• Tidak ada hasil yang ditemukan

Folio Usahawan Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Folio Usahawan Malaysia"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Contents

(2)

1 1.0 Pengenalan Folio

Usahawan bukan bidang yang asing lagi di Malaysia, kini menjadi minat golongan muda untuk mereka ceburi pada masa kini. Internet merupakan salah satu rangkaian antarabangsa yang menghubungi lebih 20 juta orang dari 100 buah Negara di seluruh dunia. Ia dianggap sebagai leburaya maklumat. Internet juga adalah salah satu sistem komunikasi untuk berhubung dengan orang ramai di seluruh pelusuk dunia. Selain itu, ia menjadi kepentingan bagi usahawan masa kini bagi meningkatkan pemasaran dan penjualan produk boleh dilakukan melalui laman web perniagaan dalam internet. Syarikat boleh menyampaikan maklumat tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat melalui laman web yang telah dibangunkan terlebih dahulu oleh syarikat dan boleh dihubungi melalui mel elektronik atau emel.

Penjualan produk pula dilakukan secara perdagangan elektronik atau dikenali sebagai e-dagang. Perkhidmatan internet yang lebih murah daripada perbelajaan komunikasi secara tradisional akan dapat menjimatkan kos perbelanjaan komuniskasi syarikat seperti bil telefon, faksimili, selain daripada ianya lebih selamat kepada kedua – dua pihak. Dengan adanya perkhidmatan memlaui internet dapat bayangkan betapa mudahnya pelanggan boleh membuat pelbagai tempahan pada masa yang singkat seperti tempahan tiket penerbangan, tempahan tiket wayang , tempahan produk kecantikan dan sebagainya.

Untuk mencapai wawasan 2020, kaum wanita kini lebih berani untuk menceburi bidang usahawan dan mengunakan kemajuan teknologi, seperti kemudahan internet untuk berhubung dengan ramai orang dalam berurusniaga. Ini membolehkan kaum wanita mengecapi kejayaan mereka di Malaysia mahupun luar negara pada masa kini.

Kaum wanita sememangnya dianggap lemah oleh kaum lelaki akan tetapi ada kekuatan disebalik kelemahan yang banyak membantu kaum lelaki dalam pelbagai aspek usahawan dalam Negara mahupun luar Negara pada masa sekarang. Usahawan

(3)

2

wanita di Malaysia semakin hari semakin banyak dan semakin berani menceburi bidang usahawan .

Penglibatan wanita dalam perniagaan telah menjadi salah satu agenda penting dalam rancangan Malaysia Ke Lapan. Kira – kira satu per tiga (1/3) daipada 57,411 orang usahawan yang telah menerima pelbagai bentuk bantuan kewangan dari kerajaan sehingga tahun 2003 adalah wanita dengan jumlah pembiayaan yang telah dikeluarkan sepanjang tempoh 12 tahun sehingga tahun 2003 sebanyak rm 1.6 bilion (New Straits Times).

Dengan itu, usahawan bukan untuk lelaki sahaja akan tetapi perempuan juga turut digalakkan menjadi usahawan dari secara kecil – kecilan sehinggalah menjadi usahawan yang berjaya mendapat nama di Malaysia dan luar Negara. Di bawah ini akan diterangkan usahawan wanita yang berjaya dan boleh contoh yang baik untuk memangkin semangat kaum wanita, cabaran – cabaran dan faktor – faktor kerjayaan usahawan wanita.

1.1 Usahawan Wanita di Malaysia

Dalam ekonomi Malaysia semakin hari berkembang, usahawan wanita di Malaysia semakin meningkat di bandar ataupun luar bandar dengan pelbagai produk masing– masing. Kini usahawan wanita lebih gemar berniaga secara online dan menjadi trend semasa, kerana lebih mudah, cepat, dan menguntungkan.

Dalam dunia siber kini, penyebaran maklumat melalui internet yang cepat dan berkesan, perniaga kini lebih senang mempromosikan produk masing–masing di dalam laman sesawang. Ramai wanita yang berniaga secara online mampu menjana pendapatan yang lumayan dan bersaing secara sihat dengan perniaga yang lain. Ini sekaligus membawa kelainan terhadap cara mempromosikan barang dan sekaligus dapat mengenakan harga yang berpatutan.

