• Tidak ada hasil yang ditemukan

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN KEBUD

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN KEBUD"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JABATAN KEBUDAYAAN KESENIAN DAN WARISAN NEGERI PULAU PINANG DALAM MENERAPKAN PENGHAYATAN DAN KESEDARAN TEATER TRADISIONAL BORIA DALAM KALANGAN GOLONGAN BELIA PULAU

PINANG

THAVAMALAR A/P TAUSEE GANU

Projek ini merupakan satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

(2)

i

Mengaku membenarkan tesis/ Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis/ Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan

Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi

5. * sila tandakan √

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah

keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(3)

ii

Projek bertajuk “Cabaran yang dihadapi oleh Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri Pulau Pinang dalam menerapkan penghayatan dan kesedaran teater tradisional boria dalam kalangan golongan belia Pulau Pinang” telah disediakan oleh Thavamalar A/P Tausee Ganu dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa oleh:

_____________________________________ (Miss Karen Audrey Samy)

(4)

iii

Penghargaan

Pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Tuhan yang sentiasa berada di sisi saya dalam menyiapkan kajian ini. Ilmu dan tenaga yang diberikan oleh Tuhan membolehkan saya menyiapkan kajian ini dengan lengkap dan lancar. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya iaitu Miss Karen Audrey Samy yang telah banyak meluangkan masa beliau dalam membantu saya untuk menyiapkan projek tahun akhir saya. Di sini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah lain saya iaitu Puan Qistina Donna Lee Abdullah, Puan Noria Tugang dan juga kepada Puan Rahah Hj. Hassan

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri Pulau Pinang (JKKWNPP) yang memberi kerjasama kepada saya semasa menjalankan kajian ini. Tanpa kerjasama daripada mereka maka kajian ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna dan lancar. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Tokoh Teater Boria En. Abdullah bin Darus yang bekerjasama dan meluangkan masa beliau dalam mengendalikan temuduga walaupun beliau telah berusia. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada responden yang sudi bekerjasama dalam mengisi borang soal selidik.

(5)

iv

kepada keluarga saya yang telah memberikan sokongan moral dan kewangan kepada saya dalam menyiapakan projek tahun akhir ini. Saya berharap kajian ini dapat menjadi bahan rujukan kepada pengkaji akan datang untuk mengupas dengan lebih lanjut tentang Teater Tradisional Boria supaya terus menjadi sebuah warisan Negeri Pulau Pinang.

“Hidup Budaya, Hidup Warisan”

(6)

v

Dedikasi

(7)
(8)
(9)

viii

4.2.1.7 Responden dalam bagaimana dapat mengetahui tentang 61

teater tradisional boria 4.2.1.8 Maklum balas responden sama ada pernah melihat 63 promosi untuk teater boria yang dilakukan

(10)

ix

4.2.1.9 Maklum balas responden penonton teater 65 tradisional boria sama ada puas hati dengan strategi

4.2.2.1 Perancangan dan usaha yang diambil oleh JKKWNPP 78 dalam meningkatkan jumlah golongan belia untuk

menyertai teater tradisional boria

4.2.2.2 Strategi Promosi yang dilaksanakan oleh JKKWNPP 80 4.2.2.3 Pembaharuan dalam teater tradisional boria 82

4.2.2.4 Kemasukan teater boria ke negeri Pulau Pinang 84 4.2.2.5 Sambutan dan penglibatan golongan belia dalam 85

teater tradisional boria

(11)

x

4.2.2.7 Sebab-sebab utama golongan belia kurang 87 melibatkan diri dalam teater boria.

4.2.2.8 Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh JKKWNPP 89 4.2.2.9 Rumusan Temuduga 90

4.3 Kesimpulan 91

BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 92

5.2 Rumusan 93

5.3 Cadangan

5.3.1 Tingkatkan Strategi Promosi 95 5.3.2 Perubahan terhadap cara persembahan 97 5.3.3 Mengadakan kempen dan seminar seni, budaya serta 98 warisan di peringkat negeri Pulau Pinang

5.3.4 Memperbanyakkan lagi persembahan dan pertandingan 99 5.3.5 Memberi ganjaran kepada Kumpulan Teater Boria 100 5.3.6 Meningkatkan tenaga sumber manusia di JKKWNPP 100

5.4 Cadangan Bagi Kajian akan Datang 101

(12)

xi

Rujukan 103 Lampiran A 104 Lampiran B 111

Lampiran C 115

(13)

xii

Tajuk Kajian : Cabaran yang dihadapi oleh Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri Pulau Pinang dalam menerapkan penghayatan dan kesedaran teater tradisional boria dalam kalangan golongan belia Pulau Pinang.

ABSTRAK

(14)

xiii

Title of Research : Challenges facing the Department of Culture, Arts and Heritage in trying to increase awareness of Boria theatre among Penang youth.

