• Tidak ada hasil yang ditemukan

CERITA RAKYAT SEBAGAI MEDIA PENDIDIKAN K

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "CERITA RAKYAT SEBAGAI MEDIA PENDIDIKAN K"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

CERITA RAKYAT SEBAGAI MEDIA PENDIDIKAN KE ARAH PEMBENTUKAN KARAKTER PEMIMPIN POLITIK

Tuan Nordin Tuan Kechik

Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan Universiti Sains Malaysia

tnordin@kb.usm.my

Abstrak

Zaman terus bergerak maju ke hadapan, rempuhan globalisasi dunia tanpa sempadan merupakan fenomena yang tidak dapat ditolak ke tepi. Kecanggihan dunia informasi dan teknologi yang menghasilkan pelbagai gajet dan alat telekomunikasi yang menarik menjadikan manusia lupa akan keberadaan sastera rakyat yang wujud pada masa silam seperti gurindam, syair, pantun, seloka dan juga cerita rakyat yang patut diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya. Kewujudan cerita rakyat dapat dijadikan panduan dan iktibar bagi setiap individu sebagai media pendidikan dalam menjalani kehidupan seharian. Makalah ini akan berusaha membahaskan keupayaan cerita rakyat dalam usaha membentuk karakter pemimpin politik di Malaysia kerana watak, jalan cerita dan latar yang ada dalam cerita rakyat telah menggambarkan perilaku pimpinan politik muthakir ini. Kajian ini akan berdasarkan beberapa cerita rakyat yang terpilih seperti cerita Pak Kaduk, Pak Belalang, Si Luncai dan Mat Jenin yang dapat mewakili watak dan perwatakan pimpinan politik di Malaysia.

Kata Kunci: Cerita rakyat, media pendidikan, pembentukan karakter, pemimpin politik

Pendahuluan

(2)

disampaikan oleh tukang cerita yang dikenali sebagai Tok Selampit dapat mengubat rasa penat dan lelah seharian bekerja. Kebiasaannya cerita rakyat disampaikan pada waktu malam secara berturutan selama beberapa hari. Selain sebagai sumber hiburan, cerita rakyat juga sarat dengan unsur pendidikan dan pembentukan nilai-nilai murni dalam masyarakat. Di samping itu juga cerita rakyat juga berperanan sebagai media pendidikan dalam pembentukan karakter seseorang tidak mengira pangkat dan kedudukan yang dimilki oleh seseorang itu. Oleh sebab itu tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa cerita rakyat pada zaman dahulu mempunyai roh dan semangat kerana ia merupakan salah satu sumber pendidikan secara tidak formal kepada masyarakat setempat.

Nilai-nilai pendidikan Karakter

Lickona, 1992 (Yulianeta dan Suci Sundusiah: 2011) menyatakan bahawa kepentingan pendidikan karakter dapat diukur dengan adanya tiga komponen karater yang baik (components of the good character) iaitu pengentahuan tentang moral (moral knowing), perasaan tentang moral (moral feeling) dan perbuatan moral (moral action). Aspek pengetahuan tentang moral (moral knowing) memberikan penekanan terhadap; 1) moral awereness, 2) moral knowing moral values, 3) persperctive taking, 4) moral reasoning, 5) decision making dan 6) self-knowledge. Moral Feeling pula memberikan penekanan terhadap enam perkara terhadap aspek yang berkaitan perasaan dan emosi yang harus mampu dirasakan oleh seseorang untuk menjadi manusia berkarakter, iaitu 1) concience, 2) esteem, 3) empathy, 4) loving the good, 5) self-control, dan 6) humility. Manakala moral Action pula merupakan perbuatan atau tindakan moral yang merupakan hasil (outcome) dari dua komponen karakter lainnya. Untuk memahami perkara yang mendorong seseorang dalam perbuatan yang baik (act morally) maka empat aspek lain daripada karakter iaitu; 1) kompetensi (competence), 2) keinginan (will) dan 3) kebiasaan ( habit).

