• Tidak ada hasil yang ditemukan

Topik: Perakaunan untuk Kawalan Dalaman. Penyediaan Belanjawan Tunai.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Topik: Perakaunan untuk Kawalan Dalaman. Penyediaan Belanjawan Tunai."

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

www.kvk-

accounting.com

www.kvk-accounting.com 1

Topik: Perakaunan untuk Kawalan Dalaman

Isu-isu berkaitan dengan penyediaan belanjawan tunai

• Tiga perkara yang harus dikenalpasti oleh seseorang penyedia Belanjawan Tunai adalah:

o Jenis aliran tunai – Penerimaan atau Pembayaran

o Titik masa berlaku – Bulan yang berkaitan dengan aliran tunai o Amaun aliran tunai – Amaun yang dikaitkan kepada bulan berlaku.

• Masalah pengiraan amaun yang sering dihadapi oleh pelajar adalah berkaitan dengan:

o Jualan tunai dan penerimaan dari akaun belum terima o Belian tunai dan pembayaran kepada akaun belum bayar o Ansuran pinjaman

• Pengiraan jualan tunai dan penerimaan dari akaun belum terima

Contoh Soalan 1:

Anggaran jualan Perniagaan Jaya bagi tiga bulan berakhir Mac 2020 adalah seperti berikut:

RM

Disember 2019 (sebenar) 20,000

Januari 2020 28,000

Februari 2020 32,000

Mac 2020 25,000

Maklumat tambahan:

Lima puluh peratus daripada jumlah jualan adalah secara kredit. Daripada jumlah jualan kredit, 50% diterima dalam bulan jualan dan bakinya diterima dalam bulan yang berikut.

Dikehendaki:

Hitung jumlah penerimaan tunai dari jualan tunai dan akaun belum terima bagi tiga bulan berakhir 31 Mac 2020.

Penyediaan Belanjawan Tunai

(2)

www.kvk-

accounting.com

www.kvk-accounting.com 2 Jawapan:

Januari Februari Mac

RM RM RM

Penerimaan

Jualan tunai (100% - 50%) x

28,000 = 14,000

(100% - 50%) x 32,000 = 16,000

(100% - 50%) x 25,000 = 12,500 Akaun belum terima (100% - 50%) x 50%

20,000 = 5,000 (100% - 50%) x 50%

28,000 = 7,000 5,000 + 7,000 = 12,000

(100% - 50%) x 50%

28,000 = 7,000 (100% - 50%) x 50%

32,000 = 8,000 7,000 + 8,000 = 15,000

(100% - 50%) x 50%

32,000 = 8,000 (100% - 50%) x 50%

25,000 = 6,250 8,000 + 6,250 = 14,250

Contoh Soalan 2:

Jumlah jualan Syarikat Jimmy bagi bulan Disember 2019 ialah RM40,000. Jimmy menganggarkan bahawa jumlah jualan akan meningkat sebanyak 10% daripada bulan berikutnya sehingga bulan Mac 2020. Empat puluh peratus daripada jumlah jualan adalah secara tunai. Pola penerimaan tunai dari akaun belum terima adalah seperti berikut:

20% menjelaskan hutang dalam bulan jualan 80% menjelaskan hutang dalam bulan berikutnya.

Dikehendaki:

Hitung jumlah penerimaan tunai dari jualan tunai dan akaun belum terima bagi tiga bulan berakhir 31 Mac 2020.

Jawapan:

Januari Februari Mac

RM RM RM

Anggaran jualan bulanan

40,000 x 110% = 44,000

44,000 x 110% = 48,400

48,400 x 110% = 53,240 Penerimaan

Jualan tunai 40% x 44,000 =

17,600

40% x 48,400 = 19,360

40% x 53,240 = 21,296 Akaun belum terima 60% x 40,000 x 80%

= 19,200 60% x 44,000 x 20%

= 5,280 19,200 + 5,280 = 24,480

60% x 44,000 x 80%

= 21,120 60% x 48,400 x 20%

= 5,808 21,120 + 5,808 = 26,928

60% x 48,400 x 80%

= 23,232 60% x 53,240 x 20%

= 6,389*

21,296 + 6,389 = 27,685 Peratusan jualan kredit = Peratus jumlah jualan – Peratus jualan tunai = 100% - 40% = 60%

*Dibundarkan

(3)

www.kvk-

accounting.com

www.kvk-accounting.com 3

• Pengiraan belian tunai dan pembayaran kepada akaun belum bayar

Contoh Soalan 1:

Anggaran belian Perniagaan Baba untuk 3 bulan yang berakhir 31 Mac 2020 adalah seperti berikut:

RM

Disember 2019 (Sebenar) 18,200

Januari 18,800

Februari 20,000

Mac 24,800

Maklumat tambahan:

Hanya 10% daripada jumlah belian dibuat secara tunai. Belian kredit dijelaskan dalam tempoh satu bulan.

