• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERATURAN PEPERIKSAAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERATURAN PEPERIKSAAN"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

PERATURAN

PEPERIKSAAN

(2)

KANDUNGAN

BAHAGIAN PERKARA MUKASURAT

I Takrifan 3

II Maklumat Am 4

III Jadual Kerja Urusan Peperiksaan 4

IV Penyediaan Jadual Waktu Peperiksaan 5 - 6

V Tanggungjawab Pelajar 7 - 11

VI Petugas Peperiksaan 12

VII Keputusan Peperiksaan 12

VIII Rayuan Penilaian Semula Skrip Jawapan Peperiksaan Akhir 13

IX Kecurangan Akademik 14

X Hukuman 14

(3)

BAHAGIAN I TAKRIFAN 1. Peperiksaan

Peperiksaan boleh mengandungi ujian bercorak tulisan, lisan, amali/studio, kerja luar dan tugasan. Penilaian adalah berdasarkan komponen kerja kursus dan/atau peperiksaan.

2. Jadual Kerja Peperiksaan

Jadual yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) kepada Fakulti dan Pusat Akademik yang mengandungi maklumat berkaitan proses kerja sebelum, semasa dan selepas peperiksaan akhir dijalankan bagi setiap semester.

3. Jadual Waktu Peperiksaan

Jadual yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) berdasarkan kepada Kalendar Akademik yang mengandungi maklumat berkaitan peperiksaan akhir seperti nama kursus, bilangan pelajar, program pengajian, tarikh, masa dan lokasi peperiksaan.

(4)

BAHAGIAN II MAKLUMAT AM

1. Senat Universiti bertanggungjawab untuk mengesahkan keputusan peperiksaan pelajar

2. Majlis Peperiksaan Universiti (MPU) bertanggungjawab memperakukan dan meluluskan keputusan peperiksaan dan hal ehwal peperiksaan setiap pelajar.

3. Lembaga Peperiksaan Fakulti (BOE) bertanggungjawab menyemak dan memperakukan keputusan peperiksaan pelajar.

4. Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) bertanggungjawab menguruskan urusan peperiksaan akhir program pra siswazah.

5. Sila rujuk Panduan Peperiksaan Bahagian I untuk keterangan lanjut.

BAHAGIAN III

JADUAL KERJA PEPERIKSAAN AKHIR

1. Pada setiap semester, Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) akan menyediakan Jadual Kerja Peperiksaan berdasarkan Kalendar Akademik yang telah diluluskan oleh Senat Universiti. Seterusnya, BPA akan mengedarkan jadual kerja tersebut kepada Fakulti dan Pusat Akademik sebagai panduan berkenaan proses kerja sebelum, semasa dan selepas peperiksaan akhir dijalankan.

2. Fakulti dan Pusat Akademik hendaklah mematuhi tarikh dan arahan kerja di dalam Jadual Kerja Peperiksaan.

(5)

BAHAGIAN IV

PENYEDIAAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN 1. Tarikh Peperiksaan Akhir

i. Tarikh peperiksaan bagi setiap semester ditetapkan berdasarkan kepada Kalendar Akademik yang telah diluluskan oleh Senat Universiti.

ii. Peperiksaan hendaklah dijalankan dalam minggu peperiksaan termasuk hari Sabtu dan Ahad kecuali pada hari cuti umum (negeri atau persekutuan).

iii. Sebarang permohonan bagi menjalankan peperiksaan di luar minggu peperiksaan akhir hendaklah mendapat kelulusan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).

2. Jadual Waktu Peperiksaan

i. Jadual Waktu Peperiksaan disediakan oleh Bahagian Pengurusan Akademik (BPA). Sila rujuk Panduan Peperiksaan Bahagian III Penyediaan Jadual Waktu Peperiksaan.

ii. Peperiksaan akan dijalankan dalam tiga (3) sesi iaitu:

SESI HARI WAKTU MULA

SESI 1 (PAGI) Isnin - Ahad 9.00 pagi

SESI 2 (PETANG)

Isnin – Khamis 2.00 petang

Jumaat 2.45 petang

Sabtu - Ahad 2.00 petang

(6)

3. Syarat-syarat Penetapan Sesi Peperiksaan

i. Peperiksaan akhir tidak boleh diadakan pada hari cuti umum negeri dan persekutuan.

ii. Sekiranya berlaku pertindihan jadual waktu peperiksaan akhir yang tidak dapat dielakkan, pelajar akan dikuarantin oleh urusetia peperiksaan (contoh: seorang pelajar menduduki dua (2) peperiksaan pada masa yang sama)

iii. Pelajar hanya dibenarkan menduduki peperiksaan tidak lebih daripada tiga (3) kali berturut-turut tanpa selang masa.