ABSTRACT

(15)

1

BAB 1 PENGENALAN

1.1PENGENALAN

Boria merupakan sejenis teater tradisional yang agak terkenal di negeri Pulau Pinang. Kemunculan teater tradisional boria merupakan sebuah identiti kepada masyarakat Melayu Pulau Pinang dan masih diamalkan sehingga hari ini.

(16)

2 1.1.1 ASAL USUL BORIA

Menurut Mohamad Ishak Abdul Aziz (1979), dalam bukunya Sejarah Boria, kewujudan teater tradisional boria mempunyai hubungan rapat dengan suatu upacara yang dinamakan upacara ta’ziya. Upacara ta’ziya dipraktikan dalam masyarakat kaum Syiah. Upacara ta’ziya muncul disebabkan oleh kewafatan cucu Nabi Muhammad s.a.w iaitu Saidina Hassan dan Hussein r.a. Kewafatan beliau yang penuh tragik ini telah diingati oleh masyarakat kaum Syiah dan sebagai tanda memperingati kewafatan beliau, mereka akan mengadakan upacara berkabung.

Dalam upacara berkabung, lakonan akan dilakonkan, dan ia diiringi oleh seorang penyair yang akan mendendangkan syair-syair pilu sebagai tanda memperingati kewafatan Saidina Hassan dan Hussein r.a. Dalam lakonan tersebut para pelakon akan mengadakan suatu perarakan yang membawa lambang tangan berwarna merah serta bendera di sekitar kawasan perkuburan Saidina Hussein r.a.. Bendera merah dan putih pada masa itu merupakan lambang-lambang yang mewakili kumpulan-kumpulan boria di Pulau Pinang.

(17)

3

(18)

4

1.1.2 PERSEMBAHAN BORIA

Menurut Rahmah Bujang, (1987) dalam bukunya Boria: A Form of Malay Theatre, lagu dan tarian merupakan dua elemen penting yang diamalkan oleh

kelompok masyarakat Melayu dalam persembahan teater tradisional. Lagu dan tarian akan menyempurnakan lakonan yang berunsur aksi simbolik dalam sesebuah persembahan teater.

Teater tradisional boria akan menampilkan beberapa tema dalam persembahan. Tema-tema tersebut biasanya menyentuh isu-isu seperti perkahwinan, aspek sosial, propaganda politik, isu keagamaan dan pendidikan. Secara tidak langsung, persembahan yang mengandungi tema ini lazimnya menyampaikan pengetahuan berunsur mesej dan nasihat kepada penonton. Persembahan teater tradisional boria menjadi salah satu medium yang bukan sahaja menyampaikan pengetahuan malah menjadi alat hiburan kepada masyarakat Melayu Pulau Pinang.

Menurut Rahmah Bujang (1987) juga, teater tradisional boria merangkumi pengisian dua segmen iaitu bahagian pengenalan dan persembahan. Bahagian pengenalan biasanya akan dimulakan dengan lakonan sketsa yang menyampaikan mesej, nasihat dan lawak jenaka. Manakala pengisian segmen kedua adalah berbentuk persembahan yang mengandungi nyanyian, muzik dan tarian. Kedua-dua bahagian ini akan digabungkan dan dimainkan secara berkelompok untuk menghasilkan sebuah persembahan yang asli dan bermutu.

(19)

5

(20)

6

1.1.3 OBJEKTIF UMUM JABATAN KEBUDAYAAN KESENIAN DAN WARISAN NEGERI PULAU PINANG

Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri Pulau Pinang (JKKWNPP) telah ditubuhkan pada bulan March 1993 di Dewan Sri Pinang. Jabatan ini telah beroperasi di Dewan Sri Pinang selama dua tahun dan pada tahun 1995 JKKWNPP telah dipindahkan ke bangunan Komtar di Pulau Pinang. Setelah beroperasi selama dua tahun di bangunan Komtar akhirnya ia telah dipindahkan ke Kompleks Pustaka Warisan Seni yang terletak di Jalan P. Ramlee.

JKKWNPP mempunyai objektif tersendiri dalam memperkukuhkan kefahaman mengenai kebudayaan sebagai cara hidup, meningkatkan penyertaan dan menyemai kesedaran tentang seni budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia. Penetapan objektif umum adalah ke arah memperkasakan identiti nasional dan memupuk perpaduan negara serta melahirkan masyarakat yang berbudaya selaras dengan pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Kelahiran bangsa Malaysia yang cintakan warisan kebudayaan yang berteraskan Dasar Kebudayaan Kebangsaan serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terunggul dan bertaraf dunia merupakan visi yang menjadi pegangan utama pegawai dan kakitangan JKKWNPP.

