• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENDEKATAN KAUNSELING ISLAM UNTUK MENANG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENDEKATAN KAUNSELING ISLAM UNTUK MENANG"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

Roslee Ahmad, Mohamed Sharif Mustaffa &

Sulaiman Shakib Mohd Noor

Universiti Teknologi Malaysia Ahmad Jazimin Jusoh

Universiti Perguruan Sultan Idris

Abstrak

Kertas kerja ini berbentuk kertas konsep pemikiran tentang masalah remaja yang mencemaskan masa kini yang berkaitan dengan kerohanian iaitu tingkah laku seksual. Statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Jabatan Agama Johor (JAJ) membuktikan bangsa Melayu dan beragama Islam paling ramai ditangkap dalam kesalahan juvana dan tingkah laku seksual. Penyelidik menimbulkan persoalan apabila Pendekatan Kaunseling Barat yang popular diamalkan masa kini dilihat tidak sesuai untuk

menanggani masalah kerohanian pelajar apabila menyentuh aspek agama dan budaya. Justeru itu, penyelidik berpandangan sudah tiba masanya Pendekatan Kaunseling Islam perlu diperkenalkan sebagai suatu pendekatan alternatif untuk menangani kes yang melibatkan masalah kerohanian khususnya tingkah laku seksual. Ini ditambah dengan sumber Pendekatan Kaunseling Islam berteraskan Al Quran dan Al Sunnah dan Islam merupakan agama yang sesuai untuk merawat apa juga masalah kerohanian manusia tanpa mengira bangsa, agama, masa dan tempat. Di harap, Pendekatan Kaunseling Islam dapat digunakan sebagai pendekatan kaunseling alternatif, khususnya kepada kaunselor Islam apabila menghadapi kebuntuan untuk menanggani klien yang mengalami masalah kerohanian.

1.0 Pengenalan

Langkah Perdana Menteri melancarkan program ‘satu keluarga, satu kaunselor’ pada 4 Februari 2007 menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mencerminkan betapa seriusnya gejala sosial yang melanda golongan muda mudi masa kini. Antara masalah itu ialah ‘Mat Rempit’, penagihan dadah, gejala ponteng Kertas kerja ini dibentangkan di International Seminar On Islamic Science And

(2)

sekolah, tingkah laku seksual, lepak dan sebagainya. Kebimbangan yang sama disuarakan (Siti Hasmah, 1992; Ibrahim, 1997 dan Nurul Ain dalam Md Noor, 2006) terhadap

masalah gejala sosial yang melanda golongan remaja dan belia pada beberapa tahun yang lalu seperti melepak, rempit, bohsia, bohjan, pelayan kelab (GRO), mengambil arak,

penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Di samping itu, terdapat juga sesetengah

golongan remaja yang turut mempunyai akhlak dan peribadi yang rendah seperti biadap dan kurang ajar kepada guru, ibu bapa dan penjaga.

Fatwa muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bahagian Hal Ehwal Agama Islam ke 39 pada 21 September 1995 yang dikeluarkan Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan garis panduan maksiat daripada agama islam ialah perbuatan yang membawa dosa iaitu yang bertentangan dengan akidah, syariat dan ajaran Islam sama ada dengan melakukan larangan Allah s.w.t. dan Rasul atau

meninggalkan suruhan Allah s.w.t. dan Rasulnya, dengan kata lain melakukan yang haram dan meninggalkan yang wajib. Perbuatan tersebut memberi kesan kepada kehidupan seseorang dalam akidah, syariat ataupun akhlak. Maka beberapa jenis salah laku yang dilakukan pelajar berkaitan permasalahan kerohanian adalah:

i. Memiliki kuku panjang, rambut panjang (lelaki) atau bertatoo ii. Memiliki vcd lucah

iii. Melepak iv. Berjudi

v. Persetubuhan haram/ sumbang mahram/ rogol/ seks bebas vi. Meminum minuman keras

vii. Kurang ajar atau biadap kepada guru, guru besar, pengetua dan ibu bapa

viii. Merokok

ix. Penyalahgunaan dadah x. Pelacuran

(3)

xiv. Terlibat dengan kumpulan Black Metal, Punk dan Cyber Café xv. Cubaan membunuh diri

Menurut Pirdaus (2006) penglibatan remaja Melayu dalam jenayah juvana harus

dipandang berbeza dengan remaja bangsa lain. Penglibatan remaja Melayu dalam kegiatan perjudian, minum arak, bersekedudukan, khalwat, dan sebagainya merupakan perilaku yang mempamerkan ketandusan nilai dikalangan mereka. Perbuatan ini bukan sahaja bertentangan dengan ajaran islam bahkan budaya masyarakat tempatan.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Pusat Islam Iskandar Johor, Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Agama Johor (JAJ) dalam tempoh 4 tahun (2004-2007) pegawai penguatkuasa agama telah menangkap seramai 8628 pasangan remaja Melayu yang berumur 18 hingga 25 tahun. Berdasarkan jumlah itu, daerah Johor Bahru merupakan daerah paling ramai iaitu (32.4%) berbanding daerah Muar (15.9%), Batu Pahat (16.8%), Segamat (11.5%), Kluang (8.3%), Pontian (5.7%), Kota Tinggi (5.6%) dan Mersing (3.4%).

