• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERANAN ICT TERHADAP PERKEMBANGAN DAKWAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERANAN ICT TERHADAP PERKEMBANGAN DAKWAH"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

“PERANAN ICT TERHADAP PERKEMBANGAN DAKWAH DI MALAYSIA”

Oleh:

Abdul Rahman Ab Hadi (IED 110001)

Sarjana Muda Usuluddin

(Dakwah Dan Pembangunan Insan)

PENGENALAN

Mutakhir ini, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan perkembangan yang amat penting dalam mencapai taraf negara maju. Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) begitu cepat berlaku khususnya di negara Malaysia. ICT merupakan salah satu cabang ilmu yang perlu dikuasai oleh umat Islam seiring dengan perkembangannya. Oleh sebab itu, umat Islam tidak boleh terlalu leka dengan mengabaikan perkembangan dalam bidang teknologi sebaliknya perlu menguasai ilmu ini. Dengan ini, sebagai daie yang proaktif sewajarnya memanfaatkan semaksimum mungkin teknologi maklumat ini untuk kesinambungan gerak kerja dakwah yang lebih efisyen dan efektif.

Berdakwah sangat penting sebagai proses untuk menegakkan kalimah Allah SWT dan memelihara kesucian serta kemuliaan ajaran Islam agar terus berkembang untuk seluruh umat di dunia. Ini bertepatan dengan firman Allah di dalam al-Qur’an yang bermaksud “Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah

Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya

(2)

jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.”(Surah an-Nahl

: Ayat 125).

Sebelum berkembangnya ICT, agama Islam disebarkan melalui dakwah yang menggunakan kaedah konvensional seperti ceramah, syarahan dan seminar yang disampaikan terus secara lisan kepada individu atau masyarakat. Penyampaian dakwah dilakukan di pondok-pondok serta madrasah yang dibina sendiri. Pendakwah juga terpaksa melalui pelbagai cabaran dan dugaan. Di samping itu, penggunaan bahan-bahan dakwah adalah terhad, iaitu hanya menggunakan kitab-kitab lama. Ada ketikanya terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk sampai kepada segenap pelusuk masyarakat (Yusoff Mohamad: 2000).

Selepas berlakunya ledakan teknologi maklumat seperti kemudahan mengakses internet menjadikan dakwah lebih meluas dan cepat tersebar. Penggunaan ICT tidak lain dan tidak bukan hanya untuk membantu memudahkan aktiviti dakwah dan memastikan agar dakwah Islam tidak ketinggalan serta berkembang seiring dengan kemajuan teknologi yang dicapai.

DEFINISI DAKWAH DAN ICT

Dakwah berasal daripada istilah Arab, iaitu Da’a, Yad’u, Da’watan. Antara pengertian dakwah dalam bahasa Arab yang paling masyhur ialah meminta tolong, beribadat, memandu,

menjemput, mengajak, memanggil, menyeru, dan melaung1. Dr. Yusuf al-Qaradawi pula

memberi definisi dakwah sebagai usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini,

mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri daripada segala kongkongan yang bukan daripada Allah ( taghut ) yang terpaksa

(3)

dipatuhi, memberi hak kepada orang yang ditentukan hak oleh Allah, menafikan hak ke atas orang yang dinafikan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan

berjihad di jalan-Nya.2

Secara umumnya, Dakwah mengandungi merangkumi beberapa rangkaian berikut :

i. Dakwah mengandungi usaha, aktiviti atau kegiatan manusia ; yang dilakukan oleh

pendakwah, supaya diterima oleh sasaran dakwah.

ii. Dakwah mengandungi pengajaran, iaitu isi penyampaian mesej dakwah. iii. Dakwah dilaksanakan berpandukan manhaj dan uslub yang dirancangkan.

iv. Dakwah disalurkan melalui media tertentu3

ICT atau dikenali dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi merangkumi aspek teknologi maklumat dan komunikasi. Taknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna serta menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya.4

Teknologi maklumat merujuk kepada segala unsur teknologi yang ada kaitan dengan proses mengendali informasi yang mengandungi maklumat tentang sesuatu dalam bentuk teks, imej, video,dan audio5.

