• Tidak ada hasil yang ditemukan

GOLONGAN AGAMA and PEJUANG TRADISIONAL T

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "GOLONGAN AGAMA and PEJUANG TRADISIONAL T"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Historiografi Malaysia bermula dari kurun ke-19 digambarkan sebagai ‘Zahirlah Sebuah Dunia Baru’ oleh Barbara Watson Andara dan Leonard Y. Andaya (1983) telah menyaksikan penggarisan sempadan politik yang menjadi tunjang kepada pembentukan Malaysia moden, pengukuhan peranan Semenanjung Tanah Melayu sebagai pembekal bahan-bahan mentah dan juga perbezaan sosioekonomi yang semakin ketara antara kumpulan etnik yang terbesar.1 Secara

keseluruhan, perkembangan ini membantu untuk melihat dan memahami serta meneliti dengan lebih mendalam masalah-masalah utama yang dihadapi khususnya oleh kerajaan Melayu hingga membawa kepada kurun ke-20.2 Menurut Abdullah Zakaria (1984):

“Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses persaingan antara kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan dan mengeksploitasi kegiatan ekonomi di Asia Tenggara terutamanya pada abad ke-19. Sebab itulah strategi awal penjajahan British di Tanah Melayu adalah menumpukan kawasan perdagangan (pelabuhan) dan kemudiannya ke atas negeri yang mempunyai kekayaan hasil bumi seperti biji timah. Penjajahan British menjalankan dasar diplomasi yang sangat berhati-hati dengan sultan dan pembesar Melayu. Namun begitu, hakikatnya mereka sering menggunakan kaedah diplomasi kapal perang atau cara ugutan dengan mana-mana pemerintah di Tanah Melayu.”3

Gambaran daripada kata-kata beliau sudah jelas menggambarkan suasana politik di Tanah Melayu bermula dari kurun ke-19 telah dimasuki oleh sebuah kuasa penjajahan iaitu British yang bijak dalam memanipulasi keadaaan sosial, politik mahupun ekonomi di negeri-negeri Tanah Melayu dalam memenuhi agenda dan kepentingan mereka sahaja. Abdul Malek (1977) pula menegaskan bahawa dalam jangka masa sekitar pertengahan kurun ke-19 dikatakan sebagai peringkat yang paling mundur dalam proses perpecahan dan keruntuhan tamadun mereka semenjak zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka serta kemunculan unit-unit politik dalam

1 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia (Kuala Lumpur, Malaysia: Macmillan Publishers (M), 1982), hlm. 131-132.

2 Ibid.

(2)

tempoh berkenaan yang sentiasa menghadapi masalah pergolakan dan persaingan politik baik di dalam negeri mahupun antara satu negeri dengan satu negeri yang lain.4 Sabah dan Sarawak yang

terdiri daripada pelbagai suku kaum pula tidak begitu banyak ditunjukkan reaksi oleh orang Melayu dalam penentangan British dalam lingkungan tahun tersebut misalnya di Sarawak, penentangan British begitu ketara hanya wujud pada tahun 1946 apabila Sarawak diserahkan oleh keluarga Brooke kepada kerajaan British malahan Parti Kebangsaan Melayu Sarawak atau Malay National Union of Sarawak (MNUS) telah ditubuhkan menjelang tahun 1936 dalam menentang penyerahan Sarawak.5 Gerakan penentangan di Sabah pula telah menunjukkan reaksi

yang paling kuat dalam menentang pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British yang diketuai oleh Mat Salleh yang berketurunan Bajau dan Sulu yang meletus pada tahun 1895.6

Justeru, persoalannya disini ialah sikap dan reaksi orang Melayu terhadap penjahahan British dari kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 yang boleh dilihat melalui corak penentangan mereka dalam mempertahankan hak dan maruah bangsanya di Tanah Melayu melalui kepimpinan tradisional tempatan dan golongan agama serta ulama tempatan di tanah air mereka sendiri.

Pengkaji Barat sememangnya menyatakan kehadiran British ini adalah berlandaskan kepada faktor kemanusiaan tetapi begitu banyak ugutan, paksaan dan tekanan yang dikenakan oleh penjajah British untuk menguasai sesuatu negeri menjadikan pernyataan tersebut adalah satu pembohongan semata-mata malahan sifat penjajah ini telah dikecam dengan hebat seperti wujudnya kebangkitan antiBritish di beberapa negeri di Tanah Melayu misalnya di Naning, Pahang, Kelantan dan sebagainya.

