUARI 2020.

2. Permohonan untuk memasuki sebutharga ini hendaklah menggunakan borang-borang yang telah dikhaskan oleh Kolej Islam Antarabangsa (Lampiran A) yang disertakan bersama-sama dokumen ini. Mana-mana borang permohonan yang dipinda atau tidak menggunakan borang rasmi ini atau tidak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. 3. Pegawai-pegawai yang menandatangani sebutharga ini Pengarah Bahagian Pentadbiran,

Ketua Bahagian Kewangan, dan Pegawai Perolehan, Kolej Islam Antarabangsa atau wakilnya atau pegawai yang dilantik bagi pihaknya untuk menandatangani sebutharga berkenaan. 4. Pengusaha adalah DIWAJIBKAN supaya melawat bangunan kantin dan kawasannya seperti yang

dimaklumkan di dalam mukasurat pertama keyataan ini dan memahami segala jenis kerja sebelum memasuki tawaran. Kegagalan pengusaha melalui proses ini akan menyebabkan

permohonan ditolak.

5. Sebutharga ini ditutup pada sebelum/pada 29 NOVEMBER 2017, JAM 5 petang. 6. Borang sebutharga yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul dan

tandakan pada bahagian atas sampul tersebut dengan perkataaan “IIC/KEDAI/2017. 7. Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dan dimasukkan kedalam PETI

TENDER di Lobi Utama, Kolej Islam Antarabangsa, sebelum/pada 29 NOVEMBER 2017, JAM 5 petang.

8. Kolej Islam Antarabangsa TIDAK bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan atau kehilangan borang yang dihantar kepada kami. Sebutharga yang diterima selepas masa dan tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

9. Harga dan kadar sewa kantin yang ditawarkan oleh pengusaha yang berjaya hendaklah dipatuhi sepanjang tempoh berjalan.

10. Perniagaan hendaklah dibuka pada tiap-tiap hari dari jam 07.00 pagi hingga 5 petang petang kecuali sebarang perubahan dan keperluan akan dimaklumkan oleh pihak Kolej Islam Antarabangsa serta hari-hari Cuti Am/Umum dan bila-bila masa larangan oleh pihak Kolej Islam Antarabangsa.

11. Pengusaha kantin adalah dikehendaki pada setiap masa mematuhi kehendak-kehendak perjanjian sebutharga serta peraturan-peraturan yang berkuatkuasa di Kolej Islam Antarabangsa.

12. Sekiranya atas sebab sesuatu hal yang membuatkan penyewa perlu untuk tidak menjalankan perniagaan, penyewa hendaklah membuat permohonan bersurat untuk menutup kantin masing-masing. pihak Kolej Islam Antarabangsa berhak melulus atau membatalkan permohonan tersebut.

13. Bayaran sewa bulanan hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia. Bayaran sewa bulanan kantin hendaklah dibuat sebulan sekali tidak lewat dari 7 haribulan berkenaan (termasuk tempoh cuti) di kaunter kewangan Kolej Islam Antarabangsa.

14. Makanan yang disediakan hendaklah dari jenis yang HALAL di sisi Agama Islam dan dalam keadaan bersih dan segar.

15. Senarai jenis dan harga makanan dan minuman yang perlu disediakan mengikut pilihan tuan seperti di Lampiran D.

16. Senarai ini hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat oleh pelanggan pada setiap masa perniagaan, menggunakan papan tanda harga yang dipersetujui oleh pihak Kolej Islam Antarabangsa.

(5)

Tawaran sewaan kantin IIC Page 5 17. Pengusaha kantin adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengadakan alat-alat memasak, bekalan gas, kenderaan, tenaga buruh yang mencukupi dan lain-lain yang berkaitan untuk mengurus kerja-kerja dibawah kontrak/sebutharga ini.

18. Peralatan yang disediakan oleh Kolej Islam Antarabangsa seperti kerusi, meja makan dan lain-lain boleh digunakan dan perlu dijaga dengan baik.

19. Pembinaan ruang dapur berasingan di luar atau dalam bangunan kantin adalah tidak dibenarkan.

20. Pengusaha adalah bertanggungjawab di atas kebersihan ruang bangunan yang digunakan dan kawasan sekelilingnya.

21. Semua sisa makanan hendaklah dibuang dengan menggunakan karung/bungkusan plastik ke tempat sementara sebelum bungkusan berkenaan di bawa keluar dari Kolej Islam Antarabangsa dengan kenderaan Pengusaha.

