• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEJARAH PENULISAN MUSHAF AL-QURAN NUSANTARA: Satu Kajian Perbandingan Antara Mushaf Istiqlal Indonesia dengan Mushaf Tab an Ain al-taqwa Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SEJARAH PENULISAN MUSHAF AL-QURAN NUSANTARA: Satu Kajian Perbandingan Antara Mushaf Istiqlal Indonesia dengan Mushaf Tab an Ain al-taqwa Malaysia"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

0

SEJARAH PENULISAN MUSHAF AL-QURAN NUSANTARA:

Satu Kajian Perbandingan Antara Mushaf Istiqlal Indonesia dengan

Mushaf Tab’an Ain al-Taqwa Malaysia

MAKMUR HAJI HARUN

MUHAMMAD BUKHARI LUBIS

ABU HASSAN BIN ABDUL

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN

MALAYSIA

(2)

1

SEJARAH PENULISAN MUSHAF AL-QURAN NUSANTARA:

Satu Kajian Perbandingan Antara Mushaf Istiqlal Indo

nesia dengan Mushaf Tab’an

Ain al-Taqwa Malaysia

1Makmur Haji Harun, 2Muhammad Bukhari Lubis dan 3Abu Hassan Bin Abdul 1,2,3

Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 35900 Tanjong Malim, Perak - Darul Ridzuan, Malaysia.

E-mail: makmur@fbk.upsi.edu.my, Telefon: +6016 3656350. ABSTRAK

Sejarah penulisan mushaf Nusantara merupakan salah satu titik permulaan perkembangan seni hiasan mushaf yang sering menjadi corak utama dalam al-Quran, implementasi tulisan dan corak semakin indah ketika menjadi hiasan

dalam al-Quran mushaf Istiqlal Indonesia dan mushaf Tab’an Ain al-Taqwa

Malaysia. Kewujudan hiasan dan tulisan menjadi pelengkap yang terang, jelas, indah, unik dan memikat di kedua mushaf Nusantara tersebut. Pengungkapan sejarah penghasilan mushaf ini menjadi asas penting dalam al-Quran mushaf standar di Indonesia dan Malaysia untuk dibaca oleh umat Islam di Nusantara. Peranan tulisan dan hiasan mushaf ini di Indonesia dan Malaysia terus berkembang dan bahkan terus diperhalusi dengan menggunakan kaedah tertentu. Selain ianya juga menjadi isyarat keagungan pelbagai hasil karya seni lainnya. Sementara kedua mushaf tersebut telah menjadi kebanggaan tersendiri umat Islam di Nusantara sekali gus gambaran artistik dari tanda ketelitian hasil sentuhan tangan-tangan kaligrafernya melalui pelbagai bahan, medium dan coraknya. Metodologi kajian ini menggunakan kajian perbandingan melalui pendalaman sejarah mushaf Indonesia dan mushaf Malaysia. Objektif kajian ini ingin mengangkat sejarah penghasilan mushaf Nusantara yang sering menjadi simbol asas estetik berwibawa dan berkualiti di kalangan ummat Islam. Dapatan kajian diharapkan berdampak kepada wacana ilmu untuk mengungkap khazanah sejarah dan warisan seni budaya Islam di Nusantara sebagai tempat kajian dijalankan.

Kata kunci: Sejarah penulisan mushaf al-Quran Nusantara, Mushaf Istiqlal

Indonesia dan Mushaf Tab’an Ain Al-Taqwa Malaysia.

PENDAHULUAN

Sejarah penulisan al-Quran memainkan peranan penting dalam menceritakan semula kisah-kisah lama perjalanan panjang proses penulisan kitab suci ini yang dimaksudkan agar memudahkan pembacanya dalam mentilawah ayat demi ayatnya. Termasuk bagaimana seorang khattat yang menulis mushaf al-Quran dalam memilih jenis khat yang akan digunakan agar jelas dan terang bacaannya. Selain itu, keperluan kaum muslim akan mushaf al-Quran sangat tinggi, sehingga penulisnya juga perlu cekap dan tepat ketika menentukan mushaf al-Quran tersebut.

Istilah "Mushaf"1 merupakan perkataan bahasa Arab yang secara harfiah bermaksud "kulit", iaitu kulit buku, tetapi digunakan dalam konteks ini untuk merujuk kepada senaskah kitab al-Quran.

1

Mushaf al-Quran menurut sebahagian sejarawan di antaranya Ibnu Kasir, tujuh salinan al-Quran di zaman Uthman bin Affan adalah satu disimpan di Madinah yang dikenal dengan Mushaf al-Imām, enam salinan lainnya disebar ke beberapa daerah wilayah Islam pada masa itu, iaitu Mekah, Kufah, Basrah, Syam, Yaman dan Bahraen.

(3)

2

Sejarah pengumpulan mushaf al-Quran telah melalui perjalanan zaman yang sangat panjang. Bahkan keberadaan sesebuah mushaf al-Quran merupakan suhuf kitab yang mula diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan ia ditulis di dalam bentuk mushaf serta diriwayatkan kepada umat Islam dengan tartil (Abd al-Karim Zaidan, 1996: 152). Al-Quran juga merupakan pedoman untuk manusia di muka bumi ini bagi membuktikan kewujudan pencipta dan kerasulan nabi-Nya yang mana ia dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas dan bagi sesiapa membacanya merupakan ibadah.