Abdullah Zakaria (1977):

(3)

“Kebangkitan gerakan antiBritish ini telah bermula di Naning di antara tahun 1830-1833 yang diketuai oleh Penghulu Dol Said. Walaupun perjuangan di Naning lebih merupakan untuk mempertahankan hak-hak keistimewaan tradisional, tetapi ia merupakan satu perjuangan menentang penjajah British.”7

Gerakan awal yang bermula di Naning disebabkan oleh masyarakatnya dikehendaki membayar hasil tahunan sebanyak satu per sepuluh kepada pemerintah British di Melaka yang mendakwa Naning sebahagian daripada wilayah Melaka telah mengundang kemarahan pemerintah tempatan sekali gus mereka telah berjaya membuktikan bahawa mereka mampu menewaskan pemerintahan kolonial British pada tahun 1831. Walaupun pada akhirnya, kerajaan British telah berjaya menawan Naning dan Penghulu Dol Said telah menyerah diri kepada British pada 4 Februari 1833, tetapi pandangan penulisan Kassim Thukiman yang mengatakan gerakan permulaan antiBritish seperti di Naning ini cukup menggambarkan sikap dan reaksi penduduk tempatan yang benci dengan pelaksanaan undang-undang British yang menyusahkan dan membebankan mereka secara langsung membuktikan penduduk di Tanah Melayu ketika itu telah disemai dengan sifat keyakinan yang tinggi untuk memerangi kehadiran penjajah British8

menjadikan pandangan ini bukan satu pandangan yang boleh dianggap remeh.

Tertarik dengan kata-kata oleh Hassan Ahmad (2006) iaitu “British menjajah Tanah Melayu, negeri dan kerajaan Melayu dan bangsa Melayu, bukan negeri, kerajaan dan bangsa bukan Melayu.”9 Secara jelas kata-kata beliau ini telah mencerminkan bahawa gerakan awal oleh

orang Melayu dalam memerangi kuasa penjajahan British ini adalah satu tindakan yang penting dalam memperjuangkan hak dan bangsa mereka sendiri. Merujuk kepada keterangan yang dinyatakan oleh Khoo Kay Kim iaitu:

7 Ibid., hlm. 84. 8 Ibid., hlm. 90.

(4)

“There was a basic fear that a more sophisticated form of education, if made available to the Malays, could unleash unpredictable to the force which might pose problems difficult for the British to cope with.”10

Rumusan daripada Khoo Kay Kim ini secara langsung menguatkan lagi fakta bahawa pihak kolonial mempunyai niat untuk tidak mahu memajukan orang Melayu kerana gentar akan risiko kemungkinan lahir kumpulan penentang dan puak pelampau sekali gus penulis telah dapat membuat kesimpulan awal bahawa gerakan di Naning tersebut telah berjaya menggerungkan pihak British dengan kebangkitan Melayu itu sendiri yang dapat dijadikan suatu kesinambungan kepada perjuangan kemerdekaan tanah air selepasnya.11 Merujuk pula keterangan daripada

seorang pegawai pendidikan British, Arthur N. Kenion iaitu:

“… awak boleh mengajar orang-orang Melayu awak itu supaya tingal terus di sawah-sawah padi dan supaya mereka tidak hilang kemahiran dan kesenian dalam kerja-kerja menangkap ikan dan kerja-kerja hutan. Ajarkan mereka supaya mereka memuliakan kerja buruh… dan saya yakin awak tidak akan menghadapi kekacauan seperti yang terjadi di India akibat pelajaran yang berlebihan.”12

Lantaran daripada keterangan pihak kolonial tersebut telah menjelaskan lagi hakikat yang sebenarnya adalah pihak British sangat takut akan kemajuan yang bakal dikecapi oleh orang Melayu sekiranya diwujudkan kepada mereka peluang pendidikan yang cerah sekali gus dapat menjejaskan kewibawaan pihak British. Justeru, bertitik tolak daripada situasi ini dapat dirumuskan secara ringkas dalam menjawab persoalan mengapa pihak British melantik seorang pegawai perhubungan Melayu yang bertugas dengan Polis Negeri Negeri Melayu Bersekutu,

10 Ishak Saat dan Mohd Akbal Abdullah, Isu-Isu Terpilih dalam Sejarah Politik dan Perjuangan (Johor, Malaysia: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2010), hlm. 38.

