• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesan kesan pengaruh Islam dalam Tamadun

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kesan kesan pengaruh Islam dalam Tamadun"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

Kesan-kesan pengaruh Islam

dalam Tamadun Melayu dari aspek

sosial budaya

(

MPU3123

Tamadun Islam dan Tamadun Asia.)

Pensyarah :

Cik Noor Syamimi Ishak.

Nama

:

Norain Binti Jamaluddin

No. Pelajar :

201411040016

(2)

Assignment Coversheet

The Business School

_________________________________________________________________________________________________

STUDENT INFORMATION

Instruction for submission are found in the unit description. Assignments with Cover Sheets not signed at the bottom will be returned unmarked and may then incur a penalty for late submission.

ASSESSMENT INFORMATION

UNIT NAME Tamadun Islam dan Tamadun

Asia UNIT CODE MPU3123

ASSIGNMENT

DETAILS (title) Kesan-kesan pengaruh Islam dalam Tamadun Melayu dari aspek sosial budaya LECTURER /

TUTOR’S NAME Cik Noor Syamimi Ishak CAMPUS

CITY UNIVERSITY COLLEGE of SCIENCE & TECHNOLOGY, MALAYSIA

DUE DATE 25 June 2016 SUBMITTED DATE 25 June 2016

PLAGIARISM

The School of Business and the University regards as a very serious matter the action of a student who acts dishonestly or improperly, including plagiarism or cheating, in connection with his or her academic work. Under University Regulation

6.1.1 “Plagiarism” is defined as “ … the presentation of the works of another person / other persons as though they are one’s own by failing to properly acknowledge that person / those persons”. Plagiarism may take many forms including :

 Direct copying of sentences, paragraphs or other extracts from someone else’s published work (including on the

internet and in software) without acknowledging the source;

 Paraphrasing someone else’s words without acknowledging the source;

 Using facts, information, ideas, concepts or diagrams derived from a source without acknowledging them;

 Producing assignments which should be the student’s own independent work, in unauthorized collaboration with and/or using the work of other people (e.g. a student or tutor, or working in pairs or groups and producing similar assignments on individual assessment task)

 Not referencing accurately (e.g. not citing correctly the work you have actually read)

OTHER UNACCEPTABLE BEHAVIOUR

 Stealing and later using other students’ work (e.g. taking discs, picking up other’s marked assignment)

 Recycling your own work / assignments or “double dipping” (e.g. re-submitting whole or significant parts of assignments across units, across years or across courses)

 Assisting plagiarism – which may involve a student lending work (or by posting it on the internet for sale) which is intended for submission for assessment, or which has already been submitted, so that it can be copied in part or whole and handed in by another student as that student’s work.

 Students are warned against making assignments etc. available to others, as they then could be regarded as a contributor to plagiarism and may be penalized as if they themselves had committed an act of plagiarism.

Students are expected to be proficient with referencing and must always acknowledge any sources for work that is not their own. Inadequate referencing of cited materials is considered to be plagiarism. Details of referencing can be found on the following University web address : www.city.edu.my.

Student’s Statement

I have read and understood the information provided on this assignment cover sheet relating to plagiarism and other unacceptable behavior and therefore declare that the attached work is entirely my own, except where work quoted is duly acknowledged in the text, and that this work has not been submitted for assessment in any other unit or course.

Signature Date 25 June 2016

STUDENT NO.

201411040016 SURNAME

PHONE NO.

0133499112 GIVEN NAME Norain Binti Jamaluddin

EMAIL

(3)

KANDUNGAN

1. Penghargaan 1

2. Pendahuluan 2

3. Bincangkan ciri-ciri tamadun 4 - 6

4. Jelaskan faktor-faktor keruntuhan sesebuah tamadun 7 – 9

5. Bincangkan ciri-ciri keistimewaan tamadun Islam 9 - 11

6. Terangkan secara ringkas faktor-faktor kelahiran dan kemerosotan 12 - 14

tamadun Islam

7. Nyatakan lima (5) prinsip utama dalam agama Hindu 15

8. Senaraikan Lapan Jalan Mulia 16

9. Bincangkan sistem kepercayaan dan agama dalam tamadun China 16 - 19

10.Kesimpulan 20

(4)

PENGHARGAAN

Selamat Sejahtera.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah

tercinta, Cik Noor Syamimi Ishak kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya

membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya

yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka

telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai

saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi

peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab

setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara

lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.

