• Tidak ada hasil yang ditemukan

KESEDIAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KESEDIAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DAL"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Quality Time Prosiding Seminar Setiausaha-Setiausaha & Pembangunan Pengurusan Kualiti

Politeknik Malaysia 2015. 1, 156 – 162. Politeknik Kota Bharu.

KESEDIAAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB) SEMASA PROSES PEMBELAJARAN

(THE READINESS TO USE ENGLISH LANGUAGE AS A MEDIUM OF LEARNING AMONG POLITEKNIK KOTA BHARU STUDENTS)

Mohamad Syafiq Aiman Bin Mohd Saufi, Muhamad Naziran Bin Mohd Nasir, Nor Syuhaida Binti Abd Wahab, Tengku Nor Suziliana Binti Tengku Ariff &

Nur Fazieha Binti Mohd Yusoff @ Ariffin

Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Bharu, KELANTAN

ABSTRACT

This research aims to investigate the readiness of using English language as a medium of learning among students of Politeknik Kota Bharu (PKB). The questionnaire was distributed randomly involving 100 students in their last semester (December 2012 session). The random sampling was focusing on 100 final semester students from Commerce Department, Department of Electrical Engineering, Department of Mechanical and Department of Civil Engineering. This focus of analysis were based on two (2) main factors which are students’ behavior and environment of learning. Statistical Package For The Social Science (SPSS) was used to calculate the percentage of both factors. The result shows all the students are in medium level in readiness of using English Language during learning processes. The researchers decided that both main factors

affect students’ readiness to use English Language as a medium of learning. A

few constructive ideas and suggestions are stated to overcome the problem and to increase the level of readiness to use English Language in learning process.

Keywords : environment of learning, readiness, English Language

PENDAHULUAN

Penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris dititikberatkan kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan secara meluas di seluruh dunia. Pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris juga masih terus ditekankan di semua IPT awam dan swasta. Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang dijadikan medium utama untuk masyarakat dari seluruh pelusuk dunia agar dapat berinteraksi di antara satu sama lain. Sejumlah besar daripada negara-negara maju seperti Amerika, United Kingdom dan Australia menggunakan Bahasa Inggeris sebagai pengantaraan mereka. Oleh hal yang demikian, penguasaan Bahasa Inggeris sangat penting dalam kehidupan generasi muda masa kini. Di Malaysia, penggunaan Bahasa Inggeris telah digunakan secara meluas khususnya dalam bidang pendidikan dan bidang pekerjaan. Pelbagai usaha dilaksanakan pihak berwajib untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Tidak dinafikan semua usaha ini adalah ke arah penambahbaikan tetapi untuk mencapai tahap penguasaan ilmu mengenai Bahasa Inggeris sahaja tidak memadai jika tidak diamalkan dalam aktiviti kehidupan seharian pelajar.

(2)

dalam Bahasa Inggeris (Ahmad Zahri, 2002). Ia menjadi sangat penting kerana globalisasi dan pengantarabangsaan telah mengubah struktur pendidikan mempengaruhi kerjaya, latihan kemahiran dan mencabar reka bentuk kurikulum dalam budaya majmuk serta kosmopolitan. Oleh itu, penguasaan cekap berbahasa, berkomunikasi, berhujah serta kecerdasan emosi dan sifat kepimpinan perlu ada dalam setiap diri pelajar bagi memangkin perubahan untuk Wawasan 2020.

