KURSUS KEMAHIRAN BAHASA (KKB)
Kursus ini bertujuan memberi peluang kepada bumiputera awam yang benar-benar berminat untuk menguasai bahasa yang dipelajari secara formal selepas waktu kerja. Tumpuan modul KKB merangkumi tatabahasa dan kosa kata di samping memberi peluang kepada peserta untuk mahir membaca, mendengar, menulis dan bertutur dalam bahasa yang dipelajari. KKB juga bertujuan memberi ruang kepada peserta untuk mempraktikkan bahasa yang dipilih dalam situasi di mana penggunaannya amat terhad.
BAHASA
Terdapat sepuluh (10) kursus bahasa ditawarkan seperti berikut:
Inggeris, Melayu (untuk ekspatriat sahaja), Arab, Mandarin, Perancis, Jepun, Korea, Itali, Jerman dan Sepanyol
TAHAP DAN SESI
Bahasa Tahap Sesi
Inggeris Permulaan
Introductory (120 jam)
I (40 jam) II (40 jam) III (40 jam) Pertengahan
Intermediate (120 jam)
I (40 jam) II (40 jam) III (40 jam) Lanjutan
Communication in the Office (120 jam)
I (40 jam) II (40 jam) III (40 jam) Asia &
Eropah
Tahap 1 - Permulaan I (40 jam) II (40 jam) III (40 jam) Tahap 2 - Pertengahan I (40 jam)
II (40 jam) III (40 jam) Tahap 3 - Lanjutan I (40 jam)
II (40 jam) III (40 jam)
Nota: Peserta mesti lulus semua penilaian (pencapaian sekurang-kurangnya 60%) dan memenuhi
syarat kehadiran (sekurang-kurangnya 80%) sesuatu sesi untuk mereka mengikuti sesi yang
seterusnya.
JUMLAH JAM KURSUS
Setiap sesi mengambil masa 40 jam (lebih kurang 10 minggu) untuk tamat.
Jumlah jam kursus untuk setiap tahap ialah 120 jam dibahagikan kepada tiga (3) sesi setiap tahap (sekiranya berminat/diperlukan).
PESERTA
Terbuka kepada: Orang awam (Bumiputera)
Kakitangan dan pelajar UiTM
Kakitangan dan pelajar antarabangsa UiTM
JADUAL KELAS
Kekerapan : Dua kali seminggu
Hari : Isnin & Rabu atau Selasa & Khamis (Jadual muktamad akan dimaklumkan kepada peserta melalui emel/telefon)
Waktu : 8.00 – 10 .00 malam SESI
Januari – Mac (Pendaftaran: Disember)
Mei – Julai (Pendaftaran: April)
September – November (Pendaftaran: Ogos) TEMPAT
Universiti Teknologi MARA
Bilik kuliah akan diumumkan pada hari taklimat TENAGA PENGAJAR
Terdiri daripada pensyarah Akademi Pengajian Bahasa yang berpengalaman YURAN
Peserta Satu Sesi (RM)
Orang awam (Bumiputera) 650/=
Kakitangan dan pelajar UiTM (disertakan kad staf atau kad pelajar UiTM)
TIDAK TERMASUK – Ibubapa, anak-anak, adik-beradik dan saudara- mara staf atau pelajar UiTM
325/=
Kakitangan dan pelajar antarabangsa UiTM (disertakan kad staf atau kad
pelajar UiTM) 1300/=
SIJIL
Peserta yang lulus penilaian (sekurang-kurangnya 60%) dan memenuhi syarat kehadiran minima (sekurang-kurangnya 80%) akan diberikan sijil. Terdapat dua jenis sijil seperti berikut:
Sijil Kehadiran Kursus – diberikan setiap kali peserta tamat setiap sesi
Sijil Kemahiran Bahasa – diberikan setiap kali peserta tamat setiap tahap (120 jam)
Tahap Sesi Sijil Kehadiran Kursus Sijil Kemahiran Bahasa
Permulaan I √
II √
III √ √
Pertengahan I √
II √
III √ √
Lanjutan I √
II √
III √ √
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KEMAHIRAN BAHASA
Majlis akan diadakan setiap tahun pada bulan Februari (bermula tahun 2013). Peserta yang memenuhi syarat berikut akan dijemput untuk diraikan di majlis tersebut:
Lulus setiap penilaian (minimum 60%) yang dijadualkan untuk setiap sesi
Kehadiran miminum 80% setiap sesi
Telah menamatkan 120 jam berkursus (untuk setiap tahap)
Untuk peserta kursus Bahasa Inggeris yang ditempatkan di sesi II mana-mana tahap (berdasarkan saranan pensyarah), Sijil Kemahiran Bahasa akan diberikan sesudah peserta tamat 80 jam untuk tahap yang berkenaan.
Peserta yang dijemput untuk menghadiri majlis ini tidak dikenakan sebarang bayaran. Bayaran hanya dikenakan kepada setiap ahli keluarga (terhad kepada 2 orang) yang ingin turut serta di majlis berkenaan. Kadar bayaran termaktub kepada kadar yang ditetapkan oleh pihak hotel.
Untuk peserta yang terlepas peluang menghadiri majlis penyampaian sijil pada satu-satu tahun, bolehlah menghadirinya pada tahun yang berikutnya. Sekiranya peserta tidak dapat hadir ke majlis ini, Sijil Kemahiran Bahasa boleh diambil sendiri di Akademi Pengajian Bahasa.
