• Tidak ada hasil yang ditemukan

Titas Grouping

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Titas Grouping"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN SIDANG 2012/2013 (SEMESTER 2)

HTU 223/2: TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA Nama Pensyarah: Dr Suhaila Abdullah

TAJUK: 6. ISLAMOPHOBIA

Nama Ahli Kumpulan No Matrik

1. Herman bin Hasim 113229 2. Abang Mohamad Borhan b. Abang Mouhammad Hashim 117607

3. Azrul Aminul Rashid bin Mohd. Ali 113224

4. Badrul Hisham bin Shahid 113225

(2)

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

 Pengenalan 3

 Faktor terjadunya Islamophobia 4

 Islamophobia di Barat 5

 Islamophobia di Asia 6

 Kesan-Kesan Islamophobia 9

 Kesimpulan 11

(3)

PENGENALAN ISLAMOPHOBIA

Islamophobia ialah suatu perasaan sangsi atau kebencian atau takut terhadap orang-orang Islam. Perkataan ‘Islamophobia’ kian meluas semenjak berlakunya peristiwa serangan 11 September 2001 ke atas negara Amerika. Di sini kami mengemukakan beberapa contoh Islamophobia yang berlaku di barat juga di asia.

Semakin lama jika kita perhatikan semakin banyak kes-kes Islamophobia yang berlaku di dunia Barat. Pelbagai insiden penghinaan samada di Amerika ataupun di Eropah terhadap agama Islam dan umat Islam. Ianya seolah segala keburukan dan kejahatan itu datangnya daripada ajaran agama Islam. Undang-undang diwujudkan bagi menyekat hak umat Islam dan ia tidak di anggap melanggar hak asasi manusia. Islamophobia didefinasikan sebagai kontroversi yang merangkumi prasangka dan diskriminasi terhadap Islam. Islamophobia juga merupakan satu bentuk “NEOLIGISME” yang merujuk kepada diskriminasi atau prejudis terhadap orang Islam dan agama Islam. Ianya juga diberi maksud ketakutan yang berlebih-lebihan terhadap Islam namun disebaliknya ia digunakan untuk menunjukkan sikap berat sebelah dan prasangka buruk terhadap orang islam. Istilah Islamophobia mula digunakan pada tahun 1980-an dan menjadi popular selepas serangan di Amerika Syarikat pada11 September 2001. Terdapat juga yang mendefinisikan Islamophobia sebagai rasa fobia atau kebimbangan terhadap Islam sama ada pada penganutnya, ajarannya, budayanya dan yang berkaitan dengan Islam. Pelbagai andaian timbul berkenaan agama Islam semenjak itu. Antara persepsi negatif orang yang bukan beragama islam terhadap agama Islam adalah di manaIslam merupakan agama yang menggalakkan keganasan, Islam mengamalkan diskriminasi terhadap wanita dan Islam merupakan agama yang ketinggalan zaman. Persepsi-persepsi buruk ini berleluasa kerana peranan media barat yang sering memburuk-burukkan agama Islam, sedangkan agama Islam adalah agama yang mencintai keamanan. Malah, agama Islam juga yang membela kaum wanita. Sebagaimana kisah pada zaman jahiliyyah yang membunuh anak-anak perempuan kerana menganggap anak perempuan adalah satu keaiban bagi mereka. Kemudian, kemunculan agama Islam mengubah amalan tersebut dengan menaikkan martabat seorang wanita. Pada tahun 1997, Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamophobia sebagai rasa takut dan benci terhadap Islam justeru itu

(4)

membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam. Selain itu, ia juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. Islamophobia juga termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas daripada dikenali sebagai satu agama mulia. Mungkin benar ada sekumpulan pelampau agama yang menjadi ancaman sebenar kepada keamanan dunia. Tetapi adakah sekumpulan manusia ini, yang merentasi pelbagai agama, boleh dijadikan alasan untuk dunia menyerang semua orang dalam agama itu? Di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah, inilah yang berlaku terhadap orang Islam. Hanya kerana propaganda AS yang tidak henti-henti bercakap mengenai pengganas Al-Qaeda, yang jumlahnya mungkin tidak sampai 0.1 peratus pun daripada jumlah umat Islam, satu stereotaip dilemparkan kepada orang Islam.

