• Tidak ada hasil yang ditemukan

kuiz pnb

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "kuiz pnb"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

M A K L U M AT K O R P O R AT

Permodalan Nasional Berhad (PNB)

ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai alat penting Dasar Ekonomi Baru Kerajaan untuk menggalakkan pemilikan saham dalam sektor korporat di kalangan Bumiputera, dan memberi peluang kepada golongan profesional Bumiputera yang berkelayakan untuk menyertai

pewujudan dan pengurusan harta. PNB telah menjadi sebuah institusi pelaburan terkemuka negara. Sebagai sebuah entiti pelaburan bagi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), fungsi teras PNB adalah untuk menilai, memilih dan memperoleh portfolio saham-saham kukuh dalam syarikat-syarikat berhad yang mempunyai potensi pertumbuhan. Sebagai sebuah organisasi yang mengkhususkan dalam bidang pelaburan, PNB pada dasarnya bertindak sebagai gudang di mana pemilikan saham di dalam syarikat-syarikat berhad ini ditempatkan dalam dana amanah dan dijual kepada pemegang unit dalam bentuk unit-unit yang lebih kecil.\

Daripada skim unit amanahnya yang pertama iaitu Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) yang dilancarkan pada 20 April 1981, sehinggalah produk terbarunya iaitu Amanah Saham

Bumiputera 2 (ASB 2) yang dilancarkan pada 2 April 2014, PNB melalui anak syarikat milik penuhnya, Amanah Saham Nasional Berhad, telah memainkan peranan penting dalam

membawa anjakan paradigma dan merubah pemikiran rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Bumiputera dalam aspek simpanan, pelaburan dan perancangan kewangan serta cara mereka menilai risiko dan pulangan dalam pelaburan. Sambutan luar biasa rakyat Malaysia daripada setiap lapisan masyarakat dan taraf pendapatan terhadap unit saham amanah PNB

membuktikan keupayaan PNB untuk menggembleng lebih daripada 11.6 juta pemegang akaun setakat kini.

Dengan wang dijana daripada pelabur, PNB telah memperoleh banyak syarikat besar dan strategik, dan kebanyakan syarikat-syarikat ini adalah peneraju industri dalam bidang masing-masing seperti kewangan, insurans, perladangan, hartanah, automatif, logistik, infrastruktur, farmasi dan kimia. Bagi meningkatkan lagi nilai pelaburan, PNB melakukan beberapa siri aktiviti korporat, di mana syarikat di bawah portfolio PNB disusun semula, digabung dan diambil alih bagi meningkatkan keberkesanan operasi dan mencapai manfaat sinergi, lantas membolehkan PNB mencapai matlamat untuk pulangan yang konsisten.

Visi Kami

Kami akan menjadi sebuah organisasi pelaburan bertaraf dunia, unggul dan berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi.”

(2)

Misi Kami

Kami adalah organisasi pelaburan utama yang beriltizam untuk meningkatkan kekayaan ekonomi masyarakat

Bumiputera khususnya dan menyumbang ke arah pertumbuhan dan kemakmuran negara untuk manfaat seluruh rakyat Malaysia.”

Nilai Kami

Untuk membina budaya organisasi moden dan progresif, kami telah merumus satu set nilai yang mencerminkan

tradisi yang kaya dan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan yang kami percaya sepenuh hati dan menjulang sepanjang masa.”

Ukuran Kejayaan

Kami mengukur kejayaan kami dengan pencapaian kepemimpinan industri, pulangan bersaingan dan perkhidmatan terbaik kami kepada pelanggan, serta suasana amanah dan pertumbuhan peribadi untuk pekerja kami.

Nilai

Kami percaya bahawa kejayaan organisasi kami bergantung pada pemahaman dan pemenuhan kehendak pelanggan dalaman dan luaran kami dan kami berusaha menyampaikan produk dan

perkhidmatan yang berkualiti.

Integriti

Kami komited kepada amalan etika yang paling tinggi dalam apa jua yang kami lakukan. Kami akan berusaha melakukan perkara yang betul.

Staf

Kami membantu pekerja kami memperbaiki kemahiran mereka. Kami memupuk suasana saling menghormati, sikap berterus terang dan amanah, yang boleh dicapai oleh semua ke tahap tertinggi potensi masing-masing. Kami menghormati maruah setiap pekerja kami dan komitmen mereka terhadap kesejahteraan keluarga mereka.

(3)

Kami meletakkan jangkaan dan matlamat yang tinggi untuk memenuhi komitmen kami. Kami berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam industri kami. Keterbukaan kepada perubahan, kepada pengujikajian dan kepada pengejaran kecemerlangan, mencirikan sikap kami terhadap setiap aspek pekerjaan kami.

Kami memupuk kepercayaan dan berkerjasama melalui komunikasi berterus terang di semua peringkat

organisasi kami. Kami percaya bahawa kami akan berjaya hanya jika kami bekerjasama sebagai satu pasukan dan penyertaan sepenuhnya oleh semua adalah penting untuk mencapai kejayaan dalam misi kami.

Ketangkasan

Kami memfokuskan pada ketangkasan bertindak untuk mendapat kelebihan bersaingan. Kami percaya bahawa mendahului semua, bertindak tangkas, bekerja keras dan bertekad

menyelesaikan kerja adalah ciri-ciri organisasi yang berjaya.

Kebijaksanaan

Kami mesti mempunyai kebolehan untuk menguasai dan mendisiplinkan diri kami dan melayani sumber kami dengan penuh hormat. Kemahiran dan pertimbangan yang baik adalah penting dalam penggunaan sumber kami. Kebijaksanaan adalah teras budaya kami dan akan membantu kami mengekalkan sifat boleh dipercayai kami sebagai institusi pelaburan.

K E P I M P I N A N

Warisan Abadi untuk Generasi Masa Depan

Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) ditubuhkan pada 9 Januari 1978, di bawah bimbingan Jawatankuasa Kerja yang disokong oleh Kerajaan Malaysia, sebagai badan penyelaras bagi aktiviti pelaburan dalam sektor korporat oleh agensi-agensi Kerajaan, syarikat-syarikat Bumiputera dan individu Bumiputera.