4. Paparan Jadual Peperiksaan Akhir

i. Jadual Peperiksaan Akhir (Draf):

Draf Jadual Peperiksaan Akhir akan dipaparkan di dalam IMS Academic kepada pihak Fakulti dan Pusat Akademik untuk semakan selanjutnya dalam tempoh satu (1) minggu.

ii. Jadual Peperiksaan Akhir (Muktamad)

Paparan Jadual Peperiksaan Akhir muktamad akan dipaparkan secara rasmi kepada pelajar melalui e-Community dan papan kenyataan di BPA.

5. Pindaan Jadual Waktu Peperiksaan Akhir

i. Pihak Fakulti dan Pusat Akademik perlu memaklumkan sebarang cadangan pindaan jadual waktu peperiksaan akhir kepada BPA dalam tempoh draf jadual peperiksaan akhir dipaparkan.

ii. Pindaan yang dibenarkan hanya melibatkan perkara berikut: a) Pertindihan jadual waktu peperiksaan; atau

b) Perubahan tempoh masa menjawab.

iii. Sebarang perubahan jadual waktu peperiksaan akhir (muktamad) adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan daripada Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

(7)

BAHAGIAN V

TANGGUNGJAWAB PELAJAR

1. Pelajar hendaklah hadir dan menduduki peperiksaan seperti yang dijadualkan di dalam jadual waktu peperiksaan.

2. Kehadiran

i. Semua pelajar adalah layak menduduki peperiksaan bagi sesuatu kursus yang telah didaftarkannya kecuali jika pelajar itu gagal mematuhi peraturan kehadiran kuliah yang telah ditetapkan.

ii. Pelajar yang tidak hadir peperiksaan kerana sengaja atau kerana kesilapannya sendiri hendaklah dianggap tidak hadir dalam peperiksan tersebut dan tidak diberi peluang mengambil peperiksaan khas sebagai ganti. Markah kosong (0) hendaklah diberikan ke atas keputusan peperiksaan akhir kursus berkenaan. Pelajar akan dianggap gagal bagi kursus berkenaan.

3. Sebelum peperiksaan bermula

i. Pelajar wajib melengkapkan Penilaian Pengajaran Secara Atas Talian (E-PAT) bagi membolehkan pelajar mencetak slip menduduki peperiksaan akhir. Kegagalan pelajar untuk melengkapkan E-PAT akan menyebabkan pelajar tidak boleh mencetak slip menduduki peperiksaan akhir seterusnya tidak dibenarkan menduduki peperiksaan akhir.

ii. Pelajar diwajibkan membawa kad matrik dan slip menduduki peperiksaan akhir ke dewan peperiksaan. Pelajar yang gagal membawa dokumen tersebut tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan akhir.

iii. Semua pelajar diwajibkan mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan oleh Universiti. Pelajar boleh untuk tidak dibenarkan menduduki peperiksaan bagi kursus yang berkaitan sekiranya tidak mematuhi etika berpakaian.

iv. Pelajar dikehendaki berada di luar dewan selewat-Iewatnya 30 minit sebelum peperiksaan bermula.

(8)

v. Pelajar dikehendaki menunggu di luar dewan peperiksaan sehingga diberi kebenaran masuk oleh Ketua Pengawas. Apabila kebenaran masuk telah diberikan, pelajar hendaklah masuk dengan tertib, teratur dan senyap melalui pintu yang ditetapkan.

vi. Pelajar hanya dibenarkan memasuki dewan peperiksaan mengikut tarikh, sesi dan kursus seperti yang tercatat dalam Jadual Peperiksaan dan slip menduduki peperiksaan.

vii. Pelajar dilarang sama sekali:

a. Membawa sebarang alat yang terdapat catatan bertulis, alat yang boleh diprogramkan atau alat komunikasi termasuk telefon bimbit, ipad, tablet tetapi tidak terhad kepada alat-alat tersebut sahaja ke dalam Dewan Peperiksaan. Pelajar akan dikeluarkan daripada Dewan Peperiksaan dengan serta – merta sekiranya didapati membawa barang terlarang.

