• Tidak ada hasil yang ditemukan

AMALAN PENGAJARAN GURU KURIKULUM BERSEPADU DINI MENGGUNAKAN APLIKASI VLE FROG DI SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) NEGERI SELANGOR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "AMALAN PENGAJARAN GURU KURIKULUM BERSEPADU DINI MENGGUNAKAN APLIKASI VLE FROG DI SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) NEGERI SELANGOR"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

1913

AMALAN PENGAJARAN GURU KURIKULUM BERSEPADU DINI MENGGUNAKAN APLIKASI VLE FROG DI SEKOLAH AGAMA BANTUAN

KERAJAAN (SABK) NEGERI SELANGOR

Noraizan Mohsin¹, Mohd Faiz Mohd Baharan² & Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM Shah Alam

noraizan76@yahoo.com, fazries@yahoo.com.my Abstrak

Aplikasi VLE Frog diperkenalkan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia bagi tujuan memartabatkan Pengajaran abad ke-21 selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Berikutan perubahan kurikulum agama di sekolah-skolah agama menjadi kurikulum kebangsaan, iaitu Kurikulum Bersepadu Dini (KBD), guru-guru di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) menghadapi cabaran dalam mengimplementasikan aplikasi VLE Frog dalam masa yang sama menghadapi perubahan kurikulum. Justeru kajian ini bertujuan menganalisis amalan pengajaran guru KBD menggunakan aplikasi VLE Frog di sekolah, dengan mengambilkira tahap kesediaan guru, tahap pengetahuan dan kemudahan pra sarana ICT di sekolah. Kajian ini berbentuk kuantitatif menggunakan soal selidik yang di jawab dengan betul oleh 71 orang responden yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar matapelajaran KBD iaitu Syariah Islamiyyah, Usuluddin dan Lughah Arabiyyah Al-Muasiroh (LAM). Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS). Hasil kajian menunjukkan amalan pengajaran guru KBD di SABK negeri Selangor menggunakan aplikasi VLE Frog mempunyai potensi yang positif berikutan tahap kesediaan guru dan pengetahuan guru adalah pada tahap sederhana dengan nilai min kesediaan guru sebanyak =3.47 dan nilai sisihan piawai =0.82. Manakala nilai min bagi tahap pengetahuan guru adalah sebanyak=3.03 dan nilai sisihan piawai adalah=0.66. Kajian ini turut membuktikan tahap prasarana ICT di SABK negeri Selangor juga adalah sederhana dengan dapatan min sebanyak =3.03 dan nilai sisihan piawai sebanyak =0.59. Nilai kebolehpercayaan kajian ini bagi item kesediaan adalah =0.93 manakala bagi item pengetahuan guru adalah sebanyak =0.90 dan tahap kemudahan pra sarana pula sebanyak =0.80. Kajian ini diharap dapat membantu para guru, pentadbir sekolah, Jabatan pendidikan Negeri dan Bahagian Pendidikan Islam, KPM dalam merangka satu usaha berterusan bagi membangunkan keperluan pembangunan profesionalisme guru KBD di SABK untuk merealisasikan objektif perlaksanaan pendidikan agama tercapai.

Kata kunci: Virtual Learning Environment (VLE Frog), Kurikulum Bersepadu Dini (KBD), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Abstract

VLE Frog Applications are introduced in schools in Malaysia for the purpose of the 21st Century Teaching in line with the Malaysia Education Blueprint (PPPM) 2013-2025. The changes in religious curriculum in religious schools into the national curriculum, as the Dini Integrated Curriculum (KBD), has become the cause of facing the challenges in implementing the VLE Frog application by the teachers at the Government Assistance Religious School (SABK) while in the same time their facing the curriculum changing. Therefore, this study aims to analyze the teaching practices of KBD teachers using VLE Frog applications in schools, taking into account the level of readiness of teachers, the level of knowledge and facilities of ICT. It was quantitative study by using the questionnaire which was correctly answered by 71 respondents consisting of teachers of KBD subjects. The data obtained were analyzed using the Statistical Package For Social Sciences (SPSS) software. The results showed that the teaching practice of KBD teachers using the VLE Frog application had a positive potential as the readiness level of teachers and the teachers’ knowledge was moderate

