• Tidak ada hasil yang ditemukan

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius. Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest. Tahap SM4. Drama. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "@ Pusat Tuisyen Didikan Genius. Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest. Tahap SM4. Drama. Nama :"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas

Edubest

Tahap SM4

Drama

(2)
(3)

Drama

Drama – “Berkhidmat Untuk Negara”

Sinopsis :

Drama ini rnengisahkan Aiman, seorang murid berusia 17 tahun yang memberikan berbagai-bagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Cerita bermula apabila Aiman rnenerima sepucuk surat tawaran daripada Jabatan Latihan Khidrnat Negara yang dihantar oleh posmen. Surat tawaran tersebut memaklumkan pemilihan Aiman sebagai salah seorang pelatih PLKN. Keadaan ini menimbulkan konflik dalaman kepada Aiman kerana dia sememangnya tidak berminat untuk mengikuti siri PLKN itu disebabkan pengetahuan serta pemahamannya yang kurang tentang kebaikan seseorang remaja mengikuti program berkenaan. Selain itu, Aiman beranggapan bahawa PLKN mungkin akan menggugat zon keselesaannya kerana dia berasal daripada keluarga yang ber ada dan sudah biasa hidup dalam kemewahan.

Konflik antara Aiman dengan Nek Sinah bermula apabila dia merasakan Nek Sinah seolah-olah mengatur kehidupannya apabila menjemputnya untuk makan tengah hari. O!eh itu, dia telah melayan orang gajinya itu dengan kasar dan kurang sopan. Nek Sinah kecewa dengan sikap Aiman yang tidak menghormatinya sebagai orang tua. Walau bagaimanapun, Nek Sinah hanya bersabar ketika berhadapan dengan kerenah Aiman itu.

Cerita diteruskan dengan peristiwa Aiman di sekolah. Kawan-kawannya memberitahu Aiman tentang namanya yang telah terpilih bagi mengikuti PLKN. Aiman tawar hati apabila mendengar berita itu. Sundarani, Nora, Syuhada. Ah Tiau, dan Aiman berbincang tentang PLKN. Masing-masing melahirkan rasa bangga dan teruja kerana terpilih sebagai pelatih baharu PLKN kecuali Aiman. Semasa sesi pembelajaran di kelas, Cikgu Dahari telah menerangkan PLKN kepada Aiman dan rakan-rakan sekelasnya dengan panjang lebar. Kebetulan,

Bahasa

Melayu

(4)

Cikgu Dahari juga merupakan pengajar sambilan PLKN yang memfokuskan rnodul PPSB, iaitu Program Penghayatan Sastera dan Budaya.

Selepas pulang dari sekolah, Aiman mengemukakan masalah pemilihan namanya sebagai salah seorang pelatih PLKN kepada bapanya bagi meraih simpati dan pertolongan. Puncak cerita dalam drama ini apabila hasrat Aiman meminta bantuan bapanya yang mempunyai pengaruh dan kedudukan untuk mengecualikan penyertaannya dalam PLKN tidak kesampaian apabila bapanya menolak kemahuannya. Sebaliknya, bapa Aiman bertegas agar Aiman mengikuti PLKN kerana program tersebut banyak mengandungi kebaikan yang tidak diketahui oleh Aiman. Sementara itu, Puan Masnah, iaitu ibu Aiman menyebelahi anaknya. Dia kurang bersetuju Aiman mengikuti PLKN atas faktor keselamatan nyawa anaknya. Namun, bapanya tetap teguh dengan pendirian asalnya. Kegagalan ibunya memujuk bapanya menyebabkan Aiman masuk ke biliknya. Sementara itu, bapa Aiman bercadang untuk merehatkan fikirannya di kelab golf.

Ketika Aiman melayari internet di biliknya, dia telah terbaca berita tentang kejayaan seniornya, Syufia mendapat anugerah pelatih terbaik wirawati di Kem Gerakhas, Desaru, Johor dan juga seniornya, Ziman yang berjaya hidup berdikari selepas menjalani program PLKN. Kejayaan mereka itu telah menyuntik semangat baharu dalam dirinya. Akhirnya, Aiman tersedar akan kesilapannya yang memberikan tanggapan negatif terhadap pelaksanaan PLKN. Aiman berjanji akan mengikuti PLKN bagi membentuk dirinya supaya boleh berdikari seterusnya menyahut seruan berkhidmat untuk tanah air tercinta.

