• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERLAKSANAAN OUTCOMES BASED EDUCATION OB

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERLAKSANAAN OUTCOMES BASED EDUCATION OB"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

PERBANDINGAN PENDEKATAN PENDIDIKAN SEPADU DALAM PEMBELAJARAN BERASASKAN HASIL (OBE)

DENGAN MODEL PENDIDIKAN ISLAM

Mohd Jailani bin Mohd Nor1 dan Azami bin Zaharim2

1

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

2

Fakulti Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

jailani@eng.ukm.my

ABSTRAK

Kertas kerja ini membincangkan keperluan untuk melaksanakan pendekatan pendidikan sepadu dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan hasil (Outcome Based Education, OBE). Penggunaan istilah-istilah seperti softskills,

generic skills, professional skills dan yang terkini kemahiran insaniah yang melibatkan pendidikan sepadu juga dibincangkan dalam kertas kerja ini. Perbandingannya dengan falsafah dan model pendidikan islam yang telah diketengahkan oleh para pemikir islam terdahulu juga dibentangkan. Antara konsep pendidikan islam yang dikupas dalam kertas ini adalah konsep pendidikan yang telah diketengahkan oleh Al-Ghazali, Ibnu Khaldun dan Mohammad Natsir (Pak Natsir). Seterusnya cadangan kaedah pendidikan sepadu yang sesuai untuk diamalkan di Fakulti Kejuruteraan UKM dibentangkan dalam kertas kerja ini.

Kata kunci: pembelajaran berasaskan hasil; kemahiran insaniah; model pendidikan islam

PENGENALAN

(2)

kepimpinan, boleh bekerja dalam kumpulan, pembelajaran sepanjang hayat, dan lain-lain lagi.

Perkara-perkara yang selama ini tidak dirancang penerapannya secara bersistem dan tidak juga diukur pencapaiannya secara formal telah diberi penekanan dan perhatian yang tinggi dalam era baru ini. Penggunaan istilah-istilah seperti softskills, generic skills, professional skills dan yang terkini

kemahiran insaniah yang melibatkan pendidikan sepadu juga sudah menjadi satu kemestian dalam proses rekabentuk kurikulum kejuruteraan dewasa ini. Kaedah tradisi yang memberi fokus kepada proses pembelajaran telah diganti dengan pendekatan baru yang tidak hanya mementingkan proses pembelajaran tetapi juga menetapkan hasil dari sesuatu program pengajian itu secara terperinci dan bertulis. Malah pencapaian graduan terhadap sesuatu set hasil yang telah ditetapkan itu pula mestilah dibuktikan melalui aktiviti-aktiviti pengukuran dan penilaian yang sistematik dan berkesan.

KONSEP DAN MODEL PEMBELAJARAN BERASASKAN OBE

Asas utama OBE adalah penyataan tentang objektif dan hasil program yang jelas dan difahami oleh semua pihak termasuk pentadbir, pensyarah, pelajar dan kaki tangan teknikal. Perancangan dan rekabentuk sesuatu program pengajian itu dimulakan dari titik akhir iaitu dengan menyatakan ciri-ciri graduan yang mahu dihasilkan. Akan tetapi pelaksanaan (delivery) untuk sesuatu program itu dimulakan dari titik mula iaitu aktiviti dalam kuliah bagi memenuhi keperluan hasil pembelajaran (learning outcomes) kuliah tersebut. Stuktur pembelajaran dan kurikulum yang direkabentuk adalah cara untuk mencapai matlamat dan bukannya matlamat itu sendiri. Jika kurikulum yang dihasilkan itu terbukti gagal untuk mencapai hasil yang telah ditetapkan ianya akan diperbaiki dan ditukar ganti. Komponen yang terangkum dalam pendekatan OBE adalah pembudayaan ’peningkatan kualiti berterusan’ (Continuous Quality Improvement, CQI). Dapatan dari proses pengukuran dan penilaian yang dilaksanakan terhadap objektif dan hasil sesuatu program pengajian itu akan memberi peluang untuk pihak yang pengurusan untuk memperbaiki prestasi dan mempertingkatkan keberkesanan proses pembelajaran yang sedang diamalkan.

(3)

RAJAH 1 Model Dan Konsep Pembelajaran Berasaskan OBE

PENERAPAN NILAI INSANIAH DALAM OBE

OBE tidak boleh dianggap sebagai satu peristiwa (bermusim) akan tetapi ianya adalah pendekatan (model) yang lengkap mengenai proses pengajaran dan pembelajaran dangan kitaran kepada aktiviti yang terlibat dilaksanakan secara sistematis. Kejayaan dalam membudayakan pendekatan pembelajaran berasaskan OBE juga memerlukan penglibatan dari setiap individi yang terlibat didalam sesuatu progam pengajian. Pendekatan ini juga menghasilkan ketelusan dalam bertindak dan pertanggungjawaban yang jelas terhadap dapatan dari setiap aktiviti pengukuran dan penilaian yang dibuat.

