KUIZ MATEMATIK USM SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2021
Kuiz Matematik USM 2021 telah dilangsungkan pada 13 November 2021 (Sabtu) secara dalam talian di platform “Speed Exam” dan “Google Meet”. Kuiz Matematik USM merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Sains Matematik bersama Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM) yang diadakan untuk penyertaan sekolah-sekolah menengah di Pulau Pinang sejak 1980-an. Program ini juga diadakan dengan kelulusan dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP). Program Kuiz Matematik USM 2021 merupakan pertandingan yang pertama kali diadakan secara dalam talian sepanjang sejarah Kuiz Matematik USM. Program ini telah dimeriahkan dengan penyertaan seramai 266 orang peserta daripada 33 buah sekolah menengah di Pulau Pinang.
Program ini berteraskan Elemen Berfikir “Thinking” dan Atribut HEBAT Penyelesaian Masalah “Problem Solving”. Program ini telah mendedahkan para peserta dengan soalan-soalan Matematik yang mempunyai tahap kesukaran dan corak soalan yang berbeza berbanding dengan soalan peperiksaan matematik di peringkat sekolah menengah. Selain itu, program ini dapat membantu para peserta memahami dan menyelesaikan soalan serta masalah Matematik yang berasaskan konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) selaras dengan KSSM. Seterusnya, melalui program ini para peserta juga telah didedahkan kepada kemahiran berfikir kritis dalam menyelesaikan masalah Matematik aras tinggi.
Program ini dikendalikan oleh 41 orang pelajar USM yang menjadi ahli jawatankuasa dan 11 orang penasihat dari PPSM. Antara kemahiran yang pelajar USM pelajari melalui program ini adalah cara berinteraksi dengan orang ramai akan dijalankan pada masa akan datang. Program ini telah berlangsung selama 5 jam setengah bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 1.00 tengahari.
Kuiz matematik ini dilaksanakan secara berpasukan dan terbahagi kepada dua kategori iaitu sekolah menengah rendah untuk pelajar tingkatan satu, dua dan tiga. Manakala kategori menengah atas untuk
“ Biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan…
Namun,
Cita‐cita manusia tidak pernah padam.”
‐ Prof Hamka ‐
Pusat Pengajian Sains Matematik Universiti Sains Malaysia
11800 USM Pulau Pinang Tel : 04-6533481 Fax: 04-6570910
https://www.facebook.com/matematikUSM
(Penerbitan 2 kali setahun)
Berita Pusat Pengajian Sains Matematik
School of Mathematical Sciences Newsletter
Universiti Sains MalaysiaJIL . 7 BIL 02 ( ISSN: 2462‐1390) http://www.usm.my DEC 2021
(Disediakan oleh: DR MAISARAH HAJI MOHD)
projek ini. Penajaan yang diterima dari pihak seperti Statworks dan Texas Instrument membantu lagi melancarkan program ini. Semua peserta dan ahli jawatankuasa yang lertlibat telah memberi komitmen yang tinggi dan usaha yang gigih dalam menjayakan program ini.
Tuntasnya, pihak persatuan berharap agar kuiz Matematik USM 2021
pelajar tingkatan empat dan lima. Para pemenang kuiz Berjaya membawa pulang hadiah berupa sijil dan trofi dan anugerah sekolah terbaik berjaya disandang oleh SMJK Chung Hwa Confucion.
