• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bahaya Penggunaan Tuala Wanita Pakai Buang. Farihah Binti Mohd. Jamel SMK Tunku Abd Aziz. Abstrak

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bahaya Penggunaan Tuala Wanita Pakai Buang. Farihah Binti Mohd. Jamel SMK Tunku Abd Aziz. Abstrak"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Bahaya Penggunaan Tuala Wanita Pakai Buang Farihah Binti Mohd. Jamel

SMK Tunku Abd Aziz

__________________________________________________________________________________ Abstrak

Tuala wanita pakai buang adalah antara faktor penyebab pencemaran alam sekitar. kajian-kajian ilmiah juga menyenaraikan pengggunaan tuala wanita adalah penyumbang kepada masalah kesihatan wanita, namun kenyataan ini masih belum disedari oleh ramai wanita di Malaysia. Justeru, kajian aplikasi ini dijalankan untuk mengkaji satu langkah alternatif kepada penggunaan tuala wanita pakai buang iaitu tuala wanita jenis kain. Pemungutan data dilakukan secara cerapan pengalaman pengkaji dan temubual dengan wanita yang berpengalaman menggunakan tuala wanita kain. Dapatan temubual dianalisis dengan menggunakan perisian ATLAS.ti dan menggunakan kaedah tipologi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan tuala wanita kain adalah lebih menjimatkan berdasarkan kos, lebih baik untuk kesihatan dan lebih mesra alam. Kajian ini juga turut mencadangkan langkah-langkah bagi menyedarkan pengguna wanita berkaitan bahaya penggunaan tuala wanita pakai buang.

Kata Kunci: Tuala Wanita Pakai Buang, Tuala Wanita Kain, Kesihatan Reproduktif

_______________________________________________________________________________

1.0 PENGENALAN

Alam sekitar merupakan anugerah Allah yang sangat tinggi nilainya kepada manusia. Manusia bebas menggunakan anugerah ini untuk tujuan meningkatkan taraf hidup mereka, mendapatkan keperluan dan memenuhi keperluan masing-masing. Manusia perlu sedar bahawa alam sekitar yang dianugerahkan kepada mereka ini adalah pinjaman semata-mata dan perlu diwariskan kepada generasi akan datang dalam keadaan baik sebagaimana generasi terdahulu mewariskan kepada mereka. Kadangkala manusia lupa bahawa Bumi yang diciptakan oleh Allah ini adalah tempat persinggahan sementara dan mereka tidak berhak untuk melakukan kerosakan dan kebinasaan terhadapnya. Firman Allah dalam Surah Ar-Rum ayat ke 41 yang bermaksud:

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

Isu alam sekitar ini tidak pernah surut, malah semakin meningkat saban hari. Laporan di media juga banyak menjadikan masalah alam sekitar sebagai tajuk utama berita seperti tahap kualiti alam sekitar yang semakin rendah antaranya pencemaran udara dan sungai, masalah air yang berbau, pembuangan sisa toksik yang tidak terkawal dan sebagainya (Nurul Badriah 2011). Semua masalah ini jelas memperlihatkan pembangunan dan kemajuan yang dirancang dan dijalankan di Malaysia masih belum benar-benar di tahap yang boleh dikatakan sebagai pembangunan mapan.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk membendung permasalah global ini. Jika diperhatikan bukan tiada usaha dilakukan untuk membendung semua isu alam sekitar yang timbul, malah semua pihak telah berusaha sebaik mungkin bagi memastikan alam sekitar sentiasa berada dalam keadaan baik. Saban tahun, berbagai-bagai program dan aktiviti kesedaran alam sekitar dilaksanakan.Namun demikian, semua usaha ini dilihat seolah-olah kurang memberi impak yang besar kepada masyarakat.Buktinya, kita masih mendapati ada segelintir daripada kita yang tidak peka dan tidak menghiraukan langsung aspek penjagaan alam sekitar. Kajian oleh United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (2003), mendapati bahawa tahap kesedaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat Malaysia masih ditahap awal (early level). Oleh yang demikian, kajian ini adalah satu usaha kecil pengkaji dalam usaha untuk membantu meningkatkan tahap kesedaran masyarakat khasnya wanita berkaitan pentingnya penjagaan alam sekitar.

