• Tidak ada hasil yang ditemukan

Mengenal pasti Aplikasi Kemahiran Proses Sains dan Kognisi dalam Subjek Sains di Sekolah Kebangsaan melalui Kaedah Hermeneutik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Mengenal pasti Aplikasi Kemahiran Proses Sains dan Kognisi dalam Subjek Sains di Sekolah Kebangsaan melalui Kaedah Hermeneutik"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

573

Mengenal pasti Aplikasi Kemahiran Proses Sains dan Kognisi dalam Subjek Sains di Sekolah Kebangsaan melalui Kaedah Hermeneutik

Maha Lachimi Chelliah, Prof Madya Suppiah Nachiappan & Dr. Rosnidar Mansor

Abstrak

Kajian ini adalah untuk menganalisis kemahiran proses sains dan kemahiran kognisi dalam subjek Sains di Sekolah Kebangsaan di daerah Hulu Langat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, dimana pengumpulan data telah dibuat melalui pemerhatian soal selidik, sesi pengajaran dan lembaran kerja murid. Oleh itu, data yang dikumpul dianalisis melalui Kaedah Hermeneutik. Peserta kajian ini adalah seramai 15 orang guru Sains yang mengajar subjek Sains di 10 buah Sekolah Kebangsaan. Dapatan kajian menunjukkan guru Sains mengaplikasikan hampir kesemua sub skala kemahiran proses sains dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran proses sains. Guru amat teliti dalam mengaplikasikan sub skala kemahiran proses sains berdasarkan tajuk pengajaran. Pemilihan sub skala kemahiran proses sains adalah berdasarkan aras pencapaian, tahap kefahaman, kebolehan penguasaan tajuk pembelajaran dan aktiviti uji kaji. Kajian juga menunjukkan, guru Sains tidak mengabaikan pengaplikasian kemahiran kognisi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran proses sains. Pemilihan kemahiran kognisi adalah berlandaskan tajuk dan tahap pencapaian standard prestasi murid dalam setiap tajuk. Implikasi kajian menunjukkan untuk mempraktikkan sistem pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersistematik, guru Sains haruslah berkebolehan menguasai kemahiran proses sains dan kemahiran kognisi, manakala peranan murid haruslah berkebolehan mengintergrasikan kemahiran kognisi dalam pembelajaran kemahiran proses sains. Selain itu, kerjasama daripada pihak kementerian pelajaran, sekolah dan guru Sains haruslah bersama meninjau kembali serta membuat penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran kemahiran proses sains yang berhubungkait dengan pengaplikasian kemahiran kognisi di Sekolah Kebangsaan.

Kata kunci: Kemahiran Proses Sains, Kemahiran Kognisi dan Kaedah Hermeneutik

1. Pengenalan

Kemahiran proses sains adalah merupakan kemahiran yang penting dalam dunia pendidikan pada masa kini (Kyunghee et al., 2012). Salah satu ciri pembelajaran Sains ialah pembelajaran yang mengutamakan amalan terhadap penggunaan kemahiran saintifik dan sikap saintifik (Ozgelen, 2012). Manakala setiap aktiviti kemahiran proses sains akan dijalankan berdasarkan konsep inkuiri penemuan dengan memberikan penekanan terhadap kemahiran kognisi agar murid lebih mudah memahami kemahiran proses sains (Bilgin, 2006). Kemahiran dan aktiviti yang diaplikasikan adalah berdasarkan penggunaan potensi kecerdasan otak yang akan mewujudkan potensi kemahiran kognisi di dalam minda. Komplikasi semua cara atau kemahiran yang berbeza ini adalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara saintifik yang dikenali sebagai kemahiran proses sains yang sering dikaitkan dengan kemahiran kognisi (Chabalengula & Mibawe, 2012).

