• Tidak ada hasil yang ditemukan

KOMUNIKASI KORPORAT MENTALITI DAN BUDAYA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KOMUNIKASI KORPORAT MENTALITI DAN BUDAYA"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

KOMUNIKASI KORPORAT: MENTALITI DAN BUDAYA KERJA1

oleh:

ABDUL RAHMAN AHMAD HANAFIAH (WIRAMANJA) 2

1. MUKADIMAH

Istilah   komunikasi   kerap   diperkatakan   dan   disebut   apabila individu mengaitkan sesuatu dengan perhubungan.  Sama ada perhubungan   tersebut   berbentuk   dua   hala   mahupun   sehala. Selain   itu,   ramai   yang   keliru   apakah   sebenarnya   istilah komunikasi   dalam   konteks   perhubungan   masyarakat.     Ianya sering berkonflik dengan displin lain yang seakan mempunyai maksud yang serupa tetapi lain pengertian. Justeru, sukar bagi seseorang mengukur, menilai, menterjemah makna yang tepat bagi pengertian komunikasi yang sebenar.

Umum   mengetahui   perhubungan   sosial   dalam masyarakat   terbentuk   dalam   komunikasi.     Komunikasi   juga mempunyai   pengertian     yang   lebih   luas   dan   merangkumi pelbagai   aspek   kehidupan.   Dalam   kehidupan   juga   terbentuk pelbagai   macam   dan   tatacara   komunikasi   bergantung   pada budaya yang dianuti oleh individu. Individu juga tidak terikat dengan pelbagai bentuk komunikasi yang boleh membelenggui kehidupannya.

Namun,   dalam   tingkat   kehidupan   ada   hieraki   tertentu memisahkan tahap­tahap komunikasi antara budaya. Budaya juga mencorakkan bentuk komunikasi sesuatu kaum sehingga mereka   menjelmakan   satu   kaedah   bagi   memisahkan   antara komunikasi   kemasyarakatan,   keorganisasian   dan   lain­lain. Begitu   juga     terjadi   bentuk   komunikasi   keagamaan   yakni   di antara   hamba   kepada   penciptanya   iaitu   manusia berkomunikasi   kepada   tuhannya   iaitu   Allah   s.w.t.   Garis penentu   dan   halangan   komunikasi   bergantung   kepada

1 Kertaskerja dibentangkan dalam Bengkel Industri pada 15 Mac 2001 Jam 9.00 pagi di Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah.

2 Abdul Rahman Ahmad Hanafiah (Wiramanja) adalah Pensyarah di Sekolah Pengajian Seni

(2)

pemakaian dan cara mana diaplikasikan oleh individu tersebut sama ada ianya berjaya mahupun sebaliknya.

Dalam   komunikasi   mempunyai   halangan   yang   mana tahap­tahapnya tidak serupa tetapi tetap berlaku dan terjadi. Ini  bergantung  pada cara  mana ianya disampaikan  dan cara mana pula ianya disalurkan kepada khalayak.  Khalayak tidak mempunyai   minda   yang   serupa   boleh   menceduk   setiap pengertian yang disampaikan melalui medium komunikasi itu. Justeru,   halangan   inilah   yang   perlu   diketahui   dan   dipelajari supaya komunikasi yang dibentuk jelas, memberi manfaat dan menemui   sasarannya.   Mengikut   kamus   Merriam   Webster mengenai komunikasi sebagai:

“a process by which information is exchanged between individuals through a common system signs, or behavior, or   exchange   of   information   personal   rapport   or   a technique for expressing ideas effectively”

Ini   jelas   menunjukkan   komunikasi   adalah   satu   proses yang   berterusan   sebagai   satu   pertukaran   maklumat   melalui pelbagai   sistem   lambang,   tingkahlaku   dan   satu   teknik menyatakan pemikiran secara berkesan. Selain itu, komunikasi adalah pengucapan dan mesej tulisan.   Begitu juga terjadinya pada kaedah komunikasi korporat yang mempunyai perbezaan tertentu.     Kedapatan   banyak   artikel   dan   buku   menulis mengenai   budaya   dalam   organisasi,   yang   merujuk   dan menjurus ke arah budaya korporatan.  

