• Tidak ada hasil yang ditemukan

Langkah-langkah/cara-cara/proses

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Langkah-langkah/cara-cara/proses"

Copied!
49
0
0

Teks penuh

(1)

Langkah-langkah/cara-cara/proses

Menggunakan alat pemadam api

1. Keluarkan pin picu

2. Halakan muncung pemancut alat pemadam api ke dasar api.

3. Tekan tuas rapat pada pemegang supaya bahan pemadam api dapat disembur.

Cara merawat luka ringan

1. Bersihkan luka dengan antiseptik. 2. Sapukan dengan iodin.

3. Balutkan luka dengan kain kasa dan plaster.

Cara-cara Memaku

1. Memaku tegak (benda kerja yang berkayu nipis)

2. Memaku serong (memberi cengkaman yang lebih kuat)

Langkah-langkah memasang skru kepala benam

1. Gerudi lubang kayu A dengan saiz yang sama dengan garis pusat batang skru. 2. Gunakan mata gerudi ros untuk membuat lubang benam. Pastikan lubang bersesuaian dengan saiz kepala skru.

3. Masuk dan ikatkan skru.

Cara menggunakan gergaji tangan

1. Gunakan ibu jari untuk memandu bilah gergaji membuat alur. 2. Tarik gergaji ke belakang sehingga mendapat alur keratan.

3. Semasa menggergaji, pastikan bilah gergaji lurus & dicondongkan lebih kurang 45°

Cara menggunakan gergaji puting

1. Sentiasa tegakkan (90°) gergaji apabila.

2. Gunakan penahan tepi untuk mengalas meja semasa menggergaji.

Cara menggunakan tukul warrington

1. Pegang pada hulu 2/3 jarak dari kepala tukul.

2. Semasa mula memaku, gunakan bongkol tirus, diikuti dengan muka tukul.

Cara menggunakan tolak penanda dengan betul

1. Pegang tolok penanda condong ke depan dengan tangan kanan. Ibu jari didekatkan hala ke paku atau taji.

2. Tolak bahagian tonggak ke hadapan sambil disendengkan sedikit ktk mula menanda. 3. Tolak tolak penanda sepanjang kayu unutk membuat tanda dengan mata taji.

4. Sentiasa tekan atau rapatkan muka tonggak pada permukaan atau tepi kayu. 5. Ulang tolakan semula bagi mendapatkan tanda yang lebih jelas.

(2)

Cara menggunakan mesin gerudi mudah alih

1. Tandakan pusat lubang yang hendak ditebuk pada benda kerja dgn menggunakan penebuk pusat.

2. Pilih saiz mata gerudi yang sesuai dan pasangkan pada bindu.

3. Pegang mesin gerudi dengan kukuh dengan kedua-kedua belah tangan. 4. Hidupkan suis dan mulakan kerja menggerudi.

5. Mulakan dengan tekanan ringan dan teruskan dengan tekanan kuat. 6. Matikan suis selepas kerja menggerudi.

Langkah penyenggaraan mesingerudi lantai

1. Matikan suis mesin.

2. Tanggalkan mata gerudi dengan menggunakan kunci bindu.

3. Bersihkan mata gerudi dan meja gerudi daripada sisa bahan dan habuk. 4. Simpan mata gerudi dan kunci bindu di tempat asalnya.

Proses pembinaan objek

1. Memilih

2. Mengukur dan menanda 3. Memotong

4. Membina dan mencantum

Proses mengukur dan menanda

1. Kayu diukur dengan pembaris keluli. 2. Ukuran ditetapkan dengan sesiku L

3. Membuat garisan panduan untuk tujuan menggergaji.

Proses Memotong

1. Kerja menggergaji dilakukan dengan menggunakan gergaji tangan.

2. Kayu yang hendak digergaji perlu diapitkan pada ragum meja / dengan apit G. 3. Menggergaji dilakukan dengan meletakkan bilah gergaji di sebelah tepi garisan panduan pisau penanda pada bahagian buangan.

4. Bahagian buangan selalu ditandakan dengan tanda ‘X’.

5. Tujuannya adalah untuk mendapatkan ukuran kayu yang tepat seperti yang telah diukur,

6. Jika menggergaji di atas garisan panduan pisau penanda kayu itu akan menjadi kecil sedikit daripada ukuran sebenarnya.

(3)

Proses membina dan mencantum

1. Membuat tanggam 2. Mengglu 3. Memaku 4. Memasang skru 5. Memasang breket 6. Memasang penyangkut 7. Memasang engsel

Langkah-langkah menggunakan tepung penyumbat

1. Bancuhkan tepung penyumbat dengan air sehingga menjadi sebati.

2. Gunakan kain atau pengikis untuk menyapu tepung penyumbat pada liang atau lubang-lubang kecil kayu.

3. Bersihkan tepung penyumbat yang berlebihan dan biarkan kering. 4. Kemudian bersihkan dan licinkan permukaan kayu dengan kertas las.

5. Permukaan kayu itu sudah sedia untuk kerja melekar, mensyelek atau mengecat.

Langkah-langkah menyapu syelek

1. Pastikan permukaan licin dan bersih.

2. Sapu permukaan projek dengan selapisan syelek. Pastikan syelek disapu selari dengan urat kayu.

3. Setelah kering, gosok permukaan projek dengan kertas las halus secara perlahan. Bersihkan dengan berus.

4. Sapu lapisan syelek yang kedua. Ulangi dengan bbrp lapisan syelek hingga bekilat. 5. Setelah selesai kerja, bersihkan berus dan kemaskan tempat kerja.

Cara menyimpan berus syelek

(a) Menggantung pada dinding (b) Menyimpan dalam bekas

Langkah-langkah menyapu lekar

1. Siapkan benda kerja dengan tepung penyumbat dan gosokan degan kertas las sehingga licin.

2. Sapukan lapisan syelek yang pertama. Kemudian gosokkan sekali lagi. 3. Ulangi dengan beberapa lapisan syelek yang nipis. Tiap-tiap lapisan syelek telah kering hendaklah digosok dengan kertas las halus yang terpakai sebelum menyapu lapisan seterusnya.

(4)

Langkah-langkah menggunakan kertas las

1. Pilih kertas las yang sesuai.

2. Mulakan kerja dengan gred kasar.

3. Balut kertas las pada bongkah kayu untuk mengimbangkan tekanan.

4. Lap permukaan kayu dengan kain basah untuk menimbulkan urat-urat kayu. 5. Gosok kertas las mengikut urat-urat kayu.

6. Lap dengan kain kering atau berus. 7. Ulangi dengan gred halus.

Cara menggunakan kertas las

1. Koyakkan kertas las dengan melekatkan pada tepi meja.

2. Jangan koyakkan dengan gunting atau pengukur keluli kerana ia boleh menumpulkan tepi gunting dan pengukur.

Langkah keselamatan semasa menggunakan cat sembur

1. Pastikan hidung dan mulut ditutup dengan topeng penutup mulut sms menyembur. 2. Goncang tin sebelum digunakan supaya bancuhan cat sebati.

3. Pastikan jarak semburan dengan benda kerja yang disembur ialah kira-kira 30cm.

Langkah-langkah mengemas dengan cat

1. Licinkan dan bersihkan permukaan benda kerja. 2. Sapukan lapisan cat alas melintang ira kayu.

3. Ratakan lapisan cat alas dengan kertas las yang halus. 4. Sapukan lapisan cat alas mengikut ira kayu.

5. Gunakan kertas las untuk melincinkan permukaan. 6. Sapukan cat licau.

Langkah-langkah membersihkan dan menyimpan berus cat

1. Rendamkan berus cat dalam tupentine selepas digunakan.

2. Gunakan kain kapas atau kertas untuk membuang cat yang masih melekat pd berus. 3. Gunakan air panas untuk membersihkan berus

4. Simpan berus cat di atas rak atau di dalam tin.

Proses reka bentuk projek

1. Pernyataan masalah atau keperluan 2. Mengumpul maklumat dan data

3. Menyenaraikan pelbagai alternatif penyelesaian masalah spt membuat lakaran 4. Menilai dan memilih lakaran yang paling sesuai

5. Merancang, membina dan mengubah suai projek. 6. Pendokumentasian.

(5)

Cara mengumpulkan meklumat dan data

1. Perbincangan

2. Rujukan dan pembacaan 3. Soal selidik

4. Melawat kedai buku, perpustakaan dan pameran. 5. Pemerhatian

6. Melayari internet 7. Penyelidikan

8. Mendapat bimbingan guru

Perancangan pembinaan projek

1. Menyediakan jadual kerja

2. Menyenaraikan bahan dan alatan tangan yang diperlukan dalam kerja pembinaan 3. Melaksanakan proses membuat produk reka bentuk

4. Menguji dan menilai produk yang siap dihasilkan 5. Mengubah suai produk jika terdapat kelemahan

Sumber elektrik

1. Kemagnetan 2. Tindakan kimia 3. Cahaya

Membuat pendawaian pada tamatan plag 3 pin 13A

1. Potong penebat PVC kabel tiga teras kira-kira 4cm dengan menggunakan pemotong sisi. Berhati-hati supaya tidak terpotong wayar di dalamnya. 2. Buka penutup plag dan longgarkan skru pengapit.

3. Jalurkan ketiga-tiga wayar itu dengan mwnggunakan penjalur wayar. Kemudian pintalkan ketiga-tiga hujung teras yang telah dijalur. 4. Masukkan kabel di bawah pengapit dan ketatkan semula skrunya.

5. Longgarkan skru pada setiap tamatan dan selitkan wayar melalui lubang Tamatan. Pastikan kod warna adalah betul. Ketatkan skru.