LATAR BELAKANG DAN PENYATAAN MASALAH

Salah satu isu yang sedang berdepan dengan masyarakat kita hari ini ialah penguasaan Bahasa Inggeris bagi tujuan memenuhi cabaran global. Ini tidak bermaksud untuk mengenepikan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara, tetapi kita harus mengakui bahawa penguasaan Bahasa Inggeris adalah sesuatu yang perlu khususnya bagi mendapatkan pengetahuan baru dalam pemindahan teknologi dari negara luar. Dalam konteks dunia pendidikan pula, seseorang pelajar mempelajari Bahasa Inggeris bertujuan untuk berkomunikasi secara efektif, memahami bahan-bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris serta untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Perkara-perkara ini tidak akan dapat dicapai tanpa penguasaan Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, adalah suatu yang sangat mengecewakan apabila lulusan SPM yang telah mempelajari Bahasa Inggeris selama 11 tahun tetapi masih tidak boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan lebih baik. Masalah penggunaan Bahasa Inggeris semakin serius dalam kalangan pelajaran di semua peringkat termasuk sekolah rendah, menengah ataupun institusi pengajian tinggi. Lebih membimbangkan lagi, masalah ini menjadi semakin serius dalam kalangan pelajar terutama pelajar Melayu.

Menguasai bahasa kedua, terutamanya Bahasa Inggeris sangat berguna sebagai alat untuk memudahkan komunikasi antara manusia yang menggunakan dua (2) bahasa yang berlainan. Ia juga bertujuan untuk memudahkan individu untuk mempelajari hasil tamadun yang berlainan. Begitu juga, manusia sejagat dapat berkongsi pemikiran dan ilmu yang pada asasnya sama, walaupun pandangan hidup mereka berbeza (Jacobs, 2011 dan

Dato’ Dr. Hassan, 2003).

Sejajar dengan itu, maka pihak penyelidik berminat untuk mengkaji berhubung kesediaan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar PKB semasa proses pembelajaran. Tinjauan ini adalah untuk mengenalpasti kesediaan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar PKB semasa proses pembelajaran. Tinjauan ini juga adalah untuk mengetahui sama ada pelajar-pelajar ini fasih dan boleh menguasai Bahasa Inggeris sepenuhnya atau mungkinkah juga disebabkan kelemahan menguasai Bahasa Inggeris ini menyebabkan mereka tidak bersedia untuk menggunakan Bahasa Inggeris semasa proses pembelajaran. Kajian oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta UKM pada tahun 2004, dalam catatan Mohini & Saiful Azman (2011) menunjukkan bahawa amat rendah tahap kesediaan pelajar untuk menerima pembelajaran dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, beberapa pembolehubah telah dikenalpasti untuk tinjauan iaitu meliputi faktor-faktor sikap dan persekitaran.

OBJEKTIF TINJAUAN

Objektif tinjauan secara amnya adalah untuk mengetahui faktor-faktor kesediaan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar PKB semasa proses pembelajaran. Manakala, objektif khusus adalah :

i. Menentukan faktor sikap pelajar mempengaruhi penggunaan Bahasa Inggeris dalam

kalangan pelajar PKB.

ii. Menentukan faktor persekitaran mempengaruhi penggunaan Bahasa Inggeris dalam

kalangan pelajar PKB.

METODOLOGI TINJAUAN

(3)

Tinjauan yang dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif di mana data diperolehi melalui pengedaran borang soal selidik kepada responden terbabit. Data ini akan dianalisis menggunakan Statistical Package For The Social Science (SPSS). Semua data yang terkumpul ini juga akan dianalisa berdasarkan peratusan supaya lebih mudah difahami. Hasil tinjauan ini bergantung kepada kejujuran responden semasa menjawab soal selidik.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Faktor-Faktor Kesediaan Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam kalangan Pelajar PKB Semasa Proses Pembelajaran

Bahasa komunikasi antara pensyarah dan pelajar telah dikenalpasti Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan di antara mereka. Pelajar mungkin lebih senang menggunakan Bahasa Melayu untuk bertanyakan tentang soalan-soalan yang kurang difahami kepada pensyarah. Maklumat dan informasi yang hendak disampaikan oleh pensyarah kepada pelajar akan lebih difahami dan juga lebih mudah diterima jika menggunakan Bahasa Melayu. Adalah menjadi satu kebiasaan bagi kebanyakan pelajar di Malaysia pada masa kini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi di luar sesi pembelajaran. Begitu juga di PKB, pelajar lebih gemar menggunakan Bahasa Melayu kerana ianya lebih senang untuk berinteraksi. Jika pelajar menggunakan Bahasa Inggeris dan rakannya tidak mahir bertutur ianya mungkin akan menimbulkan masalah komunikasi antara mereka.