Kognisi didefinisikan sebagai proses intelektual yang berkait rapat dengan informasi yang diperoleh, ditukar, disimpan, dicungkil dan diguna pakai. Apabila informasi diperlukan, informasi akan dicungkil dari ingatan jangka panjang dan diaplikasikan mengikut situasi yang berkaitan. Kebiasaannya proses kognisi akan disusuli dengan metakognisi yang merupakan salah satu aspek pemikiran tentang cara memperoleh ilmu pengetahuan. Keupayaan otak ialah mengorganisasikan informasi atau aktiviti mental seperti perancangan, pemantauan, menyoal dan merefleksi maklumat untuk kefahaman selanjutnya (Riegler & Riegler 2012), Manakala Suppiah (2013) menyatakan pemikiran kognisi juga melibatkan aktiviti mental seperti pemahaman, penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Apabila seseorang berfikir terhadap sesuatu, konsep mental akan membantu menyimpulkan informasi yang membolehkan manusia untuk berfikir dengan cepat. Proses kognisi juga akan membantu menerangkan proses mental

(2)

574

semasa mentransformasi, merekod, menyimpan dan memikir tentang cara-cara berfikir untuk memperoleh ilmu pengetahuan.

Kesinambungan kedua-dua kemahiran berfikir tersebut akan mewujudkan pengabungan jalinan ke arah pemikiran kognisi dari aras rendah sehingga aras tinggi. Oleh yang demikian, elemen yang sepatutnya harus diterapkan dalam P&P kemahiran proses sains ialah menggabungjalinkan kemahiran kognisi terutamanya aras rendah dan aras tinggi berdasarkan tahap penguasaan murid.

Rajah 1.1 Proses Pengabungjalinan P&P Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Kognisi

Rajah 1.1 menunjukkan pengabungjalinan P&P kemahiran proses sains dan kemahiran kognisi sebagaimana yang dicadangkan oleh KPM (2012). Pembaharuan yang ingin dilaksanakan dalam sistem P&P kemahiran proses sains ialah P&P ke arah pemikiran kognisi.

1.2. Penyataan Masalah

Walaupun guru Sains telah diberikan pendedahan pelbagai kaedah dan pendekatan dalam pengajaran kemahiran proses sains, guru masih tidak mampu menguasai cara mengaplikasikan kemahiran kognisi semasa pengajaran kemahiran proses sains. Oleh yang demikian, perkara yang akan ditinjau ialah bagaimanakah guru Sains mengaplikasikan kemahiran proses sains dan kemahiran kognisi dalam P&P subjek Sains di Sekolah Kebangsaan?

1.3. Objektif Kajian

1. Bagaimanakah guru Sains mengaplikasikan kemahiran proses sains dalam subjek Sains di Sekolah Kebangsaan?

2. Bagaimanakah guru sains menghubungkaitkan kemahiran proses sains dan kognisi dalam P&P subjek Sains di Sekolah Kebangsaan?

2. Metodologi Kajian

Kajian ini ialah kajian kualitatif menggunakan kaedah Hermeneutik. Menurut Suppiah (2013) kaedah ini membantu untuk memahami, mentafsir, menterjemahkan dan bertindak menginterpretasikan sebuah teks untuk mencari makna atau peristiwa yang disampaikan oleh penulis. Namun demikian, hasilnya adalah bergantung kepada pelaku yang mentafsir berdasarkan tahap kefahaman dan pengamatannya yang dilakukan oleh pentafsir melalui beberapa kaedah atau metodologi dan diinterpretasikan untuk mendapat kefahaman yang lebih jelas. Seramai 15 orang responden terlibat sebagai sampel kajian. Kesemua data dianalisis dengan menggunakan Kaedah Hermeneutik yang berbentuk interpretatif teks daripada soal selidik, pemerhatian dan hasil lembaran kerja murid.

Kemahiran Proses Sains Kemahiran Kognisi

Pengajaran dan Pembelajaran Sains yang Bersistematik dan Berkesan

(3)

575

3. Dapatan kajian

Berikut adalah dapatan aplikasi kemahiran proses sains dan kemahiran kognisi oleh guru Sains dalam subjek Sains di Sekolah Kebangsaan. Secara umumnya, dalam setiap sub skala kemahiran proses sains terdapat kemahiran kognisi yang perlu diaplikasikan oleh guru semasa proses P&P kemahiran proses sains. Contohnya, kemahiran memerhati melibatkan empat kemahiran kognisi, iaitu mengaplikasikan kemahiran kognisi menciri, membanding dan membezakan dan menghubungkaitkan. Kajian ini meninjau dua aspek utama iaitu, pengaplikasian kemahiran proses sains dan kemahiran kognisi yang mempunyai hubung kait antara satu sama lain. Contohnya apabila guru mengaplikasikan kemahiran memerhati bererti guru juga harus memilih dan mendedahkan kepada murid 3 ciri kemahiran kognisi, iaitu kemahiran mencirikan, membandingkan dan membezakan serta menghubungkaitkan.

