• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANALISIS PENGARUH CIRI CIRI SOSIOEKONOMI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ANALISIS PENGARUH CIRI CIRI SOSIOEKONOMI"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

ANALISIS PENGARUH CIRI-CIRI SOSIOEKONOMI DAN FIZIKAL

DI KAWASAN SETINGGAN TERHADAP PENCEMARAN SUNGAI

MENGGUNAKAN PENDEKATAN MCDA

1

MOHD FADZIL ABDUL RASHID & AZMIR JAAFAR

mohdf032@perak.uitm.edu.my, azmir709@perak.uitm.edu.my Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah, UiTM Perak Kampus Seri Iskandar

Abstrak

Isu pencemaran sungai di kawasan setinggan sering menjadi tumpuan pengkaji lepas. Kedapatan daripada kajian-kajian lepas menjelaskan bahawa punca pencemaran sungai adalah disebabkan oleh sikap atau tingkah laku penduduk di kawasan setinggan itu sendiri. Tingkah laku penduduk pula dipengaruhi oleh ciri-ciri sosio-ekonomi dan fizikal di kawasan setinggan. Kertas kerja ini mencuba untuk menjelaskan perkara ini secara lebih terperinci dan membuat penilaian tahap keutamaan (kepentingan relatif) terhadap 7 faktor penyebab utama yang telah dikenalpasti untuk menjelaskan kadar potensi setinggan mencemarkan sungai menggunakan pendekatan Analisis Keputusan Multi-kriteria (Multi-criteria Decision Analysis). Hasil analisis mendapati bahawa tahap pendidikan (TP) merupakan faktor penyumbang utama terhadap pencemaran sungai. Diikuti kaedah pembuangan air sisa (KAS), kaedah pembuangan sampah (KPS), tahap kesedaran/ilmu alam sekitar (TAS), aktiviti ekonomi dan ciri-ciri fizikal (AEK), pengaruh jarak (PJS), dan kepadatan kediaman (KP). Secara relatifnya, tahap sumbangan faktor-faktor adalah berbeza di setiap kawasan setinggan. Kertas kerja ini mencadangkan satu model umum untuk pengawalan pencemaran sungai berpunca daripada guna tanah setinggan.

Kata Kunci: Analisis keputusan Multi-kriteria (MCDA), pencemaran sungai, tingkah laku, setinggan

1.0 PENGENALAN

Pencemaran sungai merupakan antara masalah serius yang sedang dialami oleh kebanyakan negara di seluruh dunia. Malaysia juga tidak terlepas dari mengalami masalah ini. Sebahagian besar punca utama pencemaran yang dilaporkan oleh Kualili Alam Sekeliling (1980-2000) dan para pengkaji terdahulu seperti Hamirdin dan Nordin (2000) dan Tuan Pah Rokiah dan Hamidi (2001) adalah disebabkan oleh aktiviti kumbahan penduduk atau bahan domestik dan industri.

Kualiti air sungai yang tercemar menampakkan ketidakmampanan alam sekitar dan kehidupan sosial masyarakat. Sekiranya ianya berterusan berlaku, sekaligus ianya akan menjejaskan kualiti kehidupan generasi akan datang. Di dalam Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar yang disediakan oleh Ketua-Ketua Kerajaan Komenwel di Langkawi pada 21 Oktober 1989, ada menyatakan bahawa disebabkan masalah alam sekitar semakin meruncing dan mengancam, apa jua kelewatan mengambil tindakan untuk membenteras keadaan yang meruncing itu akan mengakibatkan kerosakan yang kekal (Salleh, 2002).

Kertas kerja ini mencuba untuk menjelaskan punca-punca sebenar pencemaran sungai di kawasan setinggan di samping mengukur kadar potensi setinggan mencemarkan sungai menggunakan pendekatan Analisis Keputusan Multi-kriteria (MCDA).

1

Dibentangkan di Seminar Antarabangsa Ke-3: Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Lingkungan 2010, pada 20-21 September 2010, bertempat di Hotel Pangeran, Pekanbaru, Riau, INDONESIA.

(2)

2 Organisasi penulisan dibahagikan kepada 3 bahagian utama: isu pencemaran sungai di kawasan setinggan; ciri-ciri sosioekonomi dan fizikal setinggan yang cenderung mencemarkan sungai; dan pendekatan Analisis Keputusan Multi-kritera bagi analisis pengaruh ciri-ciri sosioekonomi dan fizikal setinggan terhadap pencemaran sungai di sekitarnya.

2.0 ISU PENCEMARAN SUNGAI DI KAWASAN SETINGGAN

Setinggan adalah antara masalah bandar yang terpaksa dihadapi oleh kebanyakan negara di seluruh dunia seperti Filipina, Thailand, India, Myammar, China dan juga Malaysia. Sebagai definisinya, setinggan adalah suatu kawasan/ bangunan yang didiami, mahupun orang yang mendiami kawasan tersebut secara haram dan melalui hidup dengan serba kekurangan dari segi kemudahan dan mewujudkan persekitaran yang daif (Wegelin 1978; Lauria dan Whittington 1989); Mohd. Nor 2000; Kanun Tanah Negara 1965).