Tema

1. Tema drama ini ialah kesedaran generasi muda dalam memupuk

semangat cinta akan negara yang diperoleh melalui penglibatan mereka

dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Bahasa

Melayu

(5)

2. Terbitnya rasa bangga dan teruja dalam kalangan generasi muda untuk mengikuti PLKN ini sudah pasti dapat melahirkan generasi muda yang sentiasa siap sedia berkhidmat untuk negara, mengukuhkan pembinaan sahsiah diri di samping memupuk semangat perpaduan kaum dan integrasi nasional.

Persoalan

1. Kesediaan generasi muda mengikuti dasar kerajaan. Contohnya, Nora, Syuhada, Ah Tiau, dan Sundarani mewakili golongan generasi muda yang berasa bangga dan begitu teruja untuk mengikuti PLKN.

2. Tanggungjawab ibu bapa dalam menentukan keberkesanan dasar kerajaan. Contohnya, sebagai bapa, Khir Ghazali bertanggungjawab untuk menyokong setiap dasar kerajaan dengan mewajibkan anaknya, Aiman memyertai PLKN. 3. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Contohnya, Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan keluarganya. Beliau memutuskan agar Aiman perlu menghadiri PLKN untuk membentuk sahsiah positif dalam diri anaknya itu yang diharapkan menjadi insan yang berguna kepada nusa dan bangsa.

4. Kesedaran tentang kepentingan menyertai program kerajaan. Contohnya, Aiman sedar akan sikap negatif dan tanggapannya yang salah terhadap pelaksanaan PLKN setelah membaca berita tentang PLKN di laman sesawang. Dia berazam untuk menyertai PLKN dan menyahut seruan berkhidmat untuk negara tercinta.

5. PLKN membentuk sikap berdikari dan jati diri dalam diri generasi muda. Contohnya, Ziman telah berjaya membina sikap berdikari dan jati diri dalam hidupnya setelah mengikuti dengan jayanya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Watak dan Perwatakan

1. Watak utama ialah Aiman.

2. Watak sampingan pula ialah Khir Ghazali, Masnah, Cikgu Dahari,

Bahasa

Melayu

(6)

Posmen, Nek Sinah, Syuhada, Ah Tiau, Sundarani, dan sebagainya.

Aiman

1. Nama penuhnya ialah Aiman Faizullah bin Khir Ghazali. 2. Dia merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik. 3. Dia berumur 17 tahun.

4. Seorang yang bersifat agresif, iaitu dia menentang keras pemilihan namanya sebagai pelatih baharu PLKN.

5. Seorang yang suka tidur. Contohnya, Aiman akan tidur apabila mempunyai masalah untuk menenangkan fikirannya.

6. Seorang yang mementingkan kemewahan hidup. Contohnya, dia tidak mahu menyertai PLKN kerana tidak sanggup berpanas.

7. Seorang yang bersikap biadap dan kurang sopan. Contohnya, dia menggunakan kata-kata yang kurang sopan sewaktu bercakap dengan Nek Sinah.

8. Seorang yang sedar akan kesilapan dan ingin berubah. Contohnya, Aiman sedar akan kesilapannya tentang PLKN dan berazam untuk menyertai PLKN bagi memupuk sikap berdikari.

Khir Ghazali

1. Bapa kepada Aiman dan Dapnia. 2. Suami kepada Masnah.

3. Beliau berpangkat Datuk.

4. Seorang yang gigih bekerja. Contohnya, Khir Ghazali biasanya pulang ke rumah hanya pada waktu malam lantaran gigih mencari rezeki.

5. Seorang yang berpengaruh dalam kalangan masyarakat. Contohnya, Masnah mencadangkan suaminya menggunakan kedudukan dan pengaruh untuk mendapatkan pengecualian untuk Aiman supaya tidak perlu menyertai PLKN.

Bahasa

Melayu

(7)

6. Seorang yang berpendirian tegas. Contohnya, Khir Ghazali tegas dan tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Aiman sebagai pelatih PLKN yang baharu walaupun dipujuk oleh Aiman dan Masnah.

7. Seorang yang berpandangan jauh. Contohnya, Khir Ghazali menerangkan faedah yang akan diperoleh oleh Aiman apabila dia menyertai PLKN di samping boleh membentuk sikap berdikari dalam diri Aiman.

8. Seorang bapa yang penyayang. Contohnya, Khir Ghazali mahu Aiman menyertai PLKN supaya, cuti sekolahnya selama tiga bulan itu akan terisi dengan aktiviti yang berfaedah.