22. Kawasan dapur hendaklah sentiasa bersih. Lantai pembentung lemak, longkang serta kawasan sekitarnya hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih.

23. Pengusaha juga hendaklah memastikan pekerja-pekerjanya sentiasa dalam keadaan sihat dan tidak mengidap penyakit berjangkit. Mereka hendaklah diperiksa oleh Pegawai Perubatan/Kesihatan Kerajaan untuk menentukan kesihatan mereka, sekurang-kurangnya setahun sekali dan mengemukakan salinan sijil kepada pihak Kolej Islam Antarabangsa.

24. Pengusaha hendaklah menyediakan seorang pekerja khas untuk membersihkan meja/kerusi dan kawasan sekitarnya di kantin Kolej Islam Antarabangsa.

25. Aspek kebersihan dan keceriaan kantin perlulah dititikberatkan oleh pengusaha. Sekiranya pihak Kolej Islam Antarabangsa mendapati pengusaha gagal menyediakan seorang pekerja untuk tanggungjawab ini, maka Pihak kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada pengusaha tersebut.

26. Pengusaha juga hendaklah memastikan pekerja-pekerjanya memakai memakai apron dan penutup kepala bagi mencerminkan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti tinggi (rujuk Garis Panduan Kebersihan untuk Kedai Makan dan Restoran Kementerian Kesihatan Malaysia).

27. Pengusaha kantin diminta untuk memastikan setiap pekerja-pekerjanya sentiasa berada dalam keadaan kemas, bersih, bertatatertib dan tidak berambut panjang (bagi pekerja lelaki) manakala bagi pekerja perempuan hendaklah bertudung kepala (rujuk Garis Panduan Kebersihan untuk Kedai Makan dan Restoran Kementerian Kesihatan Malaysia).

28. Pihak Kolej Islam Antarabangsa akan membuat pemeriksaan terhadap alat dan tempat serta masakan dari masa ke masa.

29. Pengusaha adalah dilarang menjual minuman keras, rokok dengan apa cara sekalipun serta dilarang mempamer, mengiklan gambar barangan tersebut.

30. Pengusaha adalah dilarang menjual apa-apa barang makanan dan minuman kecuali yang telah dinyatakan dalam senarai dan senarai tambahan.

31. Pengusaha adalah dilarang membuat sebarang pindaan terhadap ruang di kantin kecuali dengan kebenaran Ketua Pegawai Eksekutif, Kolej Islam Antarabangsa.

32. Pengusaha boleh menambah kemudahan dengan tujuan menarik pelanggan dengan memasang apa-apa dekorasi atau sistem alat pandang dengar yang sesuai, dengan syarat memberitahu Kolej Islam Antarabangsa terlebih dahulu, tidak mengganggu pengajaran dan pembelajaran dan sedia menerima apa-apa teguran dari pihak kami dari masa ke masa.

33. Semua atau mana-mana bahagian bangunan kantin tidak boleh disewakan kepada orang lain. 34. Kolej Islam Antarabangsa tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran sebutharga.

35. Kolej Islam Antarabangsa tidak terikat untuk menanggung sebarang kerugian jika makanan di kantin tidak laku atau tidak habis dijual.

36. Pengusaha yang berjaya adalah dikehendaki menandatangani satu perjanjian kontrak dengan pihak Kolej Islam Antarabangsa.

37. Walau bagaimanapun, Kolej Islam Antarabangsa adalah berhak menamatkan perjanjian kontrak tersebut dengan serta merta tanpa memberi apa-apa sebab dan notis kepada pihak pengusaha. 38. Pihak Pengusaha tidak berhak mendapat sebarang pampasan sekiranya Perjanjian Kontrak yang

(6)

Tawaran sewaan kantin IIC Page 6 39. Pihak Kolej Islam Antarabangsa berhak untuk menyambung perkhidmatan ini dari tahun ke

tahun jika difikirkan perlu.

40. Pengusaha adalah bertanggungjawab terhadap pengambilan pekerja-pekerja dengan memastikan bahawa semua peraturan-peraturan kerajaan yang dikuatkuasakan dipatuhi.