Program Kuiz Matematik USM 2021 telah dilaksanakan dengan lancar dan berjaya mencapai matlamat utama projek ini. Penajaan yang diterima dari pihak Statworks dan Texas Instrument membantu lagi melancarkan program ini. Semua peserta dan ahli jawatankuasa yang terlibat telah memberi komitmen yang tinggi dan usaha yang gigih dalam menjayakan program ini. Tuntasnya, pihak persatuan berharap agar Kuiz Matematik USM 2021 dapat dijadikan sebagai titik rujukan buat pertandingan lain berbentuk atas talian khususnya Kuiz Matematik USM yang akan datang. Pihak persatuan juga berharap pertandingan yang seterusnya akan mendapat sokongan yang penuh didalam mahupun di luar USM. Akhir sekali, segala kerjasama, sokongan, penambahbaikan dan nasihat daripada pelbagai pihak yang telah menjayakan pertandingan ini didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Prof. Madya Dr. Mohd Tahir Ismail Prof. Dr. Hailiza Kamarulhaili
Prof. Madya Dr. Husna Hassan
Prof. Madya Dr. Ang Miin Huey
Dr. Ahmad Lutfi Amri Ramli
Cik Hartini Ahmad
Pn Azizah Ibrahim Sidang Penerbit
38 peserta dari Kategori Junior Kuiz sesi 1 di “Google Meet 1”
40 peserta dari Kategori Senior Kuiz sesi 1 di “Google Meet 5”
42 Peserta Kategori Junior Sepanjang Kuiz Sesi 1 “Google Meet 2”
(Disediakan oleh: PERSATUAN SAINS MATEMATIK
(Disediakan oleh: CIK ZULAIKHA JAMALUDIN (Disediakan oleh: PERSATUAN SAINS MATEMATIK)
LAPORAN PROGRAM VIRTUAL STATISTICAL &
ECONOMETRICS SHORT COURSE: SEPT & OCT 2021
Pada bulan September hingga Oktober 2021, Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM) telah menganjurkan beberapa siri kursus jangka pendek yang bertajuk
“Virtual Statistical &
Econometrics Short Course.”
Siri kursus jangka pendek ini merupakan program penjanaan kewangan PPSM dan diadakan sepenuhnya secara di atas talian.
Program ini telah dikendalikan oleh Cik Siti Zulaikha dengan bantuan teknikal daripada En Syed Muhammad Hussein. Penceramah jemputan program adalah Dr. Zainudin Arsad, yang merupakan pensyarah statistik di PPSM. Program ini telah menyasarkan peserta dari pelbagai institut dan bidang penyelidikan dengan tujuan untuk mendedahkan kepada peserta ilmu pengetahuan berkenaan kemahiran statistik yang tepat dan sesuai dalam menganalisis penyelidikan.
Berikut adalah 8 siri kursus pendek yang berjaya dijalankan: Introductory Statistical Data Analysis (17 – 18 Sep), Linear Regression Analysis (6 – 7 Sep), Analysis of Variance (9 – 10 Sep), Time Series Analysis (20 – 21 Sep), GARCH/Volatility Models (23 – 24 Sep), VAR & VEC Models (27 – 28 Sep), ARDL Model (30 Sep – 1 Okt) dan Categorical / Survey Data Analysis (4 – 5 Okt).
Sejumlah 202 orang perserta telah menyertai program bersiri ini. Penyertaan peserta adalah terdiri daripada pelbagai pusat tanggungjawab di Universiti Sains Malaysia seperti Pusat Pengajian Jarak Jauh, Pusat Kajian Kelestarian Global, Kampus Kejuteraan dan Institut Perubatan & Pergigian Termaju. Selain itu, program bersiri ini turut mendapat penyertaan daripada institut dan organisasi luar seperti UniKL, UNIMAS, UiTM, UMS, FRIM dan Institut Kesihatan.
PROGRAM RAMAH MESRA PELAJAR BAHARU SIDANG AKADEMIK 2021/2022
“Program Ramah Mesra” merupakan program di bawah anjuran Persatuan Sains Matematik USM bersama Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL) Matematik. Program ini bertujuan untuk memberikan pengenalan kepada mahasiswa/i baharu Pusat Pengajian Sains Matematik Sidang Akademik 2021/2022 tentang Persatuan Sains Matematik USM di samping dapat memupuk semangat persatuan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi pengenalan PPSL Pusat Pengajian Sains Matematik terlebih dahulu dan seterusnya diiringi dengan sesi pengenalan Majlis Tertinggi dan Barisan Exco persatuan. Selain itu, terdapat juga sesi menjawab kuiz Matematik melalui platform Kahoot Trivia bagi merancakkan lagi program dan hadiah disediakan kepada pelajar yang memenangi permainan ini. Satu slot sesi soal jawab yang bermatlamat untuk membantu pelajar baharu dengan menjawab segala persoalan mereka juga telah berjaya dilaksanakan. Program ini berakhir dengan slot tayangan video diikuti dengan majlis penutup dari ucapan Yang Dipertua Persatuan Sains Matematik.
