• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap kesediaan guru dalam aspek pengetahuan dan keperluan latihan berfokuskan aplikasi KBAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tahap kesediaan guru dalam aspek pengetahuan dan keperluan latihan berfokuskan aplikasi KBAT"

Copied!
53
0
0

Teks penuh

(1)

TAHAP KESEDIAAN GURU DALAM ASPEK PENGETAHUAN DAN KEPERLUAN LATIHAN BERFOKUSKAN APLIKASI KBAT

ZARINA BINTI ABDUL RASHID

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal (Rekabentuk Instruksional dan Teknologi)

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(2)

DEDIKASI

Syukur ke hadrat Allah Taala dengan limpah kurnianya Projek Sarjana ini dapat dihasilkan. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Buat suami tercinta, Ibrahim bin Sulaiman dan anak-anak yang disayangi,

Aiman Yusuf, Sarah Nurfatihah, Alia Nurathirah dan Imran Danial Semoga apa yang dihasilkan ini menjadi inspirasi kepada kalian….

dan

Terima kasih kerana amat memahami dan sentiasa memberi sokongan

Mak dan Abah Hasnah bintiAbdul Raof Abdul Rashid bin Murad

Serta rakan-rakan seperjuangan MBT

Doa, dorongan dan sokongan tanpa jemu menjadikan perjalanan ini mudah

Buat penyelia yang dihormati Dr Azman bin Hasan

Terima kasih atas segala tunjuk ajar, semangat dan dorongan yang diberi… semoga Allah yang membalasnya

(3)

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana memberi kekuatan dan ilham kepada hambamu bagi menyempurnakan Laporan Projek Sarjana ini dengan sempurna.

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang sangat dihormati, penyelia projek ini Dr Azman bin Hasan atas sesegala bimbingan, tunjuk ajar dan sokongan di sepanjang tempoh penyelidikan ini. Terima kasih juga kepada panel penilai Dr Lee Ming Foong dan Dr Tamil Selvan a/l Subramaniam atas segala teguran dan komen bertujuan untuk penambahbaikan laporan ini.

Tidak lupa kepada semua warga pendidik di SMK Senggarang, SMK Dato Bentara Luar, SMK Dato Onn, SMK Tun Aminah dan SMK(P) Temenggung Ibrahim yang terlibat sebagai sampel dalam kajian ini. Kerjasama yang diberikan amat dihargai.

Juga ucapan tterima kasih kepada pihak pentadbir SMK Tun Ismail kerana memberi kerjasama sepanjang pengajian saya serta rakan-rakan sejawatan yang banyak membantu secara langsung dan tidak langsung. Rakan-rakan seperjuangan MBT, terima kasih kerana sentiasa bersama-sama dan saling menyokong antara satu sama lain sehingga ke titik akhir menempuhi cabaran suka duka dalam meningkatkan tahap pendidikan kita.

(4)

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kesediaan pengetahuan dan tahap keperluan latihan guru-guru dalam mengaplikasi KBAT dalam PdP. Kajian ini juga melihat perbezaan tahap kesediaan pengetahuan guru dan tahap keperluan latihan guru berdasarkan pengalaman mengajar guru-guru yang mengajar di tingkatan 3. Sebanyak empat persoalan kajian telah dibangunkan bagi mengenal pasti permasalahan kajian yang timbul. Reka bentuk kajian ini melibatkan analisis deskriptif dan inferensi berbentuk tinjauan yang melibatkan data kuantitatif. Instrumen kajian ialah borang soal selidik berskala Likert lima mata. Seramai 138 sampel guru daripada 5 buah sekolah model abad ke-21 daerah Batu Pahat Johor dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Model pengukuran Rasch telah digunakan bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian yang telah dibina. Hasil analisis menunjukkan tahap kesediaan pengetahuan guru dalam aspek pengetahuan berkaitan asas KBAT, pengetahuan dalam aspek pedagogi berunsurkan KBAT, pengetahuan dalam aspek pembinaan item KBAT dan pengetahuan dalam aspek pentaksiran adalah tinggi. Begitu juga dengan tahap keperluan latihan guru-guru juga tinggi pada keseluruhannya. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara guru-guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih daripada 20 tahun dengan tahap kesediaan pengetahuan. Selain daripada itu hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap keperluan latihan dengan guru-guru yang berpengalaman lebih daripada 20 tahun. Mereka kurang memerlukan latihan. Hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai garis panduan kepada guru-guru dan pihak-pihak yang terlibat agar dapat merangka sesi latihan yang berkesan agar pengetahuan guru-guru dapat ditingkatkan seterusnya dapat membantu guru-guru mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam PdP di bilik darjah.

(5)

ABSTRACT

This study was conducted to identify the level of knowledge and training needs of teachers in applying HOTS in teaching and learning process in classrooms. The study also looked at the different level of knowledge among teachers with different experience background and also the different level of training needs among teachers with different experience background. A total of four research questions were developed to study the problems of this study. The design of this study involved the descriptive and inferential analysis in the form of a survey using a questionaire as the research instrument. A total sample of 138 teachers from five schools in Batu Pahat, Johor were selected as respondents in this study. Rasch measurement model was used to determine the validity and reliability of the instrument. The findings indicate that the level of knowledge and training needs of teachers in applying HOTS during teaching and learning process in the classrooms are at the highest level. The study also shows that there is a significant difference between teachers with less than 20 years experience against the level of the teachers’ knowledge. There is also a significant difference between the teachers with more than 20 years experience against the level of their training needs. There is also a significant difference between the teachers with more than 20 years experience against the level of their training needs.Further studies can be conducted to improve the deficiency in this study. The findings are expected to provide information to the concerned parties to make improvements on the implementation of HOTS in schools.

(6)

KANDUNGAN PENGESAHAN TAJUK i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar belakang masalah 4

1.3 Penyataan masalah 11

1.4 Tujuan kajian 12

1.5 Objektif kajian 13

1.6 Persoalan kajian 13

(7)

1.8 Kepentingan kajian 15

1.9 Skop kajian 17

1.10 Batasan kajian 18

1.11 Definisi istilah dan operasi 19

1.12 Rumusan 23

BAB 2 SOROTAN LITERATUR 24

2.1 Pengenalan 24

2.2 Definisi kemahiran berfikir 24

2.3 Kajian berkaitan dengan kesediaan pengetahuan guru

26

2.3.1 Kesediaan pengetahuan berkaitan asas KBAT

26

2.3.2 Kesediaan pengetahuan berkaitan pedagogi

36

2.3.3 Kesediaan pengetahuan berkaitan pembinaan item KBAT

37

2.3.4 Kesediaan pengetahuan berkaitan pentaksiran

39

2.4 Konsep latihan 41

2.4.1 Kepentingan latihan 42

2.2.4 Bentuk-bentuk latihn kepada guru 44 2.5 Kajian berkaitan pengalaman guru dengan latihan 48

2.6 Tahap keperluan latihan guru-guru 49

2.7 Model dan teori 50

2.7.1 Teori expectancy 50

(8)

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 54

3.1 Pengenalan 54

3.2 Reka bentuk kajian 55

3.3 Populasi dan sampel kajan 56

3.4 Kerangka operasi kajian 59

3.5 Instrumen kajian 68

3.5.1 Borang soal selidik 62

3.6 Lokasi kajain 65

3.7 Kajian rintis 65

3.7.1 Kesahan soal selidik 66

3.8 Analisis kajian rintis 67

3.8.1 Analisis kebolehpercayaan item dan indeks pengasingan

68

3.8.2 Analisis kebolehpercayaan individu dan indeks pengasingan

71

3.8.3 Polariti item 72

3.8.4 Korelasi residual terpiawai item 73

3.8.5 Kesesuaian item 74

3.9 Kaedah pengumpulan data 77

3.10 Prosedur analisis data 77

3.11 Rumusan 80

BAB 4 ANALISIS KAJAN 81

4.1 Pengenalan 81

(9)

4.3 Data demografi responden 83 4.3.1 Analisis responden mengikut jantina 84 4.3.2 Analisis responden mengikut pengalaman

mengajar

84

4.3.3 Analisis responden mengikut latihan berkaitan KBAT 85 4.4 Dapatan kajian 85 4.4.1 Persoalan kajian 1 86 4.4.2 Persoalan kajian 2 91 4.4.3 Persoalan kajian 3 94 4.4.4 Persoalan kajian 4 99 4.5 Rumusan 105

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 106

5.1 Pengenalan 106

5.2 Perbincangan 106

5.2.1 Rumusan objektif kajian 1 107 5.2.2 Rumusan objektif kajian 2 114 5.2.3 Rumusan objektif kajian 3 118 5.2.4 Rumusan objektif kajian 4 120

5.3 Kesimpulan 123

5.4 Cadangan terhadap dapatan kajian 126

5.5 Cadangan untuk kajian lanjutan 128

5.6 Penutup 129

RUJUKAN 131

(10)

