• Tidak ada hasil yang ditemukan

tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru pelatih institut

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru pelatih institut"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

27

TAHAP PENGETAHUAN DAN TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK (IPGKPT) TERHADAP

REVOLUSI INDUSTRI 4.0 (IR 4.0)

ROMY, A.K¹, MOHD ASRI, A.Z.², MOHD ALI, , MOHD KHALID, H4, NORMAH, A.R5

¹²345 Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendidikan, 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Article history: Received:17 Jun 2019 Received in revised form: 6 September 2019 Accepted: 31 November 2019 Published online: 31 Dec. 2019

_________________________________________________________________________

ABSTRAK

Revolusi Industri 4.0 yang rancak berlaku di seluruh dunia memerlukan semua pihak bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi dan sistem automasi lebih pintar. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0. Kemunculan gelombang teknologi baharu menyebabkan perkembangan semasa teknologi akan berubah dan tidak terkecuali juga dalam sektor pendidikan turut mengalami perubahan. Satu kajian telah dijalankan telah dijalankan terhadap 75 orang guru pelatih semester enam dalam bidang Rekabentuk dan Teknologi, Matematik, Sains dan TESL di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. Rekabentuk kajian berbentuk deskriptif ini menggunakan instrumen soal selidik melalui pendekatan kuantitatif.

Dapatan Kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru guru pelatih semester 6 masih berada pada tahap sederhana bagi menempuh cabaran Revolusi Industri 4.0. Penyelidik mencadangkan agar diadakan satu seminar serta aktiviti berkaitan Revolusi Industri 4.0. bagi menggalakkan guru pelatih meningkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam teknologi maklumat seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Hasil kajian juga mencadangakan agar semua guru pelatih semester enam menghasilkan projek akhir mereka menjurus ke arah Revolusi Industri 4.0.

Kata kunci: Revolusi Industri 4.0, Pengetahuan, Kesediaan, Guru Pelatih IPGKPT

(2)

28

KNOWLEDGE AND READINESS OF TRAINEE TEACHERS FROM THE TEACHERS’

EDUCATION INSTITUTE, CAMPUS FOR TECHNICAL EDUCATION TOWARDS INDUSTRIAL REVOLUTION 4.0.

ABSTRACT

The fast-paced Industrial Revolution 4.0 requires all parties to act fast with the rapid development of technologically advanced products and automation systems. The purpose of this study is to identify the level of knowledge and level of readiness of the trainee teachers of the Institute of Teachers Campus Technical Education in the face of the Industrial Revolution 4.0. The emergence of a new wave of technology has led to the development of technology as well as the exception in the education sector. A research study was conducted on 75 teachers in six semester courses in the areas of Design and Technology, Mathematics, Science and TESL at the Institute for Educational Technology Campus Teachers. The design of this descriptive study used questionnaire instruments through a quantitative approach. The findings of the study show that the level of knowledge and level of readiness of the 6th semester teachers are still at a moderate level to meet the challenges of the Industrial Revolution 4.0. Researchers recommend holding a seminar and activities related to Industrial Revolution 4.0. to encourage trainees to increase their skills and knowledge in information technology as the Industrial Revolution 4.0 progresses. The results of the study also suggest that all sixth-grade trainee teachers produce their final project leading up to the Industrial Revolution 4.0.

Key Words: Industrial Revolution 4.0, Knowledge, Readiness, Teacher Trainees IPGKPT _________________________________________________________________________

(3)

29 PENGENALAN

Dalam era teknologi, guru pelatih juga perlu bersedia menghadapi IR 4.0. Untuk menjadikan revolusi pendidikan menjadi kenyataan, inovasi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta peranan pensyarah amat penting. Guru pelatih dilatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan teknik (IPGKPT) dibentuk untuk menjadi seorang guru pelatih yang mempunyai iltizam dan jati diri yang tinggi. Guru pelatih kini terdedah dengan dunia yang berasaskan teknologi digital, pengkomputeran awan (cloud computing) dan sosial media memberi cabaran kepada sistem pendidikan negara. Adakah guru pelatih sudah bersedia untuk menghadapi pelajar generasi Z. Bagaimanakah untuk menghasilkan guru pelatih yang serba boleh dalam menyelesaikan isu yang kompleks, kreatif dan inovatif. Sudah tentu perlu ada komitmen untuk membentuk alat pedagogi yang baharu. Pendidikan perlu mengadaptasi kepada kaedah baharu pengajaran selari dengan perkembangan pantas teknologi masa kini.