(2)

1914

with the mean readiness of teachers =3.47 and the standard deviation value is =0.82. While the mean value of teachers’ knowledge level is =3.03 and the standard deviation value is =0.66. This study also shows that the level of ICT infrastructure in SABK Selangor is moderate with mean value of =3.03 and the standard deviation value of =0.59. The reliability value of this study for readiness items was =0.93 while for teachers’ knowledge item was =0.90 and ICT infrastructure level was =0.80. This study is expected to assist teachers, school administrators, State Education Department and Islamic Education Division, KPM in formulating a continuous effort to develop KBD teachers’ professional development needs in SABK to realize the objective of implementing religious education.

Keywords: Virtual Learning Environment (VLE Frog), Dini Integrated Curriculum (KBD), Government Assistance Religious School (SABK)

PENDAHULUAN

Virtual Learning Environment Frog atau VLE Frog adalah sistem persekitaran pembelajaran yang berasaskan web. Kaedah pembelajaran ini menyamai rupa pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pembelajaran konvensional dengan konsep pembelajaran maya. VLE Frog ini diistilahkan sebagai intranet, pembelajaran bilik darjah secara online dan juga ruang sosial untuk sekolah berhubung hanya di dalam satu bumbung (Frogasia, 2016). Pelaksanaan aplikasi VLE Frog sebagai aplikasi pengurusan pembelajaran secara maya adalah usaha kementerian untuk merevolusikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah Malaysia bersesuaian dengan tuntutan abad ke-21. Untuk tujuan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah menyediakan transformasi pendidikan berupa kemudahan ke arah mengintegrasikan ICT dalam pembelajaran harian di sekolah. Namun, laporan Ketua Audit Negara Siri 3 pada tahun 2013 berkaitan 1bestarinet mendapati bahawa tahap penggunaan VLE Frog adalah sedikit di kalangan guru, murid dan ibubapa (Kementerian Kewangan Malaysia, 2013a). Justeru, KPM meminta guru besar/pengetua supaya memastikan guru-guru di sekolah menggunakan VLE Frog secara optimum di dalam pengajaran mereka (Kementerian Kewangan Malaysia, 2013b).

Bermula pada tahun 2015, sebanyak 163 buah sekolah agama bantuan kerajaan di seluruh negara terlibat dalam perubahan dua jenis kurikulum iaitu Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT). Kurikulum ini bertujuan mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia, kualiti prasarana dan kemudahan serta meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran. Kajian oleh (Bahagian Pendidikan Islam, 2015) di sekolah-sekolah agama bantuan kerajaan guru-guru KBD di SABK berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan dwi kurikulum iaitu kurikulum dini dan kurikulum Kebangsaan. Justeru faktor kekangan masa dan keperluan latihan oleh guru dikenalpasti sebagai faktor kesukaran tersebut. Kajian (Bahagian Pendidikan Islam, 2017) juga telah mengenal pasti bahawa amalan inovasi pengajaran guru KBD menggunakan bahan teknologi berada dalam tahap min yang sangat rendah. Walaubagaimanapun, guru-guru menyatakan kesediaan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran demi menyokong pelaksanaan Kurikulum tersebut.

Justeru kajian ini dilakukan terhadap guru-guru KBD di SABK bagi mengenalpasti amalan pengajaran menggunakan aplikasi VLE Frog dengan memfokus kepada tahap kesediaan guru, pengetahuan serta melihat tahap kemudahan yang ada di SABK.

TINJAUAN LITERATUR

Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan VLE Frog sebagai medium pembelajaran masih kurang memuaskan. Berdasarkan jumlah log masuk ke platform VLE Frog, jumlah penggunannya oleh guru adalah sedikit. Walaupun kementerian telah

(3)

1915

menyediakan kemudahan ICT termasuk perkakasan dan talian bagi perlaksanaan program tersebut di sekolah-sekolah, namun tahap penerimaan dan penggunaan aplikasi tersebut masih kurang memuaskan. Selain kemudahan fizikal, guru-guru juga telah diberi pendedahan dan latihan dan kerajaan telah membelanjakan peruntukan yang besar untuk menjayakan perlaksanaannya (Kementerian Kewangan Malaysia, 2013a).