Strategi dan pelan utama YPB adalah untuk memastikan bahawa saham-saham syarikat yang diperuntukkan kepada Bumiputera dikekalkan dengan prospek pemilikan saham yang semakin meningkat dari masa ke masa. Antara dasar-dasar yang digubal oleh YPB adalah:

 Pembentukan dana sebagai entiti perniagaan dengan kuasa untuk melabur dalam semua bentukpelaburan; dan

 Pembentukan dana unit amanah untuk mengagihkan pelaburan di kalangan Bumiputera.

(4)

Dengan dana permulaan sebanyak RM200 juta yang terdiri daripada saham-saham yang telah dipindahkan oleh Kerajaan untuk YPB, pelaburan ini dan juga pelaburan lebih daripada 11.6 juta pemegang unit telah sejak berkembang menjadi lebih dari RM255 bilion dan adalah warisan untuk generasi masa depan rakyat Malaysia.

Bersedia untuk Menempa Kejayaan Sejak dari Awal

Sebagai sebuah entiti pelaburan bagi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), fungsi teras PNB adalah untuk menilai, memilih dan memperoleh portfolio saham-saham kukuh dalam syarikat-syarikat berhad yang mempunyai potensi pertumbuhan.

Sebagai sebuah organisasi yang mengkhususkan dalam bidang pelaburan, PNB pada dasarnya bertindak sebagai gudang di mana pemilikan saham di dalam syarikat-syarikat berhad ini

ditempatkan dalam dana amanah dan dijual kepada pemegang unit dalam bentuk unit-unit yang lebih kecil.

Sejak penubuhannya pada 17 Mac 1978, PNB telah berjaya menggembleng dan mengumpul lebih daripada RM220 bilion dari pemegang unit dan dana proprietari untuk pelbagai pelaburan dalam kira-kira 200 anak-anak syarikat di Malaysia. Pelaburan PNB kini termasuklah pegangan saham yang besar dalam syarikat-syarikat besar seperti Sime Darby Berhad, Malayan Banking Berhad, UMW Holdings Berhad, I & P Group Sdn. Berhad, S P Setia Berhad, Chemical

Company of Malaysia Berhad, Malaysian Industrial Development Finance Berhad, MNRB Holdings Berhad, NCB Holdings Berhad dan Prolintas.

(5)

P E N G U R U S A N AS E T

PNB merupakan salah satu pengurus aset terkemuka di Malaysia. Kami mempunyai kepakaran untuk menguruskan pelbagai portfolio yang memberikan pulangan kompetitif kepada pemegang unit. Kami memastikan kepentingan pelabur kami dilindungi pada setiap masa.

Kami mempunyai pengalaman lebih daripada 35 tahun dan rekod prestasi yang terbukti dalam menguruskan pelbagai aset pelaburan yang terdiri daripada ekuiti dan hartanah di peringkat domestik dan antarabangsa. Pasukan pelaburan profesional kami yang berdedikasi sentiasa berusaha untuk memperkenalkan produk-produk baru dan memastikan pelaburan yang dibuat memberikan pulangan yang kompetitif.

Sebagai pemain utama dalam industri unit amanah, PNB telah mengukuhkan reputasinya sebagai sebuah institusi yang layak menggerakkan dan menguruskan dana rakyat. Penyertaan lebih daripada 11.6 juta pemegang akaun dalam produk yang kami tawarkan mencerminkan keyakinan orang ramai terhadap prestasi dan kebolehan kami.

Kejayaan ini telah dicapai melalui pengurusan dana yang memberi pulangan yang mapan dan kompetitif; dengan mengekalkan tahap profesionalisme dan disiplin yang tinggi serta berhemah dalam merangka strategi pelaburan kami.

Proses Pelaburan

Kami mengamalkan proses pelaburan yang dinamik dan berdisiplin berdasarkan:

Analisis fundamental dan berasaskan penyelidikan

PNB melabur dalam syarikat-syarikat kukuh yang menjana pulangan pelaburan yang positif sama ada daripada peningkatan modal dan / atau pendapatan dividen. Pemilihan saham adalah berdasarkan kepada analisis dan penelitian teliti pasukan pasukan penganalisis kami yang kemudiaannya akan mengemukakan cadangan pelaburan.

Pendekatan atas ke bawah dan bawah ke atas

Penyelidikan ini memberi tumpuan kepada faktor-faktor makroekonomi, dan fundamental syarikat yang tertentu. Ia dilaksanakan oleh pasukan penganalisis dan ahli ekonomi dalaman kami. Khidmat penganalisis dan ahli ekonomi luar juga memberi sokongan dalam membentuk pandangan alternatif mengenai keadaan ekonomi, sektor dan saham.

(6)

PNB menggabungkan beberapa lapisan pengurusan risiko di seluruh rantaian proses pelaburan yang direka untuk mengesan dan bertindak balas kepada pelbagai trend dan pergerakan pasaran untuk menghadkan risiko kelemahan portfolio dan memaksimumkan pulangan jangka panjang. Walaupun kami adalah pelabur jangka panjang, peruntukan aset yang dinamik dan keseimbangan yang tepat pada masanya terhadap portfolio kami akan membantu

mengurangkan turun naik pasaran.

Pematuhan kepada keperluan peraturan

PNB ditadbir dengan peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Sekuriti. Kami mempunyai Jabatan Pematuhan sebagai sebahagian daripada mekanisme kawalan dalaman. Jabatan ini memantau aktiviti pelaburan PNB dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan keperluan pematuhan dan peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat serta peraturan Suruhanjaya Sekuriti.

Di samping itu, Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Pelaburan kami yang disegani sentiasa bersedia untuk membimbing operasi dan prosedur pelaburan kami.

Kewangan Korporat

Sebagai pengurus pelaburan terbesar di Malaysia yang menguruskan dana berjumlah lebih RM255 bilion, kami telah melabur di dalam lebih daripada 200 syarikat di Malaysia yang terlibat dalam pelbagai sektor utama ekonomi. Ini merupakan sebahagian daripada syarikat-syarikat yang mewakili sektor-sektor peneraju ekonomi negara.