Ayat-ayat yang diwahyukan Allah SWT mempunyai makna-makna tersendiri yang boleh difahami secara jelas, tanpa sebarang kesamaran atau difahami secara tersirat, yang memerlukan kepada penjelasan serta penerangan Nabi Muhammad SAW sendiri bagi menghuraikan ayat-ayat tersebut melalui hadis baginda SAW. Dan al-Quran merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya kandungan di dalam ayat-ayatnya memberi sejuta makna kepada umat Islam terutamanya kepada mereka yang betul-betul serius memikirkan rahsia yang terkandung di dalamnya.

Sesebuah mushaf jika memiliki tulisan khat yang cantik dan menarik, memiliki hiasan corak dan hiasan motif serta iluminasi yang pelbagai dan beragam sangat membantu ketertarikan pembaca untuk lebih banyak membaca mushaf al-Quran tersebut. Penggunaan seni dalam mushaf Indonesia dan Malaysia bukan sahaja dijadikan hanya sebagai hiasan akan tetapi juga digunakan sebagai simpanan berupa aplikasi ke pelbagai manuskrip, logam, matawang, artifak dan benda-benda artifak lainnya di Nusantara khususnya dan Dunia Islam umumnya selain menjadi khazanah yang dimuliakan oleh umat Islam di dunia dan akhirat.

Ada dua mushaf al-Quran di Nusantara yang sangat popular ditulis dengan teliti dan sempurna keindahannya menjadi kebanggaan umat Islam di Malaysia dan Indonesia iaitu Mushaf Istiqlal Jakarta di Indonesia dan Mushaf Tab’an Ain Taqwa di Malaysia. Kedua-dua mushaf ini menggunakan khat naskhi dengan hiasan ciri khas tersendiri. Penulisan Mushaf Istiqlal idea penulisan awalnya diasaskan oleh Bayt al-Quran di Taman Mini Indonesia Indah (TMII) Jakarta sementara Mushaf Malaysia pula dihasilkan penulisannya melalui Yayasan Restu di Shah Alam Selangor. Sejarah mencatat bahawa kedua-dua mushaf ini menjadi simpanan agung khazanah umat Islam di Nusantara.

Kewujudan kedua-dua mushaf Indonesia dan Malaysia ini keberadaannya berkembang dengan tidak sekadar berfungsi sebagai media tulisan kitab suci, tidak hanya sebagai pedoman para seniman mahupun khattat semata-mata, bahkan ianya juga boleh menjadi rujukan bagi para ilmuwan, sasterawan, budayawan, seniman dan bahkan jurutera, sebab ia juga dapat menjadi pengungkap bidang seni dan hiasan lainnya yang sangat mendalam sama ada menerusi tulisan, tanda bacaan, motif, corak, jenis, hiasan luaran mahupun hiasan dalamannya.

Oleh sebab itu, melalui kajian kedua-dua mushaf ini pengkaji ingin mengangkat beberapa bahagian untuk dibincangkan sebagai pangkal terpenting yang dapat melengkapkan keindahan pelbagai seni penulisan mushaf al-Quran umumnya dalam al-Quran mushaf Uthmani dan khususnya mushaf Indonesia dan Malaysia. Kewujudan sejarah penulisan mushaf inilah yang dilihat dan dikaji agar dapat menempatkan perbincangan ini menjadikan semakin menarik dari penulis-penulis sebelumnya sehingga ke kajan ini. Untuk lebih jelasnya huraian ini dapat dilihat dalam kisi-kisi kandungan perbahasan seperti berikut ini.

(4)

3

SEJARAH AWAL PENULISAN MUSHAF AL-QURAN

Sejarah penyusunan mushaf al-Quran dalam Islam mempunyai catatan tersendiri yang

sangat

memainkan peranan penting untuk menguraikan semula kisah-kisah proses panjang penulisan kitab teragung umat Islam ini. Perjalanan penulisan mushaf al-Quran tersebut secara terperinci dapat disemak melalui peringkat-peringkat seperti berikut:

Pengumpulan dan Penulisan al-Quran pada Masa Rasulullah SAW

Rasullullah telah mengangkat para penulis wahyu al-Quran dari sahabat-sahabat terkemuka, seperti Ali, Muawiyah, ‘Ubai bin K’ab dan Zaid bin Sabit, apabila ayat turun baginda memerintahkan mereka menulisnya dan menunjukkan tempat ayat tersebut dalam surah, sehingga penulisan pada lembar itu membantu penghafalan di dalam hati. Di samping itu sebahagian sahabatpun menuliskan al-Quran yang turun itu atas kemahuan mereka sendiri, tanpa diperintah oleh Nabi; mereka menuliskannya pada pelepah kurma, lempengan batu, daun lontar, kulit atau daun kayu, pelana, potongan tulang berulang binatang. Seperti yang pernah dikatakan oleh Zaid bin Sabit, bahawa “Kami menyusun al-Quran di hadapan Rasulullah pada kulit binatang.”