Jadual 1.0 : Statistik Pelajar Melayu Terlibat Dalam Kesalahan Jenayah Syariah di Negeri Johor Bagi Tahun 2004 Hingga 2007

Daerah 2004 2005 2006 2007

Johor Bahru 606 690 713 630

Muar 288 213 355 310

Batu Pahat 321 458 378 328

Segamat 168 123 259 224

Kluang 274 248 206 162

Pontian 145 259 133 112

Kota Tinggi 62 260 219 109

Mersing 32 137 138 68

(4)

terlibat dalam kegiatan zina seperti bercumbu, (73%) ibu bapa tidak mengambil tahu kehidupan remaja, (70%) remaja tidak menghormati ibu bapa, (65%) remaja tidak takut Tuhan dan tidak mengerjakan solat, (64%) tidak mempedulikan nasihat, (56%) tidak mendapat pendidikan agama secara formal, (42%) tidak tahu membaca Al Quran, (30%)

tidak lancar melafaz syahadah, (25%) pernah melakukan hubungan seks, berpakaian seksi dan menghisap rokok, (20%) kerap melakukan seks bebas, 11 % menguna dadah, (9%) meminum arak dan (2%) bersedia menukar agama. Menurut Pengerusi PEKESIM, Ghafar Nin (2007) punca utama masalah ini adalah kerana ibu bapa jahil agama, bersikap tidak mengambil tahu dan tidak pernah menegur sikap anak-anak mereka.Beliau

mencadangkan supaya jabatan dan agensi tertentu diberi kuasa untuk menangkap remaja yang berzina, berpakaian tidak senonoh dan berkeliaran selepas jam 11 malam.

Terdapat banyak kes yang berlaku sejak akhir-akhir ini menunjukkan betapa seriusnya keperluan Pendekatan Kaunseling Islam perlu dilaksanakan di sekolah.

Menurut Siti Hairaney (2002) laporan disiplin pelajar sekolah Malaysia pada tahun 1991 melaporkan jenis salahlaku pelajar sekolah adalah seperti berikut iaitu (14.98%) pelajar terlibat dengan jenayah, (2.12%) pelajar membuat isyarat lucah, (16.6%) berkelakuan kurang sopan, dan (28.41%) terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Manakala pelajar yang berjudi adalah seramai 3827orang, pelajar bercumbuan adalah 297 orang, terlibat kes khalwat 236 orang, mengunakan kata-kata lucah seramai 1428 orang dan melukis gambar lucah seramai 653 orang. Maklumat seperti ini mengambarkan bahawa pelajar yang terdiri daripada remaja bukan sahaja terlibat dengan salah laku disiplin jenayah bahkan melibatkan aspek salah laku yang bertentangan dengan peraturan agama dan norma dan budaya masyarakat tempatan yang kaya dengan adab ketimuran.

(5)

seks. Lingkungan pelajar perempuan adalah 15 dan 16 tahun mempunyai masalah disiplin seperti terlibat dalam penyalahgunaan dadah (98%), kongsi gelap (98%), bahan lucah (97.3%), berjudi (96.8%), vandalisme (85.4%) dan ponteng sekolah (77.2%). Kajian ini jelas menunjukkan bahawa pelajar perempuan tidak terkecuali terlibat dengan salah laku

yang melibatkan soal seksual yang bertentangan dengan agama dan adat ketimuran.

Fenomena yang melanda golongan remaja di negara kita seperti isu Black Metal turut merupakan salah laku yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Musatafa (2006) menyatakan bahawa (99.9%) pengikut Black Metal adalah dikalangan bangsa Melayu. Menurutnya lagi, orang melayu mudah terpesong dan mempercayai sesuatu benda baru sedangkan mereka tahu semua perkara berkaitan bertentangan dengan ajaran yang dibawa dalam Al-Quran dan sunnah nabi. Ini jelas menunjukkan bahawa perbuatan mereka bertentangan dengan akidah Islam. Hairulazim (2001) pernah melaporkan penglibatan pelajar sekolah dalam kegiatan Black Metal melibatkan 15 buah sekolah termasuk agama dan sebuah sekolah rendah di daerah Kuala Muda, Kedah. Peristiwa penahanan 105 remaja dalam lingkungan usia 20an sehingga 30an yang datang dari Singapura, Perlis, Selangor, Kuala Lumpur dalam satu konsert Black Metal di Negeri Sembilan pada 4 Disember 2006. Menurut Abdul Shukor (2006) Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan terdapat segelintir remaja di negara ini terlibat dengan aliran Black Metal yang mengamalkan unsur-unsur yang bertentangan dengan syariah Islam seperti memijak Al-Quran, minum arak, seks bebas dan perasaan anti-tuhan. Amalan seks bebas yang dikalangan remaja yang merupakan pelajar ini jelas menunjukkan bahawa mereka mempunyai pengetahuan dan amalan keagamaan yang rendah sehingga memudahkan mereka terpesong dengan propaganda barat melalui lagu-lagu yang memuja syaitan. Ini