Antara syarikat-syarikat pelaburan utama kami yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti dan cemerlang ialah Malayan Banking Berhad, I & P Group Sdn Berhad, UMW Holdings Berhad, dan Sime Darby Berhad. Di samping itu, kami juga melabur dalam syarikat-syarikat multinasional seperti Goodyear Malaysia Berhad dan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Berhad.

Fungsi pemantauan prestasi pelaburan kami pada dasarnya tertumpu kepada pemantauan industri utama untuk memastikan perlaksanaan pemantauan yang berkesan dan menyeluruh. Fungsi ini dikendalikan oleh empat kumpulan yang dikhususkan kepada industri- industri utama seperti berikut:

 Kewangan dan PerbankanPerdagangan

(7)

 Pembinaan, Logistik dan Pembangunan Hartanah

 Perdagangan, Perkhidmatan dan Produk Pengguna

 Produk Perindustrian dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)

Untuk melindungi pelaburan pemegang-pemegang unit kami, kami memantau syarikat-syarikat pelaburan kami secara berterusan melalui analisis mendalam serta penglibatan proaktif dengan pihak pengurusan dan lembaga pengarah syarikat-syarikat pelaburan. Kami percaya bahawa ini satu langkah yang penting untuk memastikan syarikat-syarikat pelaburan kami berusaha untuk mencapai prestasi yang membanggakan dan peningkatan nilai.

Peningkatan Nilai

Kami percaya bahawa peningkatan nilai pelaburan adalah kunci kepada pulangan jangka panjang yang berkekalan. Dengan latar belakang ini, kami percaya syarikat-syarikat harus berusaha untuk berkembang secara organik serta meneroka inisiatif untuk mewujudkan nilai pemegang saham.

(seterusnya)

Tadbir Urus Korporat

Kami memegang sepenuhnya kepada prinsip dan amalan terbaik seperti yang diajukan oleh Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia dan kami sentiasa menegaskan agar pengarah-pengarah

namaan PNB yang dilantik di dalam syarikat-syarikat penerima labur kami menyebarluaskan prinsip yang sama ini.

(seterusnya)

Perkhidmatan Kewangan dan

Insurans

Automotif

Malayan Banking Berhad

UMW Holdings Berhad

Etiqa Insurance & Takaful

Sime Darby Berhad

MNRB Holdings

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn

Bhd

Takaful Ikhlas

(8)

Malaysian Industrial Development Finance

Berhad

Perladangan

Hartanah

Sime Darby Berhad

I & P Group Sdn Berhad

Sime Darby Berhad

S P Setia Berhad

Logistik dan Infrastruktur

Pharmaceutical and Kimia

NCB Holdings Berhad

Chemical Company of Malaysia

Berhad

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd

Perindustrian dan Peralatan

Tenaga, Minyak dan Gas

UMW Holdings Berhad

UMW Holdings Berhad

Sime Darby Berhad

Sime Darby Berhad

Pembuatan dan Kejuruteraan

UMW Holdings Berhad

Pengurusan Dana Antarabangsa

Teras utama operasi antarabangsa PNB, selain daripada menggembleng dan mengembangkan dana yang diperuntukkan, adalah untuk mendapatkan maklumat tentang kewangan dan produk, dan memberi latihan kepada kakitangan tempatan, serta mempertingkatkan pengalaman dan pendedahan mereka di arena pelaburan antarabangsa. Seperti yang tertera dalam misi syarikat, PNB akan terus berusaha mempertingkatkan prestasinya dan arena kewangan antarabangsa memberinya platform untuk mencapai misi tersebut.

Pengurusan dana ekuiti luar negara ini lebih berbentuk dana milik PNB yang diuruskan melalui mandat global yang tersendiri. Dalam usahanya untuk memberi latihan dan memperluaskan hubungan kerja dengan rakan sejawat antarabangsa, PNB menggunakan kepakaran pengurus dana antarabangsa dan mengekalkan sebahagiannya lagi untuk diuruskan sendiri. Indeks

(9)

saham Morgan Stanley Capital International (MSCI) telah digunakan untuk tujuan penandaarasan.

Di samping mandat tersendiri ini, PNB juga bergiat dalam pelaburan alternatif yang memberi pulangan mutlak dalam bentuk dana ekuiti modal persendirian yang ditawarkan oleh pengurus-pengurus pakar dana antarabangsa.

Sejak penubuhan unit pelaburan antarabangsa pada tahun 1988, PNB telah menjalinkan hubungan dengan syarikat-syarikat sekuriti saham, pelaburan dan pengurus harta, pemegang amanah, dan syarikat-syarikat pelaburan seperti PNB di peringkat global.

Jabatan Pengurusan Dana

Antarabangsa,

Kuala Lumpur

Pada bulan Julai 1988, unit Pengurusan Dana Antarabangsa telah ditubuhkan untuk melaksanakan portfolio pelaburan langsung luar negara PNB. Ia juga bertujuan untuk melatih tenaga pakar dalaman dalam bidang pelaburan antarabangsa untuk menjana pulangan pelaburannya yang kompetitif di luar negara.

PNB (UK) Limited

Pejabat di London ini memberi tumpuan kepada pasaran di United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain pasaran Eropah, dan menguruskan dana milik sendiri PNB dalam instrumen ekuiti. Penubuhan pejabat di London memberikan kelebihan bagi PNB untuk mencari peluang-peluang baru untuk aktiviti-aktiviti lain dalam bidang kewangan korporat, penyelidikan, latihan kakitangan dan pendidikan.

Alamat Perhubungan: PNB (UK) Limited

5th Floor, 74 Coleman Street London EC2R 5BN

The United Kingdom Tel: (+44) 020-7382 1500 Faks: (+44) 020-7382 1501

Singapore Unit Trusts Limited

Singapore Unit Trusts Limited (SUT) telah ditubuhkan

PNB Asset Management

(Japan) Co Ltd

(10)

pada 17 Ogos 1959 dengan nama Malayan Unit Trust Limited. SUT mula menggunakan namanya sekarang pada 6 Mei 1960. SUT menjadi sebuah syarikat ahli Kumpulan PNB selepas diambil alih oleh PNB International Limited (Labuan), anak syarikat milik penuh PNB, pada tahun 2000.

