• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAJUK 5 (6 jam) PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "TAJUK 5 (6 jam) PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH"

Copied!
31
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK 5 (6 jam)

PERANAN GURU SEKOLAH RENDAH

Dr. Madzniyah Md.Jaafar

Jabatan Penyelidikan & Inovasi / Ilmu Pendidikan IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

EDU 3108

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESION GURU

(2)

KANDUNGAN

Peranan Guru Sekolah Rendah

Pengamal Ilmu dan Kemahiran Pembimbing

Pengamal Reflektif Penyelidik

Agen Sosialisasi Agen Perubahan

Pengganti Ibu bapa Pembentuk Tingkah Laku

Pengurus Pembelajaran

(3)

Pengenalan

Pada peringkat sekolah rendah, guru merupakan salah satu faktor penentu kejayaan seseorang murid dalam pelajarannya. Guru mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap perkembangan kognitf dan psikososial kanak- kanak. Setiap guru sekolah rendah perlu memiliki pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang luas agar dapat melaksanakan t/jawab mendidik kanak- kanak selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

(4)

Guru Sebagai Pengamal Ilmu dan Kemahiran

• Pengamal ilmu membawa maksud mencintai, menguasai, sentiasa mencari dan meningkatkan

pengetahuan , menggunakan atau mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek kehidupan.

• Guru mempunyai tanggungjawab untuk sentiasa mencari ilmu serta mengamalkanya.

• Tugas mengajar adalah suatu amanah yang

diberikan kepada guru untuk berbakti dan bersedia berkongsi ilmu tanpa mengharapkan balasan.

(5)

Samb.

• Guru perlu mengambil berat tentang perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang terkini.

• Guru harus emmupuk budaya cintakan ilmu dalam diri murid-murid.

• Amalan cintakan ilmu dapat meningkatkan adab dan martabat diri dan murid serta memberikan petunjuk ke jalan yang benar.

• Guru perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang

bersesuaian untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang dikuasainya.

(6)

Samb.

• Guru ialah pengamal pengetahuan kandungan pedagogi apabila beliau berjaya mensintesis dan menyepadukan tiga teras pengetahuan, iaitu pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am dan pengetahuan konteks pendidikan serta dapat memperkaitan kepada konteks yang berbeza secara bersepadu.

• Guru menstrukturkan pengajarannya dengan mengintegrasikan unsur-unsur kemahiran belajar dan kemahiran berfikir dalam penyampaian isi kandungan agar dapat menghasilkan pelajar yang mampu berfikir pada aras tinggi serta sesuai dengan gaya kognitif mereka.

(7)

Pembimbing

Shertzer dan Stone (1981) mendifinisikan bimbingan sebagai perkhidmatan membimbing individu yang memerlukannya untuk mencapai kefahaman, pengetahuan dan kemahiran tertentu.

Proses bimbingan boleh berlaku secara kelompok atau individu. Ia boleh dijalankan secara formal dan informal.

Guru menjalankan bimbingan dengan kepercayaan bahawa setiap pelajar berupaya berkembang dan kembali ke arah yang lebih positif.

(8)

Guru sebagai pembimbing :

• Ilmu pengetahuan

• Pengurusan diri dan masa

• Membina hubungan yang positif

• Penyesuaian diri kepada perubahan rutin hidup

• Mempunyai minat dan sahsiah yang sihat.

(9)

Pengamal Reflektif

Aliran pendidikan guru pada masa kini memberikan penekanan kepada penghasilan guru yang reflektif, mampu melibatkan diri dalam proses inkuiri terhadap amalan diri dari segi sosial, emosi dan akademik.

Mengikut Schon (1987), apabila peristiwa atau pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara sedar semasa menghadapi permasalahan tersebut telah melakukan refleksi semasa tindakan (reflection-in-action). Apabila seseorang merenung kembali tindakannya, membuat analisa tentang peristiwa lepas dan merancang tindakan susulan, individu tersebut telah mengamalkan refleksi ke atas tindakan (reflection- on-action)

(10)

Proses Refleksi

DISKRIPSI

Apa yg telah berlaku?