ICT yang berkaitan dengan teknologi maklumat dalam Islam berkait dengan penyimpanan penyimpanan dan pengurusan maklumat dalam pelbagai peralatan atau perantaraan kerana ia menjadi tuntutan penting bagi umat Islam. Ia penting dalam tuntutan ibadah, mengetahui waktu ibadah,

2 Dr. Yusuf al-Qaradawi, Thaqafah al-Da’iyah (Beirut : Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi, 1981) 3 Ab Aziz Mohd Zain (2006), Dakwah Islam Di Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya Kuala Lumpur, hlm 39 – 40.

4 Pm. Dr Syed Muhammad Dawilah Al Idrus, Ust Mohd Lutfi Solehan, (2-3 DISEMBER 2009).

Peranan ICT Dalam Penyebaran Dakwah Dalam Era Globalisasi. Seminar kebangsaan

dakwah Islamiah di ipt dan komuniti Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM

(4)

penyampaian dakwah secara berkesan dan sebagainya. Komunikasi juga berkaitan dengan penekanan Islam tentang kepentingan dan keperluan silah atau komunikasi antara manusia.6

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DI MALAYSIA

Perkembangan dakwah selepas merdeka sangat pesat berlaku dengan kebangkitan semangat gerakan tajdid dan gerakan pengislahan dalam kalangan masyarakat Melayu telah mendorong fenomena baru dalam gerakan dakwah masa kini. Inti pati semangat gerakan tajdid dan gerakan

pengislahan di Malaysia, selain implikasi perkembangan politik semasa dan perkembangan inovasi teknologi maklumat dan komunikasi telah mendorong masyarakat Islam di Malaysia memperagakan pendekatan dakwah yang lebih bervariasi demi kepentingan dakwah7

Inovasi internet mula berkembang di Malaysia pada awal 1990-an apabila MIMOS (Malaysian Institute of Microelectrinic System) melancarkan JARING (Joint Advanced Integrated

Networking),Pembekal Perkhidmatan Maklumat di Malaysia. Dengan wujudnya hubungan satelit antara Malaysia dan Amerika Syarikat pada tahun 1992, JARING berjaya dihubungkan dengan internet. Dengan ini pengguna internet di Malaysia boleh mengakses internet lebih 140

buah Negara.

MIMOS yang dikendalikan oleh 5 pakar komputer iaitu Dr Mohd Azman UM, Dr Awang

Lah UM, Dr Muhammad Ghazie Ismail (USM), Dr Mohd Arif Nun (UTM), Dr Mohd Zawawi Ismail (UTM) mengendalikan projek rangkaian JARING sebagai projek pembangunan utama dalam Rancangan Malaysia Ke-Enam. JARING yang dihubungkan dengan banyak institusi

6 Zulkarnain Mohamed (2007). Sains, Teknologi dan ICT Pengajian Islam (hlm. 208). Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

(5)

penyelidikan dan akademik, serta agensi kerajaan dan swasta di Malaysia, bermatlamatkan terutamanya untuk menyokong aktiviti pendidikan, penyelidikan dan komersial. JARING juga

dihubungkan kepada rangkaian Internet antarabangsa.8

Selain itu, Agenda Teknologi Maklumat Negara (NITA) bertujuan untuk membudaya dan merangsang kesedaran serta penggunaan ICT di kalangan lapisan masyarakat di bandar dan di

desa9. Kemudiannya, agenda ini digubal supaya pembangunan seimbang dapat diterapkan antara

insan, prasarana maklumat (infostruktur) dan aplikasi. Ini selaras dengan cabaran ke enan

Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan yang tinggi dan sentiasa memandang ke hadapan. Ini jelaslah kepada kita bahawa kerajaan begitu serius untuk memajukan ICT di dalam negara kita. Oleh itu, para da’ie

sewajarnya memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia ini semaksimum mungkin untuk keberlangsungan gerak kerja dakwah.

