• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERANAN ORANG AWAM DALAM PENGURANGAN KEH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERANAN ORANG AWAM DALAM PENGURANGAN KEH"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

PERANAN ORANG AWAM DALAM PENGURANGAN KEHILANGAN AIR SEBENAR DARI SISTEM PEMBEKALAN AIR DI PULAU PINANG

LAI CHEE HUI1, CHAN NGAI WENG1,

NOR AZAZI ZAKARIA2& JAMALUDDIN MD JAHI3 1

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, MALAYSIA.

2

River Engineering and Urban Drainage Center (REDAC), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, MALAYSIA. 3

Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM, Bangi Selangor, MALAYSIA.

ABSTRAK

Isu Air Tidak Berhasil (NRW) merupakan suatu isu kritikal dalam sektor air di Malaysia. Pada tahun 2010, purata kadar NRW di Malaysiaadalah setinggi 36.7 %. Kadar ini dianggap tidak lestari dan mengancam sekuriti air negara. Orang awam dan penduduk tempatan merupakan kumpulan utama yang akan mengalami masalah bekalan air jika isu NRW tidak dapat diselesai. Di Pulau Pinang, lebih daripada 80 % daripada jumlah NRW adalah disebabkan oleh kehilangan sebenar (real loss), ia merupakan kehilangan air daripada paip bocor, paip pecah, tangki limpahan dan lain- lain kehilangan air secara fizikal. Walaupun Pulau Pinang telah mencapai kadar NRW yang terendah di Malaysia, namun masalah kekurangan penglibatan orang awam dalam pengurusan kehilangan sebenar akan bertambahrisiko kepada kenaikan semula kadar kehilangan NRW pada masa yang akan datang.Tujuan kertas kerja ini membincangkan kepentingan penglibatan orang awam dalam pengurusan kehilangan air sebenar di Pulau Pinang. Metodologi kajian termasuk temuduga kuanlitatif dan kajian literatur.Hasil kajian menunjukkan tanpa bantuan daripada orang awam, syarikat air negeri perlu mengambil masa yang lebih panjang untuk mencari lokasi yang berlaku kebocoran paip, ini akan menyebabkan pertambahan jumlah kehilangan air. Cadangan bagi syarikat air di Pulau Pinang ialah untuk bertambah kadar penyertaan orang awam dalam pengurusan kehilangan sebenar dari sistem pembekalan air di negerinya, supaya kadar kehilangan sebenar boleh terus direndahkan untuk mengurangkan pembaziran air.

Kata Kunci: Kehilangan Sebenar, Air Tidak Berhasil, Pengurusan Air, Penglibatan orang awam

PENGENALAN

Air merupakan sumber alam yang penting dan ia juga memainkan peranan penting dalam pembangunan sosio-ekonomi di Negara yang sedang membangun (WWAP 2009). Faktor-faktor seperti pertambahan penduduk, perkembangan ekonomi, permintaan yang tinggi terhadap makanan dan tenaga, perubahan iklim, air telah menjadi salah satu isu global yang besar dalam abad ke-21(Chan, 2004). Masalah bekalan air di bandar Asia banyak berkaitan

(2)

dengan sumber air dan kualiti perkhidmatan air, seperti gangguan bekalan air dan kualiti bekalan air paip (Frauendorfer & Liemberger 2010). Di Malaysia, pembaziran air adalah salah satu isu air utama, dan isu air pembaziran yang banyak berlaku di Negara ini adalah air tidak hasil, Non- Revenue Water (NRW) dalam Bahasa Inggeris (Chan 2012b). NRW didefinasi sebagai perbezaan antara jumlah bekalan air dalam sistem dan jumlah air yang dibilkan kepada pelanggan, ia boleh disebabkan oleh kehilangan air melalui pencurian air atau penggunaan air secara haram, kebocoran dan kepecahan paip, ketidaktepatan meter air, dan lain- lain kehilangan airyang berlaku selapas air meninggalkan loji rawatan air (Lambert & Hirner, 2000).