Kajian Kamalludeen, Hassan, Sakinah, & Nasaruddin (2016) mendapati corak penggunaan VLE Frog di kalangan pelajar sekolah menengah dipengaruhi oleh ciri-ciri VLE Frog. Ciri-ciri tersebut mempengaruhi minat pelajar dalam menggunakanya untuk pembelajaran dan meningkatkan kemahiran IT. Perkara ini sepatutnya mendorong guru meningkatkan kesedaran dan menggunakan VLE Frog dengan lebih kerap. Namun, kajian Yusoh & Mansor (2015) mendapati tahap kemahiran guru terhadap aplikasi tersebut berada pada tahap sederhana, begitu juga tahap penggunaan. Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kemahiran dan tahap penggunaan guru terhadap aplikasi Frog VLE. Keadaan ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran guru terhadap VLE Frog memberi kesan kepada tahap penggunaan guru di sekolah. Menurut Hashim, Munira, Nasri, & Mustafa (2016) dalam kajiannya telah mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan Pembelajaran Maya melalui VLE Frog adalah kekangan infrastruktur, kekangan masa, inisiatif guru, efikasi kendiri guru serta integriti dan sikap guru terhadap VLE Frog.

Kajian lalu menunjukkan bahawa amalan pengajaran guru mata pelajaran agama dan Bahasa arab di sekolah-sekolah agama bersikap tradisional dan tidak menggunakan teknologi (Ali Muda, 2012; Lubis, Alias, & Shaharuddin, 2014; Nasir, Mahalle, & Nawi, 2015). Guru KBD juga didapati tidak menggunakan inovasi teknologi dalam pengajaran subjek KBD disekolah. Malahan menurut persepsi murid, pengajaran guru KBD adalah rendah dan tidak melibatkan pengintegrasian ICT walaupun murid didapati sangat berminat dengan pembelajaran menggunakan internet (Bahagian Pendidikan Islam, 2017). Faktor kompetensi guru serta kekurangan latihan dan prasarana turut menjadi punca guru-guru di sekolah agama bantuan kerajaan kurang menggunakan inovasi dan teknologi dalam amalan pengajaran (Bahagian Pendidikan Islam, 2015).

OBJEKTIF KAJIAN

Spesifiknya objektif kajian ini adalah seperti berikut;

1. Mengenal pasti tahap kesediaan guru Kurikulum Bersepadu Dini di SABK negeri Selangor menggunakan VLE Frog dalam pengajaran.

2. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru Kurikulum Bersepadu Dini terhadap VLE Frog dalam pengajaran di SABK negeri Selangor.

3. Mengenal pasti tahap prasarana ICT untuk tujuan penggunaan VLE Frog dalam pengajaran di SABK negeri Selangor.

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini akan menjawab persoalan-persoalan berikut:

1. Apakah tahap kesediaan guru Kurikulum Bersepadu Dini di SABK negeri Selangor menggunakan VLE Frog dalam pengajaran?

2. Apakah tahap pengetahuan guru Kurikulum Bersepadu Dini terhadap VLE Frog dalam pengajaran di SABK negeri Selangor?

3. Apakah tahap prasarana ICT untuk tujuan penggunaan VLE Frog dalam pengajaran di SABK negeri Selangor?

(4)

1916 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan melalui borang kaji selidik. Data diperolehi daripada 71 orang responden yang terdiri dari guru-guru KBD yang mengajar di SABK seluruh Selangor. Data diproses menggunakan perisian SPSS. Dapatan nilai kebolehpercayaan bagi kajian ini adalah tinggi. Nilai kebolehpercayaan bagi item kesediaan adalah = 0.93 manakala bagi item pengetahuan guru adalah sebanyak = 0.90 dan tahap kemudahan pra sarana pula sebanyak = 0.80. Oleh kerana, nilai alpha melebihi 0.60 maka ia sangat baik dan dianggap mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi serta boleh diterima (Darussalam & Hussin, 2016) Darussalam, G., & Hussin, S. (2016). Metodologi Penyelidikan Dalam pendidikan (edisi kedu). Kuala Lumpur: University Malaya.