Ketika Malaikat Jibril membacakan al-Quran kepada Rasulullah pada malam-malam bulan Ramadhan setiap tahunnya. Abdullah bin Abbas berkata, “Rasulullah adalah orang paling pemurah, dan puncak kemurahan pada bulan Ramadhan, ketika ia ditemui oleh Jibril. Baginda ditemui oleh Jibril setiap malam; Jibril membacakan al-Quran kepadanya, dan ketika Rasulullah ditemui oleh Jibril itu Baginda sangat pemurah sekali. Para sahabat senantiasa menyerahkan al-Quran kepada Rasulullah sama ada dalam bentuk hafalan mahupun dalam bentuk tulisan.”

Sementara tulisan-tulisan al-Quran pada masa Rasulullah tidak terkumpul dalam satu mushaf, melainkan ada pada seseorang yang belum tentu dimiliki orang lain. Para ulama telah menyampaikan bahawa segolongan dari mereka di antaranya Ali bin Abi Thalib, Muaz bin Jabal, Ubai bin Ka’ab, Zaid bin Sabit dan Abdullah bin Mas’ud telah menghafalkan seluruh isi al-Quran di masa Rasulullah SAW. Dan mereka menyebutkan pula bahawa Zaid bin Sabit adalah orang yang terakhir kali membacakan al-Quran di hadapan Nabi.

Setelah Rasulullah wafat di mana al-Quran telah dihafal dan tertulis dalam bentuk mushaf dengan susunan sudah tepat seperti ayat-ayat dan surah-surah dipisah-pisahkan, atau diterbitkan ayat-ayatnya sahaja dan setiap surah berada dalam satu lembar secara terpisah-pisah dalam tujuh huruf. Tetapi al-Quran belum dikumpulkan dalam satu mushaf yang menyeluruh (lengkap). Apabila wahyu turun, segeralah dihafal oleh para qurra’ dan ditulis oleh para penulis, tetapi pada masa itu belum diperlukan pembukuannya dalam bentuk satu mushaf, sebab Rasulullah masih selalu menanti turunnya wahyu seterusnya dari masa ke masa.

Disamping itu terkadang pula terdapat ayat yang menasikh (menghapuskan) sesuatu yang turun sebelumnya. Susunan atau tertib penulisan al-Quran itu tidak menurut tertib nuzulnya, tetapi setiap ayat yang turun perlu dituliskan di tempat penulisannya sesuai dengan petunjuk Rasulullah yang menjelaskan bahawa ayat anu harus diletakkan dalam surah anu. Andaikata (pada masa Nabi) al-Quran itu seluruhnya dikumpulkan di antara dua sampul dalam satu mushaf, hal yang demikian tentu akan membawa perubahan apabila wahyu turun lagi. Az-Zarkasyi berkata, “al-Quran tidak dituliskan dalam satu mushaf pada zaman Nabi agar ia tidak berubah pada setiap waktu. Oleh sebab itu, penulisannya dilakukan kemudian sesudah al-Quran turun secara keseluruhannya, iaitu setelah kewafatan Rasulullah SAW.”

(5)

4

Oleh itu, wujudnya pengumpulan al-Quran di masa Rasulullah masih dinamakan era penghafalan dan masa pembukuan yang pertama. Maka dengan pengertian inilah ditafsirkan apa yang diriwayatkan daripada Zaid bin Sabit yang mengatakan bahawa “Rasulullah telah wafat sedangkan al-Quran belum dikumpulkan sama sekali.” Maksudnya ayat-ayat dalam surah-surahnya belum dikumpulkan secara tertib dalam satu mushaf. Dalam hal ini Al-Katabi berkata:

“Rasulullah tidak mengumpulkan al-Quran dalam satu mushaf itu kerana ia senantiasa menunggu ayat nasikh terhadap sebahagian hukum-hakam atau bacaannya. Sesudah berakhir masa turunnya dengan wafatnya Rasulullah, maka Allah mengilhamkan penulisan mushaf secara lengkap kepada para Khulafa al-Rasyidin sesuai dengan janjinya yang benar kepada umat ini tentang jaminan pemeliharaannya. Dan hal ini terjadi pertama kalinya pada masa Abu Bakar atas pertimbangan usulan Umar.”

Pengumpulan al-Quran pada Zaman Saidina Abu Bakar al-Shiddiq dan Umar bin Khatab

Abu Bakar dilantik menjalankan kehalifahan Islam sesudah kewafatan Rasulullah SAW. Beliau dihadapkan kepada peristiwa-peristiwa besar berkenaan dengan kemurtadan sebahagian orang Arab. Kerana itu ia segera menyiapkan pasukan dan mengirimkannya untuk memerangi orang-orang yang telah murtad tersebut. Peperangan Yamamah yang terjadi pada tahun 12 H melibatkan sejumlah besar sahabat yang hafal al-Quran telah meninggal dunia dalam peperangan. Dalam peperangan ini diperkirakan tujuh puluh qari dari para sahabat telah gugur. Umar bin Khatab merasa sangat khuatir melihat kenyataan ini, lalu ia menghadap Abu Bakar dan mengajukan satu usulan kepadanya agar mengumpulkan dan membukukan al-Quran kerana dikhuatirkan akan musnah, sebab peperangan Yamamah telah banyak membunuh para qari’ dan huffaz dari kalangan sahabat.

