• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 1: PENGENALAN. Malaysia. Pembelajaran bahasa asing ini telah berkembang dalam pembelajaran dari

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 1: PENGENALAN. Malaysia. Pembelajaran bahasa asing ini telah berkembang dalam pembelajaran dari"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

BAB 1: PENGENALAN.

Bahasa Arab (BA) merupakan satu subjek yang tidak asing lagi dipelajari di Malaysia. Pembelajaran bahasa asing ini telah berkembang dalam pembelajaran dari peringkat Pra Sekolah sehingga ke peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT). Ini adalah disebabkan pendedahan secara meluas akan kepentingan pembelajaran bahasa tersebut. Antara faktor utama penularan pembelajaran bahasa ini adalah kerana agama iaitu Agama Islam. Sumber utama bagi mendapat pengetahuan ilmu agama ini adalah

Al-Quran yang menggunakan bahasa Arab (BA) sebagai bahasa pengantar. Al-Qur’an

adalah sumber ajaran Islam yang utama. Al-Qur’an adalah wahyu Allah yang diturunkan kepada Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW. Al-Qur’an dijaga dan dipelihara

oleh Allah SWT: Kaelany HD (2009). Bukan sekadar itu sahaja bahkan bahasa ini juga

digunakan untuk melakukan amal ibadat yang disyariatkan kepada penganut agama tersebut.

Pembelajaran BA yang bermula dari Pra sekolah hingga ke peringkat IPT melalui beberapa tingkatan dan tahap umur dan keperluan pelajar tersebut. Contohnya pembelajaran di peringkat pra sekolah dan sekolah rendah pembelajaran bahasa ini lebih tertumpu kepada mengenal huruf, mengetahui cara menyebut dengan betul dan mengetahui beberapa makna perkataan yang di terjemahkan di dalam bahasa pertama.

Manakala di peringkat menengah pula beberapa kaedah berkaitan di dalam BA dipelajari oleh pelajar yang ingin memahami tatabahasa bahasa tersebut. Lebih-lebih lagi pelajar yang mengambil subjek BA sebagai subjek elektif di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Di peringkat ini juga terdapat pelajar yang mempelajari bahasa asing ini untuk mereka memahami dengan lebih mendalam dan bertujuan untuk menyambung pelajaran ke negara-negara yang menggunakan bahasa tersebut sebagai

(3)

bahasa pengantar. Kebanyakan dari pelajar tersebut ingin menyambung pelajaran di dalam bidang ilmu keagamaan.

Di IPT pula pembelajaran bahasa ini tertumpu kepada kehendak pelajar mengikut pengkhususan yang diambil. Namun begitu terdapat IPT yang meletakkan BA ini sebagai subjek major atau subjek institusi yang wajib diambil pelajar bagi IPT berkenaan. Ini adalah kerana terdapat beberapa buah fakulti di sesebuah IPT yang menggunakan BA sebagai bahasa pengantar, bahan bacaan serta bahasa bahan rujukan bagi subjek tertentu. Contohnya ia menjadi subjek yang penting sekiranya seorang pelajar itu mengambil jurusan Pengajian Islam yang mempelajari ilmu-ilmu Islam yang menggunakan bahan bacaan dalam BA seperti di UIAM, UKM dan lain-lain.

Walaupun pembelajaran bahasa ini telah bermula dari peringkat pra sekolah hingga peringkat yang lebih tinggi namun penguasaan secara keseluruhan di kalangan pelajar-pelajar tersebut masih di tahap yang rendah. Pembelajaran BA meliputi tatabahasa atau qawaid, gaya bahasa atau uslub serta budaya bahasa tersebut yang diperlukan untuk menguasai empat kemahiran iaitu kemahiran bertutur, kemahiran mendengar, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

Antara tajuk utama di dalam mempelajari tatabahasa adalah „maṣdar‟

atau diterjemahkan sebagai kata terbitan. Maṣdar atau kata terbitan ini berpunca dari kata kerja

ṣadara, iaitu gabungan huruf

„ ‟

„Ṣād‟,

„ ‟

„Dāl‟ dan

„ ‟

„Rā‟‟

yang memberi maksud keluar atau sumber.