(21)

7

1.1.4 ASPEK-ASPEK DALAM TEATER BORIA

1.1.4.1 ORGANISASI KUMPULAN

Menurut Mohamad Ishak Abdul Aziz (1979), dalam bukunya Sejarah Boria, kumpulan boria biasanya terdiri daripada 40 hingga 60 orang. Ahli-ahlinya ialah kaum lelaki yang terdiri daripada tauke (penaja), pengurus, Tukang Karang, penari (sailor) dan pemuzik.

Menurut Mohamad Ishak Abdul Aziz (1979) juga, kos pembiayaan persembahan teater boria pada masa dahulu telah dibiayai oleh seorang tauke. Tauke adalah orang yang bertanggungjawab dalam pembiayaan sesuatu kumpulan persembahan Boria.

(22)

8 1.1.4.2 CERITA DAN LAKONAN

Menurut Mohamad Ishak Abdul Aziz (1979), dalam bukunya Sejarah Boria, cerita dalam persembahan boria mengekalkan cerita Arab yang menyentuh tentang Hikayat Seribu Satu Malam, cerita sejarah dan bangsawan seperti Lancang Kuning, Puteri Dalam Siput dan sebagainya. Pada masa sekarang, cerita-cerita dalam teater ini mula menampilkan tema-tema yang menyentuh tentang kehidupan sosial, keagamaan, adat perkahwinan, pendidikan, perpaduan dan sebagainya.

(23)

9 1.1.4.3 TARIAN

Menurut Rahmah Bujang, (1987) dalam bukunya Boria: A Form of Malay Theatre, tarian yang dipersembahkan dalam teater tradisional boria mempunyai

kaitan yang rapat dengan sketsa yang disampaikan. Menurut beliau juga, pada masa awal kemunculan teater tradisional boria, lagu dan langkah tarian adalah berkonsepkan ciri-ciri tarian Arab. Tetapi selepas tahun 50an dan 60an lagu-lagu dalam teater tradisional boria banyak dipengaruhi oleh irama pop dan Hindustan.

Gerak-geri tarian dalam boria tidak mempunyai makna yang tersendiri.

Pada masa dahulu boria tidak mempunyai corak tarian yang bebas.

Tetapi sekarang gerak-geri tarian dipanggil semi moden iaitu satu

langkah ke depan dan ke belakang serta ke kiri dan kanan”.

Sumber: Dipetik daripada hasil temuramah dengan Pn. Zaini binti Man, Jurulatih Kumpulan Boria Budaya Sari pada Disember 15, 2006.

(24)

10 1.1.4.4 NYANYIAN

Tukang Karang biasanya mendahului para ‘sailor’ dan pemuzik masuk ke pentas sebaik sahaja lakonan berakhir. Menurut Rahmah Bujang, (1987) dalam bukunya Boria: A Form of Malay Theatre, senikata lagu yang dicipta adalah berasaskan kepada lakonan yang dipentaskan sebelumnya. Senikatanya adalah berbentuk syair.

Rangkap pertama dalam lagu boria akan memperkenalkan kumpulan masing-masing. Rangkap ini menjadi korus kepada lagu tersebut. Irama lagu biasanya disesuaikan dengan cerita. Rangkap yang bermutu mempunyai suku kata yang sama di setiap hujung rangkap. Ini dapat dijelaskan melalui rangkap berikut:

Izinkan kami sampaikan madah

Referensi

Dokumen terkait

Skema ini ditetapkan dengan tujuan untuk digunakan sebagai acuan dalam sertifikasi kompetensi Audit Energi Okupasi Auditor Energi thermal dan mekanikal bagi tenaga kerja

Perkara yang lebih penting ialah kanak-kanak diberi peluang secara optimum untuk menyertai program seumpama itu bagi meningkatkan rasa autoriti dalam diri mereka..

Analisis deskriptif kualitatif dilakukan dengan menggunakan peta wilayah jelajah dugaan dua kelompok studi owa jawa yang telah ditumpang tindih dengan peta digital

Berdasarkan fakta-fakta yang telah penulis gambarkan tersebut, jelas dalam penegakan hukum yang dilakukan oleh institusi peradilan pidana di Indonesia masih kental

Dari hasil penelitian dapat menunjukkan bahwa remaja butuh sosialisasi tentang usia seharusnya laki-laki maupun perempuan untuk menikah dan punya anak bagi wanita

Kerugian ( capital loss ) dapat terjadi apabila Investor menjual Obligasi Negara FR di Pasar Sekunder sebelum jatuh tempo pada harga jual yang lebih rendah dari

Hasil analisis ragam menunjukkan bahwa perlakuan pemberian larutan ekstrak umbi teki dengan konsentrasi yang berbeda, berpengaruh nyata terhadap luas daun tanaman

Mahasiswa Aktif UBL Berprestasi Dalam Kompetisi Non Akademik Di tetapkan oleh DKKA berdasarkan Tabel Gradasi Beasiswa yang berlaku Contoh : Kejuaraan Futsal, Bulutangkis,