88
Manfaat Penerapan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi TMK dalam Pembelajaran
Matematik serta Kekangannya.
Nur Afiqah Zakaria
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Malaysia
Email: [email protected]
Fariza Khalid
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Malaysia
Email: [email protected]
PENGENALAN
Dunia pendidikan telah mengalami perkembangan yang sangat pesat sejak iaitu setelah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa )nggeris PPSM) diperkenalkan Keong, Sharaf & Daniel, . Melalui PPSM) pengunaan komputer riba dalam pengajaran telah dimulakan. Seterusnya penggunaan teknologi terus berkembang dan diterapkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran setelah Pelan Pembangunan Pendidikan dikaji semula pada Oktober kemudian dilahirkan semula pada Disember Rosdi, . Maka terhasillah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM KPM, . Melalui PPPM - , anjakan disenaraikan bagi transformasi sistem pendidikan di Malaysia dengan mengambil kira keperluan kehidupan abad ke .
89
TEKNOLOG) MAKLUMAT DAN KOMUN)KAS) TMK
Teknologi maklumat dan komunikasi TMK merupakan suatu kombinasi alat dan sumber teknologi yang digunakan untuk manipulasi serta menghubung kait antara maklumat Kaware, . Peralatan teknologi yang dimaksudkan adalah seperti peralatan elektronik dan digital seperti komputer, internet, dan teknologi multimedia yang lain. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi menjadi semakin penting dalam bidang pendidikan kerana kemampuan menyediakan persekitaran pembelajaran dan pengajaran yang proaktif Gabare, et al., . Seiring dengan perkembangan era teknologi masa kini, guru digalakkan mengintegrasi TMK dalam pengajaran mereka bagi menggantikan kaedah pengajaran tradisional.
Penerapan TMK bertujuan untuk menambah baik serta meningkatkan kualiti pembelajaran murid dan pengajaran guru. Penerapan TMK adalah suatu proses bagaimana dan di mana suatu teknologi itu disesuaikan dengan kondisi pembelajaran dan pengajaran tidak kira dalam kelas atau sebaliknya Norazrena & Khairul, ; Qistina & (azman, . Tambahan lagi, penerapan TMK dalam pendidikan mampu membangunkan kompentensi murid mengikut keperluan global dengan pembentukan kemahiran serta penambahan ilmu pengetahuan.
Namun begitu, integrasi TMK perlulah bersesuaian dengan kondisi dan suasana pembelajaran di Malaysia. Perisian yang sesuai dengan latar belakang murid perlu diambil kira bagi memastikan integrasi TMK yang efektif. Dalam bahagian seterusnya akan didedahkan integrasi TMK dalam proses pembelajaran dan pengajaran Matematik serta aplikasi teknologi yang terlibat.
LATAR BELAKANG
90
Penerapan TMK hakikatnya dapat diaplikasikan ke dalam semua mata pelajaran termasuk Matematik. Menurut beberapa kajian lepas, . % guru Matematik menggunakan aplikasi asas TMK dalam pengajaran mereka. Antara aplikasi asas tersebut ialah perisian kursus, persembahan, grafik dan visual, serta demonstrasi atas talian Keong, et al., . Penggunaan aplikasi yang dinyatakan adalah bertujuan sebagai alat bantu mengajar Matematik. (al ini menunjukkan kemahiran TMK guru adalah meningkat dalam menerapkan pelbagai aplikasi teknologi melalui proses pengajaran mereka.
Selain itu, telah dibuktikan bahawa penggunaan internet untuk pencarian maklumat melalui laman sesawang mencapai kepada . %. Manakala % melibatkan penggunaan emel, dan . % penggunaan dalam forum perbincangan Keong, et al., . Jumlah peratusan ini adalah berdasarkan tahap penggunaan guru ke atas TMK dalam mendapatkan sumber pengajaran yang pelbagai selain daripada buku teks. Secara tidak langsung, kepentingan TMK menjadi salah satu inisiatif kepada para guru untuk mendapatkan bahan pengajaran meliputi bentuk simulasi, nota, latihan, cetusan idea serta perkongsian maklumat.
Dalam kajian lain pula, integrasi teknologi dalam pengajaran Matematik ialah penggunaan Microsoft Excel, program DER)VE, program MAT(EMAT)CA dan perisian MAPLE bagi tajuk Algebra Keong, et al., ; Neurath & Stephens, . Penggunaan Microsoft Excel memudahkan murid melakukan penyelesaian masalah berkaitan algebra seperti pembinaan graf untuk persamaan, mencari kecerunan garis lurus, membina graf polinomial, dan simplikasi suatu persamaan. Perisian MAPLE juga digunakan bagi membantu murid membina graf persamaan tertentu dalam algebra.