Bagi mereka yang tinggal di Luar Bandar, kerajaan memberi insentif atau pinjaman dari segi kewangan untuk menjalankan perniagaan. Ini sekaligus dapat menambah

(4)

3

pendapatan isi rumah, contohnya di Sarawak. Penghasilan keropok ikan, keropok ubi, keropok pisang, ikan masin dan keropok lekor oleh usahawan kecil disini dibekalkan dengan insentif dan mesin bagi penghasilan produk tersebut. Ini secara tidak langsung dapat menambah pendapatan isi rumah dan seterusnya dapat menjana ekonomi Negara.

Usahawan wanita kini semakin ramai menempah nama di dalam Negara. Di bawah adalah di antara senarai nama-nama tokoh yang tidak asing lagi dalam dunia usahawan di Malaysia: -

1. Faiza Bawumi Sayed Ahmad (Syarikat Faiza Sdn. Bhd – beras) 2. Caroline Russell (Boh Plantation Sdn. Bhd)

3. Datin Dr. Clara Lee ( Clara International Beauty Group Sdn. Bhd)

4. Datin Dr. Rehana Kassim (RehanStat Sdn. Bhd – perkhidmatan penyelidikan pemasaran)

5. Datin Paduka Siti Sa’sdiah Sheikh Bakir (Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Healthcare Berhad)

6. Dr. Wang Kim Ha ( Smart Reader Worldwide Sdn. Bhd) 7. Datin Sharifah Anisah (Nona Roguy)

(5)

4 2.0 Biodata Usahawan

Faiza Bawumi Sayed Ahmad adalah pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn Bhd Pada tahun 1964, beliau kelahiran Mesir ini telah berhijrah ke Malaysia kerana mengikut suaminya . Pada ketika itu, beliau mampu menguasai Bahasa Melayu dan fasih berbahasa Melayu setelah tiga bulan di Malaysia kerana sifat beliau yang peramah dan suka bergaul dengan jiran-jirannya. Meskipun sudah berusia lingkungan 60an, beliau yang mempunyai tujuh orang anak dan juga seorang nenek kepada 32 cucu sibuk masih giat merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini. Wanita yang berwatakan lembut itu sebenarnya seorang yang tegas. Beliau mahu memastikan syarikat yang ditubuhkan perlu berada di landasan betul, sekali gus mencatatkan keuntungan saban tahun. Puan Faiza yang sememangnya dilahirkan dalam keluarga yang juga bergiat dalam perniagaan. Berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil, beliau pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya. Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perniagaan. Setelah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata yang pertama, beliau mengikut suaminya berhijrah ke Malaysia. Puan Faiza mencari aktiviti berfaedah yang boleh dilakukannya bagi mengelakkan masanya terluang begitu sahaja. Beliau bermula dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal RM 4.00 dan menjual pelbagai barangan dapur. Beliau juga membeli kain ela dan membuat baju

(6)

5

gaun untuk anak-anak kecil jirannya. Kemudian beliau menghasilkan set sarung bantal. Hasil jahitan yang cantik dan kemas dijual kepada kawan-kawannya. Seterunya, beliau berniaga set ensiklopedia, diikuti bisnes pinggan mangkuk. Melalui bisnes kecil-kecilan ini, beliau menabung wang bagi menjadikan modal bisnes seterusnya.

Kemudian beliau menghasilkan rempah kari. Beliau membeli pelbagai rempah ratus seperti ketumbar, jintan, halba, cili kering, cengkih dan sebagainya untuk membancuh ramuan-ramuan tersebut bagi menghasilkan rempah kari ikan dan daging di bawah Jenama Bunga Raya. Semuanya dilakukan sendiri di rumah, daripada mencuci, menjemur dan mengoreng rempah ratus tersebut. Kemudian, beliau menghantarnya ke kedai bagi dikisar dan diedarkan.