Langkah ini membolehkan PNB untuk mendapatkan pendedahan lanjut dalam pengurusan unit amanah di peringkat antarabangsa, seterusnya meningkatkan pengetahuan produk pelaburan terbaru yang boleh disesuaikan dan diperkenalkan ke dalam pasaran Malaysia dari semasa ke semasa.

Alamat Perhubungan:

Singapore Unit Trusts Limited 8 Robinson Road

#04-00 ASO Building Singapore 048544 Tel: (+65) -6532 3761 Faks: (+65) -6532 3764

Laman web: http://www.sut.com.sg

Dalam usahanya untuk memperluaskan

perniagaan di luar pasaran domestik, PNB telah menubuhkan sebuah lagi pejabat global di Tokyo, Jepun pada tahun 2008. Dengan pembukaan pejabat Tokyo ini, PNB kini mempunyai tiga buah pejabat di luar negara iaitu Singapura, United Kingdom dan Jepun. Tokyo telah dipilih kerana statusnya sebagai salah satu pasaran modal yang paling maju di Asia serta kedudukannya yang dekat dengan kuasa besar ekonomi baru iaitu China. PNB Asset Management (Japan) Company Ltd beroperasi sebagai sebuah syarikat pengurusan aset bersama pejabat global lain PNB dan kini menguruskan sebahagian daripada jumlah pelaburan antarabangsa PNB dengan penekanan mandat ekuiti ke atas ekuiti Jepun dan Asia Utara.

Alamat Perhubungan:

PNB Asset Management (Japan) Co Ltd The New Otani Garden Court

19F, 4-1, Kioi-Cho Chiyoda-ku, Tokyo 102-0094 Japan Tel: (+81) 3-6261 0017 Faks: (+81) 3-6261 0015

U N I T AM A N A H & R E I T

Perniagaan unit amanah PNB diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang menguruskan 12 dana unit amanah, dan Amanah Mutual Berhad (AMB) yang menguruskan 15 dana. ASNB memenuhi segmen pasaran individu-individu tempatan, manakala AMB pula memenuhi segmen pasaran yang merangkumi individu-individu tempatan dan bukan tempatan, dan institusi- institusi. Untuk melengkapkan perniagaan unit amanahnya, PNB juga memberi tumpuan kepada amanah pelaburan hartanah (REIT) yang diuruskan oleh Pelaburan Hartanah

(11)

Nasional Berhad (PHNB). REIT yang diuruskan oleh PHNB ialah Amanah Harta Tanah PNB (AHP) yang disenarai di Bursa Malaysia Securities Berhad sejak 1989. Selain dari REIT, PHNB juga mengurus sebuah tabung amanah persendirian, iaitu, PNB Property Trust.

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) ialah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang ditubuhkan pada 22 Mei 1979 untuk mengurus dana-dana unit amanah yang dilancarkan oleh PNB. ASNB juga bertanggungjawab untuk mendidik para pelabur mengenai faedah melabur dalam unit amanah melalui penganjuran seminar perancangan kewangan atau lebih dikenali sebagai Seminar 360, pada setiap hari di seluruh negara.

Sejak pelancaran unit sulungnya Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) pada 20 April 1981, PNB telah melancarkan sebelas dana unit amanah yang lain iaitu Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020), Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Didik (ASD), Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3), Amanah Saham Gemilang (ASG-Pendidikan, ASG-Kesihatan & ASG-Persaraan), Amanah Saham 1Malaysia (AS 1M) dan yang terbaru Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2). Daripada 12 dana unit amanah ini, enam daripadanya ialah dana ekuiti berharga tetap, manakala selebihnya ialah dana ekuiti harga berubah-ubah yang merupakan dana-dana pendapatan, pertumbuhan dan seimbang.

ASNB melalui anak syarikat milik penuhnya Amanah Mutual Berhad (AMB) menguruskan 15 dana unit amanah lain yang membolehkan individu serta pelanggan korporat mengambil bahagian dalam dana berprestasi dengan pelaburan yang pelbagai seperti dalam ekuiti, bon, instrumen pasaran wang jangka pendek dan lain-lain instrumen pasaran modal. Lima (5) daripada dana ini adalah berlandaskan Syariah.

Dana unit amanah terbesar kami iaitu ASB menawarkan ciri-ciri unik yang jauh berbeza daripada dana unit amanah konvensional yang ditawarkan oleh institusi-institusi lain. Ciri-ciri uniknya termasuk:

(12)

minimum yang lebih rendah iaitu RM1.00.

Produk berharga tetap yang diurusniagakan pada harga RM1.00 seunit. Berisiko rendah dengan pulangan yang kompetitif, lebih tinggi dari segi sejarah daripada simpanan biasa dan kadar simpanan tetap 12-bulan.

Kecairan yang tinggi

Tiada tempoh bertenang dan pengeluaran boleh dibuat pada bila-bila masa.

Perkhidmatan boleh didapati di lebih daripada 1,700 rangkaian ejen termasuk Maybank, CIMB

Bank, RHB Bank dan Pos Malaysia di seluruh negara.

ASNB adalah syarikat unit amanah pertama di negara ini yang menawarkan kemudahan dalam talian untuk membuat pelaburan tambahan dalam unit ASB, ASW 2020, ASM, ASD dan AS 1M. Kemudahan ini boleh didapati melalui Maybank2u.com, CIMB Clicks, affinOnline.com dan RHB Now. Ia memberi pelabur pilihan tambahan untuk berurus niaga pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Pelabur ASB juga boleh memilih untuk membuat pelaburan tambahan melalui skim potongan gaji serendah RM10 sebulan. Sementara itu, AS1M, ASW 2020, ASD, ASN 2, ASN 3 dan pemegang unit ASG boleh melabur melalui Skim Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Laman Web: http://www.asnb.com.my

PENAFIAN: Prospektus Induk bagi tabung unit amanah ASNB bertarikh 30 Jun 2014, telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dan boleh diperolehi di pejabat ASNB dan ejennya. Unit akan diterbitkan setelah penerimaan borang pendaftaran seperti yang terdapat di dalam prospektus tersebut. Sebelum melabur, sila baca dan fahami kandungan prospektus tersebut. Jumlah keseluruhan pulangan pelaburan mungkin turun atau naik. Pelaburan dalam unit amanah adalah tertakluk kepada risiko pengurusan dana, risiko inflasi dan risiko kuasabeli. Prestasi masa lalu tabung unit amanah ASNB bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Sebelum melabur, sila pertimbangkan yuran dan bayaran yang dikenakan.