(3)

Pendidikan Karakter dalam Cerita Rakyat

Kita harus mengakui bahawa pendidikan secara tidak langsung dalam bentuk perlambangan yang mewakili watak dan perwatakan dan cerita dalam sesebuah cerita sama ada cerita rakyat atau cerita modern sangat berkesan kerana kaedah ini tidak menyinggung hati dan perasaan seseorang secara langsung. Nilai moral dalam cerita rakyat dapat dijadikan pedoman, panduan hidup kepada semua orang, bukan sahaja kepada pelajar pada peringkat sekolah, malah pendidikan moral yang disajikan melalui cerita rakyat dapat memberikan pedoman dan panduan hidup kepada golongan dewasa dalam pelbagai sektor pekerjaan seperti golongan profesional atau bukan profesional. Malah nilai moral yang terdapat dalam cerita rakyat dapat membantu golongan terlibat dalam politik sama ada pemimpin atau orang yang dipinpim.

Metode Penelitian

Penelitian ini merupakan kajian kualitatif yang menjadikan cerita rakyat terpilih iaitu cerita Pak Belalang, Pak Kaduk, Si Luncai, dan Mat Jenin sebagai sumber kajian. Instrumen yang digunakan dalam menyelongkar kajian ini ialah teori sosiologi sastera yang memberikan fokus terhadap penganalisisan watak dan perwatakan dalam cerita rakyat berdasarkan konsep pendidikan karater menurut Licona, iaitu moral knowing, moral feeling dan moral action. Seterusnya karakter yang terdapat dalam cerita rakyat tersebut cuba dipadankan dengan watak dan perwatakan pemimpin politik di Malaysia yang ada pada hari ini tanpa menyebut nama pemimpin politik tersebut.

Tinjauan Umum Cerita Rakyat 1. Cerita Pak Kaduk

Pak Kaduk merupakan salah satu bentuk Sastera Rakyat Melayu. Ia merujuk seorang lelaki yang bernama Pak Kaduk yang mempunyai sifat yang lurus bendul. Dia mempunyai seorang isteri yang terpaksa menahan segala perbuatan bendulnya. Kisahnya menceritakan kejadian yang menimpa diri dan keluarganya. Kisah Pak Kaduk amat terkenal kepada kebanyakan masyarakat Melayu di Malaysia sehinggakan banyak sekali perbandingan sifat orang yang lurus bendul disabitkan dengan hikayat hidup Pak Kaduk.

(4)

menyabung ayam. Pak kadok ingin mengambil bahagian dalam pesta itu. Ramai orang mengatakan bahawa ayam sabung Pak kadok Biring Si Kunani itu bertuah. Kata mereka lagi, ayam itu pasti menjadi juara. Walaupun papa, Pak Kadok suka bergaya. Dia mahu pakai baju cantik ke Pesta itu. Lalu dia membeli kertas dan menyuruh isterinya membuat baju dan seluar. Mak siti segera menggunting baju dan seluar kertas itu.

“Usahlah dijahit, pakai pelekat saja” kata Pak kadok.

Mak Siti mengikut sahaja kata suaminya itu. Selepas siap baju dan seluar itu, Pak Kadok pun memakainya. Di kepalanya pula dia memakai tengkolok helang menyongsong angin. Wah Pak Kadok nampak kacak dan bergaya seperti juara yang mahir dalam sabung menyabung ayam. Pak Kadok menangkap ayamnya Biring Si Kunani. Bersama ayamnya dia menuju ke gelanggang raja. Pertaruhan Pak Kadok ialah perkampungannya. Baginda Indera sari merenung ayam Pak kadok, Biring Si Kunani. Baginda tahu ayam itu ayam bertuah. Baginda Indera Sari minat terhadap ayam itu dan bertitah”Hai Pak Kaduk, mari kita bertukar ayam dulu” Pak Kaduk terharu mendengar kata-kata baginda itu. Tanpa berfikir panjang, dia bersetuju bertukar ayam. Masing-masing pun melepaskan ayam. Ayam-ayam itu Biring Si Kunani dan Jalak Permata Putih bertarung dengan sengitnya. Kasihan walaupun Jalak Permata Putih membalas serangan Biring Si Kunani tetapi ia tewas. Si Jalak Permata Putih tersungkur di tengah Gelanggang.