Poster Program Ramah Mesra
(Disediakan oleh: PERSATUAN SAINS MATEMATIK)
Pendaftaran Peserta Program Nama pemenang kuiz Kahoot Matematik
Sesi pengenalan barisan PPSL Hadiah yang diberikan kepada pemenang kuiz
Pengenalan barisan majlis tertinggi dan exco Tayangan video dan aktiviti persatuan
Peserta sedang masuk dalam platform Kahoot Sesi bergambar di akhir program
(Disediakan oleh: PERSATUAN SAINS MATEMATIK) (Disediakan oleh: PERSATUAN SAINS MATEMATIK)
PENCARIAN EXCO DAN PEMBANTU EXCO Pencarian Exco dan Pembantu Exco merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan setiap kali berlaku pelantikan barisan pimpinan Persatuan Sains Matematik bagi sidang akademik yang baru dan ia bertujuan untuk membantu dalam pelaksanaan gerak kerja pentadbiran persatuan serta memberi peluang kepada mahasiswa untuk meningkatkan kemahiran dan kualiti diri.
Pencarian ini dijalankan secara dalam talian sahaja melalui hebahan poster dalam akaun sosial media persatuan. Seramai sembilan belas orang telah berjaya dilantik menjadi exco untuk lapan jabatan dalam persatuan berdasarkan senarai nama pembantu exco pada sidang yang lalu. Manakala, seramai dua puluh empat orang berjaya mendaftarkan nama untuk ditemuduga sebagai pembantu exco pada tarikh yang telah ditetapkan
.
TEMUDUGA PEMBANTU EXCO
1‐3 November ‐ Temu duga Pembantu Exco telah diadakan selama tiga hari bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 11 malam melalui aplikasi Google Meet. Tujuan temu duga ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti dan memilih calon yang layak bagi jawatan yang hendak disandang serta jabatan yang dipilihnya di samping dapat memberi peluang kepada bakal Pembantu Exco untuk mengasah bakat mereka terutamanya dari aspek komunikasi dan juga keyakinan diri. Temuduga ini terbahagi kepada dua peringkat yang mana para peserta diminta untuk memperkenalkan diri dan latar belakangnya terlebih dahulu sebelum meneruskan sesi temu duga ini dengan menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh penemu duga mengikut jabatan yang dipilih. Penemu duga terdiri dalam kalangan Exco Persatuan Sains Matematik.
Ahli majlis tertingggi dan para exco
Poster pencarian pembantu exco
(Disediakan oleh: PERSATUAN SAINS MATEMATIK) (Disediakan oleh: PERSATUAN SAINS MATEMATIK)
WATIKAH PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN SAINS MATEMATIK
Majlis watikah pelantikan ini dilaksanakan untuk memberi pengiktirafan dan semangat kepada Exco dan juga Pembantu Exco yang baharu sahaja dilantik bagi sidang akademik 2021/2022 yang baru ini agar dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka dengan penuh tanggungjawab serta ikhlas. Watikah ini disempurnakan dengan sesi bacaan ikrar semua ahli jawatankuasa yang diketuai oleh saudari Alka Kaur Sandhu. Majlis diteruskan dengan ucapan alu- aluan Yang Di-Pertua persatuan iaitu saudara Mohamad Faiz untuk menyambut kehadiran ahli- ahli jawatankuasa yang baru dan seterusnya dilengkapi dengan sesi pengenalan diri dan ramah mesra antara ahli untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam persatuan.