H AR TAN A H & H O S P I TAL I T I

PNB menjalankan perniagaan hartanahnya melalui beberapa buah syarikat dan bahagian. Tumpuan kepada perniagaan hartanah adalah sejajar dengan hala tuju masa depan PNB untuk menjana pendapatan daripada sektor ini.

(13)

Bermula dengan bangunan pertamanya – Menara PNB di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur – pada tahun 1984, portfolio hartanah PNB telah berkembang sehingga mencapai kedudukan penting dari segi nilai dan sumbangannya kepada Kumpulan. Selama sedekad yang lalu, PNB telah secara agresif meningkatkan aset hartanahnya melalui pembelian hartanah, pembangunan dan penstrukturan semula.

PNB juga aktif dalam pembangunan hartanah melalui pegangan strategik dalam beberapa buah syarikat, termasuk Kumpulan I&P Sdn Bhd dan Sime Darby Berhad.

Hari ini, aset hartanah PNB terdiri daripada bank tanah yang besar dan pelbagai hartanah komersil, termasuk bangunan pejabat, apartmen perkhidmatan, kompleks membeli-belah dan kedai-kedai runcit.

Menara PNB

PNB Darby Park

Menara Tun Ismail Mohamed Ali

PNB Damansara

Kenanga International Building

Menara MIDF

Menara MBSB

Bangunan UTM SPACE

Menara HeiTech Village

CSF Computer Exchange 1 (CX 1)

CSF Computer Exchange 2 (CX 2)

CSF Computer Exchange 5 (CX 5)

Bangunan Setia 1

Plaza Damanasara Blok B

Plaza Damansara I

Plaza Damansara II

The Epicure

Kolej Ilmu

(14)

Sebagai sebahagian daripada pelan strategik dalam pasaran ini, beberapa portfolio hartanah PNB seperti Menara PNB, Wisma Bank Islam dan PNB Darby Park, Menara Tun Ismail Mohamed Ali dan Bangunan PNB Damansara telah disuntik ke dalam PNB REIT.

PNB juga telah memulakan kerja-kerja menaik taraf Bangunan MAS 35 tingkat di Kuala Lumpur dan pembinaan sebuah menara hotel baru 50 tingkat bersebelahan dengannya, yang dijangka akan siap pada tahun 2017.

Sebagai sebahagian daripada pelan strategi syarikat untuk mempelbagaikan pegangan, PNB telah beralih kepada pasaran hartanah antarabangsa.

PNB mengorak langkah meneroka pelaburan hartanah luar negara dengan pembelian Santos Place, sebuah bangunan pejabat gred-A 37 tingkat bertaraf 6-Star Green Star yang terletak di 32, Turbot Street, Brisbane, Australia (Santos Place). Pembelian itu telah dimuktamadkan pada tahun 2010.

Selepas menyempurnakan pengambilalihan Santos Place, PNB terus memperkukuhkan pemilikan hartanahnya di peringkat antarabangsa dengan pembelian tiga bangunan komersil di United Kingdom, iaitu, Milton & Shire Houses yang terletak di 1, Silk Street, London EC2, One Exchange Square terletak di 175 Bishopsgate, London EC2 dan 90, High Holborn yang terletak di London WC1 . Ketiga-tiga pembelian tersebut telah disempurnakan pada suku pertama tahun 2012.

Santos Place ialah sebuah bangunan pejabat Premium Gred-A

yang merupakan bangunan yang terbesar di Australia yang

menerima pengiktirafan 6-Star dengan 5.5 NABERS penarafan

tenaga. Antara penyewa utama bangunan ini ialah Petronas,

Santos, Aurecon dan Nielson Properties.

Website:

http://www.santosplace.com.au

Milton & Shire Houses terletak diantara Silk Street dan Milton

Street dan berhampiran dengan stesen keretapi bawah tanah

Moorgate dan Barbican. Keseluruhan bangunan tersebut disewa

sepenuhnya kepada Linklaters Business Services.

(15)

One Exchange Square ialah sebuah bangunan pejabat dan ruang

sewa Gred-A yang terletak dalam lingkungan pejabat Kompleks

Broadgate di tengah-tengah Kota London berhampiran Stesen

Liverpool Street. One Exchange Square ini disewakan kepada

European Bank of Reconstruction and Development dan lain-lain

peniaga.

90 High Holborn terletak di Midtown, di tengah-tengah Kota

London. Bangunan ini mengandungi pejabat, ruang niaga dan

tempat letak kereta yang disewakan sepenuhnya kepada OMD

Services Limited.

Perniagaan hospitaliti PNB pada masa ini terdiri daripada PNB Darby Park Executives Suites di Kuala Lumpur dan PNB Ilham Resort di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Hotel Perdana di Kota Bharu, Kelantan.

Sebuah bangunan 39 tingkat terletak di lokasi strategik di Jalan

Binjai dan mudah dikunjungi melalui Jalan Ampang dan Persiaran

KLCC. Ia terletak dalam pusat perniagaan Kuala Lumpur dan

dikelilingi oleh mercu tanda terkenal seperti Menara Berkembar

KLCC, InterContinental Hotel, Menara Citibank, Bangunan

Lembaga Tabung Haji, Menara PNB dan Stesen LRT Ampang

Park.

Ia merupakan pangsapuri servis terkemuka dengan 340 buah bilik

yang dilengkapi dengan ruang komersial seluas 109.161 kaki

persegi, restoran khusus dan kemudahan moden. Ia telah dibuka

pada bulan Jun 2000 dan diuruskan bersama dengan PNB

Management Services Sdn Berhad dan Darby Park (Management)

Pte Ltd.

(16)

bandar Port Dickson. Suasana yang tenang dan persekitaran

semula jadi yang menakjubkan menjadikannya satu destinasi

percutian yang sempurna untuk keluarga.