Umumnya, pelajar lebih suka berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu bersama rakan sekelas semasa sesi pembelajaran. Hal ini dapat dibuktikan melalui hasil analisa yang menunjukkan bahawa Bahasa Melayu mencatatkan peratusan tertinggi bagi bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan semasa proses pembelajaran. Penggunaan Bahasa Melayu lebih mudah digunakan untuk berkomunikasi sekiranya terdapat sebarang kekeliruan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Pelajar yang belajar secara berkumpulan biasanya lebih suka menggunakan Bahasa Melayu. Ekoran daripada penggunaan Bahasa Melayu semasa perbincangan, maklumat yang diperolehi akan menjadi lebih tepat, mudah difahami dan jelas. Ini disokong oleh Scarino & Liddicoat (2009) dan Sallehuddin et al. (2003) dalam laman web Connecting Repositories (http://core.ac.uk) yang menyatakan bahawa bahasa yang perlu digunakan oleh pelajar adalah bahasa yang mudah difahami agar komunikasi antara dua (2) hala berlaku dengan berkesan.

Hasil analisa data daripada soal selidik mendapati bahawa pelajar lebih gemar menonton rancangan televisyen berbahasa Melayu (65%). Faktor yang mungkin mempengaruhi pelajar lebih cenderung terhadap rancangan televisyen berbahasa Melayu adalah kerana ianya lebih mudah difahami dengan jelas. Rancangan televisyen berbahasa Inggeris kebiasaannya adalah sukar untuk difahami sekiranya tiada sari kata yang dipaparkan di televisyen. Tambahan pula, rancangan televisyen berbahasa Melayu pada masa kini, lebih menarik minat pelajar kerana ianya lebih ke arah jiwa remaja pelajar hari ini. Sejak dari dulu lagi, bahan bacaan merupakan bahan yang paling penting untuk kita mencari ilmu pengetahuan. Hasil tinjauan mendapati bahan bacaan Bahasa Melayu mempunyai peratusan paling tinggi iaitu sebanyak 78%. Bahan bacaan berasaskan Bahasa Melayu mudah untuk didapati berbanding bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris. Contoh bahan bacaan adalah novel, buku ilmiah, jurnal, surat khabar, majalah dan lain-lain. Bahan bacaan dalam Bahasa Melayu mudah didapati di gerai-gerai di tepi jalan pada masa kini berbanding bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris yang kebanyakannya amat terhad di pasaran.

(4)

Mengenalpasti Faktor Sikap Pelajar Mempengaruhi Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar PKB

Kebanyakan pelajar lebih suka menjawab soalan daripada pensyarah dalam Bahasa Melayu. Ini berdasarkan kepada peratusan yang diperolehi iaitu sebanyak 72% responden yang bersetuju. Hal ini disebabkan pelajar merasakan Bahasa Melayu lebih mudah digunakan untuk menyampai maklumat kepada pensyarah berbanding dengan penggunaan Bahasa Inggeris yang sukar untuk difahami. Kesukaran untuk memahami soalan menggunakan Bahasa Inggeris telah menjejaskan minat pelajar untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang sesuai digunakan semasa proses pembelajaran. Merujuk analisa seterusnya, kebanyakan pelajar tidak yakin untuk menjawab soalan pensyarah dalam Bahasa Inggeris telah mencatatkan peratusan tertinggi setelah dianalisis iaitu sebanyak 39% responden memilih skala tidak pasti. Hal ini menyebabkan pelajar tidak dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya dan pelajar akan mudah berasa bosan apabila pensyarah mengajar menggunakan Bahasa Inggeris. Menurut Fadzlina (2011), punca pelajar lemah menguasai Bahasa Inggeris adalah kerana memandang Bahasa Inggeris hanya sebagai subjek. Mereka mempelajari Bahasa Inggeris semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan. Mereka juga menganggap Bahasa Inggeris adalah sesuatu yang bosan dan menyusahkan.