Tetapi Abu Bakar menolak usulan tersebut dan berkeberatan melakukan apa yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah. Kemudian Umar tetap membujuknya, sehingga Allah membukakan hati Abu Bakar untuk menerima usulan Umar tersebut, kemudian Abu Bakar nemerintahkan Zaid bin Sabit, mengingat kedudukannya dalam qiraat, penulisan pemahaman dan kecerdikannya, serta kehadirannya pada pembacaan yang terakhir kali. Abu Bakar lalu menceritakan kepadanya kekhuatiran dan usulan Umar. Pada mulanya Zaid juga menolak seperti halnya Abu Bakar sebelum itu. Kedua-duanya lalu bertukar pendapat, sampai akhirnya Zaid dapat menerima dengan lapang dada perintah penulisan al-Quran tersebut. Kemudian Zaid bin Sabit melakukan tugasnya yang berat ini dengan bersandarkan kepada hafalan yang ada dalam hati para qura dan catatan yang ada daripada para penulis.

Atas usaha tersebut kemudian lembaran-lembaran (kumpulan) suhuf tersebut lalu disimpan di tangan Abu Bakar. Setelah beiau meninggal dunia pada tahun 13 H, lembaran-lembaran tersebut berpindah ke tangan Umar bin Khatab dan tetap berada di tangannya sehingga ia pula meninggal dunia. Kemudian mushaf itu berpindah ke tangan Hafsah puteri Umar. Pada permulaan kekalifahan Uthman bin Affan, beliau memintanya daripada tangan Hafsah. Lalu pengumpulan ini diteruskan dan ini dinamakan pengumpulan di era kedua.

Pengumpulan al-Quran pada Masa Saidina Uthman bin Affan

Selama pemerintahan `Uthman yang dipilih oleh kaum Muslimin ketika itu melalui bai'ah yang amat terkenal sebagai khalifah ketiga, umat Islam sibuk melibatkan diri di medan jihad yang membawa Islam ke utara sampai ke Azerbaijan dan Armenia. Berangkat dari suku kabilah dan provinsi yang beragam, sejak awal para pasukan tempur memiliki dialeg yang berlainan dan Nabi

(6)

5

Muhammad SAW di luar kemestian, telah mengajar mereka membaca al-Quran dalam dialeg masing-masing, kerana dirasa susah untuk meninggalkan dialeknya yang sentiasa ada.

Hal ini terjadi setelah penyebaran Islam bertambah luas dan para qura pun tersebar merata di pelbagai wilayah, dan penduduk disetiap wilayah itu mempelajari qiraat (bacaan) daripada qari yang dikirim kepada mereka. Cara-cara pembacaan (qiraat) al-Quran yang mereka bawakan berbeza-beza sejalan dengan perbezaan ‘huruf’ yang dengannya al-Quran diturunkan. Apabila mereka berkumpul di suatu pertemuan atau di suatu medan peperangan, sebahagian mereka merasa hairan dengan adanya perbezaan qiraat tersebut. Terkadang sebahagian mereka merasa berpuas hati kerana mengetahui bahwa perbezaan-perbezaan itu semuanya disandarkan kepada Rasulullah. Tetapi keadaan demikian bukanlah bererti tidak akan menyusupkan keraguan kepada generasi baharu meeka yang tidak melihat Rasulullah sehingga terjadi pembicaraan bacaan mana yang asal dan mana yang lebih baik. Malahan hal ini telah menimbulkan saling bertentangan apabila terus tersiar dan menyebar ke mana-mana. Bahkan akan menimbulkan permusuhan dan perbuatan dosa, timbulnya fitnah yang tidak diinginkan dan hal ini harus segera diselesaikan.

Kemudian ketika terjadi perang Armenia dan Azarbaijan dengan penduduk Iraq, di antara orang yang ikut menyerbu kedua tempat itu ialah Huzaifah bin al-Yaman. Belau banyak melihat perbezaan dalam cara-cara membaca al-Quran. Sebahagian bacaan itu bercampur dengan kesalahan, tetapi masing-masing masih mempertahankan dan berpegang pada bacaannya, serta menentang setiap orang dengan menyalahi bacaan yang lain bahkan mereka saling mengkafirkan. Melihat kenyataan demikian Huzaifah segara menghadap Uthman dan melaporkan kepadanya apa yang telah dilihatnya. Uthman juga memberitahukan kepada Huzaifah bahawa sebahagian perbezaan itu pun akan terjadi pada orang-orang yang mengajarkan qiraat kepada kanak-kanak. Anak-anak itu akan tumbuh dan membesar, sedangkan di antara mereka terdapat perbezaan dalam qiraat. Para sahabat amat memperihatinkan kenyataan ini kerana takut kalau-kalau perbezaan tersebut akan menimbulkan penyimpangan dan perubahan yang sangat mendasar.