b. Menerima apa-apa kertas, buku, dokumen, gambar, nota, sebarang alat yang di dalam atau di atasnya terdapat catatan bertulis atau alat dari mana-mana orang lain semasa di dalam Dewan Peperiksaan; kecuali seseorang pelajar semasa ia berada di dalam Dewan Peperiksaan itu menerima daripada Pengawas apa-apa buku, kertas, dokumen, gambar atau lain-lain alat yang dibenarkan oleh Pemeriksa berpandukan kepada arahan di kertas soalan berkenaan yang membenarkan dibawa.

viii. Pelajar yang lewat hadir tetapi tidak melebihi 30 minit daripada waktu peperiksaan dimulakan, dibenarkan mengambil peperiksaan, tetapi waktu tamat peperiksaannya bagi kursus tersebut adalah sama dengan pelajar lain.

ix. Pelajar tidak dibenarkan memasuki dewan peperiksaan selepas 30 minit peperiksaan bermula. Pelajar yang datang selepas 30 minit peperiksaan dimulakan tidak boleh menduduki peperiksaan tersebut kecuali dengan sebab-sebab yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas. Walau bagaimanapun, waktu tamat peperiksaannya adalah sama dengan waktu tamat peperiksaan pelajar lain.

x. Pelajar yang didapati melanggar Peraturan Peperiksaan yang telah ditetapkan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

(9)

4. Semasa Peperiksaan

i. Sebelum memulakan peperiksaan, setiap pelajar dikehendaki:

a) Meletakkan kad matrik dan slip menduduki peperiksaan di penjuru kanan meja untuk disemak oleh Pengawas Peperiksaan.

b) Mengisi slip kehadiran peperiksaan dan maklumat yang dikehendaki di muka hadapan buku jawapan peperiksaan. Slip kehadiran akan dipungut oleh Pengawas Peperiksaan.

c) Membaca kertas soalan tanpa membuat sebarang catatan.

ii. Pelajar hendaklah memastikan bahawa mereka telah diberikan kertas soalan yang betul serta muka surat yang cukup sebelum mula menjawab. Sekiranya seorang pelajar mendapati dia telah diberikan kertas soalan yang salah, dia hendaklah dengan serta merta memberitahu Pengawas yang bertugas.

iii. Pelajar hendaklah menulis nombor matrik, nombor kad pengenalan dan kod kursus serta maklumat lain yang diperlukan di tiap-tiap buku jawapan, helaian jawapan dan lampiran yang digunakan.

iv. Pelajar tidak boleh mula menjawab soalan peperiksaan sebelum waktu yang ditetapkan atau meneruskan menjawab selepas waktu peperiksaan tamat.

v. Pelajar hendaklah membaca dengan teliti dan mematuhi arahan yang diberikan pada muka hadapan buku soalan.

vi. Kebenaran keluar/masuk:

a. Pelajar tidak dibenarkan keluar dari dewan dalam tempoh 30 minit peperiksan bermula atau 15 minit sebelum peperiksaan tamat.

b. Pelajar dibenar meninggalkan dewan peperiksaan selepas 30 minit peperiksaan bermula.

(10)

c. Pelajar yang ingin keluar untuk ke tandas hendaklah meminta kebenaran daripada Ketua Pengawas dan mengisi butiran diri di dalam borang yang disediakan serta memakai pas kebenaran keluar yang telah disediakan.

vii. Pelajar tidak dibenarkan berhubung dengan mana-mana pelajar lain dalam masa peperiksaan dengan apa-apa cara sekalipun.

viii. Pelajar tidak boleh merujuk dan menggunakan sebarang bahan rujukan yang dilarang di dalam atau di luar dewan peperiksaan bagi keperluan peperiksaan semasa peperiksaan sedang berjalan.

ix. Semua jawapan peperiksaan mesti dibuat di dalam skrip jawapan manakala rough work mesti dibuat di dalam helaian berasingan yang diberikan oleh Petugas Peperiksaan dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Dewan Peperiksaan. Setiap helaian skrip jawapan hendaklah ditulis nombor kad matrik.

x. Di akhir peperiksaan, pelajar hendaklah memastikan bahawa buku jawapan atau/dan kertas jawapan peperiksaan disusun dan diikat dengan baik kecuali helaian rough work.

xi. Alat keperluan yang dipinjamkan kepada pelajar hendaklah dikembalikan kepada Pengawas di akhir peperiksaan.

xii. Pelajar tidak boleh memberi atau menerima sebarang bantuan daripada pelajar atau pihak lain yang berkaitan dengan peperiksaan semasa peperiksaan kecuali yang dibenarkan oleh Pengawas.

xiii. Sekiranya pelajar mempunyai permasalahan dan memerlukan bantuan ketika peperiksaan sedang berlangsung, pelajar hendaklah berhubung dengan Pengawas di dalam Dewan Peperiksaan.