jelas menunjukkan bahawa golongan pelajar tersebut memerlukan kaunselor yang dapat membantu mereka kembali ke jalan yang benar melalui Pendekatan Kaunseling Islam.

2.0 Pernyataan Masalah

(6)

dilaporkan dengan 5996 tangkapan dilakukan di seluruh negara. Berdasarkan jumlah itu, seramai 5393 orang remaja lelaki dan 148 orang remaja perempuan ditangkap. Dalam tempoh enam tahun (2000-2005) sebanyak 12 971 kes juvana dilaporkan dan polis telah menahan 21 152 orang remaja yang berumur 18 tahun. Remaja berbangsa Melayu

merupakan bangsa yang paling ramai ditahan diikuti remaja berbangsa Cina dan India. Statistik Jabatan Agama Johor (JAJ) pada tahun 2007 menunjukkan pelajar melayu yang terlibat dalam tingkah laku berorientasikan seksual seperti menonton video lucah,

bercumbuan, dan amalan seks bebas berlaku dikalangan remaja yang berumur 13 hingga 25 tahun. Daerah Johor Bahru menunjukkan jumlah tertinggi iaitu (32.4%), diikuti Muar (15.9%), Batu Pahat (16.8%), Segamat (11.5%), Kluang (8.3%), Pontian (5.7%), Kota Tinggi (5.6%) dan Mersing (3.4%).

Banyak kajian di Malaysia membuktikan peningkatan gejala sosial dan tingkah laku seksual pelajar disebabkan kurangnya amalan kerohanian. Contohnya seperti pelajar tidak bersolat, tidak berpuasa, kurang melakukan perbuatan mengingati Allah s.w.t. seperti berzikir, berwirid, bermuhasabah diri dan tidak mahu mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Kajian Mohd Yusuf (1986), Ismail Dollah (1986), Wan Rosmini Omar (1987), Mat Sidi Salleh (1989), Patemah Ibarhim (1989), Rashidah Sadi (1989), Rosliza Saad (1992), Alizanariah Ali (1993), Mahmood Nazar (1993), Kassim Ahmad (1994), Mohd Nor Ibrahim (2001), dan Adam Drahman (2002) menunjukkan bahawa masalah disiplin yang berlaku dikalangan pelajar adalah berpunca dari kurangnya pengetahuan dan amalan kerohanian dikalangan pelajar.

Fenomena yang membimbangkan ini terjadi dikalangan pelajar berbangsa Melayu

(7)

barat tidak mengkaji roh atau jiwa tetapi mengkaji tingkah laku manusia. Malik Badri (1994) menjelaskan ahli psikologi barat tidak menekankan aspek kerohanian kerana syarat yang tidak menghukum (non judgemental) klien, sebaliknya kaunselor disyaratkan menerima klien tanpa syarat. Akibatnya, situasi ini menimbulkan kekeliruan dikalangan

kaunselor islam kerana berasa dilema sama ada mengutamakan kepentingan klien atau mengikut ajaran islam. Menurut Hassan Langgulung (1990) isu yang lebih

membimbangkan kepada kaunselor-kaunselor islam adalah dari segi amalan Pendekatan Kaunseling Barat yang bertentangan akidah, sosial, dan hukum-hakam agama masyarakat islam di Malaysia. Isu-isu kerohanian pelajar seperti murtad, masalah melibatkan tingkah laku seks, pergaulan bebas, berjudi, biadap terhadap guru dan ibu bapa, minum arak, sengaja meninggalkan puasa, tidak mendirikan solat dan sebagainya ini memerlukan Pendekatan Kaunseling Islam sebagai kaedah rawatan memulihkan diri mereka.