Tajuk Kemahiraan proses sains Kemahiran kognisi Sifat Bahan

(Aras 3 dan 4)

Memerhati Menciri, Membandingkan dan

Membezakan

Mengelas Membandingkan dan Membezakan,

Mengumpul dan Mengelaskan

Menginferens Menghubungkaitkan, Membuat inferens Mengawal pembolehubah Menghubungkaitkan

Siratan Makanan (Aras 3)

Memerhati Menciri

Membandingkan dan Membezakan Menghubungkaitkan

Mengelas Mengumpulkan dan mengelaskan

Meramalkan Menghubungkaitkan

Membuat gambaran mental

Mengawal Pemboleh Ubah Menghubungkaitkan dan menganalisis Pengaratan (Aras 3 d a n 4 )

Mengelas Membandingkan dan Membezakan

Mengumpulkan dan Mengelaskan Menggunakanperhubungan

ruang dan masa

Membuat Urutan

Menyusun Mengikut Keutamaan Mengawal Pemboleh Ubah Membandingkan dan Membezakan

Menganalisis

Mentafsirkan Data Membuat Kesimpulan

Planet (Aras 3 dan 4) Memerhati Menciri

Membandingkan dan Membezakan Menggunakan Perhubungan

Ruang dan Masa

Membuat Urutan Mengawal Pemboleh Ubah Menganalisis Proses Hidup Manusia

(Aras 3)

Memerhati Menciri dan Menghubungkaitkan

Mendefinisi secara operasi Membuat Gambaran Mental

Membuat inferens Membuat Inferens

Pengukuran Isi Padu Cecair (Aras 3)

Mengukur dan Menggunakan Nombor.

Membandingkan dan Membezakan

Mentafsir Data Menganalisis

Membuat Inferens Membuat Inferens

Cara Haiwan Melindungi Diri Musim Melampau Panas dan Sejuk (Aras 4)

Mendefinisikan Secara Operasi Menghubungkaitkan

Berkomunikasi Membandingkan dan Membezakan

Membuat Inferens Membuat Inferens

Pengenalan Kepada Sains (Kemahiran

Mengawal Pemboleh Ubah Menganalisis

(4)

576

Proses Sains) (Aras 5)

Tumbuhan Melindungi Diri Cuaca Melampau Panas dan Sejuk (Aras 4 dan 5)

Mendefinisikan Secara Operasi Menghubungkaitkan

Berkomunikasi Membandingkan dan Membezakan

Membuat Inferens Membuat Inferens

Pengenalan Kepada S a i n s Mengeksperimen (Aras 1, 2, 3, 4)

Mendefinisikan secara operasi Menghubungkaitkan

Berkomunikasi Membandingkan dan Membezakan

Membuat inferens Membuat Inferens

Sistem Suria (Aras 6) Memerhati Menciri

Membandingkan dan Membezakan

Membuat inferens Membuat Inferens

Proses Hidup Haiwan (Aras 6)

Memerhati Menciri

Membandingkan dan Membezakan

Membuat Inferens Membuat Inferens

Perkembangan Teknologi (Aras 3 dan 4)

Memerhati Menciri

Membandingkan dan membezakan Menghubungkaitkan

Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

Membuat Urutan

Menyusun Mengikut Keutamaan Mengawal Pemboleh Ubah Menganalisis

Pengukuran -Jisim

(Aras 3)

Mengukur dan Menggunakan Nombor

Membandingkan dan Membezakan Menghubungkaitkan

Mentafsir Data Menganalisis

Membuat Inferens Membuat Inferens

Rajah 3.1 Pengaplikasian Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Kognisi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran proses sains