Di Malaysia, kewujudan petempatan setinggan diketahui sejak 1900 lagi, tetapi selepas tahun 1920-an setinggan menjadi sebuah petempatan yang lebih tertonjol kesan daripada perubahan sosial dan ekonomi (Michael, 1983). Namun, fenomena ini mula mendapat perhatian pengkaji selepas tahun 1970-an (USM, 2000).

Faktor kewujudan petempatan setinggan adalah manifestasi dari masalah kemiskinan bandar (Noor Sharifah dan Abu Salehak, 1998). Ini kesan daripada faktor tarikan di bandar yang menggalakkan penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar (Ahris et. al., 2000). Ini termasuk peluang-peluang pekerjaan, kemajuan taraf hidup dan kemudahan yang lengkap. Implikasinya, sektor-sektor bandar tidak berupaya untuk menyerap keseluruhan buruh yang berhijrah dan secara tidak langsung mewujudkan masalah pengangguran serta penyediaan kemudahan asas khususnya perumahan yang mampu dimiliki di bandar (USM, 2000; Zainuddin, 2000). Maka, berbagai masalah yang dialami tersebut telah mendorong di kalangan yang berhijrah menduduki kawasan setinggan (USM, 2000; Nurizan dan Ahmad, 2001; Ahris et al., 2000). Situasi seperti ini berlaku bukan sahaja di Malaysia tetapi di Ibu Negara Amerika Latin (Lauria dan Whittington, 1989) dan di bandar-bandar di seluruh dunia.

Petempatan setinggan selalunya berhampiran tebing-tebing sungai yang kurang sesuai untuk kawasan perumahan (Khairuddin dan Low, 1995). Pemilihan kawasan biasanya dipengaruhi oleh faktor jarak yang hampir dengan tempat kerja kerana ini akan mengurangkan kos perjalanan ke tempat kerja (Khairuddin dan Low, 1995). Bagaimanapun, perletakan setinggan di tebing sungai berpotensi mencetus berbagai masalah berkaitan dengan alam sekitar seperti hakisan, banjir dan pencemaran air sungai (Ahris et al., 2000). Perkara ini ada kaitannya dengan taraf kehidupan di setinggan.

Secara umumnya, taraf kehidupan penduduk setinggan adalah rendah (Khairuddin, 1982). Ini dinilai terhadap keadaan persekitaran kediaman yang padat, kurang teratur dan daif, dan penyediaan kemudahan serba serbi lemah. Sebilangan besar penduduk juga tiada pelajaran formal dan kebanyakannya hanya berpendidikan sekolah rendah (USM, 2000). Taraf kesihatan penduduk setinggan juga adalah rendah (Khairuddin, 1982). Dengan taraf pendidikan dan kesedaran tentang kesihatan juga rendah sudah tentu kefahaman tertahap kesedaran alam sekitar juga lemah (Zainuddin, 2000). Ini dibuktikan dengan aktiviti harian penduduk di setinggan yang menghasilkan aktiviti pencemaran seperti pembuangan sampah-sarap dan pengaliran kumbahan terus ke sungai (IPASA, 2002). Kesannya, sungai-sungai yang berada berhampiran dengan kawasan setinggan mengalami pencemaran yang serius (IPASA, 2002; Musa, 1999). Ilustrasi kedaifan persekitaran dan pencemaran sungai di kawasan petempatan setinggan boleh ditunjukkan pada Foto 1.

(3)

pengumpulan sampah yang sistematik dan berada di luar pengawasan pihak berkuasa tempatan.

Foto 1: Persekitaran dan pencemaran sungai di kawasan setinggan

Sebelum itu lagi, Murad (1989) di dalam kajiannya ke atas sungai yang sama juga mendapati bahawa guna tanah setinggan telah menjana pencemaran air sungai Skudai. Ini berikutan parit kecil, anak sungai dan Sungai Skudai dijadikan sebagai tempat pembuangan sampah sarap dan penyaluran air basuhan, air mandian, air dapur dan najis tanpa rawatan. Kajian Koh (1984) juga mendapati punca pencemaran air dari guna tanah perbandaran disebabkan oleh kelemahan sistem pembetungan dan tiadanya sistem pelupusan kumbahan yang sempurna terutama di kawasan perumahan lama dan setinggan.

Berasaskan kepada hasil penemuan daripada kajian-kajian yang dikemukakan tersebut, gambaran tingkah laku penduduk setinggan sebagai penyebab pencemaran sungai di sekitarnya boleh tunjukkan pada Rajah 1. Rajah tersebut menjelaskan bahawa kesan daripada kepadatan penduduk setinggan yang tinggi telah menghasilkan banyak bahan-bahan pencemaran seperti buangan sisa pepejal dan sisa kumbahan. Lebih buruk lagi apabila bahan-bahan pencemaran tersebut seterusnya disalurkan terus ke sungai kerana tiadanya sistem pembuangan sampah dan perparitan yang baik ditambah dengan tahap kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran dan sungai yang rendah.

(4)

4 Rajah 1: Gambaran tingkah laku penduduk setinggan menjadi penyebab pencemaran

sungai

3.0 CIRI-CIRI SOSIO-EKONOMI DAN FIZIKAL DI KAWASAN

SETINGGAN YANG CENDERONG MENCEMARKAN SUNGAI

Ramai pengkaji yang menemukan bahawa punca-punca pencemaran sungai di sekitar setinggan adalah berkait rapat dengan faktor sosioekonomi dan fizikal setinggan seperti Rosario (1995), Ab Aziz et. Al. (2000), Salleh (2002), IPASA (2002), Rasmussen (2001, 2003), dan Daniere dan Takahashi (1999).