Berdasarkan International Water Association (IWA), NRW boleh dibahagikan kepada tiga komponen, iaitu kehilangan sebenar (real loss), kehilangan ketara (apparel loss), dan jugapenggunaan air yang tidak dibilkan (unbilled authorized consumption). Kehilangai ari secara sebenar merupakan kehilangan air secara kebocoran paip, kepecahan paip, impahan tangki air dan lain- lain kehilangan air secara fizikal (Lambert, 2003). Kehilangan ketara adalah disebabkan oleh meter yang tidak ditukar mengikut masa, kesilapan semasa pengurusan maklumat dan kecurian air terawat dan penggunaan air yang tidak dibilkan ialah air yang digunakan oleh pihak perkhidmatan utiliti untuk tujuan operasi, memadamkan api dan air yang diberikan secara percuma kepada kumpulan pengguna tertentu (Frauendorfer & Liemberger, 2010; Lambert & Hirner, 2000). Kadar NRW yang tinggi menunjukkan pengurusan utiliti air yang kurang efisien. Pengurusan air yang efisien memerlukan pengaturan tadbir usus yang baik dan penglibatan semua pihak serendah dari orang awam sehingga ke kerajaan persekutuan (Chan, 2012a). Pada masa kini, kebanyakan negara terutamanya negara membangun mencatatkan tahap NRW yang tinggi, iaitu purata 35 % bagi negara- negara yang sedang membangun(Kingdom et. al., 2006). Kekurangan minat orang awam dalam mengurangkan NRW yang disebabkan oleh kekurangan pengetahuan terhadap kenpentingan pengurangan NRW terhadap bandar boleh menyumbangkan kepada tahap NRW yang tinggi di Negara tersebut (González et al. 2011).

(3)

sebenar di Pulau Pinang. Selain itu, kertas kerja juga membincangkan masalah- masalah pengurusan kehilangan sebenar di negeri Pulau Pinang.

METODOLOGI

Kertas kerja kajian ini adalah berdasarkan dua jenis data, iaitu data primer dan data sekunder. Analisis komponen- komponen NRW di Pulau Pinang adalah berdasarkan data sekunder yang diperolehi daripada kajian literatur. Data- data NRW sejak tahun 2006 adalah perlu dianalisasi untuk bertambah faham tentang kecekapan Pulau Pinang dalam pengurusan kehilangan sebenar. Kajian litelatur adalah penting untuk memahami kes pengurangan kehilangan sebenar yang berlaku di negara lain. Dengan berdasarkan laporan tahunan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), masalah pengurangan kehilangan sebenar telah dikenal pasiti. Selain itu, pengarang juga menjalan temuduga kualitatif untuk mengkaji sistem pengurusan NRW di Pulau Pinang. Pengarang juga membandingkan pengurusan kehilangan sebenar di negeri Pulau Pinang dengan negara dan negeri lain untuk memahamkan kepentingan dan peranan orang awam dalam pengurangan kehilangan sebenar di negeri Pulau Pinang.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Sejarah PengurusanAir Tidak Berhasil dan Sistem Pembekalan Air di Pulau Pinang Pulau Pinang merupakan salah sebuah negeri yang terkecil di Malaysia dan pembekalan air teklah diswastakan. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) adalah syarikat air swasta di negeri Pulau Pinang. Sejak tahun 1999, PBAPP telah menjadi pembekal air di Pulau Pinang, tanggungjawab utama PBAPP termasuklah menjaga sistem pembekalan air dan mengurangkan NRW di Pulau Pinang. PBAPP mula menangani masalah NRW sejak tahun 2000, pada masa itu, kadar NRW negeri ialah 23.9 % daripada jumlah air yang dibekal ke dalam sistem pembekalan air, dan isu-isu utama yang menjejaskan kadar NRW di Pulau Pinang ialah masalah kebocoran paip, ketidaktepatan bacaan meter, penggunaan air secara haram dan juga kekurangan paip penukaran program (Lai et al. 2013c). Dengan pelaksanaan program pengurangan NRW pada tahun 2000 dan pertubuhan unit NRW di PBAPP, kadar NRW di Pulau Pinang telah dikurangkan ke 18.6 % pada tahun 2005. Dari tahun 2006 ke tahun 2010, PBAPP telah melaksanakan paip penukaran dan meter penukaran program setiap tahun untuk mengurangkan kadar kehilangan sebenar dan kehilangan ketara.