FAKTOR TERJADINYA ISLAMOPHOBIA

Terdapat dua faktor mengapa terjadinya Islamophobia iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Antara faktor luaran yang menyebabkan hal ini berlaku adalah penghijarahan orang Islam ke negara majoriti bukan Islam yang memberi implikasi kurangnya peluang pekerjaan untuk rakyat negara tersebut. Selain itu, kejahilan dan kurang pengetahuan orang bukan Islam mengenai Islam seterusnya Islam dilihat sebagai menggugat gaya hidup dan suatu agama yang ganas. Tidak dapat dinafikan tragedy serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat sememangnya memberi impak dan kesan yang sangat besar sehingga Islamophobia telah menular luas khususnya di Eropah. Antara faktor luaran yang lain pula ialah terdapat gerakan-gerakan Islamophobia yang menyokong dari segi dana dan sanggup membayar puluhan juta ringgit demi menanam ketakutan rakyat Amerika Syarikat terhadap Islam. Pengaruh media di barat juga berperanan dalam memberi kesan yang ketara supaya orang bukan Islam membenci Islam. Hasilnya, terjadi diskriminasi dan prejudis yang melampau terhadap Islam sehingga menyebabkan penindasan dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat Islam di barat.

Faktor dalaman pula adalah disebabkan oleh kurangnya penyebaran maklumat mengenai negara Islam yang menjadi mangsa keganasan di mana media-media massa banyak menjadikan Islam sebagai punca keganasan sahaja tanpa menyiarkan berita mahupun isu-isu keganasan yang berlaku ke atas negara Islam oleh negara-negara bukan Islam yang telah sekian lama berlaku. Selain itu, kurangnya maklumat insiden Islamophobia yang berlaku dan kurangnya maklumat

(5)

mengenai keganasan oleh gerakan agama lain menjadi faktor menularnya penyakit Islamophobia ini. Kebangkitan kuasa politik Islam seperti Iran dan Turki selain kekuatan ekonomi Negara-negara Islam seperti Negara pengeluar minyak juga merupakan faktor dalaman yang menambah ketakutan orang bukan Islam terhadap Islam.

ISLAMOPHOBIA DI BARAT

Kemuncak tanda Islamofobia Barat ialah apabila ada paderi yang mengumumkan niatnya untuk membakar ratusan naskhah al-Quran bercetak sebagai memperingati peristiwa 11 September di Amerika Syarikat baru-baru ini. Walaupun niatnya itu dibatalkan tetapi dunia tergamam dengan pengumumannya. Orang Islam di seluruh dunia marah dan tidak kurang yang sudah mengancam nyawanya. Apa yang dikhuatirkan ialah apabila beliau meneruskan juga niatnya itu dan satu tindak balas yang ganas mungkin akan berlaku dari kalangan orang Islam, yang natijahnya hanya memburukkan lagi hubungan antara orang Islam, dan Kristian serta selanjutnya menyusahkan dunia keseluruhannya.

Bagi orang Islam, niatnya untuk membakar naskhah al-Quran bercetak adalah sikap Islamofobia iaitu takut pada Islam dan bermaksud takut pada perkara yang tidak patut. Sememangnya Islam tidak patut ditakuti. Apabila seseorang itu takut pada Islam, maka wujudlah Islamofobia. Namun kini di Barat, itulah yang berlaku dalam kalangan masyarakat tempatan mereka.

Tetapi bagi orang Barat, apa yang mereka rasakan bukanlah Islamofobia. Bagi mereka, ketakutan kepada Islam itu adalah berasas dan ia bukan fobia. Mereka berpendapat memang wajar Islam ditakuti dan dimusuhi. Ini kerana Islam yang difahami mereka ialah agama yang mempunyai sifat untuk menghancurkan semua tamadun lain, termasuklah Barat. Pada pandangan mereka, Islam hanya mahu wujud sendiri dan menakluki agama dan tamadun lain.