Pusat peranginan ini mempunyai 52 unit pangsapuri 3 buah bilik

tidur dan 4 buah bilik tidur serta bilik latihan dengan fungsi

kontemporari, dan kemudahan rekreasi termasuk pusat rekreasi

dalaman, bilik karaoke, kolam renang, taman permainan

kanak-kanak dan denai semula jadi.

Laman web:

http://www.ilhamresort.com

PNB Hotel Perdana di Kota Bharu, Kelantan yang telah

diperolehi pada tahun 2008, telah menyelesaikan proses menaik

taraf yang mempunyai 272 bilik.

Laman web:

http://www.hotelperdanakotabharu.com

P E N D I D I K A N & C S R

PNB telah melaksanakan pelbagai program pendidikan yang menyeluruh sebagai sebahagian daripada sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) ke arah meningkatkan

pembangunan modal insan untuk negara. Sebagai institusi pelaburan utama di negara ini, inisiatif pendidikan kami memberi tumpuan kepada pelaburan dan aktiviti kewangan yang berkaitan. Usaha-usaha ini disasarkan kepada orang ramai dari semua lapisan masyarakat dari sekolah menengah dan pelajar universiti sehinggalah golongan profesional dan orang awam.

Kolej ILMU PNB KELAB PELABURAN BIJAK 1MALAYSIA SEMINAR PELABURAN 360 1MALAYSIA MINGGU SAHAM AMANAH MALAYSIA KUIZ PELABURAN PNB 1MALAYSIA PROGRAM BIASISWA

(17)

YAYASAN TUN ISMAIL MOHAMED ALI BERDAFTAR PNB INVESTMENT INSTITUTE SDN BHD

(18)

P E R K H I D M ATAN S O K O N G A N

Penyelidikan dan Pembangunan

Penyelidikan adalah teras yang penting di dalam semua bentuk perniagaan yang berkaitan dengan pelaburan. Atas dasar tersebut, fungsi utama Jabatan Penyelidikan dan Analisa Teknologi adalah menjalankan penyelidikan kualitatif dan kuantitatif ke atas syarikat, industri, pasaran saham dan teknologi. Para juruanalisa professional kami sentiasa mengikuti

perkembangan setiap sektor bagi mengenalpasti kemungkinan yang akan berlaku yang akan memberi kesan ke atas syarikat, pelanggan, pembekal dan pesaing mereka. Ini adalah untuk memastikan bahawa portfolia yang dilaburkan oleh PNB sentiasa mempunyai nilai yang bertambah untuk tempoh jangka panjang.

Proses penyelidikan di PNB mengenalpasti syarikat yang mempunyai daya saing yang tinggi dan stabil, jangka hayat produk yang panjang, serta di dalam sektor yang memberangsangkan. Ini merangkumi tanggungjawab bagi mengenalpasti syarikat, sebaliknya yang mempunyai risiko tinggi dan prospek yang kurang memberangsangkan, bertujuan sebagai amaran awal kepada PNB dari melabur di dalam syarikat atau sector industri tersebut.

Proses penyelidikan di PNB juga melibatkan aktiviti meramal dan mengenalpasti perkembangan di dalam teknologi, pengurusan, polisi kewangan dan fiskal, di samping faktor politik sosial yang boleh mempengaruhi perundangan, permintaan dan penawaran, serta harga input bagi

pengeluaran di dalam pasaran tempatan dan luar negara yang berkaitan. Analisa teknologi pula memfokus ke arah mengenalpasti perubahan di dalam teknologi yang berpotensi untuk

membentuk industri baru menggantikan teknologi yang lapuk atau tidak digunakan lagi. Jabatan Penyelidikan dan Analisa Teknologi juga memfokus kepada perbandingan global, di mana bersesuaian, membabitkan syarikat persendirian, syarikat awam atau syarikat modal teroka di dalam sektor yang sama, yang beroperasi di dalam pasaran, perundangan dan ekonomi yang pelbagai.

Perubahan dan aliran di dalam industri unit amanah juga sentiasa diikuti bagi memastikan PNB kekal berdaya saing dan terus menyumbang sebagai warga korporat yang bertanggungjawab kepada bangsa, agama dan negara. Falsafah dan budaya korporat kami menggalakkan kemajuan professional bagi melahir dan seterusnya mengekalkan juruanalisa yang bertauliah dan berpengalaman bagi memastikan penyelidikan yang komprehensif di dalam bidang kemahiran masing-masing.

(19)

Teknologi Maklumat

Sambutan hangat pelabur terhadap tawaran awal ASN pada tahun 1981 memerlukan PNB menaikkan taraf sistemnya untuk menangani permintaan. Usaha ini meletakkan PNB sebagai pengguna teknologi canggih sehingga ke hari ini. Penglibatan PNB dalam penggunaan dan pemanfaatan kuasa ICT di Malaysia kurang diketahui, tetapi ia telah membantu meningkatkan tahap mutu perkhidmatan beberapa agensi utama.

Pada tahun 1981, strategi aksesibiliti PNB bergantung kepada rangkaian agensi pihak ketiga dari seluruh negara – satu inovasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan kekal unik di dunia. PNB perlu membina satu rangkaian dalam talian yang mampu menghubungkan agen-agen dalam masa sebenar. Walaupun ini dapat dilaksanakan dengan agak mudah dengan bank-bank yang menjadi ejen PNB, Pejabat Pos merupakan satu cabaran yang besar pada masa itu kerana sistem komputernya adalah minimum dan Internet masih lagi bertahun-tahun di hadapan. Untuk mengatasi masalah ini, pada tahun 1990, PNB telah menanggung kos pengkomputeran sistem transaksi Pejabat Pos untuk memastikan pelabur mempunyai akses dalam talian untuk

pelaburan mereka dengan PNB. Projek ini juga membolehkan Pejabat Pos kemudiannya memanfaatkan sistem yang dipasang ini untuk menguruskan transaksi untuk

pelanggan-pelanggannya yang lain seperti Tenaga Nasional dan Telekom Malaysia, agensi-agensi kerajaan seperti JPJ dan JPN, dan syarikat-syarikat sektor swasta seperti Astro dan Maxis.