11 Kassim Thukiman, Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik, hlm. 90.

(5)

cawangan perisik pada tahun 1923 bertujuan menyiasat kegiatan Kaum Muda.13 Kaum Muda ini

merupakan golongan yang memainkan peranan ke arah menyemarakkan semangat perjuangan kemodenan yang telah mewujudkan gerakan islah pelajar-pelajar Melayu dari Timur Tengah di sekitar tahun 1904. Melihat kepada kata-kata Abd. Wahid Jais (2006) iaitu:

“Lulusan al-Azhar dikatakan telah memainkan peranan yang paling awal kearah mewujudkan semangat kemodenan ala islam dan mencetuskan semangat kebangsaan menentang kuasa penjajahan British di Tanah Melayu… dan melahirkan sebarisan orang Melayu Islam yang dikenali sebagai Kaum Muda dengan idea pembaharuan menentang amalan dan pemikiran islam yang didokong oleh ulama-ulama Tradisional.”14

Oleh itu, keterlibatan lulusan al-Azhar ini dalam memulakan langkah membangkitkan kesedaran islam tidak boleh dipandang sepi (Jaafar Awang, 2016). Hal ini disebabkan oleh golongan ini sewajarnya dilabelkan sebagai pendorong dalam memberikan sumbangan pemikiran untuk membina dan membangunkan minda masyarakat Melayu Islam15 secara tidak langsung

membawa simbol tentang sikap dan reaksi orang Melayu yang benci akan negaranya dipengaruhi dan dijajah oleh satu kuasa asing ketika itu iaitu British. Sehubungan dengan kemunculan Kaum Muda atau golongan ulama baharu ini telah mewujudkan tokoh-tokoh yang hebat seperti Syed Syeikh bin Ahmad al-Hadi, Haji Abbas bin Muhammad Taha, Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Azhari dan Syeikh Salim al-Katali yang menerajui majalah Al-Imam yang diterbitkan pada tahun 1906 di Singapura.16 Kehadiran majalah ini telah membawa suatu

13 Maymon Arif, “Kegiatan Politik Melayu Tahun 1930an” diakses pada 8/10/2017 daripada

http://journalarticle.ukm.my/536/1/1.pdf, hlm. 41.

14 H Jalani, Bab Kedua “Tuan Haji Yusof Rawa dan Pergerakan Islah di Malaysia”, 2013 diakses pada 8/10/2017 daripada http://studentsrepo.um.edu.my/5250/2/2BAB_KEDUA.pdf, hlm. 43.

15 Ibid., hlm. 44.

(6)

perubahan yang amat besar dan bermakna di dalam arena kehidupan masyarakat Melayu walaupun hanya sempat diterbitkan sebanyak 31 keluaran sebelum terhenti disebabkan masalah kewangan tetapi ianya tetap menggambarkan usaha kegiatan intelektualisme masyarakat Melayu yang meliputi keseluruhan bidang termasuk ekonomi, politik dan sosial serta agama dalam bangkit menentang penjajahan British.

Namun begitu, adanya anasir luar yang menafikan kegiatan Kaum Muda ini seperti kenyataan yang diberikan oleh sarjana Barat yang bernama Willian R. Roff (1980) yang cuba melihat islam ini melalui perspektif sekular. Misalnya, sarjana itu telah mengatakan “Al-imam’s first concern was with religion and not directly with social, even less with pratical, change”.17

Walaubagaimanapun, sarjana tempatan telah pun membidas kenyataan tersebut dengan mengatakan bahawa pemahaman Roff yang begitu dangkal mengenai islam itu sendiri yang mengatakan islam itu terpisah dengan kehidupan lain yang meliputi aspek politik, ekonomi dan sosial sememangnya tidak benar sama sekali.18 Sebagai contoh, Abdul Aziz (1973) menyatakan

al-Imam adalah satu saluran yang banyak menyindir penjajah British yang dianggap sebagai bangsa ajni tetapi hanya secara kiasan kerana zaman itu telah diwariskan dengan lingkaran penjajahan.