Selain itu, pelajar kurang berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan menggunakan Bahasa Inggeris telah mencatatkan peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 49% responden memilih setuju. Pelajar berpendapat jika sentiasa menggunakan Bahasa Inggeris, mereka akan melupakan Bahasa Melayu. Berdasarkan kenyataan yang dikemukakan oleh Noraini (2008), pencapaian pelajar berkait rapat dengan sikap. Sehubungan dengan itu, punca pelajar lemah menggunakan Bahasa Inggeris adalah dari sikap dan pemikiran mereka yang tidak maju. Pelajar terus cuba menggunakan Bahasa Inggeris apabila berkomunikasi dengan pensyarah mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 56% responden memilih setuju berbanding berkomunikasi dengan menggunakan bahasa lain. Ini kerana apabila seseorang pelajar membiasakan diri untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris dengan lebih fasih.

Seterusnya, pelajar sentiasa beranggapan bahawa pelajar lain lebih mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris telah mencatatkan peratusan yang tertinggi iaitu 61% responden yang memilih setuju. Hal ini disebabkan kerana pelajar merasakan bahawa pelajar lain lebih bagus daripada diri sendiri dalam berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris. Justeru itu, pelajar akan merasa sangat rendah diri dan tidak berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Menurut tinjauan Zohreh & Saeedeh (2011) dan Raminah (1991), jika seseorang itu ingin meluaskan ilmu pengetahuan, mereka perlu menguasai kemahiran berkomunikasi supaya mahir dan cekap membaca. Walau bagaimanapun, didapati kebanyakan pelajar tidak yakin dan lebih suka berdiam diri apabila pensyarah mengemukakan soalan dalam Bahasa Inggeris telah mencatatkan peratusan yang tertinggi iaitu 36% responden yang memilih tidak pasti. Hal ini sering berlaku kepada pelajar yang tidak yakin sama ada untuk menjawab atau tidak menjawab soalan yang diajukan pensyarah kerana bimbang dan takut jika jawapan yang diberikan tidak menepati soalan pensyarah. Menurut Ricketts & Ricketts (2011), individu seharusnya mempunyai sikap yang positif terhadap tugasnya. Pelajar seharusnya mempunyai keinginan serta semangat disiplin yang tinggi seperti menunjukkan sikap yang positif terhadap pembelajaran. Justeru itu, pelajar perlu bersikap positif dalam melibatkan diri semasa penggunaan Bahasa Inggeris dan juga menyertai sesi pembelajaran dalam kelas dengan aktif.

(5)

Pelajar mudah berasa gementar untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris telah mencatatkan peratusan tertinggi 44% responden memilih skala bersetuju. Hal ini kerana pelajar kurang diberi pendedahan yang sepenuhnya dan kurang peluang berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, menyebabkan mereka berasa gementar untuk bertutur Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, pelajar didapati suka menggunakan nota dalam Bahasa Inggeris. Dapatan menunjukkan peratusan tertinggi pada skala bersetuju iaitu sebanyak 47%. Ini kerana penggunaan nota dalam Bahasa Inggeris adalah seiring dengan proses pembelajaran dalam Bahasa Inggeris pada masa kini di seluruh politeknik. Nota Bahasa Inggeris juga lebih tepat dan mudah untuk mendapatkan bahan rujukan.

Mengenalpasti Sama Ada Faktor Persekitaran Mempengaruhi Penggunaan Bahasa Inggeris

Merujuk kepada perkara menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahan rujukan, didapati peratusan yang tertinggi mencatatkan sebanyak 58% responden memilih skala bersetuju. Hal ini kerana apabila menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahan rujukan, terdapat kekangan mendapatkan maklumat yang lengkap. Masalah tersebut mendorong seseorang pelajar untuk menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahan rujukan dan ini juga akan membantu pelajar meningkatkan lagi penggunaan dan penguasaan dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, pelajar juga perlu mengetahui tujuan dan mampu memberi tumpuan semasa membuat rujukan. Ini selari dengan pernyataan oleh Brummer & Macceca (2008) dan Abdullah & Ainon (2002) dalam Mohd Zuri & Adnan (2008) iaitu perkara penting dalam proses membaca ialah mengetahui tujuan dan mampu memberi tumpuan. Apabila seseorang itu membaca, mereka perlu menentukan apa tujuannya membaca bahan itu. Apabila pelajar sudah tahu tujuannya, maka mereka akan lebih senang untuk menentukan teknik membaca yang sesuai untuk diri mereka sendiri.