41. Pengusaha hendaklah mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi sebarang masalah yang timbul ketika berlaku gangguan bekalan elektrik dan air.

42. Sebelum menandatangani perjanjian kontrak pengusaha yang berjaya dikehendaki membayar : 43. Bayaran sewa bulanan.

43.1 3 (tiga) bulan deposit sewaan serta satu bulan deposit utiliti sebagai jaminan supaya pengusaha dapat menyelenggara semua kerja dengan memuaskan seperti dalam syarat-syarat sebutharga ini.

43.2 Wang ini hendaklah dibayar kepada Ketua Pegawai Eksekutif dalam bentuk Deraf Bank atas nama IIUM Higher Education Sdn Bhd yang beralamat di No.1, Jalan 31/10A, Taman Batu Muda, 68100, Kuala Lumpur.

43.3 Bayaran utiliti iaitu air dan elektrik perlu dijelaskan oleh Pengusaha ke Unit Kewangan tidak lewat pada atau sebelum 7hb pada setiap bulan. Kelewatan pembayaran boleh menyebabkan Pengusaha diberi surat peringatan dan diambil tindakan selanjunya. 43.4 Wang ini hendaklah dibayar dalam bentuk surat jaminan bank kepada Ketua Pegawai

Eksekutif, Kolej Islam Antarabangsa.

43.5 Surat Perjanjian kontrak hendaklah ditandatangani dalam tempoh 2 (dua) minggu daripada tarikh surat setuju terima sebutharga.

44. Pengusaha hendaklah mengemukakan borang permohonan bersama-sama dengan borang-borang seperti berikut :- - Lampiran 1 - Lampiran A - Lampiran B - Lampiran C - Lampiran D

(7)

Tawaran sewaan kantin IIC Page 7 NO. SEBUTHARGA: IIC/KEDAI/2017

LAMPIRAN A

BAHAGIAN 1 - (DOKUMEN TEKNIKAL)

KETERANGAN MENGENAI PENGUSAHA

1. Nama Pengusaha:... 2. No. K/P Pengusaha:... 3. Alamat Tetap:... ... ... ...

4. Alamat surat menyurat:...

... ... ...

5. No. telefon:... 6. Nombor sijil perniagaan:...

7. Bentuk Perniagaan : ( Perkongsian Bumiputra dengan Bukan Bumiputra/ Kepunyaan Tunggal / Bumiputra / Bukan Bumiputra dan nyatakan pecahan sahamnya.

... ... 8. Bukti Modal :

i. Modal berbayar : ... ii. Modal dibenar :... iii. Akaun Simpanan Tetap* : ... iv. Akaun Simpanan* :... v. Akaun Semasa* :... vi. Lain-lain* :...

* Sila sertakan salinan Buku Atau Penyata Akaun 9. Pekerja-pekerja

Beri Peratus pembahagian pekerja dari segi bangsa yang digunakan oleh syarikat tuan bagi menjalankan sebutharga ini :

a) Warganegara : __________________________________________ % i) Melayu : ___________ % ii) Cina : __________ %

iii) India ; ____________ % iv) Lain-lain : _______ %

b) Bukan Warganegara : _____________________________________ % c) Peratus Pekerja Tempatan : ________________________________ %

(8)

Tawaran sewaan kantin IIC Page 8 Berikan butir-butir mengenai pengalaman tuan dalam membekalkan barang-barang dalam sebutharga kerajaan dalam tempoh sepuluh (10) tahun terakhir.

(Gunakan lampiran lain, jika perlu)

... ... ... ...

11. ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM URUSAN INI :

a) Nama : ... b) No. Kad Pengenalan (Baru) ... c) Tarikh Lahir : ...

d) Jantina : ... e) Alamat surat menyurat :

... ... ...

f) No. Telefon : ... 12. ORANG KEDUA YANG BERTANGGUNGJAWAB :

a) Nama: ... b) No. Kad Pengenalan (Baru) ... c) Tarikh Lahir : ...

d) Jantina : ... e) Alamat surat menyurat :

... ... ...

f) No. Telefon : ... 13. LAIN-LAIN KETERANGAN MENGENAI PENGUSAHA : Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia :

No. Pendaftaran : ... Tarikh / tempoh pendaftaran :

(SALINAN SIJIL DISERTAKAN)

... ... Lain-lain keterangan : ... ... ... ...