Menurut al-Sayyid Ahmad Al-Ḥāshimī dalam kitab al-Qawāid al-Asāsiyyah

(4)

kejadian yang sunyi dari menunjukkan waktu atau masa, iaitu asal bagi himpunan segala derivasi‟

Abd al-Ghaniy al-Duqr (1986:343) mendefinisikan maṣdar ialah kata nama yang

menunjukkan perbuatan sahaja. Manakala Fakhr ad-Dīn Qabawat (1988:130) menjelaskan definisi maṣdar ialah kata nama yang menunjukkan perbuatan yang tidak terikat dengan masa.

Topik ini merupakan salah satu aspek yang penting di dalam mempelajari ilmu nahu BA. Perkara ini banyak diperbincangkan di dalam beberapa buah kitab nahu hasil karangan ulama‘-ulama‘ bahasa yang mu‘tabar. Ini menunjukkan bahawa tajuk ini amat penting bagi seorang pelajar memahami tatabahasa BA. Secara umumnya tajuk ini dipelajari meliputi setiap lapisan pengajian terutama di peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Manakala di tempat kajian penulis iaitu di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Perak tajuk ini dipelajari oleh pelajar BA di dalam dua semester.

Oleh yang demikian maṣdar ini bukanlah asing di kalangan pelajar bahasa tersebut. Berdasarkan penyataan di atas kajian ini dibuat untuk melihat tahap penguasaan pelajar di dalam bidang binaan maṣdar dan penggunaannya. Di samping melihat permasalahan yang timbul menyebabkan kerencatan bagi pelajar untuk memahami dan mengaplikasikannya di dalam penggunaan BA yang baik.

1.1 MASALAH KAJIAN.

Walaupun tidak keseluruhan pelajar mempelajari BA di peringkat sekolah menengah namun subjek yang diperkenalkan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) (2006:5) ini bermatlamatkan adalah:

(5)

Pengajian BA di peringkat menengah bermatlamatkan untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran-kemahiran bahasa yang empat iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta memperaktiskannya berdasarkan kepada situasi tertentu, menambahkan pembendaharaan kata mereka, menguasai kaedah-kaedah nahu, saraf dan bahan hafazan terpilih dan meningkatkan kemampuan mereka menggunakan bahasa dengan betul. Di

samping menyemai nilai-nilai Islam dan akhlak yang mulia. Ini bermaksud

pembelajaran ini bertujuan untuk menyemaikan nilai-nilai murni yang di terapkan di dalam Islam yang menitikberatkan akhlak yang baik.

Oleh yang demikian tidak hairanlah kebanyakan institusi pengajian tinggi awam dan swasta meletakkan BA sebagai bahasa wajib dipelajari. Di antara matlamatnya adalah bagi menerapkan nilai-nilai tersebut. Namun begitu terdapat juga faktor-faktor yang lain.

Dari sudut penguasaan BA pula, Ismail Ibrahim dalam Ab. Halim Mohamad (2002:10) menyatakan bahawa, kalau kita meninjau ke sekolah-sekolah menengah agama di seluruh negara dan meninjau pendapat guru-guru sekolah tersebut tentang pencapaian BA pelajar di sekolah-sekolah menengah dan pensyarah-pensyarah BA di universiti, mereka menyatakan bahawa mutunya telah jatuh begitu rendah, pencapaian pelajar-pelajar begitu lemah dan menurun.

Ab. Halim Mohamad (2002:9) pula menyatakan bahawa tahap penguasaan BA dalam kalangan pelajar-pelajar yang telah melepasi peringkat sekolah menengah yang berjaya memasuki pusat-pusat pengajian tinggi tempatan adalah lemah, khususnya daripada segi penguasaan frasa Arab. Mereka banyak melakukan kesalahan bahasa dari segi frasa selain daripada unsur-unsur nahu yang lain sama ada ketika bercakap, membaca teks atau menulis.

(6)

Oleh yang demikian dapatlah dilihat bahawa permasalahan ini bukan hanya menular di peringkat sekolah menengah bahkan di pusat-pusat pengajian tinggi tidak terkecuali menanggung kelemahan yang sama walaupun pelajar tersebut telah didedahkan dengan pembelajaran BA di peringkat awal persekolahan lagi.