Pada dasarnya, objektif dan hasil dari sesuatu program pengajian itu adalah penyataan matlamat (tujuan) jangka panjang dan matlamat jangka pendek program pengajian tersebut. Penyataan tersebut mesti mengandungi komponen ilmu, kemahiran dan sikap yang mesti difahami dan dihayati oleh para graduan yang telah berjaya melalui progaram pengajian tersebut. Pada umumnya, penyataan objektif dan hasil sesuatu program pengajuan itu adalah bertujuan untuk memastikan bahawa para graduan yang dihasilkan itu sudah bersedia untuk menempuh alam pekerjaan dan bersedia juga untuk berperanan sebagai ahli masyarakat yang berguna. Konsep ini dipaparkan dengan jelas dalam Rajah 2.

HASIL & OBJEKTIF PEMBELAJARAN

KAEDAH PENGAJARAN STRUKTUR & KANDUNGAN

KURIKULUM

PENILAIAN PELAJAR

LATIHAN & PENEMPATAN PELAJAR Menumpu kepada Ditentukan oleh

(4)

RAJAH 2 Komponen Dalam Penyataan Objektif Dan Hasil Program

Sebagai contoh dibawah ini dipaparkan objektif program pengajian yang telah dipersetujui untuk diguna pakai di Fakulti Kejuruteraan,UKM.

Objektif Pendidikan Program Fakulti Kejuruteraan (Program Educational Objectives)

1. Jurutera yang mempunyai ilmu asas yang mencukupi untuk berperanan sebagai seorang jurutera dengan kompeten

2. Jurutera yang memahami, bersikap profesional dan beretika terhadap kewajipannya kepada Pencipta, pelanggan dan masyarakat

3. Jurutera yang akan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam bidang kejuruteraan dan dalam masa yang sama mahir berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

4. Jurutera yang mampu menyesuaikan diri dalam suasana kerja antarabangsa/global

5. Jurutera yang mampu memimpin organisasi berdasarkan ilmu dan pengalaman

6. Jurutera yang berkemampuan menjalankan penyelidikan di dalam organisasi masing-masing

Di UKM, kemahiran generik adalah kemahiran yang perlu ada pada semua pelajar dalam setiap program. Juzuk-juzuk kemahiran generik ditentukan

OBJEKTIF & HASIL - Persediaan untuk alam pekerjaan (kerja); Persediaan untuk menjadi ahli masyarakat (hidup).

ILMU SIKAP KEMAHIRAN

(5)

1. Kemahiran Berkomunikasi

2. Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah 3. Kemahiran Kerja Berpasukan

4. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat 5. Kemahiran Keusahawanan

6. Etika dan Moral Profesional 7. Kemahiran Kepimpinan 8. Kesedaran Alam Sekitar

Kemahiran insaniah boleh diterapkan melalui kursus-kursus khas atau diterapkan melalui kursus-kursus kejuruteraan yang sedia ada. Fakulti Kejuruteraan UKM memilih pilihan kedua, iaitu melalui kursus-kursus kejuruteraan yang sedia ada. Fakulti juga menyedari bahawa kursus-kursus di peringkat universiti dan aktivti kokurikulum di Kamsis juga menyumbang terhadap penerapan kemahiran insaniah. Penyataan secara jelas mengenai ciri-ciri graduan yang mahu dihasilkan dalam model pendidikan OBE memberi peluang untuk menerapkan nilai-nilai rohani secara formal dan sistematis agar graduan yang kita hasilkan menjadi insan yang seimbang.

MODEL-MODEL PENDIDIKAN ISLAM

(6)

RAJAH 3 Klasifikasi ilmu menurut Al-Ghazali

RAJAH 4 Klasifikasi ilmu menurut Ibn Khaldun

EPISTEMALOGI

ILMU ONTOLOGI

AKSIOLOGI

SYARIAH

AQLIAH

FARDU AIN

FARDU KIFAYAH TERPUJI

MUBAH

TERCELA

NAKLI

ILMU

AQLI

AL QUR’AN

HADIS

FIKAH TASAWUF

TEORI

(7)

RAJAH 5 Klasifikasi ilmu menurut Mohammad Natsir

Tujuan atau matlamat utama apa jua program pendidikan adalah untuk hidup. Soalan yang perlu dijawab adalah apakah pula tujuan hidup?

Al-Qur’an menjawab pertanyaan ini dalam surah al-Zariyat, ayat 56 yang bermaksud:

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk menyembah kepada-Ku.” (Surah al-Zariyat: 56)

Melihat kepada perbahasan tentang ilmu dan pendidikan dari ketiga-tiga pemikir dan aktivis diatas dapatlah disimpulkan bahawa pendidikan sepadu berlandaskan islam mesti mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Pendidikan yang bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah 2. Pendidikan yang berteraskan tauhid

3. Adanya integrasi antara iman, ilmu dan amal

4. Tidak adanya pemisahan antara konsep ilmu agama dan ilmu dunia, dan 5. Tidak ada pemisahan antara ilmu syariat dan ilmu haqiqat.

