• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEJARAH PERKEMBANGAN PELABURAN JEPUN DI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SEJARAH PERKEMBANGAN PELABURAN JEPUN DI"

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)

SEJARAH PERKEMBANGAN PELABURAN JEPUN DI BORNEO UTARA

SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA

THE HISTORICAL DEVELOPMENT OF JAPANESE INVESTMENT IN NORTH

BORNEO BEFORE THE SECOND WORLD WAR

ABSTRAK

Kajian ini membincangkan sejarah perkembangan pelaburan Jepun di Borneo Utara sebelum

berlakunya Perang Dunia Kedua. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah

penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi di perpustakaan dan Arkib Negara

Malaysia. Objektif kajian ialah melihat faktor-faktor yang menyumbang kepada pelaburan

Jepun dan juga pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan pelaburan. Borneo Utara pada

masa ini berada di bawah pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Sikap dan

dasar-dasar Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dalam menghadkan atau merangsang

jenis-jenis pelaburan Jepun di Borneo Utara juga akan dianalisis. Pelaburan Jepun di Borneo

Utara pada masa ini adalah dalam industri perlombongan, pertanian, pembalakan dan

perikanan.

Katakunci: Borneo Utara, Jepun, Pelaburan, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British

ABSTRACT

This study discusses the historical development of Japanese investment in North Borneo

(2)

resources available in the library and the National Archives of Malaysia. The objective of the

study is to look at the factors that contribute to Japanese investment and the parties involved

in making investments. During this period, North Borneo is under the administration of the

British North Borneo Chartered Company. The attitudes and policies of the British North

Borneo Chartered Company in limiting or stimulating the types of Japanese investment in

North Borneo will also be analyzed. Japanese investment in North Borneo during this period

are in the mining, agriculture, logging and fishing industries.

Keywords: British North Borneo Chartered Company, Investment, North Borneo

Pengenalan

Kajian ini membincangkan sejarah perkembangan pelaburan Jepun di Borneo Utara sebelum

berlakunya Perang Dunia Kedua. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah

penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi di perpustakaan dan Arkib Negara

Malaysia. Objektif kajian ialah melihat faktor-faktor yang menyumbang kepada pelaburan

Jepun dan juga pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan pelaburan. Borneo Utara pada

masa ini berada di bawah pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB).

Sikap dan dasar-dasar SBBUB dalam menghadkan atau merangsang jenis-jenis pelaburan

Jepun di Borneo Utara juga akan dianalisis. Pelaburan Jepun di Borneo Utara pada masa ini

adalah dalam industri perlombongan, pertanian, pembalakan dan perikanan.

Mengenai sejarah pelaburan Jepun di Borneo Utara sebelum Perang Dunia Kedua, ia ada disentuh sepintas lalu oleh beberapa orang penulis. Antara kajian yang dilihat penting

(3)

Borneo.1 Kajian kedua ialah Sabihah Osman dalam artikel Japanese Economic Activities in Sabah from the 1890s until 1941.2 Kajian ketiga ialah Md. Saffie Abdul Rahim dalam buku

Jepun di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941.3 Kajian keempat ialah Md. Saffie bin Abdul Rahim dalam tesis Sejarah Kegiatan Ekonomi Orang Jepun di Borneo Utara sebelum Perang Dunia Kedua (1890-1941).4 Kesemua sumber-sumber ini membantu

dalam penghasilan kajian.

Sektor Pertanian

a) Individu Persendirian Jepun

Pelaburan Jepun di Borneo Utara telah dimulakan oleh individu persendirian sejak tahun

1890-an. Kedatangan individu persendirian Jepun ke Borneo Utara sebelum berlakunya

Perang Dunia Kedua boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pelabur persendirian

berskala kecil dan pelabur persendirian berskala besar. Pelabur persendirian Jepun berskala

kecil merupakan pelabur yang mempunyai keluasan tanah kurang daripada 1,000 ekar,

manakala pelabur persendirian Jepun berskala besar merupakan pelabur yang memiliki

keluasan tanah melebihi 1,000 ekar.5

Penglibatan pelabur Jepun dalam kegiatan pertanian di Borneo Utara telah mengalami

peningkatan setiap tahun.6 Hal ini disebabkan oleh kejayaan yang telah dicapai oleh pelabur

Jepun yang terdahulu menyebabkan pelabur lain terdorong untuk ikut serta membuat

pelaburan di Borneo Utara. Selain itu, pelabur Jepun juga lebih memberi tumpuan kawasan

penanaman modal mereka di bahagian pantai timur Borneo Utara, khususnya di Tawau.

(4)

pantai timur berbanding di kawasan pantai barat Borneo Utara.7 Jadual 1 menunjukkan

penglibatan pelabur Jepun dari tahun 1890 sehingga tahun 1917. Dari tahun 1890 sehingga

tahun 1917, jumlah pelabur persendirian yang telah melabur di Borneo Utara ialah seramai 14

orang. Daripada jumlah tersebut pelabur persendirian lebih tertumpu di kawasan pantai timur

Borneo Utara iaitu di Tawau dan Sandakan.

JADUAL 1

Pelabur Persendirian Jepun Berskala Kecil di Borneo Utara, 1890-19178

(5)

Kiyoji Yasutani direkodkan sebagai pelabur terawal dalam sektor pertanian di Borneo

Utara.9 Beliau datang ke Borneo Utara pada tahun 1890 dan telah membeli sebidang tanah

seluas 70 ekar di Pulau Tanjung Aru bersebelahan dengan Bandar Sandakan bagi tujuan

penanaman kelapa.10 Beliau telah membeli ladang tersebut daripada seorang pengusaha

British.11 Selain tanah seluas 70 ekar tersebut, beliau telah mendapat penambahan tanah

seluas 140 ekar daripada SBBUB.

Pelabur persendirian Jepun seterusnya yang telah melabur di Borneo Utara ialah

Ichinosuke Sakamoto.12 Beliau bergiat dalam perusahaan penanaman kelapa di Sandakan.