Internet merupakan rangkaian jaringan maklumat yang terbesar di dunia. Rangkaian ini membolehkan komunikasi dua hala dan pertukaran maklumat berlangsung10. Pada awalnya,

aplikasi internet yang paling banyak digunakan ialah laman web. Pada awal 2000 setelah

pengguna mula membiasakan diri dengan internet, maka computer mediated communication (CMC) atau komunikasi yang menggunakan perantaraan komputer mula meluas. Ramai yang

mula memiliki email dan seterusnya komunikasi berlaku menerusi mailing list atau e-group

8 Norfaezah Binti Abd. Halim. (2010). Sejarah Internet Malaysia. Retrieved from

(http://ptmk.ump.edu.my/index.php/artikel/69-telekomunikasi/198-sejarah-internet-malaysia.html)

9 Ismail Sualman, Zulkifli Abu Bakar (2007). Bab 3 : Jaringan Pengurusan Masjid, Islam Hadhari : Kekuatan Masjid Dalam Menjana Masyarakat Gemilang (hlm. 52): Yayasan Islam Hadhari.

(6)

apabila sejumlah emel dikumpulkan dalam satu kumpulan. Apabila pemilik emel itu yang dikenali dengan subscriber menghantar satu emel kepada sesuatu kumpulan, semua ahli

kumpulan tersebut akan memperolehi maklumat yang dihantar. Komunikasi ini telah berkembang dengan baik dan banyak e-group yang telah dibentuk pada ketika ini. Terdapat e-group yang dibentuk berasaskan tema tertentu seperti agama, wanita, pendidikan dan sebagainya.

Sementara itu, ada pula yang dibentuk oleh organisasi untuk menjalankan komunikasi dengan ahli. Berdasarkan pemerhatian, bilangan jumah e-group bertambah dan begitu juga dengan

jumlah ahli dalam sesetengah e-group pula bertambah sehingga sesetengahnya melebihi 10 ribu ahli. Ia masih lagi digunakan sehingga kini tetapi tidak sepopular pada waktu dahulu kerana kewujudan saingan aplikasi komunikasi lain yang lebih menarik.

Dalam masa yang sama, terdapat satu lagi aplikasi yang dinamakan dengan forum internet yang menyajikan medium perbincangan yang lebih berstruktur berbanding dengan e-group.

Topik perbincangan ini dengan urutan tersendiri dan pengunjung boleh menyertai perbincangan ini dengan syarat mendaftar terlebih dahulu sebagai ahli. Apa yang membezakannya dengan e-group ialah pengguna perlu terlebih dahulu membuka laman web berbanding dengan e-group

yang komunikasi hanya menerusi emel.

Sejak pertengahan tahun 2000, blog telah mula mendapat tempat di Malaysia. Ia telah

menjadi medium untuk meluahkan perasaan, memberikan pandangan dan mengutarakan komentar mengenai pelbagai isu tanpa batasan. Kombinasi teks, gambar, audio dan video selain cara kendaliannya yang mesra pengguna dan memiliki ciri interaktif menjadikannya sebagai

(7)

Kini, komunikasi menerusi laman web sosial sedang berkembang dengan pesat sekali. Ia merupakan perkhidmatan berasaskan laman web yang membolehkan individu menyediakan

profil dirinya, menyenaraikan pengguna lain yang mempunyai kaitan dengannya, melihat dan berkomunikasi dengan mereka. Terdapat ratusan laman web jenis ini dan yang popular di Malaysia ialah Facebook, Twitter, dan Friendster. Facebook melaporkan terdapat 6 juta orang

pengguna di Malaysia yang kebanyakannya antara umur 12 tahun hingga 35 tahun. Penggunaan ini tidak terhad di Malaysia sahaja, malah ia merupakan fenomena yang berlaku di seluruh dunia.

.