Pengurusan Kualiti

Tinjauan

Kualiti ialah asas di sebalik kejayaan perniagaan kami. Sebagai sebuah organisasi perkhidmatan kewangan dan pelaburan utama dengan kepentingan besar dalam ekonomi tempatan dan global yang berubah-ubah, PNB bangga bahawa semua produk dan perkhidmatan yang diberikan kepada pihak berkepentingan, rakan perniagaan dan pelanggan dengan standard kualiti tertinggi.

Di PNB, pengurusan kualiti menyeluruh dilihat sebagai satu usaha bersepadu untuk

mendapatkan kelebihan daya saing melalui penambahbaikan yang berterusan bagi setiap aspek proses perniagaan organisasi ini. Ini ialah asas kepada falsafah yang membentuk PNB hari ini. Dari penggunaan kaedah kuantitatif hingga kepada peningkatan perkhidmatan, sama ada masa kini atau untuk masa hadapan, PNB percaya bahawa keperluan dan kehendak pelanggan perlu

(20)

didahulukan. Dengan menggunakan sistem pengurusan kualiti menyeluruh yang

mengintegrasikan teknik pengurusan asas, usaha penambahbaikan yang sedia ada dan alat teknikal di bawah pendekatan berdisiplin yang memberi tumpuan kepada penambahbaikan yang berterusan, PNB yakin dapat memberi kepuasan kepada pelanggan di semua peringkat.

ISO

ISO (Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa) merupakan gabungan antarabangsa badan pemiawaian negara-negara di dunia yang mengeluarkan Standard Antarabangsa. Standard Antarabangsa ini menyatakan spesifikasi produk, perkhidmatan dan amalan yang baik, yang terkini ke arah pengurusan yang lebih cekap dan berkesan. Tujuannya adalah untuk

memudahkan pertukaran barangan dan perkhidmatan di peringkat antarabangsa dengan menyediakan satu set standard yang diiktiraf dan dihormati oleh sesiapa sahaja.

Sekretariat Pusat ISO terletak di Geneva, Switzerland dan ia telah ditubuhkan pada tahun 1947. ISO mempunyai keahlian dari 163 buah negara dan 3,368 buah badan teknikal yang menjaga pembangunan standard.

Standard Antarabangsa ISO memastikan produk dan perkhidmatan adalah selamat, dipercayai dan berkualiti baik. Di dalam dunia perniagaan, ia adalah alat strategik untuk mengurangkan kos dengan mengurangkan pembaziran dan kesilapan dan meningkatkan produktiviti. Ia membantu syarikat-syarikat mengakses pasaran baru, memberi peluang sama rata bagi negara-negara membangun dan memudahkan perdagangan global yang bebas dan adil.

Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001

ISO 9001 adalah Standard Antarabangsa untuk Sistem Pengurusan Kualiti (QMS). Ia menyediakan organisasi satu set prinsip yang memastikan pendekatan sistematik kepada pengurusan aktiviti perniagaan untuk mencapai kepuasan pelanggan secara konsisten. Keperluan ISO 9001disokong oleh lapan prinsip pengurusan:

organisasi yang berfokuskan kepada pelanggan

kepimpinan

penglibatan semua pihak memastikan pendekatan proses

pendekatan yang sistematik kepada pengurusan pendekatan fakta dalam membuat keputusan

(21)

hubungan pembekal yang saling menguntungkan penambahbaikan yang berterusan

Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008

MS ISO 9001:2008 dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia (DSM), iaitu badan standard dan akreditasi kebangsaan. Standard Malaysia ini sama dengan ISO 9001:2008, Sistem Pengurusan Kualiti – Keperluan, yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO). Standard Malaysia adalah sejajar dengan atau mengguna pakai standard antarabangsa setakat yang mungkin.

Jabatan Standard melantik SIRIM Berhad sebagai ejen untuk membangunkan Standard Malaysia. Jabatan ini juga melantik SIRIM Berhad sebagai ejen pengedaran dan penjualan Standard Malaysia.

SIRIM QAS International Sdn. Bhd, anak syarikat milik penuh Kumpulan SIRIM telah menerima tauliah daripada Jabatan Standard Malaysia (STANDARD MALAYSIA) dan the United Kingdom Accreditation Service (UKAS) untuk melakukan audit MS ISO Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) dan memperakui organisasi yang ingin menerima pensijilan MS ISO QMS.

PNB telah berurusan dengan SIRIM QAS International untuk pensijilan MS ISO 9001:2008.

PERNIAGAAN

Pengurusan Kualiti

Pensijilan ISO (bagi menggantikan Akreditasi ISO 9002)

Komitmen PNB ke arah meningkatkan kualiti amalan pengurusan dan proses kerja dalam usaha penambahbaikan yang berterusan dibuktikan melalui pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001.

Dengan menerima pakai Standard Antarabangsa, sistem pengurusan kualiti di PNB telah mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh bagi memenuhi keperluan dan harapan pelanggan dengan mengaplikasikan lapan prinsip utama pengurusan ISO yang merangkumi kepimpinan, fokus kepada pelanggan, pendekatan sistem dalam pengurusan, pendekatan fakta dalam pengurusan, hubungan pembekal yang saling menguntungkan dan penambahbaikan yang berterusan.

Sejajar dengan permintaan yang berubah-ubah dan keperluan persekitaran hari ini yang kompetitif, PNB sentiasa mengikuti perkembangan terbaru Piawaian Antarabangsa. Kenaikan

(22)

taraf pensijilan ISO kepada semakan terkini mencerminkan kesediaan PNB untuk terus meningkatkan dan menyokong aspek-aspek perniagaan yang penting seperti kecekapan, integrasi, ketekalan dan ketelusan dalam organisasi.