(5)

PENDAHULUAN

Berdasarkan kajian sejarah mendapati Islam telah bertapak dan berkembang di Tanah

Melayu sejak sekian lama. Pelbagai teori dan hujah telah dikemukakan oleh sarjana-sarjana

tempatan dan Barat berhubung tarikh kedatangan awal Islam di Tanah Melayu. Namun yang

penting Islam telah bertapak di beberapa buah negeri dan diterima baik oleh masyarakat Melayu.

Islam dikatakan mula berkembang apabila kerajaan Melayu Melaka bertindak menyebarluas

pengaruh Islam di seluruh Tanah Melayu.

Kedatangan Islam telah membawa suatu pembaharuan kepada kehidupan masyarakat

Melayu yang sama sekali berbeza dengan sebelumnya iaitu terbentuknya suatu peradaban baru

berteraskan Islam. Pengaruh Islam bukan sahaja berjaya merubah kepercayaan tetapi juga

(6)

Tugasan 1

BINCANGKAN CIRI-CIRI TAMADUN

Menurut Edward L. Farmer dalam bukunya Comparative History of Civilization in Asia

menggariskan tujuh ciri utama tamadun seperti gambar rajah

dibawah:-Secara ringkasnya, berikut adalah beberapa elemen asas yang memainkan peranan penting dalam

proses pembentukan sesebuah tamadun. Antara elemen-elemen tersebut adalah seperti berikut:

(7)

2. Jangka hayat penghidupan yang stabil dan agak panjang.

3. Terdapat sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, ekonomi, sosialisasi dan

pendidikan yang teratur dan sistematik.

4. Wujud satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan sistem tulisan tersendiri yang

menjadi alat komunikasi ilmu.

5. Wujud undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal perlakuan dan

tindak-tanduk anggota masyarakatnya.

6. Peningkatan daya kekreatifan dalam bidang seni, sastera, falsafah dan lain-lain.

7. Terdapat pelbagai penciptaan sains dan teknologi.

Ini adalah antara ciri-ciri yang wujud dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai kehidupan

bertamadun. Ketiadaan ciri-ciri ini menjadikan sesebuah masyarakat tidak bertamadun dan

mundur.

Ciri tamadun awal dunia ialah mempunyai petempatan kekal. Penduduk nomad mula hidup

menetap di kawasan lembah sungai yang subur. Mereka membina petempatan kekal di situ

supaya dapat menjamin kelangsungan bekalan makanan. Mereka menjalankan aktiviti bercucuk

tamam. Kawasan lembah sungai yang menjadi pusat petempatan kekal ialah di lembah sungai

Tigris dan Euphrates, di lembah sungai Nil, lembah Indus serta lembah Hwang Ho.

Ciri yang kedua ialah mempunyai sistem organisasi sosial. Lebihan bekalan makanan

(8)

wujudnya susun lapis dalam masyarakat. Masyarakat tamadun awal mempunyai dua susun lapis

utama iaitu lapisan atasan dan lapisan bawahan. Lapisan terdiri daripada raja dan bangsawan.

Lapisan bawahan pula terdiri daripada golongan rakyat dan hamba.

Ciri yang ketiga ialah mempunyai sistem pemerintahan. Sistem pemerintahan diterajui oleh

raja. Raja mempunyai kuasa mutlak. Raja berkuasa di peringkat pusat. Raja dibantu oleh

golongan bangsawan dan pendeta. Bangsawan dilantik menjadi pentadbir wilayah. Pendeta

diberi kuasa menjalankan urusan keagamaan. Undang-undang diwujudkan untuk melicinkan

pentadbiran.

Ciri yang keempat ialah mempynyai pengkhususan pekerjaan. Penduduk yang ramai

menyebabkan wujudnya pelbagai keperluan. Ada yang memerlukan tukang untuk membina

tempat tinggal dan ada yang memerlukan artisan untuk menghasilkan barang keperluan dan

perhiasan. Oleh itu, wujudlah pelbagai jenis pekerjaan seperti petani, tukang, artisan, tentera dan

sebagainya.