KUTIPAN DERMA KILAT BUAT MANGSA BANJIR PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK
22‐ 31 Disember-Berikutan bencana banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini, Persatuan Sains Matematik USM amat bersimpati atas situasi tersebut. Jadi Kutipan Derma Kilat yang diadakan ini bertujuan untuk membantu mahasiswa/i dari Pusat Pengajian Sains Matematik yang telah menjadi mangsa banjir baru-baru ini. Penyata Kewangan senarai nama penyumbang juga telah disediakan. Manakala borang permohonan sumbangan telah diedarkan kepada pelajar untuk diisi oleh pelajar yang terlibat sebagai mangsa banjir. Sumbangan ini disalurkan ke akaun pelajar yang terlibat sebagai mangsa banjir ini ke nombor akaun yang diberikan dalam borang permohonan melalui perbankan internet. Melalui sumbangan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan bebanan keluarga pelajar yang terlibat dalam banjir yang melanda negara.
Ucapan aluan oleh Yang Di‐Pertua Persatuan
Sesi bergambar bersama‐sama pada akhir majlis
Poster Sumbangan Derma Kilat
(Disediakan oleh: DR MD. YUSHALIFY MISRO)
INTERNATIONAL VIRTUAL COURSE OF FINANCIAL MATHEMATICS ITB‐USM 2021
Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM), Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan “International Virtual Course of Financial Mathematics ITB‐USM 2021” pada 9 hingga 20 Ogos 2021. Program ini bertujuan untuk meningkatkan hubungan kerjasama dari segi akademik dan penyelidikan antara dua institusi pengajian tinggi.
Seminar ini juga berperanan sebagai medan perkongsian penyelidikan antara penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) dan Institut Teknologi Bandung (ITB) malah dapat menarik minat pelajar- pelajar di sana untuk menyambung pengajian di Malaysia. Selain itu, seminar ini memberi ruang dan peluang kepada penyelidik- penyelidik tempatan untuk mengadakan kolaborasi seperti geran penyelidikan antarabangsa, penyeliaan pelajar siswazah rentas sempadan, pemindahan ilmu dan sebagainya.
Program ini telah diketuai oleh Prof. Dr. Hailiza Kamarulhaili iaitu Dekan, Pusat Pengajian Sains Matematik, USM selaku penasihat program, Dr. Md yushalify Misro selaku koordinator program dan penceramah yang terlibat adalah Dr. Zainudin Arsad (USM), Dr.
Shamsul Rijal (USM), Dr. Majid Khan Majahar Ali (USM), Dr. Novriana Sumarti (ITB) dan En. Ade Candra Bayu (ITB).
Skop program adalah berkisar kepada bidang Statistik, Matematik Kewangan, dan Kewangan Islam. Program ini telah disertai oleh seramai 85 orang peserta yang mana 50 peserta adalah dalam kalangan pelajar Malaysia dan Indonesia manakala 35 orang peserta adalah penyertaan bukan pelajar.
Antara lain objektif program ini adalah
Menghimpunkan ahli-ahli profesional dari sektor awam dan swasta bagi memupuk semangat perpaduan dan kerjasama, menggalakkan perkongsian ilmu dan perbincangan yang bermakna dalam suatu majlis keilmuan sains matematik.
Menyediakan wadah bagi peserta bertukar buah fikir dan pandangan untuk mencetuskan kreativiti dan inovasi dalam penyelidikan dan pengajaran sains matematik dengan integrasi teknologi.
Mewujudkan peluang kerjasama berterusan dengan penyeliaan pelajar siswazah rentas sempadan, pemindahan ilmu, dan kolaborasi geran penyelidikan antarabangsa.
Memperkenalkan pendekatan teknologi dalam penyelidikan dan pengajaran Matematik menerusi program yang akan dijalankan.
Manfaat yang akan diterima dari program ini adalah : Meningkatkan pengalaman dan kemahiran staf
Meningkatkan kualiti penyelidikan dan pengajaran dalam bidang sains matematik dan statistik terutama bidang matematik kewangan
Mengembangkan bidang tumpuan penyelidikan staf dan kerja perundingan
Meletakkan universiti sebagai platform dan penggerak utama dalam bidang sains matematik dan statistik.