Abdullah (1980) turut mengutarakan bahawa al-Imam ini telah menyeru orang Melayu mengambil pedoman dari masyarakat negara Jepun yang turut menjalankan Islah dalam bidang politik, ekonomi dan juga pertahanan tetapi mereka tetap dengan agama yang mereka anuti secara langsung ingin membuktikan bahawa agama ini bukannya penghalang untuk mencapai sebarang kemajuan19 sepertimana yang dikatakan oleh Roff sebelum ini. Di samping itu, al-Imam

17 Kassim Thukiman, Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik, hlm. 95. 18 Ibid.

(7)

juga dilihat sebagai pencetus kepada kesedaran bahawa akhbar dan majalah amat berperanan dalam mewujudkan kesedaran baharu di kalangan orang Melayu sejak akhir kurun ke-1920

malahan boleh dirumuskan bahawa orang Melayu ini sebenarnya merupakan satu bangsa yang mempunyai daya keintelektualan yang tinggi kerana kewujudan gerakan islah ini adalah datangya daripada idea idea pelajar Melayu walaupun ada yang dikatakan bukan Melayu tulen yang telah belajar di Timur Tengah ataupun Asia Barat.

Kejayaan gerakan Islah ini adalah kerana mendapat sambutan yang baik daripada kalangan masyarakat Melayu itu sendiri sehinggakan tertubuhnya satu sistem pendidikan madarasah oleh ulama aliran al-Manar atau Kaum Muda ini yang dapat memberikan persaingan kepada sistem pendidikan sekular yang diperkenalkan oleh pihak British ketika itu.21

Sesungguhnya, kewujudan tokoh-tokoh dalam gerakan kaum Muda ini mampu memberi kesedaran kepada orang Melayu tentang pentingnya pendidikan dan penguasaan ilmu pengetahuan serta pendekatan yang diambil oleh golongan ini dalam mewujudkan sekolah-sekolah agama aliran moden merupakan satu tindakan yang realistik dalam membentuk kekuatan jati diri dan membentuk ketahanan daya saing dengan bangsa-bangsa lain dalam kalangan para pelajar Melayu.22 Oleh itu, kenyataan Cheah Boon Kheng yang melabelkan perjuangan ‘reformis

agama’ atau ‘Kaum Muda” ini sebagai perjuangan yang dipimpin oleh golongan ‘bukan Melayu yang tulen’ dan cuma berlandaskan hal-hal berkaitan agama dan perkauman sempit semata-mata23 dapat dipersoalkan.

20 Abdul Rahman Haji Ismail, “Cabaran dan Tindak Balas (1896-1946)”, hlm. 299.

21 Mustaffa Abdullah, “Pengaruh Tafsir Al-Manar dan Kesannya Kepada Perjuangan Reformis Tempatan Memartabatkan Pendidikan Orang Orang Melayu” dalam Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 19 (Kuala Lumpur, Malaysia: Univerisiti Malaya, 2008), hlm. 121.

22 Ibid., 122.

23 Azmi Arifin, “Nasionalisme Melayu dan Gerakan Menuntut Kemerdekaan Tanah Melayu 1945-1957: Antara British, United Malays National Organisation dan Gerakan Kiri Melayu”

(8)

Sekiranya perjuangan ini diibaratkan sebagai ‘tin kosong’ yang tidak membawa erti kepada kemerdekaan tanah air maka tidak wujudlah tokoh tokoh yang hebat selepas itu dalam memperjuangkan hak mereka daripada dijajah misalnya Ibrahim Haji Yaacob yang telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1937. Merujuk kepada biodata beliau, sewaktu Ibrahim menubuhkan KMM, beliau adalah seorang wartawan di akhbar Majlis.24

Sepertimana yang dinyatakan dalam Abdul Rahman Haji Ismail (2007), akhbar Majlis merupakan kelangsungan daripada warisan akhbar-akhbar al-Imam25 yang dipelopori oleh

golongan reformis yang dikatakan kolot itu. Oleh itu, sekiranya akhbar-akhbar al-Imam ini tidak dihasilkan maka mustahil untuk akhbar-akhbar yang lain seperti Majlis, Warta Malaya dan Pengasuh untuk diterbitkan tanpa adanya pengaruh awal yang hebat.