Kertaskerja ini dibentangkan hanyalah tertumpu ke arah

moral, sosial dan tingkahlaku, kepercayaan, sikap, keutamaan

terhadap   ahli­ahlinya   dalam   komunikasi   korporat.  Bagaimana

seseorang berdepan dengan organisasi besar yang mempunyai rentak   kerja   berbeza   dengan   sektor   awam   yang   dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan.   Sektor korporat yang dimiliki oleh pemegang­pemegang saham berkumpulan tetapi bukan secara individu.     Justeru,   sesebuah   korporat   tidak   akan   hancur melainkan mereka bergabung dengan organisasi korporat lain untuk   membesarkan   empayar   korporat   supaya   kukuh   dan teguh.

(3)

Sebuah   badan   korporat   bebas   untuk   menjalani   aktiviti perniagaan   yang   tidak   menyalahi   ataupun   melanggari peraturan undang­undang di mana ianya berada.  Kebanyakan organisasi tersebut menjalani perniagaan yang menguntungkan dan   dimiliki   oleh   tiga  atau  lebih   penyertaan  penyumbangnya dengan   mengadakan   modal   untuk   korporat   dengan   menjual share   dan   stock.     Organisasi   korporat   biasanya   mempunyai pengaruh   mengawal   hartanah   dan   sebagainya.     Selain   itu, mengawal   dan   memantau   pemilik­pemilik   saham   kecil.     Ini termasuklah   menyelaras   amanah  stock  majoriti   yang   secara langsung menjadi milik korporat tersebut.  

       Di Malaysia, sebagai contohnya mempunyai organisasi korporat tersebut iaitu kumpulan Renong,  Simedarby dan lain­ lain   milik   bersama   tetapi   didokong   oleh   seorang   pemegang saham yang terbesar.  Namun, pengertian korporat secara luas adalah   pelbagai.     Di   Amerika   Syarikat   umpamanya,   sebuah badan korporat di miliki secara kooperative, dan juga dimiliki oleh   organisasi   keagamaan   contohnya    Roman   Catholic

Archbishops.     Badan­badan   korporat   ini   menguasai   aset

pengaliran wang dan aset tetap yang banyak dalam sesebuah negara.     Seolah­olah   badan   korporat   ini   sebagai   kerajaan nombor   dua   selain   daripada   kerajaan   yang   mentadbir   badan korporat tersebut.  

Di     Malaysia,   penswastaan   ejen­ejen   kerajaan   bertujuan mengurangi   beban   dan   tanggungjawab   kerajaan   terhadap implikasi  kewangan  negara sektor   pekerjaan.     Sebuah badan korporat   berupaya   memulihkan   ekonominya   kerana mempunyai   falsafah   perniagaan   yang   berbeza   dengan   dasar kerajaan   yang   mana   lebih   banyak   menimpukan keperihatinannya   mengenai   kebajikan   rakyat   dan   pengguna. Justeru,   kerajaan   perlu   menimbang   secara   adil   dalam pentadbirannya     yang   mana   tidak   membabitkan   kewangan rakyat.  Namun, badan korporat berusaha gigih menggunakan rakyat   sebagai   pelanggannya   yang   mendatangkan   hasil mengguntungkan.   (contoh:   POS   MALAYSIA,   KTMB,   TNB, TELEKOM LL).

3. Budaya Korporat

(4)

organisasi   itu   sendiri.     Satu   contoh   sektor   korporat   yang terbesar   di   dunia   iaitu   Hewlett­Packard   mempunyai   budaya korporat   tersendiri   dibina   tanpa   sedar   iaitu   “The   HP   Way”. Badan korporat ini telah berkerja keras mempertahankan motto korporatnya bertahun­tahun lamanya seperti perkara tersebut.

3.1. saling menghormati orang lain. 3.2. perihatin terhadap masyarakat 3.3. kerja keras dengan ikhlas. 

Disebabkan   budaya   kerjanya   telah   disemai   berpuluh tahun   lamanya,   Hewlett­Packard   terkenal   di   seluruh   dunia. Barangan   komputer   dan   lain­lain   adalah   berjenama   syarikat gergasi tersebut. Ini membuktikan bahawa sikap mereka yang bekerja   di   bawah  bumbung   organisasi   tersebut   menyakinkan majikannya   dan   para   pelanggan   yang   menggunakan   produk HP.     Sesungguhnya,   manusia   memilih   produk   HP   kerana lambangnya telah menjadi terkenal dan pelanggan benar­benar yakin dengan barangan yang berlambangkan Hewlett­Packard. Maka,   sudah   tentu   budaya   korporat   organisasi   ini   perlu dijadikan   satu   contoh   dan   ikutan   supaya   dapat menggunakannya   sebagai   timbangtara   kita   yang   akan memasuki   alam   industri   pekerjaan   dalam   sektor   korporat mahupun kerajaan.