Pendaftaran Peserta
NATIONAL STATISTIC COMPETITION 2021
23 Okt‐ 6 Nov - National Statistic Competition (NSC) ialah satu program tahunan peringkat kebangsaan yang dianjurkan melalui kolaborasi bersama antara Pusat Pengajian Sains Matematik dan Persatuan Sains Matematik dan ini merupakan kali pertama pihak penganjur berjaya melaksanakan program ini secara langsung dalam talian melalui platform ‘Speed Exam’, ‘Zoom’ dan ‘Google Classroom’. Pertandingan ini dilaksanakan bagi melatih pelajar untuk berfikir secara kritikal dan kreatif dalam menyelesaikan permasalahan Matematik dalam bidang Statistik. Pertandingan ini mendapat sambutan yang baik dari pelbagai institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia yang mana seramai 152 orang peserta telah menyertai pertandingan tersebut. Terdapat dua pusingan dalam pertandingan ini yang mana hanya 50 peserta terbaik daripada pusingan pertama sahaja berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua. Pertandingan diakhiri dengan majlis penutupan serta sesi penyampaian hadiah berupa sijil dan cenderamata kepada para pemenang NSC dan juga pemenang cabutan bertuah.
Ucapan Aluan oleh Ketua Penasihat
Ucapan Pengarah Projek
Taklimat peraturan pertandingan
Peserta menjawab soalan
Majlis Penutupan Pertandingan Statistik Peringkat Kebangsaan
Aktiviti Cabutan Bertuah untuk peserta pertandingan
(Disediakan oleh: PERSATUAN SAINS MATEMATIK)
LAPORAN KOLOKIUM PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK
Kolokium Penyelidikan Pusat Pengajian Sains Matematik telah dimulakan pada pertengahan Disember 2020 dan disertai penyelidik-penyelidik samada tempatan dan luar. Penyelidik ini tidak hanya tertumpu kepada penyelidik dalaman Pusat Pengajian Sains Matematik serta USM, tetapi meliputi penyelidik-penyelidik antarabangsa. Tujuan utama kolokium ini diadakan adalah untuk memupuk konsep trans-disiplin antara pelbagai cabang disiplin ilmu matematik serta konsep pengaplikasian matematik dalam bidang kehidupan.
Seminar ini diadakan setiap dua minggu secara dalam talian. Ini adalah kerana keadaan pandemik yang masih tidak mengizinkan bagi kolokium dijalankan secara bersemuka. Walaupun kolokium dijalankan secara online, tetapi ianya telah menarik lebih ramai penonton memandangkan lebih mudah diakses samada oleh penyelidik/pelajar dari negara luar serta dalam negara.
Baru-baru ini, Pusat Pengajian Sains Matematik telah melantik tiga Felo Akademik dan mereka ini berfungsi untuk memantapkan lagi kecemerlangan pusat pengajian bukan sahaja dari segi peningkatan KPI tetapi juga dari segi keterlibatan pusat pengajian dengan universiti antarabangsa. Felo yang dilantik ini akan bekerjasama di pusat pengajian samada dari segi penulisan penyelidikan, pengajaran serta geran penyelidikan. Beberapa perancangan MOU juga dirancang antara universiti terbabit. Senarai Felo akademik yang dilantik bagi bulan Julai 2021 hingga Jun 2022 adalah seperti berikut:
Prof Dr. Nader Jafari Rad- Shahed University, Tehran, Iran Prof. Dr Hirohide Haga – Doshisha University, Japan
Prof. Dr. M. Ali Akbar – University of Rajshahi, Bangladesh
Assoc. Prof. Dr. Muhammad Abbas - University of Sargodha, Pakistan
Felo akademik yang dilantik juga akan terlibat dalam kolokium kerana mereka akan berkongsi penyelidikan terkini bersama-sama penyelidik dalaman serta luar. Berikut adalah senarai kolokium yang diadakan sepanjang Julai - Disember 2021
Minggu Penceramah Butiran Kolokium
40/17 Dr Achmad Abdulrazaq
Faculty of Military and Natural Sciences, Indonesia Defence University,
IPSC Area, Sentul, Bogor 16810, Indonesia
Tarikh : 14 Julai 2021 Masa : 3-4 PM
Tajuk : Eigenvalue decomposition of tropical matrix
42/19 Dr Muhammad Abbas University of Sargodha, Pakistan
Tarikh : 30 July 2021 Masa : 3PM
Tajuk : B-Spline 47/24 Prof M. Ali Akbar
University of Rajshahi, Bangladesh Tarikh : 1 Sept 2021 Masa : 2.30-3.30PM
Tajuk : Fractional Derivatives 47/24 Prof Hirohide Haga
Doshisha University, Japan Tarikh : 1 Sept 2021 Masa : 11-12 PM
Tajuk Agent Based Modeling and Simulations (ABMS) Series 1- Introduction
47/24 Dr Muhammad Abbas
University of Sargodha, Pakistan
Tarikh : 3 Sept 2021 Masa : 11-12 PM
Tajuk : B-Spline function for solving 4th order singular problem.
