• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penerapan nilai nilai islam ke arah peng

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penerapan nilai nilai islam ke arah peng"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 Pendahuluan

Umum diketahui seluruh dunia, Malaysia adalah sebuah Negara Islam. Sistem pentadbiran awam dan pengurusan di Malaysia dar segi sejarahnya lebih banyak dipengaruhi konsep pentadbiran dan pengurusan yang berasaskan kepada kolonial Inggeris. Oleh itu, sistem pentadbiran dan pengurusan di Malaysia merupakan waris birokrasi penjajah, maka sistem pentadbiran dan pengurusan kelihatan berbau keinggerisan bukan sahaja dari segi struktur juga cara bekerja dalam sesebuah organisasi.

Wawasan 2020 telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991, sewaktu persidangan Majlis Perdagangan Malaysia dan beliau telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk “Malaysia-The Way Forward”. Matlamat wawasan 2020 ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, dan kebudayaan menjelang tahun 2020.

Sebagai sebuah negara yang dikenali Negara Islam, dalam mencapai wawasan 2020, antara langkah tersebut ialah menjadikan pentadbiran dan pengurusan berteraskan Islam. Maka Malaysia kini dalam proses mengaplikasikan sistem pentadbiran dan pengurusan berasaskan ajaran Islam. Beberapa langkah dapat dilihat dalam menjayakan sistem dibawah ajaran Islam ini antaranya kerajaan kini mula menerapkan nilai-nilai Islam dalam pengurusan Negara.

(2)

2.0 Pengenalan Pengurusan Islam

Umum diketahui, sistem pengurusan ini sebenarnya sudah wujud sejak zaman purba lagi seperti zaman Mesir Kuno, zaman Jahiliyyah dan sebagainya. Sebagaimana yang kita maklum, sistem pengurusan Islam adalah satu sistem yang lengkap dan sistematik kerana sistem ini bersumberkan kepada Al-Quran dan as-Sunnah. Prinsip pengurusan yang sangat jelas, penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur disamping mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan bukan melihat aspek kebendaan dan keduniaan semata-mata. Beberapa sarjana-sarjana Islam telah mendefinisikan maksud pengurusan.

Menurut Ahmad Ibrahim Abu Sin, pengurusan adalah sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang menjadi pengurus. Manakala Muhammad A. Al-Buraey berpendapat bahawa pengurusan merupakan penyelaras tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.

Selain itu, Professor Syed Othman Alhabshi mendefinisikan pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.

Secara totalnya, pengurusan dapat ditakrifkan sebagai suatu proses penglibatan dan mengeksploitasi seumber (tenaga manusia, benda dan perkara berkaitan) supaya saling bekerjasama dan berfungsi dalam sebuah organisasi ke arah mencapai sesuatu objektif dan tujuan sama ada yang bermotifkan keuntungan atau tidak ia hendaklah selari dengan ketentuan-ketentuan Syariat Islamiah.

2.1 Sumber Pengurusan Islam

(3)

terbahagi kepada tiga iaiti ijtihad para Sahabat, penulisan Ulama` dan penulisan sarjana semasa.

2.1.1 Sumber Primer 1. Al-Quran

Al-Quran ialah wahyu Allah SWT kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaran Malaikat jibrail. Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat berdasarkan sesuatu peristiwa. Dalam pengurusan, ada beberapa ayat al-Quran berkaitan dengan dasar, taktik dan asas-asas pengurusan Islam seperti berikut.

1. Asas Ikatan Perjanjian (kontrak) dan tanggungjawab memenuhinya

Apabila seseorang individu diterima bekerja di sebuah organisasi, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh individu itu ialah mengisi dengan lengkap borang perjanjian atau surat tawaran bekerja dengan organisasi tersebut. Di dalam surat tersebut juga mengandungi beberapa syarat yang perlu dipatuhi dan peraturan-peraturan sebelum memulakan kerja. Firman Allah SWT:

ِدوُقُعْلاِب اوُف ْوأأ اوُنأمآ أنيِذّلا اأهّيأأ اأي

“Wahai orang yang beriman! Penuhilah serta sempurnakan perjanjian”(Al-Maidah:

1)

2. Asas Pemberian Ganjaran

Sebuah organisasi yang mengambil individu menjadi pekerjanya diwajibkan untuk memberi ganjaran kepada individu tersebut atas apa yang telah dikerjakannya. Jika majikan tidak memberikan ganjaran kepada pekerjanya maka ianya adalah suatu kesalahan di sisi undang-undang dunia mahupun agama. Berikut adalah ayat yang mewajibkan memberi ganjaran kepada pekerja yang berkhidmat.

Firman Allah Taa`la:

(4)

“Dan Bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang melainkan balasan

apa yang diusahakannya”. (Al-Najm: 39)

3. Asas Penentuan Matlamat Organisasi dan Nilai yang Wajib diikuti

Sesebuah organisasi sewajarnya memiliki matlamat yang jelas untuk dicapai oleh pekerjanya. Hal ini bertujuan agar pekerjanya lebih berusaha dalam mencapai matlamat tersebut di samping berlandaskan matlamat organisasi Islam iaitu kebaikan di dunia dan akhirat. Firman Allah Taa`la:

ِراّنلا أباأذأع اأنِق أو ًةأنأس أح ِة أرِخ ْلا يِف أو ًةأنأس أح اأيْنّدلا يِف اأنِتآ اأنّب أر ُلوُقأي ْنأم ْمُهْنِم أو

“Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami kebaikan didunia dan diakhirat dan peliharalah kami dari api neraka”. (Al-Baqarah: 201)

4. Asas Komunikasi dalam Organisasi

Komunikasi merupakan asas terpenting dalam sesebuah organisasi. Hal ini kerana komunikasi adalah penyebab sesuatu arahan dapat disampaikan dengan lebih jelas daripada majikan kepada pekerjanya.