Jemputan akan diedarkan bermula Januari setiap tahun bermula 2013.
BORANG PENDAFTARAN
Boleh didapati di kaunter Akademi Pengajian Bahasa (APB) atau dimuat turun dariapada laman sesawang APB semasa bulan-bulan pendaftaran: April, Ogos dan Disember.
CARA PEMBAYARAN
Bayaran pendaftaran (untuk peserta kampus Shah Alam sahaja) boleh dibuat seperti berikut:
1 Maklumat Akaun
No Akaun : 105140003422 Penama Akaun : BENDAHARI UiTM Bank : Affin Bank
Cawangan : Shah Alam
2 Melalui 1. “Cash Deposit Machine (CDM)” - Slip asal hendaklah disertakan/diposkan dengan borang pendaftaran
2. Bank Draf dari mana-mana bank tempatan – Bank Draf asal hendaklah disertakan/diposkan dengan borang pendaftaran 3. Pemindahan antara bank (Inter Bank Fund Transfer) – cetakan
transaksi hendaklah disertakan/diposkan/diemelkan dengan borang pendaftaran
PENGHANTARAN BORANG DAN BUKTI PEMBAYARAN
Borang yang siap diisi dan disertakan dengan bukti pembayaran boleh dihantar melalui yang berikut:
Melalui Tempat/Alamat/No Faks/Alamat
Emel Catatan
1 Serahan Tangan
Kaunter Pejabat Pentadbiran (Tingkat Bawah, Akademi Pengajian Bahasa)
U.P. Pn Norlydawati Solori
Tentukan anda mempunyai sesalinan borang pendaftaran dan bukti pembayaran di dalam simpanan anda
2 Pos Koordinator
Unit KKB, Pakej Khas dan Terjemahan
Akademi Pengajian Bahasa Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam
1. Tentukan anda mempunyai sesalinan borang pendaftaran dan bukti pembayaran di dalam simpanan anda
2. Pengesahan penerimaan borang dan slip pembayaran dibuat melalui emel/telefon 3 Faksimili 03-55442493 1. Perhatian untuk: Pn Norlydawati Solori,
Kerani KKB
2. Bukti pembayaran mesti disertakan 3. Pengesahan penerimaan borang dan slip
pembayaran oleh APB dibuat 2 kali sehari (12 tgh dan 4 ptg) melalui emel/telefon 4. Slip asal pembayaran melalui CDM atau
bank draf asal hendaklah sampai kepada
Koordinator Unit KKB, Pakej Khas dan
Terjemahan seperti di Perkara 2 dalam masa satu minggu daripada tarikh faksimili.
4 Emel [email protected] [email protected]
1. Menggunakan borang khas yang disediakan daripada laman web APB.
2. Bukti pembayaran mesti disertakan 3. Pengesahan penerimaan borang dan slip
pembayaran oleh APB dibuat melalui emel
4. Slip asal pembayaran melalui CDM atau bank draf asal hendaklah sampai kepada Koordinator Unit KKB, Pakej Khas dan Terjemahan seperti di Perkara 2 dalam masa satu minggu daripada tarikh emel.
LAIN-LAIN
Peserta kursus akan memperoleh 100% pemulangan wang pendaftaran hanya sekiranya kelas bahasa yang ingin diikuti tidak boleh dibentuk.
Tiada had umur yang dikenakan untuk mengikuti kelas Kursus Kemahiran Bahasa
(Walaubagaimanapun, untuk peserta yang masih di sekolah menengah atau yang menunggu keputusan SPM, ibubapa/penjaga adalah dinasihatkan untuk memantau kehadiran kuliah anak masing-masing)
Yuran tidak termasuk bahan pembelajaran, buku, CD dan bahan-bahan lain yang digunakan semasa kuliah.
Sekiranya peserta tidak memenuhi syarat lulus penilaian dan tidak memenuhi syarat kehadiran minima, tiada sebarang sijil akan diberikan.
Sesuatu kelas hanya akan bermula apabila terdapat sekurang-kurangnya 20 orang peserta berdaftar.
Bayaran melalui wang tunai, kiriman wang, wang pos dan cek peribadi TIDAK DITERIMA
Untuk peserta-peserta di luar Kampus Shah Alam, sila hubungi kampus terdekat seperti berikut:
Kampus Nombor Telefon Alamt E-mel
1 Kedah 04-456 2456 [email protected]
[email protected] 2 Kelantan 09-9762000 [email protected]
3 Johor 07-9352459
07-9352109 07 - 2336610
[email protected] [email protected] 4 Melaka 606-2857120 [email protected] 5 Negeri Sembilan 06-483 2130 [email protected] 6 Pahang 019-3281448 [email protected]
7 Perak 05-3742694
05-3742121
[email protected]
8 Perlis 04-9882719 [email protected]
9 Pulau Pinang 04-3823371/3492 [email protected]
10 Sabah 088-325115 /
013-8600336
[email protected] 11 Sarawak 082-677699 [email protected] 12 Terengganu 019-9199909 [email protected]
AKADEMI PENGAJIAN BAHASA BERHAK MEMINDA MAKLUMAT KKB TANPA SEBARANG NOTIS.