Mengganti tiub

1. Suis elektrik perlu dimatikan dahulu sblm kerja menanggalkan tiub dimulakan. 2. Pusingkan tiub 90° mengikut arah jam.

3. Tanggalkan tiub, tukarkan tiub baru.

4. Pasangkan pin elektrod pada kedua-dua pemegang tiub dan pusingkan 90° mengikut arah lawan jam.

(6)

Mengganti suis penghidup

1. Pusingkan suis penghidup mengikut arah lawan jam.

2. Tanggalkan suis penghidup, tukarkan dengan suis penghidup baru.

3. Pusingkan suis penghidup mengikut arah jam sehingga cengkamannya ketat.

Pendawaian lampu pendarfluor

1. Longgarkan skru dan buka penutup perumah.

2. Buat sambungan seperti yang ditunjukkan dalam lukisan kerja.

3. Setelah memastikan sambungan betul, tutup semula perumah dan skrukan. 4. Pasangkan tiub dengan memasang pin elektrod ke dalam pemegang tiub.

Langkah-langkah menggunakan glu paip PVC

1. Potong batang paip

2. Buang gerigis di dalam dan di luar hujung paip

3. Tandakan dua bahagian paip PVC untuk menentukan kedudukan sambungan. 4. Sapu simen pelarut. Sapu dengan berus. Jangan gunakan jari.

5. Tolak paip masuk pusingkan sedikit. Kemudian bersihkan simen pelarut yang berlebihan dengan kain.

Kerja-kerja menyenggara dan membaik pulih sistem bekalan air:

1. Menyenggara dan membaik pulih pili. 2. Menyenggara dan membaik pulih tangki. 3. Menyenggara dan membaik pulih perangkap

Langkah-langkah memasang dan menyambung paip PVC

1. Baca dan terjemahkan lukisan kerja 2. Ukur dan potong paip PVC Ø 13mm

3. Buang gerigis di bahagian hujung dengan kikir rata dan kikir bulat

4. Sambungkan paip PVC kepada penyambungnya dengan menggunakan glu paip PVC seperti yang ditunjukkan dalam lukisan kerja.

5. Lilitkan bahagian hujung pili berbibir yang berulir dengan pita PTFE mengikut arah pusingan jam.

6. Pasang kepala paip dengan tangan. Ketatkan dgn menggunakan sepana boleh laras.

Langkah-langkah memasang dan menyambung paip besi bergalvani (BG)

1. Baca dan terjemahkan lukisan kerja di bawah. 2. Lilitkan ulir batang paip dengan pita PTFE

3. Sambungkan paip BG kepada penyambung. Ketatkan dengan menggunakan perengkuh paip. Pasang kepala paip dan palam seperti yang ditunjukkan dalam lukisan kerja.

4. Gunakan perengkuh paip yoke untuk memegang batang paip. 5. Gunakan perengkuh paip untuk mengetatkan sambungan.

(7)

Langkah berjaga-jaga

1. Gunakan alatan tangan yang sesuai dengna kerja yang hendak dilakukan 2. Berhati-hati semasa menggunakan alatan memotong.

Langkah-langkah memasang dan menyambung paip PVC pada paip BG

1. Baca dan terjemahkan lukisan kerja dalam rajah di bawah. 2. Gunakan ragum paip yoke untuk memegang projek paip BG.

3. Pasangkan penyuai soket injap pada pemasangan projek paip PVC.

4. Gunakan soket penjodoh untuk menyambung pemasangan paip PVC kepada pemasangan paip besi bergalvani.

5. Lilitkan pita PTFE pada ulir hujung paip besi bergalvani.

6. Sambungkan pemasangan paip PVC dan pemasangan paip besi bergalvani. 7. Hubungkan pemasangan kepada bekalan air untuk diuji.

Langkah-langkah memasang paip poli

1. Masukkan gelang getah ke dalam paip poli

2. Masukkan sleeve dan rapatkan ke gelang getah.

3. Masukkan paip poli bersama gelang getah sehingga paip mencapai had maksimum.

4. Masukkan penutup dan pusingkan dengan tangan, kemudian ketatkan penutup dengan menggunakan palyar cengkam seribu.

Operasi tangki simbah

1. Apabila tuil simbahan ditarik atau ditekan, proses simbahan akan berlaku. 2. Tuil ini akan menaikkan plat tertebuk dan injap gegendang yang terletak di bahagian bawah tiub sifon.

3. Air mengalir keluar melalui paip simbah ke mangkuk tandas.

4. Apabila aras air di dalam tangki turun, pelampung juga akan turut turun dan menyebabkan air mengalir masuk semula ke tangki.

Menggantikan pelampung yang bocor

1. Sediakan pelampung baru. 2. Tutup bekalan air.

3. Buangkan air dalam tangki simbah dengan tangkai pelepas.

4. Tanggalkan pelampung dari lengannya dengan memutarkan ke arah lawan jam. 5. Gantikan pelampung dengan yang baru.

6. Pasang pelampung yang baru dengan memusingkan ke arah pusingan jam. 7. Buka bekalan air dan uji pelampung yang baru.

8. Perhatikan aras air dalam tangki simbah

9. Sekiranya paras air kurang atau melebihi garisan aras air, kedudukan injap bebola perlu dilaraskan.

(8)

Melaraskan injap bebola

1. Sediakan pemutar skru rata 2. Tutup kunci paip

3. Buangkan air dalam tangki simbah dengan menekan tangkai pelepas. 4. Pegang pelampung selari dengan lubang alur masuk

5. Longgarkan nat pengunci.

6. Laraskan skru pelalas dengan pemutar skru rata 7. Kuncikan nat pengunci.

8. Buka kunci air dan uji aliran air

Cara menukar sesendal pili

1. Tutup punca bekalan air

2. Gunakan sepana boleh laras untuk membuka nat kepala pili mengikut arah lawan jam.

3. Tanggalkan kepala pili dan keluarkan pelompat.

4. Buka nat sesendal dan cungkilkan sesendal dengan pemutar skru rata. 5. Gantikan sesendal dengan yang baru.

6. Pasang semula pelompat dan nat kepala pili mengikut pusingan jam. Ketatkan Dengan sepana.

Menukar sesendal pili berbibir

1. Membukar kepala pili berbibir 2. Mengeluarkan pelompat.

3. Tanggalkan sesendal dan gantikan dengan yang baru.

Menukar sesendal pili bertiang

1. Membuka nat pili berpelitup

2. Gunakan playar muncung tirus untuk mengeluarkan pelompat dari ruang alur keluar pili.

3. Tanggalkan nat pengikat dan guntingkan dengan yang baru.

Memersihkan perangkap dengan pelocok

1. Letakkan diafragma pelocok pada lubang alur keluar singki yang tersumbat 2. Isikan singki dengan air sehingga ¾ paras singki. Bagi besen cuci, sumbat lubang limpahnya dengan kain basah sebelum menjalankan kerja mengepam. Tekan dan pamkan pelocok untuk menolak kotoran dan menyedut endapan kotoran.

(9)

Mengeluarkan endapan kotoran melalui plag buangan

Bagi perangkap jenis P dan S:

1. Letakkan baldi di bawah perangkap yang tersumbat

2. Longgarkan plag buangan dgn sepana boleh laras mengikut arah lawan pusingan jam. 3. Tanggalkan plag buangan & sisa kotoran akan keluar mll lubang buangan perangkap. 4. Gunakan dawai kasar untuk menjolok endapan kotoran yang tdpt di dlm perangkap. 5. Pasang semula plag buangan dan uji aliran air,

Bagi perangkap jenis botol:

1. Letakkan baldi di bawah perangkap yang tersumbat.

2. Pegang mangkuk endapan dengan tangan dan pusingkan mengikut arah lawan jam untuk menanggalkannya.

3. Buang sisa kotoran dan cuci mangkuk dengan sabun dan air bersih. 4. Curahkan air melalui singki untuk mengalirkan endapan yang tersangkut. 5. Pasang semula mangkuk endapan dgn memusing mengikut arah pusingan jam.

Mencegah kebocoran pada plag buangan

1. Getah sesendal pada bebenang perangkap botol mesti dipasang bersama untuk mencegah kebocoran.

2. Plag buangan pada perangkap P dan S harus dililitkan dengan pita PTFE pada bahagian bebengangnya mengikut pusingan jam untuk mencegah kebocoran.

Memasang benang atas pada mesin jahit

1. Masukkan buku benang ke dalam tiang benang 2. Tarik benang ke ceper penegang jahitan

3. Masukkan benang ke dalam tuas pemegang jahitan

4. Tarik benang ke jarum mesin dan masukkan benang ke dalam lubang jarum.

Memasang benang bawah

1. Masukkan gelendung ke dalam kes

2. Turunkan jarum mesin supaya benang atas mencangkuk benang bawah.

3. Naikkan jarum benang lagi dan tarik keluar benang bawah bersama benang atas. 4. Kedua-dua benang hendaklah ditarik ke belakang sebelum menjahit.

Langkah-langkah sebelum menjahit

1. Pasangkan jarum

2. Pasangkan sekoci ke dalam mesin 3. Pasangkan benang

4. Turunkan jarum dan tarik keluar benang bawah 5. Laraskan mata jahitan

(10)

Langkah-langkah semasa menjahit

1. Letakkan fabrik di bawah penekan jahitan

2. Pusing roda imbang ke hadapan untuk menurunkan jarum menembusi fabrik. 3. Turunkan tuas angkat

Langkah-langkah selepas menjahit

1. Naikkan jarum setinggi-tingginya 2. Naikkan tuas angkat

3. Tarik fabrik ke belakang dan gunting benang

Meminyakkan mesin

1. Picitkan minyak mesin melalui lubang mesin kepada kepala mesin dan gerakkan mesin tanpa kepala mesin dan gerakkan mesin tanpa benang untuk beberapa kali. 2. Letakkan sekeping kain di bawah penekan jahitan utk menyerap minyak yg menitis.