Sebagai permulaan, Ichinosuke Sakamoto telah membeli sebidang tanah seluas 30 ekar di

Pulau Tanjung Aru bagi tujuan pertanian dan telah mengusahakan penanaman kelapa sebagai

permulaan kegiatan pertaniannya di Borneo Utara. Kemudian beliau menggunakan bantuan

kewangan sebanyak 400 yen daripada Dairoku Nishikawa13 untuk membeli ladang kelapa

seluas 40 ekar di Sandakan dan 200 ekar di Pulau Tanjung Aru dan Bongon. Pada tahun 1919,

Ichinosuke Sakamoto telah membeli sebuah lagi ladang kelapa seluas 70 ekar yang dimiliki

oleh pengusaha India. Keluasan ladang Ichinosuke Sakamoto di Sandakan ketika itu telah

mencecah sehingga 300 ekar dan jumlah pekerjanya melebihi 50 orang. Pada bulan Februari

1921, Ichinosuke Sakamoto membuat cubaan untuk mengambil alih sebuah ladang kelapa

seluas 15,000 ekar milik Nanyo Shokusan Kabushiki Kaisha (NSKK) di Sandakan. Namun

demikian, pengambilalihan ini tidak berjaya dan kemudiannya ladang itu diambil alih oleh

syarikat Mitsubishi pada awal tahun 1922.14

Sehingga tahun 1917, pelabur persendirian Jepun berskala kecil di Borneo Utara lebih

memberi tumpuan kepada penanaman kelapa. Pelabur lain yang bergiat aktif dalam

(6)

Yuneda dan Saita yang memiliki ladang kelapa seluas 49 ekar di Tawau, T. Yamashita seluas

25 ekar, Matsumuta seluas 30 ekar, Sonobe seluas 90 ekar, Ozamawa seluas 90 ekar dan

Tsuchihasi seluas 100 ekar yang kesemua mereka menanam kelapa di Tawau. Pada tahun

1917 pula, T. Gomi mempunyai ladang kelapa seluas 25 ekar, Wakisaka seluas 78 ekar dan

Kosogi seluas 129 ekar yang juga terletak di Tawau.15 Sehingga tahun 1919, Kasugi memiliki

ladang kelapa seluas 180 ekar.16

Pada tahun 1918, Ochiji Orita seorang Keftenan Komander telah datang ke daerah

Tawau dan memperolehi sebidang tanah seluas 67 ekar.17 Pada tahun 1938 pula, terdapat

seramai 45 orang pelabur persendirian Jepun di daerah Tawau. Daripada jumlah tersebut,

pelabur persendirian Jepun yang melibatkan diri dalam kegiatan penanaman manila hemp18

ialah seramai 29 orang, manakala yang bergiat dalam tanaman kelapa dan getah adalah

seramai 16 orang. Pada tahun 1940, pelabur persendirian Jepun berskal kecil yang melibatkan

diri dalam kegiatan penanaman manila hemp masih lagi bergiat aktif. Manila hemp adalah tanaman yang mendapat pasaran baik pada ketika itu. Keadaan inilah yang menyebabkan

pelabur persendirian Jepun banyak memberi tumpuan kepada penanaman manila hemp.

Jadual 2 menunjukkan pelabur persendirian Jepun yang telah terlibat dalam penanaman

manila hemp:

JADUAL 2

Pelabur Persendirian Jepun Berskala Kecil di Tawau Tahun 194019

Pelabur Keluasan Tanah (Ekar)

T. Narahara 100

K. Namie 50

(7)

Shiogo Matsuda 30

Berbanding dengan tahun 1938, penglibatan pelabur persendirian Jepun dalam kegiatan

penanaman manila hemp telah merosot. Kemerosotan sebanyak 17 orang berbanding pada

tahun 1938 seramai 29 orang adalah disebabkan oleh langkah SBBUB bertindak

mengehadkan kemasukan imigran Jepun ke Borneo Utara kerana khuatir imigran Jepun ini

boleh memberi ancaman kepada keselamatan SBBUB.20 Pada tahun 1938, seorang lagi

pelabur persendirian yang dikenali sebagai Tobosaku Sakai telah terlibat dalam perusahaan

penanaman padi di Borneo Utara. Beliau telah memohon seluas tiga ekar tanah bagi tujuan

itu di Menggatal, berhampiran dengan Jesselton. Beliau turut memiliki ladang padi di Inanam

dan Jesselton. Pada tahun 1940, beliau juga memohon tanah seluas 10,000 ekar di Inanam

bagi tujuan penanaman padi. Tobosaku Sakai turut mengusahakan ladang padi di Kota

Belud.21

b) Zaibatsu Jepun

Pada tahun 1915, Kuhara Mining Company (KMC) telah terlibat dalam kegiatan

perlombongan di Borneo Utara. Penglibatan KMC dalam bidang cari gali minyak di Borneo

Utara bermula pada 8 Februari 1915. KMC membuat cari gali minyak selama tiga tahun,

bermula dari tahun 1915 sehingga tahun 1918. Pemberian subkonsesi oleh Borneo Petroleum

(8)

yang menjangkau sehingga kawasan Pulau Sebatik di Tawau. Penyertaan syarikat ini yang

bermula dari tahun 1915 sehingga 1920 dalam kegiatan perlombongan minyak di Borneo

Utara merupakan titik mula kepada penyertaan pelabur Jepun dalam perkembangan ekonomi

Borneo Utara.22

Hal ini kerana selepas syarikat ini melibatkan diri dalam bidang perlombongan, pada

tahun 1916 KMC melalui Kuhara Tawau Rubber Estate (KTRE)23 telah membuat pelaburan

dalam bidang pertanian. Antara pelabur berskala besar Jepun lain yang terlibat di Borneo

Utara ialah Tawau Estate Limited (TEL)24, Borneo Shokusan Kabushiki Kaisha Limited

(BSKKL),25 Kumada Corporation26, Tengah Nipah Estate (TNE),27 Nomura Company, British

Borneo Development Company (BBDC),28 Nanyo Shokusan Kabushiki Kaisha (NSKK)29,

Kusugi Estate30 dan beberapa zaibatsu Jepun yang lain.31

KTRE muncul sebagai pelabur terbesar Jepun di Borneo Utara. Hanya dengan memilik

kawasan tanah seluas 562 ekar pada awal penglibatan syarikat ini dalam kegiatan pertanian di

Borneo Utara, keluasan ini telah mengalami peningkatan yang mendadak pada tahun yang

sama, iaitu kepada seluas 23,104 ekar. Sehingga tahun 1939, estet ini telah mempunyai

kawasan tanah seluas 17481.72 ekar. KTRE juga turu mempelbagaikan jenis tanaman

pertaniannya. Pada peringkat awal estet ini telah menanam getah dan kemudiannya

memperkenalkan tanaman manila hemp di Borneo Utara, iaitu tanaman yang sebelum ini tidak pernah diusahakan sebagai tanaman eksport di Borneo Utara. Selain itu, jenis tanaman

lain yang diusahakan oleh estet ini ialah kelapa, tebu, tuba, padi dan beberapa lagi tanaman

bermusim. Estet ini turu menyediakan kemudahan asas kepada buruhnya seperti hospital,

sekolah, rumah buruh, banglo, lot kedai dan jalan raya untuk menghubungkan estet dengan

(9)

TEL pula memainkan peranan sebagai pemodal kedua terbesar Jepun di Borneo Utara.