Tanda terbesar sikap Islam ini menurut kaca mata mereka ialah peristiwa 11 September. Lihatlah bagaimana pengganas Islam telah menyerang simbol-simbol tamadun Barat. Pusat Perdagangan Dunia (WTC) adalah simbol ekonomi Amerika. Pentagon adalah simbol pertahanan Amerika dan Kongres adalah simbol politik Amerika. Gerakan keganasan Islam inilah yang menjadi bukti pada mereka bahawa Islam wajar ditakuti. Perasaan takut ini pula bagi mereka adalah berasas. Itu dari segi amalan, tetapi dari segi pemikiran pula, ada di antara mereka yang turut membaca terjemahan al-Quran. Apa yang mereka dapati ialah ada ayat-ayat keras yang menyeru orang Islam memerangi orang kafir. Mereka juga berasakan bahawa Islam akan sentiasa berusaha

(6)

untuk menakluki orang bukan Islam. Maka antara sebab itulah gereja berkenaan mahu membakar naskah al-Quran bercetak sebagai usaha menghantar mesej kepada umat Islam bahawa Barat menganggap ajaran al-Quran sebagai jahat. Bagi orang Islam, al-Quran dan Islam adalah semulia-mulia ajaran, tetapi bagi Barat kitab itu membawa dorongan untuk melakukan keganasan. Bagi Barat, al-Quran juga yang membawa kepada peristiwa 11 September itu. Tetapi bagi orang Islam umumnya, serangan dalam 11 September itu bukan ajaran Islam. Keganasan bukan ajaran Islam. Orang Islam sendiri bukan saja takut pada keganasan, tetapi telah pun menjadi mangsa kepada keganasan.

Di Afghanistan, Indonesia, Pakistan dan Iraq, orang Islam turut menjadi mangsa keganasan yang dilancarkan atas nama Islam juga. Bukan saja orang Barat, orang Islam juga takut kepada keganasan. Apa yang berlaku bukannya terrorfobia, tetapi ketakutan terhadap keganasan yang sememangnya ada asas.. Pemimpin agung Mujahidin, Ahmad Massoud yang banyak berjasa dalam jihad menentang komunis telah dibunuh oleh al-Qaeda. Sama-sama berjuang atas nama jihad. Tentunya orang Islam umumnya menolak Al-Qaeda dan kaedah perjuangannya. Mungkin benar ada sekumpulan pelampau agama yang menjadi ancaman sebenar kepada keamanan dunia. Tetapi adakah sekumpulan manusia ini, boleh dijadikan alasan untuk dunia menyerang semua orang dalam agama itu, khususnya penganut agama Islam? Maka mari kita fikirkan bersama, apa benar tentang kebimbangan yang tidak berasas ini.

ISLAMOPHOBIA DI ASIA

Sejarah berlakunya islamophobia di kawasan asia adalah berikutan dengan berlakunya peristiwa 11 mei yang berlaku di Amerika. Berikutan daripada berlakunya peristiwa tersebut telah memberikan impak yang besar terhadap golongan bukan islam terhadap bukan islam di asia dengan melebelkan orang islam adalah pengganas dan terbentuklah ada juga golongan yang menjadi takut dengan orang islam yang dipanggil islamophobia. Selain itu, Sebelum terjadinya peristiwa 11 September, Presiden amerika syarikat telah mengarahkan pegawainya sebagai utusan mereka untuk memantau Pertubuhan Persidangan Islam atau OIC yang telah ditubuhkan di Iran pada tahun 1999. Ini telah menunjukkan bahawa pandangan serong terhadap orang islam telah lama bermulanya pada masa dahulu lagi.

Untuk menjaga hak asasi orang islam, OIC telah bergabung antara Negara islam. Human right watch HRW menyatakan bahawa oic adalah tekad untuk berjuang. Ini adalah kerana ia adalah

(7)

gabungan Negara asia yang dikecam dan di kritik oleh Negara Negara lain seperti pertubuhan-pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB. Selain daripada itu, Negara- Negara bukan islam juga tidak menyukai tindakan yang diambil oleh orang islam, contohnya seperti peperangan yang berlaku di asia tengah seperti Negara lubnan pada tahun 2006 negara OIC mengambil bahagian untuk mengecam para pakar kerana berani melihat pelanggaran Israel sama juga dengan Hizbulla. OIC menuntut bahawa dewan harus bekerja sama dengan kerajaan daripada hanya mengutuk merek. HRW menjawab bahawa ini hanya berjaya jika mereka yang sedia bekerja sama dengan mereka; yang lain mengeksploitasi sikap pasif.