DAPATAN KAJIAN

Jadual 1: Latar belakang guru mengikut jantina

JANTINA KEKERAPAN PERATUS

Lelaki 16 22.5

Perempuan 55 77.5

Jumlah 71 100

Jadual 2 pula merupakan latar belakang guru mengikut umur. Hasil dapatan menunjukkan peringkat umur paling ramai adalah antara umur 31 hingga 35 tahun sebanyak 32.4% (23) manakala jumlah terendah adalah peringkat umur bawah 25 tahun iaitu sebanyak 2.8% (2).

Jadual 2: Latar belakang guru mengikut umur

UMUR KEKERAPAN PERATUS

Bawah 25 tahun 2 2.8 26-30 tahun 14 19.7 31-35 tahun 23 32.4 36-40 11 15.5 Lebih 40 tahun 21 29.6 JUMLAH 71 100

Manakala Jadual 3 adalah latar belakang guru mengikut tahap pendidikan. Dapatan menunjukkan tahap pendidikan paling tinggi dalam kalangan guru adalah peringkat sarjana, manakala tahap pendidikan yang paling rendah adalah SPM/STPM. Tahap pendidikan guru paling ramai adalah ijazah sarjana muda 90.1% (64) manakala jumlah terendah adalah tahap pendidikan SPM/STPM dan Diploma, masing-masing mencatat 1.4% (1).

Jadual 3: Latar belakang guru mengikut tahap pendidikan

TAHAP PENDIDIKAN KEKERAPAN PERATUS

SPM/STPM 1 1.4

Diploma 1 1.4

Sarjana muda 64 90.1

Sarjana 5 7.0

JUMLAH 71 100

Disamping itu, Jadual 4 memaparkan latar belakang guru mengikut pengalaman mengajar. Dapatan mendapati tempoh mengajar paling sedikit dalam kalangan guru adalah

(5)

1917

bawah 5 tahun 29.6% (21), manakala tempoh pengalaman 6 hingga 10 tahun mencatat jumlah paling ramai 39.4% (28).

Jadual 4: Latar belakang guru mengikut pengalaman mengajar

PENGALAMAN MENGAJAR KEKERAPAN PERATUS

Bawah 5 tahun 21 29.9 6 hingga 10 tahun 28 39.4 11 hingga 15 tahun 12 16.9 16 hingga 20 tahun 6 8.5 21 hingga 25 tahun 2 2.8 25 hingga 30 tahun 2 2.8 JUMLAH 71 100

Berdasarkan Jadual 5, hasil analisis mendapati tahap kesediaan guru KBD mengaplikasi VLE Frog dalam pengajaran berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min keseluruhan = 3.47 dan sisihan piawai = 0.62. Ini menunjukkan SABK mempunyai potensi untuk melaksanakan pengajaran maya dalam pengajaran mata pelajaran agama dan Bahasa arab apabila guru-guru menunjukkan tahap kesediaan untuk menggunakannya dalam pengajaran (min=3.56) dan bersedia memberi tugasan kepada pelajar menggunakan VLE Frog (min=3.44). Selain itu, guru KBD didapati menunjukkan kesediaan membina site dashboard dalam pengajaran mereka (min=3.38) selain bersedia merancang pengajaran menggunakan VLE Frog (3.39). Selain kesediaan menggunakannya dalam pengajaran, guru KBD juga dilihat bersedia mewujudkan persekitaran pengajaran VLE Frog dalam kalangan rakan-rakan di sekolah. Data yang diperolehi menunjukkan guru bersedia berkongsi maklumat dan sumber dengan rakan-rakan guru yang lain (min=3.46) serta bersedia menggalakkan rakan-rakan lain untuk turut sama menggunakannya (min=3.49). Nilai min tertinggi adalah pada item 8 (min=3.70) manakala nilai min terendah ialah item 3 (min=3.37). Dapatan ini menunjukkan seramai 51% guru menunjukkan kesediaan untuk mempelajari aplikasi tersebut bagi tujuan pembangunan diri sendiri akan tetapi 48% daripada mereka menunjukkan tahap kesediaan untuk menggunakannya sebagai bahan pembelajaran murid. Hal ini menunjukkan bahawa sikap guru mempengaruhi kesediaan menggunakan VLE Frog dalam pengajaran di sekolah (Hiong & Umbit, 2015; Kaur & Hussein, 2015).