DAKWAH MELALUI INTERNET

Secara amnya, Internet (singkatan perkataan bahasa Inggeris; inter-network) ialah rangkaian

komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan Transmission Control

Protocol / IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.11

Internet merupakan rangkaian jaringan maklumat yang terbesar di dunia. Rangkaian ini membolehkan komunikasi dua hala dan pertukaran maklumat berlangsung.

Dianggarkan pengguna alam siber di Malaysia pada Disember 2011 mencecah sehingga 17 juta pengguna 12. Ini menunjukkan bahawa jumlah pengguna internet di Malaysia boleh dikatakan

antara tertinggi di Asia. Antara pautan yang popular mengikut kepada kadar pengguna internet

(8)

melayarinya adalah Google.com, Facebook, Youtube, dan Yahoo. Secara terperincinya sila rujuk maklumat di bawah :

Antara pendekatan dakwah melalui internet yang boleh diaplikasikan oleh para pendakwah :

i. Facebook

Facebook merupakan laman sosial paling diminati dan merupakan paling ramai pengguna

di dunia iaitu berjumlah kira-kira 838 juta pengguna13. Mutakhir ini, Facebook menjadi

(9)

kesukaan ramai terutamanya golongan remaja dan belia. Ini kerana Facebook mempunyai aplikasi-aplikasi yang pelbagai seperti chatting, update status, share, video, comment,

group, page dan sebagainya. Ini dapat memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan pengguna yang lain contohnya dapat berjumpa dengan kawan lama yang mana telah terputus hubungan. Oleh itu, sebagai pendakwah perlulah mengambil inisiatif untuk

memanfaatkan sebaiknya Facebook untuk gerak kerja dakwah. Antara inisiatif yang amat wajar dilakukan oleh pendakwah ialah berkongsi segala ilmu berkaitan Islam kepada

mad’u dengan update status ataupun share post atau status berunsur islamik di dalam Facebook. Selain itu, para da’ie juga dapat menghidupkan usrah alam maya dengan menciptakan satu group. Hal ini kerana, dapat lebih mendekati dan mengenali hati para

mad’u serta dapat berbincang dengan lebih mendalam segala apa macam isu-isu berkaitan Islam mahupun isu-isu semasa.

ii. Youtube

YouTube ialah laman perkongsian video yang popular untuk memuat naik, menonton dan

berkongsi petikan video. YouTube kini menjadi satu bentuk media baharu Web2.0 yang popular. Satu artikel terbaru di Wired menyatakan bahawa sebanyak 65,000 video dimuat naik dan 100 juta video ditonton setiap hari di YouTube (Godwin-Jones2007). Fenomena

artis mahupun ustaz selebriti kelahiran melalui Youtube makin popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia sejak akhir-akhir ni. Sebagai contohnya fenomena Ustaz Azhar

Idrus dan Ustaz Don Danial yang mana jumlah penonton videonya mencecah ratusan ribu. Ini adalah satu petanda positif buat para pendakwah untuk terus memanfaatkan sebaik mungkin Youtube untuk menyebarluaskan Islam. Namun, kreativiti menghasilkan

(10)

Di samping itu, video hiburan islamik seperti nasyid, qasidah, berzanji dan sebagainya boleh juga dimuatnaikan dalam youtube untuk kita tonjolkan bahawa Islam tidak pernah

melarang umatnya untuk berhibur asalkan mengikut garis panduan yang telah disyariatkan

iii. Laman Web

World Wide Web atau WWW atau lebih dikenali sebagai web merupakan perkhidmatan

internet yang paling popular. Web merupakan satu perkhidmatan yang menghimpun maklumat. Lazimnya web mempunyai hiper pautan (hyperlinks) teks, imej grafik, audio

dan video. Setiap halaman web mempunayi alamat yang unik. Alamat ini dikenali sebagai Uniform Resource Locator (URL). Setiap URL mengandungi dua bahagian utama iaitu protokol dan nama domain. Protokol yang lazim digunakan ialah http:// iaitu sengkatan

HyperText Transfer Protocol. Laman web ialah dokumen “HTML” pada World Wide Web. Biasanya dokumen ini mengandungi hubungan hiperteks dengan dokumen lain

pada World Wide Web. Dokumen ini biasanya berada pada pelayan web yang berlainan. Melayari web ialah melalui proses mengikuti hubungan ini dari satu laman ke satu laman yang lain14. Laman web organisasi mempunyai pelbagai fungsi.