Teknologi sudah menyerap kepada sebahagian besar dalam alam pekerjaan dan kehidupan.

Malah ada yang mengatakan kemahiran yang dipelajari sekarang sudah tidak relevan untuk masa akan datang. Perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi telah mengubah dunia bermula dari revolusi industri pertama ketika tenaga manusia dan haiwan digantikan dengan kemunculan mesin. Kemudian Revolusi Industri kedua pula muncul pula tenaga elektrik dan enjin pembakar (Reischauer 2018; Ramirez-Mendoza et.al 2018; Sung 2018).

Kini perkataan seperti robot, kecerdasan buatan (artificial intelligence), inovasi dan teknologi disruptif sering kita dengar apabila membicarakan tentang IR 4.0. Adakah guru pelatih sudah bersedia untuk mengintegrasi luasan realiti (augmented reality) dalam pengajaran mereka apabila berada di sekolah kelak. Pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) pada masa kini perlu menekankan kepada aspek inovatif dan kreatif. Pembelajaran juga kini bukan hanya tertumpu dalam kelas. Oleh itu program latihan guru di IPGKPT bagi menghasilkan guru pelatih yang benar-benar bersedia untuk menjadi seorang guru bagi menghadapi IR 4.0.

REVOLUSI INDUSTRI 4.0 DALAM PENDIDIKAN

Kedatangan IR 4.0 begitu pantas dan tanpa sedari. Setiap masa yang berlalu, kemajuan yang dihasilkan semakin pantas seperti sepantas cahaya. Revolusi industri pada masa kini merupakan satu elemen penting yang merancakkan kemajuan dan mencorakkan landskap dunia hari ini. Begitu juga dalam dunia pendidikan pada hari ini telah banyak perubahan yang berlaku selari dengan kehadiran serta kedatangan IR 4.0. Menyedari hakikat ini, guru adalah individu penting yang mencorakkan pelajar serta murid untuk menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Tidak ketinggalan juga institut pendidikan guru (IPG) yang melatih bakal guru juga perlu menyahut cabaran perubaran pada masa kini. Serentak dengan itu latihan guru bagi melahirkan guru pelatih yang ebnar benar dapat menjiwai dunia pendidikan hari ini.

Menurut Mohamed Ali (2018) penerapan jiwa yang merdeka perlu diperluaskan dalam konteks masyarakat di Malaysia bagi persediaan mendepani survival terhadap IR 4.0.

Dalam konteks pendidikan pula, pengajaran di bilik darjah tidak lagi boleh kekal secara konvensional sekiranya kita ingin melahirkan murid serta pelajar yang mampu berdaya saing, inovatif dan kreatif. mereka yang lahir pada era pengkomputeran mudah alih, yang beliau

(4)

30

gelar Generasi Z, mahir berkongsi maklumat melalui media sosial dan minat belajar perkara baru dalam talian. Justeru, para pendidik perlu mempunyai inisiatif untuk mencipta pengalaman pembelajaran yang baru bagi pelajar Gen Z tersebut. Tiga langkah yang boleh digunakan untuk mencapai hasrat tersebut. Pertama ialah dengan memahami warga pelajar Gen-Z dan cara mereka belajar; kedua, mentakrif semula konsep pengajaran konvensional yang berasaskan kandungan pengajaran dengan berpusatkan guru seandainya mahu kekal relevan dalam mempersiapkan pelajar menghadapi masa depan dan akhir sekali, merombak semula pembelajaran abad ke-21 bersesuaian dengan keperluan Gen-Z (Mohamad Amin, 2016). Oleh itu, guru pelatih harus bersedia melengkapkan diri serta memahami keperluan murid pada masa kini dengan corak pengajaran selari dengan kedatangan IR 4.0.

