• Tidak ada hasil yang ditemukan

Mata Kuliah Semester I ilmu tasawuf 2008

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Mata Kuliah Semester I ilmu tasawuf 2008 "

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

ILMU TASAWUF:

PENGERTIAN DAN MATLAMAT

• Sepanjang yang diketahui tidak ada satu istilah dalam Islam yang telah menimbulkan berbagai pendapat yang berlainan dengan berbagai alasan sama ada dari kalangan Islam ataupun luar Islam seperti yang ada pada istilah tasawuf dan sufi.

• Ilmu Tasawuf dikenali dengan banyak nama

– Ilmu Qalb, Ilmu Batin, Ilmu Asrar, Ilmu Ladunni, Ilmu Mukashafah, Ilmu Dhawqi (semua merujuk erti batin), al-Tazkiyah, al-Fiqh al-Batin, Al-Ihsan

• Kekekeliruan terhadap penjenamaan tasawuf sebagai salah satu ilmu Islam menjadi makin ketara apabila istilah itu tidak terdapat di dalam dua sumber asas Islam, yakni al-Quran dan al-Hadis • Apabila ditelusuri pula akar kata kepada perkataan tersebut, maka ditemukan pula dengan

kepelbagaian pendapat yang mengatakan istilah itu dari akar kata: – bahasa Arab

– bahasa Yunani

• Walaupun setengah pendapat menyatakan penamaan atau istilah tasawuf itu kurang

menggambarkan sifat keislaman seperti yang lazimnya istilah ilmu Islam yang lain, realitinya istilah tersebut telah menjadi yang khas atau ism al-`alam kepada salah satu cabang ilmu dalam Islam, iaitu cabang akhlak dan kerohanian, yang hingga sekarang tidak ada satu nama yang diterima umum sebagai gantinya. Walaupun ada suara yang menyarankan nama-nama lain seperti ilmu al-fiqh al-batin, ilm al-isharat, ilmu al-ihsan, ilm al-mukashafah dan seumpamanya, namun saranan itu hanya tinggal saranan sahaja. Nama-nama tersebut hanya menjadi penjelas kepada istilah tasawuf.

• Seperti mana istilah-istilah lain dalam bidang ilmu Islam istilah tasawuf hanya lahir terkemudian, kira-kira pada kurun kedua hijrah, selaras dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan pemikiran umat Islam. Kelahiran suatu istilah yang terkemudian dari zaman permulaan Islam tidak bererti ia (dari segi isi kanddungannya) tidak ada dalam Islam. Banyak perkara yang belum bernama tetapi telah ada kandungannya.

• Ibn Khaldun menulis di dalam Muqaddimah:

Tasawuf merupakan salah satu ilmu syariat yang muncul dalam Islam. Ia berlandaskan cara yang sentiasa dianggap oleh salah, para sahabat dan tabi`in yang agung serta generasi selepas mereka, sebagar kebenaran dan pertunjuk (tariqat haq wa al-hidayah). Asaslnya ialah berterusan mengerjakan ibadat serta penumpuan sepenuhnya kepada Allah, menjauhi kepalsuan dan tarikan dunia, bersikap zuhud dalam semua perkara yang menjadi rebutan orang ramai seperti keseronokan, kekayaan dan pangkat serta mengasingkan diri dengan sepenuhnya dari orang ramai, berkhalwah kerana melakukan amal ibadah. Cara se[erti ini adalah amalan menyeluruh di kalangan para sahabat dan salaf.

• Harus dibezakan dahulu erti tasawuf, ilmu tasawuf, sufi, mutasawwif (salik/murid) dan mustaswif • Diakui oleh para Sufi dan pengkaji tentang banyaknya takrif yang diberikan terhadap makna

perkataan Tasawuf

– Al-Kalabadhi menyatakan terdapat lebih seribu – Ahmad Zarruq menyatakan ada terdapat 2000 takrif

(2)

TAKRIF-TAKRIF TASAWUF

• Ma`ruf al-Karkhi (w.200H):

– Ilmu Tasawuf ialah berpegang kepada hakikat dan meninggalkan segala yang ada di tangan makhluk

• Abu al-Hafs al-Haddad (w.265H):

– Ilmu tasawuf itu seluruhnya adab; setiap waktunya adalah adab; setiap maqamnya adalah adab; setiap halnya adalah adab