Ciri yang kelima ialah mempunyai agama dan kepercayaan. Masyarakat dalam tamadun

awal mempercayai animisme. Mereka mempercayai bahawa setiap unsur alam dikawal oleh

semangat. Semangat tersebut boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada manusia.

Oleh itu, mereka memuja semangat supaya memberikan kebaikan kepada mereka. Masyarakat

tamadun awal juga mempercayai politeisme iaitu mempercayai wujudnya banyak tuhan. Mereka

mempercayai tuhan bulan, tuhan matahari, tuhan ibu, tuhan sungai dan sebagainya.

Ciri yang keenam ialah mempunyai bahasa dan tulisan. Bahasa digunakan untuk berhubung

(9)

doa, menulis surat kredit, menulis undang-undang dan lain-lain. Contoh tulisan tamadun awal

ialah hieroglif, cuneiform, ideogram dan piktograf.

JELASKAN FAKTOR-FAKTOR KERUNTUHAN SESEBUAH TAMADUN

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan keruntuhan sesebuah tamadun. Faktor

yang pertama adalah ketidakadilan dan berbezaan jurang. Hal ketidakadilan ini berlaku akibat

terdapat jurang perbezaan yang ketara antara golongan kaya dengan miskin. Sebagai contoh,

pada zaman pemerintahan raja-raja Greek awal, terdapat ramai golongan hamba abdi yang hidup

miskin dan melarat sedangkan golongan kaya hidup dalam kekayaan. Di mana, golongan miskin

tidak mempunyai hak untuk mengundi malah ditindas dan diperah tenaganya untuk

mengusahakan tanah orang kaya. Akibat dari ketidakadilan yang dilakukan oleh golongan atasan

maka tercetus perasaan tidak puas hati dan pemberontakan dan rusushan orang bawahan. Mereka

menuntut pembaharuan dari segi ekonomi terutama mengenai tanah, namun desakan mereka

(10)

Faktor yang seterusnya adalah penindasan dan kezaliman. Penindasan dan kezaliman

berleluasa sehingga persoalan hak-hak kemanusiaan diketepikan. Kehidupan bertamadun sudah

tidak bermakna lagi apabila sistem ketatanegaraan dan perundangan tidak dihormati malah

dicabuli sewenang-wenangnya. Sebagai contoh, semasa era pemerintahan Dinasti Sui (589 –

618) Maharaja Yang Ti (604 – 617) telah mengabaikan tanggungjawab serta bertindak kejam ke

atas rakyatnya. Tindakan beliau yang memaksa rakyat, membina istana-istana raja dan terusan

membawa rasa tidak puas hati rakyat. Akhirya, golongan petani bangkit memberontak dan

menjatuhkan dinasti tersebut.

Faktor seterunya ialah keruntuhan nilai moral dan nilai masyarakat. Keruntuhan moral

dan nilai berlaku dalam masyarakat terutamanya dalam kalangan pemimpin yang menandakan

musnahnya penghayatan terhadap budi pekerti yang murni dan mulia. Berdasarkan sejarah

kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi dan tamadun Islam boleh dikaitkan dengan

keruntuhan moral dan nilai terutama dalam kalangan pemimpin. Dalam pemerintahan kerajaan

Bani Abbasiyyah, perpecahan berlaku dalam kalangan puak Syi’ah dan Sunni kerana semangat

perkauman yang sempit. Malah wujud dikalangan pemimpin mereka yang tidak berakhlak mulia

seperti suka berfoya-foya, zalim, tamak kuasa dan sebagainya. Nilai-nilai yang tidak sihat

dikalangan pemimpin ini telah menyebabkan keadaan politik menjadi tidak stabil dan

menyebabkan keruntuhan kerajaan.

Faktor yang seterusnya ialah sikap tertutup dari menerima perubahan ataupun jumud.

Wujudnya sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi perubahan

teknologi serta perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial. Dalam sejarah, dapat

(11)

tertutup yang tidak mahu menerima perubahan teknologi dan sosial. Begitu juga yang berlaku

kepada tamadun China yang enggan menerima perubahan dari Barat menyebabkan kerajaan

China semakin merosot dan lemah walaupun pelbagai usaha telah dijalankan.