Perbincangan Mengenai Kemahiraan Proses Sains dan Kemahiran Kognisi yang Diaplikasikan oleh Guru Dalam P&P Kemahiran Proses Sains

Rajah 3.1 menunjukkan pengaplikasikan kemahiran proses sains dan kognisi oleh guru dalam P&P kemahiran proses sains. Pemilihan kemahiran kognisi adalah bergantung kepada dua aspek, iaitu tajuk uji kaji yang dijalankan dan tahap pencapaian murid. Sehubungan dengan itu, apabila guru Sains merancang aktiviti kemahiran proses sains dan kognisi, terdapat beberapa perkara yang harus difokuskan, iaitu tahap penguasaan murid yang merangkumi aras 1 sehingga 6. Contohnya tahap penguasaan aras pertama ialah tahu (murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. Perkara kedua ialah memilih jenis kemahiran proses sains yang sesuai dengan tajuk pengajaran dan berhubungkait dalam pemilihan kemahiran kognisi. Contohnya jika guru memilih kemahiran proses sains memerhati sebagai aktiviti P&P, maka guru harus meninjau 3 kemahiran kognisi, iaitu menciri, membandingkan dan membezakan serta menghubungkaitkan yang besesuaian dengan aktiviti uji kaji agar di akhir P&P terdapat kesinambungan antara kedua-dua aktiviti yang membolehkan murid menguasai dan melangkah ke tahap penguasaan seterusnya.

Selain itu, aspek peruntukan masa sesi P&P harus diutamakan supaya bersesuaian dengan tajuk pengajaran dan aktiviti kemahiran proses sains dan kognisi. Dalam menjawab soalan kajian ini, penyelidik telah membincangkan mengenai pengaplikasian kemahiran proses sains dan kemahiran kognisi yang diaplikasikan oleh guru dalam P&P kemahiran proses sains. Berdasarkan dapatan hasil interpretasi

(5)

577

teks guru amat teliti dalam pemilihan aktiviti kemahiran proses sains dan kemahiran kognisi supaya selaras dengan tajuk pengajaran dan aras pencapaian murid. Hasil dapatan kajian menunjukkan sebagai tenaga pengajar mata pelajaran Sains harus berkebolehan menghubungkaitkan dua kemahiran secara serentak semasa P&P kemahiran proses sains, iaitu pertama kemahiran proses sains dan kemahiran kognisi supaya kedua-dua kemahiran ini menjadi konsisten berdasarkan tajuk dan aktiviti P&P yang dipilih.

Jadual 3.1: Jumlah Guru yang mengaplikasikan Aktiviti Kemahiran Proses Sains dan Kemahiran Kognisi

Kemahiran Proses Sains Kemahiran Kognisi yang Diaplikasikan Dalam P&P Kemahiran Proses Sains

Jumlah Guru Memerhati Mencirikan 7 Membandingkan dan Membezakan 5 Menghubungkaitkan 3

Mengelaskan Membandingkan dan

Membezakan 2 Mengumpulkan dan Mengelaskan 3 Mengukur dan Menggunakan Nombor Membandingkan dan Membezakan 2