Rosario (1995), Ab Aziz et.al (2000) dan Salleh (2002) sama-sama bersetuju bahawa pencemaran sungai di kawasan setinggan adalah berkait rapat dengan kepadatan penduduk yang tinggi, kelemahan sistem pembuangan sampah, dan ketidaksempurnaan kemudahan rawatan najis sehingga berlaku kesukaran untuk menguruskan bahan-bahan buangan yang banyak dan mengambil sikap mudah dengan membuangnya ke dalam sungai.

Rasmussen (2001) (lihat juga Rasmussen et al., 2003) berasaskan kepada suatu kajian ke atas petempatan setinggan di Sungai Skudai, Johor Malaysia telah merumuskan ciri-ciri sosioekonomi dan fizikal di kawasan setinggan yang menjadi punca pencemaran sungai, iaitu:

b. taraf kehidupan rendah (miskin), tahap pendidikan rendah dan mengamalkan aktiviti ekonomi yang informal;

c. tiada pusat kumpulan sampah dan jalan untuk perkhidmatan pengangkutan sampah sehingga penduduk setinggan menggunakan sungai sebagai tempat membuang sampah dan membuat pembakaran terbuka berleluasa;

d. tahap kesedaran alam sekitar rendah sehingga sinonim dikenali sebagai petempatan yang kotor dengan sampah di merata-rata tempat, tiada sistem pengurusan sampah tersusun dan sungai di sepanjang setinggan dipenuhi pelbagai jenis bahan buangan dan kotor serta tercemar; dan

f. tingkah laku yang kurang mengambil berat tentang kebersihan persekitaran dipengaruhi oleh kawasan kampung setinggan yang besar, daif, padat, kurang tersusun dan serba serbi kekurangan.

(5)

b. semakin baik seseorang individu dalam pencapaian akademik, maka semakin tinggi hasrat mereka untuk melibatkan diri dalam usaha-usaha meningkatkan kualiti hidup komuniti seperti memastikan kebersihan kualiti air minuman terjamin dan membuang sisa pepejal di tempat yang disediakan; dan

c. ¼ responden yang dikaji menjawab bahawa pencemaran air sungai adalah akibat daripada pembuangan kumbahan (najis) tanpa rawatan ke saluran najis terbuka.

Berasaskan kepada perbincangan di atas, punca-punca pencemaran sungai di kawasan setinggan boleh disebabkan sama ada faktor luaran mahupun dalaman. Ini termasuklah tahap pendidikan dan kesedaran alam sekitar yang rendah, tiada sistem perparitan dan pembuangan sampah yang teratur, kepadatan penduduk yang tinggi dan rumah-rumah yang tidak tersusun, cara hidup masyarakat yang membuang sampah sarap dan menyalurkan kumbahan (air basuhan, najis) ke sungai, aktiviti sosioekonomi dan persekitaran fizikal (seperti pembinaan rumah di tepi sungai) dan sosial dan seumpamanya. Hubungkait di antara ciri-ciri tersebut boleh diilustrasikan seperti Rajah 2.

Rajah 2: Perkaitan punca-punca pencemaran sungai di kawasan setinggan

Berikutan daripada faktor-faktor yang dinyatakan di atas, sebanyak 7 faktor (kriteria) yang boleh dirumuskan dan akan dinilai bagi analisis pengaruh ciri-ciri sosioekonomi dan fizikal setinggan terhadap pencemaran sungai. 7 faktor tersebut ialah:

a. PJS : pengaruh jarak setinggan; b. KP : kepadatan kediaman; c. TP : tahap pendidikan;

d. AEK : aktiviti ekonomi penduduk dan ciri-ciri fizikal kawasan setinggan; e. KAS : kaedah kumbahan air sisa;

f. TAS : tahap kesedaran/ilmu alam sekitar; dan g. KPS : kaedah pembuangan sampah.

Kaedah dan proses pelaksanaan analisis berkenaan akan dijelaskan dengan lebih lanjut pada bahagian seterusnya.

4.0 PENDEKATAN MCDA BAGI ANALISIS PENGARUH CIRI-CIRI

SOSIOEKONOMI DAN FIZIKAL SETINGGAN TERHADAP

(6)

6 Bahagian ini akan membincangkan mengenai analisis dan penemuan pengaruh kawasan setinggan terhadap pencemaran sungai di sekitarnya berasaskan kepada pendekatan MCDA. Perbincangan ini akan meliputi pengenalan kepada MCDA, kaedah analisis, analisis dan keputusan.

4.1 Pengenalan Kepada MCDA

Secara umumnya, MCDA boleh didefinisikan sebagai suatu pendekatan statistik yang mempunyai berupaya untuk menyelesaikan berbagai masalah pembuatan keputusan (decision problem) disebabkan oleh berbagai faktor (multi-kriteria) (Malczewski, 1999a). Kaedah ini digunakan secara meluas di dalam berbagai-bagai bidang termasuk bidang perancangan, arkitek, akauntan, komputer, kesihatan, pemasaran, pengangkutan, politik dan sebagainya untuk membuat keputusan tertentu (Malczewski, 1999a; Voogd, 1983). Store and Kangas (2001) menegaskan bahawa tujuan utama penggunaan kaedah MCDA adalah untuk menyediakan asas untuk bagi pembuatan keputusan tentang pemilihan alternatif penyelesaian berdasarkan berbagai kriteria yang dijadikan pertimbangan.