Selang beberapa tahun kemudian, Puan Faiza membeli pula sebuah mesin pengisar dan membuka kedai runcit dengan modal daripada menjual rempah kari itu. Dari situ beliau mendapati bahawa pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain. Beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Puan Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam setelah mendapat maklumbalas positif atas usaha selidik beliau pergi dari satu kedai ke satu kedai bagi mendapatkan respon sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Para pelanggan yang melanggan rempah – rempah beliau turut membeli beras daripadanya.

Pada pemulaan, beliau agak buntu melihat satu lori treler penuh berisi beras diletakkan di hadapan rumah, namun beliau nekad dengan berusaha membungkus menggunakan jenama Bunga Raya dan menghantar ke kedai – kedai di seluruh johor. Perniagaan beliau mendapat persaingan yang agak sengit. Pada awal tahun 90an, syarikat telah mengambil peluang keatas kepekaan masyarakat pada ketika itu kepada cara pembuatan dan kandungan makanan. Syarikat mula memperkenalkan dengan sejenis kategori beras berkualiti dari Kartanaka, India.

(7)

6

Beras ini aadalah jenis beras “Ponni”. Menerusi produk berkualiti dan berkhasiat sesuai untuk pesakit diabetis, SFSB memperkenalkan beras “Ponni” ini ke seluruh Malaysia. Syarikat beliau kini telah di kenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus buatan Islam dan Halal. Beliau berharap dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapat produk yang bermutu tinggi dan tanpa was-was meragui status halalnya. Puan Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut bertungkus-lumus menentukan operasi syarikat berjalan lancar dan turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat berjalan lancar dan turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza Bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat. Puan Faizah berkata semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah.

Puan Faiza berkata pengalamannya berniaga, termasuk berurusan dengan orang lain membuka mindanya untuk menyedarkan masyarakat islam khususnya betapa perlunya mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain seperti yang diamalkan bangsa lain. Beliau sentiasa mencontohi keperibadian Nabi Muhammad S.A.W dalam menjalankan perniagaan serta dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin.

Keadaan ini, membuka mata wanita seluruh Malaysia dan menjadi contoh dan idola wanita di Malaysia, dari berniaga dari kecil-kecilan sehingga berjaya membuka sebuah Syarikat Faiza Sdn Bhd dan menjadi Penagarah Urusan di syarikat tersebut serta menempa nama di Malaysia dan menjadi jutawan yang menjual beras baik untuk kesihatan.

(8)

7 3.0 Latar belakang perniagaan

Syarikat Faiza telah ditubuhkan pada 1982 bersempena dengan nama pemilik syarikat iaitu Faiza Bawumi Sayed Ahmad . Syarikat ini melakukan aktiviti peruncitan sebagai perniagaan terasnya. Pada tahun 1992, syarikat Faiza secara rasmi ditubuhkan di bawah Syarikat FAIZA Sdn Bhd, (SFSB), dan menjalinkan modal usaha dengan Padiberas Nasional(BERNAS) pada tahun 1997.

Pada awal tahun 90an, syarikat telah mengambil peluang ke atas kepekaan masyarakat pada ketika itu kepada cara pembuatan dan kandungan makanan. Syarikat mula memperkenalkan dengan sejenis kategori beras berkualiti dari Kartanaka, India. Beras ini adalah jenis beras “ponni”. Setelah melihat pontensi beras “ponni”, SFSB memperkenalkan beras tersebut yang dipercayai baik untuk kesihatan, bagi menghidap diabetes obesity dan darah tinggi. Hingga hari ini di bawah jenama Taj Mahal, beras Faiza Herba Ponni telah diedarkan seluruh Malaysia .

SFSB juga telah menghasikan penegeluaran padi yang seiring dengan permintaan pengguna seperti Basmathi, beras Fragrant, Tahi Super Special dan beras Local. SFSB telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan Halal.

SFSB kini mempunyai tiga buah kilang di Selangor, Kedah dan Terengganu, SFSB mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak. SFSB kini juga meneroka bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos cili dan kicap selain dari rempah dan beras. Bagi produk bihun pula, syarikatnya telah menempah mesin dari China dan produk itu diproses di sebuah kilang lain juga di Sri Gading. Kilang tersebut mampu sebanyak Sembilan tan bihun sehari, namun pada peringkat awal Cuma memproses lima tan bihun dengan sasaran jualan sebanyak RM 12 juta setahun bagi tahun pertama.