Dikehendaki:

Hitung jumlah pembayaran tunai bagi belian tunai dan akaun belum bayar bagi tiga bulan berakhir 31 Mac 2020.

Jawapan:

Januari Februari Mac

RM RM RM

Pembayaran

Belian tunai 10% x 18,800 =

1,880

10% x 20,000 = 2,000

10% x 24,800 = 2,480 Akaun belum bayar 90% x 18,200 =

16,380

90% x 18,800 = 16,920

90% x 20,000 = 18,000

Contoh Soalan 2:

Anggaran belian Ever Trading bagi 3 bulan berakhir Mac 2020 adalah seperti berikut:

November 2019 (Sebenar)

Disember 2019 (Sebenar)

Januari 2020

Februari 2020

Mac 2020

RM RM RM RM RM

Belian 30,000 25,000 28,000 32,000 30,000

Maklumat tambahan:

Semua belian adalah secara kredit. Dua puluh peritus daripada jumlah belian dibayar dalam bulan yang sama, 30% dibayar dalam bulan yang berikut dan bakinya dibayar dalam tempoh 2 bulan.

(4)

www.kvk-

accounting.com

www.kvk-accounting.com 4 Dikehendaki:

Hitung jumlah pembayaran tunai bagi belian tunai dan akaun belum bayar bagi tiga bulan berakhir 31 Mac 2020.

Jawapan:

Januari Februari Mac

RM RM RM

Pembayaran

Akaun belum bayar 20% x 28,000 = 5,600 30% x 25,000 = 7,500 50% x 30,000 = 15,000 5,600 + 7,500 + 15,000 = 28,100

20% x 32,000 = 6,400 30% x 28,000 = 8,400 50% x 25,000 = 12,500 6,400 + 8,400 + 12,500 = 27,300

20% x 30,000 = 6,000 30% x 32,000 = 9,600 50% x 28,000 = 14,000 6,000 + 9,600 + 14,000 = 29,600

• Pengiraan ansuran pinjaman

o Ansuran pinjaman mempunyai dua komponen, iaitu komponen bayaran balik pinjaman dan komponen faedah. Bagi tujuan perekodan dalam buku perakaunan, kedua-dua komponen ini perlu diasingkan. Bagi tujuan Belanjawan Tunai, komponen-komponen ini tidak perlu diasingkan.

o Ansuran pinjaman dikirakan berasaskan kepada jenis kadar faedah yang dikenakan. Terdapat dua kaedah kadar faedah yang digunakan, iaitu:

▪ Kadar faedah berubah – kadar ini digunakan untuk mengirakan ansuran pinjaman rumah. Kadar ini mengamalkan kaedah pengiraan annuiti. Kaedah ini tidak akan diuji pada tahap SPM.

▪ Kadar faedah tetap – kadar ini digunakan untuk mengirakan ansuran pinjaman kereta dan bank. Kaedah inilah yang perlu diketahui oleh pelajar SPM.

o Cara pengiraan ansuran pinjaman mengikut kadar faedah tetap:

Contoh Soalan:

Pemilik Perniagaan Hamid dijangka menperoleh pinjaman bank sebanyak RM20,000 pada kadar faedah tetap 5% setahun pada bulan Januari 2020. Ansuran pinjaman akan dibayar mulai bulan Februari 2020 selama 4 tahun.

(5)

www.kvk-

accounting.com

www.kvk-accounting.com 5 Dikehendaki:

Hitung ansuran pinjaman bulanan yang akan dibayar mulai bulan Februari 2020.