91
Berdasarkan jadual , bab ini akan membincangkan manfaat di sebalik integrasi aplikasi TMK dalam pembelajaran Matematik. Selain itu, faktor yang menjadi kekangan kepada pihak guru mengintegrasikan TMK dalam proses pengajaran Matematik turut dibahaskan.
Jadual : Aplikasi TMK dalam Pembelajaran Matematik
Penulis Aplikasi TMK Tajuk
Norazrena &
Khairul Anuar Pembangunan Perisian Matematik berpandukan Model ADD)E
Pecahan
(anim &
(airulniza Pembangunan Perisian Matematik berpandukan Model ASSURE
Pecahan
Keong, Sharaf (orani & Daniel
Microsoft Excel Algebra
Neurath &
Stepehns Microsoft Excel Algebra
Stephens &
Konvalina Program MAPLE Algebra
TUJUAN DAN OBJEKT)F KAJ)AN
Fokus dalam kertas konsep ini ialah:
1. Meneroka manfaat integrasi TMK dalam pembelajaran matematik di peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah.
2. Mengetahui kekangan yang timbul dalam usaha mengintegrasi TMK dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik.
METODOLOG)
Penelitian sorotan kajian dijalankan berdasarkan ke atas kajian dalam bidang aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran Matematik. Beberapa database Emerald, Google Scholar, Sci Direct, dan
Ebscohost dicapai menggunakan katakunci seperti; integrasi TMK, TMK
92
Malaysia dan luar negara dipilih berdasarkan fokus dan bidang yang berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan Matematik sahaja.
Jadual : Ringkasan kajian literatur yang digunakan. Reka bentuk
Pemilihan jurnal adalah berdasarkan dapatan yang menjawab persoalan kajian yang dibina. Selain itu, analisis kandungan kajian juga dijalankan agar kajian yang dipilih tidak terpesong daripada fokus kertas konsep ini. Persoalan yang dibina sebagai landasan ialah:
1. Apakah manfaat penerapan TMK dalam proses pembelajaran dan pengajaran Matematik?
2. Apakah kekangan yang dihadapi oleh para guru untuk mengintegrasi TMK dalam pengajaran matematik?
93 DAPATAN KAJ)AN
Dapatan kajian berikut disusun mengikut persoalan kajian yang telah dibina.
Manfaat Penerapan TMK dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran Matematik.
Berdasarkan penelitian kajian literatur yang dijalankan, manfaat penerapan TMK dalam pengajaran Matematik ialah; mewujudkan interaksi dalam kalangan murid Keong, et al., ; Neurath & Stephens, . Penggunaan alat teknologi seperti kalkulator grafik mendorong interaksi dalam kalangan murid untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran. Dapatan dari dua kajian menyatakan kerjasama antara murid berlaku apabila diberi peluang mempersembah hasil kerja mereka dengan bantuan projektor, layar putih dan pen laser. Murid berkongsi hasil kerja kumpulan bersama rakan sekelas dalam sesi perbincangan dengan bantuan guru Condie & Munro, ; Keong, et al., .
Secara tidak langsung, komunikasi yang berlaku dalam kalangan murid melalui penggunaan teknologi semasa proses pembelajaran, menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan dan maklumat. Guru bertindak sebagai fasilitator dan proses pembelajaran yang berlaku adalah berpusatkan murid dengan bantuan teknologi sebagai alat bantu pembelajaran Condie & Munro, ; Keong et al., . Situasi ini menyokong pembelajaran konstruktivis iaitu pembinaan pengetahuan sedia ada murid. Penerapan teknologi seperti kemudahan internet memudahkan lagi murid melakukan eksplorasi kendiri menggunakan kemudahan internet untuk memahami konsep matematik yang dipelajari
Keong, et al., ; Ramli, et al., .
94
Begitu juga dengan penggunaan perisian pembangunan komputer bagi topik pecahan dalam dua kajian literatur yang dipilih (anim & (airulniza,
; Norazrena & Khairul Anuar, . Perisian komputer yang dibangunkan sangat membantu murid dari segi meningkatkan kefahaman terhadap pecahan. Latihan yang disediakan dalam perisian memberi murid maklum balas secara langsung. Murid dapat melihat kesalahan mereka dan dapat melakukan pembetulan Ng, . Selain itu, menu kuiz dalam perisian komputer yang dibangunkan membantu murid mengasah pemikiran kritikal. (al ini kerana kuiz yang disediakan mempunyai masa menjawab yang terhad. Limitasi masa ditetapkan adalah untuk menguji pemikiran kritikal dan kefahaman murid mengenai tajuk pecahan yang dipelajari.