Faktor malapetaka dan bencana alam juga salah satu punca menyebabkan merosotan

sesbuah tamadun. Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang merosakkan secara

besar-besaran. Namun, faktor ini adalah diluar kawalan manusia untuk mnghalang ia dari berlaku.

Misalnya wabak penyakit yang dasyat telah merebak ke seluruh bandar Athens dan telah

mengakibatkan kematian dan kemusnahan sehingga melemahkan semangat penduduk Athens

pada sekitar 429 S.M. Pericles yang dianggap pemerintah yang berkebolehan telah menjadi

mangsa wabak penyakit tersebut termasuk ramai pembesar-pembesar yang telah membuat

banyak perubahan kepada Athens sendiri.

Tugasan 2

(12)

Tamadun Islam mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri kerana ciri-ciri dan sumber

tamadun Islam adalah berbeza daripada tamadun-tamadun lain yang wujud sepanjang sejarah

ketamadunan manusia. Pada asasnya tamadun Islam mempunyai ciri-ciri universal yang dimiliki oleh

tamadun lain di dunia. Namun begitu tamadun Islam turut memiliki ciri-ciri khusus yang memberikan

warnanya yang tersendiri dan membezakannya daripada tamadun-tamadun lain. Tamadun Islam juga turut

berkongsi beberapa aspek persamaan dengan tamadun-tamadun lain. Antara ciri-ciri universal tamadun

Islam adalah seperti berikut:

Ciri-ciri yang dinyatakan di atas adalah ciri-ciri universal yang ada pada semua tamadun di dunia ini.

Walaupun tamadun Islam telah mencapai kemajuan yang amat pesat dalam pelbagai bidang termasuk

sains dan teknologi, bahasa, seni, geografi, sejarah, politik, ekonomi, pendidikan, sastera dan lain-lain

lagi, namum kemajuan ini adalah hasil tamadun Islam menerima pakai pencapaian tamadun lain serta

turut berkongsi pencapaiannya dengan tamadun lain. Sungguhpun begitu, tamadun Islam juga ada ciri-ciri

khusus yang membezakannya daripada tamadun lain.

(13)

a. Tamadun Islam bersifat kewahyuan.

b. Al-Qur’an dan Al-Sunnah menjadi rujukan utama tamadun Islam.

c. Tamadun Islam mengimbangi antara kehidupan di dunia dan di akhirat.

d. Tamadun Islam mempunyai kesepaduan antara jasmani dan rohani.

Ciri tamadun islam adalah bersifat Rabbani iaitu berlandaskan nilai-nilai keagamaan dan

ketuhan, sifat keagamaan yang diterapkan merupakan matlamat utama untuk melaksana perintah

Allah S.W.T. Dari segi kesempurnaan dan keseimbangan, ia diantara kerohanian dan kebendaan

serta antara kepentingan individu dan masyarakat. Tamadun islam bersesuaian dengan fitrah

manusia di mana ia tidak melawan sifat fitrah dan tabii kemanusiaan. Ia juga bersifat lebih

terbuka dan bukan memonopoli sesebuah kaum tetapi merupakan milik semua penganut yang

beragama islam. Ciri-cirinya pula tetap dan tidak berubah-ubah dan tidak boleh diubah

berpandukan unsur rohaniah yang bersumberkan wahyu.

Dengan memiliki ciri-ciri khusus ini, tamadun Islam boleh dianggap sebagai tamadun yang

tersendiri. Ia begitu berbeza dari segi sifat, sumber, skop dan skala masa dengan tamadun lain

(14)

TERANGKAN SECARA RINGKAS FAKTOR-FAKTOR KELAHIRAN DAN KEMEROSOTAN TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam bersifat kewahyuan. Sumber tamadun Islam berpaksikan wahyu yang

terdapat dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Kedua-dua sumber naqli ini sangat penting kerana

berfungsi sebagai pencetus asas-asas binaan tamadun Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak.

Tamadun Islam adalah unik dan istimewa kerana ia bukan lahir serta berkembang mekar

daripada cetusan idea, budaya dan dorongan hawa nafsu manusia tetapi tamadun Islam dinaungi

dan disuluhi di bawah petunjuk dan pedoman al-Qur’an dan al-Sunnah yang merupakan wahyu

Allah s.w.t.