Jawapan:

RM

Jumlah pinjaman 20,000

(+) Jumlah faedah bagi 4 tahun 20,000 x 5% x 4

4,000

Jumlah perlu bayar balik 24,000

(÷) Tempoh bayar balik (4 x 12 bulan) 48

Ansuran sebulan 500

Atau, secara ringkasnya:

[20,000 + (20,000 x 5% x 4)] / 48 = RM500

menyediakan belanjawan tunai

• Langkah-langkah penyediaan Belanjawan Tunai:

o Langkah 1: Rekodkan baki awal tunai. Perniagaan yang baru dimulakan tidak akan mempunyai baki awal.

o Langkah 2: Rekodkan semua penerimaan dan pembayaran mengikut bulan-bulan belanjawan.

o Langkah 3: Jumlahkan semua penerimaan dan pembayaran bagi setiap bulan.

o Langkah 4: Hitung dan rekodkan lebihan / (kurangan).

o Langkah 5: Hitung dan rekodkan baki akhir. Baki akhir sesuatu bulan akan menjadi baki awal bulan yang berikutnya.

• Contoh-contoh soalan Belanjawan Tunai:

Contoh Soalan 1:

Jenny memulakan perniagaan runcitnya pada 1 Januari 2020 dengan modal tunai RM10,000, perabot RM5,000 dan inventori RM3,000. Berikut adalah anggaran penerimaan dan pembayaran tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Mac 2020:

1. Semua belian dan jualan adalah secara tunai. Anggaran jualan bagi bulan Januari adalah RM20,000 dan dijangka meningkat sebanyak 10% pada bulan-bulan berikutnya. Belian adalah 50% daripada jualan setiap bulan.

2. Pada bulan Februari, sebuah alat hawa dingin dan kipás akan dipasang pada harga RM1,800.

(6)

www.kvk-

accounting.com

www.kvk-accounting.com 6 3. Bagi bulan Januari, Jenny akan mendapatkan khidmat seorang pekerja sambilan yang

akan dibayar upah sebanyak RM500. Mulai bulan Februari, seorang pekerja tetap diambil dan dibayar gaji sebanyak RM900 sebulan. Pekerja sambilan akan diberhentikan pada akhir bulan Februari.

4. Komisen diterima pada bulan Januari dianggarkan sebanyak RM200 dan dijangka akan berganda daripada bulan berikutnya bagi bulan Februari dan Mac.

5. Pada bulan Mac, premis perniagaan akan diubahsuai. Kos pengubahsuaian dijangka sebanyak RM25,000. Lapan puluh peratus daripada kos pengubahsuaian akan dibayar pada bulan Mac dan bakinya pada bulan yang berikutnya.

6. Anggaran belanja bulanan:

Belanja utiliti RM520 Belanja iklan RM850 Belanja am RM600

Dikehendaki:

Sediakan Belanjawan Tunai bagi Perniagaan Jenny bagi tiga bulan berakhir 31 Mac 2020.

Jawapan:

Nota Pengiraan penerimaan dan pembayaran Januari

RM

Februari RM

Mac RM Penerimaan

Modal 10,000

Jualan 20,000 20,000 x 110% =

22,000

22,000 x 110% = 24,200

Komisen diterima 200 200 x 2 = 400 400 x 2 = 800

Pembayaran

Belian 20,000 x 50% =

10,000

22,000 x 50% = 11,000

24,200 x 50% = 12,100

Kelengkapan 1,800

Upah pekerja sambilan

500 500

Gaji pekerja tetap 900 900

Pengubahsuaian premis

25,000 x 80% = 20,000

Belanja utiliti 520 520 520

Belanja iklan 850 850 850

Belanja am 600 600 600

(7)

www.kvk-

accounting.com

www.kvk-accounting.com 7 Menyediakan Belanjawan Tunai:

Perniagaan Jenny

Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Mac 2020

Butiran Januari

RM

Februari RM

Mac RM

Baki awal - 17,730 23,960

Penerimaan

Modal 10,000

Jualan 20,000 22,000 24,200

Komisen diterima 200 400 800

Jumlah Penerimaan 30,200 22,400 25,000

Pembayaran

Belian 10,000 11,000 12,100

Kelengkapan 1,800

Upah pekerja sambilan 500 500

Gaji pekerja tetap 900 900

Pengubahsuaian premis 20,000

Belanja utiliti 520 520 520

Belanja iklan 850 850 850

Belanja am 600 600 600

Jumlah Pembayaran 12,470 16,170 34,970

Lebihan / (Kurangan) 17,730 6,230 (9,970)

Baki akhir 17,730 23,960 13,990

Contoh Soalan 2:

Pemilik Perniagaan Hero, Herman, telah menganggarkan penerimaan dan pembayaran tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Mac 2020 bagi perniagaannya seperti berikut:

1. Baki tunai di bank pada 1 Januari 2020 ialah RM3,240.

2. Belian dan jualan yang dijangka adalah seperti di bawah:

Disember 2019 (sebenar)

Januari 2020

Februari 2020

Mac 2020

RM RM RM RM

Belian 18,600 21,000 19,400 22,200

Jualan 34,500 40,200 38,000 41,800

Dua puluh peratus daripada jumlah belian dan jualan adalah secara tunai. Baki akaun belum bayar pada akhir bulan dijelaskan pada bulan berikutnya. Empat puluh peratus

(8)

www.kvk-

accounting.com

www.kvk-accounting.com 8 daripada jualan kredit diterima dalam bulan yang sama dan bakinya dalam bulan berikutnya.

