• Tidak ada hasil yang ditemukan

MEMADANKAN PERIBAHASA ( 10 MARKAH ) SOALAN 1 SOALAN 5

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MEMADANKAN PERIBAHASA ( 10 MARKAH ) SOALAN 1 SOALAN 5"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

0 MEMADANKAN PERIBAHASA ( 10 MARKAH ) SOALAN 1 – SOALAN 5

Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

(1) ambil hati (2) bagai cembul dan tutup

(3) banting tulang (4) buka pintu

(5) ringan mulut (6) seperti ikan pulang ke lubuknya

(7) tahan uji (8) tanam budi

1

2

3

Rifqah dikenali oleh semua pekerja di pejabatnya. Sikapnya yang peramah dan mudah berborak telah membuatnya disenangi di kalangan rakan-rakana sepejabatnya.

Ibu tersinggung dengan prasangka abang. Abang telah mengatakan yang ibu selalu sahaja menyebelahi kakak setiap kali mereka bertengkar.

Encik Azmi dan isterinya merupakan pasangan yang sama padan. Mereka sama-sama belajar hingga ke menara gading dan kini berjawatan tinggi. Mereka juga mempunyai hobi yang sama iaitu mendaki gunung.

4 Nadra berasa gembira ayahnya telah membenarkannya berunding tentang masalah yang dihadapi serta rancangan untuk masa depan keluarga mereka. Mungkin, ayahnya sedar dia lebih matang untuk memberikan pendapatnya sendiri.

5 Hafiz dan kawan-kawannya sedang mengikuti perkhemahan di hutan. Semasa mereka mencari kayu api, mereka terjumpa sebuah pondok using. Kawan-kawan Hafiz

mencabarnya agar memasuki pondok itu. Walaupun diusik oleh kawan-kawannya bahawa pondok itu berhantu, Hafiz sedikit pun tidak berasa takut ketika memasuki pondok usang itu.

SOALAN JAWAPAN 1 2 3 4 5 Markah yang diperoleh

(2)

1 MENGEDIT TEKS (10 MARKAH)

SOALAN 6 – SOALAN 10

ARAHAN: Petikan berikut mengandungi lima perkataan yang telah digarisi kerana penggunaannya salah. Betulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan imbuhan yang tepat atau menggantikan perkataan tersebut. Tuliskan jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh (6) penyebab maut seperti strok haba. Semua orang berisiko menjadi (7) pesakit cuaca panas. Walau bagaimanapun,(8) dapatan kumpulan yang lebih berisiko seperti mereka yang menghidap penyakit system pernafasan,

penyakit darah tinggi, jantung dan kencing manis. Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan tubuh (9) dikeringkan atau otak yang kekeliruan. Oleh itu, orang ramai digalakkan minum air kosong walaupun tidak berasa (10) penat. Selain daripada itu, orang ramai patut hadkan aktiviti di luar serta berada di dalam bangunan selagi boleh.

SOALAN JAWAPAN 6 7 8 9 10 Markah yang diperoleh

(3)

2 MELENGKAPKAN TEKS (10 MARKAH)

SOALAN 11 – SOALAN 15

ARAHAN: Pilih ayat yang paling sesuai bagi melengkapkan teks yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

(1) Jangan berlengah lagi.

(2) Cepatlah berlari ke luar darjah. (3) Penggera kebakaran telah berbunyi.

(4) Pihak bomba dan pihak polis telah dihubungi.

(5) Pengurus operasi sekolah telah mengenal pasti puncanya.

(6) Tolong pastikan semua murid bergerak dengan selamat ke dewan.

(7) Ketika turun, elakkan daripada menggunakan tangga-tangga yang dekat dengan dewan sekolah.

(8) Guru-guru keselamatan sedang memeriksa setiap bilik darjah dan pastikan tandas telah dikosongkan.

Guru-guru dan murid-murid sekalian, harap bertenang. (11) ______________. Pengumuman ini bukan latihan tetapi amaran yang sebenar. (12) _____________. Dia mengesahkan satu kebakaran telah berlaku di pentas dewan sekolah.

Dengar arahan berikut dengan teliti. (13) _____________. Guru-guru yang lain

harus pastikan semua murid di bawah jagaan kamu berada bersama kamu sekarang sebelum bergerak ke padang. (14 ) ________________. Gunakan tangga-tangga yang dekat dengan bilik darjah sahaja. (15 ) ______________. Kita perlu menunggu

kedatangan mereka dengan tenang di padang nanti.

