• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNIT3

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "UNIT3"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

3

Unit

KERJA BATA

OBJEKTIF

AM

Memahami konsep kerja bata, jenis-jenis bata dan kegunaannya, bahagian-bahagian bata, jenis-jenis bata potong dan kegunaannya, jenis-jenis tembok dan susunannya serta jenis-jenis sambungan mortar.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

 Menerangkan jenis-jenis ikatan dalam kerja bata.

 Menghuraikan ciri-ciri ikatan bata serta peraturan susunannya.

 Mentakrifkan perbezaan antara kemas ikat sambung dan kemas ikat timbul.

 Menerangkan fungsi-fungsi kemas ikatan sambung dan kemas ikat timbul.

(2)

INPUT

3.1 JENIS-JENIS IKATAN KERJA BATA

Terdapat pelbagai jenis ikatan dalam kerja menyusun bata. Tujuan ikatan bata adalah untuk mendapatkan ikatan bata yang kuat, susunan bata yang cantik dan menarik dan sesuai dengan kerja ikatan. Antara ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah ikatan sisi bata, ikatan kepala bata, ikatan Inggeris dan ikatan Flemish.

3.1.1 Ikatan sisi bata

Ikatan ini khas digunakan pada tembok yang tebalnya setengah bata atau 112.5mm. Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata pada kepalanya. Lekapnya ialah ½ bata. Pembinaannya bermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya. Contoh ikatan ini ditunjukkan dalam rajah 3.1(a). Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi. Oleh sebab itu ia digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembok sekatan, tembok landasan, semperong dan tembok-tembok dalam struktur berangka di mana tiada beban berat yang disokong.

3.1.2 Ikatan kepala bata

Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina dengan jenis ikatan ini mengandungi kepala bata sahaja. Rajah 3.2 menunjukkan pandangan hadapan dan pelan bagi sebahagian tembok lengkung yang dibina dengan ikatan kepala bata. Sambungan mortarnya merupakan bentuk huruf V. Jenis ikatan ini sesuai digunakan pada binaan asas atau pada tembok yang berbentuk bulat atau melengkung.

(3)

3.1.3 Ikatan Inggeris

Ikatan ini adalah yang paling meluas digunakan. Ikatan ini disusun dengan satu lapisan kepala bata diikuti lapisan sisi bata berselang seli. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada lapisan kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku bata. Pada tembok yang tebal, semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang. Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi sebarang sambungan tegak yang berterusan. Rajah 16 (b) menunjukkan pelan tegak hadapan sebuah tembok yang dibina dengan ikatan Inggeris.

3.1.4 Ikatan Flemish

Ikatan ini mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang seli dalam satu lapisan yang sama. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada sudutnya mewujudkan lekap yang seragam iaitu ¼ bata. Sambungan tegak yang berterusan berlaku di dalam di dalam tembok tetapi tidak kelihatan pada permukaan tembok. Apabila kedua-dua belah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish ia dinamakan ‘Flemish Kembar’. Jika sebelah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish dan sebelah yang lain pula menunjukkan susunan Inggeris maka ia dinamakan ‘Flemish Tunggal’. Rajah 16 (e) menunjukkan sebuah tembok yang dibina dengan ikatan yang dibina dengan ikatan Flemish. Ikatan ini dapat menghasilkan kedua-dua belah muka tembok yang lebih rata dibandingkan dengan ikatan yang lain. Oleh sebab itu, ikatan ini sesuai digunakan untuk membina tembok yang tidak akan dilepa.

(4)

Rajah 16 : Jenis-jenis ikatan Bata

(5)

3.1.5 Lain-lain ikatan bata

Selain dari ikatan yang tersebut, terdapat juga beberapa jenis ikatan yang sering digunakan untuk membina tembok. Antaranya ialah ikatan tembok taman Inggeris, ikatan tembok taman Flemish, ikatan Monk, ikatan Dutch, ikatan palang Inggeris, ikatan bata perangkap tikus, ikatan bata silverlock dan ikatan raking.