3. Sebuah mesin fotostat akan dibeli dalam bulan Februari pada harga RM3,200. Dua puluh peratus daripada harga kos dibayar sebagai wang pendahuluan dan bakinya dibayar bayar bulan Mac.

4. Pada bulan Januari, pemilik akan menperoleh pinjaman bank sebanyak RM12,000 pada kadar tetap 8% setahun dan dibayar balik dengan 30 ansuran bulanan. Sepuluh ribu daripada wang pinjaman ini akan digunakan untuk membayar baki hutang belian kenderaan pada bulan Oktober 2019. Ansuran pinjaman akan dibayar mulai bulan Februari 2020.

5. Pada bulan Februari, pemilik akan memindahkan RM16,000 dari akaun bank perniagaan ke akaun simpanan tetap. Kadar faedah simpanan tetap ialah 3% setahun dan kan diterima setiap bulan mulai bulan Mac.

6. Ambilan setiap bulan oleh pemilik: Barang niaga RM420; Tunai RM800.

7. Anggaran belanja bulanan:

Kadar bayaran RM 660 Promosi RM1,000 Gaji RM3,600

Dikehendaki:

Sediakan Belanjawan Tunai bagi Perniagaan Hero bagi tiga bulan berakhir 31 Mac 2020.

Jawapan:

Nota Pengiraan penerimaan dan pembayaran Januari

RM

Februari RM

Mac RM Penerimaan

Jualan tunai 20% x 40,200 = 8,040 20% x 38,000 = 7,600 20% xx 41,800 = 8,360 Akaun belum terima 60% x (80 x 34,500) =

16,560 40% x (80% x 40,200)

= 12,864 16,560 + 12,864 =

29,424

60% x (80 x 40,200) = 19,296 40% x (80% x 38,000)

= 12,160 19,296 + 12,160 =

31,456

60% x (80 x 38,000) = 18,240 40% x (80% x 41,800)

= 13,376 18,240 + 13,376 =

31,616

Pinjaman 12,000

Faedah simpanan tetap

16,000 x 3% x 1/12 = 40

Pembayaran

Belian tunai 20% x 21,000 = 4,200 20% x 19,400 = 3,880 20% x 22,200 = 4,440 Akaun belum bayar 80% x 18,600 =

14,880

80% x 21,000 = 16,800

80% x 19,400 = 15,520

Belian mesin fotostat 20% x 3,200 = 640 3,200 – 640 = 2,560

Bayar hutang kenderaan

10,000

(9)

www.kvk-

accounting.com

www.kvk-accounting.com 9

Ansuran pinjaman [12,000 + (12,000 x

8% x 2.5)] / 30 = 480

480

Simpanan tetap 16,000

Ambilan 800 800 800

Kadar bayaran 660 660 660

Promosi 1,000 1,000 1,000

Gaji 3,600 3,600 3,600

Menyediakan Belanjawan Tunai:

Perniagaan Hero

Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Mac 2020

Butiran Januari

RM

Februari RM

Mac RM

Baki awal 3,240 17,554 12,750

Penerimaan

Jualan tunai 8,040 7,600 8,360

Akaun belum terima 29,424 31,456 31,616

Pinjaman 12,000

Faedah simpanan tetap 40

Jumlah Penerimaan 49,464 39,056 40,016

Pembayaran

Belian tunai 4,200 3,880 4,440

Akaun belum bayar 14,880 16,800 15,520

Belian mesin fotostat 640 2,560

Bayar baki hutang kenderaan 10,000

Ansuran pinjaman 480 480

Simpanan tetap 16,000

Ambilan 800 800 800

Kadar bayaran 660 660 660

Promosi 1,000 1,000 1,000

Gaji 3,600 3,600 3,600

Jumlah Pembayaran 35,140 43,860 29,060

Lebihan / (Kurangan) 14,314 (4,804) 10,956

Baki akhir 17,554 12,750 23,706

Referensi

Dokumen terkait