(2)

Wanita adalah ciptaan Allah yang istimewa, kerana dikurniakan dengan satu sistem yang unik yang membolehkan mereka melahirkan zuriat manusia, iaitu sistem pembiakan ataupun lebih dikenali dengan sistem reproduktif. Di dalam kitaran reproduksi ini, wanita akan berdepan dengan satu fasa yang dikenali sebagai fasa haid. Satu bahan khususnya sangat sinonim dengan fasa ini adalah tuala wanita. Kesedaran terhadap pembuangan sampah atau kotoran daripada tuala wanita itu menjadi momokan masyarakat apabila ia menjadi punca beberapa kolam, takungan atau kumbahan tersumbat sehingga kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan wang untuk mengatasi masalah itu. Kita mesti biasa mendengar tuala wanita antara punca kebocoran saluran paip kumbahan akibat saluran tersumbat yang berlaku di sekolah mahupun di tandas-tandas awam. Keadaan ini adalah satu kenyataan yang amat pahit untuk ditelan dan memalukan.

Ramai rakyat Malaysia yang mula sedar akan kebaikan dan keburukan bahan yang tidak boleh dikitar semula (Jamilah 2012). Penggunaan tuala wanita pakai buang juga boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar kerana bahan ini mengambil masa berpuluh tahun untuk dilupuskan dan membebaskan toksin ke udara. Bayangkan sekiranya wanita menggunakannya sejak berusia 10 tahun sehingga 50 tahun, berapa banyak sampah yang sudah dikeluarkan dan ini sudah tentu mencemarkan alam sekitar?

Beberapa kajian telah dijalankan terhadap kumpulan wanita berkaitan penjagaan tuala wanita dan kesedaran alam sekitar (Anna 2012 & Ann 2011). Dapatan yang agak mengecewakan kerana hanya segelintir kecil yang sangat mengambil berat berkaitan penjagaan alam sekitar iaitu 19.4%. Kebanyakkan responden (44.7%) tidak suka untuk menggunakan bahan yang boleh dicuci dan diguna semula bagi mengurangkan risiko alam sekitaran dan kesihatan. Rajah 1 berikut menunjukkan sebab wanita cenderung untuk menggunakan bahan-bahan penjagaan wanita. Dapat diperhatikan bahawa faktor kos adalah faktor yang menjadi factor utama pemilihan.

Rajah 1 : Sebab-sebab pemilihan bahan penjagaan wanita ( Sumber; Ann 2011)

Dapatan ini perlu diberi perhatian. Tidak dapat dinafikan bahawa wanita perlu mengeluarkan belanja yang agak banyak saban tahun hanya untuk membeli tuala wanita pakai buang sahaja. Jika kos untuk membeli tuala wanita adalah dua puluh ringgit (RM20) setiap bulan, maka jumlah yang dibelanjakan oleh wanita ini akan mencecah dua ratus empat puluh ringgit (RM240) setahun. Secara purata setiap wanita akan mengalami tempoh masa haid selama 35tahun sepanjang hidupnya dan jumlah yang perlu dibelanjakan hampir mencecah RM9000. Alangkah baiknya sekiranya jumlah ini dapat dikurangkan.

(3)

Bagi penyelidik secara individu, faktor kesihatan merupakan factor yang utama yang perlu diperhatikan dalam pemilihan bahan-bahan penjagaan wanita, khususnya tuala wanita. Pegangan ini mendorong penyelidik untuk terus mendapatkan maklumat berkaitan tuala wanita. Alangkah terkejutnya apabila didapati bahawa tuala wanita pakai buang yang selama ini digunakan adalah tidak selamat untuk digunakan dan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit. Banyak laporan media memapar kan isu yang berkaitan. Rajah 2 dan Rajah 3 adalah beberapa contoh laporan media yang sempat dikongsi oleh penyelidik.

Rajah 2 : Bahaya penggunaan tuala wanita ( Sumber Berita Harian 21/2/2011)

(4)

Menurut kajian Tierno & Hanna (1994) mejoriti tuala wanita yang dikilangkan hari ini mengandungi rayon dan sintetik walaupun pakar perubatan menasihatkan bahan yang paling selamat adalah menggunakan 100% kapas. Kita sedia maklum bahawa tuala wanita yang dijual di pasaran diperbuat daripada kertas kitar semula yang dilunturkan warna dan kotoran melalui kaedah pengklorinan sebanyak 6 kali proses pelunturan. Bahan kimia yang digunakan menghasilkan tuala wanita yang putih bersih tetapi penuh dengan bahan kimia kerana proses pelunturan tersebut menghasilkan sejenis karsinogen (bahan penyebab kanser) yang disebut dioksin.

Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa telah mengelaskan DIOKSIN sebagai karsinogen kelas pertama kepada manusia. Kajian perubatan membuktikan bahawa walaupun kandungan DIOKSIN dalam tahap yang rendah, ia masih mampu menyebabkan kanser payudara, kanser usus, endometriosis, kanser ovari, kemandulan, keguguran dan sakit puan yang lain.

Katakan sekali pemakaian tuala wanita = 1 kali dioksin diserap. Maknanya sekiranya anda mula menggunakan tuala wanita pada usia 12 tahun, dan jika kini umur anda adalah 28 tahun, maka anda telah telah menyerap sebanyak 16 tahun dioksin ke dalam faraj anda.

1 kali pakai = 1 dioksin Sekali haid = 6 hari

Sehari = 3 keping tuala wanita (mungkin juga lebih) Sebulan = 18 keping

Setahun = 216 keping

16 tahun = 216 x 16 = 3456 keping

Itu baru pengiraan untuk penggunaan tuala wanita, belum lagi pantiliner. Pantiliner digunakan setiap hari (3 atau 4 keping sehari). Cuba bayangkan dah berapa banyak dioksin yang diserap?? Kajian juga membuktikan bahawa setiap wanita menggunakan lebih kurang 15000 keping tuala wanita sepanjang hayatnya (lebih kurang 35 tahun sebelum menapous).

Justeru, beberapa kajian telah dijalankan di luar negara berkaitan hal ini dan antara penyelesaian yang dicadangkan adalah dengan menggunakan tuala wanita kain. Sebenarnya, tuala wanita jenis kain ini telah digunakan oleh generasi terdahulu dan didapati masyarakat dahulu memang kurang pendedahan kepada penyakit seperti yang dihidapi oleh kebanyakan wanita sekarang. Namun sejak tuala wanita pakai buang diperkenalkan pada sekitar tahun 1970-an, jumlah penghidap penyakit-penyakit yang berkaitan sakit puan ini semakin bertambah. Kajian aplikasi ini akan melihat keberkesanan penggunaan tuala wanita kain berdasarkan pengalaman pengkaji dan beberapa wanita yang dipilih.

2.0 METODOLOGI

Kajian ini adalah berbentuk kajian aplikasi berdasarkan pengalaman oleh pengkaji sendiri dalam menangani isu yang dikaji. Pengkaji telah memilih untuk menggunakan tuala wanita jenis kain sebagai alternatif kepada tuala wanita pakai buang. Kajian ini telah dijalankan dalam tempoh masa lima bulan bermula daripada bulan Januari 2014 sehingga Mei 2014. Selain itu juga, pengkaji juga telah menjalankan temubual bersama tiga orang wanita yang telah berpengalaman menggunakan kaedah ini bagi menguatkan dapatan kajian. Transkripsi temubual telah dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti dan menggunakan kaedah tipologi. Data-data daripada transkripsi temubual bersama informan-informan dikodkan dengan menggunakan pengkodan deduktif yang mana kod-kod yang digunakan telah ditentukan sebelum analisis dilakukan.

3.0 DAPATAN KAJIAN

3.1 Penjimatan

Adakah penggunaan tuala wanita jenis kain lebih menjimatkan kos berbanding dengan menggunakan tuala wanita pakai buang?

Rajah 4 menunjukkan kos pembelian tuala wanita yang telah dibelanjakan oleh pengkaji bagi tempoh lima bulan kajian ini dijalankan. Pengkaji mula menggunakan tuala wanita jenis kain pada bulan Febuari 2014. Berdasarkan graf di bawah, didapati perbelanjaan yang agak besar ditunjukkan pada

(5)

yang perlu dibelanjakan untuk bulan-bulan berikutnya; iaitu Mac, April dan Mei. Keadaan ini kerana, pengkaji hanya menggunakan semula tuala wanita yang dibeli pada bulan Febuari, dan situasi ini dijangka akan berterusan selama beberapa tahun.

Rajah 4: Kos Pembelian Tuala Wanita

Dapatan analisis temubual juga menunjukkan bahawa penggunaan tuala wanita kain lebih menjimatkan untuk jangka masa panjang. Rajah 5 menunjukkan network ATLAS.ti yang berkaitan dengan penjimatan menggunakan tuala wanita jenis kain.