Jadual 5: Tahap kesediaan guru mengaplikasi VLE Frog dalam pdp

ITEM PENYATAAN MIN SD INTEPRETAS

I B1 Saya bersedia menggunakan VLE Frog

dalam pengajaran.

3.56 0.732 Sederhana B2 Saya bersedia menggunakan VLE Frog

untuk merancang pengajaran.

3.39 0.707 Sederhana B3 Saya bersedia menggunakan VLE Frog

dalam menyediakan bahan pengajaran.

3.37 0.779 Sederhana B4 Saya bersedia membina site dashboard

untuk pengajaran.

3.38 0.781 Sederhana B5 Saya bersedia memberi tugasan kepada

murid dengan menggunakan VLE Frog.

3.44 0.788 Sederhana B6 Saya bersedia menggalakkan

rakan-rakan menggunakan VLE Frog dalam pengajaran.

3.49 0.715 Sederhana

B7 Saya bersedia menggunakan VLE Frog untuk berkongsi sumber dengan komuniti

(6)

1918 pendidik yang lain.

B8 Saya bersedia belajar lebih banyak lagi mengenai VLE Frog untuk pembangunan diri sendiri.

3.70 0.763 Sederhana

Manakala jadual 6 merujuk kepada analisis tahap pengetahuan guru terhadap VLE Frog. Min keseluruhan bagi konstruk tahap pengetahuan guru terhadap aplikasi VLE Frog dalam pengajaran KBD adalah sederhana iaitu nilai purata min keseluruhan sebanyak 3.03 dan nilai sisihan piawai adalah=0.66. Kajian ini selari dengan kajian Yusoh & Mansor (2015) yang mengkaji tahap pengetahuan VLE Frog dalam kalangan 30 orang guru di SMK Seksyen 19 Shah Alam.

Nilai min tertinggi ialah item 2 (min=3.51 sisihan piawai=0.75) manakala nilai min terendah ialah item 5 (min=2.93 sisihan piawai =0.81). Keadaan ini menunjukkan guru mengetahui bahawa penggunaan aplikasi VLE Frog dapat menjadikan pengajaran mata pelajaran KBD lebih interatif, namun hanya sedikit sahaja bilangan guru yang mengetahui fungsi setiap widget yang terdapat pada aplikasi tersebut. Selain itu, data menunjukkan tahap pengetahuan guru terhadap implikasi dalam pengajaran juga adalah sederhana. Guru mengetahui bahawa VLE Frog dapat meningkatkan kefahaman terhadap isi kandungan mata pelajaran (min=3.31 sisihan piawai 0.76). dan dapat meningkatkan pengetahuan dalam mengurus kaedah pengajaran (min=3.32 sisihan piawai =0.75). Mereka juga mengetahui bahawa VLE Frog membolehkan mereka merancang pengajaran secara maya (min=3.31 sisihan piawai=0.80). Pelbagai factor mungkin mempengaruhi tahap pengetahuan guru di SABK. Ini termasuklah kekurangan latihan keperluan yang diperlukan oleh guru KBD. Kajian Bahagian Pendidikan Islam (2015) menunjukkan guru KBD menghadapi kesukaran berhadapan dengan dwi kurikulum menjadikan amalan pengajaran guru adalah terbatas. Oleh yang demikian latihan dan kemahiran perlu dipertingkatkan berkaitan VLE Frog.. Kajian Ummu Salma Mohiddin & Fariza Khalid (2014) pula mendapati bahawa terdapat peningkatan pengetahuan dari masa ke semasa dan kefahaman terhadap penggunaan aplikasi VLE Frog. Melalui kursus-kursus yang dihadiri, guru dapat meningkatkan pengetahuan terhadap VLE Frog (Kaur & Hussein, 2015).