Antisemitisme

Pada 16 Oktober 2003, persidangan OIC telah berlangsung di Malaysia Putrajaya. Persidangan ini telah menarik perhatian dari Negara luar dan barat juga di mana pada permulaannya perdana menteri malaysai iaitu Tun Doktor Mahadhir Mohamad telah mengemukakan percakapan beliau dan mengkritik pandangan barat serta menyatakan bahawa barat telah menyebabkan penindasan terhadap Negara-negara kecil dan menjadikan mereka Negara yang paling berkuasa kerana dapat menjajah Negara kecil. Beliau juga telah menyatakan bahawa orang barat telah mengakibatkan orang lain mati untuk mereka.

Persengketaan dengan Thailand

Thailand telah menjawab kritikan OIC bahawa pelanggaran hak asasi manusia di wilayah majoriti Muslim Pattani, Yala dan Narathiwat di Thailand selatan. Dalam pernyataan yang dikeluarkan pada 18 Oktober 2005, setiausaha agung OIC, Ihsanoglu telah menyuarakan keprihatinan atas konflik yang berterusan di selatan Thailand yang meragut nyawa orang tak bersalah dan memaksa penghijrahan penduduk tempatan keluar dari tempat mereka. Beliau juga telah menyatakan bahawa krisis yang berlaku di selatan Thailand juga akan menambahkan lagi keburukan dan kekerasan terhadap golongan majoriti islam di Negara tersebut. Pada 18-19 April 2009, pemimpin Patani yang dibuang negeri, Abu Yasir Fikri (lihat PULO) telah dijemput oleh OIC untuk berbicara tentang konflik dan telah memepersembahkan sebuah penyelesaian untuk menamatkan keganasan antara kerajaan Thailand dan etnik Melayu Muslim yang tinggal di selatan secara sosioeknomi diabaikan yang telah berjuang melawan dasar asimilasi Thailand dan bagi pentadbiran sendiri semenjak ditawan oleh Thailand pada 1902. Abu Yasir Fikri

(8)

mencadangkan enam jalan penyelesaian pada persidangan di Jeddah termasuklah mendapatkan hak-hak asasi yang sama seperti kumpulan lain apabila datang kepada hak-hak mendapatkan bahasa, agama dan budaya. Di dalam penyelesaian Abu Yasir Fikri juga mencadangkan bahawa Thailand membuang dasar diskriminasi terhadap orang Patani dan paling kurang membenarkan Patani hak untuk mentadbir negeri sendiri sama seperti daerah lain di Thailand sudah dapat, dengan alasan bahawa ini tidak bercanggah dengan perlembagaan Thailand kerana telah dilakukan di bahagian lain daripada Thailand dan ini hanyalah soal kemajuan politik. Beliau juga mengkritik kerajaan Thailand peningkatan keganasan dengan menaja dan mencipta kumpulan bersenjata Buddha dan mempersoalkan niat mereka. Dia menambah bahawa dasar Thailand untuk tidak menyiasat rasuah, pembunuhan dan pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh Bangkok yang dipimpin pentadbiran dan anggota tentera terhadap penduduk Melayu muslim merupakan hambatan untuk mencapai keamanan dan penyembuhan luka-luka mendalam dilayan sebagai warga negara kelas ketiga.

Persengketaan dengan India

India telah juga menghentam OIC yang menyokong tuntutan PBB bagi ketegangan yang berlaku di Kashmir. Lebih jauh daripada ini,kerana kerumitan yang berlaku untuk penyerahan tanah Amarnath 2008, kutukan OIC terhadap penggunaan kekuatan berlebihan dan berterusan yang tidak berasas terhadap orang-orang Kashmi disambut oleh tindakbalas India sebagai berkata: "OIC telah sekali lagi memilih untuk mengulas Jammu dan Kashmir dan urusan dalaman India yang mana tidak mempunyai locus standi(tadak mempunyai hak) Untuk menyeru penglibatan antarabangsa dalam urusan dalaman India yang berdaulat adalah tidak berasas, haram dan hanya mencerminkan pengembalian kepada pola fikiran yang telah menimbulkan keputusan yang tidak baik bagi Pakistan pada masa lalu. PBB menyatakan bahawa itu adalah "prihatin" tentang "aksi protes kekerasan" di Kashmir dan reaksi daripada negara India dan menyerukan untuk menahan diri daripada kedua belah pihak.

