SAINS DALAM AL-QURAN 2
Diploma Pengajian Al-Quran & Al-Sunnah – Keempat/Final
Pensyarah:
Ustazah Nek Mah Batri Master in Islamic Studies
Calon PhD
Fiqh Sains & Teknologi
Hidup Bersih Sihat Cara Rasulullah saw
Dan Kami turunkan Dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat suci Yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang
yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
(Al-Isra’:82)
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram (Riwayat Abu Daud)
Mencegah lebih baik daripada mengubati
Imam Syathibi dalam kitabnya al- Muwafaqatmenegaskan,
sesungguhnya syariat itu adalah demi kemaslahatan manusia, di mana semua taklif (perintah dan larangan) adalah untuk
menghindari mafsadah (kerusakan), untuk mendapatkan maslahat (kemaslahatan), atau untuk mendapatkan kedua- duanya.
Imam Ibnu Qayyim juga menjelaskan dalam kitabnya I’lam al- Mu waqqi’inbahwa sesungguhnya syariat Islam itu dasar dan asasnya adalah di atas hikmah dan untuk kebaikan umat
manusia, baik dalam kehidupan di dunia maupun di akhirat.
Syariat itu seluruhnya adalah keadilan, rahmat, kebaikan, dan hikmah.
Pengharaman Zina dan Penyakit AIDS
Betapa besarnya bahaya dan kerusakan yang ditimbulkan perbuatan zina itu bagi individu, keluarga, dan masyarakat Islam sehingga Allah SWT meletakkannya setelah
pembunuhan dan mempersekutukan Allah (syirik).
“Dan, orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak
berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan
kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina.”
( al-Furqan : 68-69)
Pengharaman Zina dan Penyakit AIDS
Di antara hikmah pengharaman zina adalah:
1. Menjaga kehormatan perempuan agar tidak dijadikan barang yang diperjual belikan kerana Islam datang untuk memuliakan manusia, baik laki-laki dan perempuan.
2. Mencegah percampuran nasab kerana dengan dibolehkan zina bererti memasukkan anak yang bukan dari benihnya ke dalam keluarga yang nantinya akan mewarisi. Bukan anaknya dan
memperlakukannya sebagai mahram padahal bukan mahramnya.
Pengharaman Zina dan Penyakit AIDS
3. Mencegah banyaknya anak yang ditelantarkan orang tua
akibat malu anaknya lahir dari hasil perzinaan dan melindungi bayi-bayi yang dibunuh ibunya sendiri ketika masih dalam
kandungan (aborsi).
4. Menjaga keutuhan dan ketenteraman dalam rumah tangga.
5. Pengharaman zina sesuai dengan fitrah manusia yang
memiliki rasa ghairah/cemburu terhadap kehormatannya, di mana tidak mungkin seseorang boleh menerima dan rela
melihat isteri, anak, ibu, dan saudaranya menjadi barang yang diperjual belikan dan dijadikan pemuas nafsu orang lain.
Pengharaman Zina dan Penyakit AIDS
Sebagai mana nasihat Nabi dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad, Baihaqi, dan Thabrani, kepada pemuda yang meminta izin kepada Beliau untuk dibiarkan melakukan zina, dengan menanya kan kepada dia apakah rela orang lain
berzina dengan ibu, anak, sau dari dan anggota keluarganya yang lain.
6. Mencegah menyebarnya kejahatan, khususnya pembunuhan, disebabkan rasa cemburu, di mana seorang suami akan
membunuh isterinya dan lelaki yang berzina dengannya kerana rasa marah, cemburu ketika melihat isterinya berzina dengan lelaki lain, atau lelaki boleh membunuh suami wanita yang dizinahinya.
Pengharaman Zina dan Penyakit AIDS
7
.
Mencegah penyebaran penyakit menular yang merupakanhukuman dari Allah atas menyebarnya perbuatan keji tersebut, seperti HIV/AIDS
.
Rasulullah bersabda, “Tidaklah tampak zina di suatu kaum, kemudian dilakukan secara terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah-tengah mereka tha’un (wabah) dan penyakit-
penyakit yang tidak pernah menjangkiti generasi sebelumnya.”
(HR. Ibnu Majah, al-Hakim dan Abu Nu’aim).
Pengharaman Tatu
Menurut ulamak fiqh,tempat yang ditatu adalah najis disebabkab darah beku yang tersekat disitu. Ia wajib
dihilangkan sekiranya boleh dengan rawatan. Sebaliknya, jika tidak boleh kecuali dengan pembedahan dia tidak wajib
menghilangkannya, sekiranya dibimbangi berlaku
kemudharatan atau kecacatan yang teruk kepada anggota zahir seperti muka, tangan dan lain-lain.
Dalam hal ini memadailah bertaubat daripada segala dosanya itu. Namun jika tiada kebimbangan tersebut, dia wajib
menghilangkannya dan berdosa melengah-lengahkannya.