Berdasarkan aspek sosiobudaya dan nilai masyarakat setempat pula, Pendekatan Kaunseling Barat turut kurang sesuai diamalkan dalam konteks di Malaysia. Menurut Corey (2001) kebanyakan teknik kaunseling dibina berasaskan orang kulit putih dan sesuai untuk orang kulit putih, lelaki dan daripada kelompok kelas pertengahan. Oleh itu, ia dianggap tidak beretika jika digunakan terhadap klien yang berlainan bangsa, etnik dan latarbelakang budaya. Ini disokong oleh Baruth dan Huber (1985), Hamzah dalam Arthur dan Aminah (1994), Abdul Halim (2001) dan Tajuddin (2006) yang menegaskan

Pendekatan Kaunseling Barat berbeza dengan pandangan hidup masyarakat setempat dari aspek nilai, bias dan andaian tentang tingkah laku manusia. Peralihan terhadap keperluan kaunseling mengikut sosiobudaya masyarakat tempatan pernah ditegaskan mengikut Tajuddin (2006) yang menyatakan bahawa ahli-ahli profesional dalam bidang kaunseling

di Asia mula menilai dan membincangkan semula beberapa teori dan Pendekatan

(8)

pendekatan yang sesuai dan memenuhi keperluan hidup manusia tanpa mengira agama dan bangsa.

Berdasarkan keadaan sebenar yang dinyatakan, satu kajian perlu dilakukan bagi

melihat amalan kerohanian kaunselor dan model pendekatan Kaunseling Islam untuk menangani kes-kes tingkah laku seksual dikalangan pelajar. Keperluan kajian amalan kerohanian kaunselor adalah untuk melihat hanya kaunselor yang menghayati dan mengamalkan ajaran islam sebenar dapat menyumbang kepada pembangunan Model Pendekatan Kaunseling Islam. Pendekatan Kaunseling Islam yang dibina mestilah bersumberkan Al Quran dan Al Sunnah yang meliputi prinsip akidah, syariat

(mengandungi muamalat, muasharah, dan munakahat), dan akhlak. Model yang akan dibina meliputi aspek proses, teknik dan kaedah pemulihan untuk menangani masalah tingkah laku seksual pelajar.

3.0 Pengertian Istilah Konsep dan Operasional Kajian

Pendekatan Kaunseling Islam

Menurut Hassan (1983) kaunseling islam adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran psikososial yang berlaku dalam bentuk bersemuka antara seorang pakar dalam psikologi kaunseling atau kaunselor dengan seorang lain yang ditujukan kaunseling itu atau klien. Teknik dan kaedah teknikal secara profesional digunakan bertujuan menolong klien untuk memahami diri, memahami kebolehan dan mendorong menerima takdir berteraskan syariat islam bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan di

akhirat.

(9)

dan tingkah laku yang lebih sesuai, dan mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat dengan banyak bersyukur ketika senang dan bersabar ketika susah.

Ishammudin (1999) menyatakan kaunseling islam sebagai suatu proses hubungan

yang berlaku secara bersemuka antara seorang kaunselor yang professional dengan seorang yang memerlukan bantuan (klien) sehingga terjadi hubungan-hubungan keinsanan di mana berlaku penerokaan potensi diri klien bagi memperkembangkan semula segala sumber dalaman insan untuk menerima kebenaran (Al Haq) dan bertanggungjawab pada diri sendiri ke arah keredhaan Allah s.w.t.

Mizan Adiliah dan rakan-rakan (2006) menjelaskan dalam kaunseling mengandungi unsur tolong-menolong. Ini bermaksud individu yang menolong mempunyai kelebihan dari segi ilmu, kemahiran, kekuatan emosi, kekuatan rohani berbanding individu yang memerlukan pertolongan. Oleh itu, barulah proses pertolongan dapat dilaksanakan dengan baik.

Konsep tolong menolong merupakan salah satu tuntutan islam yang bersifat universal. Dalam Islam, kaunseling boleh dikategorikan sebagai fardu al kifayah. Memberi pertolongan melalui kaunseling dianggap sebagai ibadat, selaras dengan luasnya skop ibadat dalam Islam. Ini bermakna pertolongan kaunseling adalah tertakluk pada hukum dan adab Islam. Menurut Mizan Adiliah dan rakan-rakan (2006) konsep al amru bi al maruuf an nahyu an al munkar menjadi teras utama dalam tindakan seseorang

menurut perspektif Islam. Jadi pertolongan kaunselor mestilah terarah kepada perkara berbuat baik dan menjauhi keburukan.

Firman Allah s.w.t:

“Dan hendaklah kamu tolong-menolong membuat kebajikan dan bertakwa, dan jangan

(10)

(Surah al-Maidah, Ayat 5:2)

Dalam konteks Islam, Allah swt memerintahkan setiap individu yang menghadapi masalah yang tidak diketajuinya secara pasti merujuk kepada orang yang pakar. Firman

Allah s.w.t. bermaksud:

Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang lelaki yang Kami beri wahyu

kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika

kamu tidak mengetahui, dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) dan

kitab-kitab. Dan Kami turunkan kapadamu al-quran, agar kamu menerangkan kepada umat

manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan.