Permasalahan ini timbul berdasarkan beberapa faktor yang dikenal pasti. Di dalam dapatan kajian Ismail Hj. Ibrahim (1974:14) menyatakan bahawa di antara masalah utama yang dihadapi oleh orang-orang yang bahasa asalnya bahasa Melayu dalam mempelajari BA ialah:

a) Masalah fonologi atau sebutan huruf-huruf Arab yang tidak ada dalam

Bahasa Melayu seperti

.

b) Masalah morfologi atau penambahan yang begitu banyak dalam satu kata dasar BA dan agak asing bagi Bahasa Melayu seperti kata (kataba)

yang menjadi

dan kemudian dan sebagainya.

c) Masalah struktur ayat yang tidak ada dalam Bahasa Melayu seperti

dalam Bahasa Melayunya “pergi Muhammad”

d) Masalah transliterasi atau menulis perkataan Arab dalam Bahasa Melayu yang tidak mempunyai satu sistem yang seragam dalam melahirkan bunyi-bunyi huruf Arab yang asing bagi Bahasa Melayu seperti disebutkan dalam masalah fonologi (a) di atas.

(7)

e) Masalah kata pinjaman dari BA yang menimbulkan masalah sebutan bagi orang-orang yang berbahasa Melayu. Contohnya nama-nama Arab yang

telah dimelayukan; Halīm

(

)

dalam BA telah bertukar menjadi Hālīm

(

)

apabila di tulis di dalam Bahasa Melayu. Begitulah juga Fātimah

(

)

, Nūr ad-Dīn menjadi Nūrdīn dan sebagainya.

Walaupun kajian literatur ini dianggap sudah lama iaitu kajian yang dibuat pada tahun 1974 namun ia dianggap releven kepada penulis kerana permasalahan berkaitan topik ini masih timbul dari semasa kesemasa. Kenyataan ini dikuatkan apabila Azlan Abdul Rahman (2003) menulis di dalam disertasinya berkaitan pencapaian pelajar dalam menguasai topik ini.

Di dalam himpunan elemen atau tajuk di dalam ilmu nahu BA, maṣdar merupakan satu tajuk yang penting dikuasai oleh pelajar untuk memahami dan mengaplikasi BA dengan kaedah yang betul. Ini adalah kerana maṣdar banyak dikaitkan dengan tajuk-tajuk lain di dalam nahu Arab.

Kelemahan pelajar untuk menguasai beberapa tajuk penting terutamanya

maṣdar menjadi punca kepada kelemahan pelajar menguasai BA secara

keseluruhan. Kekeliruan yang timbul di dalam mengaplikasikan maṣdar dari sudut binaan dan fungsi menjadikan pembelajaran bahasa menjadi sukar dan berada di tahap yang rendah.

Menurut Azlan Abdul Rahman (2003:4) kelemahan pelajar untuk memahami maṣdar adalah berpunca dari beberapa faktor berikut iaitu:

(8)

a) Kelemahan memahami dan menggunakan maṣdar menghalang pelajar daripada menguasai BA dengan baik.

b) Wujud kelemahan dalam pembelajaran maṣdar Arab.

c) Kekeliruan membezakan jenis, fungsi, dan pola maṣdar menyebabkan mereka sering melakukan kesilapan dalam pertuturan dan penulisan.

Di antara bahagian yang menjadi permasalahan bagi kalangan pelajar adalah pembinaan maṣdar sama ada dari sudut fi„l thulāthī, atau ghayr thulāthī serta pemahaman mengenai fungsi dan penggunaannya. Di mana pelajar tidak dapat mengenal pasti sesuatu maṣdar sekali gus menyebabkan kerumitan para pelajar mendapatkan makna tepat dari kamus BA itu sendiri. Justeru itu ia menjadi satu masalah yang perlu dirungkai oleh pengkaji bagi menjawab persoalan ini.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN.