Oleh sebab itu, mereka lalu bersepakat untuk menyalin lembaran-lembaran dari pertama yang ada pada Abu Bakar dan menyatukan umat Islam qiraat mereka pada lembaran-lembaran tersebut dengan bacaan tetap pada satu huruf yang sama. Uthman kemudian mengirimkan utusan kepada Hafsah (untuk meminjamkan mushaf Abu Bakar yang ada padanya) dan Hafsah pun mengirimkan lembaran-lembaran itu kepadanya. Kemudian Uthman memanggil Zaid bin Sabit al-Ansari, Abdullah bin Zubair, Said bin ‘As, dan Abdurrahman bin Haris bin Hisyam. Ketiga-tiga orang terkahir ini adalah orang Quraisy, lalu memerintahkan mereka agar menyalin semula dan memperbanyak mushaf, serta memerintahkan pula agar apa yang diperselisihkan Zaid dengan ketiga orang quraisy itu ditulis dalam bahasa Quraisy kerana al-Quran turun dengan logat mereka.

Kemudian dari Anas, bahawa Huzaifah bin al-Yaman datang kepada Uthman, ia pernah ikut berperang melawan penduduk Syam bahagian Armenia dan Azarbaijan bersama dengan penduduk Iraq. Terdapat dua riwayat tentang bagaimana 'Uthman melakukan tugas ini. Syam di antaranya (yang lebih masyhur) beliau membuat naskah mushaf semata-mata berdasarkan kepada Suhuf yang disimpan di bawah penjagaan Hafsa istri Nabi Muhammad SAW. Riwayat kedua yang tidak begitu terkenal menyatakan, 'Uthman terlebih dahulu memberi wewenang pengumpulan Mushaf dengan menggunakan sumber mana-mana, sebelum membandingkannya dengan Suhuf yang sudah ada. Kedua-dua riwayat ini sefaham bahawa Suhuf yang ada pada Hafsa memainkan peranan penting dalam penyusunan Mushaf 'Uthmani.Berdasarkan pada riwayat pertama `Uthman memutuskan berupaya dengan sungguh-sungguh untuk melacak Suhuf dari Hafsa, mempercepat menyusun penulisan, dan memperbanyak naskah. al-Bara' meriwayatkan:

(7)

6

Kemudian 'Uthman mengirim surat kepada Hafsa yang menyatakan. "Kirimkanlah Suhuf kepada kami agar kami dapat membuat naskah yang sempurna dan kemudian Suhuf akan kami kembalikan kepada anda." Hafsa lalu mengirimkannya kepada 'Uthman yang memerintahkan Zaid bin Thabit, `Abdullah bin az-Zubair, Sa'id bin al-'As, dan 'Abdur Rahman bin al-Harith bin Hisham agar memperbanyak salinan (duplicate) naskah. Beliau memberitahukan kepada tiga orang Quraisyi, "Kalau kalian tidak setuju dengan Zaid bin Thabit perihal apa sahaja mengenai al-Quran, tulislah dalam dialek Quraisyi sebagaimana al-Quran telah diturunkan dalam logat mereka." Kemudian mereka berbuat demikian, dan ketika mereka selesai membuat beberapa salinan naskah `Uthman mengembalikan Suhuf itu kepada Hafsa (Ibn Hajar, Hadith no. 4987: 19-20).

Lalu mereka pun menyalinnya menjadi beberapa mushaf. Uthman berkata kepada ketiga orang Quraisy itu, “Bila kamu berselisih pendapat dengan Zaid bin Sabit tentang sesuatu dari al-Quran, maka tulislah dengan logat Quraisy kerana ia diturunkan dengan menggunakan bahasa Quraisy.” Kemudian mereka melakukan perintah tersebut setelah mereka selesai menyalinnya menjadi beberapa mushaf, Uthman mengembalikan lembaran-lembaran asli itu kepada Hafsah. Kemudian Uthman mengirimkan ke setiap wilayah mushaf baharu tersebut dan memerintahkan agar semua al-Quran atau mushaf lainnya dibakar. Selanjutnya Zaid bin Sabit berkata;

“Ketika kami menyalin mushaf, saya teringat akan satu ayat daripada surah al-Ahzab yang pernah aku dengar dibacakan oleh Rasulullah; maka kami mencarinya, dan aku dapatkan pada Khuzaimah bin Sabit al-Ansari, ayat itu ialah: Di antara orang-orang

mu’min itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah’ (al-Ahzab: 23), lalu kami tempatkan ayat ini pada surah tersebut dalam

mushaf.”

Pelbagai athar atau keterangan para sahabat menunjukkan bahawa perbezaan cara membaca itu tidak sahaja mengejutkan Huzaifah, tetapi juga mengejutkan para sahabat yang lainnya. Dikatakan oleh Ibn Jarir: ‘Ya’kub bin Ibrahim berkata kepadaku: Ibn ‘Ulyah menceritakan kepadaku: Ayyub mengatakan kepadaku: bahwa Abu Qalabah berkata: Pada masa kekhalifahan Uthman telah terjadi seorang guru qiraat mengajarkan qiraat seseorang, dan guru qiraat lain mengajarkan qiraat kepada orang lain. Dua kelompok anak-anak yang belajar qiraat itu suatu ketika bertemu dan mereka berselisih yang hal demikian ini menjalar juga kepada guru-guru tersebut.’ Kata A yyub: aku tidak mengetahui kecuali ia berkata: ‘sehingga mereka saling mengkafirkan satu sama lain kerana perbezaan qiraat itu,’ dan hal itu akhirnya sampai kepada khalifah Uthman.