Membuat Inferens Menghubungkaitkan 1

Membuat Inferens 9

Meramalkan Menghubungkaitkan 1

Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa

Membuat Urutan 3

Menyusun Mengikut

Keutamaan

1

Mentafsirkan Data Membandingkan dan

Membezakan

9

Menganalisis 1

Mendefiinisi Secara Operasi Menghubungkaitkan 3

Membuat Gambaran Mental 1

Mengawal Pemboleh Ubah Menciri 9

Membandingkan dan

Membezakan

1

Menghubungkaitkan 4

Menganalisis 4

Membuat Hipotesis Mencirikan 9

Menjana Idea 7

Membuat Hipotesis 9

Meramalkan 7

Mengeksperimen Semua Kemahiran Berfikir 9

Berkomunikasi Semua Kemahiran Berfikir 9

Jadual 3.1 menunjukkan jumlah bilangan guru yang mengaplikasikan aktiviti kemahiran proses sains dan kemahiran kognisi. Dapatan menunjukkan guru Sains amat teliti dalam pemilihan sub skala kemahiran proses sains dan kemahiran kognisi dalam P&P kemahiran proses sains. Selain itu, guru Sains juga amat teliti dalam memperkenalkan pembelajaran kemahiran kognisi dengan amalan corak pengajaran yang pelbagai dan interaktif dengan menekankan tahap kemahiran menaakul yang secukupnya mengikut tahap pencapaian setiap murid. Selanjutnya, mentranformasikan kerangka minda yang lebih bersedia menerima cabaran apabila guru memberikan aktiviti uji kaji yang disusuli dengan aktiviti kemahiran berfikir yang harus diselesaikan oleh murid. Contohnya, apabila guru memberikan soalan atau aktiviti, murid boleh

(6)

578

memberikan jawapan, idea baharu dan melihat permasalahan daripada pelbagai sudut serta mampu menyelesaikan permasalahan tersebut.

Hasil dapatan kajian menunjukkan tidak semua guru Sains mampu mengaplikasikan kesemua kemahiran proses sains dan kemahiran kognisi dalam satu sesi pengajaran. Pemilihan kemahiran proses sains dan kemahiran kognisi adalah bergantung kepada kesesuaian dengan tajuk dan aktiviti yang dipilih oleh P&P. Selain itu, guru juga harus meninjau aras pencapaian kesemua murid dan tahap kefahaman terhadap tajuk pembelajaran.

Dapatan kajian menunjukkan, walaupun guru membuat perancangan aktiviti yang teliti berdasarkan tahap pencapaian namun murid agak keliru apabila menjalankan aktiviti uji kaji yang mempunyai kesinambungan antara kemahiran prsoes sains dan kemahiran kognisi. Kelemahan penguasaan ini adalah berpunca daripada tidak ada subjek khas yang berkaitan cara mempelajari kemahiran kognisi sebagai satu mata pelajaran khas menyebabkan murid kurang peka terhadap cara pengaplikasian kemahiran kognisi semasa proses P&P dan tidak dapat memahami cara untuk berfikir dan menjawab soalan yang melibatkan kemahiran kognisi aras tinggi seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Punca kelemahan adalah melibatkan dua pihak, iaitu guru dan murid. Semenjak pengenalan KSSR, guru Sains hanya diberikan pendedahan setakat untuk memahami kemahiran kognisi aras tinggi dan belajar membina soalan kemahiran kognisi aras tinggi. Walaupun terdapat beberapa siri kursus berkaitan pedagogi kemahiran kognisi, peruntukan masa kursus yang singkat serta meminta guru yang kurang berpengalaman dalam bidang pengajaran kemahiran kognisi untuk terus mengaplikasikan dalam sistem P&P di sekolah. Oleh yang demikian, guru harus diberikan ruang dan masa untuk mendalami terlebih dahulu sistem pengajaran kemahiran kognisi sebelum dilaksanakan kepada murid (Ikhsan & Norila, 2013), iaitu penghasilan modul pengajaran kemahiran proses sains merupakan panduan, rujukan dan sumber pengetahuan untuk guru memahami hireaki aktiviti yang sesuai dengan aras pencapaian tahap murid serta akan membantu guru melengkapkan diri dalam proses P&P pelbagai kemahiran seperti kemahiran kognisi.

Dapatan juga menunjukkan walaupun proses P&P berjalan dengan lancar, namun demikian masih terdapat murid tidak boleh menghubungkaitkan kemahiran kognisi semasa pembelajaran kemahiran proses sains. Murid masih memerlukan bimbangan daripada guru semasa menjawab soalan kemahiran kognisi kerana masih kurang kefahaman dalam pemikiran kognisi. Menurut Suppiah (2014), punca kelemahan murid dalam isu kefahaman adalah kerana kefahaman topik haruslah masuk dalam memori jangka panjang dan memahaminya melalui proses perkembangan kognisi yang akan membantu murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru kerana maklumat telah disimpan dalam memori jangka panjang dan murid dapat mengaplikaskan kembali apabila melalui sesuatu situasi pembelajaran.

