• Tidak ada hasil yang ditemukan

BELANJAWAN TUNAI DAN VARIANS Percubaan SPM 2014 Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BELANJAWAN TUNAI DAN VARIANS Percubaan SPM 2014 Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

1

BELANJAWAN TUNAI DAN VARIANS

Percubaan SPM 2014 – Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

6. Yazir Enterprise menjalankan Perniagaan Barang Antik di Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Maklumat berikut berkaitan dengan operasi perniagaannya bagi tiga bulan berakhir 31 Disember 2014.

i) Pada 1 Oktober 2014, perniagaan ini mempunyai baki-baki berikut: RM

Overdraf bank 1 200 Tunai di tangan 5 600

Lengkapan 28 000

ii) Pada bulan November 2013, perniagaan membeli sebuah van bernilai RM75 000 di mana pendahuluan sebanyak RM7 500 telah dibayar pada masa dibeli dan bakinya dibayar secara ansuran selama 5 tahun mulai bulan berikutnya.

iii) Belian pada bulan Oktober ialah RM22 000 dan belian ini dianggarkan akan meningkat setiap bulan 5% berbanding bulan sebelumnya.

iv) Jualan tunai untuk bulan Oktober adalah sebanyak RM25 000 dan dijangka akan bertambah sebanyak 10% daripada bulan sebelumnya.

v) Kadar bayaran bulanan dianggarkan sebanyak RM310 setiap bulan

vi) Sewa kedai dibayar dianggarkan RM1 500 sebulan dan dibayar setiap 2 bulan sekali mulai bulan Oktober 2014.

vii) Pinjaman bank sebanyak RM45 000 dijangka akan diterima pada bulan November. Bayaran balik pinjaman sebanyak RM750 sebulan dan faedah pinjaman sebanyak 2% sebulan dibayar mulai bulan berikutnya.

viii) Perniagaan mempunyai 3 orang pekerja di mana bayaran gaji sebulan ialah RM1 100 seorang dan dibayar pada akhir setiap bulan. Pada bulan Disember, perniagaan dijangka menambah seorang lagi pekerja dengan bayaran yang sama.

Urusniaga tunai sebenar Yazir Enterprise bagi bulan November 2014 bagi jualan dankadar bayaran adalah seperti berikut:

RM

Jualan 35 000

Kadar bayaran 350

Anda dikehendaki :

(a) Menyediakan Penyata Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Disember 2014.

(b) (i) Nyatakan sama ada ‘memuaskan’ atau ‘tidak memuaskan’ pencapaian sebenar berbanding belanjawan bagi item jualan dan kadar bayaran.

(2)

2 Panduan menjawab soalan Belanjawan Tunai Rangka asas format Belanjawan Tunai

Butiran Bulan 1 Bulan 2 Bulan 3

Baki awal Penerimaan: Modal Jualan (tunai)

Kutipan daripada penghutang Komisen diterima Yuran keahlian Pinjaman bank Jumlah penerimaan Pembayaran: Belian (tunai) Upah / Gaji pekerja Sewa kedai

Bayaran kepada pemiutang Belian aset Kadar bayaran Ansuran pinjaman Jumlah pembayaran Lebihan / Kurangan Baki akhir Langkah menjawab:

1. Masukkan baki awal bulan pertama belanjawan jika diberikan di dalam soalan. Jumlahkan baki tunai dan bank jika diberikan kedua-duanya. Jika soalan menyebut memulakan perniagaan, masukkan modal itu di bahagian penerimaan, bukannya di baki awal bulan pertama belanjawan. 2. Baca setiap urusniaga belanjawan di dalam soalan. Kenalpasti sama ada ianya penerimaan atau

pembayaran. Lakukan pengiraan jika diperlukan. Masukkan setiap butiran yang telah

dikenalpasti tadi ke dalam ruangan Penerimaan atau Pembayaran di dalam Belanjawan Tunai. Hati-hati dengan lajur bulan yang terlibat.