Menerusi tiga kajian lain mengatakan penggunaan TMK dalam pembelajaran bukan sahaja menjana pemikiran aras tinggi murid malah menggalakkan murid memikirkan strategi dalam penyelesaian masalah matematik Condie & Munro, ; Keong, et al., . Selain daripada murid mendapat maklum balas yang cepat, perisian komputer yang dibangunkan mendorong murid melakukan latihan berulang kali sehingga mendapatkan jawapan yang tepat. Secara tidak langsung, kaedah sebegini juga meningkatkan minat dan motivasi murid untuk terus mencuba.
Kekangan yang Dihadapi oleh Guru untuk Mengintegrasi TMK dalam Pengajaran Matematik.
95
sebelum proses pembelajaran bermula. Peralatan dimaksudkan adalah seperti komputer, layar putih, projektor dan sebagainya mengambil masa kerana guru tidak begitu mahir mengendalikan peralatan tersebut Rohani, . Sekiranya berlaku kerosakan atau kesulitan kecil, guru memerlukan bantuan juruteknik dan hal ini mengganggu tempoh pengajaran mereka.
Kesinambungan daripada itu, . % maklum balas guru yang diterima mengatakan latihan mengenai aplikasi TMK tidak mencukupi untuk memudahkan proses kurikulum Matematik. Latihan yang diperlukan termasuklah kaedah untuk integrasi TMK dalam pengajaran matematik. Selain itu, . % dalam kalangan guru mengakui kombinasi beberapa jenis latihan mengenai aplikasi TMK sangat diperlukan agar mereka mengetahui aplikasi yang bersesuaian dengan pembelajaran Matematik Abramovich, ; Afolake & Jaleel, . Latihan perlulah dijalankan secara berkala dan menepati ciri keperluan para guru Matematik agar bermanfaat untuk diamalkan.
Seterusnya, sokongan teknikal yang kurang menyokong integrasi TMK dalam pengajaran Matematik juga menjadi faktor kekangan kepada para guru. Sokongan teknikal yang dimaksudkan termasuklah dari segi penyediaan komputer yang terhad bagi murid, peralatan yang sudah rosak dan lambat diperbaiki, prosedur penempahan makmal komputer, serta kemahiran guru mengenai komputer yang terbatas. . % daripada kalangan guru mengatakan faktor ini sebagai kekangan utama dan . % mengatakan faktor ini sebagai kekangan minor. Walaubagaimanapun, faktor sokongan teknikal sangat mempengaruhi kekerapan guru untuk integrasi TMK dalam pengajaran mereka.
96
Selain daripada faktor-faktor yang disenaraikan, terdapat juga kekangan kecil yang menjadi kesukaran kepada guru untuk menerapkan TMK dalam pengajaran Matematik. Antaranya ialah, perisian komputer yang tidak mencukupi, integrasi TMK tidak menjadi keutamaan bagi pihak sekolah, serta kesukaran pihak guru untuk menghadiri latihan berkaitan kemahiran TMK Afolake & Jaleel, ; Palmer, . Disebabkan beberapa faktor yang disenaraikan di atas, maka pelaksanaan TMK dalam pengajaran Matematik menjadi tidak efektif serta kurang mendapatkan sambutan dalam kalangan guru. Berdasarkan dapatan yang dijelaskan di atas, berikut merupakan ringkasan bagi faktor yang dibahaskan dalam bab ini iaitu manfaat penerapan aplikasi TMK dalam pembelajaran Matematik serta kekangannya.
Rajah : Ringkasan manfaat dan kekangan penerapan TMK dalam pembelajaran Matematik.
PERB)NCANGAN
97
dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap konsep asas dalam matematik. Teknologi maklumat juga dibuktikan mempunyai potensi dalam menyediakan pelajar ke arah kehidupan abad Ghavifekr, et al., . Melalui kemahiran TMK, pelajar akan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran akan datang berdasarkan kefahaman mereka yang baik.