Pada peringkat awal estet ini hanya memiliki geran tanah seluas 1,000 ekar dan memberi

tumpuan terhadap penanaman kelapa. Selepas itu pada tahun 1917, estet ini telah memiliki

geran tanah seluas 11,000 ekar. Tanaman yang diusahakan oleh estet ini ialah kelapa, getah,

manila hemp dan beberapa jenis tanaman bermusim lain. Sehingga tahun 1929 estet ini telah

memiliki tanah berkeluasan 12,649.9 ekar. Secara keseluruhannya estet ini telah menguasai

sektor pertanian di bahagian selatan daerah Tawau manakala KTRE pula di bahagian utara

daerah Tawau. Seperti juga KTRE, TEL mempunyai kemudahan-kemudahan asas khusus

untuk buruhnya. Estet ini mempunyai kemudahan sekolah, kedai runcit, jalan raya serta

rumah kongsi untuk buruh.33

Estet seperti TNE yang bergiat dalam penanaman kelapa di daerah Lahad Datu turut

memberi impak terhadap perkembangan pertanian di kawasan tersebut. TNE pada peringkat

awal memiliki kawasan tanah seluas 1,2000 ekar dan telah muncul sebagai pengeluar kelapa

terbesar di daerah Lahad Datu. BSSKL pula yang bergiat aktif di Sandakan turut memberi

impak positif terhadap perkembangan pertanian di Sandakan. Estet ini menguasai perusahaan

kapas di daerah tersebut. Pada peringkat awal, estet ini memiliki kawasan ladang seluas

10,216 ekar dan mengeluarkan kapas dari ejnis yang bermutu tinggi. Kumada Corporation

pula merupakan estet yang telah bergiat aktif dalam penanaman kelapa di bahagian pantai

barat, iaitu di Weston.34

Sektor Pembalakan

Sektor pembalakan turut menjadi sektor tumpuan pelabur Jepun.35 Pada tahun 1893, pelabur

(10)

Inada.36 Pada tahun 1903, seorang lagi pelabur Jepun dikenali sebagai Koichiro Masuda dari

Syarikat Asaki Shokai telah bergiat dalam kegiatan pembalakan.37 TEL merupakan pelabur

berskala besar yang bergiat aktif dalam kegiatan pembalakan di Borneo Utara.38 Pada tahun

1921, TEL telah memperoleh sublesen daripada British Borneo Timber Company (BBTC)39

iaitu selepas BBTC mendapat konsesi sepenuhnya bagi perusahaan pembalakan di Borneo

Utara. BBTC telah memperolehi kawasan pembalakan seluas 40,000 ekar merangkumi

Sungai Gading, Sungai Balung, Sungai Apas, Sungai Kinabutan, Sungai Tanjung Batu dan

Bukit Gemuk.40

Pada tahun 1923, TEL telah mengeluarkan sebanyak 131,207 kaki padu untuk

keseluruhan konsesi kawasan pembalakan sementara. Pada tahun 1938, TEL tidak lagi

terlibat dalam kegiatan pembalakan di Borneo Utara. TEL mengambil keputusan untuk tidak

lagi berkecimpung dalam kegiatan pembalakan dan hanya menumpukan perhatian kepada

kegiatan pertanian. Faktor kenaikan royalti eksport dan masalah konflik antara China dan

Jepun pada ketika itu yang berlanjutan sehingga tahun 1940-an sedikit sebanyak menjadi

punca kepada kemerosotan pengeksportan kayu balak ke China.41

KTRE pula telah memperolehi sublesen pembalakan daripada BBTC42 dan mendapat

konsesi pembalakan pada tahun 1932. Syarikat ini diberi hak konsesi oleh SBBUB untuk

mengeksport hasil balak daripada ladang kepunyaannya. Pada bulan April 1934, KTRE

mengeluarkan hasil eksport kayu balaknya sebanyak 55,935.10 kubik kaki. Nomura Timber

Company adalah pelabur Jepun yang bergiat aktif dalam pengeluaran balak di Borneo Utara

untuk dieksport ke luar negara khususnya Jepun.43 Pada tahun 1936, sejumlah 3.6 kubik kayu

balak dieksport oleh syarikat ini ke Jepun. Jumlah tersebut merupakan 30 peratus daripada

(11)

Miyaki Co. Turut terlibat dalam kegiatan pembalakan di Borneo Utara pada tahun 1929

apabila mendapat konsesi daripada BBTC. Selepas itu, terdapat beberapa buah lagi syarikat

persendirian Jepun yang terlibat dalam kegiatan pembalakan di Borneo Utara, iaitu

Mitsubishi Goshi Kaisha pada tahun 1920, Wanyo Shokusan Co. Ltd. pada tahun 1921, The

Shoriu & Co. pada tahun 1923, T. Uamada Co. pada tahun 1933 dan juga Mutsumiya Co.

Ltd. pada tahun 1924. Syarikat milik pelabur Jepun, Yamada Taneaki Shoten (Yamada

Taneaki & Co.) menjadi agen BBTC untuk mengeksport balak ke Jepun.45 Penglibatan

pelabur Jepun dalam kegiatan pembalakan ini memberi kesan positif terhadap perkembangan

kegiatan pembalakan Borneo Utara sebelum Perang Dunia Kedua.46

Sektor Perikanan

Pelabur Jepun turut memainkan peranan penting dalam sektor perikanan.47 Pada tahun 1903,

terdapat pelabur Jepun yang terlibat dalam perusahaan menternak mutiara di Tawau.48 Pelabur

Jepun yang dikenali sebagai Dr. S. Fujita turut beroperasi dalam penternakan mutiara di

Semporna pada tahun 1904.49 Pada tahun 1919, Pesuruhjaya Kastam dan Eksais Borneo Utara

telah melaporka bahawa di Tawau terdapat sebuah kapal nelayan Jepun milik KTRE. Selain

itu, pada 15 Jun 1929, sebuah syarikat milik pelabur Jepun iaitu Syarikat N. Kado turut

terlibat dalam mengusahakan pemungutan mutiara di Borneo Utara. Sebuah lagi syarikat

persendirian Jepun yang dikenali sebagai Borneo Pearl Company turut melabur dalam

kegiatan penternakan mutiara di Borneo Utara pada tahun 1935.50 Pada tahun 1932, terdapat

sebanyak 50 buah kapal nelayan Jepun yang beroperasi menangkap ikan di Sandakan. Pada

tahun 1938 pula, sebuah lagi kapal milik Shanwa Shoku Fishing telah datang ke Borneo