Pak Kaduk melihat yang menang ialah Biring Si Kunani. Dia pun bertepuk sorak, sambil melompat-lompat. Pak Kaduk lupa yang dia telah bertukar ayam dengan raja. Kerana melompat terlalu kuat baju dan seluar kertasnya koyak rabak. Orang ramai menjadi riuh rendah melihat Pak Kaduk telanjang bogel di tengah gelanggang. Pak Kaduk lari pulang dengan malu. “Malang Pak kaduk, Ayam menang kampung tergadai”titah raja.

2. Cerita Pak Belalang

Negeri Pak Belalang, Halban Chondong dilanda kemarau. Hasil tanaman tidak menjadi. Pak belalang berangan-angan mahu hidup senang. Dia tidak mahu bekerja keras atau bersusah payah. Namun, apa caranya? Dia terlihat seekor kerbau dan dua ekor lembu ditambah di bawah pohon nangka. Pak Belalang pun memanggil anaknya, Belalang.

(5)

hilang. Seperti yang sudah dirancang Belalang memberitahu mereka bahawa kononnya ayahnya pandai bertenung. Kata Belalang ayahnya ahli nujum. Beramai-ramailah mereka pergi jumpa Pak Belalang. Pak Belalang pun melihat ke dalam air di dalam sebuah mangkuk. “lembu dan kerbau tuan-tuan ada dalam semak di belakang rumah saya” kata Pak belalang. Dia mengerut-ngerutkan keningnya. Apabila mereka mendapati kata Pak Belalang benar, mereka memberikan Pak Belalang sagu hati seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Berita Pak Belalang pandai bertenung tersebar ke seluruh pelosok negeri halban Chondong. Raja segera memangil Pak Belalang ke istana. Wahai Pak Belalang cuba tengok siapa yang mencuri tujuh tempayan wang emas beta.” Titah baginda. Kalau Pak Belang Berjaya, beta kurniakan hadiah, jika tidak berjaya, beta penggal kepada tuan hamba. Titah baginda lagi. Pak Belalang pun pulang. Apabila sampai di rumah, hari sudah malam. Dia berasa lapar. Baginda raja membekalkan tepung dan gula kepadanya. Pak Belalang menyuruh isterinya membuat kuih cucur. Setelah siap dibancuh dan dikacau, kuih itu pun digoreng. Ada bunyi “cur” setiap kali kuih itu masuk ke dalam kuali. “Cur satu… cur dua… cur tiga…,” kata Pak Belalang. Dia mengira sampai tujuh kali ‘cur’. Kebetulan ketika itu tujuh orang pencuri wang emas baginda raja lalu di bawah rumahnya. Mereka sangka Pak Belalang tahu mereka ada di situ. Pencuri-pencuri itu menyerah diri dengan muka yang pucat. “Pak Belalang janganlah beritahu baginda raja tentang kami. Tempayan-tempayan emas itu ada di dalam gua di hutan. Pak Belalang bawalah balik ke istana” kata ketua pencuri. Pak Belalang segera memberitahu baginda raja. Baginda raja amat gembira mendapat wang emasnya semula. Pak Belalang dilantik menjadi Ahli Nujum Negara. Pak Belalang membawa banyak hadiah pulang ke rumah. Isteri dan anaknya gembira melihat hadiah yang banyak itu.

3. Cerita Mat Jenin

(6)

besar, kambing itu juga akan dijual. Wangnya akan dibelikan beberapa ekor lembu. Mat Jenin tersenyum gembira. Lembu-lembunya sudah membiak dan gemuk-gemuk belaka. Jika dijual boleh dibelikan beberapa ekor kuda. Kuda itu berguna untuk dijadikan tunggangan menghalau lembu-lembu di padang rumput.