Kajian ini akan mengkaji beberapa perkara berdasarkan beberapa objektif yang dirangka bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul, iaitu:

a) Mengumpulkan tajuk maṣdar dari sumber primer dan skunder berkaitan sukatan pembelajaran tajuk ini di sebuah IPTS di Perak

b) Melihat penggunaan dan pemahaman fungsi maṣdar di dalam pembelajaran

mereka.

c) Mengenalpasti punca permasalahan yang berlaku dalam pembelajaran dan

pemahaman berkaitan binaan maṣdar di kalangan pelajar.

d) Mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut seterusnya

(9)

1.3 SOALAN KAJIAN.

Berpandukan kepada latar belakang kajian, pernyataan masalah kajian dan objektif kajian yang telah di huraikan, disertasi ini ingin mengkaji dan menjawab beberapa persoalan yang berikut:

a) Apakah sukatan serta bahan pengajaran yang digunakan dalam mendefinisi dan menerangkan tajuk yang berkaitan maṣdar dan binaannya?

b) Apakah aspek yang tidak dapat dikuasai oleh pelajar dalam bab berkaitan maṣdar dan binaannya?

c) Apakah sebab berlaku kesukaran pelajar untuk menguasai dan memahami penggunaan binaan maṣdar ini?

d) Apakah jalan penyelesaian yang berkesan bagi pelajar melayu menguasai topik ini?

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN.

Kajian ini menunjukkan pengkaji ingin melihat tahap pencapaian pelajar dalam menguasai dan mengaplikasi penggunaan maṣdar dan binaannya. Di

mana dalam tinjauan awal penulis, maṣdar dan binaannya merupakan salah satu

tajuk yang sukar difahami di kalangan pelajar. Dengan demikian itu kajian ini dibuat untuk melihat dan merungkai punca permasalahan dan kekeliruan yang berlaku.

Menurut kajian yang lampau terdapat beberapa kajian yang menyentuh perbincangan mengenai maṣdar contohnya seorang pengkaji iaitu Abdullah Tahmin Hj. Abdul Latiff (1994:131) dengan tajuk “Maṣdar Mu‟awwal: Suatu Analisis”. Dalam kajian beliau ini ia cenderung untuk membincangkan

(10)

Manakala kajian yang dijalankan oleh Azlan Abdul Rahman (2003:4) di dalam tajuknya “Penggunaan Maṣdar Di Kalangan Pelajar Melayu: Satu Kajian Kes” lebih menumpukan tentang kajian penggunaan maṣdar di kalangan pelajar Melayu.

Pada 2004 juga satu lagi kajian yang berkaitan dengan maṣdar dijalankan iaitu “Maṣdar Thulāthī Mazīd: Aspek Pola dan Semantik oleh Ummi Syarah Ismail (2004:9) iaitu pengkaji membuat kajian yang berkaitan salah satu dari bahagian di dalam maṣdar iaitu jenis-jenis thulāthī mazīd iaitu kajian yang berkaitan dengan morfologi BA.

Manakala pada 2007 kajian maṣdar dihuraikan lagi oleh Noor

Shamsinar Zakaria (2005:5)iaitu “Analisis Penggunaan Maṣdar Ṣarih dalam

Surah Al-Luqmān”. Kajian ini lebih menumpukan penggunaan maṣdar Ṣarih di

dalam sebuah surah di dalam al-Quran.

Walaupun telah ada beberapa kajian yang dibuat namun kajian ini lebih tertumpu kepada gabungan di antara dua bahagian penting di dalam maṣdar iaitu binaan dan penggunaannya. Di samping itu juga kawasan pengkajian yang berbeza dan latarbelakang responden yang berlainan dengan kajian-kajian yang lepas memberi kecenderungan pengkaji untuk meneruskan kajian.

1.5 METODOLOGI KAJIAN.

Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan beberapa metod seperti pengumpulan data dari teks atau turath Arab mengenai tajuk yang di jalankan, mengkaji silibus pembelajaran di tempat kajian dan menganalisis data yang diperolehi dari kajian lapangan. Secara amnya kajian ini menggunakan 2 metod yang berbeza iaitu:

(11)

1.5.1 Kajian Perpustakaan.

Metod ini digunakan oleh pengkaji untuk mencapai maklumat secara

terperinci mengenai tajuk yang dibincangkan iaitu konsep maṣdar dan

kepentingannya di dalam pembelajaran tatabahasa BA. Pengkaji perlu untuk melihat sumber utama dan skunder untuk mendapatkan teori-teori yang telah di bawa oleh pengkaji bahasa atau para sarjana bahasa untuk mendapatkan maklumat secara terperinci bagi tajuk kajian pengkaji. Di dalam metod ini pengkaji akan menganalisis bahan pengajaran yang digunakan di dalam pembelajaran di tempat kajian.