(9)

8

Kekuatan SFSB, terletak pada daya penggerak yang bertenaga dan profeisonal dengan pengetahuan luas dan berpengalaman dalam bidang masing – masing yang mana ianya persediaan bagi bersaing dalam scenario pernigaan beras. Oleh itu, SFSB, tiada tolak ansur mengenai kualiti. SFSB sentiasa memandang ke hadapan untuk teknik-teknik lebih baik cara baik menjanakan, menyampaikan, berkomunikasi, mengalakkan, untuk member khidmat, menjual. SFSB percaya yang kejayaan boleh dicapai daripada apa yang dibuat dengan penuh kesungguhan. Kejayaan syarikat ini sememangnya telah cukup terkenal di Malaysia dengan berasnya yang baik untuk kesihatan bagi pesakit – pesakit diabetis dan lain – lain, dan telah menjadi jenama yang telah dikenali sehingga kini. Dengan kegigihkan, keberanian Puan Faiza sebagai wanita menceburi bidang usahawan ini telah memberi kejayaan atas usahanya selama ini berbaloi dan telah mencapai jutawan.

(10)

9 4.0 Cabaran Perniagaan

Cabaran-cabaran usahawan di Malaysia telah membantutkan usaha mereka dalam bidang usahawan dan mereka tidak berfungsi dengan baik mengikut keadaan semasa. Keadaan semasa kini banyak memerlukan tenaga kerja tidak mengira jantina lelaki ataupun perempuan dalam pelbagai bidang tetapi terutamanya dalam bidang usahawan.

4.1 Kekurangan Modal dan Pengurusan

Modal adalah sangat penting dalam perniagaan jika tiada modal tiada perniagaan yang dapat dijalankan, pada mulanya perniagaan modal adalah aset utama untuk menjalankan perniagaan selepas itu, pengurusan diperlukan untuk mengurus modal untuk perniagaan tersebut. Dahulu, sebelum adanya skim–skim bantuan kewangan yang dibekalkan oleh kerajaan, masalah kewangan merupakan satu cabaran besar memulakan perniagaan. Perniagaan yang dibuka dengan modal sendiri banyak mengakibatkan perniagaan mengalami peningkatan dan penurunan kerana pengurusan tidak berapa sistematik, sehingga jatuh bankrap.

Keadaan sebegini akan menjejaskan semangat usahawan wanita di Malaysia untuk memajukan perniagaan mereka sehingga berjaya. Jatuh bangun dalam perniagaan telah menjadi perkara biasa dalam perniagaan bagi usahawan wanita. Selain itu, pengurusan yang kurang baik juga akan menyebabkan perniagaan itu akan mengalami kerugian. Walaupun menggunakan modal sendiri atau secara pinjaman dengan bank, pengurusan kewangan perlu sistematik bagi memastikan tidak mengalami kerugian dalam pengunaan kewangan syarikat tersebut.

(11)

10 4.2 Peningkatan Kemajuan Teknologi

Kewujudan kemajuan Teknologi adalah salah cabaran dalam dunia usahawan dengan perubahan semasa, pelbagai teknologi berkembang sekarang dalam dunia usahawan bagi memudahkan kerja akan tetapi menjadi satu cabaran. Teknologi yang ada perlu dipelajari untuk memajukan perniagaan, usahawan wanita kebanyakkanya tidak beberapa pandai mengunakan teknologi yang ada.

Ini juga akan menyebabkan kos perniagaan akan meningkat kerana pengunaan teknologi dalam pernigaan, teknologi yang ada bukan sahaja mudah digunakan akan tetapi menyebabkan kos yang digunakan semakin meningkat. Seperti contoh kilang- kilang membuat makanan segera banyak mengunakan mesin dan berteknologi tinggi, mesin-mesin tersebut agak mahal akan tetapi perlu ditanggung oleh pemilik perniagaan tersebut.