Daripada penyataannya jelaslah dirumuskan bahawa guru Sains memerlukan latihan yang secukupnya untuk membolehkan guru melengkapkan diri dalam proses P&P kemahiran kognisi. Ditambah pula dengan pelbagai bebanan tugas sampingan, jadual pengajaran yang terlalu padat serta tiada pembantu makmal menyebabkan guru tidak berpeluang untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap penambahbaikan sistem P&P Sains yang melibatkan kemahiran proses sains dan kemahiran kognisi secara serentak. Dalam pada itu, tahap pencapaian murid yang belum begitu mahir untuk befikir ke arah pemikiran aras tinggi telah menyukarkan guru Sains untuk menghasilkan satu sistem P&P yang berkualiti agar murid dapat memahaminya dengan mudah.

4. Cadangan

Kementerian Pelajaran boleh mengambil langkah memperkenalkan mata pelajaran kemahiran berfikir serta menempatkan seorang pembantu makmal di setiap sekolah. Manakala pihak sekolah harus merancangkan penyusunan jadual waktu pengajaran mata pelajaran Sains dengan lebih teratur serta peranan guru Sains bukan sahaja terbatas kepada mengajar kandungan silibus sahaja harus berusaha untuk menambahbaikan kualtiti P&P dengan mengadakan kurus serta aktiviti sampingan seperti menjalankan aktiviti berkerjasama seperti Program Profesionalisme Learning Community (PLC) untuk

(7)

579

meninjau kembali dan memahirkan diri setiap topik pengajaran sains yang melibatkan kemahiran proses sains dan kemahiran kognisi.

5. Kesimpulan

Pengajaran kemahiran proses sains merupakan satu kemahiran yang diaplikasikan semasa menjalankan uji kaji. Manakala kemahiran kognisi merupakan satu proses bagaimana individu berfikir atau proses otak beroperasi yang disusuli dengan metakognisi yang merupakan salah satu aspek pemikiran tentang cara berfikir untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Kedua-dua kemahiran ini akan diperoleh dalam proses P&P melalui gabung jalinan tenaga pengajar yang berkebolehan menguasai P&P kemahiran proses sains dan disusuli dengan kebolehan mengaplikasikan kemahiran kognisi supaya proses P&P menjadi lebih sistematik. Manakala, peranan murid ialah mengintegrasikan kemahiran kognisi semasa menjawab soalan kemahiran proses sains. Peranan kedua belah pihak ini akan mewujudkan proses P&P kemahiran proses sains yang lebih berkesan.

RUJUKAN

Bilgin. I. (2006). The effects of hands-on activities incorporating a cooperation learning approach on eight grade students‟ science process skills and attitudes toward science. Journal of Science and Technology Education, 1(4), 27-36.

Chabalengula, Y., Mumba, F., & Mibawe, S. (2012). How pre-service teachers, understanding and perform science process skills. Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 8(3), 167-176.

Ikhsan Othman & Norila Md Salleh. (2013). Pendekatan konstruktivisme dalam perkembangan kurikulum: Kesannya ke atas penguasaan kemahiran proses sains. Jurnal

Pendidikan Sains

dan Matematik

Malaysia, 3(1), 60-71

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Sukatan Pelajaran Sains Tahun Dua. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kyunghee, C., Hyun, J., L., Namsoo, S., Sung, K., & Joseph K. (2012). Re-conceptualization of science literacy in South Korea for the 21st century, Journal of Research In Science Teaching, 48(6), 670-697.

Ozgelen, S. (2012). Science process skills within a cognitive domain framework. Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education, 7(8), 283-292.

Riegler, B. R., & Riegler, G. R. (2012). Cognitive Psychology: Applying the science of the mind .(3rd ed.). Ally & Bacon Pearson

Suppiah Nachiappan, Hari Krishnan Andi, Sunder Subramaniam & P. K. Veeran (2013). Factor that motivates the teacher trainees of teacher training institutions to possess an excellent personality through Hermeneutic analysis method. Journal Of Educational and Development Psychology, 2(2),2012.

Suppiah Nachiappan. (2014). Gaya bahasa dan proses kognisi: Kaedah pedagogi Hermeneutik dan interpretasi. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Referensi

Dokumen terkait