SOALAN JAWAPAN 11 12 13 14 15 Markah yang diperoleh

(4)

3

KEFAHAMAN 1: MENGENALPASTI IDEA UTAMA ( 4 MARKAH )

SOALAN 16 – SOALAN 17

Budaya membaca amat digalakkan di kalangan kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun golongan warga emas. Tujuan membaca bukan sahaja untuk menambahkan ilmu pengetahuan, malah boleh menjadikan ilmu tersebut sebagai panduan dan kemahiran dalam kehidupan seharian. Kita tidak perlu mempunyai koleksi buku yang banyak di rumah. Tidak semua orang yang mampu memiliki buku-buku yang diminati kerana kos buku yang tinggi.

Dengan wujudnya Lembaga Perpustakaan Kebangsaan, kita hanya perlu melangkah ke perpustakaan untuk meminjam buku. Perpustakaan-perpustakaan ini terletak di serata Singapura dan diisi dengan pelbagai koleksi buku dan selain daripada itu, perpustakaan-perpustakaan itu juga menyediakan perkhidmatan untuk para pengunjung seperti pencarian, penempahan serta melanjutkan tempoh meminjam buku melalui khidmat dalam talian.

Arahan: Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan mengenal pasti idea utama dalam teks yang diberikan. Tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

16 Idea utama yang hendak disampaikan dalam perenggan pertama ialah ______________

________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

________________________________________________________________________ (2 markah)

17

Para pengunjung di perpustakaan dapat menikmati kemudahan di perpustakaan

seperti

________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ (2 markah) Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh

(5)

4 KEFAHAMAN (26 MARKAH)

SOALAN 18 – SOALAN 24

Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.

Insan yang selama ini menyokong dan mendorong Aiman telah pergi buat selama-lamanya. Ayah Aiman telah menghidapi penyakit barah paru-paru.

Aiman terkenang pengorbanan ayahnya yang telah membesarkannya setelah ibu Aiman meninggal dunia. Aiman ditatang bagai minyak yang penuh. Ayahnya bekerja sebagai posmen pada waktu siang dan pengirim makanan yang dipesan melalui internet pada waktu malam pula. Setiap perlawanan bola sepak, ayah Aiman akan hadir walaupun sibuk membuat dua pekerjaan. Ayahnya sedar bahawa Aiman memerlukan lebih banyak latihan bola sepak agar kemahirannya dapat diasah. Tidak cukup dengan latihan di sekolah sahaja, Aiman juga dihantar ke sebuah akademi bola sepak yang terkemuka walaupun yuran untuk program bola sepak di sana agak mahal.

Ketika Aiman hilang semangatnya untuk pergi ke sekolah atau latihan bola sepak selama beberapa minggu, dia ditemukan dengan seorang kaunselor yang bernama Puan Lina. Puan Lina telah mengesahkan bahawa Aiman menghadapi kemurungan. Puan Lina menasihati Aiman agar memberi tumpuan terhadap cita-citanya agar pengorbanan ayahnya tidak disia-siakan. Dia juga menguruskan agar Aiman menghadiri kelas tuisyen berdekatan dengan tempat tinggalnya. Aiman kembali ke padang dan sekolah setelah sebulan menghilangkan diri.

Titik-titik peluh berputik di dahi Aiman ketika berdiri di hadapan gawang gol. Degupan jantungnya bagai berdentam-dentum di seluruh sanubarinya. Nama Aiman disorak bertalu-talu oleh para penyokongnya.

“Aiman, fokus! Kamu boleh!” jerit jurulatihnya, Encik Samad dengan penuh semangat. Encik Samad memang menaruh harapan pada Aiman yang menunjukkan bakat yang menyerlah dalam arena bola sepak. Aiman perasan lambaian Puan Lina. Aiman memang selalu memberikan tiket khas bagi ahli-ahli keluarga pemain bola sepak. kepada Puan Lina.

“Ayah, gol ini untuk Ayah,” bisik hati kecil Aiman dengan penuh tekad.

Aiman memandang muka penjaga gawang dari Jepun itu dengan tajam sambil memilih sudut gawang gol yang paling terbuka. Sudah beberapa kali, Aiman cuba menjaringkan gol namun tidak berhasil. Dengan tendangan yang kuat serta tepat pada sasaran, stadium bergegar dengan tepukan dan sorakan penonton-penonton yang hadir. Rakan-rakan sepasukan Aiman memeluknya. Tiupan wisel menandakan tamatnya perlawanan yang genting itu. Akhirnya, Singapura telah mencapai impian memenangi pingat emas untuk bola sepak dalam Sukan Olimpik Belia.