Strategi asas yang dilaksanakan di dalam kaedah MCDA untuk menyelesaikan masalah pembuatan keputusan ialah dengan membahagikan masalah kepada bahagian-bahagian yang kecil, bahagian-bahagian yang boleh difahami dan boleh dianalisis, dan mengintegrasikan bahagian-bahagian tersebut kepada tingkah laku logik untuk menghasilkan penyelesaian yang berguna (Malczewski, 1999a).

Ada beberapa kaedah atau teknik MCDA yang dibangunkan. Teknik tersebut seperti simple additive weighting methods (SAW), concordance analysis, ideal-point analysis, dan analytic hierarchy process (AHP) (Malczewski, 1999a; Jankowski, 1995). Analisis bagi kertas kerja ini adalah berasaskan kepada teknik AHP.

AHP telah dibangunkan oleh Profesor Saaty di sekitar tahun 1970-an lagi. Teknik ini mempersembahkan fungsi yang fleksibal di dalam menyelesaikan berbagai masalah pembuatan keputusan sama ada melibatkan faktor-faktor yang bersifat kuantitatif (tangible) mahupun kualitatif (intangible) (Malczewski, 1999a; Klungboonkrong and Taylor, 1999; Banai-Kashini, 1989). Teknik ini mudah dilaksanakan, tahap ketepatan yang tinggi, mempunyai teori yang kukuh, dan lebih penting ianya menyediakan fungsi untuk menilai ketidaktentuan penilaian atau ketepatan penilaian yang dibuat oleh pakar (Malczewski, 1999a; Jankowski, 1995; Banai-Kashini, 1989). Maka sebab itu teknik ini dikatakan lebih popular berbanding dengan teknik-teknik MCDA yang lain (Malczewski, 1999a, 1999b; Klungboonkrong and Taylor, 1999).

4.2 Kaedah Analisis

Proses pelaksanaan analisis melibatkan 2 peringkat utama: (a) penentuan tahap keutamaan faktor (kriteria) dan kawasan setinggan (alternatif), (c) penentuan nilai keseluruhan bagi menjelaskan pengaruh ciri-ciri sosioekonomi dan fizikal setinggan terhadap pencemaran sungai. Untuk itu, seperti perbincangan awal, sebanyak 7 kriteria yang akan dinilai untuk menjayakan analisis ini. Sementara itu, sebanyak 10 petempatan setinggan yang dipilih. Perbincangan lanjut mengenai kaedah pelaksanaan analisis adalah diperincikan seperti berikut:

4.2.1 Kawasan Kajian

Analisis melibatkan 10 petempatan setinggan yang berada di sepanjang Sungai Segget dan Tebrau Johor Malaysia. Taburan 10 petempatan setinggan tersebut boleh ditunjukkan seperti Rajah 3. 10 Petempatan tersebut ialah Kangkar Tebrau Kanan, Kangkar Tebrau Kiri, Kangkar Tebrau Lama, Bunga Ros, Pandan Baru, Melayu Pandan, Tok Siak, Dato’ Hajah Hasanah, Saujana Baru dan Plentong Baru. Kebanyakan petempatan-petempatan tersebut sudah wujud sejak awal tahun 1980-an lagi.

(7)

Rajah 3: Kedudukan taburan kawasan-kawasan setinggan kajian

4.2.2 Kaedah Penentuan Tahap Keutamaan Kriteria dan Alternatif

Kerja-kerja penentuan atau pengiraan nilai pemberat bagi setiap kriteria dan alternatif adalah menggunakan kaedah Pairwise Comparison Method (PCM). Kaedah ini juga dibangunkan oleh Profesor Saaty (1980) sebagai satu alat untuk mengira nisbah matrik (matrix ratio) di dalam AHP. Untuk tujuan pengiraan tersebut, sebanyak 8 jadual matrik dibangunkan. Satu jadual matrik (dengan saiz perbandingan matrik=21) adalah untuk pengiraan nilai pemberat kriteria dan 7 jadual matrik lagi (dengan saiz perbandingan matrik=45) adalah untuk pengiraan nilai pemberat alternatif mengikut setiap kriteria.

Pengiraan tersebut akan menghasilkan nilai pemberat kriteria (priority vector), nilai pemberat alternatif (local weights), vektor ketekalan, indeks ketekalan (CI) dan nisbah ketekalan (CR). Nilai CR adalah untuk menentukan sama ada nilai pemberat kriteria dan alternatif yang dihasilkan boleh diterima ataupun tertolak. Sekiranya nilai CR < 0.10 (10% konsistensi), nilai skala nisbah yang diberikan kepada setiap kriteria adalah munasabah dan nilai priority vector adalah boleh diterima (Saaty, 1980). Sebaliknya, apabila CR 〈 0.10, menunjukkan pertimbangan nilai skala nisbah tersebut tidak konsisten. Apabila situasi ini berlaku, maka nilai skala nisbah di dalam jadual matrik perlulah ditukar semula sehingga CR < 0.10. Namun demikian, terdapat juga keadaan di mana nilai CR boleh sehingga 20% tahap konsistensi.