Firman Allah Taa`la:

اًبي ِس أح ٍء ْيأش ّلُك ٰىألأع أناأك أ ّا ّنِإ ۗ اأهوّدُر ْوأأ اأهْنِم أنأس ْحأأِب اوّيأحأف ٍةّيِحأتِب ْمُتيّيُح اأذِإ أو

“Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan tersebut dengan lebih baik daripadanya, atau balaslah ia dengan

cara sama. Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung sesuatu”. (Al-Nisa`: 86)

5. Asas Pengurusan Sumber Manusia

Sumber manusia merupakan satu jabatan yang menguruskan tentang pengambilan pekerja serta bertanggungjawab dalam memastikan pekerja tersebut sentiasa bermotivasi.

(5)

ُنيِمأ ْلا ّيِوأقْلا أت ْرأجْأأتْسا ِنأم أرْيأخ ّنِإ ۖ ُه ْرِجْأأتْسا ِتأبأأ اأي اأمُهاأد ْحِإ ْتألاأق

“Salah Seorang perempuan itu pun berkata, Wahai Ayahku, ambillah dia sebagai orang upahan, sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil pekerja ialah

orang yang kuat lagi amanah”. (Al-Qasas: 26)

6. Asas Gesaan Bekerjasama dan Tolong-menolong antara satu sama lain

Hubungan antara jabatan dengan jabatan juga majikan dengan pekerja amatlah penting agar kerjasama seperti ini dapat terjalin disamping mudah mencapai tujuan dan matlamat sesebuah organisasi pengurusan khususnya Negara.

Firman Allah Taa`la:

ۖ أ ّا اوُقّتا أو ۚ ِِنا أوْدُعْلا أو ِمْثِ ْلا ىألأع ِاوُن أواأعأت أل أو ۖ ٰى أوْقّتلا أو ّرِبْلا ىألأع اوُن أواأعأت أو

ِباأقِعْلا ُديِدأش أ ّا ّنِإ

“Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam membuat kebajikan, dan janganlah

kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa (kemungkaran)”. (Al-Maidah: 2)

7. Asas Etika

Etika ialah mematuhi nilai moral atau akhlak yang baik (mahmudah). Oleh itu, etika berperanan menentukan seseorang itu berperilaku baik atau sebaliknya.

Firman Allah Taa`la:

أ ّا أرأكأذ أو أرِخ ْلا أم ْوأيْلا أو أ ّا وُج ْرأي أناأك ْنأمِل ٌةأنأس أح ٌة أو ْسُأ ِ ّا ِلوُس أر يِف ْمُكأل أناأك ْدأقأل

ا ًريِثأك

“Sesungguhnya pada Rasulullah itu ada ikutan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan pahala Allah dan balasan baik pada hari pembalasan, serta banyak memperingati Allah”. (Al-Ahzab: 21)

2. Al-Hadis

(6)

dicapai melalui cara yang betul dan dibenarkan oleh agama. Islam tidak menghalalkan cara untuk mencapai sesuatu matlamat. Sabda Rasulullah S.A.W: Sesungguhnya perkara halal itu nyata dan perkara haram juga nyata, di antara kedua-duanya adalah syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Sesiapa yang meninggalkan perkara syubhah dia akan menyelamatkan tubuhnya. Sesiapa yang melakukan syubhah sama seperti seorang pengembala yang mengembala ternakan di tepi kawasan larangan, besar kemungkinan ternakannya memakan di kawasan larangan tersebut, sesungguhnya setiap sesuatu itu ada sempadan, dan sempadan Allah ialah perkara-perkara yang haram (Hadis Riwayat al-Bukhari).

Keduanya ialah asas bertanggungjawab iaitu dalam sebuah organisasi terdiri dari individu yang mempunyai peranan masing-masing. Maka setiap individu seharusnya menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam melaksanakan setiap tugas yang diberikan dalam mencapai matlamat organisasi. Sabda Baginda S.A.W: “Setiap kamu adalah pengembala dan kamu semua dipertanggungjawab terhadap apa yang dijaga”. (Hadis Riwayat Al-Muslim)

Seterusnya ialah asas kualiti kerja dan mutu kerja. Islam begitu menekankan kepada kualiti kerja dan menegah umatnya bekerja sekadar bekerja malah mengabaikan kualiti serta mutu kerja mereka. Sabda Rasulullah S.A.W: “Sesungguhnya Allah S.W.T menyukai apabila seseorang itu melakukan dengan Itqaan (sempurna atau berkualiti).

Selain itu, pengurusan masa juga ditekankan dalam pengurusan Islam. Hal ini kerana masa memainkan peranan penting dalam mengejar kemajuan. Pengurusan masa juga memperlihatkan keupayaan sesebuah organisasi sama ada beroperasi secara cekap atau sebaliknya. Sabda Rasulullah S.A.W: “Hendaklah engkau berada di dunia seolah-olah engkau berdagang”.

(7)

2.2.1 Sumber Sekunder 1. Ijtihad

Ijtihad ialah mengerah tenaga untuk mendapatkan hukum syarak terhadap sesuatu masalah yang timbul. Ijtihad ini didasarkan kepada empat sumber utama iaitu al-Quran, al-Hadis, Ijma` Ulama dan Qias.

Dalam konteks pengurusan Islam, amalan-amalan yang dilakukan oleh para Sahabat terutamanya khulafa al-Rashidin menjadi rujukan dan ikutan sistem pengurusan Islam. Serba sedikit pengurusan yang dijalankan oleh para Sahabat menjadi rujukan sistem pengurusan Islam sebagai dasar atau prinsip pengurusan Islam.