Mengganti tali mesin

1. Tebuk dua lubang pada kedua-dua hujung tali mesin

2. Masukkan cangkuk besi pada kedua-dua lubang dan tekan sehingga ia rapat.

Langkah-langkah menjahit artikel mudah

1. Sediakan pola asas artikel mudah 2. Sediakan fabrik sebesar pola

3. Susun pola pada fabrik dan sematkan dengan jarum peniti. Gunting fabrik mengikut pola. Tandakan garisan pemadan.

4. Jahit artikel dengan jahitan mesin

5. Hiaskan artikel mudah dengan jahitan suji bilang, silang pangkah, renda dan kun.

Langkah-langkah mereka bentuk artikel mudah dgn menggunakan mesin

jahit

1. Buat penjuru temu sudut pada keempat-empat penjuru alas dulang 2. Kemaskan kelepet dengan jahitan mesin

3. Hiaskan alas dulang dgn jahitan hiasan spy kelihatan lebih cantik dan menarik.

Cara membuat penjuru temu sudut

1. Lipat dan buat kesan lipatan di sepanjang dua garis kelepet

2. Buat lipatan menyerong pada fabrik dan gunting. Tinggalkan jarak 0.5cm dari garis lipatan menyerong.

3. Lipat 0.5cm lipatan pertama, kemudian lipat kelepet pertama dan kelepet kedua di sepanjang garis kelepet supaya kedua-dua kelepet bertemu.

(11)

Menjahit jahitan insang pari

1. Jahitan hendaklah dimulakan dari kiri ke kanan

2. Mulakan dengan menjahit jelujur halus secara menegak pada A. Cucuk jarum ke dalam fabrik dan halakan jarum ke arah penjahit

3. Letakkan benanag di bawah hujung jarum, dan tarik benang menghala ke arah penjahit.

4. Matikan jahitan insang pari dengan menjahit jelujur halus menegak di sebelah kanan mata jahitan terakhir.

Menjahit jahitan suji bilang (cross-stitch)

1. Mulakan dua jahitan secara menyerong dari kiri ke kanan.

2. Cucuk jarum secara menegak pada garisan B dan keluarkan jarum pada garisan A. Pastikan mata jahitan selari dengan mata jahitan sebelumnya.

3. Utk menjahit pangkah, mulakan jahitan dr kanan ke kiri. Pastikan mata jahitan selari.

4. Untuk mengakhiri jahitan suji bilang, jahit dua kali.

Menjahit silang pangkah

1. Jahitan ini dimulakan dari kiri ke kanan

2. Mulakan dengan jahitan kia pada sebelah kiri tepi fabrik.

3. Masukkan jarum pada A dan keluarkan pada B dengan jarak kira-kira 1mm. 4. Bawa jarum ke lipatan C dan keluarkan pada D dengan jarak 1mm.

5. Ulang langkah ini sehingga habis. 6. Matikan jahitan dengan jahitan kia.

Cara menjahit renda dengan jahitan mesin

1. Kemaskan tepi artikel yang belum berjahit dengan kelepet 2. Temukan S.D. renda dengan S.L. artikel

3. Semat dan jelujur pada garisan pemadan, diikuti dengan jahitan mesin. 4. Tanggalkan jelujur.

Langkah-langkah menjahit kun pada alas dulang

1. Temukan S.L. pita dengan S.L. fabrik garisan pemadan 2. Semat, jelujur dan jahit mesin.

3. Trim basi kelim

4. Lipat tepi pita menghala S.D. fabrik

(12)

Langkah-langkah menyediakan medium semaian

1. Sediakan ketiga-tiga bahan untuk campuran medium semaian.

2. Tapiskan ketiga-tiga bahan medium secara berasingan. (supaya halus, sekata dan bebas daripada sampah sarap.)

3. Sukat ketiga-tiga bahan itu dengan kadar yg tertentu mengikut nisbah 2:1:1. 4. Campurkan sebanyak 5.0g baja fosfat (menggalakkan pertumbuhan sistem akar) dan 2.5g kapur (mengurangkan kandungan asid dalam medium) kepada setiap 4.5 liter medium semaian.

5. Gaulkan campuran sehingga ia sebati.

Menyediakan keratan batang

1. Pilih keratan batang yang sesuai.

2. Gunakan sekateur yang tajam dan bersih untuk memotong keratan sepanjang 10-15cm dengan dua atau lebih buku daun.

3. Bahagian bawah keratan hendaklah dipotong secara serong di bawah paras buku. 4. Bahagian atas keratan hendaklah dipotong secara melintang supaya senang membezakan antara pangkal dan hujung semasa menyemai.

5. Pada keratan kayu lembut, buangkan tunas dan bunga, tetapi daun dibiarkan kekal 6. Bagi keratan sederhana, buangkan daun di sebelah bawah sahaja.

7. Bagi keratan kayu keras, buangkan semua daun.

Menanam keratan batang

1. Sebelum menanam, rendamkan pangkal keratan ke dalam air dan celupkan ke dalam serbuk hormon pengakaran. (menggalakkan pertumbuhan akar)

2. Lembapkan medium pengakaran di dlm bekas semaian & ratakan permukaan medium. 3. Buat lubang dalam medium semaian dengan sebatang dahan (supaya hormon

pengakaran tidak akan tertanggal apabila keratan dicucuk ke dalam medium. 4. Masukkan keratan itu ke dalam lubang secara condong sehingga satu atau dua tunas kelihatan di atas medium.

5. Medium di sekeliling keratan dipadatkan dengan tangan.

(13)

Langkah-langkah menyediakan medium penanaman/memasu

1. Sediakan tanah laom, bahan organik & pasir sungai utk campuran medium penanamn. 2. Pastikan bahan organik yang digunakan cukup reput supaya haba terbebas

dan biji benih rumpai dapat dimusnahkan.

3. Tapiskan ketiga-tiga bahan tersebut secara berasingan untuk menyingkirkan sampah sarap dan butir-butir yang kasar.

4. Sukat bahan-bahan dengan menggunakan baldi kecil mengikut nisbah 7:3:2. 5. Gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga sebati menggunakan skop.

6. Medium penanaman ini boleh disimpan beberapa hari supaya bahan-bahannya bertindak sebelum kerja memasu.

7. Masukkan medium ke dalam beg politena yang telah disediakan sehingga memenuhi ¾ bahagian.

8. Siram medium sehingga lembap.

Mengubah keratan batang ke beg politena

1. Beberapa jam sebelum mengubah, siram medium anak pokok untuk memudahkannya dikeluarkan daripada bekas asal dan untuk mengelakkan gumpahan tanah di sekeliling akar daripada pecah berderai.

2. Isikan beg politena yang telah disediakan dengan medium penanaman.

3. Buatkan satu lubang di tengah-tengah medium penanaman dgn sudip tangan. 4. Keluarkan pokok dari kotak semaian dengan cermat supaya gumpalan tanah tidak pecah dan masih terlekat pada akar tumbuhan.

5. Letakkan anak pokok di dalam lubang medium sehingga melebihi paras gumpalan tanah anak pokok.

6. Tambahkan medium penanaman sehingga 2.5cm dari beg politena. Kemudian kejapkan permukaan medium dengan tangan.

7. Siram medium sehingga lembap dan letak beg politena di tempat teduh selama beberapa hari.

8. Selepas beberapa hari, anak pokok telah mengatasi renjatan pengubahan dan boleh diletak di bawah cahaya matahari.

Prinsip merebus

1. Gunakan periuk yang bertutup rapat untuk mengelakkan wap daripada keluar. 2. Pastikan air dalam periuk mendidih sebelum makanan diletakkan di dalamnya dan tetap mendidih semasa memasak.

3. Air dalam periuk hendaklah ditambah dengan air yang mendidih.

4. Makanan haruslah ditutup dengan kertas minyak atau kertas foil untuk mengelakkan makanan menjadi hancur.

(14)

Prinsip mengukus

1. Gunakan pengukus yang bertutup rapat supaya wap tidak keluar. 2. Air mestilah mendidih sebelum makanan dikukus.

3. Pastikan air sentiasa mendidih dan tambah dengan air mendidih sahaja jika perlu.

4. Tutup makanan dengan kertas minyak untuk mengelakkan air wap menitis ke atas makanan.

Prinsip mencelur

1. Makanan dimasukkan ke dalam periuk berisi air yang mendidih dan dikeluarkan dalam masa yang singkat.

Prinsip merenih

1. Makanan dimasukkan ke dalam periuk atau kaserol bertutup 2. Api kecil digunakan untuk merenih.

3. Makanan dibiarkan renih.

Prinsip merendidih

1. Makanan dipotong kecil.

2. Kaedah ini dimasak dalam periuk atau kaserol bertutup. 3. Api dikecilkan apabila air mendidih.

4. Makanan dibiarkan renih.

Prinsip menggoreng

1. Gunakan kuali dan sudip yang kering. 2. Gunakan minyak yang bersih

3. Panaskan minyak sebelum menggoreng

4. Kawal api supaya minyak tidak terlalu panans dan berasap. 5. Pastikan makanan cukup kering sebelum digoreng.

6. Masukkan makanan yang hendak digoreng secara perlahan-lahan supaya minyak tidak terpercik keluar.

7. Makanan yang telah digoreng hendaklah dituskan sebelum dihidangkan.

8. Minyak yg telah digunakan hendaklah ditapis ke dalam periuk dan disejukkan.

Prinsip Membakar

1. Gunakan ketuhar yang bersih.

2. Panaskan ketuhar selama 10 minit sebelum memasak.

3. Atur tetingkat dengan betul dan panaskan mengikut suhu yang dikehendaki. 4. Tutup pintu ketuhar dengan perlahan-perlahan.