Penulisan ini juga ingin menyorotkan kata-kata Ibrahim di dalam karya beliau yang dilihat turut memperjuangkan nasib bangsa Melayu seperti “gemarkah kita menyerahkan tanahair kita ini kepada bangsa Malayan?” (Majlis, 28 Mac 1932) dan “… apa gunanya kesenangan, kekayaan, kemuliaan- kalau kaum bangsa kita Melayu terhina bahkan samalah kita terhina sekali” (Majlis, 7 April 1932)26 telah menonjolkan keprihatinan beliau tentang nasib orang

Melayu manakala di dalam al-Imam juga membicarakan hal yang berkaitan dengan masa depan orang Melayu iaitu:

“… mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan kepada mereka itu (orang Melayu)”.27

24 Ahmat Adam, ‘Melayu Raya’ Sebagai Konsep Politik Antikolonial dalam Sejarah Perjuangan Kemerdekaan Tanah Melayu dalam Abdul Rahman Haji Ismail dan Azmi Arifin,

Sejarah Malaysia: Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegeraan dan Kemerdekaan (Pulau Pinang, Malaysia: Universiti Sains Malaysia, 2016), hlm. 118.

25 Abdul Rahman Haji Ismail, “Cabaran dan Tindak Balas (1896-1946)”, hlm. 299. 26 Ahmat Adam, ‘Melayu Raya’ Sebagai Konsep Politik Antikolonial dalam Sejarah Perjuangan Kemerdekaan Tanah Melayu, hlm. 118.

(9)

Sehubungan dengan kedua kenyataan tersebut jelaslah bahawa golongan Kaum Muda dengan terbentuknya persatuan KMM ini adalah saling berkait antara satu sama lain di bawah payung perjuangan yang sama iaitu memperjuangkan bangsa dan hak orang Melayu sekali gus menunjukkan kebencian dan kesedaran orang Melayu untuk membebaskan diri mereka daripada dibelenggu oleh pihak penjajah.

Selain itu, penulisan ini juga ingin mengetengahkan satu kenyataan yang berbunyi kepimpinan tradisional dan bangsawan Melayu seperti Dato’ Dol Said, Dato’ Maharajela, Dato’ Sagor, Yamtuan Antah, Dato’ Bahaman, Mat Kilau dan sebagainya hanya dianggap sebagai pemberontakan kaum primitif dan rakyat bawahan yang didakwa telah menyokong perjuangan mereka bukan disebabkan oleh adanya kesedaran politik tetapi disebabkan oleh kesetiaan yang membabi buta terhadap pembesar feudal mereka.28 Selaras dengan tajuk penulisan iaitu sikap dan

reaksi orang Melayu terhadap penjajahan British dari kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 ini, penulis ingin mempersoalkan kenyataan tersebut sekiranya kepimpinan tradisional terdahulu dianggap seperti tiada nilai yang boleh diagungkan tetapi perlulah dilihat daripada sudut perspektif tindakan pihak penjajah itu sendiri dan kerelevanan sesuatu tindakan itu dilakukan.

Sebagai contoh, merujuk kepada penulisan Leong Yee Fong, beliau mengatakan bahawa sistem pemerintahan Residen selepas tahun 1874 itu adalah berunsur paksaan seperti para pemerintah Melayu dikehendaki mematuhi segala nasihat residen British yang menyebabkan pemerintah Melayu tidak lagi berkuasa memberikan kata putus dalam segala hal yang berkaitan dengan pengurusan politik negeri-negeri mereka sehingga mencetuskan pembunuhan Birch iaitu Residen pertama negeri Perak pada tahun 1875.29 Sesungguhnya, kegiatan pembunuhan itu 28 Azmi Arifin, “Nasionalisme Melayu dan Gerakan Menuntut Kemerdekaan Tanah Melayu 1945-1957: Antara British, United Malays National Organisation dan Gerakan Kiri Melayu”,

hlm. 61.

(10)

sememangnya sesuatu tindakan yang amat kejam tetapi apabila menyingkap kembali kepada kronologi sebelum peritiswa pembunuhan itu berlaku, ianya perlulah difahami dan diteliti dengan meletakkan diri kita di dalam situasi berkenaan. Melalui rumusan yang diambil daripada penulisan Barbara W. dan Leonard Y. Andaya (1983) iaitu:

“… Birch yang sepatutnya menjadi penasihat Sultan Abdullah telah melanggar peraturan perjanjian dengan cara cuba memusatkan kuasa pemerintahan sepenuhnya di tangan beliau. Segala keputusan diambil tanpa berunding dengan Sultan Abdullah, malah beliau telah menggunakan tekanan dan ugutan ke atas Sultan Abdullah bagi mendapatkan tandatangan untuk melaksanakan peraturan-peraturan baru di Perak.”30