• Sahl b. `Abd Allah al-Tustari (w.283H)

– Ilmu Tasawuf ialah mengurangkan makan, berserah bulat kepada Allah dan meninggalkan manusia

• Samnun

– Tasawuf adalah engkau tidak memiliki sesuatu dan engkau tidak dimiliki oleh sesuatu. • Abu Hamzah al-Baghdadi:

– Tanda Sufi yang benar ialah, ‘menjadi miskin selepas kaya, merendah selepas megah, dan bersembunyi selepas masyhur; dan tanda sufi yang palsu ialah, ‘menjadi kaya dengan dunia selepas miskin, menjadi megah selepas hina atau rendah, dan menjadi terkenal selepas tersembunyi”.

• Bishr al-Hafi:

• Seorang sufi adalah orang yang menjernihkan hatinya kerana Allah. • Abu Sa`id bin Abi al-Khayr:

– Tasawuf adalah engkau melepaskan diri daripada segala yang ada di dalam otak engkau dan engkau mendermakan segala yang ada di tangan engkau.

• Abu Ja`far al-Khuldi:

– Tasawuf adalah mencampakkan diri ke dalam ubudiyah, keluar daripada basyariah dan memandang kepada Allah dengan keseluruhan.

• `Amr bin `Uthman al-Makki:

• Tasawuf adalah seorang hamba itu pada setiap masa dalam keadaan sibuk dengan yang lebih utama pada masa tersebut.

• Abu Muhammad al-Hariri”

• Tasawuf adalah mengawasi segala hal dan sentiasa beradab. • Abu Sahl al-Suluki:

• Tasawuf adalah berpaling daripada membangkang. • Abu Muhammad al-Jariri:

– Memasuki ke dalam setiap akhlak yang mulia dan keluar daripada setiap akhlak yang hina (al-Qushayri)

• Abu al-Hasan al-Nuri:

• Meninggalkan setiap kehendak nafsu (al-Kalabadhi) • Abu al-Hasan al-Shadhili:

– Melatih hawa nafsu kea rah pengabdian kepada Allah dan menundukkan nafsu di bawah hukum hakam-Nya.

• Abu Bakr al-Syibli

– Bermula dengan makrifat dan berakhirnya dengan tawhid • Abu al-Qasim al-Junayd al-Baghdadi:

– Engkau Bersama dengan Allah tanpa sebarang perantara

– Allah mematikan Engkau dari diri Engkau dan menghidupkan Engkau dengan-Nya • Sahl al-Tustari (w.283):

– Orang yang bersih jiwanya dari kekotoran dan kesibukan pemikiran dan hanya memusatkan kepada Allah semata-mata

• Bishr al-Hafi

(3)

• Abu Sa`id Ahmad b. `Isa al-Kharraz

– Orang yang dijernihnya hatinya oleh Tuhannya dan orang yang merasa kenikmatan dengan zikrullah.

• Tokoh sufi kurun keempat hijrah, Abu Bakr al-Kattani memberikan takrif: – Tasawuf ialah kejernihan (safa’) dan penyaksian (mushahadah)”.

• Pengertian yang pendek mengandungi dua unsur penting dalam tasawuf: unsur wasilah (jalan) dan unsur ghayah (matlamat).

Safa’ atau kejernihan melambangkan jalan atau wasilah, sementara musyahadah atau penyaksian melambangkan ghayah yang dicita-citakan oelh ahli tasawuf.

• Daripada takrif-takrif di atas, dapat disimpulkan bahawa tasawuf mempunyai asas yang tidak dipertikaikan iaitu akhlak, yakni yang berkaitan dengan pendidikan jiwa, penggendalian hawa nafsu atau keinginan dan pendisiplinan manusia dengan akhlak-akhlak yang mulia dalam Islam. • Kemuliaan akhlak ini tidak dapat dicapai dengan penggubalan undang-undang dan penetapan

hukuman-hukuman sahaja.

• Ia juga perlu kepada kewujudan semangat di dalam diri manusia untuk berjihad melawan hawa nafsunya, membersihkannya daripada segala sifat yang tercela dan menghiasinya dengan segala sifat yang terpuji. Jihad ini digelar oleh Rasulullah s.a.w. sebagai jihad akbar atau disebut juga mujahadat al-nafs atau tazkiyat al-nafs

• Muhammad Zakaria al-Kandahlawi menyebutkan tasawuf sebagai jalan yang dengannya manusia memperoleh sifat ihsan.