Jadual 6: Tahap pengetahuan guru terhadap VLE Frog ITE M PENYATAAN MI N SD INTERPRETA SI C1 Aplikasi VLE Frog membolehkan saya

merancang pengajaran secara maya

3.31 0.80 3

Sederhana C2 Aplikasi VLE Frog menjadikan

pengajaran lebih interatif

3.51 0.75 4

Sederhana C3 Aplikasi VLE Frog meningkatkan

pengetahuan saya tentang kandungan mata pelajaran

3.31 0.76 7

Sederhana

C4 Aplikasi VLE Frog meningkatkan pengetahuan saya dalam mengurus kaedah pengajaran

3.32 0.75 2

Sederhana

C5 Saya mengetahui setiap fungsi widget yang terdapat dalam aplikasi VLE Frog

2.93 0.81 6

Sederhana

Jadual 7 menunjukkan tahap pra sarana ICT di SABK Negeri Selangor. Min keseluruhan bagi konstruk tahap prasarana ICT SABK negeri Selangor adalah sederhana dengan nilai purata min keseluruhan sebanyak 3.03 dan nilai sisihan piawai sebanyak =0.59. Nilai min tertinggi bagi objektif ketiga ialah pada item 3 (min= 3.48, sisihan piawai =0.89)

(7)

1919

manakala nilai min terendah ialah pada item 8 (min=2.25, sisihan piawai =1.08). Ini menunjukkan bahawa makmal computer di sekolah-sekolah SABK dilengkapi dengan capaian akses 1Bestarinet. Keadaan ini dilaporkan dalam laporan akhir kajian impak oleh BPI yang meninjau keadaan infrastuktur di SABK selepas 5 tahuan berdaftar sebagai SABK (Bahagian Pendidikan Islam, 2015). Namun, walaupun makmal sekolah mempunyai capaian internet yang lengkap, akan tetapi tidak terdapat pra sarana ICT di dalam bilik darjah. Hal ini menyukarkan guru untuk menggunakan aplikasi VLE Frog dalam pengajaran di dalam kelas, kerana perlu menunggu giliran untuk menggunakan makmal. Kajian Razali et al. (2016) mendapati kemudahan ICT di sekolah merupakan antara faktor utama yang mempengaruhi penggunaan VLE Frog dalam kalangan guru di sekolah menengah.

Jadual 7: Tahap prasarana ICT di SABK

ITEM PENYATAAN MI

N

SD INTERPRETASI D1 Sekolah saya mempunyai prasarana

ICT yang baik.

3.04 1.101 Sederhana D2 Komputer di makmal berfungsi

dengan baik.

3.32 0.907 Sederhana D3 Makmal komputer dilengkapi

dengan capaian akses 1BestariNet.

3.48 0.892 Sederhana D4 Bilangan komputer yang boleh

diunakan mencukupi.

2.89 1.008 Sederhana D5 Bilangan komputer yang berfunngsi

dengan baik kurang daripada 10 unit.

3.08 0.874 Sederhana

D6 Bilangan komputer yang berfunngsi dengan baik kurang antara 11-15 unit.

3.14 0.780 Sederhana

D7 Bilangan komputer yang berfunngsi dengan baik lebih daripada 10 unit.

3.14 0.883 Sederhana D8 Bilik kelas saya mempunyai

prasarana ICT.

2.25 1.024 Rendah D9 Capaian internet berupaya

mengakses VLE.

2.99 1.089 Sederhana

RUMUSAN

Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan guru dalam mengaplikasi VLE Frog dalam pengajaran, tahap pengetahuan terhadap VLE Frog dan tahap prasarana ICT di SABK negeri Selangor adalah sederhana.

Hasil dapatan kajian dianalisis secara terperinci bagi mengetahui sejauh mana tahap kesediaan guru menggunakan VLE Frog dalam amalan pengajaran mata pelajaran KBD. Berdasarkan jadual analisis data mendapati tahap kesediaan guru adalah sederhana. Pada pandangan pengkaji, hal ini demikian kerana guru-guru SABK berhadapan dengan pengajaran dwi kurikulum dan menghadapi beberapa factor kesukaran dalam amalan pengajaran di sekolah (Bahagian Pendidikan Islam, 2015). Namun kajian Bahagian Pendidikan Islam (2017) mendapati guru-guru KBD bersedia mempertingkatkan pengetahuan serta kemahiran mereka dalam meningkatkaan kualiti pengajaran di dalam bilik darjah.