SENARAI JADUAL

3.1 Jumlah populasi kajian 57

3.2 Penentuan saiz sampel 58

3.3 Saiz sampel kajian sebenar 59

3.4 Skala pengukuran Likert bagi tahap pengetahuan asas KBAT

63

3.5 Skala pengukuran Likert bagi tahap pengetahuan dalam aspek pedagogi

64

3.6 Skala pengukuran Likert bagi tahap pengetahuan dalam aspek pembinaan item KBAT dan tahap keperluan latihan oleh guru

64

3.7 Pembahagian item –item dalam borang soal selidik 65 3.8 Intepretasi skor bagi nilai Alpha Cronbach 69 3.9 Nilai kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) kajian rintis 69 3.10 Kebolehpercayaan item dan indeks pengasingan 70 3.11 Kebolehpercayaan person dan indeks pengasingan 72

3.12 Analisis korelasi item 74

3.13 Item yang digugurkan 75

3.14 Ringkasan item dikekalkan dan digugurkan 76

3.15 Jadual skor min 78

3.16 Kaedah analisis data berdasarkan objektif dan persoalan kajian

80

4.1 Bilangan dan peratusan responden mengikut jantina 84 4.2 Bilangan dan peratusan responden mengikut

pengalaman mengajar

85

4.3 Bilangan dan peratusan responden yang pernah mengikuti latihan KBAT

(11)

4.4 Analisis setiap item bagi konstruk tahap kesediaan pengetahuan guru

86

4.5 Analisis setiap dimensi bagi aspek tahap kesediaan pengetahuan guru

90

4.6 Analisis bagi setiap item bagi konstruk keperluan latihan

91

4.7 Analisis setiap dimensi bagi aspek keperluan latihan 93

4.8 Analisis setiap konstruk 94

4.9 Perbezaan konstruk tahap kesediaan pengetahuan guru dengan pengalaman mengajar kumpulan 1 dan kumpulan 2

95

4.10 Perbezaan konstruk tahap kesediaan pengetahuan guru dengan pengalaman mengajar kumpulan 1 dan kumpulan 3

96

4.11 Perbezaan konstruk tahap kesediaan pengetahuan guru dengan pengalaman mengajar kumpulan 1 dan kumpulan 4

96

4.12 Perbezaan konstruk tahap kesediaan pengetahuan guru dengan pengalaman mengajar kumpulan 2 dan kumpulan 3

97

4.13 Perbezaan konstruk tahap kesediaan pengetahuan guru dengan pengalaman mengajar kumpulan 2 dan kumpulan 4

97

4.14 Perbezaan konstruk tahap kesediaan pengetahuan guru dengan pengalaman mengajar kumpulan 3 dan kumpulan 4

98

4.15 Analisis bagi perbezaan antara tahap kesediaan pengetahuan guru dengan pengalaman pengajar guru

98

4.16 Ringkasan perbezaan antara tahap kesediaan pengetahuan guru dengan pengalaman mengajar berfokus aplikasi KBAT

99

4.17 Perbezaan konstruk tahap keperluan latihan guru-guru dengan pengalaman mengajar kumpulan 1 dan

(12)

4.18 Perbezaan konstruk tahap keperluan latihan guru-guru dengan pengalaman mengajar kumpulan 1 dan kumpulan 3

101

4.19 Perbezaan konstruk tahap keperluan latihan guru-guru dengan pengalaman mengajar kumpulan 1 dan kumpulan 4

101

4.20 Perbezaan konstruk tahap keperluan latihan guru-guru dengan pengalaman mengajar kumpulan 2 dan kumpulan 3

102

4.21 Perbezaan konstruk tahap keperluan latihan guru-guru dengan pengalaman mengajar kumpulan 2 dan kumpulan 4

102

4.22 Perbezaan konstruk tahap keperluan latihan guru-guru dengan pengalaman mengajar kumpulan 3 dan kumpulan 4

102

4.23 Analisis bagi perbezaan antara tahap keperluan latihan dengan pengalaman mengajar guru-guru berfokuskan aplikasi KBAT

103

4.24 Ringkasan perbezaan antara keperluan latihan dengan pengalaman mengajar guru-guru berfokuskan aplikasi KBAT

(13)

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka konsep kajian 15

2.1 Model latihan Wood 52

3.1 Kerangka operasi kajian 67

(14)

SENARAI SINGKATAN

BPG - Bahagian Pendidikan Guru

DGF - Differential Group Functioning

DSP - Dokumen Standard Prestasi

JPU - Jadual Penentu Ujian

JSU - Jadual Spesifikasi Ujian

JPN Jabatan Pendidikan Negeri

KBAT - Kemahiran Berfikir Aras Tinggi KBAR - Kemahiran Berfikir Aras Rendah KBKK - Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis

KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia

PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PdP Pengajaran dan Pembelajaran

PISA - Program Penilaian Murid Antarabangsa PPPM - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PTMEA CORR - Point Measure Correlation

PT3 - Pentaksiran Tingkatan 3

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

TIMSS - Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa

(15)

SENARAI LAMPIRAN

A Senarai semak soalan temubual 146

B Surat kebenaran membuat kajian daripada KPM 151

C Carta Gantt 153

D Soal selidik kajian rintis 157

E Soal selidik kajian sebenar 166

F Borang pengesahan dan semakan soal selidik oleh pakar 175

G Analisis polariti item 183

H Analisis kesesuaian item 185

(16)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan merupakan salah satu bidang penting yang menyumbang kepada pembangunan negara. Pelajar di semua institusi pengajian sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah atau di institusi pengajian tinggi awam dan swasta adalah golongan sasaran yang menjadi tunggak kepada pembangunan negara. Dalam usaha menuju sebuah negara maju menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia perlu memiliki ilmu dan kemahiran untuk bersaing dengan negara maju yang lain. Sistem pendidikan yang ada kini, bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada rakyat. Ekoran daripada itu, pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memperbaiki dan meningkatkan sistem pendidikan di Malaysia. Mutakhir ini, KPM telah memberi penekanan terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang ditekankan dalam kurikulum kerana ia merupakan satu kemahiran abad ke 21 yang sangat diperlukan untuk membangunkan modal insan. Transformasi kurikulum pendidikan dalam PPPM 2013-2025 memberi penekanan kepada konsep KBAT atau High Order Thinking Skills (HOTS) yang berupaya melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kritis dan kreatif. Melalui PPPM 2013-2025, setiap pelajar disasarkan untuk mempunyai kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, pengetahuan, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Bagaimanapun segala kemahiran ini tidak terhasil dengan mudah kerana ia perlu dipupuk secara sistematik.KBAT memerlukan kita melakukan sesuatu terhadap maklumat, fakta dan idea yang diterima dengan memberi makna, menghubungkait maklumat, mengkategori dan memanipulasinya untuk membolehkan seseorang menemui makna dan kefahaman baru. Menurut Othman et al. (2010),

(17)

KBAT merupakan kemahiran berfikir seperti sintesis, analisis, memberi sebab, kefahaman, aplikasi dan penilaian. Manakala menurut Rhoades et al. (2009) pula, KBAT ialah kemahiran yang berkaitan dengan penyelesaian masalah dan proses pemikiran kritikal. Saavedra dan Opfer (2012) pula menambah, antara cabaran dalam abad ke-21 adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran pemikiran aras tinggi yang diperolehi melalui pembelajaran yang bermaknayang berlaku dalam komunikasi yang kompleks. Umum mengetahui, pada zaman serba canggih ini, proses globalisasi merangkumi pelbagai aspek seperti perubahan dalam teknologi, perubahan pasaran ekonomi, perubahan persekitaran dan perubahan dalam politik. Hal ini, meningkatkan keperluan negara untuk membangunkan kemahiran dan pengetahuan pelajar supaya dapat mengharungi cabaran dalam abad ke-21 ini. Justeru itu, guru dilihat sebagai insan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan aspirasi ini kerana guru merupakan insan terhampir dengan pelajar dalam menyampaikan ilmu pengetahuan.

Peranan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajarnya amatlah penting dalam melahirkan pelajar dan masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama. Menurut Jaafar dan Tamuri (2013) peranan guru adalah sebagai pemangkin dalam transformasi sistem pendidikan sesebuah negara bagi melahirkan generasi yang berintelek tinggi, berdaya saing dan kompeten dalam semua aspek. Dalam usaha untuk mengembangkan pemikiran murid, guru hendaklah sentiasa menyediakan ruang yang mencukupi bagi mengembangkan daya intelek muridnya. Pembelajaran di dalam bilik darjah akan menjadi lebih seronok, mencabar dan memberangsangkan apabila berlaku interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Oleh itu, guru haruslah memastikan KBAT dikuasai oleh murid agar dapat meningkatkan keupayaan belajar mereka kerana melalui KBAT, murid dapat mengawal, menentukan arah dan mengukur kemajuan pelajaran mereka. Pelbagai kaedah pengajaran boleh dilakukan oleh guru untuk mencapai tahap pemikiran murid yang tinggi. Guru perlu menyediakan situasi pembelajaran yang lebih kondusif dan mencabar agar sesi PdP tidak membosankan.