(12)

BFC merupakan syarikat Jepun yang memberi impak besar kepada perkembangan sektor

perikanan di Borneo Utara.52 BFC telah mula ditubuhkan pada tahun 1927 dan perusahaan

perikanan yang dikendalikan oleh Ochiji Orita ini berpangkalan di Pulau Si-Amil. Bekalan

ikan yang diperolehi daripada kilang ikan BFC di Pulau Si-Amil akan dipasarkan ke Jepun,

Amerika Utara dan Singapura. Syarikat ini berkembang maju sehingga modalnya meningkat

ke angka 2 juta yen. Pada tahun 1934, syarikat ini berjaya mengeluarkan hasil ikan kering

dan ikan salai sebanyak 3,897.99 pikul dengan nilai 116,940 yen dan shaving fish sebanyak 43,425 pikul dengan nilai 652 yen. Jumlah modal syarikat ini adalah sebanyak 500,000 yen

dan telah meningkat pada tahun 1934 kepada 1,000,000 yen.53

Perkembangan pesat BFC dalam kegiatan ini telah mendorong kepada penubuhan

sebuah lagi cawangan kilangnya di Pulau Banggi, Kudat pada tahun 1934. Selain itu, seperti

pelabur Jepun lain yang bergiat dalam kegiatan pertanian, BFC juga menyediakan

kemudahan asas kepada buruh yang bekerja di syarikatnya. BFC menyediakan kemudahan

hospital dan kedai runcit serta rumah kongsi. Oleh yang demikian, pelabur Jepun ini dilihat

mampu membentuk wilayah perniagaan dan seterusnya berjaya mengeskploitasi serta

memonopoli hasil kekayaan sumber ekonomi Borneo Utara sebelum Perang Dunia Kedua.54

Syarikat ini telah berjaya dalam pelaburannya di Borneo Utara tanpa mendapat saingan

daripada pelabur lain khususnya pelabur Cina yang turut bergiat dalam sektor perikanan pada

ketika itu di Borneo Utara.55

(13)

Kedudukan geografi Borneo Utara telah menyumbang kepada sumber ekonomi yang

lumayan. Ini kerana Borneo Utara merupakan sebuah kawasan laluan perdagangan yang

sesuai untuk kapal yang ingin berdagang ke China dan Jepun. Pihak British yang mempunyai

kepentingan berharap laluan ini tidak akan jatuh ke tangan kuasa-kuasa Eropah yang lain.

Setelah SBBUB memperoleh Piagam Diraja daripada kerajaan British, maka secara rasmi

Borneo Utara ditadbir oleh syarikat British. Bermulanya pentadbiran SBBUB pada tahun

1881 di Borneo Utara telah membawa kepada perubahan sistem ekonomi Borneo Utara.

Penguasaan Borneo Utara oleh SBBUB tanpa peperangan membolehkan sistem ekonominya

berkembang dengan pantas.

Perkembangan Borneo Utara yang bergerak pantas ini telah mewujudkan masalah modal

yang dihadapi oleh SBBUB. SBBUB juga menghadapi masalah buruh. Ini menyebabkan

SBBUB menghadapi masalah untuk memajukan sektor ekonomi Borneo Utara. Sebagai

langkah awal mengatasinya, SBBUB telah mengalakkan pengambilan buruh luar serta

mengalakkan pelabur luar untuk bekerja dan melabur di Borneo Utara. Semasa C.V. Creagh

menjawat jawatan Gabenor Borneo Utara, beliau telah mengalakkan pengambilan buruh dan

pelabur dari Asia Timur, khususnya dari Jepun bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga

kerja di Borneo Utara.56 Semasa era inilah pelabur Jepun telah masuk melabur di Borneo

Utara.57 Kebetulan pada masa itu juga proses pemodenan Meiji sedang memuncak di Jepun.

Kerajaan Meiji telah memberi galakan kepada zaibatsunya untuk membuat pelaburan di luar

Jepun.58

Pelabur-pelabur Jepun dilihat cepat mengambil peluang untuk memperluaskan kegiatan

ekonominya dan berpandangan jauh dalam mengeksploitasi sumber kekayaan Borneo Utara.

(14)

diterokai oleh syarikat-syarikat Eropah. KTRE telah menjadi perintis kepada tanaman manila hemp yang kemudiannya menjadi hasil eksport Borneo Utara sebelum Perang Dunia Kedua.

Hasil kelapa juga telah menjadi sumber tanaman yang mendapat perhatian pelabur Jepun.

Selain itu, pelabur Jepun turut menanam sumber-sumber pertanian yang menjadi hasil eksport

utama Borneo Utara seperti getah, kelapa, tuba dan kapas.59

Penglibatan pelabur Jepun dalam kegiatan pembalakan di Borneo Utara menjadikan

mereka sebagai pembekal utama hasil balak ke Asia Timur. Dalam bidang perikanan, BFC

juga telah menjadi sebuah syarikat perikanan utama di Borneo Utara sebelum Perang Dunia

Kedua meletus tanpa wujudnya persaingan daripada pelabur-pelabur asing lain. Jelaslah

bahawa buruh dan pelabur Jepun memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi

Borneo Utara sejak tahun 1884 lagi. Peranan orang Jepun sama ada sebagai pelabur mahupun

petani dan buruh dalam pembangunan ekonomi Borneo Utara sememangnya tidak boleh

dinafikan.

Migrasi Jepun juga mampu memberi saingan kepada pelabur Eropah. Mereka telah

memecahkan tradisi dominan pelabur Eropah dalam pembangunan ekonomi Borneo Utara

sebelum Perang Dunia Kedua. Dalam masa yang singkat, pelabur-pelabur Jepun ini berjaya

menyaingi syarikat-syarikat besar kepunyaan pelabur Eropah yang terlebih dahulu bertapak

di Borneo Utara.60 Menjelang Perang Dunia Kedua, SBBUB masih tidak mengambil sebarang

tindakan ke atas pelaburan Jepun di Borneo Utara sehinggalah bulan Januari 1941. Ini kerana

ia memerlukan modal dan tenaga buruh Jepun dalam pembangunan ekonomi Borneo Utara.