(9)

Tawaran sewaan kantin IIC Page 9 PERAKUAN PEMOHON :

SAYA MENGAKUI BAHAWA SEGALA KETERANGAN DIATAS ADALAH BENAR: ……….. (Tandatangan Pemohon) Nama : ... Tarikh : ... ……….. (Tandatangan Saksi) Nama : ... No. K/P : ... Alamat : ... ... ... Tarikh : ...

(10)

Tawaran sewaan kantin IIC Page 10 NO. SEBUTHARGA: IIC/KEDAI/2017

LAMPIRAN B

DOKUMEN TEKNIKAL PENGAKUAN PENGUSAHA

Bahawa saya / Kami mengaku telah membaca dan mematuhi KENYATAAN TAWARAN di atas. Saya/ Kami mengaku akan mematuhi semua syarat-syarat yang dikenakan dalam KENYATAAN TAWARAN ITU. Tandatangan : ……… Nama Pengusaha : ………... Alamat Penuh : ………... ………... ... ………... ... Tarikh : ………

(11)

Tawaran sewaan kantin IIC Page 11 NO. SEBUTHARGA: IIC/KEDAI/2017

LAMPIRAN C

BAHAGIAN 2 (DOKUMEN KEWANGAN) BORANG SEBUTHARGA

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA

NO.1, JALAN 31/10A, TAMAN BATU MUDA 68100, KUALA LUMPUR

Tuan

Sebutharga Untuk Menyewa Dan Mengurus Makanan Di Kantin Kolej Islam Antarabangsa, bagi tempoh 2 TAHUN BERMULA 2 JANUARI 2018 HINGGA 1 JANUARI 2020.

Bahawa saya, yang bertandatangan di bawah ini memberi sebutharga untuk menyewa dan mengurus makanan di kantin Kolej Islam Antarabangsa, bagi tempoh 2 TAHUN BERMULA 2 JANUARI 2018 HINGGA 1 JANUARI 2020. Saya bersetuju dengan kadar sewa yang dikenakan oleh pihak Kolej sepanjang tempoh sewaan ini.

2. Saya yang bertandatangan di bawah bersetuju terlibat dan tertakluk kepada syarat-syarat tawaran yang tersebut dan bersetuju bahawa harga-harga yang tersebut akan menjadi satu dasar untuk nilaian bayaran bagi barang-barang seperti itu dari semasa ke semasa seperti yang diarahkan. 4. Adalah difahami bahawa tuan mempunyai hak untuk menerima atau menolak sebutharga ini,

sama ada harganya lebih rendah atau lebih tinggi daripada sebarang sebutharga lain atau sama. 5. Saya yang bertandatangan dibawah ini bersetuju bahawa sebutharga ini akan seterusnya laku dan

tidak akan ditarik balik dalam masa sembilan puluh (90) hari dari tarikh penyerahan sebutharga. ………

………...

(Tandatangan Pengusaha) (Tandatangan Saksi)

Nama : Nama :

(12)

Tawaran sewaan kantin IIC Page 12 NO. SEBUTHARGA: IIC/KEDAI/2017

LAMPIRAN C

DOKUMEN KEWANGAN

Pihak Pengusaha Kantin bersetuju dengan syarat dan ketetapan seperti berikut :

1. Cagaran dan caj utiliti bulanan (bil elektrik dan air) adalah di bawah tanggungan pihak pengusaha (Bayaran perlu dijelaskan ke Unit Kewangan pada atau sebelum 7hb pada setiap bulan).

2. Pengusaha Kantin hendaklah sentiasa mengutamakan kebersihan dan keceriaan di kantin, dapur, setor, tandas, bilik rehat, pejabat.

3. Pihak Kolej Islam Antarabangsa mengharapkan tumpuan kepada kebersihan dan keceriaan seperti hiasan dalaman (mempamerkan carta, tanda harga, gambar-gambar poster, gambar (pemandangan, bunga-bungaan dan lain-lain yang difikirkan sesuai) bagi mengindahkan persekitaran kantin.