PELAN TINDAKAN

Jika peristiwa yang sama berlaku sekali lagi, apakah tindakan yang saya akan ambil?

PERASAAN

Apakah yang saya fikiran dan rasa pada masa itu

KESIMPULAN

Apakah tindakan lain yang mungkin saya ambil ?

PENILAIAN

Apakah yang baik dan buruk mengenai pengalaman itu ?

ANALISIS

Apakah pengertian situasi itu kepada saya ?

(11)

Prestasi guru dapat ditingkatkan melalui amalan reflektif. Antara manfaat yang diperoleh adalah:

• Dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada dirinya.

• Menjadi guru yang lebih yakin.

• Pengajaran yang lebih berkesan berdasarkan prinsip-prinsip dan model pengajaran dan

kepelbagaian teknik pengajaran.

• Tindakan dan keputusan berdasarkan ilmu dan pengetahuan pedagogi berkesan.

• Pemikiran reflektif dapat didokumentasikan

dalam bentuk tulisan merupakan sumber rujukan yang penting.

(12)

Penyelidik

Guru-guru digalakkan menerapkan budaya penyelidikan untuk memahami persekitaran pembelajaran serta amalan dan tindakan diri demi mempertingkatkan kualiti profesionalisme mereka.

Guru sebagai penyelidik mengkaji secara sistematik isu amalan bilik darjah, membuat inkuiri untuk menghasilkan teori dan kefahaman baharu berkaitan permasalahan yang dihadapi.

(13)

Kebaikan Guru sebagai Penyelidik

• Menambah kejelasan teori, bahasa dan pembelajaran.

• Meningkatkan ilmu pengetahuan dan pemahaman amalan bilik darjah dan meningkatkan kemahiran

mengajar.

• Memudahkan kolaborasi dengan murid-murid dan guru lain.

• Berpeluang mengembangkan komitmen bersama ke arah penambahbaikan dan peningkatan kualiti profesion.

(14)

Agen Sosialisasi

Guru merupakan agen sosialisasi kepada murid. Ini kerana sekolah merupakan agen untuk menyampaikan kebudayaan dan sebahagian daripada fungsi pengajaran adalah untuk melahirkan nilai-nilai kebudayaan.

Dengan itu, proses sosialisasi murid

merupakan satu fungsi yang sah serta positif

untuk dikendalikan oleh pihak sekolah.

(15)

Guru Sebagai Agen Sosialisasi

• Penyumbang ilmu dan kemahiran

• Pembentuk sahsiah sosial yang positif

• Pembentuk budaya penyayang

• Teladan sosial

• Penghubung antara institusi sekolah dengan

masyarakat am.

(16)

Agen Perubahan

• ‘Perubahan’ merupakan tindakan membuat sesuatu mengikut cara lain.

• Untuk mengekalkan kecekapan dan keterampilan diri, perubahan seharusnya dijadikan sebahagian daripada kehidupan harian kita.

• Perubahan bersifat generatif, iaitu perubahan di suatu bahagian boleh menyebabkan perubahan di bahagian yang lain.

• Guru sebagai agen perubahan harus mampu menguruskan tempoh transisi daripada yang lama kepada yang baharu, membantu orang lain melepaskan cara sedia ada dan mencuba cara baharu serta menunjukkan semangat yang positif.

(17)

• Sejak negara mencapai kemederkaan, institut pendidikan khususnya sekolah-sekolah sentiasa mengalami proses evolusi, reformasi, inovasi dan anjakan paradigma dari segi reka bentuk kurikulum, infrastruktur dan inforstruktur pendidikan, pendekatan pengajaran, penggunaan resos, polisi dan akta pendidikan.

• Perubahan-perubahan seumpama ini bertujuan memastikan proses pendidikan lebih berkesan, relevan dan bermakna serta bersesuaian dengan tuntutan perkembangan semasa.