3.2 CIRI-CIRI IKATAN BATA SERTA PERATURANNYA

Sistem atau cara bata di susun membentuk sebuah dinding dinamakan sebagai susunan. Prinsip yang digunakan dalam membentuk susunan bata ialah ikatan tegak untuk sesuatu lapisan itu hendaklah tidak kurang daripada ¼ bata daripada ikatan tegak lapisan di sebelah atas dan di sebelah bawahnya. Ini adalah supaya beban-beban titik di atas dinding itu diagihkan sama rata kepada batu bata di bawahnya bagi mengelakkan berlakunya kegagalan struktur.

3.3 PERBEZAAN KEMAS IKAT SAMBUNG DAN KEMAS IKAT TIMBUL

Kemas ikat merupakan proses terakhir pengemasan sebuah dinding bata bagi menghasilkan rupa yang cantik. Ini dilakukan terhadap dinding bata muka. Ada dua cara untuk melakukan kemas ikat iaitu kemas ikat timbul dan kemas ikat sambung.

 Kemas ikat sambung ialah proses mengemas sambungan semasa mengikat bata. Di antara kemas ikat ini ialah condong atas, condong bawah, terbenam, kekunci, sambung V dan sambung rata.

 Kemas ikat timbul ialah proses mengemas sambungan yang dilakukan selepas pembinaan. Di antara kemas ikat ini ialah timbul kumai dan timbul julur.

3.4 FUNGSI-FUNGSI KEMAS IKAT TIMBUL DAN KEMAS IKAT SAMBUNG  Kemas ikat sambung dilakukan untuk mengelakan takungan air pada

dinding luar.

 Kemas ikat timbul pula dibuat untuk memudahkan kerja melepa pada masa hadapan.

3.5 JENIS-JENIS KEMAS IKAT

Terdapat pelbagai jenis kemas ikat yang digunakan dalam kerja-kerja kemasan penerapan bata. Antara jenis kemas ikat yang biasa digunakan ialah:

Sambung “struck” bawah iaitu juga dipanggil santak. Ianya tidak sesuai untuk kemasan dinding luar. Sambung “struck “ atas pula sesuai untuk bata tekan yang licin.

(6)

Sambung terbenam juga dipanggil keruk. Ia amat sesuai bagi binaan yang menggunakan bata muka tetapi memerlukan kedalaman sambungan yang sama.

Sambung rata dibuat sama rata dengan permukaan dinding atau tembok bata dan sesuai untuk semua kedudukan. Untuk memperolehi kemasan bertekstur, gosokkan permukaannya dengan kepingan kayu atau permukaan yang bertekstur.

Sambung V ini akan kelihatan kecil atau sempit. Kerja ini memerlukan alat untuk menghasilkan ikatan yang kemas dan baik.

Sambung julur pula dibuat untuk memudahkan kerja melepa pada masa hadapan.

(7)

MAKLUM BALAS 3A

SILA BUAT AKTIVITI DIBAWAH

...

AKTIVITI 3A

1. Nyatakan jenis-jenis ikatan bata.

2. Terangkan dengan ringkas jenis ikatan bata inggeris

3. Nyatakan perbezaan-perbezaan kemas ikat sambung dan kemas ikat timbul

(8)

1. Jenis-jenis ikatan kerja bata ialah;

Kerja bata terdapat banyak jenis ikatan untuk menyusun bata. Antara ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah ikatan sisi bata, ikatan kepala bata, ikatan inggeris dan ikatan flemish.

2. Ikatan Inggeris

Ikatan ini adalah yang paling meluas digunakan. Ikatan ini disusun dengan satu lapisan kepala bata diikuti lapisan sisi bata berselang seli. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada lapisan kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku bata. Pada tembok yang tebal, semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang. Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi sebarang sambungan tegak yang berterusan. Rajah 3.3 menunjukkan pelan tegak hadapan sebuah tembok yang dibina dengan ikatan Inggeris.