4. Sebelum menandatangani perjanjian kontrak, pengusaha yang berjaya dikehendaki membayar : i. Bayaran sewa bulanan.

ii. 3 (tiga) bulan pendahuluan sewaan sebagai jaminan supaya pengusaha dapat menyelenggara semua kerja dengan memuaskan seperti dalam syarat-syarat sebutharga ini.

iii. Wang ini hendaklah dibayar kepada Ketua Pegawai Eksekutif dalam bentuk Deraf Bank atas nama IIUM Higher Education Sdn Bhd yang beralamat di No.1, Jalan 31/10A, Taman Batu Muda, 68100, Kuala Lumpur.

iv. Deposit bil air dan elektrik sebanyak satu bulan sewaan tapak.

v. Wang ini hendaklah dibayar dalam bentuk surat jaminan bank kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Kolej Islam Antarabangsa.

vi. Surat Perjanjian kontrak hendaklah ditandatangani dalam tempoh 2 (dua) minggu dari tarikh surat setuju terima sebutharga.

(13)

Tawaran sewaan kantin IIC Page 13 NO. SEBUTHARGA: IIC/KEDAI/2017

LAMPIRAN D

DOKUMEN KEWANGAN Pihak Pengusaha telah menetapkan harga makanan seperti berikut: A. MAKANAN BERAT

Bil Perkara Unit Harga yang

ditawarkan

1 Nasi Putih 1 pinggan

½ pinggan 2 Ikan Kembung (masak gulai) 1 potong

1 ekor

3 Ikan Kembung (goreng) 1 potong

1 ekor 4 Ikan Tenggiri (masak gulai) 1 potong

1 ekor

5 Ikan Tenggiri (goreng) 1 potong

1 ekor 6 Ikan Kerisi (masak gulai) 1 potong

1 ekor

7 Ikan Kerisi (goreng) 1 potong

1 ekor 8 Ikan Selar (masak gulai) 1 potong

1 ekor

9 Ikan Selar (goreng) 1 potong

1 ekor 10 Ikan Cencaru (masak gulai) 1 potong

1 ekor

11 Ikan Cencaru (goreng) 1 potong

1 ekor 12 Ikan Merah (masak gulai) 1 potong

1 ekor

13 Ikan Merah (goreng) 1 potong

1 ekor 14 Ikan Tongkol (masak gulai) 1 potong

1 ekor

15 Ikan Tongkol (goreng) 1 potong

1 ekor 16 Daging Ayam (masak gulai) 1 ketul

17 Daging Ayam (goreng) 1 ketul

18 Daging Lembu (masak gulai) 1 senduk

19 Daging Lembu (goreng) 1 senduk

20 Daging Lembu (rendang) 1 senduk

21 Telur (masak gulai) 1 biji

22 Telur Dadar 1 biji

23 Telur mata 1 biji

24 Sotong (masak gulai) 1 ekor

(14)

Tawaran sewaan kantin IIC Page 14 26 Udang kecil biasa (masak gulai) 1 ekor

27 Daging Kambing (masak gulai) 1 mangkuk

28 Nasi Ayam (kosong) 1 pinggan

½ pinggan 29 Nasi Ayam (lauk/sup/salad)

(timun/tomato) 1 pinggan ½ pinggan 30 Sayuran (semua jenis masakan) 1 senduk B. MAKANAN RINGAN

Bil Perkara Unit Harga yang

ditawarkan

1 Mee Hoon Goreng 1 mangkuk

2 Mee Goreng 1 mangkuk

3 Mee Hoon Rebus 1 mangkuk

4 Mee Rebus 1 mangkuk

5 Mee Hoon Sup 1 mangkuk

6 Mee Sup 1 mangkuk

7 Mee Bandung 1 mangkuk

8 Mee Hong Kong 1 mangkuk

9 Mee Hailam 1 mangkuk

10 Roti Kosong Yang Dipotong 1 keping

11 Roti Mentega/Kaya/Jem 1 keping

12 Roti Canai Kosong 1 keping

13 Roti Canai Telur 1 keping

14 Nasi Lemak

Ikan Bilis/Timun 1 pinggan

15 Nasi Lemak ½ biji telur

Ayam/Ikan Bilis/Timun 1 pinggan

16 Nasi Dagang 1 pinggan

17 Sandwich Telur 1 keping

18 Sandwich Sardin 1 keping

19 Telur Rebus (Ayam) 1 biji

20 Telur Rebus ½ masak (ayam) 1 biji

21 Sup Ayam 1 mangkuk

22 Sup Daging 1 mangkuk

23 Sup Kambing 1 mangkuk

24 Rojak 1 pinggan

25 Bubur Kacang 1 mangkuk

26 Bubur Pulut Hitam 1 mangkuk

27 Nasi Goreng Kampung 1 pinggan

28 Nasi Goreng Cina 1 pinggan

29 Nasi Goreng Pattaya 1 pinggan

30 Nasi Goreng Ayam 1 pinggan

31 Nasi Goreng USA 1 pinggan

32 Nasi Goreng Biasa 1 pinggan

33 Nasi Goreng Paprik 1 pinggan

C. CADANGAN MENU TAMBAHAN

Bil Perkara Unit Harga yang

ditawarkan 1

(15)