(18)

•Fullan (1993) menyatakan, guru melibatkan diri secara produktif dalam proses perubahan, guru mempunyai tujuan moral (moral purpose) yang

dikaitkan dengan tugas dan tanggungjawab mereka.

•Mengikut Fullan (1993), terdapat empat bidang utama bagi membina keupayaan moral untuk

menghadapi perubahan, iaitu :

Membina visi peribadi (personal vision building)

Inkuiri

Masteri

Kolaborasi

(19)

Membina visi peribadi

Ia bermakna menyiasat dan mengenal pasti hasrat diri kita menjadi seorang guru dengan bertanya

soalan seperti :

‘Apakah sumbangan dan jasa yang dapat saya hulurkan untuk mengubah kualiti hidup anak murid saya ?

Inkuiri

Membuat inkuiri dengan mengamalkan penlaian kendiri atau refleksi tentang hasrat peribadi supaya dapat membentuk tabiat dan norma seorang yang sanggup belajar sepanjang hayat.

(20)

Masteri

Mencapai kefahaman yang mendalam tentang bidang yang diceburi agar keberkesanan dapat dipertingkatkan.

Kolaborasi

Keupayaan untuk berkolaborasi akan dapat menggandakan keberkesanan terhadap sesuatu yang diusahakan.

Sokongan dan usaha bersama-sama rakan sekerja serta pihak lain bukan sahaja dapat memperkaya pengalaman, malah dapat mewujudkan sinergi dan motivasi untuk menghadapi perubahan.

(21)

Ringkasnya, peranan guru sebagai agen

perubahan dikaitkan pegangan peranan

moralnya. Tanpa tujuan moral, apa jua

perubahan atau inovasi yang diperkenalkan

kepada sekolah dilaksanakan hanya sekadar

memenuhi arah dan peraturan pihak atasan

sahaja.

(22)

Pengganti Ibu Bapa

• Secara realitinya terdapat kanak-kanak yang

datang dari pelbagai latar belakang keharmonian keluarga yang berbeza.

• Guru bukan sahaja perlu memahami kanak-kanak yang diajar oleh mereka tetapi beliau juga perlu

mendapat kefahaman dari segi struktur keluarga dan fungsi keluarga dalam budaya dan amalan adat resam yang berbeza.

• Bukan semua kanak-kanak yang hadir ke sekolah datang dari unit keluarga yang terurus dan ideal.

• Kemiskinan, penderaan kanak-kanak, child labor, penyalahgunaan dadah merupakan isu-isu sosial yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang berada dalam kelas anda mengajar.

(23)

•Keperihatinan dan kepekaan guru terhadap isu- isu ini akan membantu kanak-kanak menghadapi persekolahan dengan lebih yakin.

•Berusaha mewujudkan persekitaran sekolah dan bilik darjah yang lebih kondusif supaya

kerunsingan dan kerisauan kanak-kanak tentang dunia di luar sekolah boleh diminimumkan.

•Dengan mempamerkan kasih sayang,

kemesraan dan menyediakan pengalaman

pembelajaran yang bermakna dan berkualiti,

guru boleh berperanan sebagai pengganti ibu

bapa .

(24)

Pembentuk Tingkah Laku

• Guru merupakan model yang sangat penting dalam menyalurkan mesej tentang amalan nilai- nilai, kepercayaan, falsafah dan sikap kepada anak didik mereka.

• Ibu bapa dan masyarakat melihat peranan guru sebagai pembentuk tingkah laku yang amat

berpengaruh.

• Sebagai pembentuk tingkah laku, guru haruslah memahami matlamat pembelajaran yang ingin dicapai.

• Pendekatan pembentuk tingkah laku yang

digunakan seharusnya menyokong matlamat dan tujuan pendidikan.

(25)

Seorang pembentuk tingkah laku yang

menggunakan pendekatan behaviouris akan:

• Memberi fokus kepada perubahan tingkah laku.

• Tingkah merupakan tindakan yang boleh diperhatikan, didengar dan diukur.

• Oleh itu, sikap, nilai, pegangan, perasaan dan imej diri bukan fokus utama dalam pembentukan tingkah laku.