3. Jumlahkan penerimaan dan pembayaran untuk setiap bulan. 4. Kira lebihan atau kurangan untuk setiap bulan. Rumusnya ialah:

Lebihan / Kurangan = Jumlah penerimaan - Jumlah pembayaran

5. Kirakan baki akhir bulan pertama. Bawa nilai baki akhir ini sebagai baki awal bulan kedua. Kira pula baki akhir bulan kedua. Ulangi langkah sehingga bulan ketiga. Rumusnya ialah:

Baki akhir = Baki awal + Lebihan ( - Kurangan)

Contoh-contoh penerimaan Contoh-contoh pembayaran Langkah 1 Langkah 1 Langkah 2 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 3 Langkah 4

Langkah 5 Langkah 5 Langkah 5 Langkah 5 Langkah 5

(3)

3 Keratan jawapan Keratan jawapan Keratan jawapan Keratan jawapan Langkah menjawab.

i) Pada 1 Oktober 2014, perniagaan ini mempunyai baki-baki berikut: RM

Overdraf bank 1 200 Tunai di tangan 5 600

Lengkapan 28 000

Butiran Oktober November Disember

Baki awal 4 400

ii) Pada bulan November 2013, perniagaan membeli sebuah van bernilai RM75 000 di mana pendahuluan sebanyak RM7 500 telah dibayar pada masa dibeli dan bakinya dibayar secara ansuran selama 5 tahun mulai bulan berikutnya.

Oktober November Disember Pembayaran:

Kenderaan 7 500 1 125

iii) Belian pada bulan Oktober ialah RM22 000 dan belian ini dianggarkan akan meningkat setiap bulan 5% berbanding bulan sebelumnya.

Oktober November Disember Pembayaran:

Kenderaan 7 500 1 125

Belian 22 000 23 100 24 255

iv) Jualan tunai untuk bulan Oktober adalah sebanyak RM25 000 dan dijangka akan bertambah sebanyak 10% daripada bulan sebelumnya.

Oktober November Disember Penerimaan:

Jualan 25 000 27 500 30 250

5600 – 1200 = RM4400

Overdraf bank bermaksud bank berbaki negatif dan ditolak dari baki tunai di tangan

Baki ansuran kenderaan = 75000 – 7500 = RM67500

Ansuran bulanan = 67500 / 60* = RM1125

*5 tahun x 12 bulan = 60 bulan

22000 x 1.05* = RM23100

*100% + 5% = 105 / 100 = 1.05 23100 x 1.05* = RM24255

25000 x 1.1* = RM27500 *100% + 10% = 110 / 100 = 1.1

(4)

4 Keratan jawapan

Keratan jawapan

Keratan jawapan

v) Kadar bayaran bulanan dianggarkan sebanyak RM310 setiap bulan.

Oktober November Disember Pembayaran:

Kenderaan 7 500 1 125

Belian 22 000 23 100 24 255

Kadar bayaran 310 310 310

vi) Sewa kedai dibayar dianggarkan RM1 500 sebulan dan dibayar setiap 2 bulan sekali mulai bulan Oktober 2014.

Oktober November Disember Pembayaran:

Kenderaan 7 500 1 125

Belian 22 000 23 100 24 255

Kadar bayaran 310 310 310

Sewa kedai 3 000 3 000

vii) Pinjaman bank sebanyak RM45 000 dijangka akan diterima pada bulan November. Bayaran balik pinjaman sebanyak RM750 sebulan dan faedah pinjaman sebanyak 2% sebulan dibayar mulai bulan berikutnya.