2. Penulisan para Ulama`

Selain ijtihad, penulisan para Ulama` juga menjadi sumber dalam pengurusan Islam. Penulisan seperti Ibn Hazm (keperluan asas, kemiskinan, zakat, cukai dan teori pemilikan tanah), Nizam al-Muluk al-Tusi (pentadbiran Negara, pengurusan Negara, tanggungjawab pemerintah dan rakyat, keperluan asas dan keperluan awam), Imam Al-Ghazali (keadilan kerajaan, pengkhususan pekerjaan, akauntabiliti, dan etika dalam ekonomi), Muhammad Iqbal (teori ekonomi, hubungan pembangunan rohani dan kebendaan, dan peranan wanita) dan Al-Muhasibi (pengawalan kepentingan diri dalam pengurusan, konsep keseimbangan, kekayaan, pendapatan dan berjimat cermat).

Selain itu, terdapat juga manuskrip-manuskrip lama yang menjadi rujukan antaranya ialah Surat dari Khalifah Ali kepada Gabenor Mesir mengenai beberapa panduan umum pentadbiran seperti etika pentadbiran, cara perlantikan kakitangan, hubungan dengan rakyat, dan pengurusan kewangan. Kesemua tulisan para Ulama` masih menjadi rujukan dalam usaha penambahbaikan prinsip pengurusan Islam yang sedia ada agar lebih komprehensif dengan zaman.

(8)

Tidak dilupa juga beberapa penulisan Ilmuan Moden Islam seperti Ahmad Ibrahim Abu Sin (pengurusan Dalam Islam), Muhammad al-Buraey (Administrative Development: An Islamic Perspective), Muhammad Yasin Mazhar (Organisation of Govermenr under the Prophet) dan Prof. Datuk Dr. Syed Othman al-Habshi (Pengurusan dan pentadbiran). Kesemua penulisan ini dijadikan rujukan kerana sesuai mengikut peredaran zaman ketika itu. Mereka ini juga dikatakan telah merubah imej atau prinsip tradisional kepada prinsip moden yang lebih efisyen.

3.0 Prinsip Pengurusan Islam

Umum diketahui, sistem pengurusan Islam bukanlah sesuatu sistem yang jumud (Rushdan Jailani, 24/9/2011), malah ianya adalah sistem pengurusan yang sangat mementingkan pengurusan yang baik dalam menghasilkan dan memberikan perkhidmatan agar memberi faedah dan manfaat terbanyak kepada pihak lain (Panel Akademi Pengurusan YaPIEM, 2010: 163). Islam juga menyarankan umatnya agar sentiasa melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan sebaik mungkin. Hal ini kerana, kesungguhan dan keihklasan seseorang dalam melakukan sesuatu atau arahan akan menghasilkan keredhaan Allah SWT (Abdul Halim, 1987: 140). Islam juga menggesa umatnya melakukan sesuatu amalan dan pekerjaan itu dengan niat kerana Allah SWT. Tambahan pula sesuatu perbuatan dan tingkah laku itu dianggap ibadat apabila ianya dilakukan dengan seikhlas hati, berasaskan prinsip-prinsip Islam, melakukan tugas dengan bersungguh-sungguh, juga memberi kesejahteraan kepada ummah maka ianya akan mendapay pahala daripada Allah SWT.

(9)

Menurut Auni (2010:xi), sistem pengurusan Islam berteraskan empat tonggak yang sekaligus menjadi kekuatan sebenar sistem tersebut iaitu meliputi konsep

Istikhlaf, Tashkir, Tazkiat al-Nafs, dan Karamat al-Insan. Oleh itu, sistem ini juga berpaksikan konsep Tawhidi yang diperincikan oleh hukum-hakam fiqh serta menitik beratkan budaya Itqaan (kesempurnaan) dan nilai-nilai Ihsan dalam pelaksanaan sesuatu tindakan. Jesteru itu, sistem pengurusan Islam ini adalah sistem yang menetapi dan bertepatan dengan tuntutan Syariah Islamiah.

3.1 Konsep Tauhidi

Konsep Tauhidi merupakan tonggak utama umat Islam dalam membuktikan keikhlasan, keyakinan, dan ketaatan kepada Tuhan Yang Maha Esa. Malah, melalui konsep ini juga manusia pada zaman Jahiliah berjaya membebaskan diri dari bertuankan nafsu serta kebendaan berubah kepada bertuhankan Allah SWT sekaligus mereka keluar dari kegelapan jahiliah (Syed Othman Alhabsi, 1998: 60-61). Rentetan peristiwa itu, masyarakat ketika itu mentranformasikan kemunduran dan kejahilan mereka kepada suatu kaum dan bangsa yang agung (Wan Liz Ozman, 1997: 45). Kelahiran Rasulullah S.A.W telah membawa ajaran sebenar iaitu Islam yang penuh dengan kesempurnaan dan kegemilangan berkualiti dengan mencakupi dua aspek jasmani dan rohani demi mencapai objektif dan matlamat sebenar. Kejayaan hakiki (al-Falah) didorong oleh tiga faktor amalan yang perlu ditunaikan oleh setiap Muslim iaitu sifat Ikhlas, Ilmu dan Amal

(Ibnu Tajab, 1995: Khaliq Ahmad, 2006: 20)

Prof. Ismail Raji al-Faruqi (1982: 17-18) telah menyatakan bahawa konsep Tauhid ini adalah identiti utama Islam. Konsep ini dijaidkan identiti dalam tamadun Islam dalam membangunkan tamadun tersebut. Konsep ini mejadi intipati dalaman dalam tamadun Islam merencana kecemerlangan ketamadunan dan menjadikan konsep ini sebagai tunjang asas menuju kemajuan.

(10)

pun yang menyerupaiNya, Pencipta segala Makhluk. Jesteru itu, segala perilaku itu adalah kerana Allah semata-mata.