9. Seorang yang bersifat merendah diri. Contohnya, Datuk Khir Ghazali tidak menggunakan pengaruh dan kedudukannya bagi mengeluarkan nama anaknya daripada senarai pelatih baharu PLKN.

Masnah

1. Ibu kepada Dapnia dan Aiman. 2. Beliau bergelar datin.

3. Seorang yang penyayang. Contohnya, dia tidak bersetuju Aiman menyertai PLKN kerana bimbang akan keselamatan anaknya.

4. Seorang yang sibuk dengan berbagai-bagai urusan. Contohnya, dia telah menggunakan khidmat orang gaji bagi mengurus rumahnya.

5. Seorang yang mudah mengakui kesilapan diri. Masnah berasa bersalah dengan tindakannya memihak kepada Airnan dan cuba memujuk semula hati suaminya yang terluka.

Cikgu Dahari

1. Beliau bertugas sebagai guru sastera di sekolah Aiman.

2. Beliau bertugas sebagai fasilitator sambilan di Kem PLKN yang terlibat dalam pengajaran modul PPSB - Program Penghayatan Sastera dan Budaya.

Bahasa

Melayu

(8)

Nilai

1. Nilai kasih sayang. Contohnya, Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan keluarganya. Beliau memutuskan agar Aiman menghadiri PLKN untuk membentuk peribadi anaknya itu menjadi seorang insan yang berguna kepada nusa dan bangsa.

2. Nilai baik hati. Contohnya, Encik Posmen telah menyerahkan surat tawaran PLKN kepada Aiman sambil menasihatinya agar menerima tawaran tersebut. 3. Nilai tanggungjawab. Contohnya, Cikgu Dahari melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang guru dengan baik apabila turut menyentuh tentang pelaksanaan dan keberkesanan PLKN untuk membentuk generasi muda yang berjiwa patriotik.

4. Nilai cinta akan negara/patriotisme. Contohnya, kawan-kawan sekelas Aiman yang terdiri daripada Nora, Syuhada, Ah Tiau, dan Sundarani sangat teruja dan berbangga apabila nama mereka terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidrnat Negara.

5. Nilai kegigihan. Contohnya, Cikgu Dahari gigih membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pelatih PLKN tentang Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB).

6. Nilai hemah tinggi. Contohnya, Nek Sinah bertutur dengan suara yang lemah lembut ketika mengajak Aiman makan tengah hari walaupun Aiman melayannya dengan bersikap kurang sopan.

7. Nilai berpandangan jauh. Contohnya, Datuk Khir Ghazali ingin Aiman menyertai PLKN untuk membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni di samping menanam semangat patriotik dalam jiwa anaknya.

8. Nilai berdikari. Contohnya, Syufia telah berjaya membentuk sikap berdikari apabila terpilih sebagai pelatih terbaik wirawati untuk Kem Gerakhas, Desaru, Johor dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Bahasa

Melayu

(9)

9. Nilai kesedaran. Contohnya, Aiman sedar akan sikap negatifnya terhadap pelaksanaan PLKN setelah membaca berita PLKN di laman sesawang. Dia berazam untuk menyertai PLKN dan menyahut seruan berkhidmat untuk negara tercinta.

10. Nilai kesabaran. Contohnya, Mek Sinah bersabar dengan sikap biadap Aiman yang tidak menghorrnatinya sebagai orang tua.

Pengajaran

1. Kita hendaklah memupuk semangat patriotik/cinta akan negara dalam kalangan generasi muda. Contohnya, Cikgu Dahari memberikan sokongan kepada Nora, Sundarani, dan Ah Tiau yang bersemangat kerana terpilih untuk mengikuti PLKN.

2. Kita perlulah menjadi seorang insan yang berintegriti dan amanah dalam memikul tanggungjawab. Contohnya, posmen menjalankan tugasnya menghantar surat-surat pelanggan dengan penuh integriti.

3. Kita mestilah rajin membaca bagi melahirkan sebuah masyarakat yang

berilmu dan berpengetahuan luas dalam satu-satu perkara. Contohnya, Cikgu

Dahari rajin membaca dan mendalami maklumat berkaitan dengan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

4. Kita hendaklah bersabar menghadapi kerenah manusia yang biadab. Contohnya, Nek Sinah bersabar dengan sikap biadab Aiman yang tidak menghormatinya sebagai orang tua.