Pemilihan aktiviti yang sesuai dengan kebolehan dan minat murid boleh membantu mengurangkan masalah kurang daya fikir dalam kalangan murid. Guru boleh mengadakan sesi soal jawab secara terancang sehingga pelajar dapat menguasai aras rendah dengan baik kemudian guru boleh mempertingkatkan tahap aras berfikir melalui item-item soalan yang lebih mencabar berunsurkan KBAT. Seringkali berlaku

(18)

dalam bilik darjah apabila menjawab soalan pada aras tinggi, murid yang lemah terabai disebabkan mereka tidak mampu menjawabnya. Hal ini perlu ditangani oleh guru dengan bijaksana agar pelajar yang lemah ini mampu bersaing dengan rakan-rakan yang lain melalui pedagogi yang berkesan. Guru seharusnya mengambil inisiatif untuk menguatkan tahap pengetahuan mereka berkaitan aspek pengetahuan KBAT seterusnya memperbaiki corak pengajaran mengikut kehendak semasa. Maka jelaslah, adalah menjadi keutamaan kepada guru untuk meningkatkan tahap pengetahuan KBAT dalam PdP.

Hasrat kerajaan ialah untuk melahirkan guru yang berkualiti melalui PPPM 2013-2025 dengan menekankan pembangunan profesionalisme keguruan. Pelbagai program latihan kepada guru telah dirancang untuk meningkatkan pengetahuan dan pembangunan diri guru. Kebanyakkan program ini dijalankan di peringkat sekolah kerana ianya terbukti berkesan. Latihan-latihan yang dilaksanakan ini membolehkan guru terus meningkatkan tahap kemahiran mereka selaras dengan tahap kecekapan yang dijangkakan daripada seorang guru. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Khair Mohamad Yusof, pelbagai latihan atau kursus telah diberikan kepada guru untuk meningkatkan pengetahuan KBAT mereka. Guru-guru telah diberi latihan di peringkat PPD, JPN dan KPM melalui kursus pendek merentasi semua matapelajaran melalui Latihan Peningkatan Professional yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

Justeru itu, sesuatu yang dirancang dan dilaksanakan itu pasti mempunyai tujuan atau matlamatnya agar dapat menghasilkan impak yang diingini. Goetsch (2002), menyatakan kepentingan latihan ialah dapat melatih pekerja supaya mempunyai kemahiran kerja yang mantap, peningkatan pengetahuan kerja yang luas, kompetitif, sentiasa tip top dengan sebarang perubahan dan memastikan pekerja mengikut peredaran masa. Maka jelaslah, jika guru diberi latihan yang bersesuaian maka tahap pengetahuan berkaitan KBAT akan meningkat. Selain daripada menumpukan pengajaran berunsurkan KBAT dalam bilik darjah, guru juga boleh membina item-item soalan berunsurkan KBAT seterusnya melaksanakan pentaksiran yang berkesan terhadap murid mereka.

(19)

1.2 Latar belakang masalah

Berdasarkan kajian lepas, didapati pengetahuan berkaitan KBAT ini, bukanlah satu perkara baru dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sungguhpun program untuk melaksanakan kemahiran berfikir dalam pengajaran merentasi semua kurikulum matapelajaran telah dilancarkan semenjak tahun 1994 lagi, namun pelaksanaannya dalam PdP di sekolah masih kurang berkesan (Shah, 1997). Pencapaian ujian PISA 2009 dan 2012, menunjukkan kemahiran berfikir rakyat Malaysia masih rendah. Malaysia berada pada kedudukan satu pertiga terendah di dunia dalam kelompok 74 buah negara yang mengambil bahagian (Laporan OECD, 2012). Menurut kajian daripada Darus (2012), faktor yang menyumbang kepada pencapaian Malaysia yang sangat lemah dalam PISA 2009 dan 2012 ialah soalan-soalan dalam ujian PISA berbentuk teks yang panjang dan memerlukan murid membuat interpretasi, refleksi dan penilaian berdasarkan kehidupan sebenar berbanding soalan peperiksaan awam di Malaysia yang ringkas dan lebih tertumpu kepada rajah dan jadual sahaja. Di sini jelas menunjukkan kegagalan Malaysia mendapat tempat terbaik dalam keputusan PISA disebabkan pelajar-pelajar Malaysia gagal mengaplikasikan KBAT walaupun kemahiran berfikir ini telah diterapkan seawal tahun 1994 dalam kurikulum KBSM dan KBSR.

Selain daripada itu, dapatan ini dikukuhkan lagi dengan laporan kajian keperluan oleh Perunding Kestrel Education (UK) dan 21st Century School (USA) pada 2 November 2011 yang mendapati bahawa pemikiran aras tinggi dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah. Hal ini disokong oleh dapatan daripada kajian yang dilakukan oleh UNESCO (2011) yang menunjukkan guru-guru mengajar hanya untuk memenuhi keperluan peperiksaan. Proses PdP yang menekankan peperiksaan lebih mementingkan kebolehan pelajar mengingat kembali fakta secara tidak langsung mempengaruhi corak pengajaran guru untuk memberi banyak fakta dan mengutamakan penghafalan dan kurang menggalakkan pelajar untuk berfikir tentang fakta yang dipelajari (Philips, 1997). Justeru itu, pelajar tidak mempunyai masa untuk mengembangkan bakat, kebolehan dan potensi diri mereka dalam sesuatu bidang kerana cenderung menghafal apa yang disuap oleh guru mereka bagi tujuan mendapat gred yang baik dalam peperiksaan.

(20)

Akibat terlalu ingin menambah kuantiti pelajar yang mendapat A dalam subjek yang diajar, guru dilihat tidak berminat untuk mengamalkan teknik penyoalan aras tinggi. Mereka juga juga tiada kemahiran membina soalan terbuka aras tinggi kerana cenderung menyogok fakta kepada pelajar mereka. Kajian Sukiman et al. (2012) mendapati teknik penyoalan merupakan strategi yang sering digunakan oleh guru dalam PdP tetapi guru cenderung menggunakan soalan aras rendah. Penggunaan soalan pada aras rendah menyebabkan pemikiran pelajar tidak dapat dijana ke arah yang lebih kritis (King, 1994). Hal ini disokong oleh Kassim dan Zakaria (2014) yang mendapati, guru sebenarnya kurang mengamalkan soalan terbuka aras tinggi kerana mereka kurang berkebolehan menggunakan teknik penyoalan yang berkesan. Lantaran itu, maka Van Zee et al. (2001) telah mengemukakan beberapa cara bagi mencungkil pemikiran pelajar berasaskan strategi soalan lisan guru. Antaranya adalah soalan lisan bagi membina pemahaman konsep, soalan lisan bagi memberikan penjelasan terhadap suatu definisi dan mengamalkan keadaan senyap atau masa menunggu. Keadaan ini secara tidak langsung dapat menggalakkan pelajar melontarkan idea-idea yang lebih kreatif tanpa menyekat keupayaan berfikir mereka. Jelaslah jika KBAT diaplikasi dengan sempurna dalam PdP, ianya mampu melahirkan masyarakat yang mempunyai kemahiran pemikiran aras tinggi selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Saavedra dan Opfer (2012).

Akibat daripada kekalutan di atas, KPM telah menjalankan transformasi kurikulum dengan merangka PPPM 2013-2025 yang menekankan elemen KBAT dalam proses PdP. Kemahiran berfikir adalah antara enam ciri utama murid yang menjadi aspirasi KPM untuk cemerlang diperingkat global. Pelaksanaan KBAT dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2014 menampakkan kesungguhan kerajaan untuk memastikan sistem pendidikan Malaysia tidak lagi bergantung kepada kaedah hafal dan ingat tetapi lebih dinamik dengan melibatkan komponen KBAT. Usaha menerapkan KBATdalam PdP ini akan diteruskan lagi menjelang tahun 2016 di mana menurut Lembaga Peperiksaan (2013), peratusan soalan berbentuk pemikiran aras tinggi akan ditambah sehingga merangkumi 80% daripada keseluruhan soalan UPSR, 80% dalam PT3, 75% daripada keseluruhan soalan bagi mata pelajaran teras SPM dan 50% bagi soalan mata pelajaran elektif SPM.

Selain daripada itu pelaksanaan Pentaksiran Perasaskan Sekolah (PBS) telah diperluaskan kepada semua matapelajaran yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar

(21)

tingkatan 1, 2 dan 3. Soalan-soalan yang dihasilkan juga melibatkan soalan yang memerlukan pelajar menggunakan kemahiran berfikir untuk menjawab soalan dan tiada lagi soalan-soalan berbentuk aneka pilihan yang langsung tidak menggalakkan pelajar mengolah idea mereka. Justeru itu, guru-guru harus membuat anjakan paradigma daripada amalan pengajaran secara tradisional dengan mengubah cara mengajar, cara membina soalan dan cara pentaksiran dilakukan selaras dengan transformasi yang dianjurkan oleh kerajaan. Anjakan paradigma yang dilakukan ini memerlukan guru mempunyai pengetahuan yang jelas dalam ketiga-tiga aspek di atas. Untuk mengaplikasi KBAT dalam PdP maka semakin bertambah beban tugas guru. Guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai perubahan dalam bidang pendidikan sehingga terpaksa berhadapan dengan beban yang keterlaluan. Beban tugas yang banyak telah menimbulkan kerumitan, tekanan dan keletihan emosi kepada guru. Semasa mengaplikasi KBAT dalam bilik darjah guru perlu membuat perancangan rapi seperti menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang dapat merangsang kebolehan berfikir pelajar seperti lembaran kerja, objek, slaid tayangan, persembahan powerpoint, video, gambar dan lain-lain memerlukan kemahiran guru untuk memanipulasi segala alatan yang sedia ada. Menurut Kilani (2005), penggunaan BBM amat diperlukan agar pelajar mudah memahami pengajaran guru. Kenyataan ini disokong oleh Azmi dan Halim (2007) yang mendapati penggunaan BBM dalam bilik darjah boleh meningkatkan keberkesanan PdP guru di samping dapat menarik minat pelajar jika penggunaannya dirancang dengan teliti.