Jelaslah bahawa konsep Tawhidi ini perlu ada dalam diri setiap Muslim kerana konsep ini adalah intipati ajaran Islam itu sendiri. Apabila individu Muslim memahami dan menerapi nilai Tawhidi dalam diri maka secara tidak langsung individu tersebut akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dalam menjalankan tugas.

Tambahan pula apabila konsep ini digunapaki dalam setiap organisasi pengurusan, akan turut membuahkan hasil dalam usaha memartabatkan keadilan pada semua tenaga kerja tidak mengira pihak bawahan semata-mata malah juga pihak atasan dalam sebuah organisasi untuk memastikan keadilan dan kesaksamaan dalam pemberian hak masing-masing. Jika konsep ini digunapakai secara mapan, maka ianya bukan sahaja melahirkan nilai kepuasan kepada para pekerja atau pelanggan, malah juga kesan terhadap nilai keadilan dalam organisasi sekaligus mendatangkan kebahagian sejagat secara langsung (Hasan Al-Banna, Ab Mumin dan Siti Arni, 2011).

Walau bagaimanapun, konsep ini juga sebenarnya pada dasarnya telah membentuk ukhuwwah (perhubungan) antara dua aspek iaitu hubungan manusia dengan PenciptaNya (hablun Mina Allah) dan hubungan manusia antara manusia

(hablun minannas) atau dengan makhluk lain seperti alam sekitarnya (Abdul Halim,

1978: 140). Oleh itu, perhubungan manusia dengan PenciptaNya adalah bersifat abadi kerana ianya meliputi dua cabang asas kepercayaan iaitu Tauhid Uluhiyyah

(kepercayaan terhadap Keesaan Allah SWT sebagai pencipta mutlak) dan Tauhid

Rububiyyah (kepercyaan bahawa Allah SWT sahaja yang layak disembah)

(Azman,2003: 50).

(11)

pekerjaan itu yang boleh menjejaskan nilai Tauhid dalam diri individu Muslim khususnya.

Hubungan manusia dengan manusia (hablun Minannas) pula adalah mementingkan sikap kerjasama dan toleransi antara pekerja bawahan mahupun pihak atasan agar mencapai kesejahteraan hidup bersosial. Sekiranya nilai-nilai ini terhapus dalam sebuah organisasi maka ianya akan memberi impak negatif sekaligus kepada masyarakat terhadap kemunduran bersosial.

Wan Liz Ozman (1997: 50-54) menyatakan terdapat lapan kesan utama konsep Tauhid ini terhadap minda, sikap, dan tingkah laku seseorang apabila berjaya meresapi dalam jiwa konsep ini iaitu:

1. Menjadikan seseorang bersikap terbuka sekaligus menjadikannya pekerja yang berkreadibiliti, integriti, bermaruah, cekap dan berdisiplin.

2. Melahirkan pekerja dan pengurus yang mempunyai harga diri yang tinggi ( self-respect) serta keyakinan diri (self-esteem) serta sikap berani menegakkan kebenaran dan keadilan.

3. Menghakis sifat sombong, ujub, takbur dalam jiwa pekerja dan pengurus walaupun mempunyai kuasa besar dalam sebuah organisasi.

4. Pengamalan nilai-nilai murni seperti amanah, tekun, dan istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab.

5. Pengukuhan tidak mudah berputus asa apabila ditimpa musibah atau masalah dalam organisasi masalah dalaman atau luaran.

6. Penerapan dalam diri sikap sabar, dan mempunyai keazaman yang tinggi.

7. Menghakis sifat akhlak Mazmumah dalam diri seperti iri hati, dengki, hasad, tamak haloba, salah laku etika, penyelewengan, pecah amanah, rasuah dan sebagainya.

8. Membentuk insan yang patuh dan taat setia pada peraturan serta perintah Allah SWT dan Rasul-Nya tidak kira dimana ia berada.

(12)

Aspek seterusnya yang perlu diberi perhatian dalam memantapkan pengurusan ialah memiliki budaya Itqaan (Zulkifle Ghani, 23/9/2011). Budaya Itqaan ini sebenarnya telah diungkapkan oleh Baginda S.A.W melalui hadis yang dijelaskan oleh Aisyah r.a. melalui riwayat al-Baihaqi r.a. bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: Sesungguhnya Allah menyukai sekiranya seseorang melakukan sesuatu perbuatan secara Itqaan atau bersungguh-sungguh (sempurna)”.

Berdasarkan hadis tersebut dapatlah dikaitkan dengan budaya Itqaan ini sebagai satu budaya kerja yang cemerlang, bersungguh-sungguh, komitmen dan tekun melalui persekitaran tempat kerja yang selesa dan kondusif agar dapat melahirkan tenaga kerja (modal insan) yang mampu menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti serta memuaskan hati pelanggan khususnya.

Menurut Azman (2003: 74) menyatakan bahawa budaya Itqaan sering merujuk kepada pelaksanaan dan penyempurnaan sesuatu kerja yang dilaksanakan secara tekun dan bersungguh-sungguh. Manakala Haji Sohaimi dan Mohd Gunawan (2007: 187) mentakrifkan konsep Itqaan sebagai komitmen untuk mencapai kesempurnaan.

Jika seorang pengurus mempunyai budaya Itqaan dalam dirinya secara langsung akan merasa yakin bahawa setiap amanah dilakukan dengan tanggungjawab kerana pada akhir nanti bakal beroleh ganjaran baik didunia mahupun diakhirat kelak. Oleh sebab itu, apabila seseorang menjadikan budaya Itqaan suatu unsur penting dalam melaksanakan kerjanya, dengan sendirinya dia akan menjadikan kerjanya suatu yang berkualiti (Utusan Malaysia, 16 Mei 2011).