3. Perbezaan kemas ikat sambung dan kemas ikat timbul

Kemas ikat merupakan proses terakhir pengemasan sebuah dinding bata bagi menghasilkan rupa yang cantik. Ini dilakukan terhadap dinding bata muka. Ada dua cara untuk melakukan kemas ikat iaitu kemas ikat timbul dan kemas ikat sambung

 Kemas ikat sambung ialah proses mengemas sambungan semasa mengikat bata. Di antara kemas ikat ini ialah condong atas, condong bawah, terbenam, kekunci, sambung V dan sambung rata.

 Kemas ikat timbul ialah proses mengemas sambungan yang dilakukan selepas pembinaan. Di antara kemas ikat ini ialah timbul kumai dan timbul julur.

(9)

PENILAIAN KENDIRI

1. Dalam industri binaan, bata tanah liat amat meluas digunakan. Nyatakan dan lukiskan jenis-jenis bata tanah liat yang terkini yang digunakan dalam industri binaan.

2. Terangkan dengan ringkas proses pembuatan bata tanah liat yang dihasilkan di kilang-kilang bagi kegunaan industri binaan yang besar.

3. Dengan bantuan gambarajah, terangkan dengan jelas prinsip-prinsip utama dalam pengikatan batu bata.

4. Maksudkan istilah-istilah berikut : a. kepala bata

b. sisi bata

c. kekatak / lubang d. aris / segi bata e. sambungan tindih f. bergerigi

g. hujung terhenti.

5. Lukiskan contoh-contoh blok simen berikut : a. blok padu

b. blok berongga c. blok bersel d. blok berliang.

(10)

MAKLUM BALAS

1. Nama dan Lukiskan;

2. Antara proses pembuatan bata tanah liat ialah persediaan tanah, membentuk bata, pengeringan dan pembakaran.

Persediaan tanah

Tanah liat digali daripada lombongnya dengan traktor penyodok atau jengkaut, kemudian dimasukkan ke dalam satu mesin penghancur untuk dihancurkan sehingga halus. Setelah itu dimasukkan pula ke dalam mesin pengisar, tempat tanah tersebut digaul dengan sedikit air dan ditekan keluar melalui satu acuan dan dipotong dengan dawai mengikut saiz bata. Membentuk bata

Terdapat dua kaedah menghasilkan bata iaitu bata potong dawai dan bata tekanan. Bancuhan yang telah ditekan keluar dari mesin dipotong dengan dawai dikenali sebagai bata potong dawai. Tanah yang telah dipotong dawai itu dimasukkan ke dalam mesin tekanan, hasilnya bata tekanan. Bata tekanan adalah lebih mampat dan saiznya lebih seragam.

Pengeringan

(11)

udara bergerak disekelilingnya untuk memudahkan proses pengeringan. Proses ini mengambil masa agak lama biasanya 5 –7 hari bergantung pada keadaan cuaca dan susunannya.

Pembakaran

Batu bata yang sudah dikeringkan itu perlu dibakar di dalam satu relau supaya menjadi bata yang keras. Batu bata ini disusun di dalam relau dengan cara yang tertentu memastikan kesemua bata dapat dibakar dengan sempurna. Pembakaran boleh dilakukan dengan dengan menggunakan kayu api, gas, batu arang atau minyak bakar. Pembakaran dilakukan selama dua hari, kemudian dibiarkan sejuk sebelum bata dikeluarkan. Proses ini mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk menyusun bata dengan relau, mengering, membakar, menyejuk dan mengeluarkan bata dari relau.

3. Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah :

 mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak yang terus menerus, baik dipermukaan mahupun didalam tembok.

 mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk.

Prinsip pertama memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang dibina. Prinsip yang kedua pula mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok. Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu sambungan tegaknya berterusan (tidak berlekap), kekuatan dan kestabilannya adalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang berterusan itu seboleh-bolehnya hendaklah dielakkan dalam segala kerja bata. Perbandingan di antara tembok yang terikat dengan tembok yang tidak terikat adalah ditunjukkan dalam rajah di bawah (rajah 2.5). Beban yang dapat ditanggung oleh tapak AB adalah lebih berat jika dibandingkan dengan beban yang ditanggung oleh CD.

