• Tidak ada hasil yang ditemukan

Page 1 of 8 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Page 1 of 8 MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Page 1 of 8

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan

petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

(1) seperti garam jatuh di air (5) panjang akal

(2) tangan kosong (6) bagai cembul dengan tutup (3) banting tulang (7) bagai aur dengan tebing (4) lurus akal (8) baik budi

1 Sejak kemasukan ibu mereka ke hospital disebabkan kemalangan, Sarah dan Farah saling bekerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain dalam mengerjakan tugasan seharian di rumah. Mereka bergilir-gilir memasak, mencuci pakaian dan mengemas rumah.

2 Setelah anaknya bertambah seorang lag i, Encik Kasim sanggup bekerja siang dan malam. Pada waktu pagi, dia bertugas sebagai seorang posmen, menghantar surat dan bungkusan dari rumah ke rumah. Pada waktu petang hingga ke larut malam pula, dia memandu teksi untuk mendapatkan rezeki yang lebih.

3 Zaki sentiasa bercakap benar. Dia tidak bercampur dengan rakan-rakan yang sering berbohong dengan memberi alasan atau sebab apabila tidak membuat kerja sekolah yang diberi guru. Kekuatan Zaki juga adalah dia berani untuk mengaku salah.

4 Yusof mendengar s egala nasihat dan kata-kata perangsang Cikgu Amilia dengan teliti. Walaupun dia kerap meluangkan masa dalam kegiatan kokurikulum, dia seorang yang cepat meresap pelajaran dan pandai mengimbangi masa di antara pelajaran dan kegiatan-kegiatan lain yang disertainya.

5 Pasangan suami isteri Tuan Azman dan Puan Aida dikatakan sangat padan. Di mana ada Tuan Azman, di situ juga ada Puan Aida. Mereka sering melakukan aktiviti-aktiviti riadah bersama-sama. Kedua-duanya pandai bermain boling dan gemar berbasikal. Mereka juga memasuki pertandingan berlari bersama-sama. SOALAN JAWAPAN 1 2 3 4 5 Markah yang diperoleh

(2)

Page 2 of 8

MENGEDIT TEKS (10 MARKAH)

Arahan: Petikan yang berikut mengandungi lima patah perkataan yang telah digarisi kerana

penggunaannya salah. Betulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan imbuhan yang tepat atau menggantikan perkataan tersebut. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

Keguguran rambut adalah masalah yang dihadapi oleh ramai lelaki dan (6) betina.

Masalah ini boleh berpunca daripada banyak perkara. Selalunya perkara ini dialami oleh

(7) pasukan dewasa. Salah satu punca utama keguguran rambut ialah tekanan yang

dihadapi dalam kehidupan seharian.

Jika (8) orang tidak dapat mengawal situasi tekanannya, dia akan berasa begitu tertekan dan ini akan membuatnya berasa geram dan marah. Lambat laun, (9) ubah pada hormon-hormon di dalam tubuh akan menyebabkan rambut gugur. Cara yang terbaik ialah mengamalkan gaya hidup yang (10) sakit dengan menjaga kesihatan melalui pergaulan dan pemakanan yang seimbang.

SOALAN JAWAPAN 6 7 8 9 10 Markah yang diperoleh

(3)

Page 3 of 8

MELENGKAPKAN TEKS (10 MARKAH)

Arahan: Pilih ayat yang paling sesuai bagi melengkapkan teks yang diberikan. Kemudian, tulis

nombor jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

(1) Aku terus membuangnya. (2) Bulu Riri berwarna hitam.

(3) Riri menggigil apabila melihat aku.

(4) Aku segera berlari dan mendapatkan Riri. (5) Aku tahu bahawa ini pasti perbuatan Riri.

(6) Aku membuka mata dan aku lihat ibu ada di sisiku. (7) Aku berasa geli apabila bulu Riri mengenai kakiku. (8) Aku amat terkejut apabila tiba-tiba Riri menyerang aku.

Sila ambil perhatian! Aku ingin berkongsi mengenai pengalamanku. Keluargaku kini ada

memelihara seekor kucing. Riri namanya. Aku pula tidak suka akan kucing.

(11) ___________________. Aku sering memarahi Riri.