(Surah al-Nahl 16: 43-44).

Ajaran Islam menegaskan bahawa setiap muslim bertanggungjawab memberi nasihat

kepada mereka yang mempunyai masalah. Ini jelas sebagaimana sabda Rasulullah saw:

Apabila saudara kamu meminta nasihat dari kamu, hendaklah kamu berikan nasihat

kepadanya (Hadis Riwayat Bukhari)

Model penerapan nilai dakwah boleh dilihat dalam konteks hisbah yang diperkenalkan Saidina Umar Al Khattab. Dari segi syarak hisbah bermaksud perintah mengamalkan kebaikan (makruf) dan meninggalkan segala perkara yang mendorong kejahatan (kemungkaran).

Dalam konteks kajian ini, kaunseling Islam merujuk kepada proses pertolongan

antara kaunselor yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam memberi rawatan psikologi mengikut konteks Islam kepada klien yang menghadapi masalah disiplin yang berkait dengan kerohanian. Pertolongan ini adalah atas syariat islam untuk mencapai kesejahteraan pskikologi, jasmani, emosi, rohani dan intelektual ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

(11)

Menurut Lembaga Kaunselor Malaysia, akta kaunselor 580, kaunselor bererti seseorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling bagi suatu fee yang ditetapkan atau apa-apa balasan lain.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) kaunselor bermaksud orang yang layak menjadi pembimbing dan penasihat kepada orang lain yang menghadapi masalah atau orang yang berkemampuan memberi khidmat kaunseling.

Menurut Mohamed Fadzil (2000) kaunselor ialah seseorang yang mengamalkan kaunseling, berdaftar dan mengenakan apa-apa bayaran mengikut Akta Kaunselor 1998. Kaunselor yang profesional merujuk pada individu yang memiliki ciri-ciri berikut:

i. Mendapat program latihan yang dikhususkan. ii. Program latihan yang diiktiraf

iii. Sentiasa mementingkan klien

iv. Ada dan patuh dengan kod etika kaunselor v. Menjadi ahli badan-badan profesional vi. Sentiasa meningkatkan kecekapan diri

Menurut Aziz (2002) pula mendefinisikan kaunselor sebagai ahli professional iaitu individu yang mendapat latihan khas dari segi teori dan praktik dalam bidang kaunseling.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) Islam ialah agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dalam konteks kajian ini, Islam merujuk pada individu

yang beragama Islam sama ada muslim atau muslimah. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) muslim bermaksud orang lelaki yang beragama Islam manakala muslimah pula merujuk pada orang perempuan beragama Islam. Kaunselor muslim atau muslimah merujuk pada kaunselor lelaki atau perempuan yang beragama Islam.

(12)

i. Merealisasikan klien membuat keputusan-keputusan dalam batasan syarak untuk mencari yang halal dan meninggalkan yang halal.

ii. Merealisasikan klien dengan tujuan-tujuan yang halal dan menggunakan potensi klien untuk mengerjakan sesuatu yang berguna pada diri dan masyarakat.

iii. Menetapkan halatuju klien kepada kesempurnaan kendiri berdasarkan tanggungjawab pada fardu ain dan fardu kifayah demi keredhaan Allah s.w.t. untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Masalah Kerohanian Berkait Tingkah laku Seksual

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) mendefinisikan kerohanian sebagai kebatinan atau berkaitan dengan kejiwaan. Ingersoll (1997) menjelaskan perkataan spirit merupakan bahasa Latin yang berasal daripada perkataan spiritus. Spiritus membawa maksud pernafasan (breath), ketabahan hati (courage), tenaga (vigor) ataupun

penghidupan (life). Dalam bahasa Hebrew, spirit berasal daripada perkataan ruach yang merujuk pada angina (wind), nafas (breath) dan rohani (spirit) (Delbane dan

Montgomery, 1981 dalam Ingersoll, 1997). Manakala dalam bahasa Greek pula, spirit berasal daripada perkataan pneuma yang bermaksud nafas (breath).

Haron Din dan rakan-rakan (2003) mendefinisikan kerohanian berasal dari perkataan roh iaitu unsur rohani yang berpunca dari urusan ketuhanan, alam ketinggian dan kekudusan disisi Allah s.w.t. Mohd Nasir (2005) menyatakan kerohanian adalah dimensi dalaman yang menjadi teras dalam diri manusia. Baharudin dan Sulaiman (2000) dan Mohd Nasir (2005) menjelaskan ia melibatkan perkara-perkara maknawi yang tidak boleh dikesan melalui pancaindera yang lima tetapi melalui sifat-sifat perbuatan yang

dilakukan manusia. Contohnya cinta kepada kebaikan, tolong menolong, persaudaraan, muhibbah, cintakan kebenaran dan keadilan dan sebagainya. Ini semua dikenali sebagai tanggungjawab kerohanian.