Abdullah Zakaria (1997) pula menjelaskan bahawa fasal 10 dalam perjanjian Pangkor turut memuatkan:

“maka pada pemungut hasil itu dan kuasa pemerintah memungutnya itu serta/jenis perintah bagi negeri itu semuanya hendaklah diaturkan dengan mengikut kehendak Residen-Residen yang tersebut/segala itu.”31

Oleh itu, kedua-dua petikan di atas secara jelas telah menunjukkan betapa tamaknya pihak penjajah dalam mengeksploitasi segala perkara di Tanah Melayu termasuk kuasa pemerintahan tempatan sehingga berlakunya pembunuhan residen berkenaan oleh rakyat yang mula berasa dikongkong dan ditindas semasa di bawah penjajahan British.32 Secara logik akal, adakah

peristiwa pembunuhan tersebut tidak boleh diklasifikasikan sebagai kesedaran politik orang Melayu untuk membebaskan diri mereka daripada ikatan kuasa penjajahan walaupun

Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007), hlm. 249.

30 R Muhammad, “Bab Tiga: Kesan Kolonialisme Ke Atas Politik di Tanah Melayu Melalui

Perjanjian British” diakses pada 8/10/2017 daripada

http://studentsrepo.um.edu.my/491/4/BAB3.pdf, hlm. 45. 31 Ibid., hlm. 46.

(11)

berkemungkinan ianya dipengaruhi oleh fahaman fanatik dan apapun alasannya tetapi penulisan ini ingin menggariskan bahawa wujudnya suatu kesedaran dalam diri masyarakat Melayu ketika itu untuk menentang penjajah yang secara membabi buta membuat peraturan dan undang-undang yang telah menjatuhkan maruah bangsa dan kedaulatan pemerintahan kerajaan Melayu itu sendiri. Istilah pembunuhan Birch itu perlulah diperhalusi oleh para pengkaji Sejarah agar ianya tidak disalahertikan oleh pihak luar yang memandang masyarakat Melayu ketika itu adalah masyarakat yang kejam tetapi apabila melihat kepada gambaran yang lebih luas maka istilah tersebut dapat ditafsirkan dengan makna yang lebih baik.

Sebagai penggulungan awal perbincangan, penulisan ini yang memfokuskan sikap dan reaksi orang Melayu terhadap penjajahan British dari kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 adalah bertujuan mengetengahkan isu-isu penting yang dapat menonjolkan tindakan orang Melayu itu sendiri baik secara langsung mahupun tidak langsung tetapi ianya menggambarkan kebencian dan kesedaran orang Melayu untuk bangun menentang pembentukan ‘British’ Malaya dalam lingkungan tempoh tersebut. Walaupun penulisan ini telah memperlihat betapa pentingnya pengaruh kaum Muda dalam membentuk sikap dan reaksi masyarakat Melayu dalam menentang penjahahan British melalui corak perjuangan agama islam moden mereka tetapi ingin ditegaskan disini bahawa sikap dan kesedaran orang Melayu sebenarnya telah diwujudkan lebih awal lagi oleh golongan ulama tempatan sendiri33 dan golongan kaum Muda ini sebenarnya adalah sebagai

pendorong ke arah yang lebih efisen dalam membentuk kesedaran tersebut.

Penulis ingin menjelaskan kaum Muda yang diterangkan sebelum ni sememangnya berperanan penting dalam mewarnai corak dan reaksi orang Melayu terhadap penjahahan British tetapi peranan kepentingan agama islam ini sebenarnya telah dicetuskan awal oleh golongan