Pada suatu hari ketika Mat Jenin bersiar-siar menunggang kuda putihnya, dia ternampak puteri raja. Memang sudah lama Mat Jenin berangan-angan hendak berjumpa dengan Tuan Puteri . Mat jenin sungguh gembira. Dia membawa Tuan Puteri menunggang kuda. Tuan Puteri gembira dan meminta Mat jenin memacu kuda lebih pantas. Mat Jenin terasa badannya terhenjut-henjut. Baharulah dia merasa bagaimana sebenarnya orang menunggang kuda. Mat Jenin tidak sedar yang dia sedang terhenjut-henjut di atas pelepah nyiur. Akibat terlalu pantas kuda Mat Jenin telah tersalah lompat. Ia terperosok ke dalam perigi buta. Pada masa itulah Mat Jenin membuka matanya. Dia amat terkejut kerana dirinya sedang melayang-layang di udara. Mat Jenin tidak segera buntu fikiran. Dia cuba mengimbangi badan dan duduk diam di atas pelepah nyiur yang melayang itu. Akhirnya Mat Jenin berjaya mendarat dengan kedua-dua belah kakinya tercegat. Jiran-jirannya terlopong menyaksikan peristiwa itu. Mat Jenin hanya tersenyum. Dia bersyukur kerana telah selamat.”Usaha tetap jaya, tetapi angan-angan membawa celaka.” Kata jirannya setelah mendengar cerita Mat Jenin.

4. Cerita Si Luncai

(7)

“Diamlah kamu, sebentar lagi kamu akan dicampakkan ke dalam laut ini,” kata salah seorang daripada mereka yang berkayuh itu. Mendengarkan kata-kata yang sedemikian itu, maka Si Luncai pun menyanyilah.

“Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan. Biarkan.” Mendengar Si Luncai menyanyi itu, pesuruh raja pun mulai tertarik. Kemudian beberapa orang mulai bernyanyi. “Si Luncai terjun dengan labu-labunya.” Maka beberapa orang lain pun menjawablah. “Biarkan. Biarkan.” Akhirnya mereka menjadi dua kumpulan menyanyikan lagu itu. “Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan. Biarkan. Demikian lagu itu dinyanyikan berulang-ulang sehingga lekalah mereka semuanya. Melihatkan hal yang sedemikian itu, maka Si Luncai pun keluar dari guni. Dia mengisikan beberapa biji labu ke dalam guni itu. Kemudian dia mengambil dua biji labu yang lain lalu terjun dari perahu itu. Si Luncai berenang ke tepian menggunakan pelampung yang dua biji itu. Apabila sampai ke tengah laut, pesuruh raja pun mencampak guni tersebut ke dalam laut. Pada mereka, matilah Si Luncai. Kemudian mereka baliklah memberitahu raja akan hal itu. Tiada siapa yang tahu bahawa Si Luncai telah berenang sampai ke pantai.

Nilai-nilai Pendidikan Karakter Ke Arah Pembentukan Karakter Pemimpin Politik

Cerita Si Luncai merupakan sebuah cerita yang sarat dengan unsur satira yang di dalamnya terkandung unsur pengajaran, pendidikan, sindiran yang sangat tajam dan menusuk kalbu dan di samping itu kisah Si Luncai ini dapat dijadikan asas pendidikan dalam kalangan pemimpin politik. Melalui watak Si Luncai yang dikatakan tidak pandai menjaga mulut dan celupar dalam berkata-kata yang akhirnya telah menyingung perasaan raja dan sahabat baginda, akibatnya yang berlaku ialah Si Luncai telah dijatuhkan hukuman buang ke laut. Kisah ini dapat dikaitkan dengan suasana politik di Malaysa. Terdapat segelintir ahli politik yang sanggup mempermain-mainkan intitusi kesultanan Melayu di Malaysia kerana konon ingin memenuhi cita-cita politiknya yang tidak tercapai. Hal ini berlaku kepada pemimpin parti oposisi yang menyatakan bahawa institusi kesultanan Melayu tidak perlu wujud di Malaysia kerana ia tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat, selain membazirkan wang negara dan wang rakyat.