Kaedah pemberian nilai skala nisbah di dalam jadual matrik PCM kepada setiap kriteria untuk mencari nilai pemberat kriteria (priority vector) adalah dilakukan secara andaian berasaskan tahap pengaruh dan perkaitan di antara kriteria-kriteria tersebut menyebabkan pencemaran sungai. Oleh itu, sebelum pemberian nilai skor (skala nisbah), tahap pengaruh kriteria-kriteria terhadap pencemaran sungai dinilai dan disusun mengikut keutamaan. Pemberian nilai skala nisbah adalah berasaskan kepada skala nilai yang dibangunkan oleh Saaty iaitu dari 1 hingga 9 (Jadual 1). Sebagai contoh, sekiranya faktor A didapati strong importance berbanding dengan faktor B, maka A=5, dan B=1/5. Ia dihitung secara timbal balik (reciprocal).

Jadual 1: Skala nisbah untuk PCM Tahap

Kepentingan

(8)

8 1 Equal importance

2 Equal to moderate importance 3 Moderate importance

4 Moderate to strong importance 5 Strong importance

6 Strong to very strong importance 7 Very strong importance

8 Very to extremely strong importance 9 Extreme importance

Sumber: Saaty (1980), Lihat juga Saaty et al.,1985

Sementara itu, penentuan dan pemberian nilai skala nisbah ke atas setiap kriteria bagi setiap alternatif (kawasan setinggan) juga adalah berasaskan andaian. Bagaimanapun, andaian tersebut dilakukan berasaskan kepada maklumat-maklumat yang dihasilkan daripada soal selidik (maklumatnya tidak dikemukakan dalam kertas kerja ini dan boleh dirujuk pada Rashid, 2005), kaedah pengamatan di tapak dan gabungan kedua-dua kaedah tersebut supaya penilaian secara menyeluruh (overall evaluation) boleh dilakukan. Andaian tersebut menyatakan bahawa setiap kawasan setinggan (alternatif) yang mempunyai kriteria-kriteria yang memenuhi ciri-ciri tertentu yang ditetapkan akan diberikan nilai skor yang tertinggi dan begitulah sebaliknya.

4.2.3 Kaedah Penentuan Nilai Keseluruhan

Pengiraan untuk mendapatkan nilai pemberat keseluruhan (overall weights) dilakukan setelah nilai pemberat setiap kriteria dan nilai pemberat alternatif mengikut kriteria diperolehi. Nilai “overall weights” merupakan nilai akhir (final output) menggunakan MCDA bagi pelaksanaan analisis pengaruh ciri-ciri sosioekonomi dan fizikal setinggan menyebabkan pencemaran sungai di sekitarnya. Daripada nilai akhir yang dihasilkan, kawasan-kawasan setinggan yang mempunyai nilai “overall weights” tertinggi adalah mempunyai kadar potensi (pengaruh) tertinggi menyebabkan pencemaran sungai.

4.3 Analisis and Keputusan

Mengguna pakai kaedah MCDA berasaskan kepada AHP, keputusan analisis pengaruh ciri-ciri sosioekonomi dan fizikal setinggan terhadap pencemaran sungai dipecahkan kepada 3 bahagian seperti berikut:

4.3.1 Keputusan Keutamaan Kriteria

Seperti yang diterangkan di atas, satu jadual matrik PCM yang dibangunkan untuk mengukur tahap keutamaan di antara 7 kriteria. Pemberian nilai skala nisbah bagi mengukur tahap keutamaan di antara 7 kriteria tersebut terhadap pencemaran sungai adalah ditunjukkan pada Jadual 2.

Jadual 2: Pemberian nilai skala nisbah

PJS KP TP AEK TAS KAS KPS

(9)

Jadual 3: Keputusan tahap keutamaan kriteria (priority vector)

PJS KP TP AEK KAS TAS KPS CR

Nilai Pemberat kriteria 0.050 0.039 0.276 0.089 0.216 0.160 0.172 0.007

Jadual 3 menunjukkan kriteria TP mempunyai nilai tahap keutamaan yang tertinggi iaitu 0.276, diikuti KAS (0.216), KPS (0.172), TAS (0.160), AEK (0.089), PJS (0.050) dan kriteria yang mempunyai tahap keutamaan terendah ialah KP (0.039). Semua nilai-nilai priority vector yang dikemukakan tersebut adalah boleh diterima kerana nilai nisbah ketekalan (CR) ialah < 0.1.

4.3.2 Keputusan Keutamaan Alternatif

Keutamaan alternatif (local weights) adalah merujuk kepada kadar potensi (pengaruh) kawasan-kawasan setinggan yang dikaji menyebabkan pencemaran sungai di sekitarnya. Sebagaimana yang telah dibincangkan di atas, pengukurannya adalah berasaskan kepada 7 kriteria yang terdiri daripada ciri-ciri sosioekonomi dan fizikal yang terdapat pada setiap kawasan setinggan tersebut.

Untuk itu, 7 jadual matrik PCM telah dibangunkan. Hasil pengiraan terhadap 7 jadual matrik tersebut, nilai-nilai local priority boleh dirumuskan seperti Jadual 4.

Jadual 4: Nilai local priority mengikut kawasan-kawasan setinggan

PJS KP TP AEK TAS KAS KPS CR

Alternatif/

Kriteria 0.05 0.04 0.28 0.09 0.22 0.16 0.17 0.007

S1 0.13 0.07 0.03 0.07 0.06 0.10 0.09

Nota: Semua nilai CR < 0.1, maka nilai pemberat kriteria dan nilai pemberat alternatif adalah diterima.