(12)

ulama tempatan yang mempunyai hubungan rapat dengan sultan secara tidak langsung telah menyukarkan British untuk mencampuri hal ehwal politik khususnya di Terengganu seperti Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau telah berjaya dalam menyemarakkan semangat perjuangan dalam kalangan rakyat di Hulu Terengganu yang membawa kepada Pemberontakan Tani pada tahun 192834 sekali gus menjadi tunjang kepada pembentukan kesedaran untuk membasmi segala

ancaman yang dapat menggugat nilai hidup dan kepercayaan orang Melayu.35

Selain Haji Abdul Rahman Limbong, ulama dan pejuang kemerdekaan yang sangat berjasa dalam memperjuangkan tanah air terutamanya di Terengganu ialah Tok Ku Paloh dan beberapa pejuang yang lain.36 Penjelasan mengenai golongan ulama tempatan ini adalah untuk

menegaskan bahawa sekiranya tiada kewujudan pengaruh luar yang membentuk kaum Muda berkenaan, kesedaran untuk menentang penjajahan British tetap akan wujud di Tanah Melayu itu sendiri dengan proses yang berbeza berbanding golongan ulama baharu berkenaan. Sebagai contoh, Timah Hamzah (1981) melalui kajiannya yang berkaitan dengan ketokohan Haji Abdul Rahman Limbong telah berpandangan bahawa:

“Haji Abdul Rahman Limbong sangat dikagumi oleh anak muridnya dan juga penduduk Terengganu terutamanya penduduk Ulu Terengganu kerana beliau mengekalkan unsur-unsur ‘nativisme’ di dalam masyarakat. Misalnya masyarakat Ulu Terengganu pada tahun 1920-an yang merasai tekanan akibat campur tangan pihak Inggeris dalam pemerintahan negeri Terengganu. Masyarakat di Ulu Terengganu mahukan suasana seperti dahulu yang mana Terengganu bebas memerintah negeri mereka tanpa

34 Ibid., hlm. 262. 35 Ibid.

36 Mohd Roslan Mohd Nor, Mohamad Fauzi Zakaria dan NoorZahidah Mohd Zain, “Keterlibatan Ulama’ dalam Perjuangan Kemerdekaan di Terengganu” (Selangor, Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2011) diakses pada 18/10/2017 daripada

(13)

campur tangan pihak asing. Lalu, mereka menjadikan Haji Abdul Rahman Limbong sebagai role model dalam perjuangan mereka.”37

Sehubungan dengan kenyataan beliau, jelaslah bahawa ketokohan golongan ulama tempatan telah dapat menyemai semangat kebangkitan dalam membentuk gerakan protes menentang kuasa penjajahan British walaupun tokoh itu telah dibuang ke negeri Mekah dan meninggal dunia di sana pada tahun 1929 tetapi impak positif daripada ketokohan beliau amatlah penting dalam menyumbang kepada gerakan perjuangan kemerdekaan yang mendapat tempat di hati rakyat ketika itu. Begitu juga pentingnya dengan ketokohan ulama yang dinamakan sebagai Tok Ku Paloh ataupun Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus yang berperanan hebat dalam urusan hal ehwal kerajaan Terengganu. Beliau telah dikenali sebagai ulama yang tidak takut menanggung risiko tinggi dalam perjuangan demi mempertahankan Islam dan bangsa Melayu malah beliau telah melindungi pejuang-pejuang Islam dan Melayu yang bermusuh dengan penjajah Inggeris pada zaman itu seperti yang berlaku dalam Perang Pahang.38 Ulama Terengganu sendiri menyatakan

bahawa:

“Dalam Perang Pahang penentang-penentang British yang dipimpin oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri setelah mengalami tekanan dari kerajaan. Pada Mei 1894, mereka menghubungi Tok Ku Paloh, dan mendapat simpati daripada ulama tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka, tetapi mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh mereka di Pahang. Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang Jihad.”39

37 Ibid., hlm. 302.

38 Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Bicara Agama “Tok Ku Paloh Al-Aidrus pejuang Islam dan bangsa Melayu” Utusan Online, 2006) diakses pada 18/10/2017 daripada

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2006&dt=0918&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

(14)

Kenyataan tersebut telah membuktikan bahawa ulama tempatan seperti Tok Ku Paloh turut mempunyai darah perjuangan dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu walaupun British dapat mencampuri urusan di Terengganu setelah beliau wafat pada bulan Zulhijah 1335H tetapi perjuangan bijak beliau perlulah dicontohi dan dijadikan pedoman sehingga kini. Melalui perbincangan ini secara tidak langsung dapat menonjolkan kewibawaan para ulama tempatan sebagai orang yang terawal bangkit dalam menentang penjajah yang sanggup berjuang sehingga ke titisan darah terakhir mereka bagi melihat khususnya bangsa Melayu kembali bebas daripada campur tangan kuasa asing di tanah air sendiri.40 Maka, terbuktilah peranan ulama tempatan ini

layak dijadikan sebagai simbol kepada kebangkitan orang Melayu dan pemangkin kepada perjuangan-perjuangan yang seterusnya dalam menentang penguasaan penjajahan British.