(13)

(1994) turut menegaskan bahawa aspek kerohanian tidak ditekankan ahli psikologi barat kerana aspek spiritual tidak menjadi penting dalam amalan kaunseling barat.

Permasalahan kerohanian pelajar pula merujuk pada pelajar yang terlibat dalam

masalah kerohanian yang berkait dengan tingkah laku seksual. Ini terjadi disebabkan kurangnya pengetahuan dan amalan kerohanian dikalangan pelajar. Banyak kajian dalam dan luar negara yang membuktikan tentang peningkatan gejala sosial dan tingkah laku seksual pelajar hari ini disebabkan oleh pelajar tidak menghayati, tidak mengamalkan dan diasuh oleh ibu bapa tentang ajaran keagamaan kepada mereka. Antara aspek

pengetahuan dan amalan kerohanian yang diabaikan pelajar adalah tidak bersolat, tidak berpuasa, kurang melakukan perbuatan mengingati Allah s.w.t. seperti berzikir, berwirid, bermuhasabah diri dan tidak mahu mendekatkan diri kepada Allah swt. Kajian Mohd Yusuf (1986), Ismail Dollah (1986), Wan Rosmini Omar (1987), Mat Sidi Salleh (1989), Patemah Ibarhim (1989), Rashidah Sadi (1989), Rosliza Saad (1992), Alizanariah Ali (1993), Mahmood Nazar (1993), Kassim Ahmad (1994), Mohd Nor Ibrahim (2001), dan Adam Drahman (2002) menunjukkan bahawa masalah tingkah laku seksual yang berlaku dikalangan pelajar adalah berpunca dari kurangnya pengetahuan dan amalan kerohanian dikalangan pelajar. Kajian luar negara turut membuktikan tentang masalah disiplin dan tingkah laku pelajar berpunca daripada kurangnya pengetahuan dan amalan kerohanian spiritual menerusi kajian Meyers dan Bennett (1962), Hadway dan Roof Thoules (1971),

Gallup Poll dalam Rogers (1980), Hurrelmann dan Engel (1989), Makstrom dan Smith (1996), Goldenberg (1998), Griffith dan Griggs (2001). Antara punca pelajar terlibat dengan masalah disiplin pula adalah mereka kurang menghayati ajaran kristian, tidak kerap menghadiri rumah gereja, melibatkan diri dengan amalan seks bebas, pengambilan

dadah dan alkohol.

Dalam konteks kajian ini, penyelidik memilih masalah tingkah laku seksual yang berlaku dikalangan pelajar. Menurut Jabatan Agama Johor (JAJ) dan Mohd Amin (2003) dan Hatta Sidi, Mohamed Hatta Shaharom dan Ramli Hassan (2006) masalah tingkah laku seksual adalah:

(14)

iii. pengkit (tomboi) atau lelaki lembut

Isu tingkah laku seksual merupakan fokus penyelidikan yang ingin dikaji. Penyelidik bercadang ingin membangunkan model Pendekatan Kaunseling Islam

berdasarkan masalah orientasi tingkah laku seksual menerusi kaedah kualitatif sebagai suatu pendekatan altenatif bagi menangani masalah disiplin yang berkait dengan seksual yang berlaku dikalangan pelajar sekolah.

Proses Kaunseling Kerohanian

Menurut Carkhuff (1977) proses kaunseling melibatkan beberapa peringkat iaitu peringkat penglibatan diri, peringkat penerokaan, peringkat pemahaman dan peringkat tindakan.

Menurut Mizan dan rakan-rakan (2007) kaunseling ialah satu proses. Ini

bermaksud proses melibatkan beberapa unsur iaitu tempoh masa, kaedah, kemahiran dan matlamat.

i. Tempoh masa- Tempoh masa yang singkat iaitu 30 minit atau mengambil tempoh masa sehingga 3 tahun.

ii. Kaedah- Melibatkan membina hubungan dengan klien, membuat penstrukturan, mendengar, memahami, dan bantuan.

iii. Kemahiran- Melibatkan kemahiran khusus.

iv. Matlamat- Matlamat atau produk yang ingin dihasilkan.Sekiranya tiada matlamat maka proses tidak dapat dijalankan dengan baik.

Mohamed Fadzil (2000) menjelaskan proses kaunseling mempunyai peringkat iaitu mempunyai jangka masa, dilakukan secara sistematik, melibatkan teknik,

pendekatan teori, dan mempunyai hasil.