PJS=Pengaruh jarak setinggan; KP=Kepadatan kediaman; TP=Tahap pendidikan; AEK=Aktiviti ekonomi penduduk dan ciri-ciri fizikal kawasan; KAS=Kaedah kumbahan air sisa; TAS=Tahap kesedaran/ ilmu alam sekitar; dan KPS=Kaedah pembuangan sampah.

SI=Kangkar Tebrau Kiri; S2=Kangkar Tebrau Tengah; S3=KangkarTebrau Lama; S4=Taman Bunga Ros; S5=Kampung Pandan Baru; S6=Kampung Melayu Pandan; S7=Dato’ Hajah Hasanah; S8=Tok Siak; S9=Saujana Baru dan S10=Plentong Baru.

(10)

10 Bagaimanapun, keputusan akhir adalah berasaskan nilai pemberat keseluruhan yang akan dibincangkan di bawah.

4.3.3 Keputusan Pemberat Keseluruhan

Daripada pengiraan yang dibuat menggunakan perisian Microsoft EXCEL keputusan overall weights adalah seperti Jadual 5.

Jadual 5: Nilai pemberat keseluruhan dan ranking tahap pengaruh 10 kawasan setinggan yang dikaji terhadap pencemaran sungai

Tahap Hasil Darab Nilai Pemberat Kriteria dan

Alternatif

Paparan pada Jadual 5 adalah merupakan output akhir bagi analisis kadar potensi 10 kawasan setinggan yang dikaji menyebabkan pencemaran sungai di sekitarnya. Didapati S8 yang mempunyai kadar potensi tertinggi menyebabkan pencemaran sungai di sekitarnya iaitu 18.18 peratus, diikuti oleh S7 13.28 peratus, S5 10.86 peratus dan seterusnya S3 mempunyai kadar potensi terendah dengan 7.02 peratus. Ini secara langsung menjelaskan bahawa punca-punca pencemaran sungai utama banyak terdapat di S8 (Tok Siak), sementara di S3 mempunyai ciri-ciri sosioekonomi dan fizikal yang kecenderungan rendah untuk menyebabkan pencemaran sungai di sekitarnya.

5.0 CADANGAN DAN PENUTUP

Berasaskan kepada keupayaan kaedah MCDA, kertas kerja ini telah menemukan punca-punca utama yang menyebabkan pencemaran sungai di kawasan setinggan atau sekitarnya, iaitu tahap pendidikan penduduk yang rendah, kaedah pembuangan sisa pepejal yang lemah, kaedah pembuangan sampah yang rendah, tahap kesedaran alam sekitar yang rendah, aktiviti ekonomi penduduk dan ciri-ciri fizikal kawasan setinggan yang daif, faktor jarak setinggan yang dekat dengan sungai dan tahap kepadatan penduduk yang tinggi. Berasaskan kepada penemuan tersebut jelas membuktikan bahawa ciri-ciri sosioekonomi dan fizikal setinggan mempunyai kaitan langsung dengan faktor pencemaran sungai. Hal ini sekaligus menjelaskan juga bahawa pencemaran sungai mempunyai kaitan langsung dengan tingkah laku manusia secara disedari mahupun tidak. Oleh yang demikian, usaha ke arah peningkatan semula kualiti air sungai bukan suatu kerja yang mudah, lebih-lebih lagi untuk mengawal pencemaran dari berterusan berlaku. Ini berikutan sikap atau tingkah laku manusia amat agak sukar untuk dibentuk mahupun untuk dididik supaya menghargai sungai.

(11)

Rajah 4: Model pengawalan pencemaran sungai di kawasan setinggan

Rajah 4 di atas menunjukkan cadangan model pengawalan pencemaran sungai di kawasan setinggan. Langkah-langkah yang dicadangkan untuk melaksanakan model tersebut adalah seperti berikut:

a. membuat pengukuran kualiti air sungai di lokasi-lokasi di kawasan setinggan dari masa ke semasa untuk mengetahui status kualiti air sungai;

b. memantau punca-punca pencemaran sungai seperti yang dirumuskan di dalam kertas kerja ini; dan

c. membangunkan sistem pangkalan data berasaskan GIS bagi menyimpan maklumat sungai (rangkaian sistem sungai, stesen persampelan, data kualiti air, maklumat setinggan (kedudukan dan taburan setinggan, nama, jumlah unit, jumlah penduduk), dan maklumat punca-punca pencemaran (lokasi dan jenis punca-punca pencemaran yang didapati daripada analisis).

Dengan mengguna pakai model ini, tahap kualiti air dan punca-punca pencemaran (aktiviti-aktiviti pencemaran) boleh dikawal dari masa ke semasa. Pihak pelaksana model adalah terdiri daripada pihak kerajaan khususnya pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama badan-badan swasta (NGO) serta penyertaan oleh penduduk tempatan. Sebagai langkah terakhir (strategi jangka panjang), sekiranya kawasan-kawasan setinggan yang didapati masih mencemarkan sungai perlu ditempatkan semula. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan program pencegahan dan peningkatan semula kualiti air sungai yang telah tercemar termasuklah di kawasan-kawasan setinggan.