(15)

Prinsip menggril

1. Gunakan bahan makanan yang lembut dan kecil. 2. Panaskan gril.

3. Sapukan makanan dgn sedikit lemak untuk mengelakkannya daripada kering. 4. Balik-balikkan makanan.

Prinsip memanggang

1. Memerlukan alat ketuhar ataupun microwave.

2. Makanan hendaklah dibungkus dengan daun pisang atau keranjang aluminium. 3. Balik-balikkan makanan supaya masak dengan sekata.

Cara menghidang secara peranggu meja

1. Alaskan meja dengan alas meja yang bersih. 2. Susunkan pinggan layan bersama sudu dan garpu.

3. Cawan / gelas dengan alasnya diletakkan di sebelah kanan atas pinggan layan. 4. Napkin diletakkan di sebelah kiri di atas piring roti.

5. Makanan snek diletakkan di tengah-tengah meja.

6. Bekas minuman seperti teko / jag diletakkan di sudut yg tidak diduduki orang. 7. Gubahan bunga diletakkan di kiri bekas minuman.

Membuat bater dengan menggunakan senduk kayu

1. Timbang ramuan dengan tepat.

2. Ayak bahan kering bersama-sama ke dalam mangkuk adunan.

3. Kuakkan di tengah-tengah tepung. Pecahkan telur ke dalam lubang itu. 4. Tuangkan separuh cecair sambil mengacau rata dengan senduk kayu. 5. Kacau tepung masuk ke dalam cecair dengan senduk kayu.

6. Lecekkan adunan dgn belakang senduk ketika mengacau utk menjadikan adunan sebati spy adunan kelihatan licin.

7. Pukul bater selama 10 minit hingga banyak buih di permukaan. 8. Tuang baki cecair ke dalam bater.

9. Tutup mangkuk dengan kain yang bersih dan biarkan selama sesetengah jam untuk membolehkan bijiring kanji menyerap cecair menjadikan bater

kembang, lembut dan senang dimasak.

Membuat bater dengan menggunakan pemukul telur

1. Ayak bahan kering dalam mangkuk adunan.

2. Buat lubang di tengah-tengah dan tuangkan cecair. 3. Masukkan telur.

4. Kacau perlahan-lahan adunan sehingga sebati. 5. Tambahkan lebihan cecair jika perlu.

6. Kacau lagi adunan dan rehatkan adunan sebentar sebelum digunakan supaya bijian gandum kembang dan senang dimasak.

(16)

Langkah-langkah membungkus dengan daun pisang

1. Membungkus Lepat Pisang

i. Bubuh 1 cams campuran pisang di atas daun di tengah daun pisang ii. Balut adunan.

iii. Lipat kedua-dua hujung daun itu ke bawah.

2. Membuat bakul daun pisang untuk membungkus onde-onde.

i. Potongkan daun pisang segi empat sama. ii. Guntingkan kedua-dua tepi sepanjang 2cm.

iii. Angkat bahagian tengah dan lipatkan bahagian penjuru ke dalam dan lekatkan dengan stapler. Ulangi langkah ini.

Langkah-langkah mencuci pakaian

Langkah 1: Pracuci

Mengasingkan pakaian

1. Kumpulkan semua pakaian yang kotor.

2. Asingkan pakaian yang putih dan yang berwarna mengikut kekotoran, jenis fabrik dan jenis pakaian.

3. Periksa semua kocek dan kosongkan. 4. Tanggalkan pin, tanda nama atau lencena. Membaiki pakaian

1. Pastikan semua kancing pakaian masih eloj dan tidak koyak. 2. Jahit mana-mana bahagian yang koyak dan kancing yang longgar. Menghilangkan tanda

1. Ketepikan pakaian yang mempunyai kesan kekotoran.

2. Hilangkan tanda kekotoran dgn serta-merta sebelum tanda itu menjadi kekal. 3. Hilangkan tanda itu sebelum membasuh kerana haba dari air basuhan akan membuat kesan itu lebih kuat terlekat.

4. Basuh bahagian yang bertanda dengan air sejuk dan rendam dengan detergen. Jika peluntur digunakan, cairkan peluntur mengikut arahan pada label.

Merendam pakaian

1. Bertujuan untuk melonggarkan dan menanggalkan kekotoran supaya kain lebih mudah dibasuh.

2. Sebelum merendam, goncangkan pakaian bagi menanggalkan habuk. Kemudian asingkan pakaian berwarna putih daripada pakaian berwarna.

3. Rendamkan pakaian dalam air bersabun.

(17)

Langkah 2: Mencuci

Cara membasuh dengan tangan:

1. Cuci pakaian yang kurang kotor dahulu.

2. Berus bahagian pakaian yang sangat kotor dengan betul-betul untuk menanggalkan kekotoran.

3. Bilas pakaian yang telah diberus itu dalam air sebanyak dua atau tiga kali supaya semua sabun dan kekotoran tertanggal.

4. Jika menggunakan pelembut fabrik, gunakan pada bilasan terakhir.

1. Jika membasuh dgn mesin basuh, pastikan mengikut arahan pd label pakaian. 2. Sebelum menjemur, terikan pakaian perlahan-lahan untuk membetulkan bentuknya. Kemudian terbalikkan sebelah luar pakaian ke sebelah dalam untuk memelihara warna.

3. Sidaikan pakaian dengan ira lurusnya menghala ke bawah.

4. Sepitkan pakaian pada bahagian yang paling kukuh seperti di bahu atau ikatan pinggang.

5. Pakaian juga boleh dikeringkan dengan menggunakan mesin pengering pakaian.

Panduan menjemur pakaian

1. Pakaian putih daripada fabrik kapas hendaklah dikeringkan di bawah sinaran matahari.

2. Pakaian berwarna hendaklah dikeringkan di tempat yang redup dan berangin supaya warna tidak pudar.

3. Pakaian daripada fabrik nilon atau poliester perlu dititiskeringkan supaya tidak renyuk.

Langkah 3: Menyeterika

1. Pakaian perlu diseterika supaya lipatan / kedutan pada baju dpt dilicinkan. 2. Pakaian yang telah diseterika akan kelihatan kemas dan menarik.

Cara menyeterika pakaian:

1. Renjiskan air pada pakaian, kemudian gulung dalam sehelai tuala dan dibiarkan selama setengah jam supaya kelembapan dapat meresap dalam pakaian.

2. Laraskan pelaras suhu seterika supaya sesuai dengan jenis fabrik yang ingin diseterika.

3. Seterika bahagian berlapis dahulu seperti kolar, kocek dan kaf pada sebelah dalam dan kemudian pada sebelah luar.

4. Seterika bahagian lain dengan tekanan sekata mengikut ira lurus.

5. Anginkan pakaian yang diseterikakan sebelum disimpan bagi mengelak terjadi tahi lalat.

(18)

Cara-cara menghilangkan tanda pada pakaian

Darah

1. Rendamkan pakaian dalam air sejuk bercampur garam hingga kesan itu hilang. 2. Basuh dalam air bersabun, bilas betul-betul dan jemur.

Teh, kopi, jus buah-buahan

1. Tuangkan air mendidih ke atas kesan-kesan itu. Basuhkannya.

2. Jika kesan-kesan itu masih belum hilang, bubuhkan sedikit tingkal (boraks) di atas kesan yang lembap itu. Tuangkan air mendidih ke atasnya dan biarkan selama sejam sebelum membasuh.

3. Jika kesan itu ialah kesan the atau kopi bersusu, rendam dalam air sejuk dahulu untuk menanggalkan protein sebelum menghilangkan kesan tersebut.

Dakwat

1. Siram dengan air sejuk.

2. Jika kesan itu telah kering, bubuh sedikit air limau nipis dan garam pada kesan yang lembap itu. Gosok hingga kesan itu hilang.

3. Basuh dalam air bersabun, bilas betul-betul dan jemur.

Karat

1. Lumurkan tanda baru dgn garam & air limau dan keringkan di panas matahari. 2. Rendam tanda yang degil dalam larutan garam limau yang lemah dan suam.

Rumput, gincu

Gosokkan tanda itu dengan spirit metil.

Kunyit

1. Lumurkan pes sabun pada tanda kotoran dan keringkan di bawah cahaya matahari.

2. Cuci dan ulang sehingga tanda itu hilang.

Minyak/gris

Cuci dalam air sabun yang panas, air soda yang suam atau air ammonia.

Tahi lalat

1. Gosokkan sabun pada tanda yang basah dan keringkan di bawah cahaya matahari. Ulang sehingga tanda itu hilang.

2. Rendamkan tanda dengan hidrogen peroksida dan ammonia atau dalam susu masam, air limau dan kalium permangganat.

Cat

1. Hilangkan seberapa banyak cat yang mungkin 2. Gosokkan bahagian tanda dengan turpentin.

3. Hilangkan tanda minyak turpentin dengan minyak tanah. 4. Cuci dengan air sabun yang panas.

(19)

Cara menjahit kelim belah kangkung

1. Temukan kedua-dua belah luar kain.

2. Semat dengan peniti dan jahitkan dengan jahitan jelujur pada garisan pemadan. 3. Tanggalkan peniti dan jahitkan dengan jahitan mesin mengikut garisan pemadan. 4. Tanggalkan jahitan jelujur dan tekan kelim dengan seterika supaya terbuka. 5. Kemaskan kelim dengan jahitan mesin, jahitan lilit kemas, jahitan insang pari atau dengan mesin pengemas tepi.

6. Lebar kelim yang telah siap dijahit ialah antara 1.25cm atau 12.5mm.

Mengemas kelim dengan kun

1. Ukur dengan tolok 12mm dari garisan pemadan dan gunting kain-kain yang berlebihan.

2. Lekapkan kun serong kepada basi kelim dengan sebelah luarnya bersama. 3. Semat, jelujur dan mesinkan 4mm daripada tepinya.

4. Terbalikkan kun kepada bahagian dalam.

5. Lipatkan kun kepada garisan jahitan mesin, semat dan jelujur. 6. Tetepkan kun pada tempatnya dengan jahit sembat susup.