(15)

kaunseling tiada prosedur tertentu ditetapkan, namun begitu penyelidik membahagikan mengikut proses sesi kaunseling dari awal sesi sehingga ke ahir sesi mengikut kesesuaian klien.

Dalam konteks kajian ini, penyelidik menetapkan 8 langkah proses kaunseling

iaitu permulaan, penetapan, struktur, hubungan, penerokaan, pengukuhan, perancangan dan penamatan.

Teknik Kaunseling Kerohanian

Teknik kaunseling merujuk pada kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang digunakan dalam sesi kaunseling seperti teknik dorongan minima, parafrasa, rumusan, minta penjelasan, konfrontasi, dan sebagainya.

Dalam konteks kajian ini, penyelidik melihat teknik kaunseling kerohanian yang diamalkan kaunselor secara tersurat dan tersirat yang melibatkan body language dan eye contact. Menurut Abdul Rahman (1992) perkara yang penting dalam pelaksanaan

kaunseling islam ialah proses yang membawa klien ke arah matlamat akhir. Ini bermaksud proses yang dijalankan itu mesti mengambilkira aspek hubungan manusia dengan pencipta, memahami tujuan hidup dan matlamat akhir hidup. Maka teras teknik kaunseling kerohanian harus berteraskan Al Quran dan Al Sunnah berdasarkan prinsip akidah, syariat dan akhlak.

Kaedah Pemulihan Kerohanian

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) pemulihan adalah perbuatan

(16)

memulihkan keadaan klien yang mengalami kecelaruan dari segi mental, emosi dan tingkah laku.

Dalam konteks kajian ini, penyelidik meneroka kaedah pemulihan yang

digunakan kaunselor untuk menangani masalah tingkah laku seksual pelajar seperti seperti kaedah tarbiyah (pendidikan), taubat, memperbetulkan persepsi dan kefahaman, rukun iman, rukun islam, zikir, doa, sabar, amal kebajikan, dan jampi syarie. Namun begitu, sekiranya terdapat pertambahan kaedah-kaedah lain ketika proses sesi kaunseling, penyelidik akan memasukkan kaedah tersebut ketika mengumpul maklumat dalam kaedah kualitatif tersebut.

Kesimpulan

Pendekatan Kaunseling Islam dikalangan kaunselor Islam di Malaysia merupakan suatu pendekatan alternatif untuk menanggani kes-kes kerohanian dikalangan pelajar sekolah. Banyak penulisan telah di tulis oleh para sarjana tempatan seperti Malik Badri, Hassan Langgulung, Kamal Manaf, Aziz dan sebagainya, namun begitu kajian secara empirikal masih kurang dilaksanakan. Kajian empirikal amat perlu khususnya melibatkan Pendekatan Kaunseling Islam dikalangan kaunselor memandangkan majoriti bilangan kaunselor muslim yang berkhidmat dalam profesion perguruan di Malaysia. Tambahan pula, bilangan pelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplin melibatkan kerohanian juga paling ramai berlaku dikalangan bangsa Melayu beragama Islam. (Pirdaus, 2006). Justeru itu, usaha penyelidik untuk meneroka dan membangunkan model Pendekatan Kaunseling

(17)

guru-guru yang berkhidmat di sekolah bagi menangani kes-kes pelajar yang berkaitan dengan masalah kerohanian melibatkan kes berorientasikan tingkah laku seksual.

RUJUKAN

Abdul Halim Othman. 2001. ‘Senario pendidikan dan latihan kaunselor di Malaysia’. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kepiawaian Pendidikan dan Latihan Kaunselor di Malaysia, Hotel Quality, Kuala Lumpur. 2-3 April 2001.

Abdul Rahman Ahmad. 1991. ‘Bimbingan dan kaunseling dari perspektif islam’. Serdang: Persatuan Siswazah Islam Universiti Pertanian Malaysia.

Abdul Shukor Husin. 2006, Januari 24. Black Metal ajaran sesat. Utusan Malaysia.

Adam Drahman. 2002. ‘Kesan intervensi pemulihan akhlak remaja menggunakan modul Putik di pusat pemulihan akhlak’. Projek Master Sains yang tidak diterbitkan. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Ali Yacob. 1995. ‘Perkhidmatan kaunseling: kes di tanah suci’. Kajang: Makruf Publisher & Distributors Sdn Bhd.

Alizanariah Ali. 1983. ‘Penghayatan agama dan kesejahteraan hidup di kalangan remaja Melayu’. Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Al-Qur’an. Pimpinan Tafsir Ar-Rahman. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.

Baharuddin Yatim & Sulaiman Noordin. 2000. ‘Islam Al-Quran dan ideologi masa kini’. Bangi: Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia.

(18)

Carkuff. 1977. Dalam Allen E. Ivey & Mary Bradford Ivey. 1987. ‘Counseling and psychotherapy: Integrating skills, theory and practice’. London: Prentice Hall.

Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Bil 131 Kategori Sosial/ Syariah ‘Garis Panduan Mengenai Maksiat Dari Perspektif Islam’ Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). ms 14.

Ghafar Nin. 2007, Ogos 27.Tiada hala tuju masalah utama remaja islam. Harian Metro. Hairulazim Mahmud. 2007, Julai 20. Amalan puja syaitan boleh jadi murtad. Utusan Malaysia.

Haron Din, Hassan Salleh, Sulaiman Yasin & Sidi Ghazalba. 2003. ‘Manusia dan islam’. Selangor: Penerbit Hizbi Sdn Bhd.

Hassan Langgulung. 1979. ‘Pendidikan islam, satu analisa sosio psikologi’. Kuala Lumpur. Pustaka Antara.

Hassan Langgulung. 1990. ‘Kaunseling dalam masyarakat islam’. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Kaunseling dalam masyarakat islam, YADIM, Kuala Lumpur.

Hatta Sidi, Mohamed Hatta Shaharom dan Ramli Hassan. 2006. ‘Seksualiti Manusia. Keharmonian jalinan antara jantina’. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ingersoll, R.E. 1997. Spirituality, religion, and counseling: dimensions and relationships. Journal of Counseling & Values, 38 (3): 98-111.

Ishammudin Ismail. 2000. ‘Panduan asas kaunselor muslim’. Kajang: Aras Mega (M) Sdn Bhd.

Khaidzir Ismail. 2007, Februari 27. Semua remaja perempuan bermasalah pernah laku seks. Utusan Malaysia.

(19)

Malik Badri. 1994. ‘Success with Islamic counseling and psychotherapy’. London: MWH.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali & Hanit Osman. 2006. ‘Kaunseling dalam islam’. Nilai, Negeri Sembilan: Penerbit Kolej Universiti Islam Malaysia

Mohamed Fadzil Che Din & Rasidah Omar. 2002. ‘Pengantar bimbingan dan kaunseling’. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Publisher.

Mohd Amin H.A. Shariff. 2003. ‘Perkembangan remaja. Panduan, pemahaman dan interpretasi’. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Tajudin Ninggal. 2006. Kaunseling di abad ke-21 antara cabaran realiti dan cabaran kaunselor. Buletin Kaunselor. Persatuan Kaunseling Malaysia, 2: 1.

Mohd Yusuf Abd Rahman. 1986. ‘Keruntuhan akhlak dikalangan remaja dan

penyelesaiannya menurut islam. Satu tinjauan umum di negeri Terengganu’. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhd Mansur Abdullah. 2000. ‘Kaunseling, teori, proses dan kaedah’. Edisi Kedua. Siri Kemasyarakatan Fajar Bakti. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Mustafa Abdul Rahman. 2006, Januari 27. Jakim sedia modul kaunseling pengikut Black Metal. Utusan Malaysia.

Patemah Ibarahim. 1989. ‘Keruntuhan akhlak dan moral dikalangan remaja’. Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pirdaus Ismail. 2006, Mac. Ibubapa harus dihukum sama. Dewan Masyarakat.

(20)

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan penelitian ini adalah: (1) untuk mengetahui ada tidaknya pengaruh pelaksanaan magang terhadap pengembangan soft skills mahasiswa Pendidikan Administrasi Perkantoran

Berdasarkan uraian di atas dapat disimpulkan keaktifan siswa dapat dilihat dari berbagai hal seperti memperhatikan (visual activities), mendengarkan, berdiskusi, kesiapan

terdapat dua tujuan yang ingin di capai yakni tujuan pembangunan dan pegawai. Menganalisis Pekerjaan, mengrekrutmen, serta menyeleksi calon pegawai di MTs Negeri

Berdasarkan data observasi unsur-unsur iklim yang diperoleh dari Stasiun Meteorologi Pongtiku Tana Toraja menunjukkan bahwa kebanyakan kasus puting beliung yang terjadi

Peratusan khusus keselamatan, kesihatan dan persekitaran untuk produk yang dimaksudkan. Bahan Aktif Produk Racun Perosak (Akta Racun Perosak 1974, Jadual Pertama, seperti

Hasil yang menunjukkan bahwa tingkat kesehatan masyarakat yang di proxy kan dengan indeks pembangunan manusia yang angkanya berasal dari program-program pemerintah

Mahasswa dwajbkan mendaftarkan matakulah bdang mnat yang akan dambl pada semester berkutnya ke Bagan Akademk sesua jadwal yang telah dtetapkan dalam kalender akademk MM FEB

Permasalahan pendidikan merupakan permasalah yang terus berkembang dan merupakan permasalahan yang harus di-tanggulangi dengan cepat dan tepat di karenakan