CADANGAN KAEDAH PENGENDALIAN DAN PENILAIAN KEMAHIRAN INSANIAH

Setelah melihat idea dan fakta yang telah dibentangkan diatas, maka dapat dilihat bahawa sudah sampai masanya kita menukar peranan dari mengajar kepada

AL-DINIYYAH

ILMU

AL-AMMAH

AL QUR’AN

AL-SUNNAH

FIKAH BAHASA ARAB

TEORI

(8)

kursus formal (yang kebanyakkannya digunakan untuk mengajar ilmu teknikal) sahaja untuk menerapkan dan mendidik kemahiran insaniah kepada pelajar kita. Semua saloran mestilah digembling secara tersusun rapi untuk menanam ciri-ciri insaniah tersebut. Sebagai contoh, kursus-kursus umum universiti, aktiviti ko-kurikulum, aktiviti surau, aktiviti masjid (pusat islam UKM), persatuan pelajar, program mentor-mentee dan lain-lain lagi perlulah disusun sedemikian rupa agar dapat membantu menerapkan hasil pembelajaran kemahiran insaniah seperti yang telah ditetapkan.

RUMUSAN

Pendekatan pembelajaran dan pengajaran berasaskan OBE yang sedang kita amalkan sekarang ini menyediakan model pendidikan yang lengkap dimana nilai-nilai murni yang serasi dengan falsafah pendidikan islam boleh diterapkan. Terpulang kepada kita untuk mengisinya dengan aktiviti pengajian yang sesuai dengan konsep dan falsafah pendidikan islam. Mudah-mudahan usaha kita ini dapat mengembalikan semula era kecemerlangan ilmuan islam yang sedang tandus akibat dari tsunami-sekularisme yang telah melanda negara-negara umat islam satu masa dulu. Wallahu’alam.

RUJUKAN

Gamal Abdul Nasir Zakaria, Mohammad Natsir: Pendidik Ummah, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003, ISBN 967-942-614-9

Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi, Bimbingan Mu’minin (Mau’izhatul Mukminin), Klang Book Centre, Cetakan Kedua, 1988, ISBN 983-61-0000-8

Shaleh Ahmad Asy-syami (Penterjemah: Arifin Ladari), Biografi Imam Al-Ghazali: Hujjatul Islam dan Pembaharu Kurun ke-5, Jasmin Enterprise, 2004, ISBN: 983-265-79-0

The Future of Engineering Education in Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2006, ISBN 978-983-2982-13-8

(9)

Armando Rugarcia, Richard M. Felder, Donald R. Woods, James E. Stice, “The Future of Engineering Education I. A Vision for a New Century,” Chemical Engineering Education, 34(1), pp.16-25, 2000

Barbara M. Olds, Barbara M. Moskal, Ronald L Miller, “Assessment in Engineering Education: Evolution, Approaches and Future Collaborations,”

Journal of Engineering Education, January 2005, pp.13-25

Killen, R., “Outcomes-Based Education: Principles and Possibilities,”

Unpublished Manuscript, University of Newcastle, Faculty of Education, 2000

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian menunjukan Ada hubungan yang signifikan antara status gizi terhadap produktivitas kerja pada pekerja pabrik tahu di Kecamatan Rantau Rasau

menunjukan bahwa 81 responden menyatakan puas dan 91 orang (52,60%) memberikan tanggapan sangat puas terhadap layanan registrasi tentang akurasi data registrasi pada Lembar

Hasil penelitian ini berupa tahapan untuk menentukan tindakan perawatan yang optimal pada mesin hydrolic press plate machine 1000 ton berdasarkan reliability centered

Untuk komponen-komponen kritis di PLTD “X”, tindakan perawatan yang diusulkan adalah combination of task antara schedule on-condition task dan schedule restoration

Qlue telah menjadi jalan baru dalam upaya memperkuat partisipasi publik sekaligus meningkatkan kepedulian warga terhadap permasalahan yang ada dilingkungan sekitar

Tabel 2.. Berdasarkan tabel di atas, dapat diinterpretasikan bahwa kemampuan mengajar guru mata bahasa Indonesia SMA Negeri 1 Sungai Kakap memiliki skor ideal sebesar

Aksesi mangga Dodor yang spesifik yang diperoleh di Desa Toaya berdasarkan analisis morfologi dan anatomi adalah TF9, TF11, dan TF14, di Desa Lero aksesi LR6, LR13,

Setiap pelanggan tidak perlu mengunduh aplikasi ruang ganti di department store ini, karena untuk mengetahui denah ruang ganti yang kosong dapat dilihat melalui smartphone