• Tidak ada hasil yang ditemukan

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)

Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

(1) buka pintu (2) tanam budi

(3) makan suap (4) ayam tambatan

(5) bagai lebah menghimpun madu (7) umpama minyak setitik, di laut

sekalipun timbul jua

(6) bagai pinang dibelah dua (8) seperti air dalam kolam

1 Pasukan bola sepak Singa Merah telah memenangi pertandingan bola sepak antara kawasan undi. Kemenangan mereka telah diduga kerana pemain yang menjadi harapan mereka menjaringkan gol terbanyak telah kembali bermain setelah pulih daripada sakit.

2 Encik Kamal, seorang yang baik dan bersifat mulia. Walaupun baharu berpindah ke Kampung Maya, beliau telah dilantik menjadi ketua kampung dengan sebulat suara oleh para penduduk kampung tersebut. Beliau menggantikan ketua kampung lama yang telah uzur.

3 Sahlan yang telah melamar pekerjaan di Syarikat ABC, berharap selepas berunding dengan para pegawai tingginya, beliau diberikan peluang menjadi salah seorang kaki tangan di syarikat itu.

4 Ridhuan suka menolong kepada sesiapa sahaja. Tidak kira orang kaya atau miskin yang meminta pertolongannya, pasti dibantunya. Sikapnya yang suka berbuat baik ini, amat disenangi oleh sesiapa sahaja.

5 Kehidupan Haji Karim senang dan mewah walaupun usianya telah lanjut dan tidak bekerja lagi. Ini disebabkan semasa muda beliau sangat rajin bekerja dan berusaha mencari rezeki untuk keluarganya.

SOALAN JAWAPAN 1 2 3 4 5 Markah yang

(2)

2

MENGEDIT TEKS (10 MARKAH)

Arahan: Petikan yang berikut mengandungi lima perkataan yang telah digarisi kerana penggunaannya salah. Betulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan imbuhan yang tepat atau menggantikan perkataan tersebut. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

Penggunaan alat ketuhar gelombang mikro pada masa sekarang sudah menjadi kebiasaan. (6) Terbanyak ia digunakan untuk memanaskan kembali makanan yang telah dimasak. Oleh kerana kesibukan kaum ibu yang bertugas (7) pada luar rumah, mereka telah menyediakan masakan seawal mungkin. Namun makanan yang dipanaskan berulang kali, menyebabkan(8) nilainya berubah menjadi tidak sihat.

Khasiat protein yang terdapat pada daging ayam dan telur yang telah dimasak, akan menyebabkan terjadi (9) berubah yang tidak sihat sekiranya berulang kali masakan-masakan itu dipanaskan. Contohnya, kerosakan yang timbul pada zat makanan tersebut (10) sanggup menjadi racun yang menjejas sistem pencernaan dalam badan si pemakan.

SOALAN JAWAPAN 6 7 8 9 10 Markah yang diperoleh

(3)

MELENGKAPKAN TEKS (10 MARKAH)

ARAHAN : Pilih ayat yang paling sesuai bagi melengkapkan teks yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

( 1 ) Sesuai dengan cogan kata kami. ( 2 ) Kami tidak mengenakan bayaran

( 3 ) Kami berharap anda sering-sering berkunjung ke sini. ( 4 ) Jamulah selera anda seberapa yang anda mahukan. ( 5 ) Tukang-tukang masak kami sentiasa berbudi bahasa. ( 6 ) Usahlah diragukan kalau anda mahukan keupayaan kami. ( 7 ) Mereka terlatih dan bekerja dengan bersungguh-sungguh hati.

( 8 ) Resepi hidangan yang kami sediakan terdiri daripada pelbagai rasa.

Para hadirin yang kami muliakan. Kami bagi pihak Restoran Zaharah, berasa sungguh berbesar hati hari ini atas kunjungan anda menyaksikan pembukaan restoran kami. (11)________________ Restoran ini menjanjikan pelbagai hidangan yang enak. (12)________________.

Kami mempunyai tukang-tukang masak yang berpengalaman.

(13) ________________.Kami mengutamakan kepuasan hati pelanggan kami. Kami akan melayan anda sebagai raja. (14)________________. Iaitu Pelanggan Paling Utama dan Dipercaya. (15) ________________. Anda tidak akan menyesal dengan wang yang telah anda belanjakan untuk menjamu selera di Restoran Zaharah.