(4)

Rajah 1. Kadar Air Tidak Berhasil (NRW) di negeri- negeri di Malaysia pada tahun 2010. Sumber: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) 2010

Kajian Literatur: Pengurusan Kehilangan Sebenar Dan Orang Awam

Konsep Awareness, Location & Repair (ALR), merupakan satu konsep yang amat penting kepada pengurusan kehilangan sebenar. ‘Awarenss’ mewakili masa yang diperlukan oleh utiliti air untuk sedar bahawa adalah kes kebocoran paip berlaku, ‘location’ merupakan masa yang diambil oleh utiliti air untuk mengetahui tempat berlaku kebocoran paip, dan ‘repair’ merupakan masa yang diambil untuk membaiki paip itu (Liemberger & Farley, 2004). Dengan merujuk kepada Gambar 1, sepanjang masa yang diambil dalam konsep ALR, sebanyak air akan bazir akibat kehilangan sebenar. Oleh itu, orang awam boleh mengurangkan masa yang diambil dalam konsep ALR, dengan bantuan orang awam seperti melapokan kejadian kebocoran paip kepada utiliti air untuk mengurangkan masa kesedaran. Selain itu, orang awam juga boleh mengurangkan masa yang diperlu untuk mencari lokasi kebocoran paip dengan memberitahu lokasi yang berlaku kejadian tersebut.

(5)

NRW sebanyak 91 % dalam masa 15 tahun dengan menglibatkan orang awam dalam program pengurangan NRW.

Rajah 2. Konsep Kesedaran, Lokasi dan Baiki (Concept ALR) Sumber: Liemberger & Farley 2004

Kehilangan Sebenar Dalam Program Pengurusan NRW Di Pulau Pinang (2006 – 2010) Di Pulau Pinang, kehilangan sebenar merupakan komponen utama yang mengakibatkan NRW. Walaupun Pulau Pinang selalu mencatat kadar NRW yang terendah di Malaysia, statistik yang dibekal daripada syarikat air negeri Pulau Pinang, iaitu Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) telah menunjukkan bahawa 83 % daripada 18.2 % jumlah NRW, atau 53 milion m3air telah bazir disebabkan oleh kehilangan sebenar pada tahun 2011, iaitu air hilang melalui kebocoran paip, kepecahan paip dan limpahan tangki. Dari tahun 2006 ke tahun 2010, jumlah 184,509 kes kebocoran atau kepecahan paip telah berlaku dan dilapor ke PBAPP. Semua kes ini telah menyebabkan 231 milion m3air telah bazirkan akibat kehilangan sebenar. Salah satu Key Performance Indicator (KPI) yang penting untuk mengurus kehilangan sebenar ialah masa yang diambil oleh PBAPP untuk membaiki kebocoran paip. Satu kajian daripada pengarang telah menunjukkan bahawa lebih daripada 90 % kes kebocoran paip pada tahun 2006 ke tahun 2009 telah dibaiki oleh PBAPP dan berjaya mencatat sasaran masa yang ditentukan, iaitu 24 jam bagi kes kebocoran paip bersaiz 100 mm ke atas.

Dalam kajian terhadap sistem pengurusan kehilangan sebenar di PBAPP, PBAPP telah mengamalkan 4 strategi pengurusan kehilangan sebenar dan mematuhi konsep ALR seperti yang dicadang oleh International Water Association (IWA). Empat strategi pengurusan kehilangan sebenar ialah pengurusan tekanan, kawalan kebocoran aktif (active leakage control), kelajuan dan kualiti pembaiki, dan pengurusan aset. Daripada empat strategi ini, kelajuan dan kualiti pembaiki dan kawalan kobocoran aktif adalah berkaitan dengan orang awam. Sebagai yang dibincangkan di atas, konsep ALR perlukan orang awam untuk memberi maklumat yang

Isipadu kehilangan

Air (m3)

Masa Jumlah kehilangan air

melawan masa

Awareness (Kesedaran)

Location (Lokasi)

(6)

berkaitan dengan kejadian dan lokasi kebocoran paip. Masa yang diambil kira di kawalan kebocoran aktif dan kejajian dan kualiti pembaiki akan dikurang jika orang awam memberi maklumat tersebut kepada utiliti air. Sebaliknya, jika orang awam tidak sedar bahawa kejadian kebocoran paip atau tidak membuat laporan terhadap kes kebocroan paip yang dijumpa, PBAPP memerlukan masa yang lebih panjang untuk sedar bahawa kejadian kes kebocoran paip, selaginya memerlukan masa untuk mencari lokasi yang berlaku kebocoran paip tersebut. Oleh disebabkan pihak PBAPP memerlukan bantuan dari pihak orang awam, satu pusat panggilan yang beroperasi 24 jam telah ditubuh untuk menangani isu- isu yang berkaitan dengan sistem pembekalan air di Pulau Pianng, termasuklah isu- isu kebocoran paip yang dilaporkan oleh orang awam. Dengan merujuk kepada statistik yang dibekal, daripada jumlah 184,509 kes kebocoran yang dilapor kepada PBAPP, sekurang- kurangnya separuh daripada jumlah kes yang dilapor adalah kes yang dilapor oleh orang awam melalui telefon ke pusat panggilan 24 jam. Satu kerangka konsep telah dibina oleh pengarang untuk menunjuk hubang kait antara orang awam dalam pengurusan kehilangan sebenar di Pulau Pinang, seperti yang ditunjuk di Rajah 2.