Setiap   badan   korporat   akan   memilih   staf­stafnya   yang mempunyai   kriteria   terpilih   yakni   memenuhi   piawaian   yang ditetapkan   supaya   mereka   tidak   membawa   wabak   penyakit yang boleh melumpuh dan meruntuhkan organisasi itu dengan jangkitan   wabak  penyakit  yang  berkekalan.     Wabak  penyakit yang   berkekalan   iaitu   berlawan   dengan,  moral,   sosial   dan tingkahlaku,   kepercayaan,   sikap,   keutamaan   terhadap   ahli­

ahlinya dalam komunikasi korporat    yang telah dibentuk dan

disemadikan dalam motto syarikat korporat tersebut. Oleh itu, ujian pasti dilakukan kepada bakal staf yang memasuki dalam arena   korporat.     Sebab   itu,   badan   korporat   dapat   bergerak pesat   mencapai   tujuan   dan   matlamat   perniagaannya   kerana memiliki   staf­staf   yang   cekap   dan   bebas   daripada   wabak penyakit sosial.

(5)

Segala   maklumat   berkenaan   perniagaan   yang   diperolehi   oleh individu   ataupun   berkumpulan   perlu   disampaikan   kepada pihak   atasan   secepat   mungkin   dan   tepat   (ASAP).   Maklumat yang   diperolehi   adalah   daripada   akhbar,   warta   kerajaan, internet dan lain­lain. Menerus perolehan maklumat tersebut, maklumbalas dapat dilakukan dengan segera untuk mencapai matlamat   perniagaan   yang   tidak   rugi   tetapi   menguntungkan. Berikut adalah beberapa proses pentadbiran dalam organisasi korporat yang bermula daripada pengaliran informasi daripada pelbagai sumber:

4.1. Matlamat dan tujuan organisasi dari segi strategi plan, target   tahunan   organisasi,   pencapaian   CEO   secara individu, terhadap staf bawahan dalam organisasinya. Dan   setiap   orang   dalam   organisasi   mempunyai tanggungjawab di atas pencapaian badan korporatnya. 4.2. Sistem maklumbalas resmi pencapaian individu perlu

dinilai dan diteliti untuk meninjau kesan plan strategic organisasi.   Maklumbalas mestilah cekap, pantas dan berkesan.

4.3. Persefahaman di antara majikan (pengurusan) dan staf dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab supaya mengikut   lunas   dan   piawaian   yang   dikehendaki. Justeru,   persefahaman   bagi   kedua   pihak   merupakan landasan utama percapaian matlamat organisasi.

Pencapaian   yang   memuaskan   dalam   perniagaan   dan sebagainya   di   sektor   korporat   banyak   bergantung   kepada hubungan   komunikasi   di   antara   staf   dengan   majikan. Kesepaduan   persefahaman   ini   boleh   melahirkan   rasa   kasih, mesra,   saling   hormat   dan   menghormati   sesama   sendiri. Cetusan   sikap   keterbukaan,   ikhlas,   menerima   teguran,   dan menganggapkan   semua   staf   sebagai   satu   keluarga   besar merupakan   satu   titik   penyebab   sesebuah   organisasi   dapat berjalan lancar tanpa gangguan dan halangan.

(6)

sehingga   menerbitkan   perasaan   dendam   dan   benci   staf terhadap   ketua   berlarutan.     Berikut   diperturunkan   sepuluh perkara yang perlu dilakukan oleh seorang  ketua terhadap staf bawahannya.

a. Mendengar masalah yang dihadap oleh staf.

b. Memberi arahan mengikut waktu yang sesuai, supaya kerja lain tidak bertindan.

c. Mendengar   buah   fikiran   staf   untuk   mencapai   tujuan organisasi.

d. Hargai   setiap   usaha   yang   dilakukan   oleh   staf, walaupun   ianya   tidak   mencapai   piawaian   yang dikehendaki.

e. Jangan   menganggap   staf   sebagai   orang   suruhan   dan harus   menghormati   maruahnya   sebagai   seorang manusia biasa.

f. Seharusnya memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh staf.

g. Kurangkan   memarahi   mereka   secara   terus­terang   di depan staf­staf lain.

h. Jangan memburuk­burukkan staf di hadapan staf yang lain.

i. Mempunyai   sikap   bertolak­ansur   dan   berbudibicara yang luhur terhadap semua staf.

j. Bersabar   menerima   keranah   staf   dan   cuba menyelesaikan  setiap   masalah   tetapi   jangan mengeruhkan   keadaan   dengan   bermusuhan   dengan staf yang tidak disukai.