Al-Qur’an dan al-Sunnah juga tidak dapat dipisahkan daripada tamadun Islam kerana

(15)

alam. Namun begitu, tamadun Islam tidak menolak sumber yang berpandukan akal dan inisiatif

manusia yang dikenali sebagai sumber aqli. Dalam konteks ini, tamadun Islam sangat unik dan

istimewa kerana ia adalah satu-satunya tamadun di muka bumi yang berjaya mengharmonikan

sumber material dan spiritual secara seimbang dan bersepadu sesuai dengan ajaran Islam yang

menekankan kehidupan material dan spiritual, dunia dan akhirat. Pendek kata, sumber tamadun

Islam yang asasi iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah menjadikan tamadun Islam mempunyai makna,

ciri-ciri serta keistimewaan yang tersendiri.

Antara faktor kelahiran tamadun islam ialah pemerintah yang bijaksana dan bertaqwa,

keadilan yang menyeluruh, kedudukan yang strategik, keterbukaan kepada tamadun yang lain,

kegiatan keilmuan yang meluas, keyakinan terhadap ajaran islam.

Antara faktor kemerosotan tamadun islam ialah penjajahan dari Barat. Apabila penjahan

Barat tiba dibumi tamadun islam, ia dilanda dengan sifat kebekuan ataupun jumud. Terutamanya

dari aspek pemikiran dan juga memiliki sifat kejahilan. Islam juga tidak lagi dijadikan sebagai

suatu cara hidup bagi masyarakat. Masyarakat sering terdedah kepada serangan pemikiran dan

fizikal.

Sistem pengajaran dan pendidikan yang diterapkan mula berubah kearah kebaratan. Di

mana, pedidikan merupakan saluran utama bagi umat islam mempelajari cara hidup islam.

Namun, kedatangan Barat merubah moral umat islam. Banyak istitut pendidikan berasaskan

Barat ditubuhkan dan telah mempengaruhi sistem pendidikan islam secara moralnya. Ini

menyebabkan masyarakat islam semakin jauh dari ajaran islam. Hasil pendidikan barat ini,

lahirlah golongan masyarakat muslim yang lebih mengagumi tamadun barat.

Apabila datangnya pengaruh baru yang membawa kepada serangan sosial, maka

(16)

Shawqi (1868 –1932) dalam syairnya, “sesunguhnya, tertegaknya sesubuah umat itu adalah

disebabkan ketinggian akhlaknya, sekiranya akhlak mereka hilang, maka umat tersebut akan

lenyap”. Sebagai contoh, faktor kemerosotan kerajaan Abbasiyah dimana kemerosotan berlaku

akibat pemerintahannya yang lemah. Pemerintah ketika itu ialah Al Wasiq, tidak melakukan

sebarang pembaharuan. Beliau hanya bergantung kepada pegawai-pegawai turki yang mentadbir

negara. Saudara Al Wasiq iaiatu Al Mutawakkil mengambil alih pemerintahan dan cuba untuk

mengembalikan kegemilangan pentadbiran khalifah tanpa campur tangan pegawai berbangsa

Turki & Parsi. Namun usaha beliau tidak dapat diteruskan akibat pengaruh Turki & Parsi yang

begitu kuat menguasai percaturan politik kerajaan Abbasiyah.

Pada akhir kurun ke 9 masihi, kuasa khalifah semakin terbatas. Banyak jawatan-jawatan

penting disandang oleh bangsa Turki & Parsi dan ia mula membentuk kerajaan dan pengaruh

sendiri dan bermulalah perpecahan wilayah dibawah pemerintahan kerajaan Abbasiyah. Selain

itu, perebutan kuasa sebagai khalifah diantara putera-putera al Mutawakkil menyebabkan

kelemahan pentadbiran kerajaan tersebut. Maka telah berlakulah zaman kegawatan ekonomi

yang mana sering mencetuskan rusuhan dan pemberontakan yang mengganggu perkembangan

ekonomi kerajaan Abbasiyah di akhir kegemilangannya. Para pedagang tidak lagi berkunjung ke

Baghdad menyebabkan dana yang tersimpan di Baitul Mal semakin merosot berbanding

peruntukan yang dikeluarkan.