SOALAN JAWAPAN 11 12 13 14 15

(4)

4

MENGENAL PASTI IDEA UTAMA (4 MARKAH)

Arahan : Baca petikan yang berikut dengan teliti. Kemudian, jawab semua soalan yang mengikutinya.

Golongan remaja masa kini, ramai yang suka berbelanja untuk memiliki barangan berjenama yang menjadi idaman mereka. Mereka berasa kurang senang apabila tidak dapat membeli barangan tersebut. Golongan remaja ini beranggapan. ianya sebagai satu kemestian untuk mengikut peredaran zaman atau trend masa kini.

Perbezaan remaja pada masa sekarang ini dengan yang dahulu ialah, keadaan persekitaran yang dilalui oleh mereka. Remaja masa kini, demi mengikut arus pembaharuan dan cabaran teman-teman, mereka sanggup berbelanja besar dengan mengeluarkan wang yang banyak untuk mendapatkan penerimaan daripada teman-teman. Secara tidak sedar, ramai di kalangan remaja yang tertekan hanya kerana hendak mempunyai penampilan sempurna sebanding dengan teman-teman mereka.

Arahan: Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan mengenal pasti idea utama dalam teks yang diberikan. Tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

16 Idea utama yang hendak disampaikan dalam perenggan pertama ialah ______ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________

( 2 markah )

17 Sebab-sebab yang menjadikan remaja tertekan_________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ ( 2 markah ) Markah yang diperoleh

(5)

KEFAHAMAN (26 MARKAH)

Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.

“Ahmad, sila penuhkan borang ini. Esok kembalikan kepada ayah, ” kata Encik Hamid sambil menghulur borang yang dipegangnya kepada anaknya. Tanpa sepatah kata Ahmad mematuhi suruhan ayahnya.

Peristiwa itu berlaku kira-kira tiga puluh tahun yang lalu. Masa itu Ahmad baharu sahaja selesai menduduki Peperiksaan Sijil Am Pelajaran peringkat ‘O’. Arwah ayahnya mahukan beliau memohon pekerjaan sebagai jururawat. Pada awalnya, Ahmad keberatan untuk menjadi seorang jururawat. Beliau menganggap ia sebagai tugas kaum Hawa. Namun akhirnya Ahmad memenuhi keinginan arwah ayahnya, yang mahukan beliau menjadi seorang jururawat dan menjalani latihan sebagai jururawat.

Semasa menjalani Perkhidmatan Negara, Ahmad dipilih menjadi seorang paramadik. Beliau juga berkesempatan mengikuti pembedahan di Hospital Besar Singapura. Sejak itu minatnya kian bertambah terhadap dunia kejururawatan. Apa lagi peluang bekerja yang diperolehinya di beberapa hospital tempatan menambah dalamnya lagi minat beliau terhadap kerjaya ini.

Tugas sebagai seorang jururawat menurut beliau sungguh mencabar.

“Melihat keadaan pesakit yang bertambah teruk dan terlalu lemah, rasa sedih menyelubungi hati kami kerana tidak berdaya untuk menyelamatkannya. Namun sekiranya pesakit yang kami rawati itu bertambah baik atau pulih serta dibenarkan pulang ke pangkuan keluarganya, perasaan puas menyelubungi hati kami, jelas Ahmad.

Sepanjang kerjayanya, walaupun telah bertugas sebagai jururawat terlatih, Ahmad tetap mempunyai minat terus belajar demi untuk mempertingkatkan kemahirannya dalam bidang tersebut. Beliau mengikuti kursus penjagaan pesakit yang lebih kritikal. Beliau juga berjaya mendapat tajaan melanjutkan pengajian dan meraih ijazah di Institut Pengurusan Singapura.

Ahmad juga bekata,”Kerjaya jururawat ini tidak semestinya dikuasai oleh kaum wanita. Kaum lelaki juga boleh menjadi seorang jururawat yang baik.”

“Kerjaya ini, boleh memberikan peluang yang baik untuk mempertingkatkan diri,” tambah Ahmad dengan yakin.