Hasil kajian juga mendapati tahap pengetahuan guru KBD terhadap VLE Frog dalam amalan pengajaran adalah sederhana. Namun hasil analisis menunjukkan guru KBD

(8)

1920

mempunyai pengetahuan asas berkenaan VLE Frog selain pengetahuan penggunaan aplikasi tersebut mampu menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan. Namun tahap pengetahuan terhadap elemen-elemen yang terdapat di dalam VLE Frog perlu diberi perhatian. Hal ini demikian, kerana analisis data menunjukkan tahap pengetahuan guru terhadap fungsi setiap widget pada paparan aplikasi tersebut adalah rendah. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan kajian Ummu Salma Mohiddin & Fariza Khalid (2014) terhadap 10 orang guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Meru, Klang. Kajian mendapati ramai dikalangan guru tidak mahir dan kurang pengetahuan dalam menggunakan aplikasi VLE Frog. Mereka juga kurang mahir menyediakan bahan pengajaran menggunakan aplikasi tersebut dan memerlukan bimbingan dan latihan.

Berdasarkan Bahagian Pendidikan Islam (2015) SABK menunjukan peningkatan terhadap kemudahan dan prasarana fizikal sekolah termasuk makmal computer dan ICT. Namun hasil analisis data mendapati tahap pra sarana ICT di SABK berada pada tahap sederhana. Menurut Norazilawati, Noraini, Nik Azmah, & Rosnidar (2013) guru amat bergantung kepada akses internet bagi menjayakan pembelajaran secara maya melalui VLE Frog. Ia bagi memastikan setiap ahli komuniti maya terlibat secara aktif dalam persekitaran pembelajaran tersebut dan dapat berkongsi serta bertukar-tukar pandangan atau pendapat berkenaan tugasan masing-masing.Namun beberapa kajian menunjukkan antara cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan pengajaran melalui VLE Frog di bilik adalah kekangan infrastruktur (Hashim et al., 2016; Shahfiezul Shahaimi & Fariza Khalid, 2015).

CADANGAN

Berdasarkan hasil kajian, penyelidik mencadangkan beberapa perkara yang boleh diambil tindakan. Antaranya:

1. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat kepada guru dan pentadbir sekolah dalam meningkatkan amalan pengajaran untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran penggunaan VLE Frog di dalam bilik darjah.

2. Kajian ini juga dapat memberi pemahaman kepada guru-guru sekolah agama bantuan kerajaan berkenaan amalan pengajaran menggunakan teknologi terkini.

3. Dapatan kajian diharap dapat digunakan oleh pentadbir sekolah, pengurusan panitia bagi merancang program latihan pengajaran dan meningkatkan penyeliaan guru bagi tujuan mencapai hasrat pendidikan abad ke-21.

4. Kajian akan dapat digunakan bagi memperbaiki kelemahan dan masalah dalam pelaksanaan pembelajaran maya di sekolah. Ianya dapat menyumbang kepada kualiti pengajaran guru dan mencapai objektif kemenjadian murid dan prestasi akademik pelajar. 5. Pengkaji mencadangkan beberapa perkara untuk tindakan pihak BPI, KPM serta pihak

pentadbir sekolah berusaha melengkapkan kemudahan teknologi dan ICT bagi

meningkatkan pengaplikasian VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran di SABK.

RUJUKAN

Ali Muda. (2012). Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Tinggi Dari Perspektif Guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (Sabk). Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR’12).

Bahagian Pendidikan Islam. (2015). Laporan Akhir Kajian Impak Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri Menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 1–73.

(9)

1921

Bahagian Pendidikan Islam. (2017). Kajian Keperluan Pelaksanaan Pakej Matapelajaran SMKA di SABK Negeri Selangor.

Darussalam, G., & Hussin, S. (2016). Metodologi Penyelidikan Dalam pendidikan (edisi kedu). Kuala Lumpur: University Malaya.

Frogasia. (2016). Frogasia.

Hashim, H., Munira, S., Nasri, M., & Mustafa, Z. (2016). Cabaran Yang Dihadapi Oleh Guru Dalam Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog Di Bilik Darjah (Teachers’ Challenges in the Implementation of Frog Virtual Learning Environment in the Classrooms). Asia Pacific Journal of Educators and Education, 31(31), 115–129. https://doi.org/10.21315/apjee2016.31.7

Hiong, S. N., & Umbit, A. F. (2015). A Pilot Study on Factors Affecting the Use of Frog Virtual Learning Environment. Jurnal Penyelidikan IPG KBL, 12, 1–17.