Cara menjahit kelim betawi

1. Temukan kedua-dua sebelah dalam fabrik.

2. Semat dengan peniti dan jahit jelujur di garisan pemadan.

3. Tanggalkan peniti dan jahit mesin kira-kira 4-6mm di atas garisan pemadan. 4. Tanggalkan jahitan jelujur dan tekan dengan seterika supaya kelim terbuka. 5. Gunting tepi basi kelim kurang daripada ukuran 4-6mm.

6. Lipat kelim supaya sebelah luar kelim bertemu.

7. Jelujur dan jahit mesin kira-kira 4-6mm dari tepi kelim di garisan pemadan. 8. Tekan dan seterika kelim ke arah belakang pakaian.

9. Lebar kelim yang telah siap dijahit ialah antara 4-6mm.

Proses menjahit lisu pemadan

1. Tandakan kedudukan lisu pemadan.

2. Temukan sebelah luar fabrik. Semat dan jelujurkan di garisan pemadan. 3. Jahit mesin di atas garisan pemadan bermula dari bahagian lebar ke hujung tirus. Jahit mesin 2 kali dihujung tirus untuk mematikan jahitan.

Panduan mengemaskan lisu pemadan

Fabrik tebal

1. Gunting di tengah lisu hingga 6mm daripada puncaknya. 2. Kemaskan tepi dengan jahitan insang pari atau lilit kemas. Fabrik nipis

(20)

Proses menjahit kedut lepas

1. Tandakan garisan pemadan.

2. Laraskan mata jahitan mesin jahit kepada yang kasar.

3. Jahit sebaris di atas dan sebaris di bawah garisan pemadan.

4. Simpulkan benang pada satu hujung untuk kedua-dua baris jahitan.

5. Tarik hujung bengang dari kedua-dua baris sehingga mendapat lebar kedut yang dikehendaki. Lakukan untuk kedua-dua baris jahitan.

6. Lilitkan benang di sekeliling peniti dan ratakan kedut.

Cara menjahit kelepet lurus

1. Buat lipatan pertama selebar 5mm pada sebelah dalam kain. 2. Buat lipatan kedua di garisan pemadan.

3. Semat dengan peniti dan jahit dengan jahitan jelujur. 4. Tekan dan seterika kelepet supaya rata.

5. Tetapkan kelepet dengan jahitan mesin, jahitan sembat susup, jahitan sembat atau jahitan silang pangkah.

Cara menjahit kelepet melengkung

1. Buat lipatan pertama selebar 5mm pada sebelah dalam kain. 2. Buat lipatan kedua di garisan pemadan.

3. Semat dengan peniti dan jahit dengan jahitan jelujur. 4. Tekan dan seterika kelepet supaya rata.

5. Buat lisu kecil dengan jarak yang sama untuk menghilangkan gelembung. 6. Jelujur lisu dan tetepkan lisu dengan jahitan sembat.

7. Buat jahitan sembat susup pada lipatan kedua untuk menetapkan kelepet.

Cara menjahit lapik lurus

1. Sediakan sekeping kain lapik. Reben atau pita boleh digunakan untuk membuat lapik lurus.

2. Temukan sebelah luar lapik dengan sebelah luar pakaian. 3. Semat dengan peniti dan jahit jelujur di garisan pemadan. 4. Tanggalkan peniti dan jahit mesin di garisan pemadan.

5. Tanggalkan jahitan jelujur dan gunting basi kelim hingga 5-6mm. 6. Tekan dan seterika supaya kelim terbuka.

7. Balikkan lapik ke sebelah dalam pakaian. Tekan, seterika dan jelujurkannya. 8. Lipatkan tepi lapik ke sebelah dalam dan jelujurkan tepi lipatan supaya tidak berkedut.

(21)

Cara menjahit lapik berbentuk

1. Potong kain lapik mengikut bentuk tepi yang hendak dilapik. 2. Kemaskan tepi lapik dengan melipatkannya ke sebelah dalam. 3. Jahit dengan jahitan jelujur dan jahitan mesin.

4. Temukan sebelah luar lapik dengan sebelah luar pakaian. 5. Jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan.

6. Gunting basi kelim sehingga 5-6mm. Snip basi kelim supaya garis kelim rata. 7. Balikkan lapik ke sebelah dalam. Tekan rata kelim dan jelujurkannya.

8. Tetepkan lapik dengan jahitan sembat susup atau jahitan silang pangkah.

Memanjangkan pola skirt berkasing

1. Potong garisan melintang di antara pinggang dan paras punggung.

2. Sematakn sekeping kertas di antara punggung dengan pinggang skirt dan sekeping di hujung skirt.

3. Bentukkan semula garisan-garisan pemadan.

Memendekkan pola skirt berkasing

1. Lipat pola skirt mengikut ukuran yang dikehendaki.

2. Sematkan dengan jarum peniti dan jelujurkan di sepanjang garisan melintang penyesuaian.

3. Bentukkan semula garisan pemadan. 4. Jahit mesin sepanjang garisan lipatan.

Menyedia dan membentang fabrik

1. Tekan dengan seterika bagi menghilangkan renyuk dan tarik fabrik bagi membetulkan bentuknya.

2. Periksa fabrik bagi menentukan tidak ada sebarang kecacatan. 3. Luruskan ira fabrik supaya bersudut tepat dengan pakan.

Menyusun atur pola dan menggunting fabrik

1. Lipat fabrik dan letak di atas permukaan yang rata. 2. Atur kepingan-kepingan pola dengan tepat di atas fabrik.

3. Letakkan kepingan pola yang besar dahulu dengan hujungnya yang paling lebar berhampiran dengan tepi fabrik.

4. Semua kepingan pola mesti diletakkan mengikut ira yang betul. 5. Ratakan fabrik dan semat dengan peniti.

6. Pastikan semua hujung tajam peniti menghalang ke arah dalam pola. 7. Sebak susunan pola itu sekali lagi sebelum menggunting.

(22)

Menggunting fabrik

1. Gunakan gunting yang tajam.

2. Tekan pola fabrik dengan sebelah tangan ketika menggunting. 3. Jangan angkat fabrik semasa menggunting.

4. Gunting pola yang besar dahulu diikuti pola yang kecil.

Langkah-langkah menjahit skirt berkasing

1. Ambil ukuran pinggang dan labuh skirt. 2. Sediakan kepingan pola bagi skirt itu. 3. Sediakan fabrik dan selaraskan iranya.

4. Lipat dua melintang dan letakkan pola. Semat dengan peniti dan gunting pola. 5. Kemaskan tepi garisan gunting dengan cara jahit dagangan.

6. Sambungkan kedua-dua kelim tepi. 7. Jahit proses kasing getah elastik.

8. Masukkan getah elastik dan sambungkannya.

9. Jahit kelepet skirt dengan jahitan sembat susup atau jahitan mesin. 10. Tekan dengan seterika.

Cara-cara menjahit renda dengan reben susup

1. Semat dan jelujur renda bersusup pada sebelah luar skirt.

2. Cabut jarum peniti dan jahit mesin pada renda bersusup pada skirt. 3. Cabut jelujur dan susupkan reben pada tengah renda.

Faedah mewujudkan hubungan dagangan antara negara-negara

1. Mempelbagaikan pilihan barangan dan seterusnya menambahkan kepuasan rakyat.

2. Meningatkan pendapatan negara melalui cukai perniagaan. 3. Memperkenalkan kebudayaan tempatan kepada negara luar.

Langkah-langkah merivet menggunakan rivetter

1. Gerudikan lubang tembus pada kedua-dua kepingan logam. Pastikan lubang itu muat untuk batang rivet.

2. Tentukan ukuran kelegaan bagi rivet. Pop rivet perlu dipotong jika terlalu panjang.

3. Masukkan pop rivet ke dalam rivetter. 4. Jajarkan lubang-lubang.

5. Masukkan pop ribet ke dalam lubang. 6. Tekan rivetter.

(23)

Langkah-langkah merivet menggunakan set rivet:

1. Buat lubang pada kedua-dua kepingan bahan.

2. Gunakan set rivet untuk merapatkan kedua-dua kepingan logam. 3. Potong rivet kalau terlalu panjang.

4. Ketuk batang rivet dengan muka rata tukul bongkol bulat untuk mengembangkan batang rivet.

5. Gunakan bahagian bonggol bulat untuk mengetuk batang rivet menjadi bentuk bulat.

6. Letakkan set rivet bahagian pembulat rivet pada pop rivet untuk membentuk kepala.

Langkah-langkah mengglu menggunakan hot glue gun

1. Pasang plag hot glue gun. Masukkan batang glu (glue stick) ke dalam lubang. 2. Hidupkan suis. Biarkan 3-5 minit untuk memanaskan hot glue gun serta mencairkan batang glu.

3. Halakan hot glue gun pada bahan yang hendak dilekatkan. Tekan punat pada pemegang hot glue gun.

4. Glu yang telah cair akan mengalir keluar.

5. Apabila punat tidak ditekan, glu akan berhenti mengalir keluar.

Langkah-langkah menggunakan mesin gergaji jig

1. Tentukan bahawa mata gergaji adalah sesuai dengan bahan yang hendak dipotong.

2. Pastikan mata gergaji dipasang dan dikunci dengan kukuhnya. 3. Apitkan benda kerja pada meja kerja.

4. Hidupkan suis dan pandu gergaji pada tanda pensel yang telah dibuat sebagai garisan panduan.

5. Keluarkan mata gergaji daripada benda kerja sebelum mematikan suis. 6. Jika hendak membuat lubang atau bentuk di bahagian dalam pada sekeping papan lebar, lubang perlulah ditebuk dengan mesin gerudi terlebih dahulu supaya mata gergaji boleh dimasukkan sebelum potongan dimulakan.