(6)

6

Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 6, jawab semua soalan yang berikut. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

18 Apakah tujuan ayah Ahmad menyuruhnya mengisi borang yang diberikan? (2 markah)

19 Mengapakah Ahmad menerima borang yang diberikan tanpa sepatah kata? Berikan pendapat kamu.

(4 markah)

20 Ahmad semakin minat terhadap kerjaya sebagai jururawat . Buktikan.

(4 markah) Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh

(7)

21 Ahmad berpendapat bahawa kerjaya jururawat mencabar. Jelaskan. (4 markah)

22 Apakah sifat-sifat yang baik dan boleh dicontohi tentang Ahmad? Buktikan.

(4 markah)

23 Apakah pendapat yang diberikan Ahmad mengenai kerjayanya?

Jelaskan. (4 markah) Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh

(8)

8

SELESAI

24 Berdasarkan petikan karangan di halaman 6, berikan maksud perkataan dan frasa yang berikut.

(i) (i) ia sebagai tugas kaum Hawa (2 markah)

(ii) rasa sedih menyelubungi hati (2 markah)

Markah yang diperoleh

(9)

KERTAS PEPERIKSAAN SA1 P6BML 2016 KEKUNCI JAWAPAN

SOALAN JAWAPAN SOALAN JAWAPAN SOALAN JAWAPAN

1 4 6 kebanyakan 11 3

2 8 7 di 12 8

3 1 8 mutu 13 7

4 2 9 perubahan 14 1

5 5 10 boleh 15 4

16 ... remaja masa kini, ramai yang suka berbelanja untuk memiliki barangan mengikut peredaran zaman

17 ... hanya kerana hendak mempunyai penampilan sempurna

sebanding dengan teman-teman mereka.

18 Ayahnya mahukan Ahmad melamar pekerjaan sebagai

jururawat.

19 Ahmad tidak berminat menjadi jururawat tetapi beliau menghormati ayahnya.

20 Semasa menjalani Perkhidmatan Negara, Ahmad dipilih menjadi seorang paramadik. Beliau juga berkesempatan mengikuti pembedahan di Hospital Besar Singapura. Sejak itu minatnya kian bertambah terhadap dunia kejururawatan 21 Tugas sebagai seorang jururawat menurut beliau sungguh

mencabar.Perasaan sedih Kalau keadaan pesakit yang bertambah teruk dan terlalu lemah, tidak berdaya untuk menyelamatkannya. Namun perasaan puas hati jika pesakit yang dirawat itu bertambah baik atau pulih serta dibenarkan pulang ke pangkuan keluarganya.

22 Ahmad seorang yang rajin dan mempunyai minat terus belajar demi untuk mempertingkatkan kemahirannya dalam bidang tersebut walau pun sudah mempunyai tugas.

23 Kerjaya jururawat ini tidak semestinya dikuasai oleh kaum wanita. Kaum lelaki juga boleh menjadi seorang jururawat yang baik dan kerjaya ini boleh memberikan peluang yang baik.”

24 (i) Kebanyakan orang perempuan menjadi jururawat. (iI) Timbul perasaan sedih di hati / Hati berasa sedih.

(10)

Referensi

Dokumen terkait

Insentif (misalnya kepentingan klien, kepercayaan, dll) dapat merusak independensi dan paling mungkin mempengaruhi audit di bagian-bagian yang paling membutuhkan

Perbedaan dengan penulisan ini adalah David Brain Kasidy Marpaung menekankan pada Polri dalam memberantas tindak pidana narkotika di Provinsi DIY., sedangkan penulisan

Pemberdayaan pemangku kepentingan dengan demikian merupakan suatu proses memberikan daya, kekuatan, kemampuan, kekuasaan kepada pemangku kepentingan pendidikan untuk

Dari hasil penelitian yang sudah dilaksanakan maka dapat disimpulkan bahwa penerapan model pembelajaran kooperatif tipe TPS berbantuan kartu berpasangan terbukti

Meskipun kedua indikator memiliki capaian yang cukup baik pada tahun 2019, terdapat beberapa capaian indikator lain pada TPB 10 yang belum memenuhi target dan juga hasil analisis

Karena website bagus dengan theme yang mahal sekalipun atau toko online dengan produk bagus, jika tidak ada / sedikit pengunjung (tra c) yang datang dan melihat produk

Sementara itu, kajian yang mengedepankan aspek kultural yang terkait dengan Atribut, Nasionalisme yang ada pada diri mereka, khususnya terkait dengan konteks sejarah pembentukan

Dalam fase ini, secara emosional orang yang kreatif tidak akan menyibukkan diri dengan berbagai permasalahan, dan proses berpikir sedang dalam kondisi tidak aktif, serta