DALIL PENGHARAMAN:
Beberapa buah hadis sahih pada darjatnya yang tertinggi (riwayat al- Bukhari dan Muslim) yang melarang perbuatan mengubah ciptaan
Allah s.w.t.:
"Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma sesungguhnya Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang menyambung rambutnya, yang minta disambungkan, yang menyucuk kulit badan dengan jarum (bertatu) dan
yang minta dibuatkan tatu."
Daripada `Abdullah bin `Umar bin Al-Khattab bahawa Rasulullah s.a.w.
melaknat al-Waasilah, al-Mustawsilah, al-Waasyimah (pembuat tatu) dan al-Mustawsyimah (orang yang meminta supaya dibuat tatu).
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Pengharaman Tatu
Daripada Abdullah bin Mas’ud ra katanya,”Allah melaknat
perempuan yang membuat tatu, yang diminta membuatnya, yang mencabut bulu muka dan yang mengasah gigi untuk kecantikan
yang mengubah ciptaan Allah. Kenapa pula aku tidak mencerca mereka yang dilaknat oleh Rasulullah saw sedangkan di dalam
Al-Quran Allah menyatakan firman-Nya yang bermaksud: (dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah saw kepada kamu
maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya.)
(riwayat al-Bukhari dan muslim)
Pengharaman Tatu
Begitu juga hadis lain yang bermaksud:
Daripada Abdullah bin Umar ra Rasulullah saw bersabda,:Allah melaknat perempuan yang memakai rambut orang lain dan yang diminta memakaikannya, dan perempuan yang membuat tatu dan
yang diminta dibuatnya.
(riwayat al-Bukhari dan muslim)
Pengharaman Tatu
Begitu juga hadis lain yang bermaksud:
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Allah mengutuk wanita yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan
mereka yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang
mengubah ciptaan Allah.”
(riwayat ibn Mas’ud)
Pengharaman Darah
ْ
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah
yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang
disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya
dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-An’am:145)
Pengharaman Darah
Dari sini ditemukan bahawa di syariatkan penyembelihan
sebelum memakan daging haiwan kerana penyembelihan adalah pengeluaran darah-darah yang kotor dan membahayakan.
Dengan perkembangan ilmu modern pengharaman darah yang mengalir adalah dibukitkan tempat yang baik bagi perkembangan bakteria bakteria.
Pengharaman daging haiwan buas
Beberapa pendapat para Fuqaha tentang pengharaman binatang dan burung buas dalam Islam. Berdasarkan hadits dibawah ini
:
بلحم ىذ لكو عابسلا نم بان ىذ لك نع صلى الله عليه وسلم الله لوسر ىهن
ريطلا نم .
Rasulullah saw, mencegah semua yang mempunyai taring pada
binatang, dan semua burung yang yang bertaring tajam".
(HR Muslim)
Pengharaman daging haiwan buas
Dalam kalimat عابس (siba') dia atas adalah bentuk jama' dari kata عبس (sabu'un), yang berarti hewan yang menerkam. Dan yang dimaksud "bertaring" adalah yang menyerang dengan taringnya, terhadap manusia dan harta miliknya. Seperti : Srigala, Anjing, Singa, Harimau, Burung helang, dan Kucing.
Hadits diatas senada dengan hadits Imam Al-Bukhari :
عابسلا نم بان ىذ لك لكا نع ىهن صلى الله عليه وسلم الله لوسر نا ةبلعث ىبا ن
ع ."Dari Abu Tsa'labah, bahwa Rasulallah SAW, telah melarang makan semua binatang buas yang bertaring." (HR Bukhari).
Pengharaman daging haiwan buas
Imam As-Syafi'i, berpendapat : Binatang buas yang
diharamkan adalah yang menyerang manusia, seperti : Singa, Harimau, Srigala, dll.
Imam Al-Maliki, berpendapat dalam kitab "al-muwatha"
meriwayatkan hadits dari Abu Hurairah dan Nabi SAW, bersabda :
مارح عابسلا نم بان يذ لك لكا .
Memakan semua yang bertaring dari binatang buas adalah haram." Dan setelah meriwayatkan ini Imam Malik berkata :
Inilah pendapat kami.
Pengharaman daging haiwan buas
Diriwayatkan pula oleh Ibnu Al-Qasim dari Imam Malik :
Bahwasanya makruh, inilah pendapat yang diambil oleh jumhur Sahabatnya.
Imam Asy-Syafi'i dan beberapa sahabat Abu Hanifah
mengatakan : Bahwa memakan musang (Tsa'lab) adalah
boleh. Ibnu Hazm membolehkan gajah dan samur (semacam musang yang berbulu indah).
Pengharaman daging haiwan buas
Sedangkan memakan kera diharamkan, Umar berkata : Kaum Muslimin sepakat, bahwa kera tidak boleh, karena Rasulullah saw melarangnya.
Adapun burung yang bercakar (mencengkeram) atau burung yang menyerang dengan cengkramannya, seperti burung
Falcon, helang, gagak, garuda, dll. Jenis ini diharamkan,
menurut jumhur ulama. Kecuali Imam Malik yang berpendapat Mubah (boleh).