Lalu ia berpidato: ‘Kalian yang ada di hadapanku telah berselisih faham dan salah dalam membaca al-Quran. Penduduk yang jauh dari kami tentu lebih besar lagi perselisihan dan kesalahannya. Bersatulah wahai sahabat-sahabat Muhammad, tulislah untuk semua orang satu imam (mushaf al-Quran pedoman) sahaja!’. Kemudian Abu Qalabah berkata: Anas bin Malik bercerita kepadaku, katanya: ‘aku adalah salah seorang di antara mereka yang disuruh menuliskan,’ kata Abu Qalanbah: Terkadang mereka berselisih tentang satu ayat, maka mereka menanyakan kepada seseorang yang telah menerimanya dari Rasulullah. Akan tetapi orang tadi mungkin tengah berada di luar kota, sehingga mereka hanya menuliskan apa yang sebelum dan yang sesudah serta membiarkan tempat letaknya, sampai orang itu datang atau dipanggil.

Ketika penulisan mushaf telah selesai, Kahalifah Uthman menulis surat kepada semua penduduk daerah yang sisinya: ‘Aku telah melakukan yang demikian dan demikian. Aku telah menghapuskan apa yang ada padaku, maka hapuskanlah apa yang ada padamu.’ Lalu Ibn Asytah meriwayatkan melalui Ayyub dari Abu Qalabah, keterangan yang sama. Dan Ibn Hajar

(8)

7

menyebutkan dalam al-Fath bahawa Ibn Abu Daud telah meriwayatkannya pula melalui Abu Qalabah dalam al-Masahif. Suwaid bin Gaflah berkata: ‘Ali mengatakan:

“Katakanlah segala yang baik tentang Uthman. Demi Allah apa yang telah dilakukannya mengenai mushaf-mushaf al-Quran sudah atas persetujuan kami. Uthman berkata: ‘Bagaimana pendapatmu tentang qiraat ini? Saya mendapat berita bahawa sebahagian mereka mengatakan bahawa qiraatnya lebih baik daripada qiraat orang lain. Ini telah mendekati kekafiran. Kami berkata: ‘Bagaimana penadapatmu? Ia menjawab: ‘Aku berpendapat agar manusia bersatu pada satu mushaf, sehingga tidak terjadi lagi perselisihan, kami berkata: Baik sekali pendapatmu itu.”

Keterangan ini menunjukkan bahawa apa yang dilakukan Uthman itu telah disepakati oleh para sahabat. Mushaf-mushaf itu ditulis dengan satu huruf (dialek) dari tujuh huruf al-Quran seperti yang diturunkan agar orang bersatu dalam satu qiraat. Dan Uthman telah mengembalikan lembaran-lembaran yang asli kepada Hafsah, lalu dikirimkannya pula kepada setiap wilayah iaitu masing-masing satu mushaf. Dan disimpannya satu mushaf untuk di Madinah, iaitu mushafnya sendiri yang dikenal dengan nama “Mushaf al-Imam”. 2 Penamaan mushaf itu sesuai dengan apa yang terdapat dalam riwayat-riwayat di mana ia mengatakan: “Bersatulah wahai umat-umat Muhammad, dan tulislah untuk semua orang satu imam (Mushaf al-Quran pedoman).”

Kemudian beliau memerintahkan untuk membakar mushaf yang selain itu. Umatpun menerima perintah dengan patuh, sedangkan qiraat dengan enam huruf lainnya ditingalkan. Keputusan ini tidak salah, sebab qiraat dengan tujuh huruf itu tidak wajib. Seandainya Rasulullah mewajibkan qiraat dengan tujuh huruf itu semua, tentu setiap huruf harus disampaikan secara mutawatir sehingga menjadi hujjah. Tetapi mereka tidak melakukannya. Hal ini menunjukkan bahawa qiraat dengan tujuh huruf itu termasuk dalam katergori keringanan, dan bahawa yang wajib ialah menyampaikan sebahagian dari ketujuh huruf tersebut secara mutawatir dan hal inilah yang terjadi.

Ibn Jarir mengatakan berkenaan dengan apa yang telah dilakukan oleh Uthman: ‘Beliau menyatukan umat Islam dengan satu mushaf dan satu huruf, sedang mushaf yang lain dimusnahkan. Beliau memerintahkan dengan tegas agar setiap orang yang mempunyai mushaf “berlainan” dengan mushaf yang disepakati itu perlu membakar mushaf tersebut, umatpun mendukungnya dengan taat dan mereka melihat bahawa dengan bagitu Uthman telah bertindak sesuai dengan petunjuk dan sangat bijaksana. Maka umat meninggalkan qiraat dengan enam huruf lainnya sesuai dengan permintaan pemimpinnya yang adil itu; sebagai bukti ketaatan umat kepadanya dan kerana pertimbangan demi kebaikan mereka dan generasi sesudahnya. Dengan demikian segala qiraat yang lain sudah dimusnahkan dan bekas-bekasnya juga sudah tidak ada lagi. Sekarang sudah tidak ada jalan bagi orang yang ingin membaca dengan ketujuh huruf itu dan kaum muslimin juga telah menolak qiraat dengan huruf-huruf lainnya tanpa mengingkari kebenarannya atau sebahagian daripadanya, tetapi hal itu sengaja dilakukan demi kebaikan kaum muslimin itu sendiri.