Oleh itu, golongan agama ini layak untuk diiktiraf sebagai tunjang dalam membentuk kesedaran politik orang Melayu khususnya melalui golongan ulama tempatan itu sendiri. Di samping mereka yang berkemampuan dan merantau mendapatkan pengetahuan agama yang lebih mendalam di luar negeri sekali gus menjadikan mereka lebih peka kepada perkembangan sekeliling dan mampu menjadi penggerak awal kepada masyarakat Melayu untuk berdikari dalam memperjuangkan kemerdekaan seperti golongan Kaum Muda.41 Sebagai penggulungan

akhir perbincangan, bermulanya kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 telah menyaksikan sikap dan reaksi orang Melayu terhadap penjajahan British dengan gerakan awal penentangan oleh kepimpinan tradisional tempatan serta kemunculan masyarakat yang menjadikan agama islam itu sebagai satu senjata yang amat kuat sehingga digeruni oleh pihak kolonial sepertimana yang dinyatakan oleh Mohamed Nawab Mohamed Osman (2007) iaitu “Although the British

40 Mohd Roslan Mohd Nor, Mohamad Fauzi Zakaria dan NoorZahidah Mohd Zain, “Keterlibatan Ulama’ dalam Perjuangan Kemerdekaan di Terengganu”, hlm. 303.

(15)

successfully quelled these instances of unrest, this reflected an active role that the ulama played

in leading resistance against colonial authority.42

Justeru, tanggapan bahawa corak kebangkitan oleh golongan – golongan ini kononnya dianggap kuno dan tidak penting untuk dibicarakan serta dihuraikan dengan lebih mendalam dan terperinci melalui isu memperjuangkan kemerdekaan di Tanah Melayu berbanding tokoh-tokoh parti politik lain seperti KMM adalah satu tanggapan yang tidak masuk akal sama sekali. Berikutan dengan fokus penulisan sikap dan reaksi orang Melayu terhadap penjajahan British dari kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 ini adalah untuk membuka minda mana-mana pihak yang terlalu taksub akan istilah yang dibuat oleh sarjana Eropah sehingga memandang serong perjuangan oleh tokoh-tokoh tradisional tempatan dan golongan agama yang dianggap sebagai bukan perjuangan nasionalisme perlulah diubah sama sekali kerana mereka umpama akar yang teguh dalam membentuk sikap dan reaksi orang Melayu untuk bangkit menentang kekejaman pihak penjajah sewaktu era berkenaan dan telah mencetus resolusi perjuangan kemeredekaan kepada era yang seterusnya.

Referensi

Dokumen terkait

Keyakinan British bahawa orang Melayu tidak akan menentang apa sahaja yang dibuat kepada bangsa mereka dan negeri-negeri Semenanjung.. menyebabkan British merancang untuk

Anggota UKM adalah mahasiswa aktif yang terdaftar secara sah dan keanggotaannya dijamin kerahasiaannya untuk kepentingan pihak tertentu dari luar Poltekkes Kemenkes Surabaya..

NLS 2014 kali ini akan sejalan dengan fokus CIMSA dalam melakukan community development, dengan membawakan tema “Community Development Implementation:

Diagnosis penyakit Crohn secara klinik sangat sulit karena gambaran klinik yang bervariasi dan menye- rupai penyakit usus lain sehingga diagnosis seringkali dibuat pada

Kata polimorfisme yang berarti satu objek dengan banyak bentuk yang berbeda, adalah konsep sederhana dalam bahasa pemrograman berorientasi objek yang berarti kemampuan

Membran sel Sitoplasma Reseptor Lipomodulin Asam arakidonat (terikat) Asam arakidonat (bebas) fosfolipase A2 Siklooksigenase Tromboksan Prostaglandin PGE 2 , PGI 2

Melihat dari analisa dari hukum pidana dapat diketahui Hakim kekurangan bukti konkrit dimana terlihat jelas 4essica memasukkan racun pada mirna. "etapi hal ini tidak

Berdasarkan pengertian-pengertian diatas, maka penulis menyimpulkan pengertian dari judul penelitian “Konsep Tanah yang Dijanjikan dalam AL- Qur’an dan Perjanjian