Faktor perselisihan aliran fahaman keagamaan menyebabkan pemberontak dari golongan

Syiah dan Khawarij sering mengganggu pentadbiran kerajaan Abbasiyah. Ini disebabkan oleh

pendapat mereka bahawa jawatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin kumpulan

(17)

salah satu punca ramai pejuang islam yang terkorban. Berikutan itu, pentadbiran pusat di

Baghdad tidak dapat memainkan peranan.

Tugasan 3

NYATAKAN LIMA (5) PRINSIP UTAMA DALAM AGAMA HINDU

Agama merupakan kepercayaan kepada tuhan serta segala sesuatu yang bersangkut-paut dengan itu.

Sembahyang, beryadnya, berbuat kebajikan adalah agama. Agama Hindu atau Hinduisme meruakan

agama yang diamalkan oleh orang india yang bersifat secara semulajadi. Ia tidak mempunyai

pengasas dan tidak memiliki institusi agama yang bersifat pusat. Nama asalnya ialah Sanata Dharma

beerti prinsip ataupun peraturan kerohanian yang kekal abadi. Bukti kewujudan agama ini yang

terawal ditemui dalam lembah sungai Indus berusia lebih kurang 4000 tahun. Penemuan

patung-patung, objek shiva linga dan kolam mandi. Terdapat lima prinsip utama dalam agama Hindu iaitu:

1. Kuwujudan Tuhan yang tunggal

2. Manusia itu suci

3. Perpaduan melalui percintaan

4. Harmoni agama, dan

(18)

SENARAIKAN LAPAN JALAN MULIA

Lapan jalan yang mulia adalah seperti pandangan yang betul, aspirasi yang betul, pertuturan yang betul,

kelakuan yang betul, kehidupan yang betul, usaha yang betul, minda yang betul dan konsentrasi yang

betul.

Tugasan 4

(19)

Kepercayaan Alam Sekitar :

Kepercayaan kepada bencana alam seperti kemarau, banjir, serangan belalang dan bawaan penyakit

adalah ketentuan tuhan. Ini menyebabkan mereka menyembah alam sekitar seperti matahari, bulan,

bintang, bumi dan sebagainya yang dianggap mempu mengubah sesuatu keadaan. Contohnya masyarakat

Lembah Hwang Ho iaitu Shang Ti menyembah alam sekitar.

Kepercayaan kepada penyembahan roh nenek moyang :

Kepercayaan terhadap nenek moyang mempunyai pengaruh dalam kehidupan seharian. Amalan pemujaan

dilakukan agar roh nenek moyang mereka masih mempunyai pengaruh ke atas kehidupan mereka atau

kehidupan masa hadapan mereka. Mereka juga memohon pertolongan nenek moyang melalui ramalan

menerusi pendeta cina dengan menggunakan tulang nujumyang ditulis dengan pelbagai soalan,

dihempaskan dan garisan-garisan yang pecah tersebut akan dibuat ramalan, contoh masyarakat Shang dan

Maharaja Shang mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang yang memerintah syurga dan

menjalankan upacara pengorbanan untuk memuja semangat roh nenek moyang yang diketuai oleh bomoh.

Antara yang dikorbankan iaitu kambing, babi, lembu, anjing, manusia dan tawanan musuh.

Kepercayaan kepada Anak Syurga :

Kepercayaan kepada anak syurga adalah untuk mengesahkan pemerintahan sesebuah dinasti. Is

dilakukan dengan menonjolkan unsur suci dan sakti yang mampu menarik keyakinan dan ketaatan rakyat

kepada pemerintah tersebut. Anak syurga dianggap sebagai perantara antara bumi dengan syurga. Contoh

Dinasti Chou mengamalkan kepercayaan tersebut untuk mengukuhkan kedudukan pemerintah Dinasti

(20)

Kepercayaan kepada dewa :

Kepercayaan terhadap dewa dipercayai dapat membantu mengawal dan meningkatkan hasil tanaman

kerana mereka percaya bahawa semua dewa berada di syurga dan mempunyai kuasa menolong manusia

di dunia untuk berbuat baik atau jahat. Contohnya masyarakat Shang turut menyembah ‘Dewa Biji-bijian’

Agama Buddha :

Kedatangan ajaran Buddha semasa Dinasti Han oleh pemerintah Maharaja Ming Ti. Agama Buddha

mendapat tempat di hati rakyat ketika dilanda masalah peperangan dan perpecahan. Ia dibawa masuk dari

Sri Lanka.