2

Mushaf al-Imam juga dikenali sebagai Rasm Uthmani iaitu tulisan yang digunakan dalam menyalin al-Quran berdasarkan kaedah-kaedah tertentu. Kaedah tersebut iaitu al-hazf (penghapusan), al-ziyadah (penambahan), al-hamzah (huruf hamzah), al-badal (penggantian), al-fasl dan al-wasl (pemisahan dan penyambungan). Ada dua rasm yang selalu digunakan dalam penulisan al-Quran iaitu Rasm Uthmani dan Rasm Imla’i (Qiyasi) (Ali Akbar, 2005).

(9)

8

Perbezaan Antara Pengumpulan Abu Bakar dengan Uthman

Dari huraian-huraian di atas jelaslah bahawa pengumpulan (mushaf oleh) Abu Bakar ada perbezaan dengan pengumpulam yang dilakukan oleh Uthman dalam motif dan caranya. Motif Abu Bakar adalah kekhuaatiran beliau akan hilangnya al-Quran kerana banyaknya para huffaz yang gugur dalam peperangan yang banyak menelan korban dari para qari dan huffaz. Sedangkan motif Uthman dalam mengumpulkan al-Quran ialah kerana banyaknya perbezaan dalam cara-cara qiraat dalam membaca al-Quran yang disaksikannnya sendiri di daerah-daerah dan mereka saling menyalahkan antara satu dengan yang lainnya.

Pengumpulan al-Quran yang dilakukan Abu Bakar ialah memindahkan satu tulisan atau catatan al-Quran yang semula bertebaran di kulit-kulit binatang, tulang-berulang, dan pelepah kurma, kemudian dikumpulkan dalam satu mushaf dengan ayat-ayat dan surah-surahnya yang tersusun serta terbatas dalam satu mushaf, dengan ayat-ayat dan surah-surahnya serta terbatas dengan bacaan yang tidak dimansukh dan tidak mencakup ketujuh huruf sebagaimana ketika al-Quran itu diturunkan. Sedangkan pengumpulan yang dilakukan oleh Uthman adalah menyalinnya menjadi satu huruf di antara ketujuh huruf tersebut untuk mempersatukan kaum muslimin dalam satu mushaf dan satu huruf yang mereka baca tanpa keenam huruf lainnya. Ibnu Tin dan yang lain mengatakan:

“Perbezaan antara pengumpulan Abu Bakar dan Uthman ialah bahawa pengumpulan yang dilakukan Abu Bakar disebabkan oleh kekhuatiran akan hilangnya sebahagian al-Quran kerana kematian para penghafalnya, sebab ketika itu al-Quran belum terkumpul disatu tempat. Lalu Abu Bakar mengumpulkannya dalam lembaran-lembaran dengan menertibkan ayat-ayat dan surahnya. Sesuatu dengan petunjuk Rasulullah kepada mereka. Sedangkan pengumpulam Uthman disebabkan ramainya perbezaan dalam hal qiraat, sehingga mereka membacanya menurut logat mereka masing-masing dengan bebas dan ini menyebabkan timbulnya sikap saling menyalahkan, kerana khuatir akan timbul bencana, Uthman segera memerintahkan menyalin lembaran-lembaran itu dalam satu mushaf dengan menertibkan surah-surahnya dan membatasinya hanya kepada bahasa Quraisy sahaja dengan alasan bahawa al-Quran diturunkan dengan bahasa mereka (Quraisy).”

Sekalipun pada mulanya memang diizinkan membacanya dengan bahasa selain Quraisy guna menghindari kesukaran dalam membacanya. Dan menurutnya keperluan demikian ini sudah berakhir kerana itulah ia membatasinya hanya kepada satu logat sahaja. Al-Haris al-Muhasibi mengatakan, bahawa:

“Yang masyhur di kalangan orang banyak ialah bahawa pengumpul al-Quran itu Uthman. Pada hal sebenarnya tidak demikian, Uthman hanyalah berusaha menyatukan umat pada satu macam (wajah) qiraat, itupun atas dasar kesepakatan antara dia dengan kaum Muhajirin dan Anshar yang hadir di hadapannya serta setelah adanya kekhuatiran akan timbulnya kemelut kerana perbezaan yang terjadi sebab penduduk Iraq dengan Syam dalam cara qiraat. Sebelum itu mushaf-mushaf itu dibaca dengan pelbagai macam qiraat yang didasarkan kepada tujuh huruf sesuai di al-Quran diturunkan. Sedangkan yang lebih dahulu mengumpulkan al-Quran secara keseluruhan (lengkap) adalah Abu Bakar as-Sidiq.”