• Oleh kerana asas akhlak ini maka ada yang mengatakan bahawa tasawuf adalah akhlak. Tasawuf yang berasaskan akhlak Islam ini merupakan roh atau jiwa Islam kerana hukum hakam Islam kesemuanya dikembalikan kepada asas akhlak.

Matlamat Ilmu Tasawuf

Mencapai nikmat tawhid IHSAN (Muraqabah & Mushahadah) dalam UBUDIYYAH bahawa Allah s.w.t. adalah esa dan tunggal dalam kesedaran pengalaman

* Ilmu Tasawuf adalah bermula dengan ilmu (makrifah) tentang keesaan (iman) kerana merasai tentang ketunggalan-Nya.

* Ia bukanlah seperti tanggapan setengah pihak dalam ajaran sesat iaitu manusia mampu mencapai ketuhanan dan menjadi tuhan.

Tujuan Ilmu Tasawuf

• Menyedarkan manusia hakikat kewujudannya • Membersihkan diri manusia rohani dan jasmani • Membiasakan manusia dengan dhikr (ingat) Allah

• Menanamkan semangat ubudiyyah dalam diri manusia, bukan hanya ibadat

Bidang Ilmu Tasawuf

Secara umum, ilmu tasawuf adalah ilmu yang memperkuat dan memperkukuhkan aspek penting mengenai fungsi insan di atas muka bumi yakni ubudiyah melalui pendekatan:

* kehambaan = al-`abd * pelaksana = al-khalifah

Untuk mencapai matlamat itu, strategi yang digunakan ialah meneguhkan akhlak / sifat baik di dalam diri manusia. Ini dilaksanakan melalui:

(4)

• tabiinya- penciptaannya • tabiatnya- kecenderungannya

• unsur-unsurnya – roh, qalb, nafs, `aql • kemampuannya – alat pengenalan

• (`Amal) Perbincangan mengenai proses penyucian / penjilahan jiwa & hati / penghindaran qalb dari segala al-aghyar – al-tariqah

• Melaksanakan tazkiyat al-nafs dan tasfiyah al-qalb melalui dua peringkat iaitu takhalli & tahalli secara riyadah & mujahadah - dihayati dengan latihan dan kesungguhan agar diri insan menjadi terbiasa dengan sifat-sifat mulia

• (Hal) Perbincangan berkenaan makrifat Allah, yakni pengenalan Allah melalui al-dhawq = al-ihsan

• KESIMPULAN

Referensi

Dokumen terkait

Bantalan rel (sleepers) dipasang sebagai landasan dimana batang rel diletakkan dan ditambatkan. Indonesia memiliki track gauge 1067 mm) agar selalu konstan, dengan kata lain

NURUL ILMI. Kesesakan, Iritabilitas, Agresivitas dan Kesejahteraan Subjektif Keluarga yang Tinggal di Rumah Susun Jatinegara Barat. Dibimbing oleh EUIS

Dalam sistem pneumatik udara mampat yang dimasukan kedalam silinder harus dapat dikeluarkan kembali untuk dapat mengembalikan pada kedudukan semula. Untuk itu dalam sistem pneumatik

Sedangkan rekomendasi bagi peneliti selanjutnya diharapkan mampu melakukan penelitian pengaruh kepuasan konsumen dan kepercayaan terhadap loyalitas pada kartu prabayar

Puji syukur saya panjatkan ke hadirat Allah SWT atas segala rahmat dan karunia-Nya sehingga tesis dengan judul „Perbandingan Efek Antifertilitas Ekstrak Kulit

PT PAL Indonesia merupakan perusahaan yang bergerak dalam bidang produksi perkapalan dalam pelaksanaan kegiatan produksinya, keselamatan dan kesehatan kerja merupakan

Dengan kegiatan membaca teks, siswa dapat menyebutkan perkiraan informasi dari teks nonfiksi berdasarkan kata kunci yang ditemukan pada judul.. Dengan

Grafik VIIRS yang dihasilkan memuat data intensitas cahaya malam dan waktu pengambilan data, ada tidaknya perkembangan wilayah pada setiap pelabuhan dapat