Kajian Valli dan Buese (2007) terhadap 150 orang guru mendapati bahawa hal ini menyebabkan tugas guru semakin bertambah dan meluas kerana mereka perlu memenuhi harapan daripada masyarakat hingga memberi kesan stres kepada guru. Tidak cukup dengan tugasan mengajar, guru pada hari ini terlalu dibebankan dengan tugas-tugas di luar bilik darjah seperti aktiviti kokurikulum, menghadiri mesyuarat, mengendalikan program pelajar, mengurus kerenah dan kebajikan pelajar serta tugas-tugas pengurusan (Lemaire, 2009). Malah, guru terpaksa memperuntukkan masa yang lebih untuk melaksanakan tugas-tugas berkaitan akademik dan bukan akademik antaranya perlu menghadiri kursus atau program yang dianjurkan oleh, KPM, JPN, PPD dan sekolah bagi membolehkan guru-guru meningkatkan pengetahuan berkaitan bidang tugas mereka.

Selain daripada itu, perlaksanaan elemen KBAT ke atas pelajar pada pentaksiran pula dilihat akan menambahkan lagi beban guru kerana terpaksa

(22)

menyediakan instrumen yang mengandungi item KBAT bagi menggalakkan pelajar berfikir aras tinggi. Dapatan kajian oleh Abu Naim (2013), telah mendapati 95.6% pentadbir bersetuju dan sangat bersetuju dengan penyataan bahawa guru-guru menggunakan masa yang lebih untuk membina dan menguruskan instrumen pentaksiran sehingga menyebabkan guru-guru menghadapi tekanan. Mereka terpaksa memilih bahan dan item pentaksiran mengikut aras kebolehan muridnya. Hal ini menyukarkan guru kerana sumber rujukan dan bahan bantu mengajar adalah terhad. Akibat kurangnya pengetahuan tentang latihan pembinaan item dalam pentaksiran, memaksa guru menggunakan sumber daripada buku-buku rujukan dan latihan yang berada di pasaran untuk memudahkan dan mempercepatkan guru memilih item-item berunsurkan KBAT semasa membuat pentaksiran (Othman, 2015). Selain daripada itu, ada di kalangan guru mengambil inisiatif sendiri dengan membina blog atau komuniti di laman sosial bertujuan untuk berkongsi apa sahaja dapatan atau instrumen yang berkaitan.

Peningkatan beban tugas ini menyebabkan ramai pendidik mengalami tekanan jiwa kerana mereka tidak mampu berdepan dengan kehendak perubahan dan tuntutan semasa. Tekanan sedia ada ini ditambah dengan ekspektasi daripada pihak sekolah, rakan sekerja, murid-murid, dan masyarakat yang inginkan pencapaian akademik cemerlang. Pada tahun 2011, peratusan kadar stress dalam kalangan pekerja di Malaysia menunjukkan guru berada pada tempat keempat dengan peratusan sebanyak 45.8 % berbanding pekerjaan-pekerjaan yang lain seperti jururawat, doktor dan sebagainya (Nasaruddin, 2011). Hal ini disokong oleh Rahim (2012) yang mendedahkan hasil kajiannya mendapati tugas guru yang sukar dan mencabar dapat mengundang stres yang hebat dalam kalangan warga pendidik ini. Mereka merasakan tugas yang pada asalnya merupakan tanggungjawab telah berubah menjadi satu beban. Guru cenderung melaksanakan tugas secara terpaksa dan sudah pastinya hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

Dalam Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, turut menyaksikan sektor pendidikan terus mendapat peruntukan terbesar apabila kerajaan memperuntukkan sejumlah RM41.3 billion bagi melaksanakan PPPM 2013-2025. Hal ini jelas membuktikan bahawa kerajaan memandang serius pelaksanaan intipati PPPM yang sangat menekankan KBAT dalam kalangan pelajar. Walaupun hal ini dilihat sebagai satu beban kewangan kepada kerajaan, namun kerajaan dilihat sangat komited

(23)

dalam usahanya untuk melahirkan warga Malaysia yang mempunyai pemikiran kreatif dan kritis seterusnya meletakkan negara setanding dengan negara-negara maju lain.

Antara faktor-faktor yang menjadi kekangan dalam mengaplikasi KBAT semasa proses PdP ialah pelajar itu sendiri. Menurut Chew (2014), sikap pelajar yang hanya belajar untuk mendapatkan keputusan cemerlang menghalang proses kemahiran berfikir mereka. Mereka hanya akan membaca bahan-bahan bacaan yang dijangka berpotensi disoal dalam peperiksaan. Hal ini diburukkan lagi dengan penekanan guru untuk menghabiskan sukatan (Philips, 1997). Yeeet al. (2010) menegaskan jika pelajar jarang menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi untuk menjana idea, maka mereka akan berhadapan dengan masalah untuk menyelesaikan masalah pembelajaran mereka. Justeru itu, aplikasi KBAT dalam PdP tidak akan berjaya.

Faktor sokongan kurikulum dan sekolah juga mempengaruhi aplikasi KBAT dalam PdP. Menurut Sukiman et al. (2012) dalam kajiannya, mendapati sebanyak 80.5% guru matematik menyatakan mereka bersetuju dan sangat bersetuju bahawa kurikulum sedia ada memberi peluang kepada mereka mengajar kemahiran berfikir. Walau bagaimanapun 81.3% setuju dan sangat setuju berkaitan sukatan terlalu banyak dan tidak memberi peluang kepada guru untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam PdP. Seramai 45.1% guru matematik setuju dan sangat setuju bahawa tumpuan kepada kemahiran berfikir menghalang proses pengajaran. Manakala 65% responden setuju dan sangat setuju bahawa penggunaan buku teks membantu dalam pengajaran berfikir. Selain daripada itu, kehendak pihak sekolah dan PPD yang ingin melihat kecemerlangan peratus kelulusan dengan mensasarkan sebahagian besar pelajar mendapat A dalam setiap matapelajaran menyebabkan aspek KBAT dipinggirkan. Guru cenderung menghabiskan sukatan dan membuat latih tubi bersama pelajar di samping membuat ramalan soalan-soalan yang dijangka diuji dalam setiap peperiksaan peringkat kebangsaan.

Namun, daripada faktor yang disenaraikan di atas didapati faktor guru dianggap sebagai faktor yang paling dominan kerana guru memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan aspirasi pendidikan dalam sesebuah institusi pengajian. Kualiti pendidikan banyak bergantung kepada kualiti guru kerana guru yang baik boleh membuatkan pembelajaran menarik dan dihargai oleh murid serta mampu merangsang tahap kognitif pelajarnya. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, guru akan melalui pelbagai bentuk perubahan samada di dalam atau di luar bidang tugasnya di antaranya ialah perubahan pelbagai teknik, kaedah serta pendekatan PdP

(24)

yang efektif, pembinaan item KBAT dan pentaksiran yang berkesan. Selain daripada itu, terdapat juga perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum serta penggunaan teknologi baru yang menuntut guru sama-sama turut serta dalam gelombang perubahan tersebut. Hal ini dijelaskan oleh (Ibrahim dan Majid, 2002) dalam kajian yang dilakukan oleh mereka. Oleh itu, guru sentiasa perlu bersedia dengan segala perubahan yang berkemungkinan akan berlaku dari masa ke masa.

Tinjauan awal yang dilakukan terhadap guru-guru tingkatan 3 mendapati terdapat permasalahan yang timbul semasa mengaplikasikan KBAT dalam PdP. Permasalahan ini dapat dikenal pasti melalui maklum balas dan reaksi yang telah diberikan. Protokol temubual ditunjukkan dalam LAMPIRAN A. Antara maklum balas yang diperoleh ialah:

saya tahu kepentingan KBAT tapi saya tak tau macam mana nak terapkan

KBAT semasa mengajar.

(Guru 1, komunikasi peribadi, Oktober 5, 2015)

…saya perlu menghabiskan sukatan secepat mungkin kerana kami perlu membuat latih tubi bersama pelajar sebelum peperiksaan bermula. Kalau nak ajar KBAT lebih baik ajar kelas bukan peperiksaan.