Tebal tembok biasanya disebut mengikut saiz bata, misalnya tembok bata yang tebalnya sama dengan lebar bata dikenali sebagai tembok setengah bata, manakala tembok yang tebalnya sama dengan panjang bata dikenali tembok satu bata.

(12)

Apabila dua tembok bertemu, bata pengikat mestilah digunakan supaya ia mematuhi kepada prinsip pengikatan. Peraturan-peraturan dalam rajah 2.10 menunjukkkan kedudukan bata pengikat dan bata penutup setengah dalam lapisan bata untuk mencegah sambungan yang terus menerus pada tembok bersudut tegak dan tembok persimpangan. Di bawah terdapat beberapa jenis keratan bata khas digunakan memenuhi prinsip-prinsip ikatan bata :

4. Maksud istilah-istilah berikut; a. Kepala Bata

Permukaan hujung bata (65m x 102.5mm) b. Sisi Bata

Permukaan sisi bata (102.mm x 215mm) c. Kekatak/Lubang

Kesan tekanan di permukaan muka bata. Semasa menerap bata, muka bata menghadap ke atas dan bawah untuk memperolehi ikatan yang kuat.

d. Aris/Segi Bata. Tepi pepenjuru bata. e. Sambungan Tindih

Jarak mendatar bagi tindihan bata sebelah atas dan bata sebelah bawah. Biasanya bata diikat dengan berlekap ¼ bata ataupun ½ bata.

f. Gerigi

Semasa membina tembok, penjuru atau hujung tegaknya tidak disiapkan terus tetapi ditinggalkan ¼ bata atau ½ bata pada lapisan yang berselang seli, memberikan bentuk bergerigi. Tujuannya adalah untuk memudahkan kerja penyambungan pada masa hadapan.

g. Hujung Terhenti

(13)

a. Blok Padu b. Blok Berongga c. Blok Bersel d. Blok Berliang

TAHNIAH ! SAYA PASTI ANDA DAPAT

MEMBERI JAWAPAN YANG TEPAT

Referensi

Dokumen terkait

Setiap pelaku pembangunan rumah susun komersial yang mengingkari kewajibannya untuk menyediakan rumah susun umum sekurang-kurangnya 20% (dua puluh persen) dari

Adapun judul dari Laporan Akhir ini adalah “ Perencanaan Jembatan Rangka Baja Air Pedado Kelurahan Kramasan Kecamatan Kertapati!. Palembang Provinsi Sumatera

Menurut hasil penelitian dan pembahasan perhitungan uji anava satu jalan dengan sel tak sama dapat disimpulkan bahwa terdapat pengaruh model pembelajaran Think Pair Share, model

Ketersediaan pelayanan konsultasi gizi Tersedia 5 Pelayanan rekam medik Input Pemberi pelayanan rekam medis Sesuai standar. Proses Waktu penyediaan dokumen rekam medis

Dalam Proyek Tugas Akhir kali ini Saya memiliki gagasan untuk membuat suatu sistem pengaman rumah berupa tombol emergency yang dikontrol oleh sebuah mikrokontroller

Dan dalam pemenuhan kebutuhan tersebut, perilaku yang dimunculkan akan berbeda dalam menghadapi sesuatu, untuk melakukan kebutuhan secara riligius membutuhkan niat

Dalam hal ini SIG mempunyai manfaat yang dapat digunakan untuk menganalisis dalam proses penentuan lokasi bandara yang sesuai dengan parameter yang telah ditentukan, yaitu

Klien mengatakan tidak ada riwayat penyakit sebelumnya, klien hanya mengalami sakit seperti pegal pegal, flu, dan sedikit pusing, tapi klien bisa sembuh sendiri dengan obat-obat