Ajaran Confuciusnisme :

Ia bermula semasa Dinasti Chou yang dibawa oleh Confucius pada 551 SM. Pada asalnya beliau adalah

seorang pegawai dalam kerajaan Lu tetapi telah meletak jawatan dan mengembara untuk menyebarkan

idea dan fahaman tersebut. Akhirnya, fahaman tersebut diterima dan beliau dianggap seorang dewa serta

disembah. Ajaran Confucius menekankan bahawa seorang pemimpin perlu menitikberatkan soal moral

maka pemerintah tersebut akan diiktiraf oleh rakyat dan negara tersebut tidak memerlukan

undang-undang. Ajaran ini berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi sebuah agama. Ia turut menekankan

konsep Jen iaitu perikemanusiaan kepada diri sendiri dan orang lain. Jen pula mengutamakan lima

kebaikan iaitu berbudi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan bersifat baik. Ajaran ini

(21)

Ajaran Toisme :

Diasaskan oleh Loazi dan Chuang Tzu adalah satu jalan atau cara untuk mencapai keharmonian dengan

alam semesta. Ia menekankan keamanan dan keharmonian akan dapat dicapai sekiranya manusia tidak

mengikut hawa nafsu untuk mencapai materialistik dan mengasingkan diri daripada kegiatan duniawi

serta apa sahaja yang merugikan dengan cara meditasi. Buku utama ajaran ini ialah ‘Tao Te Ching’.

Setiap tindakan ditentukan oleh Tao dan sekiranya ingkar dunia akan rosak. Ia juga menekankan

kehidupan secara sederhana dan manusia perlu bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Ajaran ini

(22)

Kesimpulan :

Kepercayaan dan agama berperanan penting dalam perkembangan semua tamadun termasuklah tamadun

islam,tamadun China dan lain-lain, dimulai dengan kepercayaan alam sekitar, roh nenek moyang,

fahaman dan bertukar kepada bentuk agama. Agama dan kepercayaan berkait rapat dengan sistem

(23)

Rujukan

1. https://www.openlearning.com/courses/tamadunislamtamadunasia

2. https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/konsep-dan-pengertian-tamadun/

3. https://www.scribd.com/doc/79061346/Jalan-Lapan-Lapis-Mulia

Gambar

gambar rajah

Referensi

Dokumen terkait

Pada biaya variabel ini akan memberikan data-data awal yang berpengaruh pada kelayakan suatu investasi, adapun biaya variabel pada investasi perkebunan kelapa

dengan metode kolom penukar anion masih perlu dilakukan penelitian lebih lanjut terutama aspek pengukuran radioaktifitas dan parameter yang digunakan dalam proses, agar

Factor  lingkungan sosial juga dapat berperan dalam pengaruh emosional seseorang yang diantaranya pengaruh teman pergaulan, dan apabila teman pergaulannya dan

Berdasarkan tabel 4.2, nilai-nilai yang ada diberikan untuk variabel- variabel pada motor DC.Untuk memudahkan pemanggilan variabel, maka semua nilai dan variabel di atas

Setelah membandingkan keempat jalur distribusi berdasarkan jarak dan waktu tempuh, kapasitas kosong setiap truk, kebutuhan bahan baku setiap hari yang didistribusikan oleh

Urine normal berwarna jernih transparan berwarna kuning muda dan urine kuning pekat biasanya tidak normal atau terindikasi dehidrasi berat, akan tetapi masyarakat

Berdasarkan hasil pembahasan yang telah diuraikan di atas, maka dapat disimpulkan bahwa hasil implementasi pembelajaran dengan menggunakan model pembelajaran

nasional. 5) Dalam pengukuran yang dilakukan untuk pembuatan peta dasar. pendaftaran dimaksud pada ayat 1, selain