Suatu hari, aku naik berang apabila beg sekolahku berbau hancing. (12) _________________. Oleh sebab aku terlalu marah, aku memukul Riri berkali-kali. Tiba-tiba saja, tubuhku bertukar menjadi

seekor kucing. Tubuhku banyak ditumbuhi bulu dan aku boleh mengiau.

(13) _____________________. Riri mencakar tubuhku hingga berlumuran darah. Aku mengiau

kesakitan. Dalam kesakitan, aku terdengar namaku dipanggil berkali-kali. (14) ____________________. Ibu tersenyum apabila melihat aku cemas sambil meraba-raba lenganku. Aku lega apabila menyedari aku telah bermimpi. (15) _____________________. Riri mengiau apabila aku memeluk tubuhnya sambil meminta maaf. Aku berazam untuk tidak menganiaya binatang lagi. Sekian, terima kasih.

SOALAN JAWAPAN 11 12 13 14 15 Markah yang diperoleh

(4)

Page 4 of 8

KEFAHAMAN 1 : MENGENAL PASTI IDEA UTAMA (4 MARKAH)

Arahan: Baca petikan yang berikut dengan teliti. Kemudian, jawab semua soalan yang

mengikutiya.

Iklan sesuatu barangan banyak terdapat di sekeliling kita. Kita melihat iklan di luar dan di dalam rumah juga. Lazimnya, iklan digunakan untuk menarik hati pembeli. Contohnya, dalam pengiklanan pakaian, wanita-wanita yang memperagakan pakaian-pakaian sering terdiri daripada wanita-wanita yang jelita.

Untuk melariskan barangan sukan pula, orang yang aktif dalam bidang sukan yang terkenal digunakan untuk mempengaruhi pembeli. Begitu juga dengan orang yang terlibat dalam bidang seni, penampilan mereka dalam iklan barangan akan menambat hati peminat mereka untuk membeli barangan tersebut. Ahli-ahli ekonomi berpendapat bahawa peruntukan kewangan bagi keperluan iklan ini adalah satu pembaziran kerana kos iklan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan naik. Di samping itu, banyak gejala buruk iklan dapat mempengaruhi pengguna terutama golongan remaja. Hanya orang yang mempunyai budi dan hemah yang tinggi sahaja yang dapat menilai buruk baiknya sesuatu iklan itu.

Arahan: Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan mengenalpasti idea utama dalam teks yang

diberikan. Tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

16 Idea utama yang hendak disampaikan dalam perenggan pertama ialah tentang ____________

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

(2 markah)

17 Dua kesan buruk iklan ialah ____________________________________________________

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ (2 markah) Markah yang diperoleh

(5)

Page 5 of 8

(6)

Page 6 of 8

KEFAHAMAN 2 (26 MARKAH)

Arahan: Baca petikan karangan di bawah dengan teliti.

Siti Nur Aisyah mempunyai minat yang jarang sekali terdapat dalam diri seorang murid perempuan yang berumur 12 tahun sepertinya. Siti Nur Aisyah yang mesra dipanggil Aisyah itu minat menangkap ikan dan udang. Dia akan merayau-rayau dari satu tempat ke satu tempat yang lain membawa joran dan sauknya tanpa menghiraukan orang di sekelilingnya. Apabila mendapat tempat yang sesuai, dia akan mula melontarkan jorannya ke dalam kolam dan menunggu sehingga umpannya dimakan ikan-ikan yang sedang berkeliaran di dalam kolam tersebut.

Mereka yang berada di sekeliling terutama yang baru menceburi hobi ini tentu terpinga-pinga melihat gelagat Aisyah, memancing ikan dan tidak sedikit pun berasa geli atau takut memegang ik an-ik an yang berjaya ditangkapnya itu. Ada juga yang berasa malu melihat seorang budak perempuan dapat menangkap ikan dalam masa setengah jam menunggu!

Inilah hobi yang sering dilakukan Aisyah dan keluarganya sepanjang empat bulan lalu iaitu memancing ikan di kolam atau di tepi pantai di Labrador Park. Menurut ibu Aisyah, Puan Susanti Abu, seorang kerani di sebuah kilang di Jurong Island, semasa mula-mula mencuba aktiviti ini, mereka sanggup ke Labrador Park hampir setiap hari tetapi kini kegiatan itu telah dikurangkan kepada sekitar dua atau tiga kali seminggu memandangkan Aisyah akan menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah pada bulan Oktober ini.