1.5.2 Kajian Lapangan.

Bagi kajian lapangan pula pengkaji akan menggunakan beberapa instrumen kajian iaitu ujian dan soal selidik ke atas responden yang dipilih secara rawak. Responden yang dipilih terdiri daripada pelajar yang telah

mempelajari tajuk binaan maṣdar, fungsi dan penggunaannya. Pengkaji

menggunakan instrumen ini untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap penguasaan pelajar iaitu pemahaman dan penggunaan tajuk tersebut.

Instrumen ujian dijalankan terhadap pelajar untuk menilai kemampuan pelajar terhadap penguasaan tajuk maṣdar. Soalan-soalan yang dikemukakan meliputi beberapa topik sukatan pembelajaran yang dipelajari di dalam kelas. Soalan yang luar dari sukatan tidak diberikan di dalam soalan ujian ini.

Berkaitan borang soal selidik pula terdapat tiga bentuk soalselidik yang digunapakai dalam kajian ini iaitu:

(12)

a) Soal selidik yang berkaitan dengan latar belakang pelajar.

Soal selidik ini lebih tertumpu kepada ciri responden yang di pilih iaitu pengkaji ingin mendapatkan data mengenai latar belakang pelajar seperti umur, jantina, pendidikan, pengalaman belajar BA dan sikap untuk mempelajari bahasa ini.

b) Soal selidik berkaitan pembelajaran dan pengajaran BA.

Pengkaji ingin mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan sikap pelajar terhadap pembelajaran nahu secara keseluruhan dan terhadap tajuk kajian secara terperinci. Bentuk soalan yang diberikan berperingkat dari yang mudah kepada yang lebih sukar untuk melihat tahap pencapaian dan penguasaan pelajar.

c) Soal selidik berkaitan maṣdar secara menyeluruh.

Soal selidik ini dijalankan untuk pengkaji memperolehi maklumat berkaitan tahap penguasaan pelajar dalam disiplin binaan maṣdar serta fungsi dan penggunaannya. Pelajar akan disoal mengenai pemahaman dan aplikasi yang dapat dilakukan berdasarkan soalan-soalan yang diberi.

Berpandukan soal selidik yang dijalankan, dapatan kajian ini akan di analisis secara deskriptif iaitu pengkaji dapat menggunakan peratusan, min dan taburan skor untuk menghasilkan maklumat yang berkaitan dengan latar belakang responden dan sikap terhadap pembelajaran dan penguasaan tajuk maṣdar. Pengkaji juga akan mempamerkan hasil dapatan kajian di dalam beberapa bentuk seperti graf dan jadual untuk kemudahan pembaca menilai dan memahami data yang telah dikaji.

Instrumen temubual digunakan untuk menghasilkan dapatan kajian beberapa perkara berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan luar kelas. Temubual ini dijalankan terhadap tenaga pengajar yang

(13)

mengajar subjek dan topik yang menjadi tajuk kajian penulis. Penulis menggunakan kaedah temubual semi-struktur dalam kajian ini.

1.6 BATASAN KAJIAN.

Batasan bagi kajian ini adalah hanya tertumpu kepada tajuk maṣdar dan binaannya mengikut sukatan pelajaran di lokasi kajian sahaja. Iaitu meliputi permasalahan yang timbul di kalangan tajuk ini sahaja tidak menyentuh tajuk lain di dalam ilmu nahu BA.

Tajuk-tajuk yang menjadi perhatian dalam kajian ini adalah bab binaan maṣdar dari aspek maṣdar thulāthī dan ghayr thulāthī , termasuk juga aspek

maṣdar al-Mīmī dan penterjemahan sahaja. Manakala dari sudut penggunaannya

pula, kajian ini lebih tertumpu kepada penggunaan yang melibatkan fungsi maṣdar dan terjemahan sahaja. Hubungan dengan elemen yang lain tidak di kaji di dalam kajian ini kerana ia di luar skop silibus pembelajaran BA di tempat kajian.