PERNYATAAN MASALAH

IR 4.0 yang menekankan pembinaan teknologi realiti maya tanpa banyak menggunakan tenaga manusia pasti memberikan kesan terhadap pelbagai aspek kehidupan (Daricin et. al 2018). Dalam konteks ini, aspek pendidikan latihan guru juga adalah antara bidang yang cukup penting supaya tidak ketinggalan menerima impak perkembangan terbaru ini. IPG amnya dan IPGKPT khususnya menghasilkan guru terlatih yang berkualiti dalam bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) bagi mendidik generasi baru iaitu murid serta pelajar.

Pengetahuan Industri 4.0 dan kesediaan guru pelatih bagi menempuh cabaran IR 4.0 adalah pada tahap membimbangkan. Menurut Sharita et.al (2018), pengetahuan pelajar semester empat Politeknik Muadzam Shah (POLIMAS) terhadap IR 4.0 adalah sederhana dan dapatan juga mendapati kesediaan pelajar bagi menempuh IR 4.0 berada pada tahap rendah. Guru pelatih yang kompeten, berilmu pengetahuan dan berkemahiran menjadi agenda utama sistem pendidikan negara supaya dapat menyumbang kepada anak murid di sekolah.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khusus, objektif kajian ini adalah untuk:

1. Mengenalpasti tahap pengetahuan guru pelatih terhadap IR 4.0.

2. Mengenalpasti tahap kesediaan guru pelatih bagi menempuh cabaran IR 4.0.

.

SOALAN KAJIAN

Terdapat dua persoalan soalan kajian seperti berikut:

1. Sejauh manakah tahap pengetahuan guru pelatih terhadap IR 4.0?

2. Sejauh manakah tahap kesediaan guru pelatih bagi menempuh cabaran IR 4.0.?

(5)

31 METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk Kajian

Kajian yang akan dijalankan ini merupakan kajian deskriptif, di mana tujuan kajian adalah untuk menilai pengetahuan dan kesediaan guru pelatih IPGKPT terhadap IR 4.0. Rekabentuk kajian kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini merangkumi metod kajian deskriptif. Soal selidik ialah satu cara yang digunakan dalam kajian deskriptif dengan tujuan untuk mendapat maklumbalas daripada respoden. Responden kajian menjawab borang selidik dengan kerelaan dan persetujuan mereka sendiri dan dianalisis serta dipersembahkan dalam bentuk peratusan. Keputusan kajian akan memberi kesimpulan dan menjawab persoalan kajian.

Borang soal selidik disebarkan secara atas talian kepada kumpulan-kumpulan Whatsapp guru pelatih RBT, Matematik, Sains dan TESL. Menurut Mohd Aftar (2017) borang selidik disebarkan secara atas talian adalah untuk memastikan semua pelajar mendapatkan borang tersebut pada masa yang sama.

Responden

Sampel kajian ini terdiri daripada guru pelatih semester 6 ambilan Jun 2016 yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Jumlah populasi ialah seramai 80 orang guru pelatih. Sampel kajian seramai 75 orang guru pelatih terlibat dalam kajian tinjauan ini (Kerjcie & Morgan, 1970). Teknik persampelan rawak mudah digunakan dalam memilih sampel kajian bagi memastikan setiap subjek dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih.

Instrumen

Instrumen kajian adalah medium atau alat yang dibina khas untuk mengumpul data kajian (Mohd Majid 2004; Sabitha 2005). Dalam kajian ini, instrumen kajian ialah borang soal selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu maklumat responden, tahap pengetahuan terhadap IR 4.0 dan tahap kesediaan terhadap IR 4.0. Soal selidik dibangunkan berdasarkan objektif dan persoalan kajian. Menurut Noorazman (2017), kajian rintis perlu dijalankan sebelum pengumpulan data utama untuk mengesahkan kebolehpercayaan soal selidik dan memperbaiki penyata dan susunan kata.