Secara umumnya, terdapat beberapa nilai murni yang boleh dibudayakan dalam kehidupan Muslim bagi memastikan konsep Itqaan ini dapat diaplikasikan sebaik mungkin. Antaranya sesuai untuk dijadikan asas pembudayaan Itqaan tersebut ialah:

(13)

2. Setiap pekerja sama ada pihak pengurusan atau kumpulan pelaksana dalam organisasi mestilah menunjukkan sikap atau role model (Qudwah Hasanah) yang baik sera dapat dicontohi oleh pihak lain.

3. Sentiasa mengamalkan perubahan atau tranformasi dalam pelaksanaan kerja sehariannya dengan mementingkan Wasatiyyah (Zulkifle Ghani, 23/9/2011) beserta gemar mereka cipta perkara-perkara baharu yang kreatif dan inovatif dengan harapan semoga pelaksanaan kerjanya.

3.3 Nilai Ihsan

Menurut Haji Sohaimi dan Mohd Gunawan (2007: 187) yang menyatakan bahawa

Ihsan merupakan komitmen kualiti sesuatu perkara semata-mata kerana Allah S.W.T.

Konsep ini sebenarnya telah dijelaskan oleh Baginda Rasulullah S.A.W melalui hadis Sahih yang berkaitan dengan Iman, Islam, dan Ihsan. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Ihsan adalah kamu beribadat seolah-olah kamu melihat Allah. Sekiranya

kamu tidak dapat melihat-Nya, sesungguhnya Dia (Allah) pasti melihat kamu” (Riwayat

Imam Muslim dan Bukhari).

Konsep Ihsan menerusi mafhum hadis tersebut merujuk kepada dua definisi penting iaitu pertamanya Ihsan dimaksudkan sebagai sesuatu yang terbaik dan paling baik, keduanya ialah bermaksud melakukan sesuatu amalan secara berkualiti melalui suatu tahap kesedaran yang tinggi bahawasanya setiap tindakan tersebut dalam pemerhatian dan penilaian Allah SWT Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.

Tambahan pula, Allah SWT telah berfirman dalam Surah as-Sajadah ayat 7:

ٍني ِط ْنِم ِناأسْنِ ْلا أقْل أخ أأأدأب أو ۖ ُهأقأل أخ ٍء ْيأش ّلُك أنأس ْحأأ يِذّلا Maksudnya: “(Dia) yang menciptakan setiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (Ihsan)

akan dimulakan-Nya kejadian manusia berasal daripada tanah”.

(14)

nilai kualiti Ihsan sebagai budaya yang sebati dalam diri terutamanya semasa melaksanakan sesuatu amalan pengurusan sama ada dalam organisasi masyarakat mahupun berkeluarga.

Walaupun terdapat organisasi yang mencapai kecemerlangan atau hampir mencapai tahap kesilapan sifar, tetapi hakikatnya masih ramai pihak yang tidak merasa puas hati dalam hidupnya. Keghairahan majikan dan organisasi dalam mengejar kecemerlangan langsung tidak menghiraukan peribadi pekerjanya juga kehidupan peribadi langsung di abaikan.

Jesteru itu, konsep Ihsan ini seharusnya diintegrasikan dalam pelaksanaan program-program kualiti pengurusan khususnya. Model ini seharusnya menekankan dan mengambil kira kualiti atau kebajikan pekerja dan tidak hanya terhad kepada penambahbaikan dalam bidang pekerjaan sahaja (Mohd Salmi dan Rushaimi, 1996).

Kesimpulannya, seorang pengurus atau ketua seharusnya menghiasi diri mereka dengan nilai Ihsan agar mereka sedar sebelum memberi arahan atau tugasan kepada orang bawahan ianya tidak membebankan pihak bawahan tersebut (Ilhaamie, 2001: 85). Sekiranya pekerja bawahan tidak dapat menyerpunakan arahan atau tugasan yang diberikan oleh pihak majikan, seharusnya majikan bukannya mencela atau menghina pekerja tersebut, sebaliknya memberi imbuhan semangat atau mencari alternatif lain dalam menyempurnakan tugas tersebut dengan sempurna. Pengurus atau majikan seharusnya mendengar rintihan atau keluhan pekerja bawahannya agar tahu akan dimana kesilapan dan kelemahan dalam organisasinya. Situasi sebegini dianggap nilai

Ihsan atau belas kasihan dan baik hati seperti firman Allah Taa`la bermaksud

“Barangsiapa berlaku Ihsan akan mendapat Ihsan dan berlebih lagi, sementara tidak ada debu atau benda yang mengejikan di air mukanya. Mereka inilah penghuni-penghuni Syurga, mereka akan tinggal di dalamnya selama-lamanya”.

(15)

sudah mengecapi kemerdekaan, namun sistem pentadbiran dan pengurusan masih berorientasikan sistem Barat. Oleh demikian, penerapan nilai-nilai Islam dalam sistem pengurusan dan pentadbiran Malaysia amatlah penting dalam membentuk pekerja sektor kerajaan dan sektor swasta mengikuti landasan syariat Islam dan menolak sistem Barat.

Pendekatan untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam sistem pengurusan dan pentadbiran awam serta sektor swasta juga dianggap salah satu daripada langkah utama untuk memenuhi tuntutan Wawasan 2020. Hal ini kerana, objektif wawasan 2020 adalah ingin menjadikan Malaysia sebuah negara yang berstatus negara maju mengikut acuannya sendiri tanpa mengabaikan aspek agama, moral dan tradisi tempatan.

Rentetan gejala krisis nilai, moral dan pemimpinan berlaku pada era 1980an yang telah menyebabkan kerajaan mengalami kerugian berjuta-juta ringgit. Ulama` Islam berpendapat bahawa fenomena ini merupakan satu dilema umat Islam yang berlaku disebabkan oleh tiga perkara iaitu kekeliruan tetntang konsep ilmu, tiadanya adab dalam masyarakat dan pemimpin yang tidak mengahayati aspek kerohanian dan kemasyarakatan (Mohd Affandi Hassan, 1992: Al-Attas, 1978).