Kajian ini dilakukan kepada responden yang terdiri dari 42 orang pelajar yang dipilih secara rawak dari kalangan pelajar Kolej Islam Darul Ridzuan, Kuala Kangsar, Perak. Pelajar-pelajar tersebut adalah dalam kalangan pelajar yang telah menduduki kelas pengajian BA secara berperingkat dari semester kedua, ketiga dan keempat iaitu subjek Lughah „Arabiyyah I (LA I), al-Lughah al-„Arabiyyah II (LA II) dan al-al-Lughah al-„Arabiyyah III (LA III).

Responden ini dipilih kerana jumlah pelajar yang terhad di institusi tersebut dan penulis hanya dapat mengumpulkan kesemua pelajar tersebut pada masa kajian dijalankan. Pelajar-pelajar lepasan tiga subjek ini akan bertambah dan berkurang mengikut keadaan semasa.

(14)

1.6.1 Pengenalan lokasi kajian dijalankan.

Kolej Islam Darul Ridzuan telah ditubuhkan pada tahun 1999 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Pada September, 1999 seramai 11 orang pensyarah perintis telah diambil bagi memulakan operasi penubuhan Kolej Islam Darul Ridzuan. Pada 4 Oktober, 1999 seramai 47 orang pelajar perintis telah diambil bagi mengikuti 3 program Pengajian iaitu Diploma Syariah Islamiyyah (SYA), Diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab (BKA) dan Diploma Usuluddin (USL).

Pada peringkat awalnya Kolej Islam Darul Ridzuan telah didaftarkan di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996 di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Kampus sementara Kolej Islam Darul Ridzuan terletak di Jalan Dato‟ Seri Shaari, Off Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh. Kampus ini telah dirasmikan oleh Kebawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 16 Oktober, 1999.

Pada 17 November, 2000 Dewan Undangan Negeri Perak telah meluluskan enakmen Bil.3 Tahun 2000, Enakmen Kolej Islam Darul Ridzuan yang menjadikan Kolej Islam Darul Ridzuan sebagai sebuah Badan Berkanun yang terletak terus di bawah Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Enakmen Kolej Islam Darul Ridzuan telah diluluskan oleh Dewan Negeri Perak pada 19 November 2001 dan telah diperkenankan oleh Ke bawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 6 Mac 2002 dan telah disiarkan untuk pengetahuan umum pada 28 Mac, 2002. Pada 24 Mei 2003 penubuhan Kolej Islam Darul Ridzuan telah didaftarkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

(15)

Kampus tetap Kolej Islam Darul Ridzuan telah siap dibina pada 30 April 2008 dan mula berpindah ke Kampus Tetap Kolej Islam Darul Ridzuan pada Mei 2008 dan pengambilan pelajar pertama di kampus ini bermula 2 Mei 2008.

Perasmian Kampus Tetap Kolej Islam darul Ridzuan, Kuala Kangsar telah disempurnakan oleh Ke bawah DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 16 Julai 2009.

(http://www.kiperak.edu.my/v2/index.php?option=com_content&view=article& id=63&Itemid=83)

1.6.2 Pengenalan Kepada Program Pengajian.

Kursus-kursus pengajian di Kolej Islam Darul Ridzuan telah mendapat pengiktirafan Akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmtan Awam (JPA) setaraf dengan Diploma dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan. Program-program pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Jadual 1.7.2.1: Senarai Program yang ditawarkan di Kolej Islam Darul Ridzuan.

Bil. Program

1 Diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab

2 Diploma Teknologi Maklumat

3 Diploma Perbankan dan Kewangan Islam

4 Diploma Perakaunan

5 Diploma Syariah Islamiyyah

6 Diploma Usuluddin

7 Diploma Pentadbiran Perniagaan

8 Diploma Pengajian Islam

9 Diploma Kaunseling Islam

10 Diploma Komunikasi Islam

(16)

Lepasan Diploma Syariah Islamiyyah (SYA), Diploma Usuluddin (USL), Diploma Bahasa dan Kesusasteraan Arab (BKA) berpeluang melanjutkan pengajian keperingkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Jordan, Universiti Yarmouk, Universiti Mu‟tah, Universiti Ahlu Al-Bayt dan Universiti Hashimiyyah di Jordan serta Universiti Muhammad Khamis, Universiti Al-Qarawiyyin di Morocco dan IPTA tempatan di seluruh Malaysia.