• Matlamat pendekatan behaviouris adalah untuk mengajar tingkah laku baharu atau mengekalkan tingkah laku yang diingini melalui peneguhan.

• Mengutamakan penggunaan peneguhan semula jadi.

(26)

Seseorang pembentuk tingkah laku yang mengamalkan pendekatan humanis akan :

• Memberi fokus kepada pemikiran, perasaan, keperluan psikologikal dan emosi seseorang individu.

• Memberikan peluang kepada individu untuk

menguasai kawalan terhadap tingkah laku sendiri, bukannya melalui pengakuran kepada pihak lain ataupun pembentukan tingkah laku.

• Langkah intervensi memberikan penekanan

kepada kemahiran komunikasi, memahami motif pelajar, rundingan peribadi (private conferences), penyelesaian masalah secara berkumpulan /

individu dan penggunaan pakar runding.

(27)

Pengurus Pembelajaran

Guru sebagai pengurus pembelajaran akan

berusaha untuk mewujudkan persekitaran

pembelajaran yang menggalakkan penglibatan

serta kerjasama pelajar dalam aktiviti bilik

darjah supaya proses pembelajaran bermakna

dan produktif

(28)

Sebagai pengurus pembelajaran, guru bertanggungjawab untuk :

• Merancang, mengelola, mengarah dan mengawal aktiviti P&P.

• Menguruskan bilik darjah dari aspek peraturan dan rutin pengendalian kelas.

• Menguruskan persekitaran fizikal dari segi susunan kerusi-meja dan perabot, suhu,

pencahayaan, keceriaan, tempat simpanan

peralatan/bahan P&P agar keselamatan fizikal

bilik darjah terpelihara.

(29)

•Menguruskan persekitaran psikososial bilik darjah dengan memastikan persekitaran

pembelajaran adalah mesra, tempat pelajar membina keyakinan diri, wujudnya perasaan diterima tanpa syarat dan saling menghormati dalam kalangan pelajar dan guru.

•Mengurus proses pentaksiran di dalam bilik darjah dari segi menyediakan soalan

peperiksaan, mentadbir, mengawas, memeriksa,

menyimpan rekod dan menyediakan pelaporan

pencapaian atau kemajuan murid.

(30)

Aktiviti Kumpulan

• Anda baru ditempatkan di sebuah sekolah

kebangsaan di luar bandar. Nyatakan peranan anda sebagai seorang guru penasihat berikut:

– Persatuan – Kelab

– Permainan & Sukan – Pasukan Beruniform

(31)

SEKIAN, TERIMA KASIH

Referensi

Dokumen terkait

Untuk mencapai kondisi atau kinerja yang tinggi, diperlukan perubahan dan proses perubahan tersebut harus dilakukan dengan baik dengan menerapkan inovasi- inovasi

Kulit Bisa menyebabkan iritasi kulit pada orang yang rentan. Penghirupan Bisa menyebabkan sensitisasi

Adapun untuk meningkatkan mutu pelayanan, maka Instalasi Pemeliharaan Sarana Rumah Sakit (IPSRS) sebagai salah satu bagian penunjang pelayanan yang mempunyai bidang

Susun laporan berisi bahan rumusan rancangan formula pangan fungsional (1-3), dengan pengetikan font Times Roman/ Tahoma 11/Arial 11 dengan spasi 1,5 pada kertas ukuran A4

Hasil penelitian tidak didapatkan perbedaan yang bermakna antara IMT sebelum dan sesudah mendapatkan terapi neoadjuvant yang dapat diartikan bahwa terapi

Dari hasil penelitian dan percobaan yang telah dilakukan terhadap 2 studi kasus, metode conformance checking pada process mining dapat digunakan untuk

Banyak sekali bahan alami yang dapat digunakan sebagai pewarna makanan, umumnya pewarna alami aman untuk digunakan dalam jumlah yang bear sekalipun, berbeda dengan

menikah atau karena alasan lain yang tidak memungkinkan untuk berumah tangga. orang tersebut dapat menunda pernikahannya, sampai dia merasa telah