(11)

5. Selepas peperiksaan

Pelajar hendaklah:

i. Berada di tempat duduk masing-masing selepas tamat peperiksaan dan hanya dibenarkan keluar dari Dewan Peperiksaan atas arahan Ketua Pengawas.

ii. Mengikat kertas jawapan bersama Buku Jawapan menggunakan benang yang disediakan.

iii. Meletakkan buku jawapan yang telah diikat bersama kertas jawapan di penjuru kanan meja untuk dikutip oleh Pengawas Peperiksaan.

iv. Meninggalkan buku jawapan atau/dan kertas jawapan yang telah rosak atau/dan yang tidak digunakan di dalam Dewan Peperiksaan.

v. Kertas Soalan Peperiksaan Akhir dibenarkan untuk dibawa keluar dari Dewan Peperiksaan kecuali atas arahan Pemeriksa.

vi. Keluar dari Dewan Peperiksaan dalam keadaan tertib dan teratur setelah mendapat arahan daripada Pengawas Peperiksaan.

(12)

BAHAGIAN VI PETUGAS PEPERIKSAAN

1. Setiap dewan peperiksaan akan ditempatkan petugas peperiksaan yang terdiri daripada Ketua Pengawas dan Pengawas di sepanjang masa peperiksaan berlangsung.

2. Skop tugas Petugas Peperiksaan boleh dirujuk kepada Tatacara Petugas Peperiksaan.

BAHAGIAN VII

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

1. Keputusan peperiksaan bagi setiap pelajar hendaklah mendapat perakuan dan kelulusan dari Majlis Peperiksaan Universiti (MPU).

2. Pengumuman rasmi keputusan peperiksaan akan diumumkan oleh Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) selepas mendapat kelulusan Majlis Peperiksaan Universiti (MPU).

3. Keputusan keseluruhan bagi seseorang pelajar yang diberhentikan pengajian hendaklah dikemukakan kepada Majlis Peperiksaan Universiti (MPU) untuk perakuan dan kelulusan serta Senat untuk pengesahan.

(13)

BAHAGIAN VIII

RAYUAN PENILAIAN SEMULA SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN AKHIR

1. Rayuan penilaian semula skrip jawapan peperiksaan akhir ialah semakan semula skrip jawapan peperiksaan akhir bagi memastikan bahawa tidak terdapat kesilapan dari segi penjumlahan markah atau lain-lain kesilapan jika berkaitan.

2. Pelajar hendaklah mengisi Borang Permohonan Rayuan Penilaian Semula Skrip Jawapan Peperiksaan Akhir yang disediakan oleh BPA.

3. Pelajar akan dikenakan bayaran RM150.00 bagi setiap kursus untuk proses Rayuan Penilaian Semula Skrip Jawapan Peperiksaan Akhir.

4. Borang Permohonan Rayuan Penilaian Semula Skrip Jawapan Peperiksaan Akhir bersama resit bayaran hendaklah diserahkan kepada Fakulti dalam tempoh dua (2) minggu selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

5. Keputusan Rayuan Penilaian Semula Skrip Jawapan Peperiksaan Akhir adalah bergantung kepada kelulusan Majlis Peperiksaan Universiti (MPU).

6. Markah yang diambil kira bagi Rayuan Penilaian Semula Skrip Jawapan Peperiksaan Akhir ialah markah dan gred yang terkini.

7. Borang Permohonan Rayuan Penilaian Semula Skrip Jawapan Peperiksaan Akhir yang telah diisi tidak akan diproses oleh Fakulti sekiranya:

i. Dikemukakan selepas tamat tempoh semakan ii. Tidak diisi dengan lengkap

(14)

BAHAGIAN IX KECURANGAN AKADEMIK

1. Pelajar dilarang melakukan mana-mana kecurangan semasa peperiksaan seperti berikut: *

i. Memberi, menerima atau memiliki sebarang maklumat yang berkaitan dengan soalan peperiksaan semasa berada di dalam dewan/bilik peperiksaan.

ii. Menggunakan sebarang bahan rujukan yang dilarang di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan bagi tujuan peperiksaan.

iii. Berhubung dengan pelajar atau pihak lain dengan apa cara sekalipun.

iv. Menjawab soalan peperiksaan sebelum waktu yang ditetapkan dan/atau meneruskan menjawab selepas waktu peperiksaan tamat.