Oleh itu, menjadi tanggungjawab kerajaan, pihak birokrat dan kakitangan awam yang beragama Islam menghubungkaitkan sebarang tindakan serta memikirkan langkah-langkah pembaharuan dalam pentadbiran dan pengurusan awal selaras dengan konsep Islam untuk mengatasi gejala serta krisis yang melanda Negara. Umumnya, mejoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam, dan konsep ini wajar dilaksanakan dalam menyarut seruan agama serta landasan-landasan menurut Syariat Islamiah dalam segala aspek.

4.1 Usaha Menuju Ke Arah Pengurusan Islam di Malaysia

(16)

kerajaan dalam melaksanakan penerapan nilai-nilai Islam dalam pengurusan. Berikut antara bukti penerapan nilai Islam dalam pengurusan di Malaysia.

1. Program Hub Halal

Program Hub Halal ini telah diperkenalkan oleh Dato` Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu Perdana Menteri Kelima Malaysia dalam ucapannya semasa membentangkan Rancangan Malaysia ke 9 pada tahun 2006. Halal yang dimaksudkan bukan sahaja terhindar daripada makanan haram dari segi hukum syarak, halal juga dimaksudkan terjaminnya dari sudut kesucian dan kebersihan makanan termasuklah bahan-bahan yang digunakan, serta kebersihan pada kawasan penyediaan makanan tersebut.

Halal yang dimaksudkan Islam bukan sahaja sudut bahan makanan tersebut. Sebagai contoh, ada sesetengah Syarikat melaksanakan penyembelihan haiwan yang tidak menepati Syariat Islam maka ini tidak dia menepati konsep halal. Ini sesuai dengan Sabda Rasulullah S.A.W: “Sesungguhnya perkara halal itu nyata dan perkara haram juga nyata, di antara kedua-duanya adalah syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Sesiapa yang meninggalkan perkara syubhah dia akan menyelamatkan tubuhnya. Sesiapa yang melakukan syubhah sama seperti seorang pengembala yang mengembala ternakan di tepi kawasan larangan, besar kemungkinan ternakannya memakan di kawasan larangan tersebut, sesungguhnya setiap sesuatu itu ada sempadan, dan sempadan Allah ialah perkara-perkara yang haram”.(Hadis Riwayat al-Bukhari).

Jelaslah halal bukan sahaja dimaksudkan dengan bahan serta makanan tersebut, sudut penyediaan awal makanan tersebut juga menjadi penilaian dalam menentukan halal sesuatu makanan. Pengeluaran pensijilan halal ini kini diserahkan kembali kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dari Halal Industry Corporation (HDC)(Berita Harian: 2009)

2. Program Amal Jariah dan Potongan Cukai

(17)

Program Amal Jariah. Kerajaan juga telah memberi potongan cukai kepada syarikat yang memberi sumbangan kepada projek kemasyarakatan berkaitan pendidikan, kesihatan, perumahan, infrastruktur dan ICT. Program ini telah secara langsung telah menyemai sikap bantu-membantu terhadap masyarakat miskin dan sekaligus membantu pendapatan golongan miskin serta pemuliharaan alam sekitar.

Selain itu, kerajaan juga telah menggalakkan orang Islam melakukan potongan zakat melalui potongan bulanan pendapatan agar institusi zakat dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan mudah dalam membantu kerajaan membasmi masyarakat miskin Islam juga bukan Islam. Ini bersesuaikan dengan Sabda Rasulullah S.A.W : “Orang Muslim itu bersaudara bagi orang Muslim lain. dia tidak menzaliminya dan tidak pula membiarkannya zalim” (Hadis Riwayat Tarmizi).

3. Pengubalan dan perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2008

Dalam memenuhi tuntutan masa terhadap kualiti perkhidmatan awam, kerajaan Malaysia juga telah melaksanakan program-program seperti Total Quality Management (TQM), Quality Control Circle (QCC), Unit Jaminan Kualiti, Perancangan Strategik dan Piagam Pelanggan bermula tahun 2005 (The Budget Speech: 2008).

(18)

Jelaslah bahawa dalam melakukan sesuatu itu lebih baik dilakukan dengan sempurna. Apabila sebuah organisasi melahirkan kualiti dengan sempurna, secara langsung ianya akan memberikan suatu pulangan yang lebih lumayan tanpa diduga. Misalnya sebuah kilang mengeluarkan satu produk yang berkualiti, nescaya produknya akan mendapat permintaan tinggi pelanggan.

4. Etika berpakaian

Umumnya, cara berpakaian melambangkan keperibadian seseorang pekerja serta nilai-nilai dan etika yang murni. Dapat diperhatikan dalam agensi kerajaan misalnya, telah menetapkan beberapa etika berpakaian bagi penjawat awam.

Bagi penjawat sektor awam lelaki iaitu memakai pakaian yang kemas, menutup aurat, tidak berpakaian yang ketat, juga menjolok mata masyarakat sekitarnya. Mewajibkan pembudayaan pemakaian baju Kebangsaan lengkap pada hari jumaat agar keseragaman terlihat pada kesemua penjawat awam.

Manakala, penjawat awam wanita pula dibahagikan kepada dua bahagian iaitu penjawat wanita Islam dan bukan Islam. Bagi penjawat awam wanita Islam, disyaratkan memakai pakaian yang sopan, kemas serta menutup aurat kerana ianya selari dengan amalan akhlak yang mulia. Bagi penjawat bukan Islam juga dititik beratkan berpakaian sopan, kemas dan dibenarkan berpakaian mengikut tradisi tetapi tidak berpakaian yang menjolok mata masyarakat sekitarnya.