Akhirnya Perang Pasifik meletus pada 8 Disember 1941.61

(15)

Pelaburan Jepun di Borneo Utara telah dimulakan oleh individu persendirian dalam sektor

pertanian sejak tahun 1890-an. Kedatangan individu persendirian Jepun ke Borneo Utara

sebelum berlakunya Perang Dunia Kedua boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu

pelabur persendirian berskala kecil dan pelabur persendirian berskala besar. Sektor

pembalakan dan perikanan turut menjadi sektor tumpuan pelabur Jepun. Kedudukan geografi

Borneo Utara telah menyumbang kepada sumber ekonomi yang lumayan. Di Borneo Utara,

pelabur-pelabur Jepun juga tidak mendapat halangan dari SBBUB dalam pelaburan industri

pertanian, pembalakan dan perikanan kerana ia memerlukan modal dan tenaga buruh Jepun

dalam pembangunan ekonomi Borneo Utara.

RUJUKAN

Cecilia Leong. 1988. Sabah: The First 100 Year. Kuala Lumpur: Pustaka Wan Yang Muda

Sdn. Bhd.

Fujio Hara. 1986. Eiryo Malaya no Nihonjin (The Japanese in British Malaya). Tokyo: Ajia Keizai Kenkyujo (Institute of Developing Economies).

Goodlet, K. J. 1977. The Origin and Early Development of the Tawau Community 1880-1942. Ph.D. Thesis. University of Sydney.

(16)

Kumataro Atsumi. 1989. Watashino Hansei, Dai Ichibu-Boruneo Suisan Jidai (A Memoir of

My Life, Volume 1, The Era of Borneo Fisheries). Kyonan-machi: Shin’ichiro Atsumi.

Kunio Matsumoto. 1981. Siamiru To (Si-Amil Island). Tokyo: Kobunsha.

Lujihah @ Zuraidah Timbun. 1987/88. Sejarah Perkembangan Perusahaan Pembalakan Di

Negeri Sabah (Borneo Utara) Sebelum Perang Dunia Kedua 1881-1941. Tesis Sarjana Muda Sastera. Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Masahiko Mochiduki. 2001. Boruneo ni Watatta Okinawa no Gyofu to Joko (Fisherman and Female Workers who Migrate to Borneo). Tokyo: Boruneo Shiryou Kenkyushitsu

(Borneo History Reference Center).

Md. Saffie Abdul Rahim. 2007. Jepun di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi

1884-1941. Kota Kinabalu: Penerbit UMS.

Mohammad Raduan b. Mohd. Ariff. 2000. Dari Pemungutan Tripang ke Penundaan Udang: Sejarah Perkembangan Perusahaan Perikanan di Borneo Utara 1750-1990. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Nan’yo Keizai Kenkyusho (Institute of the South-seas Economies). 1942. Sogyo Kiei no

(17)

Nihon Nan’yozai Kyokai (Japan Southsea Lumber Conference). 1975. Nan’yozai Shi (A History of Southsea Lumber). Tokyo: Nihon Nan’yozai Kyokai.

Noihin Garam @ Noraiha Abdullah. 1990. Sejarah Perkembangan Pertanian Perladangan Zaman Syarikat Berpiagam Borneo Utara Di Sabah (1881-1941). Tesis Sarjana Muda

Sejarah. Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ooi Keat Gin. 1999. Rising Sun Over Borneo: The Japanese Occupation of Sarawak 1941-1945. Hampshire: Macmillan Press Ltd.

Ooi Keat Gin. 2010. The Japanese Occupation of Borneo, 1941-1945. Routledge Studies in the Modern History of Asia. London: Routledge.

Reece, B. 1998. Masa Jepun: Sarawak under the Japanese 1941-1945. Kuching: Sarawak Literary Society.

Robertson, E. 1979. The Japanese File: Pre-War Japanese Penetration in the Southeast Asia.

Kuala Lumpur: Heinemann Asia.

Sabihah Osman. 1998. Japanese economic activities in North Borneo from the 1890s until

1941. Journal of Southeast Asian Studies 29 (1): 24-43.

Sabihah Osman. 2000. Tawau: Pusat Kegiatan Ekonomi Orang Jepun. Dlm. Abdul Hali Ali,

(18)

Saito Yasuji. 1992. Recollections of Labour Conflict in Japanese Estate, Tawau. Borneo Review III (2): 259-269.

Shigeshi Nagata (pnyt.). 1952. Shinano Kaigai Iju Shi (A History of Migration from Nagano). Nagano: Shinano Kaigai Kyokai (Association of Overseas Migration in the Nagano

District).

Shuji Okuno. 2005. Natsuko-Okinawa mitsuboeki no Jo’ou (Natsuko-The Queen of Smugglers in Okinawa). Tokyo: Bungei Shunju.

Tregonning, K. G. 1958. Under Chartered Company Rule (North Borneo 1881-1946).

Singapore: University of Malaya Press.

Tregonning, K. G. 1965. A History of Modern Sabah (North Borneo 1881-1963). Ed. ke-2. Singapore: University of Malaya Press.

Tregonning, K.G. 1967. A History of Modern Sabah 1881-1963. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu Universiti Malaya Press.

Yoji Akashi. 2008. The Nanyo Kyokai and British Malaya and Singapore, 1915-45.Dlm. Yoji

Akashi & Mako Yoshimura (pnyt.). New Perspectives on the Japanese Occupation in

Malaya and Singapore, 1941-1945, hlm. 21-32. Singapore: NUS Press.

(19)

Yoshizo Furukawa. 1956. Dabao Kaitakushi (A Memoir of the Development of Davao).

Tokyo: Furukawa Takushoku Kabushiki Kaisha (Furukawa Plantation Company).

Yutaka Shimomoto. 1981. Japan and the Chartered Company. Sabah Society Journal 7 (2):

123-126.

Yutaka Shimomoto. 1991. Ichinosuke Sakamoto: An Early Japanese Planter in British North

Borneo. Sabah Society Journal 7 (3): 254-271.

Yutaka Shimomoto. 1991. Japanese Immigrants in Tawau, British North Borneo. Sabah Museum and Archives Journal 1 (3): 13-34.

Yutaka Shimomoto. 1993. Early Japanese Immigrants in British North Borneo. Sabah Society Journal 10: 27-33.

Yutaka Shimomoto & Mandalam, K. Ravi (pnyt.). 2010. Japanese Immigrants and

(20)

Kota Kinabalu, The Sabah Society.

2 Sabihah Osman, Japanese economic activities in North Borneo from the 1890s until 1941 dlm. Journal of Southeast Asian Studies 29 (1), 1998, hlm. 24-43.

3 Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu,

Penerbit UMS, 2007.