BAHAGIAN X HUKUMAN

1. Sekiranya pelajar didapati tidak mematuhi mana-mana daripada peraturan peperiksaan ini, setelah dibicara dan sabit kesalahannya, berdasarkan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971, Kaedah-kaedah Universiti Malaysia Pahang (Tatatertib Pelajar-pelajar) 2009, maka Universiti boleh mengambil tindakan-tindakan berikut:

i. Menggagalkan pelajar bagi kursus berkenaan dan pelajar perlu mengulang semula kursus tersebut.

ii. Menggantung pengajian pelajar untuk tempoh yang ditentukan.

iii. Membatalkan keputusan keseluruhan peperiksaan semester yang terbabit.

iv. Membatalkan keputusan keseluruhan peperiksaan dan diberhentikan daripada pengajian. v. Hukuman terdiri daripada salah satu di atas atau sebarang kombinasi (i) hingga (iv).

2. Pelajar yang tidak mematuhi peraturan ini juga boleh diambil tindakan tatatertib mengikut peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971, Kaedah-kaedah Universiti Malaysia Pahang (Tatatertib Pelajar-pelajar) 2009.

(15)

BAHAGIAN XI PEPERIKSAAN KHAS

1. Jenis-jenis peperiksan khas :

i. Kategori A: Peperiksaan khas bagi pelajar yang tidak hadir peperiksaan di minggu peperiksaan kerana sebab-sebab kesihatan, kes kecemasan dan kes kematian.

ii. Kategori B: Peperiksaan khas ulangan bagi pelajar di peringkat akhir pengajian yang memerlukan hanya satu kursus untuk Lulus bagi tujuan bergraduat atau menjalani Latihan Industri.

Peperiksaan Khas Kategori A

a. Syarat-syarat:

i. Pelajar mestilah mempunyai Sijil Cuti Sakit dari Hospital Kerajaan/Pusat Kesihatan Pelajar UMP. Sekiranya mendapat rawatan di hospital/klinik swasta, mestilah mendapat pengesahan dari Pegawai Perubatan Universiti/Hospital Kerajaan sahaja.

ii. Pelajar yang kematian saudara terdekat (ibu, bapa, saudara kandung, isteri, suami dan anak) hanya diberikan 3 hari sahaja tempoh pelepasan. Pelajar dikehendaki mendapatkan kebenaran/kelulusan Dekan Fakulti dengan mengemukakan permohonan bertulis dan hendaklah disertakan salinan Sijil Kematian.

iii. Pelajar yang menghadapi kes kecemasan seperti kemalangan dan menjaga waris saudara terdekat kerana sakit tenat hendaklah mengemukakan permohonan bertulis dan disertakan dokumen sokongan.

(16)

iv. Pelajar yang jatuh sakit sewaktu peperiksaan sedang berlangsung, boleh mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Dekan Fakulti bagi menangguhkan pengambilan peperiksaan berkenaan. Surat akuan dari Pegawai Perubatan Universiti hendaklah dikepilkan bersama permohonan.

v. Mana-mana pelajar yang mendapatkan rawatan kerana pembedahan, penyakit bersifat psikologi, gangguan mental dan apa-apa penyakit berjangkit hendaklah mengemukakan permohonan dan perakuan perubatan dari Pegawai Perubatan Universiti/Hospital Kerajaan/Kaunselor Universiti serta disahkan/diluluskan oleh Dekan Fakulti.

b. Semua pemakluman menduduki peperiksaan khas hendaklah dikemukakan pelajar fakulti dalam tempoh 3 hari dari hari pelajar tidak hadir ke peperiksaan kursus tersebut.

c. Sekiranya tiada pemakluman diterima daripada fakulti dalam tempoh yang ditetapkan mengenai kes di atas, pelajar dianggap Gagal dalam peperiksaan tersebut.

d. Markah peperiksaan bagi peperiksaan khas Kategori A akan menggantikan markah peperiksaan akhir sahaja manakala markah kerja kursus adalah kekal dan diambil kira dalam pengiraan CPA dan GPA.

e. Peperiksaan Khas Kategori A hendaklah diadakan dalam minggu Peperiksaan Akhir kecuali kes-kes yang mendapat kelulusan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).