Rajah 5: Network ATLAS.ti yang berkaitan penjimatan

Berdasarkan network dapat dibuat kesimpulan bahawa walaupun pada awalnya kos untk membeli tuala wanita berasaskan kain lebih mahal, namun ia lebih menjimatkan kerana dapat digunakan untuk suatu jangka yang panjang. Ketiga-tiga informan juga bersetuju dengan kenyataan ini. Ini dapat dibuktikan berdasarkan transkripsi temubual yang telah dijalankan.

Antara transkripsi yang telah dikodkan adalah seperti berikut: QU:1:3 menjimatkan (10:10)

QU:1:4 tidak perlu lagi membeli pad tiap-tiap bulan (10:10) QU:2:2 jimat, beli sekali tahan bertahun.. (10:10)

(6)

3.2 Kesan Terhadap Kesihatan

Selain untuk tujuan penjimatan jangkamasa panjang, kebanyakan wanita bertukar kepada tuala wanita kain untuk lebih sihat dari masalah keputihan, senggugut, period tak stabil dan sebagainya. tuala wanita kain tiada ubat di dalamnya, cuma ia dihasilkan daripada bahan organik, mempunyai lapisan anti bakteria dan kalis air selain proses pengudaraan yang baik.

Jadual 1 menunjukkan cerapan pengkaji berkaitan perubahan kesihatan yang didapati sepanjang kajian dijalankan. Sebelum menggunakan tuala wanita jenis kain, pengkaji sememangnya mempunyai beberapa masalah berkaitan kesihatan. Antara masalah yang sering dihadapi adalah senggugut yang teruk dan period yang tidak stabil. Pengkaji juga telah didiagnosis mempunyai masalah endometriosis dan masih meneruskan sesi rawatan dengan Klinik Pakar Sakit Puan, Genecology & Oncology, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar,Kedah. Pengkaji secara peribadi merasakan perubahan yang agak positif setelah mula menggunakan tuala wanita jenis kain. Semoga keadaan ini akan bertambah baik. Kita berusaha untuk lebih sihat, semoga diperkenankan oleh Allah segala usaha kita ke arah kebaikan dan kesihatan.

Jadual 1: Cerapan Berkaitan Kesihatan

Bulan Cerapan kesihatan

Januari Dimasukkan ke wad HKL kerana senggugut yang teruk Febuari Terpaksa mendapatkan rawatan di klinik kerana senggugut

Mac Masih terasa sakit namun berkurangan

April Masalah senggugut berkurang

Mei Masalah senggugut berkurang

Rajah 6 menunjukkan network ATLAS.ti berkaitan dengan perubahan kesihatan yang dialami oleh informan yang berpengalaman menggunakan tuala wanita jenis kain. Berdasarkan network dapat diperhatikan sebelas dialog yang telah dikodkan berkaitan dengan perubahan yang dialami berkaitan dengan kesihatan informan. Perubahan yang positif dirasaakan oleh ketiga-tiga informan, antaranya adalah berkaitan kesan senggugut, keadaan haid yang semakin lancar, masalah keputihan yang semakin berkurangan dan kurangnya gejala melecet dan gatal-gatal pada faraj. Dapatan ini menyokong cerapan yang telah diperoleh oleh pengkaji secara peribadi.

(7)

Ra ja h 6: N et w or k ya ng b er ka ita n ke si ha ta n

(8)

3.3 Penjagaan Alam Sekitar Dan Kebersihan

Pengkaji merasakan dengan menggunakan tuala wanita jenis kain, pengurusannya adalah lebih bersih berbanding tuala wanita pakai buang. Keadaannya yang senang dicuci dan boleh digunakan semula sangat sesuai bagi memastikan alam sekitar terpelihara. Dengan bentuk yang unik dan berbagai warna menjadikannya kelihatan sangat cantik dan menarik.

Dapatan temubual yang telah dijalankan juga bersetuju bahawa penggunaan tuala wanita jenis kain adalah lebih eco-friendly dan memelihara alam sekitar. Ia tidak perlu dibuang setelah digunakan dan keadaan ini akan mengurangkan kuantiti sampah yang memerlukan pengurusan yang lebih rapi.

4.0 PERBINCANGAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan tuala wanita kain lebih menjimatkan berbanding tuala wanita pakai buang. Menurut kajian Mazgaj 2006, anggaran penggunaan tuala wanita bagi seorang wanita adalah di antara 25 hingga 35 tahun. Sepanjang tempoh ini, mereka akan berbelanja sebanyak RM3,500 sehingga RM7,000 (bergantung jenama dipakai) dan penggunaan pelapik seluar dalam pula melebihi perbelanjaan pembelian tuala wanita (Mazgaj 2006). Oleh kerana tuala wanita guna semula dan juga pelapik seluar kain kapas boleh dibasuh dan dipakai semula, wanita sudah tentu boleh berjimat bagi tempoh yang agak panjang.