Komunikasi dua hala tidak akan tercapai jika di sebelah pihak   atasan   lebih   menitikberat   kehendak   staf   bawahan sedangkan di pihak staf juga perlu bersedia menerima teguran dan   pandangan   daripada   ketua   dengan   rela   hati   dan   ikhlas. Sikap   dendam   dan   irihati   terhadap   ketua   perlu   dikikis samasekali apakala ditegur ataupun dikomen.   Sikap terbuka perlu ada di setiap hati staf bawahan.  Jangan mengukur atau

menjaga tepi kain ketua dalam urusan harian.  Staf bawahan

cuma   menjalankan   kerja   penuh   kepatuhan   tanpa   merungut pada arahan yang diberikan oleh ketua.  Berikut diperturunkan sepuluh perkara yang perlu dipatuhi dan dilakukan oleh staf bawahan   dalam   sesebuah   organisasi   bagi   menjalin perhubungan mesra dan kelicinan pentadbiran korporat.

(7)

b. Ikhlas dan jujur melakukan setiap tugas.

c. Kawal   perasaan   marah,   percakapan   dan   jangan mengumpat/memfitnah.

d. Hormati ketua di pejabat mahupun di luar pejabat. e. Memberi kerjasama dengan staf lain.

f. Kikiskan sikap benci dan irihati terhadap ketua dan lain­lain staf.

g. Hormati   hak   ketua   menjalankan   tanggungjawabnya dalam pejabat.

h. Menerima teguran dan cuba memperbaiki kelemahan. i. Jadikan   tugas   satu   keseronokkan   tetapi   bukan

paksaan dan deraan 

j. Anggap   menjalankan   tugas   sebagai   satu  ibadah kepada Allah s.w.t.

5. Penutup

Sektor   korporat   adalah   satu   organisasi   besar   yang   disokong penuh oleh kerajaan.  Kesepaduan organisasi korporat tanahair menyebabkan kekukuhan ekonomi negara.  Sekitar tahun 1980 hingga kini kerajaan memberi tumpuan ke arah penswastaan dan   pengkorporatan.     Pada   tahun   2000   (alaf   baru) pengabungan   organisasi   perbankan   ke   arah   pengkorporatan global dilakukan.   Penyatuan ini adalah satu cubaan memberi kekuatan   organisasi   korporat   berkembang   lebih   pantas   dan drastik.     Ekoran   itu,   ekonomi   negara   dapat   dipulih   setelah mengalami kemesetan ekonomi di akhir tahun 1997.

(8)

Referensi

Dokumen terkait

Proses belajar mengajar merupakan suatu proses interaksi atau hubungan timbal balik antara guru dan siswa dalam suatu kelas yang dapat membuka komunikasi aktif

Kalau yang melakukan perhitungan unit cost atau harga pokok per biji, mereka hanya menghitung berapa uang yang dikeluarkan untuk membeli bahan baku

取得のれんの償却のように、経営者の裁量余地を制限することが有用な情報の開示につながる 例として、セグメント情報における

Dalam konsep Deep Ecology, perlindungan dan penyelamatan lingkungan hidup yang dilakukan manusia pada dasarnya beranjak dari kesadaran bahwa manusia merupakan bagian dari alam dan

Hasil penelitian memperlihatkan hasil bah- wa keluarga penderita yang mengalami gangguan jiwa sebagian besar (85%) bekerja, secara umum pekerjaan ini berhubungan dengan

Handpone Tempat Tugas / Wilayah Kerja Keterangan... Hasking, SP

Hal ini sesuai dengan yang dikemukakan oleh Tim Pengembang D-2 PGSD dan S-2 Pendidikan Dasar (1997 : 17) yang mengatakan bahwa “ pembelajaran terpadu adalah

Para peserta yang lulus seleksi administrasi dan penilaian makalah akan mengikuti penilaian kompetensi perilaku melalui asesmen untuk menentukan kesesuaian kompetensi perilaku