5. Kita perlulah berpandangan jauh dalam usaha membina kehidupan yang

lebih sempurna. Contohnya, Datuk Khir Ghazali menerangkan faedah yang

akan diperoleh oleh Aiman apabila dia menyertai PLKN.

6. Kita mestilah berpendirian tegas dan teguh dalam menegakkan satu-satu perkara yang bermanfaat kepada nusa dan bangsa. Contohnya, Datuk Khir Ghazali tetap dengan keputusannya meminta Aiman menyertai PLKN walaupun dipujuk oleh Aiman dan Datin Masnah.

Bahasa

Melayu

(10)

7. Kita hendaklah gigih mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga. Contohnya, Datuk Khir Ghazali selalu pulang ke rumah pada waktu malam lantaran gigih mencari rezeki untuk menyara keluarganya.

8. Kita mestilah adil dan saksama dalam membuat satu-satu keputusan dengan tidak menggunakan pangkat dan pengaruh yang ada. Contohnya, Datuk Khir Ghazali tidak menggunakan pengaruh dan kedudukannya untuk mengecualikan anaknya daripada mengikuti PLKN.

Latihan

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut

dengan menggunakan ayat anda sendiri.

NEK SINAH: Nak Aiman, mari makan. Nek dah siapkan makanan kegemaran Aiman, ayam masak asam pedas.

AIMAN : Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah. Nek Sinah tu cuma orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar. Belum nak makan lagi. Saya nak tunggu Kak Dapnia balik, saya nak makan dengan dia.

NEK SINAH: Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada telefon beritahu yang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak

tugasan di universiti. Malam baru dia pulang. Datin juga sibuk, malam baru dia pulang.

AIMAN : Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam rumah ini sentiasa sibuk saja. Macamlah esok dah nak kiamat. NEK SINAH: Tak baik cakap begitu. Mereka pastinya ada urusan yang penting. AIMAN : Sudahlah, Nek Sinah boleh keluar dari bilik saya ini. Nanti kalau

Saya lapar, saya pergi makan. Tak perlu sentiasa nak aturkan perkara yang perlu saya buat. Saya bukannya budak kecil lagi. (Dipetik daripada drama "Berkhidmat untuk Negara" oleh Affix Zulkarnaen Adam, dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan

Pustaka.)

Bahasa

Melayu

(11)

i) Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh Aiman untuk menolak pelawaan makan tengah hari oleh Nek Sinah?

[2 markah] ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

(ii) Pada pendapat anda, wajarkah seseorang anak muda menggunakan kata-kata yang kasar dan kurang sopan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua? Berikan tiga sebab.

[3 markah] ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ _______________________________________________________________

(iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai kemanusiaan lain yang terkandung dalam keseluruhan drama.

[4 markah] ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ _______________________________________________________________

Bahasa

Melayu

Edubest

(12)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

Variabel yang diamati dalam penelitian ini adalah kecepatan perkecambahan, kecambah normal total, kecambah normal kuat, kecambah normal lemah, kecambah abnormal, benih

Bagi mereka yang tidak memohon untuk menjadi peserta tuan rumah, atau permohonan mereka tidak diluluskan disebabkan keadaan rumah atau keluarga tidak memenuhi garis panduan

Penentuan menggunakan diagram pareto, karena terdapat konsep 80/20 dimana error yang akan dilakukan perbaikan merupakan 80% penyumbang error terbesar dalam suatu

Kondisi ini dapat menyebabkan tingkat mortalitas meningkat hingga di kisaran 5-10% dari total Day Old Chicken (DOC) yang dibesarkan dalam kandang. Sedangkan

Bahasa sebagai alat komunikasi verbal dalam proses berpikir ilmiah di mana bahasa merupakan alat berpikir dan alat komunikasi untuk menyampaikan jalan

1. Peraturan Daerah Provinsi Jawa Tengah Nomor 9 tahun 2016 tentang Pem- bentukan dan Susunan Perangkat Daerah Provinsi Jawa Tengah. Peraturan Gubernur Jawa Tengah Nomor 41 Tahun

Dari alur kerangka pemikiran dapat dilihat bahwa penelitian akan dilaksanakan dengan melihat bagaimana hubungan antara peubah-peubah penjelas yaitu faktor internal dan

Perencanaan pembangunan kabupaten Banyuasin yang dilakukan sesuai peraturan perundang-undangan dan memperhatikan Dokumen- dokumen perencanaan yang telah ada, seperti Rencana