Namun begitu, sebagai pendidik perlulah sentiasa bersedia menghadapi sebarang halangan agar kekangan yang ada tidak menjadi penghalang kepada pengintegrasian TMK dalam pengajaran matematik. Pelbagai kaedah dan strategi yang perlu guru fikirkan bagi melaksanakan pengajaran yang lebih menarik dengan bantuan TMK Drew, . Pembangunan teknologi yang semakin pelbagai memudahkan guru mencari inisiatif lain untuk mendapatkan latihan ekstra berkaitan penggunaan teknologi. Selain daripada kemudahan internet, guru juga boleh menggunakan medium penyimpanan maya cloud storage sebagai insiatif lain untuk tujuan integrasi TMK dalam pengajaran.
Sebagai contoh, penggunaan aplikasi Google Apps yang mengandungi aplikasi seperti Google Slide, Google Doc, dan Google Sheets dapat digunakan oleh guru untuk tujuan pengajaran Matematik. Aplikasi ini dapat dikongsi secara atas talian melalui medium Google Drive Suzana Shaharuddin & Fariza Khalid, . Pelajar dan guru dapat berinteraksi secara langsung apabila kedua-dua pihak akses kepada internet dalam masa yang sama. Penggunaan aplikasi ini juga memudahkan guru memberi maklum balas secara terus melalui ruang komen dan nota. Selain itu, pelajar yang terlepas peluang untuk akses internet pada ketika itu, mereka tetap dapat mengikuti pembelajaran dengan melihat perubahan yang dikongsi melalui menu history. Maka dengan itu, pembelajaran dapat dilakukan di mana sahaja.
Jika nak dibandingkan dengan pembelajaran dan pengajaran tradisional, pelaksanaan teknologi terhad hanya di dalam kelas sahaja. Namun perkembangan teknologi yang semakin baik pada abad ke , telah melahirkan pelbagai peralatan pengajaran yang memudahkan guru berkongsi maklumat hanya di hujung jari. Selain aplikasi Google Drive, aplikasi lain ialah melalui Powtoon, PiktoChart, StoryBoardThat,
PresentMe, Cantasia, Prezi dan sebagainya mampu menghasilkan bahan
98
Selain itu, pihak sekolah seharusnya menyemak keperluan TMK bagi memudahkan aplikasi tersebut diterapkan dalam pengajaran guru. Sokongan teknikal sangat penting dalam mengamalkan pembelajaran seiring dengan perkembangan teknologi. Selain daripada menyediakan kemahiran teknikal kepada guru, kemudahan asas berkaitan TMK juga perlu dititikberatkan. Penyedian kemudahan teknologi yang baik oleh pihak sekolah akan meningkatkan semangat guru menerapkan penggunaan TMK dalam pengajaran mereka. Secara tidak langsung, murid akan lebih bermotivasi dan bersemangat menghadapi pembelajaran Matematik yang sarat dengan kreativiti dan perkara baru. Justeru itu, antara isu yang boleh diketengahkan dalam kajian akan datang ialah, keberkesanan penerapan pelbagai aplikasi TMK terhadap kefahaman murid. Selain itu, kemahiran guru mengenai TMK serta pedagogi pengajaran juga boleh diketengahkan sebagai membantu pihak guru mempercayai bahawa TMK dapat menjadi pemudah cara dalam pengajaran serta sebagai penyuntik semangat kepada murid. Minat dan motivasi murid terhadap pembelajaran akan bertambah sekiranya kaedah pengajaran guru tidak membosankan serta memberi input menarik setiap kali proses pembelajaran berlaku. Kajian lanjut mengenai persepsi murid terhadap pembelajaran Matematik berbantukan komputer juga disaran untuk dijalankan agar pihak guru mengetahui perisian komputer atau teknologi yang bersesuai untuk diadaptasi dalam proses pengajaran matematik di sekolah.
KES)MPULAN
Berdasarkan sintesis daripada kajian literatur yang terpilih, didapati manfaat penerapan TMK dalam pengajaran Matematik ialah; menarik minat murid terhadap tajuk pembelajaran dalam Matematik, peningkatan prestasi murid, menggalakan pembelajaran sepanjang hayat, berlaku hubungan interaktif yang positif dan seterusnya menyokong pembelajaran konstruktivisme. Walaubagaimanapun, beberapa kekangan dihadapi oleh guru Matematik semasa proses pengajaran yang melibatkan TMK. Kekangan yang dikenal pasti ialah guru kurang pengetahuan mengenai teknologi, latihan dan peluang pelajari TMK yang minima, serta sokongan teknikal yang terhad.
99
untuk menerapkan elemen TMK dalam pengajaran. (al ini supaya dapat mengekalkan perubahan dan persepsi positif daripada murid mengenai pembelajaran Matematik. Pihak guru juga disarankan berusaha menjalankan penerokaan tersendiri bagi mengetahui aplikasi teknologi terkini dan bersesuaian yang dapat diintegrasikan dalam proses pembelajaran Matematik.