(Guru 2, komunikasi peribadi, Oktober 7, 2015)

…….saya tak pernah guna JSU untuk membina soalan. Saya selalu ambil soalan-soalan tahun-tahun lepas atau soalan-soalan dari buku-buku rujukan. Sekarang ni pihak JKD sering menyediakan soalan peperiksaan dan percubaan secara setara kerana markah setiap sekolah akan dimasukkan dalam SAPS. Analisa akan dibuat oleh pihak JKD untuk melihat pencapaian sekolah dalam daerah.

(Guru 3, komunikasi peribadi, Oktober 7, 2015)

……saya rasa tugas guru sekarang makin mencabar la dengan bermacam elemen baru yang menyusahkan. Kadang-kadang saya rasa tertekan dan jemu dengan kerjaya ni. Kalau ada pilihan memang saya nak pencen je. Malas lagi nak pikir…

(25)

Beberapa kajian yang dilaksanakan (Rajendran, 2008 dan Puteh et al., 2012) menunjukkan bahawa guru mempunyai kesedaran tentang kepentingan KBAT dalam PdP, namun mereka kurang kesediaan pengetahuan dan kurang kemahiran mengaplikasikan KBAT dalam PdP. Hal ini ditegaskan oleh Rajendran (2001) dalam kupasan kajiannya mendapati kesediaan guru semasa proses PdP bergantung kepada aspek pengetahuan berkaitan matapelajaran yang diajar, kemahiran untuk mengajar dan sikap yang perlu dimiliki untuk mengajar kemahiran berfikir dalam subjeknya. Selain daripada itu, guru haruslah berkemampuan untuk membudayakan KBAT dalam pembinaan item dan pentaksiran.

Ilmu pengetahuan merupakan aspek yang penting dalam menyediakan guru ke arah mendidik muridnya menyelesaikan masalah yang melibatkan KBAT. Namun, pengetahuan guru terhadap maksud KBAT itu sendiri kurang jelas. Pendapat ini disokong oleh Ball dan Garton (2005) mengatakan kebanyakan guru kurang bersedia dan ada dalam kalangan mereka tidak tahu menerapkan KBAT dalam PdP. Maka, tidak hairanlah jika guru-guru tidak mengutamakan atau tidak mengambil berat tentang aplikasi KBAT dalam PdP. Selain itu, semasa penyediaan bahan untuk membina item KBAT akan menjadi kesukaran kepada guru-guru yang tidak mempunyai pengetahuan berkaitan KBAT. Justeru itu, isu yang jelas timbul ialah guru kurang bersedia dari aspek pengetahuan berkaitan KBAT, melaksanakan pedagogi berunsurkan KBAT, membina item KBAT dan pentaksiran.

Menurut Fani (2011) usaha untuk menerapkan KBAT dalam PdP bukan satu tugas yang mudah. Hal ini juga ditegaskan oleh Salihudin (2011) bahawa kajian yang dibuat menerusi pemerhatian mendapati aplikasi KBAT dalam bilik darjah hanya pada tahap minimum sahaja dan ini membuktikan bahawa majoriti guru tidak memahami kaedah mengadun kemahiran berfikir ini dalam pengajaran (Ball dan Garton 2005). Guru di sekolah juga sering merungut kerana mengalami kekangan dalam usaha mengajar KBAT. Antara kekangan utama yang dihadapi ialah masa (Rhoades, Ricketts dan Friedel, 2009) kerana sibuk melengkapkan pengajaran silibus, kekurangan maklumat tentang kemahiran berfikir, tidak tahu kaedah mengajar kemahiran berfikir yang sesuai, tidak yakin dan tidak cukup latihan (Fani 2011) dan pendedahan terhadap KBAT. Disebabkan masalah ini, menurut Ghafar et al. (2015), latihan perlu dijalankan ke atas pekerja agar dapat meningkatkan potensi serta kualiti pekerja. Tambahan pula, menurut Mukherjee (2012), latihan yang ditekankan dalam organisasi akan mempengaruhi tingkah laku seseorang ke arah matlamat yang telah

(26)

ditetapkan. Maka di sini jelaslah, latihan yang berterusan akan mampu menyumbang kepada peningkatan kualiti kerja guru dan produktiviti serta meningkatkan imej organisasi pendidikan.

Dalam usaha menerapkan KBAT kepada pelajar, guru haruslah menggunakan kaedah, strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada kebolehan pelajar meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Maka faktor pengetahuan berkaitan KBAT haruslah dikaji dengan jelas agar tidak mengelirukan guru. Di sini jelaslah betapa pentingnya guru mempunyai pengetahuan untuk melaksanakan pedagogi, membina item dan pentaksiran berasaskan KBAT. Bagi guru-guru yang mempunyai pengetahuan yang kurang maka mereka seharusnya diberi latihan sewajarnya supaya kompetensi terhadap mengaplikasi KBAT ini dapat ditingkatkan.

1.3 Penyataan masalah

Berdasarkan perbincangan di bahagian latar belakang masalah yang menekankan isu berkaitan pengetahuan guru untuk mengaplikasi KBAT dalam PdP, didapati bahawa pelaksanaan pengembangannya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah masih kurang berkesan (Shah, 1997). Di sini jelas menunjukkan kegagalan Malaysia mendapat tempat terbaik dalam keputusan PISA disebabkan tahap kemahiran berfikir pelajar-pelajar Malaysia masih rendah walaupun kemahiran berfikir ini telah diterapkan dalam KBSR dan KBSM seawal tahun 1994 dalam kurikulum KBSM dan KBSR seperti yang dinyatakan oleh (Darus,2012). Pendapat ini disokong oleh Yunos

et al. (2010) yang menegaskan tahap penguasaan KBAT dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia sangat rendah. Hal ini disebabkan oleh guru gagal membudayakan KBAT semasa proses PdP.

Menurut Rajendran (2010), kesediaan guru semasa proses PdP bergantung kepada aspek pengetahuan berkaitan matapelajaran yang diajar, kemahiran untuk mengajar subjeknya dan sikap yang perlu dimiliki untuk mengajar kemahiran berfikir. Selain daripada itu, pengetahuan terhad yang dimiliki oleh guru berkaitan proses pembinaan item berunsurkan KBAT juga menyebabkan guru tidak yakin untuk menggubal item sendiri (LPM, 2014). Guru lebih cenderung untuk menceduk item-item sedia ada daripada buku-buku rujukan yang berlambak di pasaran (Mat Ali, 2006). Memburukkan lagi keadaan, guru gagal memantau kemajuan pembelajaran

(27)

murid dengan tepat serta mencungkil potensi sebenar anak didiknya. Seterusnya guru, membuat pelaporan yang kurang tepat kepada ibu bapa dan pelajar sehingga menimbulkan keraguan pelbagai pihak berkaitan pentaksiran (Talib dan Ghafar, 2009). Kajian daripada Hussin (2004) mendapati peningkatan pengetahuan guru boleh berlaku apabila guru didedahkan dengan isu-isu berkaitan melalui kursus, bengkel, seminar, persidangan dan forum berkaitan dengan pendidikan. Oleh yang demikian, satu kajian perlu dilakukan untuk mengenalpasti kesediaan guru-guru dari aspek pengetahuan dalam aspek pedagogi, pembinaan item dan pentaksiran serta keperluan latihan oleh guru-guru sekolah menengah harian di daerah Batu Pahat agar dapat meningkatkan pengetahuan mereka berkaitan KBAT seterusnya dapat membantu menghasilkan pelajar yang mampu bersaing di peringkat global

1.4 Tujuan kajian

Kajian ini bertujuan meninjau tahap kesediaan guru-guru dalam aspek pengetahuan iaitu pengetahuan asas KBAT, pengetahuan dalam aspek pedagogi berunsurkan KBAT, pengetahuan dalam aspek pembinaan item KBAT dan pengetahuan dalam aspek pentaksiran dalam PdP serta melihat tahap keperluan latihan guru-guru untuk meningkatkan pengetahuan mereka. Selain daripada itu kajian ini juga melihat sejauh mana perbezaan secara statistik tahap kesediaan pengetahuan guru dengan pengalaman serta perbezaan antara tahap keperluan latihan guru dengan pengalaman berdasarkan kumpulan guru-guru yang mengajar tingkatan 3 untuk mengaplikasi KBAT dalam PdP.

1.5 Objektif kajian

Secara khususnya kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai objektif seperti berikut: (i) Mengenal pasti tahap kesediaan dari aspek pengetahuan guru-guru di sekolah

menengah harian di Batu Pahat untuk mengaplikasikan KBAT dalam PdP. (ii) Mengenal pasti tahap keperluan latihan guru-guru di sekolah menengah harian

di Batu Pahat untuk mengaplikasikan KBAT dalam PdP.

(28)

dengan pengalaman mengajar guru-guru di sekolah menengah harian di Batu Pahat.

(iv) Mengenal pasti perbezaan keperluan latihan dengan pengalaman guru-guru di sekolah menengah harian di Batu Pahat.

1.6 Persoalan kajian

Dalam kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dikemukan untuk dijawab iaitu: (i) Apakah tahap kesediaan dari aspek pengetahuan guru-guru di sekolah

menengah harian Batu Pahat untuk mengaplikasikan KBAT dalam PdP? (ii) Apakah tahap keperluan latihan guru-guru di sekolah menengah harian di

Batu Pahat untuk mengaplikasikan KBAT dalam PdP?