Dalam dunia siber sekarang banyak mengunakan teknologi seperti perniagaan online mengunakan internet, tetapi penyelewengan, penipuan juga banyak juga berlaku ini adalah salahguna teknologi yang ada untuk mendapat keuntungan lebih. Ini menyebabkan perniaga-perniaga online mendapat kerugian kerana berlaku penipuan sebegini. Dalam kemajuan yang dikecapi sekarang semua perkara yang hendak dilakukan semua mengunakan teknologi yang sedia ada, ini juga menjadikannya salah satu cabaran kepada usahawan wanita di Malaysia, kerana cabaran dengan peningkatan teknologi ini, bukan mudah untuk hadapi usahawan wanita pada masa kini. Dengan adanya teknologi untuk memudahkan urusniaga bukan menjadikannya satu masalah.

4.3 Globalisasi/ Dunia Tanpa Sempadan

Kini dunia perniagaan semakin luas , usahawan wanita perlu bersaing bukan sahaja dengan persaingan dalam Negara dan luar Negara dalam pelbagai aspek. Dalam perniagaan mesti mengeluarkan sesuatu produk, produk yang hendak

(12)

11

dikeluarkan berkualiti,dengan harga yang berpatutan memenuhi kehendak pelanggan. Selain itu, dalam sistem penyampaian produk juga turut mempergaruhi cabaran keatas perniagaan. Seperti contoh syarikat KFC dan MCDONALD, dua syarikat ini bersaing dalam penjualan makan segera mereka, dalam masa itu menawarkan harga yang murah keatas produk makanan mereka walaupun kos pada masa kini semakin meningkat. Selain itu, untuk usahawan wanita yang dalam kosmetik dan fesyen dan sememangnya bersaing dengan produk luar Negara seperti produk kosmetik tempatan keluaran Sendayu Tinggi, dan Mustika Ratu dari luar Negara menjadi persaingan dengan produk tempatan. Ini juga agak membimbangkan atas usahawan wanita di Malaysia,selain itu,pelanggan juga memilih dan mengikut trend semasa dan lebih kepada produk dari luar Negara seperti produk kecantikan tersebut, dan produk tempatan kurang mendapat sambutan oleh pelanggan tempatan.

Pelanggan akan banyak keliru dengan keadaan semasa untuk memilih yang mana satu lebih baik bermutu dan memilih yang lebih baik, dan kini menjadi trend semasa memakan makanan segera kerana sibuk bekerja dan mengejar masa. Justeru, ini akan menyebabkan kerugian keatas perniagaan yang hendak dibuat nanti. Dengan itu, dalam bidang kosmetik pula memerlukan sokongan pelanggan tempatan untuk melariskan produk yang hendak dikeluarkan nanti. Dengan itu, cabaran ini akan menyebakan usahawan wanita bimbang ke atas situasi dan lebih berani mengambil risiko ke atas perniagaan yang diceburi oleh mereka.

4.4 Sumber semakin berkurangan.

Sumber adalah aset utama dalam perniagaan. Sumber yang semakin berkurangan akan menyebabkan penurunan prestasi peniagaan. Pengeluaran juga akan menjadi berkurangan dan sebaliknya permintaan yang tinggi dipasaran. Contohnya pengeluaran sumber beras, penanaman padi yang kena penyakit akan menjadi cabaran kepada perniaga beras kerana beras sahaja sumber utama perniagaan tersebut, masalah penyakit ini akan merumitkan lagi sesuatu perniagaan tersebut.

(13)

12

Selain itu, juga bencana alam seperti ribut banjir besar ini salah satu cabaran bagi perniaga beras. Ini kerana tanaman akan rosak akibat banjir tersebut menyebabkan kerugian besar yang perlu dihadapi oleh peniaga beras kerana keadaan ini tidak dapat dijangka akan berlaku keatas tanaman tersebut. Seterusnya serangan binatang perosak dan serangga perosak, ini juga menjadi cabaran kepada penanaman padi. Ini kerana binatang perosak, seperti burung pipit liar akan memakan padi, manakala tikus pula boleh mencemarkan padi. Serangga seperti belalang pula turut boleh merosakkan tanaman padi, dan perlu di racun. Kos sampingan seperti ini akan menyebabkan kerugian pada perniagaan tersebut.