Soal selidik melalui google form telah diedarkan. Aspek yang diukur menggunakan skala Likert 4 mata iaitu skala 1 Sangat Tidak Setuju (STS), skala 2 Tidak Setuju (TS), skala 3 Setuju (S) dan skala 4 Sangat Setuju (SS). Antara beberapa contoh item seperti ‘Saya tahu tentang revolusi industri 4.0”.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Analisis Demografi Responden

Berdasarkan kepada Jadual 1 di bawah, merujuk kepada jantina guru pelatih yang terlibat dalam kajian ini, Seramai 75 responden terlibat dengan kajian ini. Daripada jumlah tersebut,

(6)

32

25 orang (33.3%) orang adalah merupakan guru pelatih lelaki manakala 50 orang (66.7%) adalah guru pelatih perempuan. Dapatan kajian menunjukkan guru pelatih lelaki agak kurang berbanding guru pelatih perempuan yang terlibat dalam kajian ini. Ini menunjukkan senario dimana guru pelatih perempuan lebih berminat menceburi bidang perguruan.

.

Jadual 1

Jantina responden kajian

Jantina Bilangan responden Peratus

Lelaki 25 33.3

Perempuan 50 66.7

Jumlah 63 100

Berdasarkan kepada Jadual 2 di bawah, merujuk kepada guru pelatih mengikut kelas.

Seramai 75 responden terlibat dengan kajian ini. Daripada jumlah tersebut, 15 orang (20%) orang adalah merupakan guru pelatih dari kelas RBT 1 yang merupakan bilangan tertinggi yang terlibat dalam kajian ini. Manakala guru pelatih RBT 3, Matematik dan TESL 14 orang (18.7%) terlibat dalam kajian ini. Manakala hanya seramai 6 orang sahaja (8%) guru pelatih dari bidang Sains menjawab soalan kajian melalui google form.

Jadual 2

Bilangan guru pelatih mengikut kelas

Kelas Guru Pelatih Peratus

RBT 1 15 20

RBT 2 12 16

RBT 3 14 18.7

Matematik 14 18.7

TESL 14 18.7

Sains 6 8

Jumlah 75 100

Analisis Deskriptif

Dalam kajian ini, analisis deskriptif digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Analisis deskriptif bagi menjawab persoalan kajian ini terdiri daripada peratusan, min dan sisihan piawai (SP) bagi mengenal pasti tahap setiap pembolehubah. Interpretasi skor min yang digunakan dalam kajian ini merujuk kepada cadangan Pallant (2010) seperti dalam Jadual 3 dibawah;

Jadual 3

Interpretasi Skor Min Analisis Deskriptif

Skor Min Interpretasi Skor Min

1.00 – 2.33 Rendah

2.34 – 3.67 Sederhana

3.68 – 5.00 Tinggi

Sumber: Pallant (2010)

(7)

33

Bagi menjawab persoalan kajian 1, iaitu sejauhmanakah tahap pengetahuan guru pelatih terhadap IR 4.0. Terdapat 15 item digunakan pada bahagian ini melibatkan dua sub konstrak iaitu pengetahuan umum terhadap IR 4.0 (5 item) dan elemen dalam IR 4.0 (11 item). Jadual 4 menunjukkan nilai min dan sisihan piawai bagi setiap sub-konstruk dalam tahap pengetahuan terhadap IR 4.0. Dapatan kajian menunjukkan min bagi sub-konstruk tahap pengetahuan serta pernah mendengar berkenaan IR 4.0 berada pada tahap paling tinggi iaitu pada min=3.80, s.p=0.42. Manakala tahap pengetahuan tentang elemen IR 4.0 tentang 3D printing berada pada tahap sederhana dengan nilai min=3.02, s.p=0.92. Tahap pengetahuan paling rendah adalah sub-konstruk pengetahuan tentang Big Data min=2.00, s.p=0.77. Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan guru pelatih IPGKPT terhadap IR 4.0 masih berada pada tahap sederhana dengan nilai min keseluruhan = 2.45, s.p=0.86.