4 Md. Saffie bin Abdul Rahim, Sejarah Kegiatan Ekonomi Orang Jepun di Borneo Utara sebelum Perang Dunia

Kedua (1890-1941), Tesis Sarjana Sastera, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah, 2005.

5 Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu,

Penerbit UMS, 2007,hlm. 102.

6 Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kegiatan orang Jepun dalam sektor pertanian di Borneo Utara, sila lih.

Noihin Garam @ Noraiha Abdullah, Sejarah Perkembangan Pertanian Perladangan Zaman Syarikat

Berpiagam Borneo Utara Di Sabah (1881-1941), Tesis Sarjana Muda Sejarah, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan

Malaysia, 1990, hlm. 30-70.

7 Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu,

Penerbit UMS, 2007, hlm. 102.

8

Sumber:Ibid., hlm. 104.

9

(21)

dahulu dan masih kekal sehingga sekarang, penanaman kelapa merupakan perusahaan utama penduduk pulau berkenaan.

Kelapa bukan sahaja dijadikan sebagai kopra atau kelapa kering tetapi buahnya turut dijadikan minyak masak serta daun

pelepahnya sesuai dijadikan penyapu.

11 Lih. ibid., hlm. 131. Tidak terdapat sebarang maklumat mengenai nama pengusaha British yang telah

mengusahakan kawasan tanah seluas 70 ekar di Pulau Tanjung Aru, Sandakan dan sebab tanah tersebut dijual kepada Kiyoji

Yasutani. Lih. juga Yutaka Shimomoto, Early Japanese Immigrants in British North Borneo dlm. Sabah Society Journal 10,

1993, hlm. 29-30.

12 Lih. Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota

Kinabalu, Penerbit UMS, 2007, hlm. 131. Ichinosuke Sakamoto merupakan antara pelabur persendirian Jepun yang dilihat

berjaya pelaburannya di Borneo Utara pada awal tahun 1900-an. Hal ini kerana beliau merupakan pelabur Jepun yang

bergiat aktif dalam pelbagai kegiatan ekonomi di Borneo Utara. Selain melibatkan diri dalam perusahaan tanaman kelapa,

beliau telah terlibat dalam perusahaan kedai runcit. Beliau juga telah mendapat bantuan daripada rakan-rakannya di daerah

Nagano, iaitu daerah kelahirannya untuk melakukan pelaburan di Borneo Utara. Walau bagaimanapun, kejayaannya dalam

sektor pertanian tidak

bertahan lama apabila beliau menghadapi masalah pengurusan kewangan estetnya. Kesannya ladang milik beliau telah

diambil alih oleh sebuah syarikat pelaburan Jepun, iaitu British Borneo Development Company (BBDC). Untuk maklumat

lanjut, sila lih. Yutaka Shimomoto, Ichinosuke Sakamoto: An Early Japanese Planter in British North Borneo dlm. Sabah

Society Journal 7 (3), 1990, hlm. 255-270. Lih. juga Yutaka Shimomoto & K. Ravi Mandalam (pnyt.), Japanese Immigrants

and Investments in North Borneo, Kota Kinabalu, The Sabah Society, 2010, hlm. 71-84. Lih. juga Shigeshi Nagata (pnyt.),

Shinano Kaigai Iju Shi (A History of Migration from Nagano), Nagano, Shinano Kaigai Kyokai (Association of Overseas

(22)

sekolah yang terdapat di daerah Nagano. Untuk maklumat lanjut, sila lih. Yutaka Shimomoto, Ichinosuke Sakamoto: An

Early Japanese Planter in British North Borneo dlm. Sabah Society Journal 7 (3), 1990, hlm. 255-270.

14 Lih. Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu,

Penerbit UMS, 2007, hlm. 132. Selain terlibat dalam perusahaan ladang kelapa, Ichinosuke Sakamoto juga telah membuka

sebuah kedai runcit di ladangnya di Pulau Tanjung Aru pada 21 Februari 1921. Beliau menjual kain baju, sapu tangan sutera

dan barang niaga lain. Beliau membuka kedai runcitnya pada waktu petang setiap hari dan pada hari Ahad akan dibuka

sepanjang hari. Perniagaan beliau dikatakan mendapat sambutan yang sangat baik dari kalangan pembeli yang tinggal di

kawasan sekitar Pulau Tanjung Aru. Beliau telah membeli barang-barang dari Jepun untuk diniagakan di kedai runcitnya.

Ichinosuke Sakamoto juga telah membeli sebuah kereta bagi membolehkan beliau bergerak di sekitar daerah Sandakan pada

pertengahan tahun 1921. Pada tahun 1922, beliau telah membina sebuah rumah di Pulau Tanjung Aru. Ichinosuke Sakamoto

telah berjaya dalam perniagaannya serta perusahaan ladang kelapanya. Ini member gambaran bahawa perusahaan pelabur

Jepun di Borneo Utara adalah amat maju dan mampu bersaing dengan pelabur Eropah.

15

Ibid., hlm. 105.

16 Ibid., hlm. 105.

17

Ibid., hlm. 105. Lih. juga Sabihah Osman, Tawau: Pusat Kegiatan Ekonomi Orang Jepun dlm. Abdul Hali Ali, Ishak

Shari, Habibah Ahmad & Er Ah Choy (pnyt.), Sabah dalm Perluasan Pasaran, Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan

Malaysia, 2000, hlm. 31-42.

(23)

20

Ibid., hlm. 105.

21 Lih. ibid, hlm. 132. Selain terlibat dalam kegiatan pertanian, Tobosaku Sakai juga menubuhkan syarikat Gaya

Company. Syarikat ini menjual barangan dari Jepun seperti tembikar dan sutera. Selain itu, kedai milik beliau turut

menyediakan perkhidmatan foto, filem dan percetakan.

22 Ibid., hlm. 134.

23 Untuk maklumat lanjut mengenai KTRE, sila lih. ibid., hlm. 107-119. Lih. juga K. J. Goodlet, The Origin and

Early Development of the Tawau Community 1880-1942, Ph.D. Thesis, University of Sydney, 1977, hlm. 157, 208, 240.

Lih. juga Saito Yasuji, Recollections of Labour Conflict in Japanese Estate, Tawau dlm. Borneo Review III (2), 1992, hlm.