Selain itu, kenyataan yang sangat penting untuk diberi perhatian adalah penggunaan tuala wanita kain dapat memberikan kesan yang lebih baik terhadap kesihatan wanita yang memakainya. Dapatan ini turut menyokong dapatan kajian Acher et al. 2005 yang menyatakan bahawa wanita yang bertukar ke penggunaan tuala wanita kain terselamat daripada bahaya bahan kimia dioxin yang wujud dalam tuala wanita dan tampon pakai buang.. Walaupun jumlah akhir dioxin yang wujud adalah kecil, bahan kimia ini boleh berkumpul di dalam badan kepada jumlah yang berbahaya selepas penggunaan berterusan ( De Vito & Schecter 2002). Menurut kajian perubatan, dioxin dikaitkan dengan penyakit seperti endometriosis, keradangan pelvik, kanser payu dara, kanser ovari, kecacatan bayi, keguguran, masalah kesuburan, diabetes dan kerosakan sistem imun (Archer et al. 2005). Tuala wanita kain tidak mempunyai pewangi atau penyah bau. Penggunaan pewangi yang ditambah semasa pemprosesan tuala wanita pakai buang boleh menyebabkan radang kulit dan mengganggu kestabilan faraj. Plastik yang digunakan untuk lapisan kering boleh menyebabkan masalah kulit, faraj dan kegatalan.

Hasil kajian ini mendapati penggunaan tuala wanita kain adalah lebih mesra alam. Dapatan ini selari dengan laporan kajian Anna 2011 yang menyatakan antara faktor pemilihan tuala wanita dan peralatan penjagaan diri wanita-wanita di Amarika adalah faktor penjagaan alam sekitar. Keadaan ini diharapkan dapat megurangkan masalah pencamaran yang berpunca daripada tuala wanita pakai buang. Seperti yang telah dinyatakan pada bahagian pendahuluan, antara punca yang menyumbang kepada masalah pencemaran alam sekitar adalah hasil daripada tuala wanita pakai buang. Keadaannya yang diperbuat daripada plastik yang sukar dibiodegradasi akan menyumbang kepada jumlah sampah yang tidak dapat dilupuskan. Tambahan pula dari aspek kebersihan dapat diperhatikan pembuangan tuala wanita yang tidak terurus dan bersepah di lantai tandas-tandas khasnya tandas awam menyakitkan mata memandang. Bau yang kurang menyenangkan juga pengganggu sistem pernafasan menjadikan tandas berbau busuk dan kotor. Sesuai dengan sabda Rasullullah yang berbunyi ‟ kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman”, aspek kebersihan sememangnya perlu diberikan perhatian oleh setiap individu.

Oleh yang demikian, usaha yang proaktif diperlukan bagi memperkenalkan tuala wanita kain kepada lebih ramai wanita di Malaysia. Kebanyakan wanita sekarang masih menggunakan tuala wanita pakai buang kerana kurangnya pendedahan kepada bahaya penggunaannya terhadap kesihatan. Antara usaha yang dicadangkan adalah dengan menganjurkan kempen-kempen kesedaran, iklan menerusi media, forum perbincangan yang melibatankan pengamal perubatan dan sebagainya. Rajah 8 berikut menunjukkan satu program ceramah kesihatan wanita yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi berkaitan ancaman toksik dari penggunaan tuala wanita di pasaran. Semoga usaha sebegini akan mampu menyedarkan para wanita berkaitan isu ini.

(9)

Rajah 8: Kempen Kesedaran Bahaya Tuala Wanita

5.0 KESIMPULAN

Isu penggunaan tuala wanita mungkin dianggap isu yang remeh dan kecil oleh sesetengah pihak, namun kesannya dapat meragut nyawa. Penggunaan tuala wanita jenis kain adalah antara alternatif yang dirasakan sesuai untuk diamalkan, bukan sahaja menjumatkan, baik untuk kesihatan bahkan ia sangat bersifat mesra alam. Sekiranya semua orang di dunia mampu mengubah pemikiran mereka tentang cara pandang alam ini, pastinya kerosakan yang sedang berlaku ini dapat dikurangkan dan tahap kesihatan semua lapisan masyarakat dapat diperbaiki. Pada mulanya pasti sukar untuk memulakan perubahan, tetapi tanpa langkah yang pertama mana mungkin kita boleh berlari. Semoga usaha kecil ini akan memberikan manfaat untuk kesejahteraan masyarakat dan mampu menyelamatkan lebih ramai wanita daripada penyakit yang disebabkan oleh tuala wanita pakai buang.