Hanya lima laman web disenaraikan paling popular di Malaysia ialah iluvislam.com (kedudukan 373 di Malaysia), islam.gov.my (1,270), zaharuddin.net (1,254),

saifulislam.com (1,386) dan halaqah.net (2,706). Malah, laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) seharusnya dipuji kerana ia satu-satunya laman web di Malaysia,

malah di dunia yang beroperasi dalam empat bahasa, iaitu Melayu, Inggeris, Arab dan Cina15. Selain itu, institusi masjid sewajarnya dilebarluaskan dan diperhebatkan lagi.

Golongan “teknodaie”(pendakwah menggunakan teknologi dalam berdakwah) perlulah

14 http://blogapakahitu.blogspot.com/2012/11/apakah-itu-laman-web.html

(11)

lebih berperanan dan terkehadapan untuk memperkasakan lagi program-program dakwah di masjid dan institusi dakwah di Malaysia. Laman web www.mymasjid.com.my sebagai

contohnya salah satu laman web yang dapat membawa komuniti internet ke masjid secara tidak langsung. Oleh itu, amat besar impaknya jika memanfaatkan laman web semaksimum mungkin untuk gerak kerja dakwah. Tambahan pula, aplikasi dalam laman

web mampu menarik pembaca untuk terus setia membaca setiap nukilan penulis kerananya dihiasi ruangan yang cantik dan warna-warni mengikut kreativiti setiap

pemilik laman web.

KESIMPULAN

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam dakwah adalah sangat penting dan

amat perlu dimanfaatkan semakmsimum mungkin. Program memberi dan meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi moden dalam kalangan pendakwah dan ulama mestilah

(12)

kepada para pakar Muslim dalam bidang teknologi agar kelancaran dan keberkesanan dakwah dapat dicapai.

Suatu mekanisma penyelarasan yang berwibawa dan berkesan mestilah dibentuk bagi mempastikan kegiatan dakwah menerusi teknologi terkini dapat dilaksanakan dengan teratur dan rapi serta menepati pada golongan sasaran. Suatu gabungan dan jalinan yang kuat antara

Referensi

Dokumen terkait

Sehingga perlunya suatu bentuk kegiatan pendampingan masyarakat untuk lebih memasyarakatkan tanaman obat keluraga (TOGA) ini sebagai suatu bentuk kemandirian

Proksi IOS yang dipilih dalam penelitian ini adalah proksi IOS yang digunakan oleh Gaver dan Kenneth (1993) yang merupakan proksi IOS yang paling valid

Daerah proyek yang keadaan lapanganya atau pada tempat – tempat lokasi bangunan yang masih berupa hutan, maka sebelum pelaksanaan pekerjaan dimulai, agar terlebih

Biji maupun stek batang dapat digunakan sebagai bahan perbanyakan tanaman jarak pagar, namun memiliki pertumbuhan dan perkembangan yang beragam pada media

Arah, kebijakan, dan strategi yang ditetapkan dalam dokumen ini hendaknya digunakan sebagai acuan bagi seluruh personel Deputi Bidang Akreditasi - BSN dalam menetapkan dan

Tidak hanya gebyok, saya mendapatkan banyak mendengar cerita dari "arga mengenai cerita kali 1engek, maupun cerita tokoh!tokoh yang kini makamnya berada di

Undang-Undang Nomor 39 Tahun 1999 tentang Hak Asasi Manusia Undang-Undang Nomor 24 Tahun 1992 tentang Penataan Ruang Undang-Undang Nomor 26 Tahun 2007 tentang Penataan Ruang

Sebaliknya individu yang memiliki tingkat pe- ngetahuan tentang agama yang rendah akan melakukan perilaku seks bebas tanpa berpikir panjang terlebih dahulu sehingga