KESAN-KESAN ISLAMOPOHIBA

Gambaran yang diputarbelitkan oleh Barat tentang Islam adalah tidak benar sama sekali. Ini telah memberikan pelbagai implikasi negatif kepada umat Islam sejagat.

(9)

Antaranya ialah perlanggaran hak asasi ummah Islam seperti yang telah berlaku di Switzerland di mana, pindaan perlembagaan negara tersebut yang mengharamkan pembinaan menara-menara masjid. Walaupun tindakan ini dikecam oleh pelbagai pihak antaranya Amnesty International dan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia PBB, namun ianya tetap diteruskan. Terdapat juga para perenang Muslim yang disekat kelayakan untuk bertanding ekoran memakai pakaian renang yang menutup aurat.

Muslim turut dijadikan mangsa diskriminasi kaum dan xenophobia. Mereka menghadapi penerimaan agama yang negatif dan penghinaan khususnya di Eropah dan negara bukan Islam yang lain. Menurut kajian oleh Today Gallup Poll, 4 dari 10 rakyat Amerika mengakui mempunyai prejudis kepada Muslim sehingga mereka tidak mahu berjiran dengan mana-mana Muslim. Selain itu, mereka juga terpaksa menanggung keperitan melihat sendiri proses pembakaran naskah Al-Quran di Amerika bermula dari September 2010 sehingga April 2011. Selama 9 bulan Muslim di Amerika terpaksa melalui pengalaman segetir ini. Tambahan pula dengan penerbitan kartun yang menghina Junjungan Besar Nabi Muhammad saw.

Warga Muslim di Eropah juga terpaksa menghadapi diskriminasi dalam mencari pekerjaan, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Menurut The Pew Forum on Religion and Public Life, diskriminasi terhadap Muslim adalah tinggi iaitu sebanyak 58%. Sebagai contoh, seorang Muslim warga Itali yang kerjanya hanya sebagai seorang tukang cuci namun wanita tersebut telah dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan kepada negara lalu dia diberhentikan. Berlaku juga ketidakadilan dalam penjagaan kesihatan apabila seorang doktor Jerman yang enggan merawat seorang pesakit Muslim yang tenat. Tidak ketinggalan Muslim terus diperkotak katikkan apabila seorang pelajar Muslim diusir dari persekolahan di Kanada hanya kerana dia ingin terus berhijab.

Muslim turut menerima impak keganasan disebabkan islamofobia ini. Keselamatan diri dan keluarga mereka sangat terancam. Berlaku kes tembakan di Amerika oleh pihak berkuasa terhadap Muslim yang baru sahaja selesai menunaikan solat Jumaat. Di Nevada, pihak polis bertindak ganas terhadap Muslim yang sedang menunaikan solat di tempat letak kereta.

Umat Muslim di seluruh dunia termasuk Eropah dan Amerika Syarikat turut menghadapi sekatan perjalanan. Sukar bagi mereka untuk pergi ke sesuatu destinasi disebabkan mereka merupakan seorang Muslim. Menurut USA Today Gallup Poll, 18% rakyat Amerika berasa

(10)

gementar dan tidak selesa jika ada wanita atau lelaki Muslim berada di dalam kapal terbang yang sama.

KESIMPULAN

Apa yang dapat kita simpulkan adalah Islam sendiri mesti meningkatkan mutu tamadunnya sendiri supaya Barat akan akhirnya dapat melihat Islam sebenar dan tidak perlu fobia lagi. Untuk menghadapi fenomena ini, umat Islam perlu bijak mengatur langkah dan strategi berkesan antaranya membina kefahaman mengenai Islam dalam setiap diri individu Muslim. Aspek paling asas patut diselesaikan umat Islam. Umat Islam tidak perlu mencipta

(11)

polisi atau dasar lain sebagai penyelesaian kerana penyelesaian sudah tersedia sejak dulu lagi. Paling penting kemampuan umat Islam dalam menyesuaikan era pasca modenisme ini dengan kesyumulan Islam. Umat Islam juga perlu berusaha memberi kefahaman kepada Muslim dan bukan Muslim mengenai tuduhan yang dipalitkan terhadap Islam khususnya di Barat. Namun sukar kerana penguasaan media secara global oleh Barat.

