#Membezakan Antara Ibnu Jarir At-Tabari yg
Sunni(Ahli Sunnah) & Rafidhi(syiah)#
-Ibnu Zakaria al-Bary
-Terdapat 2 Ibnu Jarir At-Tabari, satunya Sunni & satu lg Rafidhi. Nama keduanya beserta nama kunyah & nama ayah keduanya adalah sama, & tempat asalnya pun juga sama.
1.)Al-Imam Ibnu Jarir At-Tabari(Sunni) [224-310H/839-932M].
Beliau bernama Muhammad bin Jarir bin Yazid bin Katsir. Kunyahnya adalah Abu Ja'far. Imam Al-Jalil Al-Mufassir Al-Muarrikh Al-Faqih Al-Mujtahid, penulis sejumlah karya2 besar, yg paling masyhur adalah Jami'ul Bayan atau lbh dikenali dgn nama Tafsir At-Tabari. Merupakan penduduk Amuly, bahagian dari daerah Thabristan, kerana itulah sesekali beliau disebut sebagai Amuli selain dgn sebutan yg masyhur iaitu At-Tabari.
Al-Imam Az-Zahabi berkata mengenainya:
"Al-Imam Al-Jalil Al-Mufassir Abu Ja'far,...termasuk dari kalangan Imam Besar Islam yg muktamad."[Mizanul I'tidal 3/498-499]
Al-Imam Ibnu Khuzaimah berkata:
"Aku tidak mengetahui di bumi ini yg lebih berilmu daripada Muhammad bin Jarir."[Al-'Ibar,1/460]
Al-Imam Ibnu Katsir berkata:
"Beliau adalah salah seorang dari Imam Islam yg berilmu & beramal dgn Kitabullah & Sunnah RasulNya(Sallallahu 'alaihi wasallam)."[Al-Bidayah wa An-Nihayah 11/146]
Terdapat byk lg pujian para Imam terhadap beliau. Sumbangannya dlm dunia Islam amat byk & namanya harum disebabkan karya2nya yg amat bermanfaat.
2.)Ibnu Jarir At-Tabari(Rafidhi)[411H]
Al-Imam Az-Zahabi berkata mengenai biografinya:
"Muhammad bin Jarir bin Rustum. Abu Ja'far At-Tabari. Telah berkata Abdul Aziz Al-Kitani: "dia dari Rawafidh(syiah Rafidhah). Menyusun sangat banyak kitab2 dalam kesesatan2 mereka. Dia memiliki kitab Ar-Ruwat 'An Ahlil Bait dan Al-Mustarsyid fil Imamah."[As-Siyar 9:2857, lihat juga Al-Mizan 3/499]
Berikut merupakan keterangan dari kitab rijal muktabar Syiah sendiri beserta pernyataan ulama besar mereka dimana mereka mengakui bahawa Ibnu Jarir(yg Rafidhi) termasuk dari kalangan ulama besar mereka.
Al-Khu'iy berkata:
"Muhammad bin Jarir bin Rustum. Telah berkata An-Najasyi: "Muhammad bin Jarir bin Rustum Al-Amuly, Abu Ja'far,Jalil(seorg yg mulia), termasuk dari sahabat kami(klgn ulama Syiah), byk ilmunya, hasanul kalam, tsiqah fil hadis, ia memiliki kitab Al-Mustarsyid fil Imamah."
"Aku(Al-Khu'iy) mengatakn: " Muhammad bin Jarir bin Rustum At-Tabari Al-Amuli Abu Ja'far memiliki kitab Dalailul Imamah atau Dalailul Aimmah."[Lihat kesemuanya pd Mu'jam Rijal Hadis oleh Al-Khu'iy]
Kitab Dalailul Imamah seringkali disandarkn secara dusta kpd Al-Imam Ibnu Jarir At-Tabari
Rahimahullah. Dgn kesamaan nama yg ada, & tmbhn lg isi kitab tersebut yg sgt sarat dgn dalil2 palsu atas keimaman para imam syiah agar org2 awam terjerumus disebabkannya.