(12)

12 Ab Aziz Abdul Latiff, Ahmad Tarmizi Abd Karim dan Zawawi Daud (2000). Model Kualiti

Air Sungai Semberong Menggunakan Perisian QUAL2E – Kajian Kes. Laporan Akhir Projek Jangka Pendek, No. Vot: 71358, Institut Teknologi Tun Hussein Onn. Ahmad Zamani Abd Aziz (2001). Kesan Rumah Setinggan Terhadap Alam Sekitar: Kajian

Kes: Kualiti Air Sungai Di Johor Bahru / Skudai. Universiti Teknologi Malaysia:Tesis Sarjana Muda.

Ahris Yaakup, Amiruddin Abu Bakar, Nor Azilah Yahaya dan Omai Kalsum Hj. Taib (2000). Taburan dan Ciri-Ciri Kawasan Perumahan Kos Rendah dan Setinggan Di Wilayah Lembah Klang. Kertas Kerja 4 dalam Siri Bengkel Stakeholders AGISwlk – Bil. (2). (Penduduk & Sosio-Ekonomi, Perumahan Kos Rendah & Setinggan dan Alam Sekitar).

Banai-Kashani, R. (1989). A new method for site suitability analysis: The Analytic Hierarchy Process. Environmental Management, 13(6), 685-693.

Berita Harian (5 Januari 2000). Bertajuk: Sungai Tercemar Kini Jadi Daya Tarikan.

Daniere, A.G. and Takahashi, L.M. (1999). Environmental Behavior in Bangkok, Thailand: A Portrait of Attitudes, Values, and Bahavior. Economic Development and Cultural Change. April 1999, 47, 3, ABI/INFORM Global: 525-557.

Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rakiah Syed Hussain (2001). Pengurusan Alam Sekitar dan Permasalahannya Di Malaysia. Sintok: Universiti Utara Malaysia. 47-62.

Hamirdin Ithnin dan Nordin Sakke (2000). River Basin Management and The Quality of Surface Water: A Case of River Linggi Basin, Negeri Sembilan, Malaysia. Kertas Kerja di Seminar Antarabangsa: Environmental Management Issues and Challenges in Malaysia. 25-26 Julai 2000, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hardoy, J.E. and Satterthwaite, D, (1989). Squatter Citizen: Life In The Urban Third World. London, Erthscan Publications LTD.

IPASA (2002). Final Report: Study on pollution prevention and water quality improvement of Sg. Segget and Sg. Tebrau Johor. UTM, Skudai.

Jabatan Alam Sekitar (1995). Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1995. Kuala Lumpur, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Jabatan Alam Sekitar (1996). Malaysia Environmental Quality Report 1996. Kuala Lumpur, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Jabatan Alam Sekitar (1997). Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1997. Kuala Lumpur, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Jabatan Alam Sekitar (1998). Laporan Kualiti Alam Sekeliling 1998. Kuala Lumpur, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2000). Dasar, Program dan Langkah Penempatan Semula Setinggan. Kertas Kerja Seminar Pengawalan dan Penempatan Semula Setinggan Seluruh Malaysia. Kuala Lumpur: Anjuran kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Universiti Sains Malaysia.

Jankowski, P. (1995). Integrating Geographical Information Systems and Multiple Criteria Decision Making Methods. International Journal of Geographical Information Systems. 9(3): 251-273

Khairuddin Yusof (1982). Sang Kancil- Care for the Urban Squatters in Malaysia. World Health Forum. 3(3): 278-281

Khairuddin Yosuf dan Low Wah Yun (1995). Healthy Self-Sustaining Communities for Squatters. In ISI-SEACEUM 2: Azman Awang, Mahbob Salim and Halldane, J.F. eds. Towards a Sustainable Urban Enviroment in Southeast Asia. UTM, ISI, no. (6): 71-92.

(13)

Lauria, D.T., and Whittington, D. (1989). Planning in Squatter Settlements: An Interview with a Community Leader. The World Bank, Washington, DC.

Malaysia (1998-1999). Laporan Kualiti Alam Sekeliling. Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia.

Malaysia (2001). Laporan Perangkaan Alam Sekitar. Jabatan Perangkaan Malaysia.

Malczewski, J. (1999a). Spatial Multicriteria Decision Analysis. In: Thill, J-C. Ed. Spatial Multicriteria Decision Making and Analysis: A Geographic Information Sciences Approach. England: Ashgate Publishing Ltd.: 11-48.

Malczewski, J. (1999b). GIS and Multicriteria Decision Analysis. John Wiley & Sons, Inc. Michael, H. and Emmanual, J. (1990). Squatters Right and Urban Development- An Economic Perspective. Economica. The London School of Economics and Political Science. February 1991, vol. 58. no. 299: 79-92.

Michael, J. (1983). Urban Squatting and migration in Peninsular Malaysia. International Migration Review, Centre for Migration Studies of New York 1983. vol. 17, no. 2: 291-322

Mohd. Nor Bador (Dato’) (2000). Pendekatan Kerajaan Negeri Selangor Dalam Menangani Setinggan. Kertas Kerja Seminar Pengawalan dan Penempatan Semula Setinggan Seluruh Malaysia. Kuala Lumpur. Anjuran kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Universiti Sains Malaysia.