Perjalanan dan komitmen PNB ke arah penambahbaikan berterusan dalam Sistem Pengurusan Kualitinya ditunjukkan dalam jadual di bawah:

SYARIKAT MS ISO 9002: 1994 TARIKH PENSIJILAN MS ISO 9001:2000 MS ISO 9001:2008

Amanah Saham Nasional Berhad 17 Disember 1997 5 November 2002 5 November 2009

Permodalan Nasional Berhad – IDRA 19 Oktober 1998 27 September 2002 12 Ogos 2009

Pelaburan Hartanah Nasional Berhad 3 September 1999 17 September 2002 27 Ogos 2009

Bahagian Hartanah PNB 5 Oktober 1999 6 November 2002 10 September 2009

PNB ILHAM Resort 29 Ogos 1999 29 Ogos 2006 1 Ogos 2009

PNB Darby Park - 3 November 2006 7 Ogos 2009

MS 1900:2005 Sistem Pengurusan Kualiti - Keperluan dari Perspektif Islam

Standard Malaysia ini telah dibangunkan oleh Jawatankuasa Teknikal bagi Sistem Pengurusan dari Perspektif Islam di bawah kuasa Jawatankuasa Standard Industri untuk Standard Halal. Ia bertujuan untuk memastikan organisasi diuruskan selaras dengan prinsip-prinsip dan amalan sistem pengurusan kualiti dari perspektif Islam. Sebagai tambahan kepada ISO 9001 yang sedia ada, keperluan Syariah telah digabungkan.

PNB Darby Park dan PNB ILHAM Resort telah berjaya memperoleh dan mengekalkan pensijilan MS 1900:2005 masing-masing sejak 10 Oktober 2008 dan 1 Oktober 2010. Dengan pensijilan tersebut, PNB Darby Park dan PNB ILHAM Resort dijamin dapat menyediakan perkhidmatan yang mengikut landasan Syariah seperti dapur dan restoran halal, pangsapuri bersih, dan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan boleh dipercayai.

P E N G U R U S A N AS E T

PNB merupakan salah satu pengurus aset terkemuka di Malaysia. Kami mempunyai kepakaran untuk menguruskan pelbagai portfolio yang memberikan pulangan kompetitif kepada pemegang unit. Kami memastikan kepentingan pelabur kami dilindungi pada setiap masa.

(23)

Kami mempunyai pengalaman lebih daripada 35 tahun dan rekod prestasi yang terbukti dalam menguruskan pelbagai aset pelaburan yang terdiri daripada ekuiti dan hartanah di peringkat domestik dan antarabangsa. Pasukan pelaburan profesional kami yang berdedikasi sentiasa berusaha untuk memperkenalkan produk-produk baru dan memastikan pelaburan yang dibuat memberikan pulangan yang kompetitif.

Sebagai pemain utama dalam industri unit amanah, PNB telah mengukuhkan reputasinya sebagai sebuah institusi yang layak menggerakkan dan menguruskan dana rakyat. Penyertaan lebih daripada 11.6 juta pemegang akaun dalam produk yang kami tawarkan mencerminkan keyakinan orang ramai terhadap prestasi dan kebolehan kami.

Kejayaan ini telah dicapai melalui pengurusan dana yang memberi pulangan yang mapan dan kompetitif; dengan mengekalkan tahap profesionalisme dan disiplin yang tinggi serta berhemah dalam merangka strategi pelaburan kami.

Proses Pelaburan

Kami mengamalkan proses pelaburan yang dinamik dan berdisiplin berdasarkan:

Analisis fundamental dan berasaskan penyelidikan

PNB melabur dalam syarikat-syarikat kukuh yang menjana pulangan pelaburan yang positif sama ada daripada peningkatan modal dan / atau pendapatan dividen. Pemilihan saham adalah berdasarkan kepada analisis dan penelitian teliti pasukan pasukan penganalisis kami yang kemudiaannya akan mengemukakan cadangan pelaburan.

Pendekatan atas ke bawah dan bawah ke atas

Penyelidikan ini memberi tumpuan kepada faktor-faktor makroekonomi, dan fundamental syarikat yang tertentu. Ia dilaksanakan oleh pasukan penganalisis dan ahli ekonomi dalaman kami. Khidmat penganalisis dan ahli ekonomi luar juga memberi sokongan dalam membentuk pandangan alternatif mengenai keadaan ekonomi, sektor dan saham.

Penekanan kepada pengurusan risiko yang aktif

PNB menggabungkan beberapa lapisan pengurusan risiko di seluruh rantaian proses pelaburan yang direka untuk mengesan dan bertindak balas kepada pelbagai trend dan pergerakan pasaran untuk menghadkan risiko kelemahan portfolio dan memaksimumkan pulangan jangka

(24)

panjang. Walaupun kami adalah pelabur jangka panjang, peruntukan aset yang dinamik dan keseimbangan yang tepat pada

Referensi

Dokumen terkait

Bahan Cara Perolehan/ Sumber Dana/ Status Barang/ Penggunaan Tahun Perolehan Ukuran Barang / Konstruksi (P,SP,D) Keadaan Barang (B,KB,RB) Harga BAST/ Kontrak/ ID

dofota-fotahi baindo, mina nahumunda desumbele manu suamindo, kalau mereka lakukan itu maka nantinya bayi akan menyerupai itu juga, dan itu sudah ada yang

40 Tahun 2007 digunakan sebagai bentuk badan hukum perbankan yang utama yang menempatkan kedudukan dan kewenangan pemegang saham yang terhimpun dalam RUPS sebagai

Inti dari sambutan Wakil Kepala Dinas Pari- wisata, yaitu diawali mengucapkan terima kasih atas kepedulian dari Universitas Ciputra Surabaya, yang telah memberikan pelatihan

Radioisotop 198Au yang dihasilkan dikarakterisasi dengan mengukur aktivitas, waktu paruh, energi, yield, kemurnian radionuklida dan kemurnian radiokimia serta ukuran

“Telah merasakan nikmatnya iman, orang yang rela menjadikan Allah sebagai Rabbnya, Islam sebagi agamanya, dan Muhammad sebagai Rasulnya.” (HR. Wahai ibuku, hendaklah

(1) Ketentuan umum pengenaan disinsentif merupakan pedoman bagi pemerintah daerah dalam mengenakan disinsentif pada kawasan yang dibatasi atau dikendalikan

Alhamdulillahirabbil’alamin, segala puji dan syukur penulis panjatkan kepada Allah SWT atas segala nikmat dan anugerah-Nya, serta izin-Nya Tugas Akhir yang berjudul