Peperiksaan Khas Kategori B

a. Syarat-syarat:

i. Pelajar pernah mengikuti kursus tersebut dan menduduki peperiksaan akhir tetapi gagal.

ii. Lulus semua kursus lain kecuali satu kursus pada semester terkini sahaja untuk bergraduat atau menjalani Latihan Industri serta mencapai CPA sekurang-kurangnya 2.00.

(17)

iv. Peperiksaan Khas ini hanya boleh diambil sekali sahaja. Sekiranya pelajar masih gagal Peperiksaan Khas, pelajar dikehendaki mendaftar semula kursus tersebut dalam semester yang berikutnya.

v. Pelajar yang gagal kerana kecurangan akademik tidak layak mengambil Peperiksaan Khas Kategori B.

b. Permohonan hendaklah dibuat oleh pelajar dengan mengemukakan kepada Fakulti:

i. Borang Permohonan Peperiksaan Khas

ii. Salinan resit pembayaran permohonan Peperiksaan Khas sebanyak RM 100.00.

c. Fakulti hendaklah mengambil tindakan berikut:

i. Menyemak kelayakan pelajar dan membuat pengesahan dengan Fakulti/Pusat Akademik terbabit.

ii. Menyemak salinan keputusan yang menunjukkan bahawa pelajar pernah mengambil kursus yang dipohon tersebut tetapi Gagal pada semester terkini dan hanya satu kursus itu sahaja yang diperlukan untuk Lulus bagi tujuan bergraduat atau menjalani Latihan Industri.

d. Markah Peperiksaan Khas Kategori B akan menentukan keputusan kursus berkenaan sama ada Lulus atau Gagal dan tidak diambil kira dalam pengiraan GPA dan CPA.

e. Pelajar yang Gagal dalam Peperiksaan Khas perlu mengulang semula kursus tersebut sehingga Lulus.

2. Tempoh peperiksaan khas akan dibuat dalam tempoh yang ditetapkan oleh Universiti.

(18)

CARTA ALIR PENGURUSAN PEPERIKSAAN DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Sedia Jadual Peperiksaan

Sedia Jadual Petugas Peperiksaan

Sedia Soalan & Peralatan Peperiksaan

Persiapan Peperiksaan

Cetak, Bungkus & Simpan Peperiksaan Akhir Masalah Luar Jangka Kes Pelajar Pemeriksaan Skrip Jawapan Proses Pemarkahan Mesyuarat Lembaga Peperiksaan Fakulti (BOE) Mesyuarat Majlis Peperiksaan Universiti Keputusan Diumumkan Mesyuarat Senat Rayuan Keputusan

Referensi

Dokumen terkait

Kohesi gramatikal berupa pengacuan persona orang ketiga jamak yang bersifat anaforis, ditandai dengan kata elles yang mengacu pada kata des foules.. (pada data

Desain Penelitian menggunakan One Grup pretest-posttest yang di lakukan Penelitian ini dilaksanakan pada tanggal Maret 2020, di PMB ”E” wilayah kerja puskesmas

Tanyakan ke daeler hobby shop atau hobby supply mengenai orang yang dapat mengajari anda dan jika tidak ada yang dapat membantu, anda dapat belajar sendiri

dilaksanakannya untuk satu tahun pelajaran termasuk dalam hal ini menyusun program meningkatkanpenyusunan RPP. Jumlah guru yang terlibat dalam penelitian ini adalah

(ii) Huraikandua proses pergerakan jisim cepat [6m ] A21 Tanah runtuh – pergerakan secara cepat bila berlakunya runtuhan tanah secara tiba-tiba dan cepat akibat kurangnya daya

Oleh karena itu, Optimal Power Flow (OPF) dilakukan untuk meminimalkan konsumsi bahan bakar dari pembangkit pada keseluruhan sistem dengan melihat batasan daya output setiap

Negara Indonesia adalah salah satu negara berkembang yang sedang berusaha membangun dalam segala bidang aspek seperti politik, sosial, pendidikan, ekonomi dan

Ukuran nominal pipa yang dipilih adalah ukuran pipa nominal yang memenuhi syarat kecepatan alir dan penurunan tekanan fluida seperti diatas, dan schedule pipa Nomor 40