Jadual 4

Tahap Pengetahuan Guru Pelatih IPGKPT terhadap IR 4.0 berdasarkan min

Sub-konstruk n min sp Interpretasi

Saya pernah dengar berkenaan Revolusi Industri

4.0 75 3.80 0.42 Tinggi

Saya tahu tentang 3D printing 75 3.02 0.92 Sederhana

Saya tahu tentang Big Data 75 2.00 0.77 Rendah

Min keseluruhan 75 2.45 0.86 Sederhana

Jadual 5

Item Soal Selidik Tahap Pengetahuan Guru Pelatih IPGKPT Terhadap IR 4.0

Bil Item STS (%) TS (%) S (%) SS (%)

1. Saya tahu tentang Revolusi Industri 4.0 6.7 22.7 58.7 12

2. Saya pernah dengar berkenaan Revolusi Industri 4.0

2.7 13.3 49.3 34.7

3. Saya faham maksud Revolusi Industri 4.0

8 36 50.7 5.7

4. Saya tahu terdapat 11 elemen dalam Revolusi Industri 4.0

24 46.7 28 1.3

5. Saya tahu tentang Cloud Computing

26.7 41.3 24 8

6. Saya tahu tentang Internet of thing (IOT) 22.7 48 22.7 6.7

7. Saya tahu tentang Augmented Reality 9.3 37.3 32 21.3

8. Saya tahu tentang Big Data 26.7 48 22.7 2.7

9. Saya tahu tentang Mobile Devices 10.7 29.3 41.3 18.7

10. Saya tahu tentang Location Detection Technologies

25.3 30.7 28 16

11. Saya tahu tentang Advanced Human Machine Interfaces

22.7 38.7 29.3 9.3

12. Saya tahu tentang Authentications &

Fraud Detection

26.7 44 21.3 8

13. Saya tahu tentang 3D printing 8 17.3 38.7 36

14. Saya tahu tentang Smart sensors 13.3 26.7 26.7 33.3

15. Saya tahu tentang Multilevel customer interaction and customer

profiling

24 48 21.3 6.7

Skor Min 2.45

Sisihan Piawai 0.86

Tahap Interpretasi Sederhana

(8)

34

Bagi menjawab persoalan kajian 2, iaitu sejauhmanakah tahap kesediaan guru pelatih PGKPT bagi menempuh cabaran IR 4.0. Terdapat 5 item digunakan pada bahagian ini melibatkan sub konstrak iaitu kesediaan terhadap IR 4.0 (5 item). Jadual 6 menunjukkan nilai min dan sisihan piawai bagi sub-konstruk dalam tahap kesediaan terhadap IR 4.0. Dapatan kajian menunjukkan min bagi sub-konstruk tahap kesediaan berkenaan IR 4.0 berada pada tahap sederhana iaitu pada min=2.89, s.p=0.93. Tahap kesediaan paling rendah adalah sub- konstruk kesediaan menempuh era Revolusi Industri 4.0 dengan nilai min=2.44, s.p=0.98.

Jadual 6

Tahap Kesediaan Guru Pelatih IPGKPT terhadap IR 4.0 berdasarkan min

Sub-konstruk n min sp Interpretasi Saya bersedia menempuh era Revolusi

Industri 4.0

75 2.89 0.93 Sederhana Saya sangat memahami cabaran

Revolusi Industri 4.0

75 2.44 0.98 Sederhana Min Keseluruhan 75 2.67 0.95 Sederhana

Seterusnya, jadual berikut menunjukkan kekerapan dalam peratus bagi setiap item dalam pembolehubah tahap kesediaan guru pelatih IPGKPT terhadap IR 4.0

Jadual 7

Item Soal Selidik Tahap Kesediaan Guru Pelatih IPGKPT terhadap IR 4.0

Bil Item STS (%) TS (%) S (%) SS (%)

1. Saya telah bersedia untuk menghadapi IR 4.0

3.2 30.2 54 12.7

2. Saya telah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi IR 4.0

0 30.2 54 15.9

3. Saya sangat memahami cabaran Revolusi Industri 4.0

0 34.9 55.6 9.5

4. Saya bersedia menempuh cabaran Revolusi Industri 4.0

1.6 38.1 50.8 9.5

5. Saya bersedia menempuh era Revolusi Industri 4.0

0 23.8 60.3 15.9

Skor Min 2.67

Sisihan Piawai 0.95

Tahap Interpretasi Sederhana

PERBINCANGAN

Kajian ini menunjukkan bahawa guru pelatih masih belum memahami sepenuh tentang IR 4.0.