Pelajar didapati suka membentangkan hasil projek/ tugasan dalam Bahasa Inggeris, mencapai peratusan tertinggi iaitu sebanyak 46% responden memilih skala bersetuju. Ini kerana pelajar ternyata suka menyahut cabaran mendapatkan pemarkahan lebih tinggi. Penggunaan Bahasa Inggeris diutamakan dalam kalangan pelajar. Selain itu, penguasaan Bahasa Inggeris pelajar yang semakin baik semenjak proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan menggunakan Bahasa Inggeris. Seramai 57% pelajar bersetuju. Sejak zaman persekolahan lagi pelajar sudah terdedah dengan penggunaan Bahasa Inggeris. Selain pembelajaran Bahasa Inggeris, pembelajaran Matematik dan Sains juga digunakan dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, pelajar juga banyak terdedah dengan menonton siaran televisyen atau filem berbahasa Inggeris. Hal ini secara tidak langsung membantu pelajar akan mempelajari dan menguasai Bahasa Inggeris secara perlahan-lahan.

Seterusnya, seramai 47% pelajar bersetuju selalu memberi tumpuan sepenuhnya semasa kuliah menggunakan Bahasa Inggeris. Pelajar mencuba untuk memberi perhatian dengan mendengar perkara yang dibincangkan bersama pensyarah. Pelajar dengan senangnya mencatatkan perkara penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Selesai sesi berkenaan, pensyarah sentiasa mengingatkan pelajar bersedia maklumat tambahan dan ini akan meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris bagi seseorang pelajar. Seterusnya, mengenai pelajar yang suka menggunakan Bahasa Inggeris semasa proses pembelajaran. Seramai 48% responden memilih skala bersetuju. Sesetengah pelajar yang suka menggunakan Bahasa Inggeris semasa proses pembelajaran adalah kerana pelajar tersebut sudah terdedah dengan penggunaan Bahasa Inggeris sejak zaman kanak-kanak iaitu daripada keluarga atau dengan keadaan sekeliling yang mempengaruhi pelajar itu sendiri. Hal ini menyebabkan pelajar tersebut sudah terbiasa dengan penggunaan Bahasa Inggeris dan merasakan proses pembelajaran menggunakan dalam Bahasa Inggeris adalah lebih baik.

Perlaksanaan penilaian berterusan dengan menggunakan Bahasa Inggeris

menunjukkan dapatan, seramai 56% responden memilih skala bersetuju. Hal ini kerana, penilaian akhir menggunakan Bahasa Inggeris sentiasa memastikan pelajar akan lebih berusaha untuk mendapat markah yang tinggi dan keputusan yang cemerlang. Selain itu juga, kebanyakan pelajar sudah terbiasa dengan soalan dalam Bahasa Inggeris dan secara tidak langsung pelajar akan lebih fasih berbahasa Inggeris sama ada semasa atau di luar sesi pengajaran dan pembelajaran.

(6)