(iii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan dengan pengalaman mengajar guru-guru di sekolah menengah harian di Batu Pahat untuk mengaplikasikan KBAT dalam PdP? (iv) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap keperluan latihan

dengan pengalaman mengajar guru-guru di sekolah menengah harian di Batu Pahat.

1.7 Kerangka konsep kajian

Satu kerangka konsep kajian telah dibina seperti dalam Rajah 1.1. Kerangka konsep kajian ini dibina berlandaskan objektif kajian dan persoalan kajian yang ditentukan sebelum ini. Menurut Iskandar (2008) kerangka konsep yang baik mestilah mempunyai (i) pembolehubah kajian yang jelas (ii) hubungan antara pembolehubah yang dikaji dan ada teori yang melandasinya serta (iii) kerangka konseptual perlu dinyatakan dalam bentuk diagram sehingga masalah yang wujud dapat dicari jawapan dengan mudah. Oleh itu, kerangka konsep kajian ini adalah bertujuan menjelaskan dengan mendalam mengenai jalan cerita kajian ini. Kerangka konsep kajian ini adalah hasil olahan pengkaji bagi membolehkan objektif kajian dicapai dan mampu menjawab soalan kajian. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan guru dalam aspek pengetahuan asas berkaitan KBAT, pengetahuan dalam

(29)

aspek pedagogi berunsurkan KBAT, pengetahuan dalam aspek pembinaan item KBAT dan pengetahuan dalam aspek pentaksiran dalam PdP serta tahap keperluan latihan oleh guru-guru yang berfokuskan aplikasi KBAT dalam PdP. Kajian ini juga mengkaji faktor lain yang dinyatakan dalam kerangka iaitu faktor pengalaman guru yang boleh mempengaruhi tahap kesediaan pengetahuan dan tahap keperluan latihan oleh guru-guru.

(30)

Input Proses Output

Rajah 1.1: Kerangka konsep kajian

1.8 Kepentingan kajian

Hasil kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan institusi yang terlibat dalam bidang pendidikan terutama dalam meningakatkan mutu PdP seperti pelajar, guru dan juga pihak KPM. Antaranya ialah:

(i) Guru

Hasil kajian ini akan memberi implikasi penting kepada guru kerana ia dapat melihat sejauh mana tahap pngetahuan guru dan tahap keperluan latihan untuk membudayakan KBAT dalam PdP. Bagi melaksanakan tugas ini dengan berkesan guru seharusnya mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam KBAT, pedagogi, bina item dan

Pembolehubah bebas

Pembolehubah bersandar

Aplikasi KBAT oleh

gur u Tin gk atan ti ga Tahap kesediaan pengetahuan Keperluan latihan Tahap keperluan latihan Pengetahuan:  KBAT  Pedagogi  Bina item  Pentaksiran Pengalaman

(31)

pentaksiran. Hasil kajian ini dapat memberi maklumat penting kepada guru dari segi panduan yang dapat digunakan untuk melaksanakan proses PdP denagn lebih berkesan. Justeru itu, guru juga diharap dapat merancang aktiviti pengajaran yang bersesuaian agar kemahiran berfikir pelajar dapat dikembangkan berdasarkan pengetahuan mereka dan pengetahuan sedia ada pelajar agar mereka dapat menghubungkaitkan konsep-konsep pembelajaran terdahulu kepada kehidupan sebenar serta meningkatkan kebolehpasaran mereka untuk menceburkan diri dalam alam pekerjaan kelak. Selain daripada itu, bagi pihak guru-guru, kajian ini dapat menimbulkan kesedaran bahawa latihan dalaman sangat penting untuk meningkatkan pengetahuan guru apabila berlaku perubahan dalam kurikulum.

(ii) Pelajar

Hasil dapatan kajian ini diharap dapat membentuk pelajar dalam memastikan mereka menyedari kepentingan penguasaan KBAT dalam meningkatkan keupayaan berfikir, menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan kemahiran belajar agar dapat menjawab soalan dengan baik serta dapat mengaplikasi pengetahuan sedia ada mereka dengan konsep-konsep pembelajaran terdahulu dengan kehidupan sebenar seterusnya dapat meningkatkan kebolehpasaran mereka apabila melangkah ke alam pekerjaan.

(iii) Sekolah/Pentadbir

Hasil dapatan kajian ini, dapat memberi maklum balas kepada pihak sekolah/pentadbir untuk memberi bimbingan dan sokongan kepada guru-guru dalam meningkatkan tahap pengetahuan mereka. Selain daripada itu, sekolah/pentadbir boleh mengenalpasti kaedah terbaik dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan pengetahuan berunsurkan KBAT, pedagogi, pembinaan item dan pentaksiran yang dapat digunakan oleh guru-guru semasa proses PdP.

(32)

(iv) Kementerian Pelajaran Malaysia/JPN/PPD

KPM/JPN/PPD dapat mengambil tindakan yang terbaik untuk meningkatkan pengetahuan melalui program-program latihan yang dirancang untuk mencapai maksud dan tujuan untuk memberi panduan kepada guru-guru. Segala program latihan perkembangan profesionalisme dapat dirancang sebaik mungkin agar hasilnya dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru. Bentuk-bentuk latihan yang bersesuaian boleh diberikan kepada guru untuk meningkatkan lagi kefahaman dan kemahiran dalam memilih kaedah-kaedah pengajaran yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar dan bersesuaian dengan topik yang diajar, membina item KBAT dan melaksanakan pentaksiran. Dapatan hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan untuk penambahbaikan program latihan yang bakal dilaksanakan supaya lebih berkesan. Program latihan perkembangan profesionalisme yang dirancang juga diharap dapat membantu pihak KPM/JPN/PPD dalam merancang strategi yang lebih baik dan berkesan. Ianya dapat memberi panduan dan penilaian yang tepat untuk membuat penambahbaikan.

1.9 Skop kajian

Skop kajian ini hanya tertumpu kepada tahap kesediaan pengetahuan guru untuk mengaplikasi KBAT dalam aspek pengetahuan berkaitan asas KBAT, pengetahuan dalam aspek pedagogi berunsurkan KBAT, pengetahuan dalam aspek pembinaan item KBAT dan pengetahuan dalam aspek pentaksiran serta mengenal pasti tahap keperluan latihan guru-guru. Selain daripada itu, kajian ini juga melihat pengaruh pengalaman terhadap tahap kesediaan pengetahuan guru dan tahap keperluan latihan guru-guru. Hasil kajian ini hanya terhad kepada sampel dan populasi yang dipilih dan ianya tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi lain.

(33)

1.10 Batasan kajian

Kajian yang dijalankan ini hanya memfokuskan kepada kumpulan guru-guru yang mengajar matapelajaran di tingkatan 3 sahaja disekolah model Abad ke-21 daerah Batu Pahat. Terdapat 5 buah sekolah yang terlibat iaitu SMK Tun Aminah, SMK Senggarang, SMK Dato Bentara Luar, SMK Dato Onn dan SMK (P) Temenggung Ibrahim. Sekolah-sekolah ini merupakan sekolah rintis program kelas pembelajaran abad 21 di daerah Batu Pahat yang telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ). Pemilihan populasi dan sampel kajian adalah bersesuaian dengan kajian dilakukan kerana penerapan aspek KBAT dalam PdP yang melibatkan pedagogi, pembinaan item dan pentaksiran. Guru-guru yang terlibat dalam kajian ini juga terlibat dengan kelas peperiksaan iaitu PT3 dan mereka juga terlibat secara langsung dengan pembinaan item dan pentaksiran. Terdapat kekangan-kekangan dilalui semasa menjalankan kajian ini iaitu:

(i) Kefahaman responden terhadap soal selidik

Bagi mendapatkan data yang releven, kefahaman responden terhadap soal selidik yang diedarkan oleh pengkaji sangat penting. Ini adalah disebabkan oleh setiap jawapan responden akan mempengaruhi hasil kajian. Jika responden faham dengan soalan yang diberikan, maka jawapan yang diberikan adalah jawapan yang sepatutnya. Sebaliknya, jika responden tidak memahami soalan, keadaan sebaliknya akan berlaku.

(ii) Kejujuran responden

Ketepatan kajian ini banyak bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan para responden menjawab soal selidik yang diberikan kepada mereka tanpa ada perasaan berat sebelah.

(34)

1.11 Definisi istilah dan operasi

Pengkaji telah menggunakan beberapa definisi istilah yang berkaitan dengan aspek yang dikaji. Definisi istilah dan operasi ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan terhadap beberapa istilah yang terlibat dan diberi pengertian seperti yang dimaksudkan berdasarkan dalam konteks kajian ini.