259-269. Lih. juga Hanita Lajadharun, Imigrasi Orang Jepun ke Borneo Utara Sebelum Perang Dunia Kedua, Latihan

Ilmiah, B.A. Sejarah, Universiti Malaya, 2001, hlm. 30, 65. Lih. juga K. G. Tregonning, Under Chartered Company Rule

(North Borneo 1881-1946), Singapore, University of Malaya Press, 1958, hlm. 185. Lih. juga Bob Reece, Masa Jepun:

Sarawak Under the Japanese 1941-1945,

t.tp., Sarawak Literary Society, 1998, hlm. 15. Lih. juga Yutaka Shimomoto & K. Ravi Mandalam (pnyt.), Japanese

Immigrants and Investments in North Borneo, Kota Kinabalu, The Sabah Society, 2010, hlm. 55. Lih. juga Ooi Keat Gin,

The Japanese Occupation of Borneo, 1941-1945, Routledge Studies in the Modern History of Asia, London, Routledge,

2010, hlm. 14.

24 Untuk maklumat lanjut mengenai TEL, sila lih. Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan

Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu, Penerbit UMS, 2007, hlm. 119-124. Lih. juga K. J. Goodlet, The Origin

and Early Development of the Tawau Community 1880-1942, Ph.D. Thesis, University of Sydney, 1977, hlm. 60-70, 102,

163. Lih. juga Sabihah Osman, Japanese economic activities in North Borneo from the 1890s until 1941 dlm. Journal of

(24)

Routledge, 2010, hlm. 14. Lih. juga B. Reece, Masa Jepun: Sarawak under the Japanese 1941-1945, Kuching, Sarawak

Literary Society, 1998, hlm. 15. Lih. juga K.G. Tregonning, A History of Modern Sabah (North Borneo 1881-1963), Ed.

ke-2, Singapore, University of Malaya Press, 1965, hlm. 93.

25 Untuk maklumat lanjut mengenai BSKKL, sila lih. Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan

Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu, Penerbit UMS, 2007, hlm. 124-127. Lih. juga Ooi Keat Gin, The Japanese

Occupation of Borneo, 1941-1945, Routledge Studies in the Modern History of Asia, London, Routledge, 2010, hlm. 14.

26 Untuk maklumat lanjut mengenai Kumada Corporation, sila lih. ibid., hlm. 130. Lih. juga Cecilia Leong, Sabah:

The First 100 Year, Kuala Lumpur, Pustaka Wan Yang Muda Sdn. Bhd, 1988, hlm. 165-168.

27 Untuk maklumat lanjut mengenai TNE, sila lih. Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan

Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu, Penerbit UMS, 2007, hlm. 127-129.

28

Untuk maklumat lanjut mengenai BBDC, sila lih. ibid., hlm. 124. Lih. juga Yutaka Shimomoto, Ichinosuke Sakamoto:

An Early Japanese Planter in British North Borneo dlm. Sabah Society Journal 7 (3), 1990, hlm. 255-271. Lih. juga Yutaka

Shimomoto & K. Ravi Mandalam, (pnyt.), Japanese Immigrants and Investments in North Borneo, Kota Kinabalu, The

Sabah Society, 2010, hlm. 55.

29 Untuk maklumat lanjut mengenai NSKK, sila lih. Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan

Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu, Penerbit UMS, 2007, hlm. 129. Lih. juga Yutaka Shimomoto &L. Ravi

Mandalam (pnyt.), Japanese Immigrants and Investments in North Borneo, Kota Kinabalu, The Sabah Society, 2010, hlm.

55. Lih. juga Yoshimasa Shibata, Nan’yo Nikkei Saibai Gaisha no Jidai (An Era of Japanese Plantations in the South-seas),

(25)

31

Ibid., hlm. 107.

32 Ibid., hlm. 120.

33 Ibid., hlm. 220.

34 Ibid., hlm. 221.

35

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kegiatan orang Jepun dalam sektor pembalakan, sila lih. ibid., hlm. 149-175.

36 Lih. ibid., hlm. 170. Shinnosuke Inada merupakan salah seorang perintis kepada ramai pelabur Jepun yang datang ke

Borneo Utara. Walaupun sebelum ini telah ramai imigran Jepun datang ke Borneo Utara, kedatangan mereka bukan sebagai

pelabur yang terarah tetapi datang sebagai kalangan imigran wanita Jepun

yang bekerja sebagai pelacur. Lih. juga Yutaka Shimomoto, Japan and the Chartered Company dlm. Sabah Society Journal

7 (2), 1981, hlm. 123-126. Walaupun Shinnosuke Inada memohon untuk membawa masuk seramai 350 orang buruh kasar,

namun SBBUB hanya membenarkan sekitar 10 hingga 15 keluarga sahaja. SBBUB bertindak untuk tidak membenarkan

imigran Jepun masuk secara beramai-ramai pada ketika itu disebabkan perasaan khuatir dari kalangan pegawai SBBUB

berhubung dengan matlamat sebenar imigran Jepun masuk ke Borneo Utara. Mereka khuatir kemasukan imigran Jepun ini

bertujuan untuk menjadi pengintip kepada kerajaan Jepun. Maklumat lanjut berhubung perkara ini ada diterangkan secara

lanjut dlm. Eric Robertson, The Japanese File: Pre-War Japanese Penetration in Southeast Asia, Kuala Lumpur,

Heinemann Asia, 1979, hlm. 84-110.

37 Untuk maklumat lanjut mengenai Koichiro Matsuda, sila lih. ibid., hlm. 29. Lih. juga Yutaka Shimomoto, Japanese

Immigrants in Tawau, British North Borneo dlm. Sabah Museum and Archives Journal 1 (3), 1991, hlm. 63. Lih. juga

(26)

38 Nihon Nan’yozai Kyokai (Japan Southsea Lumber Conference), Nan’yozai Shi (A History of Southsea Lumber),

Tokyo, Nihon Nan’yozai Kyokai, 1975, hlm. 150.

39 Pada tahun 1920 SUBB telah melibatkan diri dalam perusahaan pembalakan dengan penubuhan syarikat British

Borneo Timber Company Ltd. (BBTC). Syarikat ini memiliki 25 sublesen. Memandangkan Borneo Utara mempunyai

kawasan yang luas, agak sukar bagi BBTC untuk mengeluarkan hasil balak secara bersendirian. Oleh yang demikian,

syarikat telah memberikan sublesen pengeluaran balak kepada syarikat lain yang berminat untuk bergiat dalam kegiatan

pembalakan. Lih. juga K. G. Tregonning, A History of Modern Sabah 1881-1963, Kuala Lumpur, Pustaka Ilmu Universiti

Malaya Press, 1967, hlm. 90. Lih. juga Yutaka Shimomoto & K. Ravi Mandalam (pnyt.), Japanese Immigrants and

Investments in North Borneo, Kota Kinabalu, The Sabah Society, 2010, hlm. 68.