Rajah 3. Kerangka konsep hubungkait antara orang awam dan pengurangan kehilangan sebenar di Pulau Pinang

PBAPP ‘Corporate Social Responsibility’ Program Dan Cabaran Masa Depan

(7)

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pengurusan kehilangan sebenar di Pulau Pinang, orang awam memain peranan penting dalam memberitahu maklumat yang berkaitan dengan kejadian kebocoran paip dan lokasi yang berlaku kebocoran paip untuk mengurangkan masa yang diambil oleh PBAPP untuk sedar terhadap kejadian kebocoran paip dan mencari lokasi yang berlaku kebocoran tersebut. Di samping itu, strategi pengurusan kehilangan sebenar memerlukan penglibatan orang awam untuk miningkatkan kecekapan strategi. Walaupun kadar kehilangan sebenar di Pulau Pinang adalah terendah di seluruh Malaysia, tetapi tanpa penglibatan orang awam dalam pengurusan kehilangan air sebenar boleh menjejaskan pengurusan kehilangan sebenar. Terutamanya di negara yang sedang membangun, dengan bajet yang terhad dan teknologi yang kurang maju, penglibatan orang awam dalam pengurusan kehilangan sebenar boleh dikenalkan sebagai satu strategi yang menglibatkan kos rendah, dan kes kajian di negara lain juga membuktikan bahawa penglibatan orang awam dalam pengurusan kehilangan sebenar adalah efektif.

Kes- kes kajian juga menunjukkan bahawa negara atau bandar yang mencapai kadar NRW dan kehilangan sebenar yang rendah, biasanya akan menglibatkan orang awam sebagai satu penyelesaian masalah untuk isu-isu kebocoran paip atau isu kehilangan air secara fizikal. Oleh itu, untuk mengurangkan kehilangan sebenar di Pulau Pinang, PBAPP dan kerajaan negeri perlukan strategi yang boleh menambah kadar penyertaan orang awam dalam pengurusan NRW. Selain itu, pengarang juga mendapati program CSR yang dilaksana oleh PBAPP perlu memain sebegai peranan yang penting dalam segi perkhidmatan air. Program CSR ini merupakan satu program yang baik dan ia menglibatkan orang awam dalam pelajaran pemuliharaan air dan penjimatan air. Sebagai yang dinyata di atas, peranan orang awam adalah penting dalam pengurangan kehilangan sebenar, program CSR ini dicadangkan boleh bertambah kempen-kempen yang berkenaan dengan perkhidmatan air dan pengurusan NRW supaya orang awam boleh mendapat informasi yang penting terhadap kepentingan pengurangan kadar kehilangan sebenar.

PENGHARGAAN

Para penulis ingin merakamkan ribuan terima kasih ke atas sokongan kewangan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) 203/PKT/6720004 dan Universiti Sains Malaysia untuk sokongan lain- lain.

RUJUKAN

Asian Development Bank (ADB). 2010. Every drop counts: learning from good practice in eigth asian cities. Mandaluyong City, Philippines: Asian Development Bank and Lee Kuan Yew School of Public Policy.

Biswas, A.K., & Tortajada, C. 2010. Water supply of Phnom Penh: An example of good governance.International Journal of Water Resources Development, 26(2), 157-172. doi: 10.1080/07900621003768859

Chan, N.W. 2004. Managing water resources in the 21st century involving all stakeholders towards sustainable water resources management in Malaysia. Bangi: Centre for Graduate Studies UKM.

(8)

Chan, N.W. 2012a. Smart partnerships in water efficiency management towards a green economy with particular reference to Malaysia. IWA (India) Journal (Half Yearly Technical Journal of Indian Geographical Comittee of IWRA)(1), 28-31.

Chan, N.W. 2012b. Water saving devices.Standards Matter 1 (2012), 28-31.