Dari segi pasaran kerja atau „Job Market‟ pula, graduan lulusan Kolej Islam Darul Ridzuan mempunyai peluang yang tinggi untuk bekerja samada di sektor awam atau swasta memandangkan graduan lulusan kolej memiliki pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA),

Syarikat-syarikat GLC dan Syarikat-syarikat swasta di Malaysia.

(http://www.kiperak.edu.my/v2/index.php?option=com_content&view=article& id=63&Itemid=83)

Senarai fakulti/sekolah/jabatan/pusat dalam PPT (dan kampus

cawangannya) dan bilangan program ditawarkan:

Jadual 1.7.2.2: Senarai Fakulti di Kolej Islam Darul Ridzuan.

Bil. Nama Fakulti/Sekolah/Jabatan/Pusat Bilangan Program

ditawarkan

1. USL 3 program

2. SYA 2 program

3. BKA 1 program

4. Fakulti Pengurusan 4 program

5. Fakulti Teknologi Maklumat 1 program

(17)

Jumlah Pelajar Tahun 2011

Jadual 1.7.2.3: Bilangan Pelajar di Kolej Islam Darul Ridzuan.

Jantina Bilangan pelajar Jumlah Tempatan Asing

Lelaki 326 7 333

Perempuan 502 0 502

Jumlah 828 7 835

1.6.3 Pengajaran bahasa Arab di lokasi kajian..

Kolej Islam Darul Ridzuan merupakan institusi Islam yang menerapkan pengajian Islam bagi semua fakulti termasuklah matapelajaran BA. Di mana BA merupakan subjek wajib di ambil bagi setiap fakulti. Namun begitu pembelajaran tersebut dibahagikan kepada beberapa tahap mengikut kesesuaian fakulti masing-masing.

Fakulti yang menggunakan bahasa pengantarnya BA sepenuhnya adalah seperti SYA, USL dan BKA. Bagi fakulti ini satu modul telah disediakan oleh pihak akademik kolej yang telah mendapat pengikitirafan oleh Malaysian Qualifications Agency atau akronimnya MQA. Subjek yang ditawarkan bagi fakulti tersebut ialah al-Lughah al-„Arabiyyah I, al-Lughah al-„Arabiyyah II dan al-Lughah al-„Arabiyyah III.

Untuk pemantapan BA di kalangan pelajar sebelum menduduki diploma ini pelajar harus menduduki peperiksaan penempatan BA untuk melihat tahap kebolehan pelajar tersebut. Sekiranya pencapaian di dalam peperiksaan tersebut tidak mencapai kepada tahap piawaian yang ditetapkan oleh pihak kolej, pelajar tersebut perlu memasuki kelas asas BA sama ada pada tahap satu atau dua.

(18)

Manakala bagi fakulti yang tidak menggunakan BA sebagai bahasa pengantar, subjek yang ditawarkan adalah BA I dan BA II. Ia merupakan subjek yang wajib diambil untuk memperolehi diploma.

1.7 RANGKA KAJIAN.

Penulis telah membahagikan kerangka kajian disertasi ini kepada lima bab iaitu:

Bab 1: Pengenalan.

Bab ini disusun sebagai pengenalan atau pendahuluan kepada disertasi ini. Bab ini membicarakan tentang beberapa tajuk iaitu pengenalan, masalah kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, metodologi kajian, batasan kajian dan kerangka kajian yang akan dijalankan.

Bab 2: Kajian Literatur dan Madar.

Bab ini pula membicarakan tentang kajian lepas yang telah dilakukan terhadap tajuk yang berkaitan dengan disertasi ini. Iaitu kajian yang berkaitan dengan ilmu tatabahasa di dalam BA dan permasalahan yang timbul. Di dalam ini juga menjelaskan hasil dapatan kajian terdahulu serta pendapat atau cadangan yang dikemukakan oleh ahli bahasa.

