BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU3073)
Ringkasan Tugasan Terapi Bercerita
Pensyarah Pembimbing
1. Encik Mohd Said Julpin
2. Encik Mohd Fauzi Azraii
Ahli Kumpulan
1. Lau Siew Yen
2. Hazuriana binti Hajmi
3. Samsiah binti Mohd Arif
4. Kasmawaty binti Narawi
Matlamat
Membantu klien memikir atau meneroka alternatif bagi menyelesaiakan masalahnya.
Latar Belakang Klien
Terdiri daripada murid-murid tahun 4 yang mempunyai masalah kurang keyakinan diri.
Masa dan Tempat
Masa
:
9.30 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat
:
Bilik Bimbingan dan Kaunseling
Langkah 1
Pengenalan daripada kaunselor
Langkah 2
a. Kaunselor mula bercerita
Kriteria:
Tema:
mengandungi nilai moral yang murni.
Isi:
menarik dan perkataan yang dipilih sesuai dengan pengalaman klien atau
kanak-kanak yang memerlukan bimbingan
Jalan cerita:
PELAJARAN SANG KODOK
Sekelompok kodok sedang berjalan-jalan melintasi hutan,dan dua di antara kodok tersebut jatuh ke dalam sebuah lubang. Semua kodok-kodok yang lain mengelilingi lubang tersebut. Ketika melihat betapa dalamnya lubang tersebut, mereka berkata kepada kedua-dua kodok tersebut bahawa mereka lebih baik mati. Kedua-dua kodok tersebut tidak menghiraukan kata-kata itu dan mencuba melompat keluar dari lubang itu dengan segala kemampuan yang ada. Kodok yang lainnya tetap mengatakan agar mereka berhenti melompat dan lebih baik mati.
Akhirnya, salah satu dari kodok yang ada di lubang itu mendengarkan kata-kata kodok yang lain dan menyerah. Dia terjatuh dan mati. Sedang kodok yang satunya tetap meneruskan untuk melompat sedapat mungkin. Sekali lagi kerumunan kodok-kodok tersebut berteriak padanya agar berhenti berusaha dan mati saja. Dia bahkan berusaha lebih kuat dan akhirnya berhasil.