(8)

diarahkan oleh Si Luncai. Fenomena menjadikan agama sebagai alat politik oleh pemimpin politik sudah sekian lama berlaku. Perkataan syurga dan neraka, dosa dan pahala menjadi mainan di bibir pemimpin politik kini. Mengangkat diri sendiri sebagai Tuan Guru bukanlah merupakan satu fenomena yang luar biasa kini. Unsur riak, takbur dan kesombongan melampau kerana memiliki ilmu agama jelas kelihatan. Membayangkan diri sebagai seorang yang zuhud yang lebih pentingkan dunia akhirat merupakan sandiwara yang dilakonkan oleh pemimpin politik dewasa ini. Hal ini jelas kelihatan apabila terdapat kenyataan dan tindakan mereka yang tidak selari dengan tuntutan agama. Golongan sebegini telah menanamkan persepsi yang mendalam di hati pengikut mereka sebagai pemimpin yang jujur, telus dan tidak korup. Ironinya, persepsi beginilah yang menjadikan pengikut terpesong akidah mereka. Pemujaan yang melampau dan keterlaluan oleh pengikut mereka sehinggakan mereka gagal menggunakan akal yang sihat dalam menentukan sesuatu tindakan sehingga boleh merugikan agama, bangsa dan tanah air mereka. Fenomena ini menjadi semakin parah apabila terdapatnya pernyertaan golongan profesional seperti pensyarah universiti, ahli ekonomi, doktor, peguam, pendidik dan lain-lainnya mudah terperangkap dengan sandiwara semasa sebagai akibat persepsi yang mendalam terhadap pemimpin tertentu yang dilihat dari penampilan kulit luaran sahaja.

Abad ke-21 ditafsirkan sebagai abad yang meletakkan manusia sebagai jahil ilmu agama. Kekosongan ilmu rohani memudahkan Si Luncai moden masuk dalam pelbagai bidang termasuk bidang ekonomi, agama dan sosial serta politik. Kemunculan ustaz dan ustazah mee segera dalam arena politik yang sebelum ini terdiri daripada artis tanah air telah menjadikan fahaman agama di negara ini semakin celaru dan tidak tentu arah tujuan. Banyak orang yang lemah dan mudah terpedaya dengan kelicikan mereka yang tiada asas ilmu agama yang kukuh yang sebelum ini mereka dihantui oleh dosa-dosa silam mereka sebelum ini sebagai artis

(9)

Mengingati watak dan perwatakan Pak Kaduk yang menang sorak, kampung tergadai memberikan imbasan semula kepada kita bahawa dalam kehidupan seharian kini, watak Pak Kaduk berlegar di sana-sini. Terdapat individu yang lemah dan kurang daya analisis tentang kelebihan yang ada pada diri mereka sendiri sering menjadi mangsa penipuan pihak yang berkepentingan. Mereka memanipulasi orang lain sebagai akibat kejalihan diri sendiri sehingga milik dan kepentingan peribadi tergadai. Hal ini menjadi satu perkara yang serius apabila melibatkan kepentingan negara. Terdapat segelintir pemimpin politik yang ingin memenuhi cita-cita peribadi sanggup mendapatkan khidmat dan campur tangan asing bagi meruntuhkan kerajaan sedia ada. Mereka sanggup menjatuhkan reputasi negara sendiri di mata orang luar dengan melabelkan kerajaan yang sedia ada sebagai sebuah kerajaan yang korup, nepotisme dan kronisme. Pencerobohan Lahat Datu di Sabah oleh kuasa asing telah membuktikan wujudnya individu yang bersifat seperti musang berbulu ayam dan musuh dalam selimut. Keselamatan negara sanggup digadaikan demi kepentingan peribadi dalam usaha untuk mendapatkan kuasa memerintah negara. Kalaulah dalam isu serangan Israel terhadap rakyat Palastin mendapat dokongan dan kata sepakat daripada semua pemimpin politik, tetapi dalam isu Lahat Datu, tiada lagi kesepakan antara pemimpin parti politik yang ada di Malaysia. Mereka saling menuduh antara satu sama lain. Sikap berlapang dada, merendah diri, memaafkan dan tegur-menegur sudah hilang dalam kamus kehidupan orang politik. Jelaslah bahawa pada masa ini, jika berlaku perkara yang melibatkan kepentingan negara dan agama di negara kita, kita sudah tidak dapat mencapai kata sepakat lagi dalam menyelesaikan sebarang kemelut yang timbul.