(Disediakan oleh: DR. FARAH AINI ABDULLAH) 48/25 Assoc. Prof Dr Darren Ong
Xiamen University, Malaysia Tarikh : 10 Sept 2021 Masa : 9.30-10.30 AM
Tajuk : Aperiodic Order in Visual Arts and Music 48/25 Assoc. Prof Dr. Sek Siok Kun
PPSM Tarikh : 14 Julai 2021
Masa : 3.30-4.30 AM
Tajuk : Introduction to geographic information system and spatial analysis
49/25 Prof. Hirohide Haga
Doshiha University Tarikh : 13 Sept 2021
Masa : 11-12 PM
Tajuk : Agent Based Modeling and Simulations (ABMS) Series 2- Applications
49/26 Prof. Dr Nader Jafari Rad
Department of Computer Science, Shahed University, Tehran, Iran
Tarikh : 14 Sept 2021 Masa : 3.30-4.30 PM
Tajuk : Theory of domination in graphs and hypergraphs- Part 1 51//28 Prof. Dr Nader Jafari Rad
Department of Computer Science, Shahed University, Tehran, Iran
Tarikh : 4 Okt2021 Masa : 2.30-3.30 PM
Tajuk : Theory of domination in graphs and hypergraphs- Part 2 51//28 Dr Noor A’lawiyah Abd Aziz
PPSM Tarikh : 6 Okt 2021
Masa : 2.30-3.30 PM
Tajuk : On k-step Hamiltonian graphs 51/28 Dr. Nabilah
PPSM Tarikh : 6 Okt 2021
Masa : 3.30-4.30 PM
Tajuk : A graph polynomial associated to some graphs of certain finite Non-Abelian groups
59/29 Dr Muhammad Fadhil Bin Marsani
PPSM Tarikh : 13 Okt 2021
Masa : 2.30-3.30 PM
Tajuk : Non-stationary model in flood frequency analysis 5 Dr Nur Fariha Syaqina Mohd Zulkepli
PPSM Tarikh : 13 Okt 2021
Masa : 2.30-3.30 PM
Tajuk : Non-stationary model in flood frequency analysis 5 Prof. M. Ali Akbar
University of Rajshahi, Bangladesh Tarikh : 25 Nov 2021 Masa : 10-11 AM
Tajuk : Beta derivative – Its properties and solutions of fractional differential equations concerning beta derivatives
7 Dr Khalid Hammood Al‐Jizani
Mustansiriyah University, Baghdad Iraq Tarikh : 10 Dec 2021 Masa : 3-4 PM
Tajuk : Beta derivative – Its properties and solutions of fractional differential equations concerning beta derivatives
Diharap kolokium yang dijalankan beserta perlantikan felo akademik ini akan memantapkan lagi kecemerlangan pusat pengajian di masa hadapan khususnya dalam bidang penyelidikan, perolehan geran berimpak tinggi serta penglibatan di peringkat antarabangsa.