40

Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu,

Penerbit UMS, 2007, hlm. 221. Lih. juga Yutaka Shimomoto & K. Ravi Mandalam (pnyt.), Japanese Immigrants and

Investments in North Borneo, Kota Kinabalu, The Sabah Society, 2010, hlm. 69. Selain BBTC, pada awal tahun 1920-an

empat buah syarikat lagi terlibat dalam kegiatan pembalakan, iaitu British North Borneo Timber, Shing Kee, King Eng Watt

Brothers dan TEL.

41 Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu,

Penerbit UMS, 2007, hlm. 221.

42 Yutaka Shimomoto & K. Ravi Mandalam (pnyt.), Japanese Immigrants and Investments in North Borneo, Kota

Kinabalu, The Sabah Society, 2010, hlm. 68-69. Lih. juga Yoshimasa Shibata, Nan’yo Nikkei Saibai Gaisha no Jidai (An

(27)

44 Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu,

Penerbit UMS, 2007, hlm. 221.

45 Yutaka Shimomoto & K. Ravi Mandalam (pnyt.), Japanese Immigrants and Investments in North Borneo, Kota

Kinabalu, The Sabah Society, 2010, hlm. 69.

46 Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu,

Penerbit UMS, 2007, hlm. 222. Untuk maklumat lanjut mengenai kegiatan orang Jepun dalam sektor pembalakan di Borneo

Utara, sila lih. Lujihah @ Zuraidah Timbun, Sejarah Perkembangan Perusahaan Pembalakan Di Negeri Sabah (Borneo

Utara) Sebelum Perang Dunia Kedua 1881-1941, Tesis Sarjana Muda Sastera, Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan

Malaysia, 1987/88, hlm. 66-103.

47 Untuk maklumat lanjut mengenai kegiatan orang Jepun dalam sektor perikanan di Borneo Utara, sila lih. Md.

Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu, Penerbit UMS,

2007, hlm. 177-215.

48 Sabihah Osman, Japanese economic activities in North Borneo from the 1890s until 1941 dlm. Journal of Southeast Asian Studies 29 (1), 1998, hlm. 34.

49 Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu,

Penerbit UMS, 2007, hlm. 184.

50 Mohammad Raduan b. Mohd. Ariff, Dari Pemungutan Tripang ke Penundaan Udang: Sejarah Perkembangan

Perusahaan Perikanan di Borneo Utara 1750-1990, Kuala Lumpur, Universiti Malaya, 2000, hlm. 115. Lih. juga Yutaka

Shimomoto & K. Ravi Mandalam (pnyt.), Japanese Immigrants and Investments in North Borneo, Kota Kinabalu, The

(28)

90-51 Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu,

Penerbit UMS, 2007, hlm. 222.

52

Ooi Keat Gin, Rising Sun Over Borneo: The Japanese Occupation of Sarawak 1941-1945, Hampshire, Macmillan

Press Ltd., 1999, hlm. 20. Lih. juga Bob Reece, Masa Jepun: Sarawak Under the Japanese 1941-1945, 1998, hlm. 15.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ichiji Orita dan BTC, sila lih. Yutaka Shimomoto & K. Ravi Mandalam (pnyt.), Japanese

Immigrants and Investments in North Borneo, Kota Kinabalu, The Sabah Society, 2010, hlm. 85-126. Lih. juga Nan’yo

Keizai Kenkyusho (Institute of the South-seas Economies), Sogyo Kiei no Kushin-Boruneo Suisan Kabushiki Kaisha

(Difficulties Encountered by the Entrepreneur of Borneo Fisheries), Tokyo, Nan’yo Keizai Kenkyusho, 1942, hlm. 4-5. Lih.

juga Fujio Hara, Eiryo Malaya no Nihonjin (The Japanese in British Malaya), Tokyo, Ajia Keizai Kenkyujo (Institute of

Developing Economies), 1986,

hlm. 165. Lih. juga Shuji Okuno, Natsuko-Okinawa mitsuboeki no Jo’ou (Natsuko-The Queen of Smugglers in Okinawa),

Tokyo, Bungei Shunju, 2005, hlm. 117-119. Lih. juga Kunio Matsumoto, Siamiru To (Si-Amil Island), Tokyo, Kobunsha,

1981, hlm. 57-58. Lih. juga Masahiko Mochiduki, Boruneo ni Watatta Okinawa no Gyofu to Joko (Fisherman and Female

Workers who Migrate to Borneo), Tokyo, Boruneo Shiryou Kenkyushitsu (Borneo History Reference Center), 2001, hlm.

28-29. Lih. juga Kumataro Atsumi, Watashino Hansei, Dai Ichibu-Boruneo Suisan Jidai (A Memoir of My Life, Volume 1,

The Era of Borneo Fisheries), Kyonan-machi, Shin’ichiro Atsumi, 1989, hlm. 201. Lih. juga Yoshizo Furukawa, Dabao

Kaitakushi (A Memoir of the Development of Davao), Tokyo, Furukawa Takushoku Kabushiki Kaisha (Furukawa Plantation

Company), 1956, hlm. 162-163.

53

Md. Saffie Abdul Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu,

Penerbit UMS, 2007, hlm. 222.

(29)

menangkap ikan yang dijalankan oleh pelabur Cina. Untuk keterangan lanjut, sila lih. Mohammad Raduan b. Mohd. Ariff,

Dari Pemungutan Tripang ke Penundaan Udang: Sejarah Perkembangan Perusahaan Perikanan di Borneo Utara

1750-1990, Kuala Lumpur, Universiti Malaya, 2000, hlm. 102-112.

56

Yutaka Shimomoto & K. Ravi Mandalam (pnyt.), Japanese Immigrants and Investments in North Borneo, Kota Kinabalu, The Sabah Society, 2010, hlm. 19. Lih. juga Yoji Akashi, The Nanyo Kyokai and British Malaya and Singapore,

1915-45 dlm. Yoji Akashi & Yoshimura Mako (pnyt.), New Perspectives on the Japanese Occupation in Malaya and

Singapore, 1941-1945, Singapore, NUS Press, 2008, hlm. 23.

57

Untuk maklumat lanjut mengenai sejarah migrasi orang Jepun ke Borneo Utara, sila lih. Md. Saffie Abdul Rahim,

Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941, Kota Kinabalu, Penerbit UMS, 2007, hlm. 51-87.

58

Ibid., hlm. 218.

59

Ibid., hlm. 223.

60 Ibid., hlm. 223.

61 Yutaka Shimomoto & K. Ravi Mandalam (pnyt.), Japanese Immigrants and Investments in North Borneo, Kota

Referensi

Dokumen terkait