Langkah-langkah menggunakan cordless screw driver

1. Pasangkan mata pemutar skru pada alatan ini. 2. Ketatkan dengan menggunakan pengunci allennya. 3. Laraskan bindu mengikut kegunaan

- untuk kerja mengetatkan skru, laraskan putaran bindu mengikut pusingan jam (forward)

- Untuk kerja melonggar/ menanggalkan skru, laraskan putaran bindu mengikut lawan arah jam (reverse)

- Tempatkan mata pemutar pada skru dan hidupkan suis. Pergerakan mata pemutar akan menyiapkan kerja sama ada mengetat atau melonggarkan skru.

(24)

Cara menggunakan mesin pelelas (sander) mudah alih

1. Pakai gogal keselamatan untuk mengelakkan mata daripada terkena habuk.

2. Pastikan cakera las yang hendak digunakan dipasang dengan betul pada pemegang cakera atau plat tapaknya.

3. Pegang mesin pelelas jauh daripada benda kerja dan hidupkan suisnya. 4. Gerakkan mesin pelelas.

(i.) Jenis cakera

1. Gerakkan mesin hendaklah berulang-ulang melintang benda kerja dengan gerakan yang tetap.

2. Sendengkan sedikit supaya sebelah sahaja cakera las itu terkena permukaan yang hendak diratakan.

3. Tekan mesin sedikit sahaja.

(ii) Jenis belt

1. Gerakkan mesin ke semua arah tetapi jangan ditekan, berat mesin sudah memadai.

Langkah keselamatan semas menggunakan mesin mudah alih

1. Dapatkan kebenaran daripada guru terlebih dahulu sebelum menggunakan mesin. 2. Pastikan plag dan wayar mesin dalam keadaan yang baik sebelum menggunakannya. 3. Jangan cuai apabila menggunakan mesin mudah alih.

4. Ikat rambut yang panjang ke belakang.

5. Jangan berbual dengan orang lain semasa menggunakan mesin.

6. Pastikan kabel berada di belakang anda semasa anda menggunakan mesin mudah alih untuk mengelakkan kerosakan. Pastikan wayar tidak bersimpul.

Elakkan kerosakan ketika menyenggara mesin dengan:

1. Tidak menarik kabel semasa menanggalkan plag. 2. Gulung kabel apabila mesin tidak digunakan.

3. Meminta bantuan guru apabila ada sebarang keraguan.

Proses memotong bahan

1. Gunakan gergaji yang tajam.

2. Gunakan penahan untuk memandu bilah gergaji apabila mula menggergaji. 3. Tarik gergaji ke belakang sehingga mendapat alur keratan.

4. Gunakan seluruh gergaji untuk membuat potongan.

5. Semasa menggergaji, pastikan bilah gergaji lurus dan dicondongkan lebih kurang 45° untuk gergaji tangan dan 90° untuk gergaji putting.

6. Apabila hampir putus, pegang hujung kayu untuk mengelakkan kayu daripada pecah.

(25)

Langkah membersih dan menyimpan berus cat

1. Rendamkan berus cat dalam turpentin selepas digunakan.

2. Buang baki cat pada berus menggunakan kain kapas atau kertas. 3. Gunakan air panas untuk membersihkan berus cat.

Cara menggunakan cat sembur

1. Bersihkan permukaan projek 2. Sapukan cat alas

3. Sembur cat mengikut jarak dan arah yang ditetapkan. 4. Ulang untuk mendapatkan hasil yang kemas.

Cara menyapu kemasan syelek dan lekar pada permukaan kayu

1. Sumbat liang atau ira kayu dengan tepung penyumbat. 2. Gosok tepung penyumbat dan licinkan permukaan kayu. 3. Bersihkan permukaan kayu setelah digosok.

4. Sapu lapisan syelek pertama. 5. Sapu lagi lapisan syelek. 6. Sapu lapisan lekar.

Cara menggunakan varnis

1. Bersihkan permukaan kayu.

2. Sapu varnis dengan berus. Biarkan kering.

Cara menyapu tona kayu

1. Bersihkan permukaan kayu.

2. Tona kayu dicampur dengan pelarut turpentin dan kacau. 3. Sapu tona kayu pada permukaan kayu.

4. Biarkan kering.

Cara menggunakan semburan lekar jernih

1. Bersihkan permukaan kayu.

2. Sembur lekar jernih dalam satu arah.

3. Biarkan kering. Ulang untuk lapisan seterusnya.

Cara menggunakan pelekat

1. Bersihkan permukaan projek. 2. Basahkan permukaan tersebut. 3. Tampal pelekat pada bahan projek.

(26)

Pernyataan masalah projek reka bentuk

1. Mengenal pasti masalah 2. Cadangkan reka bentuk

3. Mengumpul maklumat dan data

4. Menyenaraikn plbg alternatif penyelesaian masalah dlm bentuk lakaran bebas. 5. Memilih reka bentuk

6. Mendimensi atau memberi ukuran pada lukisan.

Proses pembinaan berdasarkan lukisan kerja

1. Proses menanda

2. Proses memotong dan membentuk bahan 3. Proses mencantum dan memasang

4. Memberi kemasan pada projek.

Tujuan pendokumentasian

1. Sebagai bukti ciptaan

2. Membantu pereka membuat permohonan perlindungan paten. 3. Sebagai bahan rujukan untuk projek seterusnya.

Perkara-perkara yang perlu ada dalam satu dokumentasi;

1. Tajuk

2. Latar belakang

3. Matlamat dan objektif 4. Fungsi dan kegunaan projek 5. Deskripsi projek

6. Pemasaran

7. Rujukan/ bibliografi 8. Lampiran

(27)

Langkah keselamatan penggunaan komponen elektronik dan cara

penyimpanannya

1. Kapasitor berkutub, transistor dan LED mestilah disambungkan mengikut

kekutubannya dengan betul. Punca positif bekalan disambung pada kaki

positif dan punca negatif bekalan disambung pada kaki negatif komponen. Semua komponen tersebut akan rosak jika disambungkan secara terbalik.

2. Pastikan voltan yang dibekalkan tidak melebihi kadar voltan kapasitor.

Kapasitor akan merosak/meletup .

3. Ketika menggunakan transistor, patuhi had arus, had kuasa dan had

voltan kerana sebarang pengaliran arus yang melebihi hadnya akan

menyebabkan transistor panas dan terbakar.

4. Elakkan membuat pematerian terlalu lama pada kaki transistor.

5. Gunakan penyepit logam (playar muncung tirus) untuk memegang transistor

supaya dapat memindahkan haba di kaki transistor sms membuat pematerian. 6. Apabila menggunakan buzer, jauhkan buzer dari tempat panas dan elakkan

daripada terkena air.

7. Untuk menjaga keselamatan LED, penggunaan voltan hendaklah tidak

melebihi kadar yang ditetapkan.

8. Elakkan dari menguji LED dengan menggunakan bateri 9V tanpa perintang kerana LED akan terbakar.

9. LED sejenis komponen semikonduktor. Menggunakan menyepit logam (playar muncung tirus) untuk memegang LED supaya dapat melindungi kaki LED daripada haba yang dikeluarkan oleh mata alat pemateri.

10. Semasa membengkokkan kaki komponen elektronik (perintang tetap, kapasitor, transistor/ LED), janganlah bengkokkan terlalu dekat dengan

badan komponen kerana ini akan merosakkan komponen itu.

11. Penyimpanan komponen haruslah dilakukan dengan baik. Benamkan kaki

(28)

Proses pematerian

1. Sediakan bahan dan kelengkapan pematerian di atas meja kerja. 2. Letakkan alat pemateri pada tempat letak alat pemateri.

3. Bersihkan bit pada span yang lembap.

4. Pastikan bod litar dan kaki komponen bersih & bebas daripada lapisan oksida. 5. Hidupkan suis alat pemateri untuk memanaskan bit.

6. Apitkan bod litar yang telah dipasangkan komponen pd pemegang papan litar. 7. Semasa memateri, pegang alat pemateri dengan cara yang betul, iaitu

condong pada sudut lebih kurang 30° daripada bod litar. 8. Pastikan wayar berada di sebelah luar tangan kamu.

9. Sentuhkan bit yang telah panas di tempat yang hendak dipateri.

10. Sentuhkan bahan pateri pada tempat yang telah dipanaskan tadi tanpa mengangkat bit alat pemateri.

11. Angkat bahan pateri diikuti alat pemateri.

12. Setelah selesai, bersihkan bit dengan menggosokkan bit pada span yg lembap. 13. Potong lebihan wayar / kaki komponen yang terlalu panjang dgn pemotong sisi. 14. Bersihkan dan simpan semua alatan.

15. Simpan alat pemateri di tempat yang dikhaskan.

16. Pematerian yang sempurna mengelakkan berlakunya litar pintas.

Membuat projek

1. Menterjemah lukisan skematik

2. Menyediakan bahan, kelengkapan dan komponen elektronik untuk projek. 3. Membentuk kaki komponen.

4. Memasang komponen berdasarkan lukisan bergambar.

5. Menyemak semula kedudukan komponen berpandukan litar skematik atau lukisan bergambar.

6. Memateri kaki komponen/tamatan komponen:

- pateri semua kaki komponen pasif terlebih dahulu diikuti dgn komponen aktif - gunakan alat penyerap haba (playar muncung tirus/pemutar skru) dengan menyepit pada kaki komponen yang hendak dipaterikan untuk mengelakkan komponen menjadi terlalu panas.

- gunakan wayar penyambung untuk mematerikan tamatan suis, pembesar suara atau penyambung sel.

7. Memotong kaki komponen yang berlebihan dengan pemotong sisi.

8. Menguji projek yang telah siap dan membuat kerja pembaikan jika perlu. 9. Membersihkan dan menyimpan semua bahan dan kelengkapan di tempat yang telah dikhaskan.