Mohd Rosli Bin Mohd Nor (2001). Kesan Rumah Setinggan Terhadap Alam Sekitar: Kualiti Air Sungai Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda Kejuruteraan Awan.

Murad Haji Husin (1989). Pendekatan Perancangan Guna Tanah Dalam Mengawal Pencemaran Air, kajian Kes: Sungai Skudai, Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Musa Muhamed (1999). Penilaian Kesan Perubahan Guna Tanah Terhadap Kualiti Air Sungai Menggunakan Kaedah Sistem Maklumat Geografi. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Noor Sharifah Sutan Saidi dan Abu Salehak Musa (1998). Masalah Sosial Semasa: Apakah Peranan Jururancang Bandar. Dalam Jurnal Alam Bina, Mac 1998, UTM: 42-49. Nurizan Yahya dan Ahmad Hariza Hashim (2001). Perumahan dan Kediaman. Serdang:

Universiti Putra Malaysia. 1-3.

Rashid, M. F. A. (2005). Pengintegrasian model simulasi/ kualiti air dan Sistem Maklumat Geografi menggunakan pendekatan Analisis Keputusan Multi-kriteria dalam kajian kesan guna tanah setinggan terhadap kualiti air. Unpublished Master Thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia.

Rasmussen, U. (2001). Squatters at Skudai River: A Case Study a Squatters Settlement at Skudai River in Johor State, Malaysia. Roskilde University Centre, Denmark in co-operation with UTM Skudai: Tesis Sarjana.

Rasmussen, U., Eddy Soedjono, Zaini Ujang, Whiston, T. and Lund, S. (2003). River Pollution of Sungai Skudai: The Case of Squatter Settlement in Johor Bahru. Kertas Kerja Seminar, Universiti Teknologi Malaysia.

Rosario, E. (1995). Recent Directions in Philippine Urban Environment Policy. In ISI-SEACEUM 2: Azman Awang, Mahbob Salim Halldane, J.F. eds. Towards a Sustainable Urban Enviroment in Southeast Asia. UTM, ISI, vol. (24): 269-275. Saaty, T.L. (1980). The Analytic Heirarchy Process. New York: McGraw-Hill.

Saaty, T.L, Kearns, K.P. (1985). Analytical Planning: The Organisation of Systems. Oxford. New york. Toronto. Sydney. Frankfurt, Pergamon Press.

Saleh Buang (Hj.) (2002). PBT dan Alam Sekitar: Undang-undang dan Alam Sekitar. Kertas Kerja Seminar: Seminar Kebangsaan Perancangan Bandar & Wilayah ke 20. Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah, UTM, Skudai.

(14)

14 Tuan Pah Rokiah Syed Hussain dan Hamidi Ismail (2001). Pencemaran Kualiti Air Sungai

Pasir Di Sungai Petani, Kedah. Laporan Penyelidikan: Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Universiti Sains Malaysia (2000). Kajian Pengawalan dan Petempatan Semula Setinggan Peringkat Nasional Bahagian II, Draf Laporan Akhir Negeri Johor. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Universiti Sains Malaysia.

Voogd, H. (1983). Multicriteria Evaluation for Urban and Regional Planning. London: Pion. Wegelin, E.A. (1978). Urban Low-Income Housing and Development, A Case Study in

Peninsular Malaysia. Laidan/Boston. 120-138

Zainuddin Abdul Rahman (2000). Kemiskinan Bandar dan Permasalahan Setinggan. Kertas Kerja Seminar Pengawalan dan Penempatan Semula Setinggan Seluruh Malaysia. Kuala Lumpur. Anjuran kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Universiti Sains Malaysia.

Zainuddin Shamsuddin (1994). Land Use and Socio-Economic Consideration in the Classifacation of the Sungai Rompin and Sungai Perlis. Kertas Kerja yang dibentangkan di Symposium on Water Quality Management, 19-21 Oktober 1994, Kuala Lumpur.

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk menghitung dan menganalisis model regresi dengan metode kuadrat terkecil biasa jika dibandingkan.. dengan regresi kuadrat

|jejakseribupena.com, Soal dan Solusi SIMAK UI Matematika Dasar, 2010

Faktor waktu inkubasi merupakan faktor yang penting untuk menghasilkan asam asetat karena semakin lama inkubasi, mikroorganisme yang digunakan dalam suatu proses

Guru menggali informasi siswa terkait teks menghubungkan dengan dunia, diri siswa, dan buku yang pernah dibaca siswa (bagaimana jika musim kemarau datang, apa tanda-tanda musim

Telah selesai bimbingan dan siap untuk dilaksanakan Ujian Skripsi/Ujian Komprehensif, oleh karena itu kami mohon ditetapkan Surat Keputusan Ujian Skripsi atas nama

Tujuan yang diharapkan terda- pat beberapa kendala sehingga belum dapat terwujud sepenuhnya, adapun kendala yang sering terjadi adalah pendataan dan pencatatan yang

Menimbang : bahwa untuk melaksanakan ketentuan Pasal 317 ayat (1) Undang-Undang Nomor 23 Tahun 2014 tentang Pemerintahan Daerah sebagaimana telah diubah beberapa

SISTEMATIKA PROPOSAL PENELITIAN KAJIAN PUSTAKA COVER JUDUL LEMBAR PENGESAHAN KATA PENGANTAR DAFTAR ISIB. DAFTAR TABEL (jika ada) DAFTAR GAMBAR