Bukan sahaja sektor awam mengamalkan etika berpakaian seperti dinyatakan, juga sesetangah organisasi dalam sektor swasta juga mengamalkan etika berpakai yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sebagai contoh Syarikat Goverment Link Company (GLC) seperti Telekom Malaysia Berhad, dan Bank Islam juga mempraktikkan etika berpakaian yang telah digariskan oleh Kerajaan.

(19)

5. Kemudahan Cuti bersalin dan menjaga anak

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah memberi kemudahan kepada penjawat awam wanita, kemudahan cuti bersalin dan cuti menjaga anak secara tanpa gaji bertujuan menjaga anak dan menyusukan bayinya adalah bermula tarikh selepas tamat tempoh cuti bersalin telah dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun dan Surat Pekeliling Bilangan 14 Tahun 2007.

Kemudahan cuti ini adalah bertujuan untuk menyeimbangkan kehidupan berkeluarga dan kerjaya penjawat awam. Kemudahan cuti ini bukan sahaja terikat kepada penjagaan anak bertaraf anak kandung, malah juga kepada penjagaan anak bertaraf anakangkat dengan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kemudahan cuti bersalin ini sesuai dengan konsep Ihsan iaitu menjaga kebajikan pekerja. Umumnya, wanita yang baru bersalin memerlukan waktu rehat yang panjang agar tidak terbeban dengan masalah kerja. Jesteru itu, konsep menjaga kebajikan ini telah dilaksanakan oleh Kerajaan kepada penjawat awam agar keseimbangan keluarga dan kerjaya dapat diseimbangkan khusus bagi penjawat awam wanita. Hal ini kerana kebanyakan majikan hanya mementingkan produktiviti namun seringkali mengabaikan kebajikan pekerja. Kemudahan cuti seperti ini akan memberi ruang dan menjaga kebajikan pekerja.

6. Penyediaan Ruangan Solat dan peruntukan waktu solat

Penyediaan ruangan solat dalam premis kerajaan ini dilihat bermula sekitar awal tahun 2000 an. Setiap premis kerajaan diwajibkan memiliki sekurang-kurangnya satu ruangan solat untuk orang Islam menunaikan ibadah solat. Kerajaan juga telah memperuntukan waktu solat bagi penjawat awam dengan kadar waktu rehat selama setengah jam. Tambahan pula, kerajaan juga menyediakan ruangan solat di tempat-tempat awam seperti Hentian Rehat (R&R) dan Stesen-stesen Bas.

(20)

solat untuk pekerjanya. Hal ini kerana kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa wajib dalam penyediaan ruangan solat dan peruntukan masa rehat untuk solat bagi pekerja dalam semua sektor.

Tambahan pula, kerajaan juga menggariskan disetiap Stesen Pam Minyak seharusnya memiliki sekurang-kurangnya satu bilik ruangan solat. Ini jelas meninjukkan bahawa Quality Malaysia System (QMS) adalah berasaskan sistem pengurusan Islam. Mencari ruang untuk menunaikan solat bukan lagi satu masalah kepada masyarakat Islam di Malaysia.

7. Pembudayaan Bacaan Doa ketika dalam majlis, memulakan kerja, mesyuarat Doa ialah satu ucapan permohonan dari Hamba (manusia) kepada Allah dengan hati yang ikhlas bagi mendapatkan rahmat, inayah (pertolongan) dan juga dijauhkan dari bala bencana dengan cara dan adab yang tertentu.

Dalam sektor awam, pembudayaan amalan membaca doa sebelum dan selepas tamat waktu kerja kini sudah menjadi kebiasaan. Pembudayaan bukan sahaja dilihat sebagai satu protokol juga sudah menjadi rutin harian dalam sektor awam. Sebagai contoh, dalam majlis-majlis rasmi misalnya, bacaan doa ini sudah menjadi protokol dalam aturcara majlis. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga turut membudayakan bacaan doa ini sebagai amalan wajib dalam setiap perhimpunan wajib sekolah mahupun perhimpunan harian. Selain itu, pembudayaakn bacaan Yaasin pada setiap hari jumaat agar pembudayaan Islam ini dapat diserap dalam jiwa pelajar-pelajar sekolah.

Dalam sektor swasta, dapat dilihat dalam sebuah kilang misalnya, pekerja-pekerja kilang akan berkumpul mengadakan perhimpunan harian setiap sebelum mula bekerja dan sebelum tamat waktu bekerja. Dalam perhimpunan itu adanya slot bacaan doa memohon agar terhindar dari bala bencana buruk. Ini membuktikan bahawa pembudayaan bacaan doa ini juga diamalkan oleh sektor swasta sebagai satu budaya kerja atau protokol dalam bekerja.

(21)

Secara umumnya, Malaysia adalah negara pertama di rantau Asia Tenggara menggunapakai sistem perbankan Islam. Bermula pada tahun 1983 tertubuhnya Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang melaksanakan segala urusan bank dengan berkonsepkan undang Syariah. Walau pun pada dasarnya undang-undang Negara terbahagi kepada dua bahagian iaitu Undang-undang-undang Syariah dan juga Undang-undang Sivil, Malaysia juga menggunapakai kedua-dua undang yang sedia ada ini dalam aspek-aspek tertentu sahaja.

Dari segi aspek syariah, Akta Bank Islam 1983 atau Akta Bank dan Institusi secara umumnya ialah institusi perbankan Islam boleh melaksanakan apa sahaja perniagaan berlandaskan undang-undang syariah memandangkan tiadanya undang-undang khusus muamalat Islam di Malaysia. Prinsip-prinsip syariah yang diaplikasikan di dalam operasi perbankan Islam ialah seperti Uqud Al-Mua’wadhat

(Jual beli), Attabarua’t (Derma), Uqud Isytirak (Perkongsian) seperti mudharabah

(perkongsian untung), musyarakah (perkongsian untung dan rugi) dan muzaraa’

(perladangan), Uqud Tawsiqat (Jaminan) seperti Kafalah, Rahnu dan Hawalah,

Uqud Itlaqat (Umum) atau a’mal Insan seperti wakalah (agen), Uqud Taqyiydat

(Halangan) seperti taflis (muflis), Uqud Isqatat (Gugur hak) refers to ibra’ (rebat),

muqasah (set 0ff) dan Uqud Hifz (Deposit) seperti wadiah (simpanan).