6.0 RUJUKAN

Al Quran. Al-Rum ayat 41.

Ann Modro Borowski.2011. “Are American women turning to reusable and greener menstrual products due to health and environmental pollution concerns?” Master Thesis, Rochester Institute of Technology Rochester, NY

Anna Davidson.2012. Narratives of Menstrual Product Consumption Convenience, Culture, or Commoditization? .Bulletin of Science Technology Society. February, 2012. 32:156-70 Archer, JC and others, Dioxin and Furan Levels Found in Tampons, 2005, Journal of Women’s

Health, Volume 14, pages 311‐315.

De Vito, MJ and Schecter A. 2002. Exposure Assessment to Dioxins from the Use of Tampons and Diapers, Environmental Health Perspectives, Vol 110, January 2002, http://www.ehponline.org/members/2002/110p23‐28devito/EHP110p23PDF.PDF

Garland, Holly.2011. In the United States, women are turning to reusable and greener menstrual products due to environmental pollution, health and waste concerns. Interview conducted by Ann Modro Borowski, May, 2011.

Jamilah Ahmad.2012. Amalan Mesra Alam: Kajian Pengetahuan Alam Sekitar di Sabah dan Sarawak. MALIM – SEA Journal of General Studies 13 . VOL. 13 ISSN 1511-8393 JULAI/JULY 2012 http://www.ukm.my/jmalim/

(10)

Mazgaj, Marta, Katsiaryna Yaramenka & Oleksandra Malovana, Comparative Life Cycle Assessment of Sanitary Pads and Tampons; Royal Institute of Technology Stockholm, 2006.

Tullia Jack .2013. Nobody was dirty: Intervening in inconspicuous consumption of laundry routines. Journal of Consumer Culture. November, 2013 13: 406-421

United Nation Economic and Social Commission for Asia and the Pacific. 2003. CSD-12 Regional Implementation Meeting for the Asia. Bangkok, Thailand, 27-28 October

2003.http://www.iisd.ca/csd/rim/escap/.

Philip M. Tierno Jr. & Bruce A. Hanna. 1994. Propensity of Tampons and Barrier Contraceptives to Amplify Staphylococcus aureus Toxic Shock Syndrome Toxin .Infectious Diseases in Obstetrics and Gynecology. Volume 2 (1994), Issue 3, Pages 140-145.

Referensi

Dokumen terkait

Walau bagaimanapun analisis ANOVA bagi menguji Hipotesis 1d (H 1 d ) kajian, iaitu perbezaan min kesediaan untuk berubah (KB) guru mengikut faktor kelulusan akademik

18. dengan nama Naturalindo. Mekanisme antagonis untuk mengendalikan jamurpatogen oleh biofungisida Naturalindo secara akhir alamiah dapat dikelompokanmenjadi 3

– Desain data / class mengubah kelas analisis ke dalam kelas desain bersama dengan struktur data yang diperlukan untuk mengimplementasikan perangkat lunak.. – Desain

Untuk menjawab dan memecahkan masalah yang diajukan melalui identifikasi dan rumusan masalah pada penelitian ini dilakukan dengan mencari dan mendapatkan

Dengan demikian, jenis jenis plankton pada Kelas Bacillariophyceae merupakan jenis yang umumnya dijumpai di perairan Tanjung Unggat dan memiliki kelimpahan yang paling

atas perasaan suka atau tidak suka ( like or dislike ) atau arogansi mayoritas terhadap minoritas LGBT tanpa dasar argumentasi hukum yang ilmiah, tetapi dasar rasionalitasnya

Berdasarkan penelitian yang dilakukan penulis maka dapat disimpulkan metode ELECTRE merupakan suatu metode yang dapat memberikan pertimbangan untuk menentukan minyak

19 Rahmatullah (33 tahun), Ketua DPC-HTI Bajeng Barat, Wawancara, Gentungang, 20 Juni 2016.. Dari penjelasan di atas, maka dapat dipahami bahwa Hizbut Tahrir Bajeng