Islam perlu maju dalam bidang teknologi bagi membolehkan umat menepis tuduhan serta fitnah. Mengadakan dialog antara pemimpin agama dapat membantu menjernihkan fenomena Islamofobia. Menghadapi situasi yang mencengkam umat islam kini, unsur persaudaraan harus menjadi tali penghubung dan pengikat seluruh umat Islam. Jika kita bersatu di bawah ikatan akidah, maka akan terhasillah kesatuan pemikiran dapat menghasilkan kesatuan tindakan. Islamofobia hanya rekaan yang dicipta Barat berikutan peristiwa 11 September , sedangkan maksud fobia itu hanya wajar dikaitkan dengan objek atau konsep, bukan agama.

Biarpun 10 tahun serangan berlalu, impak Islamofobia pada masyarakat dunia sedikitpun tidak menunjukkan pengurangan, bahkan ia ditambah dengan kempen anti-Islam dianjurkan aktivis Barat secara berterusan.

Langkah bagi menangani permasalahan islamophobia dimana mengadakan Program Jelajah Keamanan yang telah dilakukan pada tahun 2012 di Malaysia.1

Dengan mempromosikan misi keamanan dan kesejahteraan agama Islam, risalah berkaitan Keamanan Dalam Islam, Islam untuk Semua, Muhammad SAW Nabi umat Islam akan diedarkan kepada masyarakat bukan Islam sepanjang jelajah satu hari tersebut.

Seluruh umat Islam tidak kira kedudukan dan latar belakang harus bekerjasama dalam menerangkan mengenai kesejahteraan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

Apa yang kita sedari, pelbagai laporan yang disiarkan oleh media barat serta saluran sebaran maklumat menerusi pelbagai medium dilihat banyak yang tidak benar dan memberi imej buruk terhadap umat Islam.

Menerusi jelajah ini pendakwah yang terlibat akan bertemu dengan masyarakat bukan Islam bagi menerangkan kepada mereka mengenai agama Islam yang membawa keamanan kepada dunia. Menerusi program ini juga diharap dapat meningkatkan kefahaman dan memperbetulkan persepsi masyarakat bukan Islam bahawa Islam merupakan agama yang menitikberatkan keamanan sejagat dan bukannya keganasan seperti yang dihebahkan oleh media barat.

(12)

Kesannya, menerusi jelajah ini bakal mewujudkan suasana harmoni dan bersatu padu dalam kehidupan masyarakat majmuk pelbagai bangsa serta agama di negara ini.

RUJUKAN

1. Das, N.K. (July 2006). "Cultural Diversity, Religious Syncretism and People of India: An Anthropological Interpretation

2. Haddad, Yvonne Yazbeck (2002). Muslims in the West: from sojourners to citizens. Oxford [Oxfordshire]: Oxford University

3. Roald, Anne Sophie (2004). New Muslims in the European Context: The Experience of Scandinavian Converts. Brill.

(13)

Referensi

Dokumen terkait

Dari gambar tersebut dapat terlihat bahwa dengan perlakuan plasma selama 60 detik dapat menjadikan perubahan karakteristik permukaan PE dari hidrofobik menjadi hidrofilik

Berdasarkan kondisi permasalahan diatas dan betapa pentingnya peran auditor internal di sebuah organisasi guna menjaga keberlanjutan organisasi itu sendiri dalam

Dapatan kajian yang mendapati bahawa perfeksionisme mempunyai hubungan dengan kesejahteraan psikologi ini disokong oleh kajian lepas yang dilakukan oleh Chang (2006),

Berdasarkan analisis ragam jumlah biji per buah hasil pemberian EMS terhadap bunga betina salak sebelum penyerbukan berpengaruh nyata terhadap jumlah biji per

Alhamdulillah berkat petunjuk dan hidayah-Nya, penulis telah selesai menyusun skripsi ini untuk memenuhi dan melengkapi syarat-syarat guna mencapai gelar Sarjana

Puncak sumbangan dunia Arab-islam dalam perkembangan farmasi dapat dikatakan ketika adanya suatu panduan praktek kefarmasian pada tahun 1260 yang disusun oleh seorang ahli

Mereka adalah staf Perpustakaan UGM dan perpustakaan fakultas yang telah menggunakan Sipus V3 (FE, FMIPA, FI), dengan angket ini mereka menilai kualitas informasi dan

Sila kemukakan borang lengkap ke Unit Latihan dan Kompetensi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UPNM selewat-lewatnya dua (2) minggu (dalam/