Frauendorfer, R., & Liemberger, R. 2010. The issues and challenges of reducing non- revenue Water. Philippines.

Garande, Tarisai, & Dagg, Suzan. 2005. Public Participation and effective water governance at the local level: A case study from a small under-developed area in Chile. Environment, Development and Sustainability, 7(4), 417-431. doi: 10.1007/s10668-004-3323-9

Gomez, Juan D., & Nakat, Afamia C. 2002. Community participation in water and sanitation. Water International, 27(3), 343-353.

González, F., García, M.A., & Guardiola, J. 2011. Why is non-revenue water so high in so many cities?International Journal of Water Resources Development, 27(2), 345-360. Kingdom, B., Liemberger, R., & Marin, P. 2006. The challenge of reducing Non- Revenue

Water (NRW) in Developing Countries. How the private sector can help: A look at performance- based service contracting. Water Supply and Sanitation Sector Board Discussion Paper Series. Washington.

Lai, C.H., Chan, N.W., Suhaimi, A.T., & Jamaluddin, M.J. 2013a. Ke arah pengurusan air mampan: Kajian awal terhadap cabaran untuk mengurangkan air tidak berhasil di Malaysia. Paper presented at the Seminar Serantau Ke-2: Pengurusan Persekitaran di Alam Melayu, Pekanbaru, Provinsi Riau.

Lai, C.H., Chan, N.W., & Zakaria, N.A. 2013b. Non- Revenue Water Management in Malaysia: A review of selected water service providers in Malaysia. Paper presented at the Persidangan Kebangsaan Geografi & Alam Sekitar Kali Ke-4, UPSI, Tanjung Malim. Lai, C.H., Phang, W.L., & Chan, N.W. 2013c. A study of non- revenue water management in

penang as an example of good water governance. Paper presented at the Seminar Hasil Penyelidikan Sektor Pengajian Tinggi Ke-3 2013, EDC Hotel, Universiti Utara Malaysia. Lambert, A. 2003. Assessing Non- Revenue Water and Its components: A practical approach.

water 21:Water Loss IWA Task Force, 50-51.

Lambert, A., & Hirner, W. 2000. Losses from water supply system: Standard terminology and recommended performance measures. The Blue Page: The IWA Information Sources on Drinking Water Issues.

Liemberger, R., & Farley, M. 2004. Developing a non- revenue water reduction strategy: investigating and assessing water losses. Paper presented at the IWA 4th World Water Congress, Marrakech September 2004.Paper presented at the IWA 4th World Water Congress, Marrakech.

Pahl-Wostl, C. 2002. Towards sustainability in the water sector – The importance of human actors and processes of social learning.Aquatic Sciences, 64(4), 394-411.

Pilcher, R. 2003) Leak Detection practice and techniques: A practical approach. Water 21: Water Loss IWA Task Force, 44-45.

Referensi

Dokumen terkait

Keempat Berdasarkan pengukuran evaluasi yang digunakan untuk melihat efektifitas implementasi program kebijakan Perda Nomor 2 tahun 2011 tentang Penyelenggaraan

Tujuan dari penelitian pengembangan ini yaitu untuk mengetahui 1) Lembar Kegiatan Peserta Didik (LKPD) berbasis kontekstual mata pelajaran Administrasi Kepegawaian

Variabel yang paling berpengaruh antara Pendapatan Bagi Hasil, Pendapatan Margin Mura>bah}ah dan Dana Simpanan Wadi>‘ah terhadap Bonus Wadi>‘ah pada Laporan

Perbedaan Spirit Dakwah Indonesia dengan Lembaga dakwah yang lain adalah konsep dan model dakwah yang diterapkan oleh Spirit Dakwah Indonesia, dalam konsepnya

Secara umum, untuk mengubah citra berwarna yang memiliki matriks masing- masing r, g, b menjadi citra grayscale dengan nilai s, dapat dilakukan dengan mengambil rata-rata dari

Pin yang digunakan pada arduino dalam merancang meter air digital sesuai pada Gambar 2 yaitu pin digital 2 untuk serial data dari water flow sensor SEN-HZ21WA, pin

Pembelajaran tematik terpadu berfungsi untuk memberikan kemu- dahan bagi peserta didik dalam memahami dan mendalami konsep materi yang tergabung dalam tema serta

Usaha perkebunan kelapa sawit pada skala 6.000 hektar di Papua ini akan membutuhkan waktu yang relatif singkat (6 tahun dan 2 bulan) untuk mengembalikan