(29)

Langkah-langkah

1. Terjemahkan litar skematik kepada litar bergambar.

2. Potong wayar lembar tunggal kepada saiz yang dikehendaki dan jalurkan di kedua-dua hujungnya.

3. Paterikan wayar pada tamatan suis tekan tutup, suis togel dan perintang boleh laras.

4. Masukkan suis tekan tutup, suis togel, perintang boleh laras dan penyambung bateri ke lubang verobod. Paterikan pada balapan setelah memastikan kedudukan komponen adalah betul.

5. Masukkan kaki komponen pasif ke lubang verobod dan pastikan sambungan litar yang betul dan paterikan ke balapan.

6. Masukkan kaki komponen aktif ke lubang verobod dan pastikan sambungan litar yang betul kemudian paterikan kaki komponen aktif tersebut.

7. Pastikan pateri tidak melimpah ke balapan lain. 8. Potong kaki komponen yang berlebihan.

9. Uji projek dengan menyambungkan penyambung bateri ke bateri.

Cara melukis garisan menegak

1. Lukiskan garisan tegak dari arah atas ke bawah atau dari bawah ke atas dengan tekanan pensel yang sekata.

(sesiku set disanggakan pada sesiku T)

Cara melukis garisan mendatar

1. Menggunakan sesiku T sahaja.

2. Kepala T perlu sentiasa dirapatkan ke tepi papan lukisan dan lukis garisan dari kiri ke kanan menggunakan pensel yang tajam dan tekanan yang sekata.

Cara melukis garisan condong

1. Garisan condong terdiri daripada garisan-garisan yang dapat dilukis dengan bantuan sesiku set (sudut 30°, 45° dan 60°)

2. Garisan condong sudut yang lain terpaksalah dibina dengan menggunakan jangka lukis dengan kaedah pembinaan geometri.

Cara melukis bulatan

1. Laraskan mata pensel dan jangka lukis kepada ukuran yang dikehendaki. 2. Letakkan jarumnya tepat pada titik yang sudah ditandakan dan putarkan mengikut pusingan jam.

Cara melukis segi empat

1. Segi empat dilukis dengan 4 garisan lurus bertemu hujung ke hujung. 2. Jumlah sudut dalamnya ialah 360°.

(30)

Cara melukis segi empat sama

1. Lukis garisan AB mengikut panjang yang dikehendaki.

2. Lukis garisan menegak (bersudut tepat) dari titik A dan b dengan menggunakan sesiku T dan sesiku set.

3. Laraskan jangka lukis mengikut panjang garisan AB. Letakkan jarum jangka lukis pada titik A dan lukis satu lengkuk yang bersilang pada garisan menegak. Ulang dengan titik B.

4. Sambungkan dua titik persilangan tersebut. Labelkannya sebagai garisan C dan D masing-masing.

Cara melukis segi empat tepat

1. Bina garisan mendatar

2. Tandakan jarak ukuran PQ (Pilih jarak yang sesuai) 3. Tandakan jarak PR dan QS untuk tinggi segi empat. 4. Hubungkan P dengan R dan Q dengan S dengan garisan.

5. Sambungkan titik R dan S dengan garisan untuk membentuk sebuah segi empat. Hitamkan garisan binaan segi empat.

Cara melukis segi tiga sama

1. Lukis satu garisan AB

2. Dengan jarum pada A, lukis lengkok C. 3. Ulang sekali lagi pada B

4. Sambungkan garisan AC dan BC.

Cara melukis segi tiga bersudut tepat

1. Tandakan jarak ukuran AB.

2. Bahagian jarak AB pada dua bahagian yang sama panjang dengan menggunakan jangka lukis.

3. Tandakan titik C sebagai pembahagi pada garisan AB.

4. Gunakan CB sebagai jarak jejari dan C sebagai titik pusat. Bina lengkok menghubungkan A dan B.

5. Gunakan jarak jejari CB untuk menanda titik D pada lengkok Ab. 6. Hubungkan titik A dengan D dan B dengan garisan.

Ciri-ciri utama hidangan sepinggan lengkap

1. Mengandungi semua nutrien dengan kadar yang mencukupi yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan, menggalakkan tumbesaran dan membekalkan tenaga yang cukup untuk keperluan badan kita.

2. Mudah disediakan dan dimasak

3. Hidangan sepinggan lengkap yang mengandungi nutrien-nutrien boleh disajikan secara peranggu meja atau berpek.

(31)

Panduan menyediakan meja hidangan

1. Pilih alatan dengan betul berdasarkan jenis hidangan yang telah dipilih. 2. Peralatan hendaklah bersih dan kering serta diatur dengan kemas dan teratur di atas meja.

3. Serikan meja dengan gubahan bunga yang bersaiz rendah.

4. Biarkan cukup ruang untuk pergerakan dan kerusi ditempatkan berhadapan dengan pinggan makan.

5. Pinggan makan diletakkan 2.5cm dari tepi meja.

Menyenggara alatan memasak

1. Padamkan suis utama sebelum memasang plag atau palam.

2. Gunakan kain ketuhar atau kain pemegang periuk ketika mengangkat periuk dan kuali panas.

3. Gunakan kain pemegang periuk apabila memegang tangkai periuk dan kacau dengan senduk kayu atau senduk bertangkai kayu.

4. Pastikan tangan anda di bawah tangkai cerek ketika mengangkatnya ataupun bawakan teko teh dan sebagainya kepada cerek panas.

5. Hiris makanan arah ke bawah di atas papan pemotong.

6. Lapkan mata pisau dengan menghalakan sebelah yang tajam jauh daripada anda. Jangan sekali-kali tinggalkan pisau atau barang tajam di dalam besen berisi air.

7. Apabila menghulur barang tajam spt pisau atau gunting kepada orang lain, hulurkan tangkainya dahulu spy orang yang menerima mengambil tangkainya. 8. Buangkan penutup tin yang dibuka untuk mengelakkan diri daripada terluka. 9. Jangan lilitkan tali seterika elektrik apabila seterika masih panas.

10. Gunakan lekar atau lapik periuk untuk mengalas periuk dan kuali panas supaya permukaan yang digunakan terpelihara daripada kesan-kesan panas.

11. Kuncikan semua racun dan ubat di dalam almari atau kotak dan jauhkan daripada kanak-kanak.

12. Jangan biarkan alas meja tergantung berlebihan kerana mudah ditarik oleh anak-anak.

Faktor-faktor penting dalam merancang hidangan sepinggan lengkap

1. Merancang dari segi warna, tekstur, dan bahan.

2. Gunakan alat penjimat masa untuk mengurangkan masa menyedia & memasak. 3. Pastikan nilai nutrien terpelihara.

4. Hidangan hendaklah seimbang. 5. Hidangan mestilah mudah dan cepat.

(32)

Sanitasi sebelum, semasa dan selepas menyedia dan memasak makanan

1. Kebersihan diri perlu dititikberatkan: apron harus bersih, kuku mesti pendek dan rambut diikat kemas serta ditutup.

2. Cuci tangan sebelum dan selepas memasak.

3. Pastikan dapur serta lantai bersih dan kemas sebelum mula memasak untuk mengelakkan kemalangan.

4. Pastikan tempat kerja sentiasa bersih dan kemas. 5. Aturkan bahan-bahan dalam dulang dengan kemas.

6. Tutup ramuan-ramuan dengan kain maslin, tudung salji atau pembalut plastik. 7. Jangan menjilat jari atau merasa makanan daripada senduk semasa memasak. Gunakan sudu yang bersih untuk merasa makanan.

8. Jika anda bersin, tutup mulut atau palingkan muka ke arah lain. Elakkan daripada meluda.

9. Lapkan makanan yang tumpah dengan segera. 10. Gunakan perkakas dengan betul.

11. Hidangkan makanan dalam pingan mangkuk yang betuk, bersih dan kering. 12. Lap bersih lelehan makanan daripada bekas menghidang.

13. Makanan yang telah dihidangkan perlu ditutupkan dengan segera.

14. Susunkan pinggan, mangkuk, sudu, garpu dan pisau pada kedudukan yang betul. 15. Hiaskan makanan dengan sederhana tetapi menarik.

16. Sambil memasak, cuci perkakas yang digunakan.

17. Susun alatan kotor yang tidak sempat dicuci di tepi meja dengan kemas. Setelah selesai memasak, cuci dan lap semua perkakas.

18. Kain-kain dapur dicuci dan direndam dengan air panas utk membunuh kuman. 19. Kemaskan tempat kerja anda dan susun semula perkakas di tempat alalnya.

Etika makan semasa makan bersimpuh atau bersila

1. Wanita bersipuh sementara lelaki bersila ketika makan di atas tikar. 2. Cuci dan lap tangan sebelum makan.

3. Gunakan hujung jari ketika mengambil atau menyuap makanan. 4. Suap sedikit demi sedikit makanan pada satu masa.

5. Jangan mengetuk jari pada pinggan. 6. Makan dengan sopan.

(33)

Adab-adab sopan semasa makan di meja makan

1. Duduk dengan tegak, rapatkan kaki. Apabila duduk di kerusi, tapak kaki harus berada di lantai dan duduk dengan selesa.

2. Jangan letak siku di atas meja.

3. Buka servit/kain napkin di atas peha dengan lipatan segi tiga untuk kaum perempuan dan segi empat untuk kaum lelaki.

4. Mula makan hanya apabila semua orang telah berada di meja makan. 5. Jemput orang-orang lebih tua makan dahulu sebelum anda mula makan.

6. Jika menggunakan tangan, basuh & lap tangan terlebih dahulu sebelum makan. 7. Ambil makanan yang lebih dekat dengan anda dahulu. Jangan merentangkan tangan untuk mengambil makanan yang jauh dari anda tetapi dengan penuh sopan, minta orang lain menghulurkannya kepada anda.