Air mata bergenang di kelopak mata Aiman. Bayangan wajah ayahnya seperti kelihatan tersenyum lebar di kalangan penonton-penonton yang melonjak kegembiraan tanpa henti. Hati Aiman gembira bercampur terharu.

(6)

5

Arahan: Berdasarkan petikan karangan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

18 Apakah yang terjadi pada ayah penulis? (2 markah)

________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

19 Ayah Aiman seorang ayah yang berdedikasi. Berikan dua bukti. (4 markah ) ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________

20 Nyatakan dua cara Puan Lina menangani masalah kemurungan Aiman. (4 markah) ________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh

(7)

6

21 Berikan bukti bahawa Aiman tidak lupa akan jasa orang lain.

(4 markah) __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________

22 Aiman merupakan pemain harapan bagi pasukan bola sepaknya. Berikan contoh bagi menyokong jawapan kamu. (4 markah)

_________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________

23 Nyatakan perasaan Aiman ketika ‘air mata bergenang di kelopak mata’. Berikan sebab Aiman berperasaan begitu.

(4 markah) _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ _________________________________________________________________________ Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh

(8)

7

24 Berdasarkan petikan karangan di halaman 6, berikan maksud perkataan dan frasa yang berikut.

(i) diasah (2 markah)

________________________________________________________________________

(ii) tumpuan (2 markah)

_________________________________________________________________________ SELESAI Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh

(9)

8

Sekolah Rendah Beacon P6 SA 1 2016

Bahasa Melayu Lanjutan P6

Memadankan Peribahasa (10 markah)

1. ( 5 ) ringan mulut 2. ( 1 ) ambil hati

3. ( 2 ) bagai cembul dan tutup 4. ( 4 ) buka pintu

5. ( 7 ) tahan uji

Mengedit Teks (10 markah)

(6) menyebabkan (Imbuhan) (7) mangsa ( Kosa Kata) (8) terdapat (Imbuhan) (9) kekeringan (Imbuhan) (10) haus/ dahaga (Kosa Kata)

Kefahaman 1: Melengkapkan Teks (10 markah) 11. ( 3 ) 12. ( 5 ) 13. ( 8) 14. ( 7 ) 15. ( 4 )

Kefahaman 1: Mengenal Pasti Idea Utama (4m)

16. … budaya membaca digalakkan di kalangan semua lapisan masyarakat untuk pelbagai tujuan. 17. …pencarian, penempahan serta melanjutkan tempoh meminjam buku melalui khidmat dalam talian.

Kefahaman 2 (26m)

18 Ayah penulis telah meninggal dunia. (2m)

19 Ayah Aiman menghadiri septiap perlawanan bola sepaknya. (2m)

Aiman juga dihantar ke sebuah akademi bola sepak yang terkemuka walaupun yuran untuk program bola sepak di sana agak mahal. (2m)

20 Puan Lina menasihati Aiman agar memberi tumpuan terhadap cita-citanya agar pengorbanan bapanya tidak disia-siakan. (2m)

Dia juga menguruskan agar Aiman menghadiri kelas tuisyen berdekatan dengan tempat tinggalnya. (2m)

21 Aiman memang selalu memberikan tiket khas bagi ahli-ahli keluarga pemain bola sepak. kepada Puan Lina. (2m) Dia menujukan/menjaringkan gol itu untuk ayahnya. (2)

22 Nama Aiman disorak bertalu-talu oleh para penyokongnya.(2m) Jurulatihnya memberikan semangat untuk menjaringkan gol. (2m)

23 Aiman bersyukur/ lega/ terlalu gembira kerana dia telah berjaya menjaringkan gol lalu memenangi pingat emas untuk Sukan Belia Olimpik. ( 4m)

Dia terharu memikirkan tentang ayahnya yang telah meninggalkan dunia. (4m) 24 i) ditajamkan, ditingkatkan, diperbaiki, dikembangkan (2m )

Referensi

Dokumen terkait

Dalam latihan faktor pemulihan memegang peranan yang sangat penting apalagi sedang menjalani program dengan intensitas tinggi, sehingga cadangan energi dalam tubuh

Alumni memberi kontribusi cukup besar dalam penggalangan sumberdana untuk kemajuan dan perkembangan lembaga program studi PG-PAUD baik dalam bentuk sumbangan buku terkini,

Data hasil penelitian pretest dan post-test pengaruh latihan Passing segi empat terhadap kemampuan teknik dasar Passing atlet di Sekolah Sepak Bola Ksatria Solo usia 10-12