Kamalludeen, R., Hassan, A., Sakinah, N., & Nasaruddin, A. (2016). STUDENT USAGE PATTERNS OF VLE-FROG. Journal of Personalized Learning, 2(21), 86–94.

Kaur, T., & Hussein, N. (2015). Teachers’ Readiness to Utilize Frog VLE: A Case Study of a Malaysian Secondary School. British Journal of Education, Society & Behavioural Science, 5(1), 20–29. https://doi.org/10.9734/BJESBS/2015/11965

Kementerian Kewangan Malaysia. (2013a). laporan Audit Negara tahun 2013.

Kementerian Kewangan Malaysia. (2013b). Maklum Balas Ke Atas Laporan Ketua Audit Negara : Siri 3. Putrajaya.

Lubis, M. A., Alias, Z., & Shaharuddin, H. N. (2014). Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab dalam Kurikulum Bu ’ uth Al-Azhar di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ( SABK ). Jurnal Pendidkan Malaysia, 39(1), 51–61.

Nasir, G. A., Mahalle, S., & Nawi, A. (2015). Kajian Amalan Pengajaran Guru Bahasa Arab Sekolah Menengah di Negara Brunei Darussalam. Q-jIE The Online Journal of Islamic Education, 3(1), 32–40.

Norazilawati, A., Noraini, M. N., Nik Azmah, N. Y., & Rosnidar, M. (2013). Aplikasi Persekitaran Pengajaran Maya (Frog VLE) Dalam Kalangan Guru Sains. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 3(2), 63–76.

Razali, N. Z., Bahador, Z., Saidon, M. K., Nor Zaira Razali, Zolkefli Bahador, Mohd Kasri Saidon, … Saidon. (2016). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Vle Frog Dalam Kalangan Guru di Sekolah Menengah. Proceeding of ICECRS, 1(October), 1–9. https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.645

Shahfiezul Shahaimi, & Fariza Khalid. (2015). Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE-FROG) di Sekolah-Sekolah di Malaysia: Pelaksanaan dan Cabaran. In Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5 (pp. 28–38).

Ummu Salma Mohiddin, & Fariza Khalid. (2014). Tahap Pengetahuan Guru Sekolah Rendah Dalam Penggunaan VLE-Frog Untuk Pengajaran dan Pembelajaran. In The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD 2014) (pp. 780–788).

Yusoh, N., & Mansor, A. N. (2015). Aplikasi Inovasi Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) Dalam Kalangan Guru. In ASEAN Comparative Education Research Conference (ACER-N 2015) (pp. 1–13).

Referensi

Dokumen terkait

Kajian ini juga terhad kepada pemerhatian terhadap amalan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru Insya‟ STAM serta masalah yang dihadapi oleh

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan pengetua Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan Negeri Sembilan ( SABK )

Walaupun kekuatan hubungan antara tahap pengetahuan kosa kata dan pencapaian kemahiran bertutur bahasa Arab pelajar dalam kajian ini berada pada tahap rendah, namun

Kajian ini dijalankan dengan bertujuan untuk mengkaji persepsi guru-guru yang berpengalaman terhadap perkembangan profesionalisme mereka di dalam amalan pengajaran

Pengkaji melakukan kajian secara terperinci, untuk melihat sejauh mana amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Qur'an khasnya dari aspek set

Tahap pengetahuan amalan lestari pada tahap sederhana telah dibuktikan dalam kajian Hanifah, Mohamad Suhaily Yusri dan Shaharudin 2013 terhadap guru-guru di Sekolah Lestari iaitu kesan

Hubungan Antara Sikap Guru Matematik Terhadap Kesilapan Diri Sendiri Dengan Tahap Amalan Guru Menggunakan Kaedah Analisis Kesilapan Pelajar di Dalam Pengajaran Matematik Melalui

Sumbangan/Keaslian: Sumbangan utama kajian ini ialah melihat kesediaan guru-guru sekolah rendah di Selangor terhadap penerapan KBAT bagi mencapai pencapaian yang baik dalam pendidikan