RUJUKAN
Abramovich, S. . Revisiting mathematical problem solving and posing in the digital era : Toward pedagogically sound uses of modern technology. )nternational Journal of Mathematical
Education in Science and Technology, , – .
Afolake, N., & Abdul Jaleel. . Evaluating the )mpact of Technology )ntegration in Teaching and Learning. The Malaysian Online Journal
of Educational Technology, , – .
Condie, R., & Munro, B. . The )mpact of )CT in Schools – A Landscape Review. L. Seagraves & S. Kenesson, Eds. . University of Strathclyde, UK: Becta Research.
Drew Polly. . Examining Teachers Enactment of Technological Pedagogical and Content Knowledge TPACK in their Math Teaching after Technology Professional Development. Journal of Computers in Mathematics and Science , - .
Gabare, C., Gabarre, S., Rosseni Din, Parilah Mohd Shah, & Aidah Abdul Karim. . iPads in the foreign language classroom : A learner s perspective. The Southeast Asian Journal of English Language
Studies, , – .
Ghavifekr, S., Ahmad Zabidi Abd Razak, Muhammad Faizal A.Ghani, Ran, N. Y., Meixi, Y., & Tengyue, Z. . )CT )ntegration )n Education : )ncorporation for Teaching & Learning )mprovement. The Malaysian
Online Journal of Educational Technology, , – .
(anim Sulaiman, & (airulniza Zakaria. . Pembangunan Perisian Pembelajaran Berpandukan Komputer PBK Bagi Tajuk Pecahan Tingkatan Satu Berdasarkan Model Pembelajaran ASSURE. Jurnal
100
Kaware, S. S. . )nternational Journal of Multidisciplinary Approach and Studies, .
Keong, C. C., Sharaf (orani, & Daniel, J. . A Study on The Use of )CT in Mathematics Teaching. Malaysian Online Journal of )nstuctional
Technology MOJ)T , , –
KPM. . Laporan Awal - Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia - .
Neurath, R. A., & Stephens, L. J. . Classroom notes: The effect of using Microsoft Excel in a high school algebra class. )nternational Journal of Mathematical Education in Science and Technology, 7 ,
– .
Ng M.Y, . Pembangunan Perisian pengajaran-pembelajaran Berbantukan Komputer PPBK ; Arithmetic Progression untuk Matematik Tambahan Tingkatan )V & V, Universiti Kebangsaan Malaysia
.Norazrena, & Khairul Anuar. . Pengaplikasian Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan Terhadap Pelajar Pendidikan Khas. )n Bahan
Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Komputer pp. – .
Nur Qistina, & (azman Ali. . Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi )CT dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan. Universiti Teknologi Malaysia.
Palmer, C. . Using )CT in Mathematics (elping or not? )n
Mathematics Teaching pp. – . Association of Teachers of
Mathematics.
Ramli Bahroom, Latifah Abdol Latif, Noor Azina )smail, & Nik Najib Nik Abd Rahman. . The impact of Learning Skills for Open and Distance Learners Course on Learner Attitudes Towards E-learning.
)n Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 9, Langkawi pp. –
.
Rohani Ahmad. . Pengetahuan, Sikap, & Kemahiran )CT di kalangan Guru-guru Matematik Sekolah menengah Negeri Pahang, Universiti Kebangsaan Malaysia.
101
to Teach about Algebraic Forms : A Study of Technology-Supported Practice in Secondary-School Mathematics. Educational Studies in
Mathematics, 7 , – .
Suzana Shaharuddin, & Fariza Khalid. . Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Perisian Google - Satu Analisis Kajian Lepas. )n Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat: )mpaknya ke
atas Penyelidikan dalam Pendidikan Vol. , pp. – .
Wan Mohd Rosdi. . Penerapan Teknologi dalam Pendidikan. )n MAMPU Ed. , Kolokium )CT dalam Pendidikan : Kepimpinan
Pengurusan )CT dalam Pendidikan Abad ke- . )nstitut Aminuddin
Baki.
Cara Menulis Rujukan Bab 6 :
Nur Afiqah Zakaria & Khalid, F. (2016). Manfaat Penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pembelajaran Matematik serta Kekangannya. Dalam Nabilah Othman, Chiang Wei Luan & Nurul Syaida Md Zuki. (Editor)., Pendidikan Abad ke-21: Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Cabarannya. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.