(10)

jawatan penting dalam sesuatu organisasi. Amanah rakyat terhadap mereka sewaktu pilihan raya berlalu begitu sahaja tanpa memikirkan kesannya terhadap suara rakyat yang diwakilinya.

Kisah Mat Jenin merupakan satu kisah yang penuh dengan sindiran kerana sifat Mat Jenin digambarkan sebagai seorang yang amat suka berangan-angan. Dalam kehidupan nyata kita sekarang, watak dan perwatan manusia seperti Mat Jenin ada di mana-mana. Dalam kontak kepimpinan politik pula, terdapat segelintir ahli politk yang suka memasang angan-angan tanpa berusaha. Hal ini jelas dapat dibuktikan apabila ada pemimpin politik yang suka menjanjikan bulan dan bintang tanpa memikirkan kemampuan yang ada pada diri mereka. Erti mereka sanggup menjanjikan sesuatu yang di luar kemampuan mereka semata-mata untuk mendapatkan pengaruh politik agar bereka dapat berkuasa suatu hari nanti. Retorik politik seperti memberikan pendidikan secara percuma kepada semua rakyat, harga minyak diturunkan, membina stadium bertaraf dunia, lebuh raya rakyat dan segala jenis bantuan akan diberikan kepada rakyat sekiranya mereka diberi peluang untuk memerintah negara.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa satera rakyat memiliki sejumlah besar nilai dan norma pendidikan yang mampu dijadikan contoh teladan yang amat berharga kepada kita dan semua orang. Gambaran watak dan perwatakan yang terdapat dalam cerita rakyat sekiranya diberi perhatian dan analisis yang baik, sebenarnya mampu memberikan kita panduan hidup dalam mengharungi kehidupan dunia yang penuh dengan rintangan dan cabaran. Selagi manusia tidak mampu berfikiran dengan sewarasnya, selagi itulah manusia akan terpedaya dengan Si Luncai, Pak Kaduk, Mat Jenin dan Pak Belalang modern hari ini.

Bibliografi

Esti Ismawati M.Pd. 2012. Metode Penelitian Pendidikan Bahasa & Sastra. Yogyakarta: Penerbit Ombak.

M. Amir P.2010. Cerita Rakyat Sebagai Media Pendidikan Manusia Berkarakter. Prosiding Seminar Internasional Serumpun Melayu V. Makassar: Penerbit Universitas Hasanuddin. Othman Putih, Aripin Said. 2010. 366 Cerita Rakyat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan

Publication & Distribution Sdn. Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Selain itu tantangan tersebut juga datang dari derasnya arus informasi yang membuat persaingan cerita rakyat yang ada di Indonesia dengan cerita luar negeri menjadi begitu

Hal ini didukung oleh Pardiyono (2007:94), naratif adalah teks yang dibuat untuk menghibur, menarik dan mempertahankan minat pembaca. Ia menambahkan bahwa naratif tidak

Kesimpulan dari penelitian ini yaitu: (1) struktur cerita rakyat Si Pahit Lidah yaitu: (a) tema cerita rakyat Si Pahit lidah adalah sifat iri hati; (b) alur yang digunakan dalam

Seterusnya pemimpin yang menunjukkan keyakinan kepada staf bahawa sesuatu matlamat boleh dicapai (4.93). Berbincang dengan staf mengenai strategi-strategi untuk

Melalui perancangan ini penulis ingin mengembangkan media pelestarian cerita rakyat berupa mural yang disertai dengan gambar visual yang disukai oleh anak

Melalui cerita-cerita yang baik, sesungguhnya anak-anak tidak hanya memperoleh kesenangan atau hiburan saja, tetapi mendapatkan pendidikan yang jauh lebih luas. Bahkan tidak

Motif melatari pemilihan iklan sebagai media dalam proses komunikasi politik adalah keyakinan bahawa ilkan memiliki efek yang kuat dalam

Bagaimana membaca dapat menjadi hal yang menyenangkan dan dapat menarik minat baca anak, sementara anak sudah tidak tertarik dengan buku yang sifatnya visual