Guru ppelatih menyedari bahawa dalam menghadapi IR 4.0 mereka perlu menghadapi cabaran antaranya menyesuaikan diri dengan pembelajaran atas talian, blended learning

(9)

35

namun akses internet agak terhad di persekitaran kampus, ini menyebabkan mereka sedikit ketinggalan dalam memahami IR 4.0. Ini selari dengan kajian Ruslin Amir (2018) terhadap mahasiswa universiti dan mendapati mahasiswa menhadapi cabaran dalam memahami dan memperkembangkan potensi yang ada pada mereka selain terpaksa berdepan dengan cabaran dari segi kemahiran penyelesaian masalah, komunikasi serta membentuk jaringan global. Guru pelatih juga perlu sedar kemahiran ICT, berfikir aras tinggi, bekerja dalam satu pasukan, komunikasi berkesan dan kemahiran menguruskan masa juga adalah aspek penting sebagai elemen tambahan untuk mendapatkan pengetahuan berkaitan IR 4.0.

Teknologi yang sentiasa berubah juga merupakan satu cabaran yang perlu ditangani secara berhemah. Guru pelatih juga perlu melengkap diri dengan pengetahuan dan kesediaan terhadap IR 4.0. Ini selari dengan dapatan kajian Sharita (2018) yang menunjukkan pengetahuan dan kesediaan pelajar Politeknik masih berada pada tahap rendah terhadap kefahaman berkaitan IR 4.0.

CADANGAN

Berdasarkan kajian adalah diharapkan pihak kampus IPGKPT dapat menyediakan akses internet yang mencukupi untuk kemudahan guru pelatih. Selain itu akiviti, program, seminar dan kursus berkaitan IR 4.0 juga perlu diadakan sekurang-kurang dua kali sepanjang guru pelatih ini berada di IPGKPT serta memperbanyakkan promosi dan hebahan mengenai IR 4.0. Dalam konteks guru pelatih juga, mereka perlu sedar dan turut sama dalam memperkayakan diri dengan pengetahuan berkaitan IR 4.0 iaitu dengan mencari maklumat dan meneroka perkara berkaitan revolusi industri dalam talian internet. Ini selari dengan kajian Sharita et.al (2018), pengetahuan pelajar semester empat Politeknik Muadzam Shah (POLIMAS) juga berada pada tahap sederhana dan dapatan juga mendapati kesediaan pelajar bagi menempuh IR 4.0 berada pada tahap rendah.

Guru pelatih juga perlu banyak membaca berkaitan perkembangan IR 4.0 dan sentiasa peka dengan perubahan teknologi. Dari segi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) juga guru pelatih perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai kaedah terkini tentang pengajaran dan pembelajaran selari dengan IR 4.0 iaitu kaedah pengajaran seperti heutagogi, peeragogy, cybergogy, pembelajaran mudah alih (mobile learning) dan pembelajaran teradun (blended learning) sebagai persediaan untuk mengajar generasi Z.

Guru pelatih juga perlu sentiasa meneroka pembelajaran 3.0-pula menggunakan media sosial dan Web 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini membolehkan pelajar belajar melalui pengalaman pembelajaran aktif yang bermakna melalui kaedah di dalam kelas secara pembelajaran flipped. Manakala guru pelatih yang berada di semester akhir perlu menghasilkan satu projek yang berkaitan dengan IR 4.0

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, kajian ini menunjukkan guru pelatih IPGKPT masih berada pada tahap sederhana dan masih belum menguasai dari segi pengetahuan terhadap elemen-elemen yang terdapat dalam IR 4.0 serta kesediaan untuk menghadapi IR 4.0. Guru pelatih IPGKPT

(10)