Tawaran sewaan kantin IIC Page 15 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 D. MINUMAN

Bil Perkara Unit Harga yang

ditawarkan

Panas Sejuk

1 Kopi susu Gelas/cawan

2 Kopi O Gelas/cawan

3 Teh Tarik Gelas/cawan

4 Teh O Gelas/cawan

5 Teh O limau Gelas/cawan

6 Nescafe susu Gelas/cawan

7 Nescafe O Gelas/cawan

8 Milo Gelas/cawan

9 Milo O Gelas/cawan

10 Horlicks Gelas/cawan

11 Horlicks O Gelas/cawan

12 Minuman buah-buahan Gelas/cawan

13 Lychee kang Gelas/cawan

14 Cendol Gelas/cawan

15 ABC Gelas/cawan

16 Air mineral Gelas/cawan

17 Sirap Gelas/cawan

18 Sirap Limau Gelas/cawan

19 20 21 22 23 24 25 E. MINUMAN BOTOL

Bil Perkara Unit Harga yang

ditawarkan Panas Sejuk 1 F & N 2 Seven–Up 3 Coca-Cola 4 Pepsi 5 Fanta

(16)

Tawaran sewaan kantin IIC Page 16 6 Mirinda 7 Soya 8 9 10 F. MINUMAN TIN

Bil Perkara Unit Harga yang

ditawarkan Panas Sejuk 1 F & N 2 Seven–Up 3 Coca-Cola 4 Pepsi 5 Fanta 6 Mirinda 7 Soya 8 9 10 G. MINUMAN KOTAK

Bil Perkara Unit Harga yang

ditawarkan Panas Sejuk 1 Teh 2 Coklat 3 Milo 4 Tebu 5 Laici 6 Orange 7 Soya bean 8 9 10

* Sediakan lampiran jika ruang tidak mencukupi.

Dengan ini pihak kontraktor yang menurunkan tandatangan di bawah bersetuju dengan harga yang ditetapkan pada lampiran B dan akan mengikut harga dalam senarai tersebut.

……… Tarikh :

………

(Tandatangan Pemohon)

... Cop Syarikat

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui strategi dan kendala KSPPS Nuri cabang Pasongsongan dalam mengendalikan Non Performing Financing, Jenis data yang digunakan

Pelaksanaan tunjangan profesi dan sertifikasi bagi guru dalam jabatan ini sesuai dengan Peraturan Menteri Pendidikan Nasional Nomor 18 Tahun 2007, yakni dilakukan

Belum ditetapkannya nilai sewa yang sebanding dengan biaya operasional dan pemeliharaan atas gedung Sasana Widya Abadimandiri, Griya Sejahtera Mandiri, dan Wisma Bina Sejahtera

3) Melakukan rekonsiliasi internal setiap bulan dan membuat Berita Acara Rekonsilasinya. 4) Menyusun rencana pelaksanaan tugas bidang umum sesuai dengan rencana

Modifikasi DBSCAN dalam penentuan nilai Eps optimal secara otomatis pada data titik panas lahan gambut tahun 2013 dengan menggunakan bahasa pemograman R

Oleh karena itu, dilakukan penelitian ini yang bertujuan untuk melakukan isolasi, karakterisasi, dan identifikasi BPF dari beberapa lokasi di Bogor, Nusa Tenggara

Dengan ini diberitahukan bahwa Direktorat Jenderal Perhubungan Udara memberi kesempatan bagi Warga Negara Indonesia yang berijazah Diploma III (Terakreditasi oleh Ditjen

Fakta tersebut, kata Menteri Desa, Pembangunan Daerah Tertinggal dan Transmigrasi, Marwan Jafar, antara lain terlihat dengan terbentuknya 1.168 desa, 385 kecamatan