(10)

9

Dengan usahanya tersebut Uthman telah Berjaya menghindarkan timbulnya fitnah dan dapat mengikis sumber perselisihan serta mampu menjaga isi kandungan al-Quran dari penambahan dan penyimpangan sepanjang zaman (Majalah Era-Muslim). Keberadaan naskah Mushaf `Uthmani yang terdahulu hanya terdapat huruf-huruf konsonan (karakter), tidak ada huruf vokal (baris) dan titik dari salah satu Mushaf yang ditulis dalam skrip Hejazi.3 Naskah ini boleh dibaca salah dalam pelbagai macam cara.4Di dalam melakukan pengumpulan yang kedua, tujuan pertama ‘Uthman adalah ingin menutup semua celah-celah perbezaan dalam bacaan al-Quran; hanya dengan mengirim Mushaf atau mengirimkannya sekalian dengan seorang pembaca akan memberikan kebebasan juga untuk menggunakan satu cara bacaan, yang akhirnya bertentangan dengan penyatuan yang dikehendaki oleh ‘Uthman di dalam masyarakat. Oleh kerana itu, adanya kesatuan secara total yang ada pada teks al-Quran di seluruh dunia selama empat belas abad, di pelbagai negara dengan warna-warni sekte yang ada, merupakan bukti kejayaan ‘Uthman yang tak mungkin tersaingi oleh siapa pun dalam menyatukan umat Islam pada satu teks.

Ciri-ciri Mushaf Uthmani

Setelah Khalifah ‘Uthman bin Affan membuat segala pengumpulan dan pembukuan Mushaf al-Quran, kemudian memberikan beberapa anjuran kepada semua umat Muslimin agar mengikuti beberapa anjuran berikut ini:

 Mushaf Imam menjadi Mushaf pemersatu daripada pemicu perselisihan kembali. Anas bin Malik menyatakan, bahawa:“Mengirimkan setiap pasukan tentara Muslim dengan satu

Mushaf, lalu ‘Uthman menginstruksikan mereka agar membakar semua naskah Mushaf yang berbeda dengan Mushafnya (‘Uthmani).”

 Mushaf standar baru sebagai perintah khalifah `Uthman agar tidak membaca sesuatu yang bertentangan dengan skrip Mushaf 'Uthmani. Malahan sejak saat itu setiap Muslim yang belajar al-Quran harus sesuai dengan teks Mushaf 'Uthmani.

 Mushaf yang meyakinkan bahawa al-Quran adalah Kalamullah, dan sebagai sumber utama hukum perundang-undangan serta petunjuk untuk semua makhluk, merupakan dasar kepercayaan setiap Muslim.

 Mushaf Malik bin Abi 'Amir al-Asbahi mempunyai pemisah surah dan ayat, sedangkan Mushaf ‘Uthmani tidak. Kekurangan ini mungkin dengan sengaja sebagai teknik bagi Khalifah, mungkin untuk meyakinkan bahawa teks al-Quran boleh diberi lebih daripada satu cara pemisahan ayat, atau sebagai masalah tambahan dalam menghadapi orang yang mahu membaca dengan sendiri tanpa ada bimbingan seorang guru yang mengajarnya.  Mengenai hukumnya bahawa ‘Uthmani adalah tauqifi (sudah ketentuan tetap Rasul-Nya)

yang wajib diikuti (dipakai) dalam penulisan al-Quran. Dan mereka (para Ulama) berlebih-lebihan dalam mensucikannya (mengagungkannya), dan mereka menyandarkan bahawa hal itu adalah tauqifi daripada Nabi SAW. Dengan dalil bahawa Rasulullah SAW bersabda

3

Beberapa Mushaf 'Uthmani yang resmi pertama kali ditulis dalam skrip Hejazi dalam jumlah yang banyak. Banyak sekali sifat-sifat Mushaf 'Uthmani di seluruh dunia. Dan sangat tidak mungkin untuk menkonfirmasikan atau menolak klaim Mushaf 'Uthmani, sedangkan salinan itu sendiri tidak menyatakan apa-apa tentang hal ini, sifat-sifat seperti itu mungkin merefleksikan bahawa sebenarnya salinan itu disalin dari salah satu Mushaf yang dikirim oleh 'Uthman.

4

Salah satu tuduhan adalah Mushaf 'Uthmani yang tidak ada titik menyebabkan timbulnya perbezaan-perbezaan dalam bacaan al-Quran.

Referensi

Dokumen terkait

proses mental yang sangat penting dalam pengembangan intelektual. Proses pengumpulan data bukan hanya memerlukan motivasi yang kuat dalam belajar, tetapi juga ketekunan

Kepala Sub Bagian Publikasi dan Pemberitaan mempunyai tugas pokok melaksanakan sebagian tugas Bagian Humas dalam merencanakan, melaksanakan dan mengkoordinasikan teknis

Prasetyowati, A.T., 2002, Uji Aktivitas N-glikosidase Daun Bunga Pukul Empat (Mirabilis jalapa L.) Bunga Merah dari Hasil Pemurnian dengan Kromatografi Kolom

Terlihat bahwa waktu cangkang kapsul pecah dapat dilihat pada Tabel 2 dan 3 dimana dalam medium pH 4,5 dan 6,8 cangkang kapsul kalsium alginat dapat mengembang dan terjadi

Sya'roni Hamid Drs.. Umar

Studi Tharmmapornphilas (2006) tentang pekerja anak di Thailand menunjukkan bah- wa umur meningkatkan jam kerja untuk anak laki-laki tapi tidak berlaku untuk anak perem- puan,

Buzzer merupakan suatu komponen yang dapat menghasilkan suara yang apabila diberi tegangan pada input komponen, maka akan bekerja sesuai dengan karakteristik dari

Berdasarkan hasil penelitian pada keempat partisipan dapat disimpulkan bahwa semua partisipan saat ini tidak mengalami dengan persepsi citra diri, beberapa faktor