8. Gunakan kutleri seperti sudu, garpu, dan pisau.

9. Jangan bercakap ketika mulut penuh dengan makanan.

10. Jika perlu bercakap, cakaplah dengan sopan dan lemah-lembut.

11. Jangan makan dgn gelojoh sehingga mengeluarkan bunyi ketika menghirup sup. 12. Jangan tiup makanan dan minuman yang panas.

13. Suapkan makanan sedikit demi sedikit.

14. Bawa makanan ke mulut, bukan mulut ke makanan.

15. Jika tertumpah makanan atau minuman, lap dengan segera. 16. Elakkan mecungkil makanan yang terselit di celah-celah gigi.

17. Letakkan tulang-tulang ikan atau makanan yang anda tidak makan di tepi pinggan anda. Jangan buangkan di atas meja atau lantai.

18. Sesudah makan, letakkan kutleri secara selari di atas pinggan. Jika yang menggunakan tangan, jangan membasuh tgn sebelum org lain selesai makan. 19. Jangan tinggalkan meja makan sehingga semua orang selesai makan.

20. Jika anda terpaksa meninggalkan meja makan sebelum orang lain selesai makan, minta kebenaran dahulu.

Tujuan pemasuan semula

1. Pasu retak 2. Medium padat

3. Pasu tidak sesuai lagi dengan tumbuhan yang sedang membesar 4. Akar terkeluar dari lubang saliran pasu

5. Permukaan pasu kotor

6. Tumbuhan kelihatan kurang subur dan tidak segar.

(34)

Langkah-langkah menyediakan medium memasu

1. Sediakan tanah loam, bahan organik & pasir sungai utk campuran medium memasu. 2. Pastikan bahan organik yang digunakan cukup reput supaya haba terbebas dan biji benih rumpai dapat dimusnahkan.

3. Tapiskan ketiga-tiga bahan tersebut secara berasingan untuk menyingkirkan sampah sarap dan butir-butir yang kasar.

4. Kemudian sukat bahan-bahan tersebut dengan menggunakan baldi kecil mengikut nisbah yang betul.

5. Baja seperti baja potasy dan baja fosfat, boleh ditambahkan untuk menggalakkan pertumbuhan akar-2.5g baja potasy/5.0g baja fosfat bagi setiap 4.5 liter (1 gelen) campuran.

6. Gaulkan bahan-bahan tersebut supaya sebati dengan menggunakan skop. 7. Medium memasu ini boleh disimpan beberapa hari supaya bahan-bahannya bertindak sebelum kerja memasu.

8. Masukkan medium ke dalam pasu yang telah disediakan sehingga memenuhi ¾ bahagian pasu.

9. Siram sehingga lembap.

Memasu semula tanaman hiasan

1. Sediakan pasu yang sesuai. 2. Tutup lubang saliran.

3. Masukkan medium memasu sehingga 1/3 penuh.

4. Keluarkan pokok daripada pasu asal. Jika medium terlalu padat, rendam pasu dalam air. Potong akar yang terkeluar dari lubang saliran.

5. Kemudian, tarik pokok keluar dengan memegang pangkal pokok. 6. Pangkaskan 1/3 bahagian medium lama.

7. Masukkan pokok ke dalam pasu baru dan padatkan medium. 8. Siramkan medium dan letakkan di tempat yang teduh.

Peraturan untuk menyediakan makanan bekal

1. Pilih bekas yang sesuai, bersih dan ringan.

2. Bekas mesti mempunyai penutup yg blh ditutup rapat spy tidak masuk habuk. 3. Bekas hendaklah tidak mudah pecah.

4. Jika menggunakan bekas/kotak logam, bungkuskan makanan dgn kertas minyak terlebih dahulu.

5. Untuk membungkus sayuran dan buah-buahan, basuhlah terlebih dahulu sebelum dibungkus dengan beg plastik.

6. Makanan berkuah perlu dibungkus dengan cermat supaya tidak tertumpah tetapi kalau boleh elakkan membawa makanan berkuah.

7. Susun makanan yang hendak dimakan dahulu di atas sekali.

8. Sertakan sekali dgn kertas servit, cawan kertas, pinggan, garpu, sudu & pisau. 9. Kesemua makanan boleh dimasukkan dalam satu bakul besar dan sumbatkan

(35)

Rancangan kerja amali

1. Menyediakan menu atau resepi. 2. Menyediakan kertas pilihan masakan. 3. Membuat pengiraan kos.

4. Membuat kertas susunan kerja.

Menyediakan bancuhan agar-agar

1. Masak agar-agar dan daun pandan sehingga agar-agar larut. 2. Masukkan gula dan masak hingga gula cair.

3. Masukkan esen ros dan biarkan sejuk.

4. Tuangkan agar-agar yang sederhana sejuk ke dalam acuan. 5. Sejukkan agar-agar di dalam peti sejuk.

Membancuh air kopi

1. Masukkan serbuk kopi dan tuangkan air mendidih ke dalam teko. 2. Tutup teko dan biarkan ia menyeduh selama 10 minit.

3. Masukkan gula.

Semasa menyediakan makanan orang sakit

1. Pilih ramuan-ramuan yang paling segar, bermutu dan berkhasiat untuk memberi nilai yang paling tinggi.

2. Pilih makanan yang beraneka warna, rasa, isi dan cara memasak untuk membuka selera pesakit dan mengelakkan kejemuan.

3. Gunakan perkakas masakan dan hidangan yang bersih untuk mengelakkan daripada jangkitan sekali lagi.

4. Jangan biarkan bau makanan sampai ke bilik pesakit kerana ini akan menghilangkan selera pesakit.

5. Masak dengan cara mengukus, merendidih, merebus dan membakar.

Langkah-langkah keselamatan & cara ktk menggunakan alat penjimat masa

Ketuhar gelombang mikro

1. Hanya boleh guna pinggan/mangkuk yang dibenarkan.

2. Tidak boleh merebus telur/memanaskan minuman bersusu.

Pengisar

1. Motor mesti kering dan jauh daripada air. 2. Isi sedikit air ketika mengisar.

3. Cecair dalam jag tidak melebihi 2/3 jag. 4. Pastikan jag ditutup dengan ketat.

5. Suis dipasang tidak melebihi 5 minit sebelum dikisar semula. 6. Makanan dipotong kecil-kecil sebelum dikisar.

(36)

Peralatan lain

1. Peralatan elektrik perlu digunakan dengan berhati-hati dan mengikut buku panduan penggunaannya.

2. Tangan mesti sentiasa kering ketika mengendalikan peralatan tersebut. 3. Padamkan suis dan cabutkan plag setelah selesai menggunakannya.

Faktor penting merancang menu hidangan untuk pesakit

1. Hidangan yang disajikan hendaklah mengikut arahan doktor.

2. Makanan yang dihidang hendaklah mengandungi lebih protein untuk membaiki tisu serta mudah dihadam.

3, Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak dan karbohidrat. 4. Elakkan daripada memberi hidangan yang bergoreng, berminyak, mengandungi banyak perisa dan makanan berat serta mengenyangkan.

5. Hidangkan makanan sedikit-sedikit dengan cara yang menarik supaya dapat membuka selera pesakit.

6. Jagalah kebersihan semasa menyediakan hidangan serta alatan yang digunakan. 7. Hidangkan sajian pada masa yang telah ditetapkan.

Perkara yang perlu dipertimbangkan apabila membuat belah pakaian

1. Belah mestilah kukuh dan tahan lasak.

2. Ia mesti cukup panjang supaya senang untuk memakai dan menanggalkan pakaian serta mengelakkannya daripada terkoyak di pangkalnya.

3. Kedudukan belah mesti dirancang dengan baik supaya pakaian boleh dikancing dengan senang.

4. Jika belah dibuat ke dalam slit pakaian, ia mestilah dibuat sebelum kelim dijahit. 5. Jika belah dibuat pada kelim, kelim mesti dijahit sebelum belah dengan

meninggalkan bahagian yang hendak dibuat belah tidak berjahit.

6. Lapik sesuatu belah mestilah cukup lebar supaya tidak renggang dan senang diletakkan kancing.

7. Bagi belah yang bertindih untuk pakaian wanita, bahagian kanan hendaklah

menindih atas bahagian kiri, sementara bagi pakaian lelaki, bahagian kiri menindih atas bahagian kanan.

Referensi

Dokumen terkait

Kasasi demi kepentingan hukum diajukan terhadap semua putusan yang telah memperoleh kekuatan hukum tetap dari pengadilan lain selain daripada Mahkamah Agung (Pasal 259 ayat

Selanjutnya dilakukan penambahan serum subyek alergi yang diencerkan 1:10 dalam PBS Tween-20 0.05% dan diinkubasi selama satu jam pada suhu kamar sambil digoyang. Pencucian

Profil pemahaman konsep siswa yang terdeteksi dengan mengimplementasikan produk, diantaranya adalah siswa masih kesulitan dalam memahami makna dari sebanding dan

dari metode NEH adalah pekerjaan dengan total waktu proses pada semua mesin lebih besar, seharusnya diberi bobot yang lebih tinggi untuk dimasukkan terlebih dahulu ke dalam

Tumbuhan Obat Ramuan Tradisional Untuk Reproduksi Suku Dayak Bakumpai Di Kecamatan Teweh Selatan Kabupaten Barito Utara Provinsi Kalimantan Tengah adalah benar

Oleh karena itu, pihak pengelola sebaiknya tidak hanya berfokus pada ruangan-ruangan tersebut, tetapi juga memasarkan ruangan-ruangan yang berada di lower level yang

Kekuatan analisis menggunakan pendekatan kajian budaya telah menemukan sikap dan pemikiran seorang Deddy Mizwar terhadap persoalan budaya dan pembinaan budaya yang dapat

Berdasarkan permasalahan tersebut, maka tujuan penelitian ini adalah: (1) mendeskripsikan perencanaan pembelajaran IPS dengan menerapkan model Cooperative Learning Tipe