Oktober November Disember Penerimaan:

Jualan 25 000 27 500 30 250

Pinjaman bank 45 000

Oktober November Disember Pembayaran:

Kenderaan 7 500 1 125

Belian 22 000 23 100 24 255

Kadar bayaran 310 310 310

Sewa kedai 3 000 3 000

Bayaran ansuran pinjaman 750

Faedah atas pinjaman 75

1500 x 2 = RM3000

(5)

5 Keratan jawapan

viii) Perniagaan mempunyai 3 orang pekerja di mana bayaran gaji sebulan ialah RM1 100 seorang dan dibayar pada akhir setiap bulan. Pada bulan Disember, perniagaan dijangka menambah seorang lagi pekerja dengan bayaran yang sama.

Pembayaran: Oktober November Disember

Kenderaan 7 500 1 125

Belian 22 000 23 100 24 255

Kadar bayaran 310 310 310

Sewa kedai 3 000 3 000

Bayaran ansuran pinjaman 750

Faedah atas pinjaman 75

Gaji 3 300 3 300 4 400

Jawapan akhir:

Yazir Enterprise

Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Disember 2014

Butiran Oktober November Disember

Baki awal 4 400 790 39 080 Penerimaan: Jualan 25 000 27 500 30 250 Pinjaman bank 45 000 Jumlah penerimaan 25 000 72 500 30 250 Pembayaran: Kenderaan 7 500 1 125 Belian 22 000 23 100 24 255 Kadar bayaran 310 310 310 Sewa kedai 3 000 3 000

Bayaran ansuran pinjaman 750

Faedah atas pinjaman 75

Gaji 3 300 3 300 4 400 Jumlah pembayaran 28 610 34 210 33 915 Lebihan / Kurangan (3 610) 38 290 (3 665) Baki akhir 790 39 080 35 415 1100 x 3 = RM3300 1100 x 4 = RM4400 + + Jumlah penerimaan tolak jumlah pembayaran

Baki awal + lebihan atau

Baki awal – kurangan

Angka dibawa dari baki akhir bulan sebelumnya

(6)

6 Jawapan soalan (b)

i) Jualan : Memuaskan

Kadar bayaran : Tidak memuaskan

ii) Alasan memuaskan atau tidak memuaskan November (belanjawan) RM Jumlah sebenar RM Alasan Jualan 27 500 35 000

Hasil jualan sebenar lebih tinggi daripada hasil jualan yang dijangka sebanyak RM7 500. Oleh itu varians memuaskan.

Kadar bayaran 310 350

Belanja kadar bayaran sebenar lebih tinggi daripada kadar bayaran yang dijangka sebanyak RM40. Oleh itu varians tidak memuaskan.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil wawancara dengan Bapak Rony bagian produksi menjelaskan bahwa permasalahan yang terjadi pada perusahaan adalah tingginya produk B-Grade yaitu produk yang rusak

Pengumpulan data untuk pembuatan parameter-parameter yang didapatkan dari kawasan permukiman dan non- permukiman, jarak terhadap jalan, jarak terhadap sungai hingga kepadatan

Hasil penelitian menunjukkan persepsi kerentanan seluruh kelompok tidak yakin cenderung setuju, persepsi tingkat keparahan seluruh kelompok setuju cenderung sangat setuju,

Past Narration is similar to present narration in that they both describe a series of event chronologically. So, just as present narration, past narration also

Menimbang, bahwa dengan tetap memperhatikan posisi dan sudut pandang berbeda baik dari JPU maupun Terdakwa & Phnya yang kesemuanya harus diyakini mengarah pada tujuan yang

Pada Gmbar 5, grafik diatas menunjukan pada saat kondisi full open, tekanan fluida juga tidak menunjukkan adanya peningkatan perubahan.. Nilai perubahan tekanan

(2) Tambahan penghasilan bagi Pegawai Negeri Sipil diberikan berdasarkan beban kerja, atau tempat tugas atau kondisi kerja atau kelangkaan profesi atau prestasi kerja

Bu gaye için en uygunu bilhassa madeni yağlardır (katıklı veya katıksız).Dişlilerin verilen çevre hızlarında ve yükleme durumlarında yaklaşık olarak sıvı