Pada tahun 1993, Bank Negara Malaysia (BNM) telah melancarkan skim pinjaman tanpa faedah (sistem pengurusan Islam) dan membenarkan kepada semua bank konvensional untuk menjalankan urusan perniagaan menurut sistem perbankan Islam. Kini dapat dilihat beberapa bank konvensional menggunapakai sistem perbankan Islam sebagai asas dalam urusan perbankkan mereka.

(22)

konvensional mencatatkan pertumbuhan negatif. Senario ini membolehkan masyarakat dapat melihat kelebihan sistem perbankan Islam berbanding sistem bank konvensional yang terdedah kepada pelbagai risiko yang sukar untuk ditangani.

5.0 Penutup

Kesimpulannya, jelaslah bahawa usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah satu langkah dalam merealisasikan sistem pengurusan Islam di Malaysia. Dengan terlaksananya sistem pengurusan Islam ini akan memberi impak besar dalam corak pengurusan Negara. Umum diketahui terlalu banyak berlakunya kes rasuah dalam pentadbiran negara, jika penerapan nilai Islam ini berjaya diterapkan dalam diri pekerja tidak kira pekerja bawahan mahupun pihak atasan, permasalahan rasuah ini tidak akan berlaku lagi kelak. Hal ini kerana dalam diri pekerja itu memiliki sifat amanah dan bertanggungjawab atas apa yang dilakukan serta percaya akan azab yang menanti di akhirat kelak.

(23)

pada mencapai matlamat semata-mata tetapi kualiti diabaikan. Kualiti juga memainkan peranan penting dalam menjadikan sebuah organisasi kekal bertahan lama.

6.0 Rujukan

Bharudin Che Pa, S. A. (2010). Perlaksanaan Siyasah Syariyyah dalam Pentadbiran Di Malaysia. Jurnal Al-Tamaddun, h. 58-65.

Dr. Mohamad Akhram Bin Laldin, D. M. (2008). Maqasid Syariah dalam Perlaksanaan Waqaf. Jurnal Pengurusan Jawwar, 2(2), h. 2-5.

Hairunnizam Wahid, A. R. (2009). Pembaharuan Pentadbiran Untuk Pembangunan Menurut Perspektif Islam.

Hasan Al-Bannah Mohamad, S. A. (2011). Pemantapan Sistem Pengurusan Islam Berkualiti Melalui Konsep Tawhidi, Budaya Itqaan dan Nilai Ihsan. World-ISLAM 2011, h. 3-11.

Hasan Al-Bannah Mohamed, A. A. (2013, June). Sistem Pengurusan Islam yang

Berkualiti Mampu Menjamin Kepuasan Pekerja. Suatu Realiti dan Cabaran Masa Hadapan, 3(1), pp. h. 71-74.

MS ISO 9001: 2008- SISTEM PENGURUSAN KUALITI (QMS). (2015, September 5).

(24)

Rosita binti Rahim, S. b. (Edisi Pertama 2014). In Panduan Pengurusan Majlis dan

Acara (p. 23). Bahagian Pengurusan Acara, Jabatan Perdana Menteri.

Sharifah Hayati Syed Ismail al-Qudsy, A. A. (2009). PENGUKUHAN NILAI DAN

PROFESSIONALISME DI KALANGAN PENJAWAT AWAM KE ARAH EFEKTIF GOVERMENT DI MALAYSIA. Jurnal Syariah, 17(3), h. 559-592.

SHuhaila, N. S. (2011, September 29). Pengurusan Islam Kini Lebih Tersusun, sistematik. Portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Retrieved from http://e- muamalat.gov.my/akhbarmajalah/pengurusan-islam-kini-lebih-tersusun-sistematik

Yang, Z. B. (2003). Nilai, Etika dan Budaya Kerja dalam Pentadbiran Sektor Awam di Malaysia dari Perspektif Islam (satu imbasan kembali tinjauan karya). Jurnal

Referensi

Dokumen terkait

Puncak kurva merupakan intensitas maksimum yang dapat dicapai oleh suatu radiasi, di mana intesitas ini bergantung pada temperatur/suhu benda hitam tersebut, dan

Keindahan panorama alam eko- wisata karimunjawa seperti terumbu karang, rumput laut, dan padang lamun dengan biota laut yang beraneka ragam, hutan mangrove, gunung dan hamparan

Melalui layanan Konseling Behavioristik dengan Teknik Self Management peneliti berkeyakinan dapat mengatasi kasus Keengganan Bersekolah pada peserta didik, peneliti tertarik untuk

Kesimpulan dari penelitian ini berdasar hasil olahan data adalah: hipotesis 1 yang menyatakan persepsi tentang iklim komunikasi organisasi berpengaruh signifikan terhadap

fokus namun yang tetap mempertahankan nilai backgro ud dan nilai gray level image bagian image lainnya...

Dalam teknik bioaugmentasi, isolasi dan seleksi mikroba merupakan langkah awal untuk mendapatkan bakteri yang berperan dan berpotensi untuk dikembangkan dan dimanfaatkan

Agar penelitian ini terarah dan tidak menyimpang dari pokok permasalahan, maka penulis membatasi permasalahan pada peran lembaga simpan pinjam perempuan (SPP)

Sesuai dengan masalah yang telah diuraikan diatas, maka tujuan penelitian adalah untuk mengetahui bagaimana cara penyembuhan sistem medis tradisional patah tulang malumta,