dalam Bahasa Inggeris dan juga berinteraksi dengan pelajar menggunakan Bahasa Inggeris. Selain itu, pelajar perlu menonjol diri bertutur dalam Bahasa Inggeris dan merebut peluang untuk belajar tanpa kenal erti takut ataupun malu. Seramai 61% responden memilih skala bersetuju untuk menggunakan nota dalam Bahasa Inggeris iaitu peratusan tertinggi yang diperolehi selepas dianalisis berbanding dengan menggunakan nota dalam bahasa lain. Faktor pelajar yang gemar menggunakan nota dalam Bahasa Inggeris adalah kerana ianya mudah untuk mendapat rujukan lebih tepat dan lengkap berbanding nota dalam Bahasa Melayu. Tambahan pula, semua politeknik sememangnya mengaplikasikan Bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pensyarah sentiasa menggalakkan pelajar PKB berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya telah mencatatkan persetujuan sebanyak 69%. Sememangnya pensyarah merupakan tunjang atau asas dalam membentuk pelajar untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik. Pelajar juga perlulah bekerjasama untuk memberikan hasil yang positif kepada diri sendiri. Oleh sebab itu, pensyarah dan pelajar haruslah lebih bekerjasama bagi memperolehi hasil atau impak yang bagus. Manakala mengenai pelajar yang cuba berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris semasa sesi pembelajaran dan dalam kehidupan seharian telah mencatatkan 54% responden memilih skala bersetuju. Pelajar amat digalakkan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris supaya dapat meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris dan akan lebih memudahkan sesi pembelajaran dijalankan.

CADANGAN

Antara cadangan yang boleh dilakukan oleh pihak PKB dalam meningkatkan kesediaan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar semasa proses pembelajaran ialah :

i. Mewajibkan semua pelajar di PKB berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris sama ada

semasa kuliah, tutorial ataupun kegiatan kokurikulum. Ini akan menuntut pelajar yang lemah Bahasa Inggeris untuk lebih gigih berusaha bagi menguasai bahasa tersebut.

ii. Setiap pelajar haruslah menjalani latihan secara intensif dalam Bahasa Inggeris seperti

menghantar tugasan penulisan esei dalam Bahasa Inggeris.

iii. Pihak PKB juga dicadangkan memperkasakan konsep mentor mentee bagi

mewujudkan suasana yang lebih menggalakkan serta menyeronokkan untuk berbahasa Inggeris semasa proses pembelajaran dijalankan.

Penyelidik mencadangkan supaya pelajar :

i. Menanamkan sikap minat untuk mempelajari Bahasa Inggeris dan perlu sentiasa

menganggap bahawa bahasa tersebut sangat penting untuk terus melangkah jauh ke hadapan dengan pelbagai bidang yang akan diceburi.

Cadangan kepada kerajaan :

i. Berperanan penting dalam menjadi pendorong terhadap penggunaan Bahasa

Inggeris.

ii. Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi menjalankan program Minggu Bahasa Inggeris

di setiap institusi pendidikan.

iii. Sentiasa memupuk kesedaran membaca bacaan berbentuk ilmiah Bahasa Inggeris,

penekanan yang lebih di peringkat akar umbi seperti di peringkat pra sekolah kerana ini akan lebih memudahkan penguasaan Bahasa Inggeris bermula daripada golongan kanak-kanak.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa faktor sikap dan persekitaran bagi menguji kesediaan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar PKB semasa proses pembelajaran berada pada tahap yang sederhana/ memuaskan. Ini berdasarkan kepada peratusan bagi kesemua persoalan kajian yang majoritinya adalah pada tahap yang memuaskan dalam mempengaruhi kesediaan pelajar untuk menggunakan Bahasa Inggeris semasa sesi pembelajaran.

(7)

malahan dalam kehidupan seharian. Menurut Alford & Nino (2011), budaya pembelajaran yang positif dapat menggalakkan usaha pelajar untuk berbahasa Inggeris, dengan kaedah dijalankan yang ketara berbeza. Sehubungan dengan itu, pelajar mestilah mempunyai keinginan serta semangat yang tinggi seperti menunjukkan sikap yang positif terhadap penggunaan Bahasa Inggeris supaya mereka lebih bersedia untuk menggunakan Bahasa Inggeris semasa sesi pembelajaran dijalankan. Pelajar seharusnya mengambil inisiatif yang lebih bijak dan kreatif untuk menguasai Bahasa Inggeris. Mereka perlu menguasai kemahiran asas untuk menggunakan Bahasa Inggeris dengan betul seperti kemahiran membaca, mendengar, menulis dan berkomunikasi (Fogle, 2012 dan Radha et al., 2008). Apabila mereka dapat menguasai dan memantapkan lagi kemahiran berbahasa ini, maka peluang untuk mendapatkan pekerjaan akan menjadi lebih cerah.