(i) Guru

Guru menurut Mok Soon Sang (2008) merupakan seorang ahli ikhtisas dalam bidang perguruan yang menjalankan tugas mendidik di sekolah sebagai pengajar, pembimbing, pemudahcara, inovator dan pengurus yang secara tidak langsung mempunyai peranan dalam aspek ekonomi dan masyarakat. Menurut Kamus Dewan (2012) pula, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Seorang guru merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat berstatus. Untuk itu, guru harus menguasai psikologi sosial, memiliki pengetahuan tentang hubungan antara manusia dan sebagai anggota masyarakat, guru mempunyai keterampilan membina kelompok, berkerjasama dalam kelompok untuk menyelesaikan sesuatu masalah terutamanya dalam bilik darjah. Oleh itu guru dalam kajian ini bermaksud orang yang bertanggungjawab mengaplikasikan KBAT dalam bilik darjah agar kemahiran berfikir pelajar dapat ditingkatkan.

(ii) Pelajar

Menurut Kamus Dewan (2012), mentakrifkan pelajar sebagai murid atau penuntut. Pelajar adalah golongan orang yang belajar atau menuntut di sekolah, maktab atau universiti. Murid pula membawa maksud, “sesiapa yang berada di bangku sekolah dan bertujuan untuk mendapatkan pelajaran secara formal sama ada di sekolah menengah ataupun sekolah rendah”. Oleh itu pelajar dalam kajian ini merujuk kepada setiap pelajar yang disasarkan untuk mempunyai kebolehan menaakul dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu setelah KBAT diterapkan dalam PdP.

(35)

(iii) Latihan

Latihan merupakan sebarang inisiatif yang diambil oleh organisasi untuk menggalakkan pekerjanya belajar dan menambah pengetahuan. Ia juga dikatakan sebagai proses mendidik pekerja tentang kemahiran yang mereka perlukan semasa melaksanakan sesuatu tugas. Semasa proses latihan berlaku, pekerja memperolehi pengetahuan untuk jangka masa pendek serta dapat meningkatkan kebolehan dengan mengubah sikap atau menambah kemahiran dan pengetahuan mereka. Menurut Mamat (2006), latihan dalam organisasi merupakan satu program pembelajaran yang dirancang untuk mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan prestasi kakitangan. Oleh itu, latihan dalam kajian ini merujuk kepada sebarang usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM bagi memastikan tahap kesediaan pengetahuan guru-guru dapat ditingkatkan seterusnya aplikasi KBAT dalam PdP oleh guru dapat dilaksanakan dengan berkesan.

(iv) Tahap

Menurut Kamus Dewan (2012), tahap membawa maksud tingkat dan peringkat.Tahap dalam konteks kajian ini merupakan tahap kesediaan pengetahuan dan tahap keperluan latihan guru-guru di sekolah model abad 21 di daerah Batu Pahat dapat mengalikasi KBAT dalam PdP.

(v) Kesediaan

Menurut Kamus Dewan (2012) kesediaan bermaksud perihal sedia, kesanggupan dan kerelaan. Menurut Mok (2008), kesediaan adalah keupayaan persiapan individu di dalam dirinya untuk memulakan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran, ia boleh terbahagi kepada kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor. Dalam konteks kajian ini, kesediaan membawa maksud perihal bersedia dalam menggunakan pengetahuan yang ada untuk mengaplikasikan KBAT dalam PdP.

(36)

(vi) Pengetahuan

Pengetahuan digunakan untuk menjelaskan pemahaman ke atas sesuatu subjek dan kemungkinan berkeupayaan menggunakannnya untuk satu tujuan tertentu. Standard Professional oleh National Council for Acccreditation of Teacher Education (2008) mentakrifkan pengetahuan sebagai penguasaan ilmu yang dimiliki oleh seseorang guru yang meliputi semua prinsip dan konsep. Dalam konteks kajian ini, pengetahuan yang dimaksudkan adalah pengetahuan asas berkaitan KBAT, pengetahuan dalam aspek pedagogi berunsurkan KBAT, pengetahuan dalam aspek pembinaan item KBAT dan pengetahuan dalam aspek pentaksiranyang digunakan dalam membantu guru dalam melaksanakan PdP dalam bilik darjah.

(vii) Pengalaman

Pengalaman boleh diertikan sebagai apa-apa yang telah dialami (Kamus Dewan, 2012). Pengalaman dalam konteks kajian ini merujuk kepada pengalaman guru mengajar di sekolah.

(viii) Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)

Rajendran (2014) menyatakan KBAT melibatkan kemahiran kognitif yang lebih tinggi. Ini berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baharu, menyimpan dan memeri, menyusun, serta mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dan akan memanjangkan maklumat itu untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi yang rumit. Oleh yang demikian, KBAT dalam kajian ini merujuk kepada kemahiran berfikir guru dan pelajar dan keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

(37)

(ix) Item KBAT

Item KBAT merupakan item-item yang menguji keupayaan kognitif murid dalam mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan menilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2013). Item KBAT dalam kajian ini merujuk kepada soalan-soalan yang digunakan oleh guru dalam membuat pentaksiran pembelajaran yang merangsang tahap kognitif murid.

(xi) Pentaksiran

Pentaksiran di sekolah terdiri daripada pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan (LPM, 2011). Pentaksiran formatif ialah satu jenis ujian formal atau tidak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas. Ia bertujuan mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan dengan kadar segera dan membabitkan proses sepanjang pembelajaran menggunakan pelbagai kaedah dan instrumen dalam melapor maklumat selain membuat penilaian samada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran pelajar.

Manakala pentaksiran sumatif merupakan satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam sesuatu tahap persekolahan dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi pelajar dalam pembelajaran. Ia bertujuan untuk mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid di dalam kelas. Dalam konteks kajian ini, pentaksiran pembelajaran merujuk penilaian pembelajaran ke atas pelajar yang digunakan oleh guru melalui instrumen pentaksiran bagi mengukur tahap penguasaan pembelajaran murid bagi sesuatu mata pelajaran.

(38)

(xi) Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses di mana peluang disediakan kepada murid dengan tujuan untuk menghasilkan suatu perubahan yang kekal melalui penglibatan dan pengalaman yang disediakan oleh guru. Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mereka berfungsi dengan baik. Mengikut Slavin (2005), pembelajaran merupakan perubahan dalam seseorang individu akibat daripada pengalaman. Pengajaran dan pembelajaran dalam kajian ini merujuk kepada bagaimana KBAT diaplikasikan agar dapat melahirkan pelajar berfikiran aras tinggi.

1.12 Rumusan

Kesimpulan yang dapat dibuat hasil daripada kupasan Bab 1 ini, jelaslah menunjukkan bahawa guru-guru haruslah mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk mengaplikasi KBAT dalam PdP. Komitmen yang tinggi dalam kalangan guru sangat perlu agar hasrat kerajaan melahirkan warga Malaysia yang mempunyai tahap pemikiran tinggi yang mampu bersaing di peringkat global. Semua guru perlu bersedia dalam aspek pengetahuan termasuklah pengetahuan asas berkaitan KBAT, pengetahuan dalam aspek pedagogi berunsurkan KBAT, pengetahuan adalam aspek pembinaan item KBAT, pengetahuan dalam aspek pentaksiran agar PdP yang berkesan mampu dilaksanakan. Sesungguhnya, dengan adanya guru-guru yang mempunyai tahap kesediaan pengetahuan yang baik maka hasrat kerajaan untuk melahirkan warga Malaysia yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi dapat dicapai. Selain daripada itu, guru perlu diberi latihan secukupnya supaya proses pemindahan pengetahuan dapat dilakukan dengan berkesan seterusnya dapat menjana tahap kesediaan pengetahuan guru-guru.

Secara keseluruhannya, bab ini menjelaskan tentang fokus terhadap tajuk kajian, latar belakang masalah, permasalahan kajian, objektif kajian, skop kajian, batasan kajian, kerangka konsep kajian dan definisi operasional kajian.

(39)

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, beberapa aspek berkaitan dengan kajian ini dibincangkan dengan mengupas lebih lanjut dan terperinci tentang aspek kemahiran berfikir dan keperluan latihan melalui sorotan kajian yang lepas dan membuat rumusan. Sorotan kajian amat penting kerana dapat memberi idea dan gambaran awal mengenai penyelidikan yang bakal dilakukan oleh pengkaji. Beberapa kajian lepas, yang dijalankaan oleh pelbagai pihak turut dijadikan input sokongan dan panduan terhadap kajian ini. Di samping itu, model-model dan pendekatan yang berkaitan dengan keperluan latihan serta fakta-fakta daripada kajian lepas turut dibincangkan dalam bab ini. Bab ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu pengenalan, konsep dan teori KBAT, kajian berkaitan kesediaan pengetahuan guru, kajian berkaitan pengalaman dengan latihan, konsep latihan, bentuk-bentuk latihan kepada guru, keperluan latihan, model dan teori serta rumusan.

2.2 Definisi kemahiran berfikir

Manusia yang tidak menggunakan kemahiran berfikir tidak dapat menyelesaikan masalah walaupun masalah yang sangat mudah. Pemikiran merupakan proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia. Semasa berfikir, otak manusia akan bertindak dengan usaha memahami rangsangan luar yang diterima melalui deria, membentuk konsep, membuat tafsiran dan bertindak balas berdasarkan pengalaman yang sedia ada dalam ingatan. Proses berfikir melibatkan pengembangan operasi dalam mental atau sistem kognitif seseorang yang

(40)

RUJUKAN

Abu Naim, H. (2013). Kajian Keperluan Pembinaan Modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bagi Tajuk Dinamik dalam Matapelajaran Sains Tingkatan 2. 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013).