36

juga mengharapkan satu program atau aktiviti yang boleh memberikan mereka pengetahuan dan kefahaman terhadap IR 4.0 supaya selari dengan kehendak dalam sistem pendidikan masa kini iaitu PAK 21 serta dapat melahirkan insan atau generasi Z yang boleh mengharungi perubahan teknologi dalam IR 4.0.Guru-guru pelatih seharusnya berupaya dan mampu serta mempunyai kekuatan untuk menginsankan teknologi seterusnya mampu menginsankan murid dan pelajar. Kesemua elemen yang terdapat dalam IR 4.0 perlu dikuasai oleh setiap guru pelatih. Kegagalan guru pelatih menerima dan menyerap teknologi akan menyebabkan kelak guru pelatih hanya berperanan sebagai sebagai jentera berautomasi apabila berada dalam dunia pendidikan pada suatu masa nanti. Harapan serta impian Malaysia untuk mencapai serta menjadi sebuah negara maju terletak pada bahu guru serta dunia pendidikan pada hari ini yang akan mencorakkan generasi akan datang. Bangsa Malaysia perlu mempunyai tenaga dalaman yang kuat serta mampu mengharungi cabaran bagi mendepani arus IR 4.0.

RUJUKAN

Alp, U., Emri, C., (2018). Industry 4.0 Managing The Digital Transformation. Springer International Publishing.

Daricin, D., Herceg, I.V. (2018). Industry 4.0 and paradigm change in economics and business management. Lecture nites in Mechanical Engineering. pp. 37-56

Kerjcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research. Educational and Psychologyical Measurement. 30, 607-610.

Mohamad Amin., E., (2016). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Baru bagi Generasi Z.

Bangi: Universiti Kebangsaan.

Mohamed Ali, H., Ayu Nor Azilah, M., Nor Azlah, S.R, (2018). Survival orang melayu mendepani arus revolusi perindustrian 4.0: suatu penelitian awal. Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa.

Mohd Aftar Abu Bakar. (2017). Program sudut bacaan bagi memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Mohd Majid Konting. 2004. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pallant, J. 2010. SPSS survival manual - a step by step guide to data analysis using SPSS for windows (version 10). Buckingham Open University Press.

Ramirez-Mendoza, R.A., Morales-Menendez, R., Iqbal, H., Parra-Saldivar, R. Engineering Education 4.0. (2018). Proposal for a new curricula IEEE Global Engineering Education Conference.

Reischauer, G. (2018). Industry 4.0 as policy driven discourse to institutionalize innovation system

(11)

37

Ruslin, A., Hamidun, B., Mohd Firdaus, Y., (2018). Cabaran Mahasiswa dan Kolej Kediaman mendepani revolusi industri 4.0, ISBN: e978-967-0829-97-5.

Sabitha Marican. 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Edisi pertama. Petaling Jaya:

Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd.

Sharita, A.G., Norfidah, A.H., Asmah, O. (2018). Kajian mengenai kesediaan pelajar semester empat Polimas dalam mengharungi cabaran Revolusi Industri 4.0. National Innovation and Invention Competition Through Exhibition.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil kajian menunjukkan walaupun tahap pengetahuan dan pemahaman guru Bahasa Melayu terhadap Kajian Pengajaran adalah tinggi namun masih terdapat sebilangan guru yang

Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih 4SPH Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia mempunyai pengetahuan etika profesion perguruan dari segi tanggungjawab

Di dalam kajian ini, tahap penyeliaan guru pembimbing terhadap guru pelatih pengkhususan pendidikan sains semasa menjalani latihan mengajar cuba dikenalpasti yang menyentuh

Keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa responden iaitu guru pelatih PTK, Fakulti pendidikan, UTM mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana terhadap soalan objektif

Oleh yang demikian, trend penggunaan media sosial guru pelatih penting dikenal pasti dalam kajian ini bagi mengetahui sama ada penggunaan media sosial memberi

Bagi item kedua, respons yang diberikan oleh guru pelatih menunjukkan guru pelatih tidak dapat mengenalpasti tujuan sesuatu soalan yang dikemukakan dengan jelas iaitu 67%

Oleh yang demikian, satu kajian perlu dilakukan untuk mengenalpasti kesediaan guru-guru dari aspek pengetahuan dalam aspek pedagogi, pembinaan item dan pentaksiran

Terdapat empat aspek yang dikaji dan dianalisis dalam kajian tentang pengetahuan amalan keselamatan makmal sains bagi guru pelatih sains ini iaitu berkenaan tentang peraturan