“Saya minat sekali memancing. Walaupun ada yang berpendapat aktiviti ini tidak sesuai untuk kaum wanita, saya rasa memancing ini dapat dilakukan oleh sesiapa sahaja, tidak kira umur,” kata Puan Susanti yang sanggup membeli joran untuk dirinya, anaknya dan suaminya, Encik Johan Johari, dengan setiap joran berharga sekitar $25.

Pada awalnya beliau hanya mendapat sekitar dua ekor ikan sepanjang tiga jam berada di sana. Namun, setelah mendapat tunjuk ajar daripada beberapa penggemar memancing ikan yang sering ke sana, kini beliau sendiri boleh mendapat sehingga sepuluh ekor ikan!

“Ada yang mungkin menganggap hobi ini agak mahal kerana kalau kita beli ikan di pasar dengan harga $30, kita boleh beli hingga lima kilogram ikan selar. Tetapi membeli di pasar tidak begitu menarik berbanding menangkap ikan itu sendiri dan kemudian barbeku.”

“Sebelum ini juga, saya jarang melakukan sebarang aktiviti. Sekurang-kurangnya kini ada juga aktiviti yang dapat kami lakukan sekeluarga pada hujung minggu. Kadangkala beberapa sahabat-handai dan anggota keluarga lain akan turut serta, mengeratkan lagi silaturrahim antara kami,” tambah Puan Susanti.

(7)

Page 7 of 8

Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 6, jawab semua soalan berikut dengan

menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

18 Apakah hobi terbaharu Puan Susanti sekeluarga? (2 markah)

_________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

19 Apakah dua langkah pertama yang diambil Aisyah sebelum menunggu tangkapannya?

(4 markah) _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

20 Berikan dua kelebihan Aisyah sebagai seorang kanak-kanak dalam menangkap ikan.

(4 markah) _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

21 ‘.... hobi ini agak mahal ...’. Jelaskan kata-kata Puan Susanti ini. (4 markah)

_________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh

(8)

Page 8 of 8

22 Apakah faedah mempunyai hobi menangkap ikan? (4 markah) ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

23 ‘Sebelum ini juga, saya jarang melakukan sebarang aktiviti’. Nyatakan harapan Puan Susanti

dengan melakukan aktiviti ini. (4 markah)

___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

24 Berdasarkan petikan karangan di halaman 5, berikan maksud perkataan dan frasa yang berikut.

(i) menceburi hobi (2 markah)

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

(ii) penggemar (2 markah)

____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ SELESAI Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh

Referensi

Dokumen terkait

Perbedaan dengan penulisan ini adalah David Brain Kasidy Marpaung menekankan pada Polri dalam memberantas tindak pidana narkotika di Provinsi DIY., sedangkan penulisan

Pemberdayaan pemangku kepentingan dengan demikian merupakan suatu proses memberikan daya, kekuatan, kemampuan, kekuasaan kepada pemangku kepentingan pendidikan untuk

Dari hasil penelitian yang sudah dilaksanakan maka dapat disimpulkan bahwa penerapan model pembelajaran kooperatif tipe TPS berbantuan kartu berpasangan terbukti

Meskipun kedua indikator memiliki capaian yang cukup baik pada tahun 2019, terdapat beberapa capaian indikator lain pada TPB 10 yang belum memenuhi target dan juga hasil analisis

Karena website bagus dengan theme yang mahal sekalipun atau toko online dengan produk bagus, jika tidak ada / sedikit pengunjung (tra c) yang datang dan melihat produk

Hasil dari penelitian menunjukan bahwa aplikasi survei kepuasan dapat mempermudah pelanggan dalam menyampaikan keluhannya tentang kualitas pelayanan PDAM Kota

Insentif (misalnya kepentingan klien, kepercayaan, dll) dapat merusak independensi dan paling mungkin mempengaruhi audit di bagian-bagian yang paling membutuhkan

INDOSPRING di masa mendatang hendaknya tetap memikirkan bagaimana mengelola karyawan agar kepuasan kerja, komitmen dan kinerja karyawan tidak hanya sementara saja sehingga