RUJUKAN

Ahmad Zahri Jamil (2002). Melayu, Bahasa Dan Budaya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

Alford, B. J. & Nino, M. C. (2011). Leading Academic Achievement For English Language Learners. California : Corwin.

Brummer, T. & Macceca, S. (2008). Reading Strategies For Mathematics. CA, USA : Shell Education.

Fogle, P. T. (2012). Essentials Of Communication Sciences And Disorders. NY, USA : Delmar Cengage Learning.

Jacobs, H. H. (2011). Mastering Global Literacy. Bloomington : Solution Tree Press.

Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad (2008). Strategi Untuk Mengembangkan Kemahiran

Berkomunikasi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Pendidikan Khas DP. 8(2), 5 – 13.

Noraini Omar (2008). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima. Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR Sarawak. 3, 54 – 74.

Pim, C. (2013). Emerging Technologies, Emerging Minds. Innovations In Learning Technologies For English Language Teaching. 15 – 42.

Radha Nambiar, Noraini Ibrahim & Pramela Krish (2008). Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Dua. Jurnal e-Bangi. 3(3), 1 - 17.

Raminah Hj. Sabran (1991). Penilaian Dan Pengujian Bahasa Malaysia Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ricketts, C. & Ricketts, J. C. (2011). Leadership : Personal Development And Career Success.

3rd Edition. NY, USA : Delmar Cengage Learning.

Scarino, A. & Liddicoat, A. J. (2009). Teaching And Learning Languages : A Guide. Language, Culture And Learning. Australian Government Deparment Of Education, Employment And Workplace Relations.

Zohreh Kassaian & Saeedeh Esmae’li (2011). The Effect Of Bilinguality On L3 Breadth Of

Vocabulary Knowledge And Word Reading Skill. Theory And Practice In Language Studies. 1(8), 966 – 974.

Hassan Ahmad, Dato. Dr. (2003). Penguasaan Dan Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Pelajar-Pelajar PKPG Kemahiran Hidup Universiti Teknologi Malaysia.

(8)

Fadzlina Amran (2011). Kemahiran Berkomunikasi Amat Penting Dalam Kerjaya. Utusan Online http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1014&pub=utusan_malaysia&s Dipetik Pada : 9 April 2013.

Mohini Mohamed & Saiful Azman Mokhter (2011). Persepsi Pelajar UITM Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris.

http://eprints.utm.my/11551/1/Persepsi_Pelajar_UITM_Terhadap_Pengajaran_Dan_Pe Dipetik Pada : 27 Februari 2013.

Connecting Repositories.

Referensi

Dokumen terkait

Artikel ini menyajikan hasil penelitian yang menghasilkan model simulasi dinamika sistem yang terdiri dari enam sektor dan tiga belas modul yang mampu digunakan

disimpulkan bahwa akhlak adalah sesuatu prilaku baik yang nampak dari diri seseorang setelah melaksanakan syariat Islam, sehingga akhlak dan adat kebiasaan

Penelitian yang telah dilakukan menghasilkan perbandingan metode Index Gini, Information Gain, dan Gain Ratio untuk mengetahui tingkat kecelakaan lalu lintas di

Odum (1971), nilai dominasi 1 menunjukkan dominasi oleh satu jenis spesies sangat tinggi (hanya terdapat satu jenis pada satu stasiun), indeks 0 menunjukkan

The Effect of Cooking Methods on Total Phenolics and Antioxidant Activity of Selected Green Vegetables.. Leaf chlorophyll readings as an indicator for spinach yield and

Tipe foto ini memiliki adrenalin tinggi yang baru yang dapat memiliki kesenangan dari pengambilan gambar dari diri sendiri dengan cara yang khas dalam lingkungan yang paling

Dalam sejarah yang tidak dapat dipastikan kebenarannya, simbol ini pertama kali digunakan oleh dua kaisar Jepang kuno dalam menentukan perebutan kekuasaan setelah perundingan