4.5 Perubahan struktur demografi

Dalam perniagaan, usahawan banyak menerima cabaran, lebih-lebih lagi perniagaan yang besar. Struktur demografi pada masa kini semakin bertambah dari segi jumlah kaum wanita berbanding lelaki. Ini menyebabkan kebanjiran tenaga wanita dalam pasaran, yang memerlukan kemudahan dan suasana kerja yang berbeza daripada suasana biasa. Selain itu, jangka hayat yang semakin panjang disebabkan kadar kesihatan yang baik menyebabkan ramai pekerja menjadi matang dalam memilih pekerjaan. Hal ini akan menyebakan kaum wanita terlalu memilih pekerjaan dan timbul pengganguran. Ini adalah satu cabaran yang besar buat usahawan wanita. Oleh itu perubahan demografi seperti ini perlu di tangani dengan segera.

5.0 Rahsia dan Tips Kejayaan.

5.1 Pendidikan dan latihan kemahiran

Pendidikan amat penting dalam mencari pekerjaan. Ilmu yang dicari dalam bidang diminati bukan sahaja boleh dibawa ke mana-mana, tetapi ilmu yang dipelajari dalam semasa belajar hendaklah dipratikan dalam menjalani pekerjaan yang ceburi dan minati

(14)

13

dengan itu, pendidikan adalah salah satu faktor yang kejayaan usahawan wanita di Malaysia, tidak kira rendah sehingga tertinggi sekali.

Pendidikan kemahiran tertentu sangat penting untuk dalam menjalankan sesuatu perniagaan kerana kemahiran perlu ada, untuk mengunakan teknologi ataupun lain – lain. Kemahiran perlu ada sebelum menjalankan sesuatu perniagaan dan pengalaman contoh kemahiran membuat roti, kek dan lain – lain, cara mengunakan mesin perlu ada kemahiran khusus dalam bidang tersebut, bagi menjaga mutu produk yang dikeluarkan nanti. Kemahiran ini amat penting untuk generasi akan datang warisi kemahiran tertentu dan bidang tertentu untuk memulakan perniagaan dalam bidang tersebut.

Pendidikan dan Kemahiran perlu ada dalam diri usahawan wanita untuk memajukan diri, dalam bidang mereka ceburi nanti. Ini dapat memberi mereka memperlajari ilmu perniagaan untuk memajukan perniagaan sehingga berjaya. Dengan ada ilmu ini memberi pengetahuan selok belok perniagaan yang akan diceburi nanti, untuk menghadapi masalah – masalah ekonomi, untung rugi perniagaan dan menitik berat dalam pengurusan yang sistematik.

Referensi

Dokumen terkait

Dari penjelasan di atas bahwa salah satu tanda era globalisasi adalah kemajuan di bidang teknologi informasi. Kemajuan di bidang tersebut salah satunya internet, dalam hitungan

Kemajuan teknologi dan ekonomi negara yang semakin baik telah mendorong kepada peningkatan taraf infrastruktur di Malaysia. Salah satu kemajuan turapan jalanraya di negara ini

Tapi perkara membabitkan air, ia (perlu dibincang berasingan) adalah kerana ia membabitkan banyak perkara yang begitu rumit, terutama selepas perjanjian sedia ada berakhir pada 2061,

Seiring perkembagan ilmu pengetahuan dan teknologi yang sangat maju dan berpengaruh terhadap kemajuan bidang pendidikan. Salah satu dari perkembangan

Dari Salah satu fenomena dalam penelitian ini adalah dikarenakan fasilitas internet banking merupakan suatu inovasi dari kemajuan teknologi. Untuk diterimanya

Dari penjelasan di atas bahwa salah satu tanda era globalisasi adalah kemajuan di bidang teknologi informasi. Kemajuan di bidang tersebut salah satunya internet, dalam hitungan

Perkara-perkara mengenai keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja merupakan salah satu tanggungjawab utama pengurusan UNIMAS bagi memastikan setiap warga dan pihak lain

Jurnal Sains dan Teknologi | 26 menjadikannya salah satu biometrik dengan tingkat akurasi yang tinggi adalah seumur hidup tekstur iris yang dimiliki seseorang akan stabil, iris