Dalam bab ini juga dipamerkan tajuk maṣdar mengenai definisi maṣdar serta binaannya mengikut peraturan nahu Arab. Di dalam bab ini penulis akan

membahagikan perbahasan mengenai maṣdar kepada dua bahagian iaitu

binaannya dan penggunaannya. Pembahagian ini dibuat mengikut peraturan dan disiplin serta silibus pembelajaran maṣdar iaitu binaannya yang terdiri dalam bentuk thulāthī dan ghayr thulāthī serta beberapa bab maṣdar yang telah

(19)

diterangkan sahaja. Seterusnya perbincangan fungsi dan penggunaannya maṣdar di dalam hubungan dengan beberapa perkara di dalam nahu Arab.

Bab 3: Pengajaran Bahasa Arab dan Metodologi Kajian.

Adalah bab yang membincangkan berkaitan pengajaran BA di lokasi kajian secara umum dan pengajaran tajuk maṣdar secara khususnya. Di dalam bab ini juga diterangkan mengenai susur galur pengajaran bermula dari pihak yang bertanggungjawab menyediakan pembelajaran BA di kolej tersebut sehingga topik-topik yang dipelajari di dalam matapelajaran BA yang ditawarkan kepada pelajar.

Bagi bahagian yang berikutnya penulis fokus di dalam bab ini adalah kaedah kajian yang digunakan oleh penulis untuk menghasilkan dapatan kajian selaras dengan objektif kajian yang dilakukan. Di dalam bab ini penulis menunjukkan rentetan aktiviti-aktiviti yang dilakukan sehingga disertasi ini dapat diselesaikan.

Bab 4: Dapatan Kajian dan Analisis.

Analisis dapatan kajian akan dibincangkan di dalam bab ini. Semua data dan maklumat yang diperolehi setelah kajian dijalankan dikumpul dan dihuraikan secara terperinci. Dapatan yang terhasil dari kajian ini akan dibentangkan di dalam bab ini dengan beberapa cara seperti jadual atau graf bagi memudahkan pencarian pembaca tentang dapatan kajian dan perbezaannya.

Bab 5: Rumusan dan Cadangan.

Bab kelima merupakan bab yang terakhir. Penulis akan menempatkan rumusan kajian dan kesimpulan yang dicapai. Cadangan kepada penyelesaian

(20)

masalah bagi soalan kajian ini akan diutarakan di dalam bab ini untuk rujukan kepada kajian yang mendatang.

1.8 KESIMPULAN.

Sebagai rumusan, penulis mengharapkan agar kajian ini dapat dilaksanakan dengan sempurna hingga ke akhirnya tanpa ada kesulitan yang menghalang penulis mencapai jawapan bagi setiap persoalan yang ditimbulkan. Semoga kajian ini serba sedikit dapat membantu di dalam memperbaiki kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran dan pembelajaran BA terutamanya berkaitan ilmu tatabahasa BA. Walaupun ia merupakan salah satu tajuk dari beberapa tajuk dalam perbahasan BA namun penulis berbesar harap agar kajian ini dapat membantu para pengkaji yang mendatang bagi menyelesaikan masalah pembelajaran bahasa ini pada masa akan datang.

Referensi

Dokumen terkait

Conviction atau cara untuk menimbulkan rasa percaya dalam benak wisatawan adalah dengan cara menuliskan kata-kata yang dapat meyakinkan sehingga wisatawan dapat

Melalui proses analisa data dari hasil penelitian, diperoleh gambaran bahwa kebijakan mutasi pegawai negeri sipil sangat berperan atau berkaitan erat dengan peningkatan

Konsepsi kebudayaan hukum lebih tepat, oleh karena kesadaran hukum banyak sekali berkaitan dengan aspek-aspek kognitif dan perasaan yang sering kali dianggap

Karakteristik morfologi fungi yang diamati meliputi karakteristik koloni fungi pada media PDA meliputi warna, aerial miselium, rata-rata pertumbuhan diameter fungi

beraturan total dari graf

b) Menyusun program kepengawasan berdasarkan visi misi tujuan dan program-program sekolah binaannya. c) Menyusun metode kerja dan berbagai instrumen yang diperlukan