KSL Hotel & Resort, Johor Bahru. 7-10 Oktober 2013.

Alagumalai, S. & Keeves, J. (1999). New Approaches to Measurement. In Masters, G. N., and J. P. keeves (Eds), Advances in Measurement in Educational

Research and Assessment. Pergamon, 23 – 48

Ali, M. & Noordin, S. (2007). Hubungan di antara kemahiran berfikir kritis dengan pencapaian pelajar Di UTM. Kertas Kerja dalam Buletin R&D Vol. 1/ 2007 dan 2/ 2007

Alvarez, K., Salas, E & Garofano, C. M. (2004). An Integrated Model of Training Evaluation and Effectiveness. Human Resource Development Review, 3(4), 385-416.

Ambigapathy, P. & Aniswal, A.G. (2005). University curriculum: An evaluation on

preparing graduates for employment.Higher Education Research

Monograph Dicapai pada 4 Disember 2015 Online:

http://www.usm.my/ipptn/fileup/University20Curriculum1.pdf.

Anderson, L. W. and David R. Krathwohl, D.R, et al (2001). A Taxanomy for Learning, Teaching and Assessing: A Revisin of Bloom’s Taxanomy of Educational Objectives. Allyn & Bacon. Boston, MA Pearson Education Group.

Anol, B. (2012). Social Science Research: Principles, Methods and Practices. Florida: Tampa Inc.

Ariffin, S.R. (2008). Inovasi dalam Pengukuran & Penilaian Pendidikan. Bangi. Fakulti Pendidikan Malaysia. UKM

(41)

Arul, J. (1997). Pengajaran Kemahiran Berfikir: Teori dan Amalan, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Astleitner, H. (2002). Teaching critical thinking online. Journal of Instructional Psychology, 29(2), 53-77.

Azizi, et al. (2005). Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.

Azmi, J. & Halim, T. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Edisi ke 2. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Ball, A. L. & Garton, B. L. (2005). Modeling Higher Order Thinking: The Alignment Between Objective, Classroom Discourse and Assessments. Journal of Agricultural Education, 46 (2). 58-69.

Bailey, K. D. (1984). Kaedah Penyelidikan Sosial, terjemahan Hashim Awang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bambang, S & Wahyu, W. (2014). Aplikasi Model Rasch untuk Penelitian Ilmu-Ilmu Sosial. Cimahi: Trim Komunikata Publishing House.

Barathimalar, K. (2014). The Acceptance and Problems Faced by Teachers in Conducting Higher Order Thinking Skills. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Malaysia. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan

Beyer, B. K. (1988). “Developing A Thinking Skills Program.” Boston, Mass: Allyn

& Bacon

Black, P & William, D. (1998). Asessment and Classroom Learning. Asessment in Education. 5(1), 7-73.

Blanchard, P. N, & Thacker, J. (2004). Effective Training: System, Strategies and Practices, 2nd Edition. New Jersey. Pearson Education Inc.

Bloom, B.S. & Krathwohl, D.R. (1956). Taxanomy of Educational Objectives: The Classification of Educational Goals by a committee of college and university

examiners. Handbook 1: Cognitive Domain. NY: Longman, Green.

Bond, T.G., & Fox, C. M. (2007). Applying the Rasch Model: Fundamental Measurement in the Human Sciences: 3rd. Ed: Taylor and Francis Group Routledge: New York.

Brookhart, S. M. (1999).The Art and Science of Classroom Assessment : The MissingPart of Pedagogy.Washington DC ERIC Clearinghouse on Higher Education andOffice of Educational Research and Improvement.

(42)

Brown, S. and McIntyre, D. (1993). Making Sense Of Teaching. USA: Open University Press.

Buntat, Y. (2011). Faktor-faktor yang mendorong Kreativiti dalam Kalangan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal of Educational Psychology and Counselling, V2 Page 175-208.

Byron, J. (1990). Handbook of Training Evaluation, 2nd edn. USA: Gulf Publishing Co.

Cheng, W. L & Ho, C. K. (2001). The Influence of Job and Career Attitudes and Organizational Factors on The Transfer Outcomes. Journal of Management Psychology. 13 pp. 5-5

Chew, F. P. (2006). Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysia dan Permasalahannya.Jurnal Masalah Pendidikan, 29 (1): 143-157.

Chua, Y. P. (2013). Asas Statistik Penyelidikan : Analisis Data Skala Likert, Edisi 2. Kuala Lumpur: Mc Graw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.

Cohen, L., Manion, L. & Morrison. (2000). Research Methods in Education (5th ed),

Educational and psychological measurement. 30(1). ms. 607-610.

Correnti, R. (2011). An empirical investigation of professional development effects on literacy instruction using daily logs. American Educational Research Association, 29 (4), 262-295.

Creswell, W. J. (2011). Educational research Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. 4th Ed. Canada. Pearson.

Darling-Hammond,. (2009). A Good Teacher in Every Classroom: Preparing the Highly Qualified Teachers our Children Deserve. New York: Jossey-Bass. Darus, Z. (2012). Status of Student Achievement in TIMSS and PISA: A reflection.

Ministry of Education (Status Pencapaian Pelajar dalam TIMSS dan PISA: Satu refleksi. Kementerian Pelajaran Malaysia).

De Bono. E. (1976).The direct teaching of thinking in education and CoRT method.Dlm McLure. S. dan Davies. P. Learning To Think. New York: Pergamon Press.

Denton, C. & Hashbrouck, J. 2009. A description of instructional coaching and itsrelationship to consultation. Journal of Educational and Psychology Consultation, 19:2, 150-175.

Dessler G.(2003). Human Resource Management. Publisher: Prentice-hall of India.Denton, C. and Hashbrouck, J. (2009). A description of instructional

(43)

coaching and its relationship to consultation. Journal of Educational and Psychology Consultation, 19:2, 150-175

Dewan Bahasa dan Pustaka (2010). Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Djaali, H. (2008). Psikologi Pendidikan. Jakarta: PT. Bumi Aksara.

Eaker, R., & Many. (2006). Learning by doing: A handbook for professional learning communities at work. New York: Teachers College Press

Esa, A. (2011). Kesediaan Kemahiran Sosial guru-guru pelatih di IPG terhadap tugas-tugas guru di sekolah. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Majlis Dekan

Dekan Pendidikan IPTA 2011, 27‐28 Disember 2011, UPM Serdang.

Fani, T. (2011). Overcoming Barriers to teaching Critical Thinking. The Future of Education Conference. Florence, Italy: PIXEL. Ms 1-5

Ramli, F. & dan Tarmizi, R. (2013). Promoting Higher Order Thinking Skills Using Problem Based Learning for Secondary School Students. Seminar Penyelidikan dan Pembangunan Sumber Manusia, UPM. 2014. 31 Mac-3 April 2014.

Firdaus, A. (2007). Hubungan Di Antara Kemahiran Generik dan Pencapaian Akademik Pelajar Tahun 4 Pendidikan Teknik Kejuruteraan Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor : Tesis Sarjana Muda.

Fraenkel, J. R. & Wallen, N. E. (2006). How to Design and Evaluate Research in Education (3rd ed). New York : Mc Graw-Hill.

Fraenkel, J.R., & Wallen, E. W. (2009). How to Design and Evaluate Research in Education (4th ed). Boston, MA: Mc Graw-Hill.

Gallagher, J. D. (1998). Classroom Assessment for Teachers. Upper Saddle River,

New Jersey: Merill Prentice Hall.

Gay, L. R. & Airasian, P. (2000). Educational Research: Competencies for Analysis and Application. 6th edition. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Ghafar, A. (2003). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Ghafar, A. (2011). Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah (2Ed. Vol. 371.26). Skudai: Penerbit UTM Press.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil kajian menunjukkan walaupun tahap pengetahuan dan pemahaman guru Bahasa Melayu terhadap Kajian Pengajaran adalah tinggi namun masih terdapat sebilangan guru yang

Dalam kajian ini, kesediaan merujuk kepada kesediaan atau kesanggupan guru dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam melaksanakan pendekatan PBM sebagai salah satu

Kajian ini penting kerana ianya dapat melihat sejauh mana tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan guru yang akan melaksanakan pentaksiran pembelajaran di

Kebanyakan guru tidak menggunakan platform dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mereka. Justeru itu, kajian ini dibuat untuk mengetahui tahap kesediaan guru terhadap

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan dan sikap terhadap penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran

Jadual 4: Tahap Pengetahuan Guru Terhadap Pelaksanaan PBD Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan item tentang pelaksanaan PBD secara berterusan di dalam bilik darjah merupakan skor min

Dapatan Kajian Dapatan kajian daripada temu bual bersama dua orang peserta kajian yang terlibat dalam kesediaan guru bahasa melayu tahun enam dalam melaksanakan pentaksiran bilik

Manakala guru pelatih yang berada di semester akhir perlu menghasilkan satu projek yang berkaitan dengan IR 4.0 KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, kajian ini menunjukkan guru pelatih